:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, February 28, 2010

gemuk atau kurus???

hello hello

mak pernah cite kt aku, dulu sebelum dia kahwin, mak puasa. konon konon diet lah tu. dah terbukti, mak nampak gorgeous gila masa hari dia disanding kan dengan abah. pastu, kalau tanya orang lain pun, mesti camtu. diet sebab nk nampak cantik, nak nampak kurus. at least gambar kahwin tu boleh dibanggakan turun temurun.

tp sekarang, i dont think so.

sekarang, kau org boleh hire satu mak/pak/kak/bang andam yg boleh enhance benda lain selain dari badan kau yg agak gebu tu.
mari kita lihat gambar di bawah sebagai contoh.



dia ni, sepupu aku. baru je kahwin last month dan masih lagi lah suam suam kuku sebagai pengantin baru.
badan dia, tak lah gemuk sangat. gebu gebu cam aku lah. dah katanya satu gen dan bersangkut pautlah kromosom tu (failed sains, ada hati nk bertulis tentang kromosom..haha)

tp berkat dari air peluh mak andam, wahhhhh gitu. org terus tak pandang badan dia. (sila tengok perut dia). org hanya pandang, betapa cantiknya make up kau yg ala ala serina chef wan tu, dan betapa cantiknya baju kau. haaaa gitu lah maksud aku eh.

mak andam memainkan peranan penting dalam hari bahagia kita. oleh itu, marilah kita bersama sama cuba mencari mak andam yg terbaik.

tips, bila kita pergi kenduri kawan kita, dan kita pun berkenan pada make up dia, kita boleh dapatkan contact number mak andam tu kan.
ataupun, masa dia make up tu, kita nyelitlah sama dalam bilik pengantin tu. sambil sambil tu, berborak lah dengan mak andam atau assistant mak andam tu sebb biasanya mak andam concentrate pada muka pengantin je. takdenya dia nk layan kau orang berborak. tanyakan pada nya ''kalau saya nk hire awak nanti, awak bagi discount tak? yela, saya berminat betullah pada make up awak ni. jadi cantik sungguh sepupu saya. dari muka tak semenggah, terus semenggah gitu''

haaaa cmtulah caranya.

biasanya, bila kita betul betul berkenan dengan dorang, dorang pun akan bagi discount jugak.

so pandai2lah korang. jangan malu nk bertanya.

biar mahal service, asalkan berbaloi dan kau pun puas hati.

tu peranan mak andam. tp korang pun kenalah usaha gak.

orang yg diet ni, nk nampak sempurna. sapa yg taknak diri dia nampak sempurna pada hari yg satu tu. lain org, lain pesen nya.

macam macam cara nk nampak gourgeous, ayu, cantik menawan.


so, dari sekarang, aku pun kena diet gak. berat ni tak mau turun, aku lagi mau makan sampai dia naik berkilo kilo.

muka pulak, amboi amboi korang jerawat, mentang mentang aku ralat dengan kucing, korang makin subur pulak eh.

penjagaan luaran sama penting dengan dalaman. pengantin baru mesti nk glowing kan. glowing come from inside.

jauhkan dari merokok (confirm confirm tak baik untuk kesihatan)
jangan minum todi (nk kena sebat, silakan)
makan banyak sayur dan buah-buahan (rajin rajin pergi pasar malam, murah je)
elakkan makan yg berminyak dan berlemak (jangan dengar perkataan lemak dan minyak itu menyelerakan)

okay tu je. sehingga berjumpa lagi, di lain bebelan.



bubye pengantin~to~be - take care!

how to: inai nampak merah.

nah amik. saya memang baik hati pun.

Pastikan memilih daun inai yang betul-betul tua. Sebelum ditumbuk, bersama-sama nasi dan gambir sireh, jangan lupa membuang tulangnya terlebih dahulu.
Setelah bahan-bahan yang ditumbuk menjadi lumat, perahkan pula air limau nipis kedalamnya. Setelah itu, letakkan inai dijari tapi usah tanggal sebelum ia cukup merah. Mudah-mudahan inai yang dipakai akan kelihatan merah indah berseri seperti yang diingini. (Seri Dewi & Keluarga, Feb 2009) http://www.petuanenek.com/kecantikan/inai-betul-betul-merah


takpun, segala info inai ada kt sini http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=42&cat=HERBA


Untuk mengekalkan warna inai dgn lebih lama lagi, cuba petua ini. Semasa mengisar inai, kisarkan bersama sedikit nasi dan asam jawa (tanpa biji). Kemudian gunakanlah, warna inai akan tahan lama lagi. http://serikasih.blogspot.com/2008/07/petua-warna-inai-tahan-lama.html


eh, 3 pun kira baik hati lah jugak. hehehe. uols ni manja tau. i babap nanti.

kalau ada petua lain, share share lah ye.

bubye pengantin to be.

inai di jariku.

hello hello

(sekarang ni, teater natrah tengah ada kt tv1, ralat betul nk tengok) oh remy.... haha.

harini, aku nk bercakap tentang inai.

sebelum tu, aku bukanlah org yg pandai sangat dalam hukum hukum islam ni, tp apa apa hal, sebelum korang nk berinai yg ukir ukir tu, baik korang google dulu pasal hukum dia.

pendapat aku, depend pada minat dan kemahuan masing masing.



tp aku ni senang je, aku tak mau buat ukir ukir bunga tu. sebab aku tak minat. aku lebih nk buat yg simple. old skul gila punya tema. haha. nampak sweet tak kalau berinai di hujung jari je??? hihi.
ni kalau gila banyak punya bunga, kerawang dah memang semak je aku tengok. in fact memang aku tak suka nk pakai inai yg instant tu. (dalam cone tu)

back to basic, aku mahu inai asli. inai yg ditumbuk atau digiling, ditambah pula dengan gambir biar kasi merah, atau tambah nasi biar dia melekat kt jari jemariku yg halus ni.

(aku berdoa agar salah seorang embah sedara aku, masih mampu nk menggiling inai untuk aku. amin)

aku nk adik adiku nanti yg berkorban jari dorang demi mencantikkan aku. haha.


haaaa, camni lah ke''old-sku''lan yg aku nk nanti. sweet tak sweet tak?????? kt kaki pulak, masih macam dulu dulu, satu line je. still takde nk berukir ukir. kang laki aku confuse lak, kawin ng org melayu ke org hindu ni. hehe.

inai untuk orang lelaki pula???

setau yg aku pernah google, haram hukumnya.

di suatu hari aku bertanya (masa tengah gaduh ni)

''u nak pakai inai tak nanti kawin?''

''eh, apahal ni, kan kita tengah gaduh. tiba tiba tanya pasal inai. erm, i tak mau pakai inai''

''haaa, baguslah. hukumnya haram pun lelaki yg pakai inai''

oleh itu, aku memang tak nak suami aku nanti tanggung dosa disebabkan inai di 3 jari hanya untuk nampak hensem pada satu hari. kalau dia nk pakai, terpulanglah pada dia kan. tp bab ni, aku takkan memaksa. sebab aku dah tau hukum dia.

erm, korang pandai pandai lah nk google eh. nk kahwin yg berkat, usaha sikit. haha. ayat tak tahan.

bubye pengantin to be!!

jom mulakan.

hello hello...

sekarang mood tengah tak baik ni. baik jangan kacau aku. kang sorang sorang aku geget tapak kaki tu.

semalam gaduh pasal kahwin, petang semalam dah okay. tiba tiba malam td gaduh pasal interview lak. tp sampai sekarang belum baik lagi. tppp, actually, by dah mintak maaf. aku saja je cucuk cucuk dia kasi bengang sket. ahhhh, aku yg cucuk dia, aku sendiri yg sakit hati.

ahhhh, dengan dia ke aku nk kahwin ni?????

okay, marilah kita update blog tawen tawen ni ek.

Sunday, February 21, 2010

barang barang yg diperlukan

hello hello.

semalam dah survey dip. yg nk dibuat bunga hantaran kt dulang tu lah. wah besar betul angan angan ni nk buat bunga dip. issshhh betul ni lah. bunga tu cantik sangat. memang berangan dari dulu nk buat bunga dip. warna??? pink purple kot. cantik kan padanan warna tu. tp tu bukan tema kahwin ktorg. ktorg plan nk buat warna merah. ah peduli lah kalau eton dah buat kaler merah. haha. memang dari dulu lagi ktorg nk buat warna merah.

aku mmg suka tengok by pakai baju merah. dan aku tak pastilah dia suka ke tak aku pakai baju merah. haha.
[apa yg aku mengarut ni???]

kedai bunga dekat ng bazaar masjid jamek tu, satu botol rm14.90. dah dia boleh bagi aku diskaun rm14.50 je.

aku tengok pulak kt klim kraft sebelah jakel jalan bunos tu. rm16.00.

TAPI...warna kt klim kraft [craft] byk choice. ada warna merah juga.

ish, apa fungsi merah kt bunga dulang ni????? ada...maunya aku nk buat sekali untuk pahar dip camne??? kena standby gak kan?? : )

tak habis lagi cite pasal bunga dip, pagi tadi survey pulak kt chowkit. aku yakin gila kt chowkit mesti dapat murah murah.
MALANGNYA...tak jual kt situ. alasan dorang, kedai dorang panas, so dah takde stock lagi. apa daaaa...


tak dapat dip, tp dapat anak kucing siam. camne pulak tu???
ish, blog ni untuk kawin jelah wey. tak masuk cite cite lain.


pastu semalam survey souvenir nk bagi kt tetamu dan kawan kawan. oh ye dah jadi trend skrg kan ada souvenir untuk tetamu biasa dan kawan kawan.

kt mydin, tasbih yg agak okay nk bagi kt orang rm7.20 sedozen. aku malas betul nk bagi org towel lah, sudu garfu lah. aku nk bagi benda yg betul betul orang boleh pakai.

betul betul nk org hargai pemberian aku. kn elok kalau tasbih tu org pakai kan. ni kalau bg sapu tangan yg dah dibentuk kecik kecik, org nk pakai ke??? dah lah kain jenis tak serap air peluh, air liuh, air tetumpah semua kan. so, sebelum ni aku kutuk kutuk sapu tangan, aku pun tak nk lah bagi sapu tangan kt tetamu tetamu aku nanti.

pastu aku pun dok survey surah yasin atau pun buku doa doa harian. kt mydin, rm2.90. oh masih mahal dalam budget aku.

dan dalam perancangan, aku juga nk sertakan sekali sticker ayat ayat atau doa pendek cam doa naik kenderaan ke, doa pandang cermin ke dlm goodie bag aku.
masa aku pergi jalan tar, kebetulan tengah pasar malam [yeah, kesukaan betul], kedai yg peniaga tu suggest kan untuk aku survey sticker yg beli banyak banyak dapat murah...dah tutup. jadinya, hari sabtu tu, tak berapa nk ong lah nk survey barang yg aku nk.

hari ahad, berjalan ke chow kit, dapat banyak juga quotation. barang yg tak terfikir nk survey pun, tiba tiba muncul.

kt chowkit, mungkin aku dah dapat kedai borong gula gula. dan aku nk sangat bagi tetamu cilik lolipop. sebab nampak meriah gila!! warna warni.
tp kt kedai tu, aku tak nampak hasilnya means, takde yg murah dan banyak.

yg lain yg agak berpuas hati adalah sweet yg dalam dia ada asam tu. agak murah lah [sebab aku tak pernah survey tempat lain]. takpe, benda benda tu semua, ada banyak lagi masa nk survey.
infact, aku ada sorang makcik yg ada kedai borong kt kuala selangor.
kalau ada rezeki, aku ke sana bertanyakan tentang harga gula gula yg boleh dibuat ole ole.


bunga, dulang semua...adeh. survey adalah masa yg menyeronokkan dan mengexcitedkan. bila pergi kedai bunga, rasa nk beli semua barang barang macam duit kt bank tu, aku sorang yg punya. hahahaha

okay will update blog soon.

tarikhnya???

hello hello.

dah bincang bincang walaupun tak secara serius dengan by, kami plan nk mendirikan rumah tangga pada tanggal 2 october 2010. insyaAllah. mulanya plan tarikh 10hb tu, tp tahulah tahun ni camne kn.
tak jadi. cancel sebab takut tok kadi byk appointment! hehe

aku plan, some of the things, nk DIY. cam hantaran, bunga pahar and the best...pelamin!!! haha. betul okay. aku percaya pada tahap otak aku yg boleh berfikir secara kreatif dan kritis dan juga kerjasama antara sepupu dan adik beradik aku. smile!

dengan itu, aku dah start pun survey barang barang WALAUPUN, tarikh tu tak tentu betul ke tak. hahahahahahha.

ahhh jangan ditanya tension camne. kadang kadang malas nk fikir, malas nk tanya. tp kalau tak tanya, tak kahwin pulak kang.

okay put aside that silly things. jangan fikir bukan bukan. fikir positive je.

dah sambung lain. aku tak tahu nk tulis apa sebab dah lama tak memblog.

salam perkenalan

hello hello...

orang dulu dulu ada journal kawin kan??? aku tak larat nk menulis dek non. eh, tapi journal tu dah ada. kalau singgah mana mana tempat yg berkenaan dengan kahwin, aku tulis lah apa apa info kt situ.

so, dengan itu, nahhh journal di alam maya.

marilah ikut aku, ke alam bakal menjadi isteri orang.

tp dah takde internet kt office ni, tengok lah kerajinan aku plak ye. hah, entah entah blog ni angan angan tayik ayam je kot.

okay, marilah kita bersama sama mendoakan agar blog ni berjalan lancar dan dapat bagi info pada kawan kawan lain yg nk kawin.

babai

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails