:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, May 31, 2010

aku ada Dia!

hello hello


yang sebenarnya, aku dah shut down laptop. nk tidur setelah aku penat menangis. ye aku menangis tadi. lantaklah org nk cakap aku cengeng ke apa.

aku menangis sebab apa?

bergaduh.
dan kenangkan masa depan yg entah terang, entah gelap.

sembahyang isyak aku manfaatkan sepenuhnya masa sekejap tu, berkomunikasi dengan Allah SWT. lama nya tak buat macam tu. selalu lepas solat, terus baca doa pendek, lipat telekung. kalau sempat, sedekahkan al fatihah dan baca ayat kursi sebagai pendinding diri.

aku tak tau nk mengadu dengan siapa tentang masalah hidup. yeaa, entry entry lepas, memang tunjukkan yg aku adalah org yg mudah ketawa, yg sengal dan gila gila. tp sebenarnya dalam hati aku selalu menangis kenangkan hidup sendiri, dah kehidupan keluarga aku.

nk mengadu dengan mak, tak mungkin. kami anak beranak bukan macam sesetengah anak beranak yg lain, yang terlalu kamceng macam kawan kawan. boleh share segala benda. kami anak beranak yg biasa je. so memang takde nk mengadu kt mak.

nk mengadu dengan adik adik. entah dorang faham atau tak keadaan kakak dorang ni.

nk mengadu dengan by. entahlah. tengok, aku sendiri tak pasti akan kemampuan dia nk mendengar masalah aku. 6 tahun, aku kenal perangai dia. so, aku tolak dia ketepi bab nk mendengar ni. tapi bukan semua. ada masanya, dia ada jugak pinjamkan telinga dia. ada masanya, aku tetap mencari dia untuk luahkan perasaan. malangnya kalini, aku malas sangat nk kaitkan dia dlm masalah aku.

nk mengadu dengan kawan baik aku sekarang menjaga penggunaan bil aku. takut over limit, takde duit nk bayar. mungkin sesetengah boleh dipercaya, sesetengah tak boleh dipercayai. ada kawan baik pun, masing masing bila dah kahwin lupa kawan. padahal, hari nikah kahwin dorang, aku yg bersusah payah. harap korang baca ni, dah sedar diri. aku dah malas nk jadi aku yg dulu, yg sanggup redah naik bas pergi kampung dorang, semata mata nk jadi teman di kala korang di akad nikahkan. pendek cerita, lantak koranglah nk nangis ke apa. aku dtg nk makan nasik minyak je. jgn call aku, mintak tolong aku jadi peneman korang masa korang menangis ingatkan arwah mak bapak korang sebab masa korang menikah, arwah takde nk share kenangan tu. tu semua dah berlalu. aku cukup serik hadap jenis manusia atau KAWAN macam ni. ingat aku balaci korang ke?????????

okay cukup.

nk mengadu dengan kucing apalah yg dorang faham dari kita. dorang cuma boleh tenangkan kita je. tu je.

kenapa aku lupa yg Allah sentiasa ada dengan kita??? serius, aku lupa.
kenapa aku lupa yg Allah sentiasa mendengar dan tahu yg kita ada masalah??? aku lupa. jahil gila.

lepas je bagi salam, aku tak tadah tangan. aku mengadu dengan Pencipta yg Maha Esa.

''ya allah, kenapa aku tak boleh nk bagi kesenangan hidup pada mak aku, adik adik aku? bila masanya aku boleh bagi duit yg banyak pada mak supaya dia boleh beli yg dia nak? bila masanya aku boleh bagi kesenangan pada keluarga aku setelah bertahun kami hidup dalam serba kekurangan selepas abah pergi?
ya allah, kenapa hidup kami sentiasa malang? kenapa kehidupan kami tak senang macam orang lain, keluarga lain?
ya allah, mak suka ke ada anak macam aku? bangga tak dia dengan anak dia yg sorang ni. hari hari dia, dia gembira ke aku ada disisinya tanpa kerja, tanpa pendapatan?
ya allah, bangga ke adik adik aku dengan kakak dorang yg jobless ni? senang ke hati dorang bila dorang mntak duit nk beli itu beli ini, tapi aku cakap akak takde duit.
ya allah.......''

terus terang, aku tak pernah mengadu macam tu, tak pernah menangis macam tu.

dan sekarang, serius aku tak pernah rasa lapang dada macam sekarang ni. dan korang tau, masa aku mengadu tu, aku dapat rasa Allah ada depan mata aku. MATA HATI.



orang takkan faham kenapa aku ambil keputusan nk berhenti 24jam dari kerja lama. dan aku malas nk panjangkan cerita. pada yg tahu, tahulah. yg tak tahu, biarlah aku simpan sendiri.

orang pun takkan faham masalah keluarga aku.
orang pun takakn faham beban yg aku tanggung.

aku bernasib baik sebab hasil aku kerja, ada jugak aku menyimpan. tak banyak, tp masih boleh menampung segala perbelanjaan penting keluarga dan diri. ye, aku sedikit boros, tp masa sekarang, aku kena belajar jimat cermat. duit yg lebih, aku spend untuk kucing kucing aku. ada lebih, untuk keluarga.


cuma aku fikir, sampai bila aku nk hidup mcam ni. macam takde arah. sampai bila aku nk susahkan mak lagi? sampai bila aku nk kecewakan mak? aku tau, aku dah sampai tahap derhaka pada mak, sebab tak pernah nk buat mak gembira.


najib kalau u baca ni, i minta maaf banyak banyak.

tolong jangan salahkan i sorang dalam hal i berhenti kerja. kalau bukan sebab u selalu mengelak dari berbincang hal nikah kahwin kita, takkan senang2 i nk berhenti kerja. i akan fikir berkali kali walaupun kerja adalah tanggungjawab i. sedikit sebanyak, masalah kita bersangkut paut jugak.
and stop complaint pasal hal hal kerja. u tau i tengah berusaha cari kerja, tolong jangan nk desak. dan kalau u tertekan dengan orang sekeliling u, tolong jangan jadikan i punch bag u nk lepaskan geram.
dan tolong jangan pertikaikan kenapa i tolak kerja cikgu tu. i tak mintak semua tu. i memang tak mau.

dan tolong jadi seorang yg memahami i. siapa lagi yg boleh faham i kalau bukan u???


i minta maaf. kalau apa yg i taip ni, salah!!!


dan aku pelik. tak taulah kalau ayat aku ni, ayat munafik ke apa.

aku sembahyang 5 waktu. kadang kadang 4 waktu. tapi aku sembahyang. tapi kenapa orang yg tak pernah sujud kt tikar sembahyang, lebih murah rezekinya???

aku tak salahnya Allah yg memberi rezeki. tp aku fikir, kenapa yg mengalami kesusahan ni, aku? kenapa aku? kenapa tak pada orang lain, yg lupakan tuhan. dia bukan period sepanjang tahun, tp dia memang malas nk sembahyang!

kenapa??? aku pelik je kenapa.


dah cukuplah. aku takde kawan. aku cuma ada blog tempat aku nk luahkan hati. dan mungkin ada kawan kawan alam maya yg boleh membaca entry ni. takpe, at least aku lega sebab dapat luahkan perasaan.

nanti ada orang kata aku tak percaya pada qada dan qadar pulak. nanti macam macam isu timbul pulak.

aku percaya pada Allah dan juga ketentuan yg Dia telah tetapkan.

aku cuma pelik dan aku hanya mahu mengadu.



terima kasih Ya Allah kerana mendengar kata hati aku tadi, dan tenteramkan hati ku. aku mohon ya allah, agar kau mengampunkan dosa dosa ku, ibu bapa ku, adik adik ku, arwah nenek dan datukku.
aku mohon ya Allah, sesungguhnya engkau pemberi rezeki kepada hamba hambamu ya allah. kau turunkan lah rezeki yg halal pada ku yaAllah. agar bisa aku menolong ibuku, membantu meringankan beban dia ya Allah. setelah aku berusaha mencari kerja, aku mohon agar rezeki itu berpihak padaku ya Allah.
ya Allah, permudahkan aku dalam urusan menghalalkan hubungan kami berdua yaAllah. jika dia jodohku, permudahkan dan senangkanlah urusan kami. jika dia bukan jodoh ku, kau jauhkan lah dia dari hatiku. sesungguhnya, kau yg membalikkan hati.

amin.


bubye pengantin~to~be - take care!

Sunday, May 30, 2010

adik adik mell sudah di adopt. lega...

hello hello


ingat lagi entry ini???? SINI


gembira sebab minggu lepas, aku berhubung dengan tedi. pasal ada reader @ kawan dia yg mahukan anak anak pot @ adik mell.
sebelum tu aku tanya, yg nk kucing ni, betul betul suka kucing ke? memang ada kucing ke kt rumah? pandai bela anak kucing yg belum putus susu ke?
dan semua jawapan amatlah memuaskan hati aku.
so proceed.....

so pagi pagi, kitaorg berSMS tanya plan macam mana. pung pang pung pang, janji kul 12 jumpa kt rumah aku. aku pun masa tu dah plan dengan yaya nk keluar cari pasir kucing dia * eh yaya dah ada kucing aku dah cerita belum??? next plissssssss

kul 12++, akhirnya kami bertentang 6 mata, campur 2 mata mak long *owner kucing.
percaya tak, masing masing ni tak pernah jumpa sebelum ni??? tapi masyaAllah, connection tu ada. bak kata orang, chemistry. masing masing nk pot pet pot pet. aku ng tedi lah byk cakap, kak lyn tu diam je sibuk nk memilih nak ambil mana satu.

bak kata tedi ''Kerana anak kucing bertuah ini kami bertemu dalam limpahan hujan rahmat''

betul. tak dinafikan!!! hujan selebat-lebatnya. rahmat. semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada keluarga kak Lyn kerana menyayangi kucing, kepada tedi kerana menjadi pengantara kami dan juga mak long sekeluarga kerana tak berkira.

tak berkira???? nk tau sebab apa???

sebabnya, malam tu, aku suruh lah tedi pujuk kak lyn amik dua ekor. kesian pulak kan kalau amik sekor je. dah lah belum putus susu lagi. dan aku agak, dorang ni lagi kecil berbanding keadaan mell masa aku amik mell hari tu. so berdua elok kan untuk perkembangan. *mandai2 je aku ni.

siap tedi sms ''dia tak reply lah. marah kot suruh amik 2 ekor''
hahahah, gelak guling guling aku ''tak kot, think +ve. dorang tidur tu. hahaha''

so, bila dah sampai kt cage kucing kucing tu, nampak kak lyn excited sangat. pastu dia confused nak ambil berapa ekor.

nk dijadikan cerita, masa mula mula sampai, mak long kata ''ambillah sekor, yg tiga tu ada orang nk''

tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, kemudian ''takpe, ambillah dua ekor''

hahaha...see see. baikkan mak long. bila dia nampak kak lyn macam berminat sangat sangat, terus berubah hati. disuruhnya kak lyn ambil 2 ekor.

so setelah ditelek jantina, ditelek cantik ke hensem ke, kak lyn ambil yg macam mell tu, dan warna hitam sekor. which is tedi kata sepasang [jantan & tino]
* tedi sungguh gigih menelek jantina! haha


akhirnya, si kecik 2 ekor tu, bertukar tuan. harapnya selepas ni, mereka terbela. sesempurna mungkin ye kak lyn!

dan rezeki kami nk berborak lebih lama, tak kesampaian sebab hujan lebat sangat. aku ajak tedi naik atas pekena kopi o cap tupai, dia pun mungkin ada hal lain. jadinya, kami berpisah di tengah tengah hujan.

rasa gembira sebab dapat tolong maklong carikan tuan yg baru untuk anak anak kecil tu. dorang tu tak terbela sangat, sebab maklong sibuk jaga cucu dia. noticed, dorang ada kutu dan sedikit kurap. so, lepas ni mesti segar bugar gemuk gemuk!


tedi, terima kasih ye. next time, kita jumpa lagi minum teh tarik bergelen gelen. =)



aku cakap1: yg lagi 2 ekor dah ada orang booking tau. so adoption closed! hehe
aku cakap2: apa khabar dorang berdua tu ek? kalau kak lyn baca blog ni, tinggalkan komen tentang perkembangan mereka ek.






bubye pengantin~to~be - take care!

bahasa jawa - mengempeng

hello hello↲

korang tau x mengempeng tu apa? okay, dlm bahasa jawa, maksud di macm gaya budak @ baby yg menyusu badan. Macam melekat kt dada mak dia lah kn. Ha, tu la maksud mengempeng.↲kt rumah ni, ada 2 ekor yg suka mengempeng. Dr baby, sampailah da besar panjang ni. At first mcm xkisah. Fikir mungkin rindu nk menyusu dgn mak kn. Tp lama lama, galak pulak. Siap ajar si adik. Ye, itula dia mell.↲ sekarang, berdua tu pantang nampak selimut aku. Sure lenjun dgn air liur dorg. Dan berdua tu bakal mengajar si boboy. Bila boy mcm nk start hisap hisap selimut, aku try tarik xbg dia teruskn. Kalau dibiarkan, confirm jd mcm budak ber2 tu, xboleh henti tabiat pelik. Kucing korang mcm tu k?↲
bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, May 27, 2010

THE MOST ADORABLE AND UNIQUE CAT PHOTO!

hello hello


* top entry. new hot entry will be at the bottom of this special enty. thanks babeh.


left: mell
right: adik
bottom: boboy



saja je masuk contest ni. bukannya susah naaa pun kan. alang alang ada si comel tiga serangkai ni, masukkan je. kalah menang, lain cerita. yg penting usaha. wow bila etty bercakap macam cikgu kauseling. hehe


susah kot nk pilih gambar yg mana nk diemailkan pada sabrina. tuan punya blog yg banyak persians tu. fluffy gila masing masing punya bulu. *kucing ek


sebab nk masuk ni, mestilah yg comel, hensem dan ganteng kan. takkan nk bagi gambar yg selekeh je, mata terkatup lah, mata jadi kecik ke. tak bestlah macam tu.

dan, akhirnya, tu je gambar yg aku rasa molek lah untuk dipersembahkan pada tuan juri.

suka gambar mell tu sebab dia memang suka bila aku make up. suka sangat dia nk duduk atas dressing table tu. pastu suka nk buat muka depan cermin.
gambar adik. well, dia tu pantang kalau aku on laptop. mesti nk menebeng sama. kalau kt tepi boleh diterima lagi nk manja manja, ni betul betul landing atas keyboard. adoyai.
boboy pulak. gambar dia tak banyak sebab kalau nk capture je, mesti gerak gerak. so ni jelah gambar yg betul dia static. hensem lah jugak kan.

kalau uols ada kucing, joinlah sekali. senang je tak susah pun. pergi ke blog cik sabrina tu ek untuk melihat terms and conditions contest ni.


daaaa, miau miau!


aku cakap1: bangga ada kucing comel. orang nk cakap tak comel pun, aku tak kecik hati. =P


bubye pengantin~to~be - take care!

Wednesday, May 26, 2010

chocolate fair??? yummmmii....

hello hello




wok wok sekalian. hantu coklat??? anda stress??? pergi serbu ini buffet sekarang juga, eh bukan. hujung minggu ni.


huhaaaai, ruginya lah tak dapat nk pergi.


informasi seterusnya, baca di sini okeh darlingsss...aku cakap1: makan ingat aku!





bubye pengantin~to~be - take care!

aik, mamat ni?????

hello hello


satu hari / petang, sms dengan by

''i dah bagitau belum, yg anak paan [kawan aku], nama dia nur amalina. nampaknya, tak de rezeki kitalah nk letak nama tu''
''laaa apa pulak. anak dia, anak dialah. anak kita, anak kitalah. i tak kira, i nk jugak nama nur qistina amalina tu''

*kitaorang dah plan bertahun dah, kalau anak perempuan nama tu, kalau anak lelaki....adalah. gila gedik nak mampus kan! dush!!!

''erm, tak maulah duplicate. nanti kita letak lah nama lain. nanti kalau dah pregnant, beli buku nama nama islam tu'' * gatal wok
aku lagi ''nanti i nk cari nama yg pendek dan bermaksud. takde nur, takde siti pun takpe. asal ada maksud then bila orang panggil dia, tetap maksud yg sama''

''yelah, nanti u pilih lah. takpun, senang senang letak siti arena antena''

aku ''ala, tak maulah. carilah nama sedap sikit''



sekali petang ni, bukak facebook, terus tekan tang friend request tu.




korang dapat agak tak siapa punya angkara??????????????????


berialah aku ingat aku dihidapi dejavu ke apa kan. bincang pasal antena antena ni semalam, pastu ada org add nama antena.

hampeh, baru nk feeling devaju.

tengok rambut, aku dah tergelak dah. terus call. ''nk add ke tak nak ek?'' ''entah, terpulang lah kt u''



korang agak agak, patut ke aku add siti arena antena tu???
jawapan aku, aku ignore je. hahahhahahaha. kantoi lah aku berscandelous nanti. kakakakakakakakkaka.


aku cakap1: de javu tu mende wey??? aku main taip je ni.
aku cakap2: pergi lah add minah arena antena tu.


update: maksud dejavu, tekan sini. haha. dah sah sah lain konsep aku.


bubye pengantin~to~be - take care!

Sunday, May 23, 2010

panggilan lain kt anak anak.

hello hello


aku tak taulah orang lain macam mana. tapi aku, aku akan bercakap sorang sorang dengan anak anak aku. tak harapkan jawapan pun, cukuplah kalau dapat nk luahkan perasaan dengan dorang. pastu, masing masing macam ada panggilan manja selain dari nama penuh siap berbinti atau berbin kan etty. contoh macam:

1) mellinda binti etty
- mal mel mol. tak tau kenapa. tp macam sedap kalau nk panggil ala ala manja.
- ame na mei. ni pun tak tau asal usul dari mana. haha. main sebat je aku ni.
- mal - sebab hari tu ajar thaqif sebut mell tapi dia tak pandai, dia sebut mal. so aku pun kadang kadang terpanggil mal.
- a mell - sebab dah ada adik, aboy. so automatik, kena panggil a mell.
- kak mell - sebab dia kakak kan.
- o mel - mak aku selalu panggil camni. feeling cerita na o mei lah tu. cuma hujung tu mel.


2) adik bin etty
- dak dik dok - sebab mell dah mal mel mol kan. haha.
- adik kedek kedek - sebab feeling nk nyanyi di kocok kocok!


3) boboy bin etty
- a boy - sebab macam pendek, senang
- buncit buncit - sebab perut dia buncit. haha.


tapi, bila panggil dengan nama nama tu semua, dorang tak menyahut sangat. kadang kadang takde respon pun. mungkin masing masing dah tau nama yg penuh kan. in fact kalau aku jerit panggil adik bin etty, adik tak pandang aku. kalau panggil adik je, dia pandang. siapa sangka, kucing ini bijak.



lepas tu, kalau korang gomol, peluk anak anak korang, ada tak dialog yg biasa korang sebut. macam aku :

1. ala butuk butuk *busuk. butuk aaa ya ni. butuk aaaaa. * ya tu - dia
2. gemuk aaa ya ni. - sangat merujuk pada mell =)
3. buntit buntit. buntit aaaa ya ni * buncit - rujuk pada boboy sebab buncit cacing


haaa tu lah cara aku cakap. korang camne pulak?? normal ke aku ni? hahahahahahaha


aku cakap1: aku pun tak tau apa idea aku malam ni, sampai terlahirlah entry merepek meraban ni. hahahahaha.


bubye pengantin~to~be - take care!

istiadat konvokesyen uitm

hello hello



mak den takdo. pergi kolumpo! esok adik den, wanie konbo * konvo versi jowo totok. haha

den tak poie. dok yo kek rumah, jago anak anak den yg bertigo tu. kalau den poie, sapo nk jago demo * tiba tiba ada demo, which is loghat perak - deme [mereka]. haha.


ah sudah sudah, berbelit belit lidah aku. eh, aku taip sambil bercakap lah. tu yg sampai boleh terbelit tu. haha.

first plan, memang nk pergi. tp pergi esok. istiadat tu belah tengahari, so ingat nk gerak dari melaka awal pagi. tp fikir fikir secara kejam, malas! haha boleh tak camtu???

bukan apa, ni nanti wanie ambil award, wah award katanya. konvo dia ni untuk diploma. sekarang dia further degree, so dua kali lah dia konvo kan. kang konvo degree kang, insyaAllah aku pergi. tp kalau pas degree dia sambung master ke, insyaAllah, aku tak pergi degree konvo, aku pergi konvo master dia kang. hahahahaha. aci boleh je aku kan??? not good betul sebagai contoh kakak mithali dan solehah! padahal masa aku konvo dulu, semua ada. siap family wak sal aku pun ada dengan cheyah. haha.

bukan apa, atenya aku konvo sekali je kot seumur hidup. of course lah semua kena ada. tu pun, so far lah once in a lifetime kan, after this, mana tau ada rezeki aku nk konvo lagi.



untuk wanie kalau kau baca ni:

along *ish bila masa aku bahasakan diri aku along ni mintak maaf sebab tak dapat nk datang memeriahkan lagi konvo kau esok. kalau akak ada, mungkin akak jadi photographer kau. takpe, yg penting kau enjoy dengan camera yang kau pinjam tu. haha.
kau kena faham, anak anak buah kau bertiga tu perlukan penjagaan dan pemerhatian. kesian dorang kena tinggal. dah lah sebulan sekali baru jejak tanah. haha.

insyaAllah, kang degree's turn, adolah den yo. nanti den bolikan ekau bungo patblas kuntom.

sekian.



ececeyyy, anak sapo lah ni yg siap tunduk hormat. orang lain elok je berdiri tegak. dush!


versi hard copy gambar ni, nampak sangat gedik. sebab aku cakap ''terima kaseyyyyyyyyy'' cuba korang try cakap terima kaseeyyyyyyy dengan terima kasih depan cermin. nampak beza tak??? huh, gedik gila perempuan ni.


mereka yg ada pada hari itu. tapi takde gambar studio sebab aku tak berminat. dan gambar gambar ni semua, masih dalam versi soft copy. walaupun mak dah bising bila nk print, tp entah bila jin print gambar nk seru aku. haha.


eh, ni siapa yg nk konvo ni??? asal ada gambar aku??? wakakakaka.

bye.



bubye pengantin~to~be - take care!

nakalnya kau anak bujang...

hello hello


huh, dah sah ni, sohih. sapo punyo kerjo ni??? sah dia punya kerja, sampaikan bila nampak depan mata, dia boleh gigit part yg dah putus tu.

sah sah...

sampai hati kamu buat mummy camni. mummy perlukannya sangat sangat. tanpanya, hidup ku huru hara.

habis harta sepencarian aku
.



ni....dia punya kerja lah ni...

siap lah, nk kena babap jap lagi. haha



boboy, hulurkan tangan cepat!!!!!!!!!!!!!! eh, silap bukan nk rotan, nk babap. cepat pusing belakang, nk babap montot!





bubye pengantin~to~be - take care!

Saturday, May 22, 2010

aku mimpi dia curang dengan aku.

hello hello

* amaran, entry tak bergambar yg bosan. tp penuh manfaat

sebenarnya, inilah entry yg pagi tadi aku nk menulis sangat. tp dek kerana geram pasal mouse dah hancur, itu pulak dijadikan entry pertama edisi hari sabtu.

sebelum tu, aku bagitau, perangai aku memang macam asal boleh je. siapa yg kenal aku, memang kenal sangat aku macam mana. but for those yg baru kenal aku, lagi lagi kenal thru blogging, dont judge aku macam macam eh.
bak kata orang, tak kenal maka tak cinta, dah cinta macam celaka. ehhhh, itu page yg kt fb ramai kawan kawan aku like tu. hampeh betul sapa yg create page camtu.
dah cinta, cinta jelah. terimalah seadanya walaupun perangai buruk, mulut bau longkang.
cecey.

lately ni, asal by telefon je kitaorang bincang pasal life after married.

malam semalam
''by, u rasa i boleh ke get along with your family, u pun boleh ke 'masuk' family i ek. tapi family i okay'' *nk jugak puji family sendiri.
''okay je. family i pun okaylah. asalkan u rajin turun dapur, rajin tolong masak masak''
''oooh, i kalau bab dapur tu no hal je. entahlah, tiba tiba rasa macam takut je kalau nk kena duduk rumah mertua''
''laaa, takde mendenya. family i okay je. i kan ada''
''family u, kalau kerja berat berat macam mengemas tu, lelaki ke perempuan yg buat?''
''tengok keadaan lah. kalau berat sangat, lelaki lah''
''ooo eh, yelah kalau kt rumah i, kerja angkat berat berat ni, kerja kitaorang''
''atenya, dari mana datang orang lelaki kt rumah u tu cik etty oiiii''

hahaha, ye tak ye jugak kan. =)

patutnya dah end sampai situ je, tapi macam gatal pulak nk bertanya. sebelum tu, aku dengan najibun ni memang dah biasa sembang ngarut ngarut. so jangan nk ingat semacam okay.

''eh, cuba u tengok kt anu u tu. ada taik lalat tak? ada berapa?'' hahahahah, aku gelak dulu.
''jawapan dirahsiakan''
masa ni aku dah telan air liur bergelen gelen.
''kenapa?''
''hari tu ada terbaca 1 blog ni. mak kakak ni, suruh akak tu check anu laki dia. ada berapa taik lalat. kalau ada 2, nanti dia kawin 2, kalau ada 3, 4 dia boleh cukupkan kuota dia!!!''
''haish, u ni. suka na lah percaya benda benda camtu''
''laaaa, kata petua orang dulu dulu''
end.

haaaa, tengok betapa kunonya aku. aku tak tau lah korang pernah dengar ke tak. sebelum ni memang aku tak pernah dengar pun petua macam tu. tp since baca blog kakak tu, baru lah aku beranikan diri tanya soalan berani mati kt najibun. hahhahahahahhahaha.

aku ni memang berfikiran kolot kot. aku akan percaya benda tu. haha.

najibun ni kan. dia tak lah hensem mana pun. rupa pun sedang sedang je. wah mati kalau dia baca ni. tapi dia tak tau blog aku pun. hehe.
tapi......dia adalah seorang yg presentable person. kiranya, aura dia ada. dia smart. kalau berjalan pergi mana mana, dia sentiasa nk nampak bergaya walaupun pakai t shirt biasa, tapi rambut mesti cacak cacak. gaya cakap walaupun bukan soft spoken, tp yakin. no wonder, kalau pergi interview, confirm dia dapat. dia admit kt aku, dia bukannya terel sangat speaking, bukannya betul betul tau isu semasa. tp bila time interview, dia yakin nk speaking walaupun tunggang langgang bahasa, grammer lah segala, yakin bila jawab hal isu semasa.

dan no wonder sangat, ramai perempuan suka kt dia. sebab hal hal tersebut. so aku, walaupun dia tak hensem untuk dijadikan bahan rebutan, tp tetap risau.

dengar je lah masa kt unikl dulu. dia cerita, dia ceritalah sohih ke tak, aku tak tau. ramai pompuan suka dia. in fact, kalau weols putus, ramai yg nk ngendeng kt dia. disebabkan dia setia kt aku je, dia tolak. ntah betul ke tak, aku pun tak tau.

masa kerja pulak, ramai je dah tau dia dah ada gf. masa kantoi fax slip kursus kahwin hari tu. tp tetap orang nk gosip gosip dia dengan perempuan lain. yg perempuan tu takde nk rasa bersalah ke apa rasa malu malu.

haaa, tengok aura budak tembam tu.

so memang kerisauan tu tetap tinggi. agaknya, ditakdirkan ada jodoh kami, tapi aku tetap bini nombor 1 which mean kalau dia gatal jugak nk berbini lebih dari aku, memang tak syak lah. hahaahahahah. jauhnya aku berperangsaka.
shuh shuh, jauh jauh kan lah semua tu.

malam tadi punya topik pulak, apa eh. aku dah lupa. hahahahaha. cepat sangat makan semut ni. tapi hal rumahtangga jugak lah.
sehingga buat aku terfikir fikir sebelum tidur.
haaaaaa, ingat dah. pasal kahwin banyak ni lah.

''u rasa kan, apa punca u kahwin lain nanti ye bila kita dah kahwin?''
''entah. saja saja kot''
''i baru je habis baca buku yg jaja bagi tu. dia cakap, kalau takde keperluan, sebaik baiknya satu je. lainlah kalau ada masalah''
''entah apa jawapan dia aku lupa''
''kalau setakat nk tolong janda, nk tolong orang susah, ramai lagi kot yg boleh tolong''
''lelaki kn makin kurang sekarang ni, so itu tugas i''
wadahel tugas kau. aku sebat kang!!!
''waklu tugas tu, ramai lagi lah yg boleh tolong orang tu. ustazah tu kata, kalau takde masalah, jangan cari masalah. jaga yg seorang tu je. kalau setakat nk penuhkan nafkah batin, tak payah. u mampu ke rasa rasanya?''
''i kahwin lah dengan orang kaya''
''sengal. untuk apa. dia kn dah kaya, boleh dapat sapa sapa''
''boleh belikan i sport car!!! hahahaa''

weng weng jugak dia ni. aku tengah serius dia main main. tu jelah kot yg aku sembang malam tadi. sampai tertidur fikirkan benda tu. ye, aku memang akan ambil serius benda benda macam ni.

sekali aku mimpi ngeri kauuuuu. siap masa bangun tidur, terasa sebal, sakit hati. in fact, dada ni rasa nk pecah sebab terlalu sakit hati.

aku mimpi, aku baru kahwin dengan dia sebulan atau 2 bulan camtulah, dia dah kahwin dengan orang lain. janda beranak 1! wadahel betul. asal mimpi ni???? ni mesti sebab dok fikir hal ni semenjak dua ni kan.
siap pompuan ni tinggal kt rumah aku. sengal berayun betul.

pompuan tu adalah ex gf kawan aku. siot tul ko masuk dlm mimpi aku.

dalam mimpi tu, aku dgn najibun plan nk pergi honeymoon. pastu najibun gedik gila owh nk bawak pomp tu sekali. dengan baby dia sekali. wadahel lah! *yg aku emo ni asal? mimpi je kot. hahahaha. sorry.

aku dah cakap, lah ni kan honeymoon kita. tak payah lah ajak pompuan tu. nanti lain kali u lah pergi dengan dia. walaupun hati aku sakit, aku lontarkan juga pendapat tu.
tp lelaki tu degil. nk jugak bawak 2 bini sekali. aku siap suggest, kan membazir nk kena sewa 2 bilik. sekali dia jawab, laaa sewa 1 bilik cukuplah. kita share.
WTFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF kau. apa hal nk share share kan.
kalau nk bermesra takkan sorang kena keluar???

*wey korang, walaupun yg aku tengah cerita ni mimpi aku, tapi serius aku rasa macam nk pecah dada ingat balik sebab ingat betul betul

perempuan tu buat muka selenge lak. haaaai geram lakkk aku.

yg najibun sangat gatal bontot gila kuasa nk bawak dua dua. pastu dalam mimpi tu, takde nk pujuk pujuk aku, takde nk slow talk ng aku. shilaka betul.

kawan aku datang, rini. aku pun mengadu domba lah dengan dia. ntah dia fire apa kt najibun, aku dah lupa.

aku bangun bangun je tidur.....serius, aku sakit dada. rasa nk pecah, sakit sangat. rasa macam betul betul. terus tak dapat tidur lagi. terus text by ''i mimpi u kawin 2 walaupun kita baru sebulan 2 kahwin. siap nk romen dengan 2 isteri sekali. sengal!!!''

tengok emo gila kan aku. mimpi je baru. kalau betul betul entahlah tak tau apa jadi.

inilah akibatnya kalau asyik blogwalking kt blog meraban raban. eh blog yg petua tu tak meraban, tp pernah terjah blog ada masalah suami tu baru je berapa bulan kahwin, tapi nk kahwin lain dengan janda anak 1. haaaa tengok. so dah tau lah punca nya kt mana kan mimpi tu datang.

siot tol.

korang, panjangnya entry ni. aku malas betul nk check.

aku selalu jugaklah mimpi by kawin lain. tp aku tetap yg pertama. tak pun, mimpi dia curang dengan aku. orang yg dia curang, yg aku ingat lah ina sepupu jauh aku, jaja sepupu aku, nana kawan baik aku, pelakon indon yg jahat cerita solehah tu yg tembam tu.

tp memang, bila bangun tidur, akan rasa semacam. macam betul betul jadi.

ate, nk buat macam mana kan. dah orang yg kita sayang, curang dengan kita, mesti ada rasa tu.

aku dah selalu mimpi macam ni, apalah petanda nya ek???

doa doa lah semua tu mainan tidur je. aku ni susah sikit. pemikiran tu terlalu complicated. haha.

okay, tu je. terima kasih kerana sudi baca entry sengal ni.



aku cakap1: aku memang selalu akan mencarut sedikit dengan najibun. hahahaha. abaikan. kang taulah aku camne nk handle kalau dah jadi laki bini. jangan jadikan issue eh. thanks.

bubye pengantin~to~be - take care!

sapa punya kerja ni????

hello hello





korang tengok, tengok. maunya aku tak geram. aku gigih bangun pagi pagi nk taip entry baru yg menyegarkan minda, tiba tiba tengok mouse ni dah jadi camni.. geram betul aku.
aku nampak mouse tu ada kt bawah, aku macam pelik. sejak bila aku leraikan *ceh leraikan tak tahan wayar. sebab aku bukak half je. others, aku ikat dengan getah. so that takdelah menjalar sangat kan wayar dia.
puas lah aku fikir. lembap betul cara pemikiran aku.

pastu tengok asal wayar dia pendek je. mana yg lain???? SAH SAH. ni SAH kerja budak budak ni. maunya aku nk gigit ekor sekor sekor.

putus habis. konon konon feeling wiringman lah boleh nk connect kan wayar yg habis kena gigit tu, hampa!
*eh masa sekolah, aku suka kemahiran hidup tau. lagi lagi bab elektrik dan kayu. masak okay lagi, jahit aku paling jauh ke laut china selatan!


adakah ini betul betul dinamakan teTIKUS??????
adakah ada bau hamis pesing pesing macam TIKUS?????

oh lah sayang sayang ku. kenapalah buat aku macam ni. korang tau tak aku alergic pakai ----- apa ke nama cursor kt laptop tu. ha apa apa jelah. aku tak reti. melambatkan kerja aku!
kang jari telunjuk aku je sentuh benda tu, jari tengah, jari manis dengan jari kelinking aku kejong. tau tau dah kebas.




oh please lah sapa sapa yg nk sponsor teTIKUS kt aku.



bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, May 20, 2010

mak etty rindu thaqif.

hello hello



serius. sampai menangis. bercerita dengan by aku sembang2 dengan kak ijan kt fb, sampai ke hal thaqif sebut nama kitaorg, tetiba aku sedih, sebak lalu menangis. * lalu menangis?? wah ayat aku!

''eh asal nangis ni??''
''rindu thaqif....................'' diam. sedu sedan *tipu
''a'ahlah i pun rindu dia. tu lah u pun dah tak duduk kampung baru lagi, camnelah nk jumpa dia eh?''
''takpelah, nanti ada masa kita pergi jenguk dia ye sayang'' pujuk aku lah tu.
''i faham, dari umur 5 bulan u jaga dia kan, mestilah u rapat dengan dia''

*sambung nangis....thaqif, mak etty rindu thaqiflah! nanti acik jaja kawin, thaqif confirm datang melaka tau!!!!!!!!!!!!!!



ni lah halnya yg aku dok membingit kt by. thaqif panggil by uncle. tp dek kerana pelat lagi, atel lah jadinya. dulu dia panggil aku etty je. tp sekarang dah panggil mak ty. hari tu kt kampung, dengar jugak lah jelas dia panggil mak etty.


kak ijan dalam pantang ni, selalu jugaklah ktorg online, ym, calling calling. wah org pantang sekarang sudah advance. onlice sajo. kang turn aku, hari hari hadap blog cerita pasal anak. tu pun kalau sempat lah. hehe. *eh, sudah berfikir ke hadapan nampak cik etty? haha.

oh, demi nk letak jugak mak etty borek, thaqif rintik, aku terpaksa pakai tudung sekolah sebab tak reti nk melukis pakai selendang bagai. eh cantik lah kak ijan pakai tudung merah mak ngah. haha larikkkkkkkkkkkkkk.


kak ijan bukan kakak aku. dia sepupu aku, anak wak aku [pakcik]. wak aku tu abang kedua pada arwah abah aku. so kak ijan bukanlah jauh sgt kan pada aku. terlalu dekat dan terlalu rapat. so that, aku claimed thaqif anak buah sendiri. atenya, adik adik aku tak kahwin lagi, mana boleh langkah bendul.

aku tinggal dengan family kak ijan, december 2007. masa mula mula aku kerja kt klcc. masa tu thaqif 4 bulan tak silap. so korang pun bleh agak kenapa aku rapat dengan dia. even aku jarang nk cebokkan bontot kalau dia berak ke apa, tp pernah lah juga aku jaga sikit sikit. main agah agah, belikan mainan, pujuk kalau dia nangis, dodoikan dia tidur, pernahlah kan.

saat paling sedih, january 2009, aku pindah keluar dari rumah tu. pindah ke flat. sedih gila kot. hari hari terakhir sibuklah tangkap gambar thaqif, video dia. bila malam rasmi nk keluar rumah tu, nasib baik ada along dengan hisyam [adik by] sekali dalam kereta tu. kalau tak sure aku dah nangis kot.

malam pertama tidur rumah baru, jangan cakap sedihnya macam mana. menangis dalam selimut sambil tengok video & gambar thaqif. sampai budak rumah cakap ''hai, dah rindu anak buah ke?'' hehe.

pagi pertama, jangan cakap jugak camne sedihnya!! jangan tanya!!
dalam bilik air menangis juga. * aku kan ratu airmata maria.

selalu pagi pagi dah biasa dengan suasana bising kak ijan kejut thaqif, bising dengar thaqif gelak atau menangis, sekali sunyi sepi je pagi pagi kan. apa lagi, air matalah peneman setia.
kat office, pun melayan perasaan jugak. sepanjang hari tak buat kerja, asyik tengok video dan gambar dia. benda yg sama diulang ulang. kt office pun boleh nangis! macam anak sendiri je lagaknya.

hari pertama gagahkan diri tak balik rumah kak ijan. kena sabar dan tabah.
hari kedua pun sama.

hari ketiga baru melawat kak ijan dan thaqif. hilang rindu. in fact, aku tidur rumah sana. pergi kerja, senyum meleret. gembira gila pergi kerja tu tau.

dan hari hari seterusnya, aku makin okay dan boleh adapt dengan rumah baru.

melawat thaqif pun adalah sesekali bila free atau balik kerja awal. tidur sana pun sesekali jugak kalau ayah dia takde. yelah, segan kot. dulu nama pun tinggal sana kan, taklah segan. ni dah rasmi keluar.

paling bahagia, by suka kt thaqif. kalau weols dating, mesti end of day, jumpa thaqif. thaqif pun seronok jumpa uncle nya.

paling jeles, bila unclenya ada, aku tidak dipedulikan. eh peduli lah jugak, tp tetap nk menebeng dengan uncle. duduk atas riba uncle, minum pun nk dari cawan uncle. nk main dengan uncle. uncle pun selalu buli mak etty. sedih. wek wek.

hari jadi thaqif, mesti gaduh gaduh dengan by nk belikan hadiah apa. nk ikut cakap dia je.
hari jadi yg pertama, weols beli kereta. apa eh nama dia. yg thaqif duduk pastu tolak pakai kaki tu. haaa, yg tulah.
hari jadi yg kedua, beli kontena yg ada abc, 123. konon suruh belajar lah tu. hehe
hari jadi yg ketiga, belum lagi. 1 august akan datang ni. belum plan nk beli apa lagi, sebab masih jauh. insyaAllah, ada juga hadiah untuk thaqif.

dari baby, sampai dah besar, dah boleh jalan kedek kedek, aku tinggal dengan kak ijan.
sekarang, dah ligat kot budak tu. dah petah cakap. ada je akal dia yg buat orang geram, suka kt budak ni.
kalau jalan kt mall atau dalam lrt, ada je orang tegur ''alah, comelnya. macam anak jepun''
hahahahaha.

dan budak ni kalau tengok gambar kucing aku dlm fb, mesti cakap ''nyiau etty bu''. haha, dia tak lupa. kalau call tu, webcam mesti dia tanya ''nyiau ane?'' aku pun sibuklah halakan webcam kt arah kucing. kalau takde satu hal aku nk pergi cari kucing kucing aku yg sememangnya tidur merata.

okay, done with thaqif's stories.

betul, aku rindu budak masam ni. insyaAllah jumpa next month on jaja's wed.



bubye pengantin~to~be - take care!

selamat hari lahir untuk abah tersayang. walau kau jauh.

hello hello


lamanya i menyepi. hilang kejap mood blogging dek kerana rasa down yg amat sangat. sentiasa je online sesudah solat subuh, lepas solat asar sampai lah tengah malam. tapi takde mood langsung nk update dengan cerita yg baru.

cerita baru memang banyak. banyak sangat nk cerita kt uols, tp tulah. mana ntah jin aura rajin tak datang datang. ish memandai je i menyeru. datang betul betul, menggelupur baru tahu. haha.

tengok lah esok ke apa eh. adalah entry bergambar yg nk disajikan.

oh ye, anak anak sihat. makin nakal, makin gemuk, makin buncit. yg tang buncit tu mungkin ada cacing dalam perutnya. eh, perut tuannya juga mungkin ada cacing. haha.

cuma satu je dikesalkan. tanggal 19 may, langsung terlupa yg hari lahir arwah abah. betul betul terlupa. dah nak jam 12, dah nak masuk ke tarikh dan hari yg baru, baru teringat. hai lah etty, jangan lah kau lupa lagi tahun depan ye.
walau abah dah takde lagi, aku sentiasa merindukan nya.
bila rindu tu datang, rasa teringin sangat nk jumpa dengan dia, salam tangan dia, kucup pipinya dan hidu bau badan nya yg kadang kadang aku masih teringat! masakan tak ingat, masa dia sakit, aku yg urut, lap badannya dengan towel basah. hai lah kenangan!

bila iman tu kadang kadang menjauh, terfikir, kenapa Allah ambil abah aku??? kan aku belum bersedia lagi masa tu. kenapa dunia ni kejam sangat pada aku tiga beradik yg masih kecil dan masih tak tau erti kehilangan???

itulah dia kata hati....kata hati kadang kadang tak boleh percaya.

orang bercerita tentang bapak masing masing, aku menangis. cemburu buta! in fact, aku memang emo.
aku selalu bayangkan penulis yg sedang berbahagia dengan bapa mereka tu, adalah aku.

even dengan by pun, aku cemburu bila dia bercerita tentang ayah dia. entahlah. dah lama tak rasa kasih sayang bapa kot.

ha, nanti hari bapa, mesti ramai blogger yg tulis pasal hari bapa. dan masa tu , jangan tanya aku menangis ke tak..haish.

tiada hadiah yg paling istimewa yg boleh aku beri pada abah. hanya al fatihah dan doa agar beliau ditempatkan di golongan golongan termulia dan diredhai, dah semoga rohnya tenang di sana. doaku, satu hari nanti, kami sekeluarga akan berkumpul kembali bergembira macam dulu. amin...

abah, doa etty mengiringi abah ke sana. al fatihah!
abah, etty rindu betul pada abah. lama betul abah tak jenguk etty dalam mimpi kan?
abah, kadang kadang etty tak redha!
abah, kadang kadang etty fikir, etty gagal jalankan tanggungjawab sebagai anak sulung keluarga kita.
abah, kadang kadang etty fikir, etty gagal nk bahagiakan mak, wanie dan nadiah.
abah, etty rindu. apa khabar abah kt sana. jumpa embahtok dengan embahlain tak?
abah, etty banyak buat dosa. dosa pada diri sendiri, dosa pada mak dan abah, dosa pada semua!!


abah........








alfatihah untuk arwah abah [kamal bahrin] [19 mei 1958 - 12 julai 1996]



aku cakap1: kalau abah ada lagi, mungkin mak aku dah jadi datin sekarang ni. =)

Monday, May 17, 2010

rest in peace dak kimo. sabar tedi.

hello hello


* aku letakkan sebagai entry yg atas antara lain lain entry. kalau ada entry baru, sila scroll down okay.


sedih perasaan sahabat kahwin tak sama sedih terasa kehilangan. walau bukan anak sendiri, tp terasa dekat walaupun baru kenal dengan penulis.

tak boleh nk cakap apa, sedih. hilang tak penat lagi, terus baca dan terus menangis. biasalah aku, emo lebih.

tedi, takziah. jangan sedih sedih okay...biar dia rehat dengan tenang kt sana. arwah embah lain kita cakap, kalau kucing atau haiwan lain mati, dorang akan pergi ke taman syurga. nanti dorang akan tunggu penjaga nya kt taman tu. wallahualam. tu arwah embahlain aku cakap.

bacalah kt sini eh...http://myqza.blogspot.com/2010/05/rest-in-peace-dak-kimo-kamu-telah.html


bubye pengantin~to~be - take care!

Saturday, May 15, 2010

hafizah anak cik halim kahwin. gembira ke sedih?

hello hello


aku baru je balik dari seremban ni. ponat lak ai. ceh macam aku je drive kan. hehe.

menghadiri majlis kahwin kawan baik, memang bercampur baur. nk datang ke tak. macam sedih, macam seronok. sedih sebab kawan kan. kita single, dia dah kahwin. mungkin keadaan tu sedikit berbeza masa zaman bujang. takpelah, rezeki dia sampai dulu, aku menyusul kemudian jika rezeki aku pula tiba.

fiza, kawan baik dari uitm. gaduh gaduh hampir nk kena lempang, at last baik jugak. sebulan tak bertegur, last last tidur sebantal jugak. hai lah fiza.
tak silap aku, masa part 1, hari pertama kt uitm, dia lah yg terawal berkenalan dengan aku. lepas tu terus kamceng. hari pertama pergi kelas, masa rehat, kt depan taman tenet tu kami bersembang. masa tu serius, macam dah lama kenal.
ingat lagi, masa tu, aku, fiza, fahmi dengan amat. duduk bawah pondok.
sembang pasal keluarga.

fiza: bapak aku kerja tangkap gambar.
aku: wahhh, bapak best. kang ko nk kahwin, bapak ko lah tangkap gambar ko eh??
fiza: apalak, dia kerja kt JPN lah. tangkap gambar nk buat ic.
hahahahahhahahahhahahahah. gila kot. siyes aku rindu zaman uitm.

rapat sangat dengan dia, sampai ke mak bapak dia aku kenal. tak cukup??? atuk nenek dia jadi atuk nenek angkat aku. haha, taklah. kira kenal lah. pernah teman nenek dia buka puasa 6. oh moment tu sangat sweet. *rindu zaman dia bujang. wawawawa

pernah sekali pergi rumah dia maghrib tau. by pakai short. sekali pakcik halim sound daaaa.
''apa maghrib maghrib pakai seluar pendek ni?''
hahahahaah, tu pun baru tadi aku ingat lepas by ingatkan aku. kakakaka
[bukan pakai maghrib je pun, pergi rumah orang lak tu, pastu singgah masa orang tengah bang. mau pakcik tak hangen]

sampai kt pintu gerbang tadi, makcik dah senyum senyum kt aku.
etty: assalamualaikum, makcik kenal ke???
makcik: tu lah, kamu dah pakai tudung, tak kenal acik.
hehe. tp kenal lah jugak. siap tanya ''kamu bila lagi''
sabarlah makcik, akanku layangkan jua kad dan wajib kalian hadir!




kawan kawan yg ada. yg lain aku tak pastilah dah datang, atau sampai lewat atau tak datang langsung. tp muka yg patut datang, tak datang. bagus. haha.
tp muka lagi satu yg patut datang, takde. hanya kirimkan hadiah. kecewa jugaklah sebab dah lama tak jumpa dia.

*tengok beza muka aku dengan tangan. hoh, touch up lebih dalam kereta.

yg pakai baju putih tu, bard. next month turn dia. kat kelantan. adoyai, kalau kt kl, mesti aku tak miss nk hadir ni, tp kelantan. fikir lapanploh kali kot.
cuma dia ada pesan kt by tadi, pergi kt muar pun takpe [belah shah]
ohh ye, by dah janji nk ambil cuti khamis. so kang aku tagih janji dia ekkkk.
eh, belah shah kenduri hari khamis. tak pernah pernah aku dengar kenduri kahwin weekday. haha.

aish, berseri betul muka bakal pengantin ni kan.

bard ni dulu roomate aku masa part 1. kiranya kawan mula mula lah yg pergi makan, pergi surau.



tema warna gold dan hitam. nampak sangat klasik. aku suka pulak tema ni.
actually, aku tak suka warna gold ni. dah common sangat kan sekarang ni. tp bila combine dengan hitam, wahhhh meletup kotttt.


dorang ni hubungan jarak jauh jugak lepas kahwin. fiza kt tanjung malim, dak aril ni kt seremban. untungnya fiza ni kerja gomen. mungkin tak lama lagi, mintak tukar. tak best lah jarak jauh ni. sedih kot. * sekali lagi, aku pulak yg lebih lebih.

gembira jugaklah dia dah selamat jadi isteri orang.


oleh kerana, fiza rapat dengan aku dan by, aku paksa juga by datang dengan aku. lainlah fiza tu macam kawan kawan yg lain kan, macam tak rapat sangat. takdelah aku nk heret sama. tp, dah rapat. kiranya fiza ni pun dah kenal luar [dalam tak kot] by camne. dulu gaduh, fiza lah tempat aku mengadu domba.


apa ingat pengantin je ke yg sedondon??? kami pun lah!!

*eh by, nampak ganteng pulak kamu ya!


sapolah yg tangkap gambar ni, jauh betul. semua makcik nk dimasukkan dalam ni. hahaha. aku tau siapa. wek wek.


okay fiza. aku tau ko baca ni lambat. tapi takpe.

aku ucapkan selamat pengantin baru kt ko dan aril. semoga berbahagia hingga ke akhir nafas kalian. semoga dimurahkan rezeki dikurniakan anak anak soleh yg mendoakan kalian nanti. jangan gaduh gaduh tau.
janji dengan aku, takkan putus hubungan kita ni walaupun dah berbeza status. okay. kalau ko dah lain nanti, aku bunuh kau. haha.

aril, jangan ayong aku ni baik baik.. jangan buat dia sedih. kalau tak aku panggil bala tentera aku sunat kau! hahhahaha.


fiza ni aku panggil dia ayong. sebab dia tua setahun dari aku. so konon macam nk hormat lah kan. ah hormat lah sangat, selalu je aku tunjal tunjal kepala dia. hahahaha.



aku cakap1: aku rindu betul zaman uitm. by jom balik jengka!!!!


bubye pengantin~to~be - take care!

yeay, saya dah besar!!! -adik-

hello hello


satu malam terjaga sebab bunyi bising. takut mak nok.

tiba tiba terpandang sesuatu atas almari. ut ut, apa tu ek???



laaaa, ada hantu miau rupanya. cessss....

dah pandai memanjat nampak. dulu bukan main takut tempat tinggi. ooo ni mesti pasang skill dan strategi. mula mula panjat sofa, pastu naik kt rak gantung baju, jalan pelan pelan sampai hujung, terus lompat naik atas almari. pastu landing atas. wahhh baik punya plan yooo.



dan ianya menjadi tempat kesayangan dan kegemaran. lagi seronok, setakat ni, hanya dia yg mampu. eh, tu lagu aizat. okay, hanya dia seekor yg berani nk panjat atas, kakak dengan adik masih belum tunjuk keazaman nk naik atas. esok esok tak tahu lah.
kang esok esok tengok bertiga atas tu. pitam mak....


buatlah apa apa pun adik, mak tak marah. tp bangga sebab adik dah berani kt tempat tinggi. tu maknanya, adik dah besar dan kuat bagai johan nawawi.



bubye pengantin~to~be - take care!

wow! wow!

hello hello




siot tol lah sapa yg mereka bentuk sebegini haram. lagi siot orang yg membeli. haha. tp orang yang tangkap gambar ni tak sioooot ek. haha.

terjumpa kt kk home deco ayer keroh.

actually, comel pulak aku tengok ni. kalau bagi hadiah kt orang, sure orang tu ingat kt kita kan.
''ooo kau lah yg bagi hadiah cam cilanat tu eh?''

kahkahkah...

aku mms kt by gambar ni, dia suruh aku beli bagi hadiah pada seorang member. siot tol lelaki tu. tak payah, aku tak mau kawan aku lesing aku bila dia bukak hadiah ni, seperti memperli keadaan fizikal dia. ehem ehem...

larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk........


aku cakap1: tp ianya sangat cool kan?? nanti aku beli.


bubye pengantin~to~be - take care!

Friday, May 14, 2010

hasil yg cantik datang dari hati yg ikhlas...

hello hello


ingat lagi entry aku hampir bergaduh disebabkan dorang tangkap gambar aku secara tangkap muat???? cessss, aku trauma beb nk tangkap gambar pasport. siyes, kalau tak ingatkan nk mintak kerja gomen, idaklah aku nk pergi tangkap gambar lagi.

dah lah mahal, pastu tangkap gambar aci boleh je. bila customer yakni aku tak puas hati, lagi nk buat muka syilaka, siap buang secara kasar depan mata aku sendiri gambar aku tuh. choi betul lah. jembalang kubur pun lagi manis muka dorang tau.
dah dah, boikot kedai tu. location, dalam melaka sentral. SA orang melayu. sebelah kedai handphone kalau tak silap aku. *lempang pliz

lahai, at first memang aku nk support orang melayu lah wey. that why aku menapak ke kedai tu terus, takde nk survey survey deee. ni support ni, baik punya support lah kiranya kan. tp dah hasilnya camtu, camne aku nk support???
kita kalau nk sokong product melayu, kenalah dapat hasil yg memuaskan hati, menggembirakan hati. ni kalau hasil cam *&%^*(, nk ke aku recommend kt korang. cukuplah aku sekali yg terkena.


tapi tadi, aku masuk ke kedai lain pulak. okay fine, kedai cina. aku tanya berapa keping dengan berapa charge nya. okay best...8 keping, rm10. jangan nk bising cakap mahal, aku memang tak tahu harga semasa. haha. yg kedai hari tu lagilah cam apa jeee. 4 keping, rm10. kalau nk 8 keping rm15. wadahel mahal gila pastu pakai kertas yg nipis gila. ah, kalau tak puas hati tu, macam macam lah aku kutuk kan. haha.

okay kedai cina ni ada space untuk tangkap gambar. ada cermin lagi. siap aku cakap ''boleh touch up tak?'' dia dengan peramah ''boleh, cermin ada kt situ eh''.
kat kedai melayu tu??? heh, mana ada. kt sebelah kaunter tu je tangkap gambar. tak fun langsung tak boleh touch up. huh.

kt area tangkap gambar, ada flash yg aku rasa semua kedai gambar patut ada benda tu untuk menghasilkan gambar yg cantik. so bila dia tekan camera tu, automatik flash dari 2 bijik flash yg besar tu akan menghasilkan cahaya yg wallahhhh, makin putih aku pasni weyyyyyy....
tu lah namanya tangkap gambar studio beb. bukan pakai kamera digital.....!!!
apa kejadahnya tangkap gambar pakai camera cinonet tu??? haiyakkkk.

hasilnya, aku sangat berpuas hati. orang tu pun peramah. so far lah. kendian hari, tak tahu camne pulak kan. sangat sangat puas hati sampai aku tersenyum dan terlebih excited, mms kt by gambar aku tuh..
''haaa, ni baru gambar namanya, yg hari tu sampah!'' ayat aku pada mms tu.

see see bila kualiti bagus, customer pun puas hati. terlebih lebih puas hati sampai mms kt pakwe. haha.



nk tengok??? jangan gelak eh, saya memang poyo.





ni pulak gambar masa nk renew licence. kt maju junction tu siap ada booth tangkap gambar. so sesiapa yg nk renew kt jpj maju junction, jangan risau kalau tak bawak gambar. kt situ berlambak booth. even takde flash bapak besor, tp dorang pakai dslr. so cantiklah jugak gambar tu.

ni gambar yg konon konon muka macam kena jaundice. haha. alamak, asal gambar licence tu macam runcing je dagu tp gambar atas tu berdagu bulat. oh man!!!!!!!!!!!!!!!!


oh ye, kedai yg best ni kt.......haha aku lupa. sila lah lempang berjemaah. tak kisah. dush dush dush...bye!!!


aku cakap1: perasan tak tajuk cam haremmm???



bubye pengantin~to~be - take care!

adik adik mell seibu..sebapa???

hello hello


pernah janji tak dulu nk letak gambar adik adik mell??? rasanya pernah tp aku sendiri lupa. oh ye, berjanji dengan tedi rasanya sebab hari tu dia nk anak kucing buat geli geli. eh geli geli tu stok ayat konon konon macam nk bermanja lah. mungkin kucing yg sedia ada ni, sejenis dengan mell dan adik. tak mahu sangat di manja. kental lah konon.

boboy baik, mahu tidur di celah kangkang mahupun ketiak masyam. haha.

maklong a.k.a bekas penjaga mell yg dulu, pernah bagitau. kalau nk ambil lah. tp rasanya, kuota aku dah penuh. tp kalau korang nak, boleh. rasanya free of charge, cuma apa kata kita buat system barter??? korang ambil foc, tp korang sedekah kan lah sebungkus makanan. aci tak??? rasanya mak si mell tu makan smartheart.
bukan apa, orang memberi kita berbudi ye idak?


ni adik beradik seibu ye, sebapa aku sendiri tak tahu sapa bapak mell. haha. =)


ada 4 semuanya. 2 ekor hitam macam ni. seekor macam mell, seekor lagi macam adik. tp dek kerana aku ralat tengok yg persis mell tu, terus lupa nk snap gambar yg macam si adik. sorry.


mana tak ralat kalau terpandang si comel ni. sebijik habis macam mell. tiba tiba rindu mell masa kitten. oh mell, manja nya kau masa tu nak. *cuma mell mata dia hijau, yg ni biru

tp nampaklah jugak telinga si kecil putih tu kan. lagipun, si putih tu malu. yg kelabu tu memang menurun perangai mell, bising ya amat!


tengok, dia je menebeng kt depan camera tau. haish. comel sungguh lah kamu anak.


haa, ni gambar malam tadi. nampaklah jugak macam adik tu kan.

umur dorang ni dalam sebulan kot. ekor semua panjang. ikut mak eh.




ini anak anak pot yg lepas. mell's batch. oh ye, nama mak mell tu pot. hehe.

tiba tiba rindu pada yg lain. apa khabar lah dorang ye. kalau ditemukan dengan mell, sure gaduh. kalau biar lama sikit, mesti okay pastu dah boleh gurau gurau. mesti moment tu sweet kan???? *sebak

samada yg putih atau kuning tu dah mati ye. kena langgar.

kenal mell tak????


malam tadi aku peluk dan sembang dengan mell:
''mell, td mummy jumpa adik adik mell, rasa nk ambik je bawak balik''

aku dok ulang ulang ayat tu sambil mata aku pandang mak. dan aku perasan mak pandang aku balik dengan pandangan sinis. hhahahaah yessss, mak faham kehendak aku.
tp telah ditolak proposal halus tu.


tedi, kalau nk bagitau ye. tak pun, kalau boleh bagitau readers kamu jika inginkan mereka.


aku cakap1: aku tolong orang je ni. takut kalau si comel tu kena buang. sedih...


bubye pengantin~to~be - take care!

spa in melaka. any idea??

hello hello


im looking any spa[s] in melaka which is provide the best service ever with reasonable charge. bakal pengantin nk pergi mandi lulur, scrub badan kasi kaw kaw punya licin buang segala daki terpendam berpuluh tahun. haha.

sapa sapa yg tahu, sila tinggalkan comment. yg highly recommend lah ye. yg suam suam kuku tak mahu. pengantin mahu kelihatan tertarik, menarik, vogidabas dan sebagainya berkaitan dengan meletupssss.

terima kasih daun keladi, kang aku belanja korang mandi!


bubye pengantin~to~be - take care!

lagenda budak setan - kena tengok nanti

hello hello


tak sabar nk tengok lagenda budak setan. hoh, dulu aku pulun baca novel dia kaw kaw punyalah. sanggup tak study semata mata nk habiskan novel tu.

paling best rupanya ada fazura lah wey....fazure babe, fazura. eh, aku bukan lesby lah! hahaha.

mari countdown ramai ramai dan pergi booking kawan / bf / gf / adik / kakak / abang / mak & bapak supaya temankan tengok wayang. tengok sorang sorang ngam ho jugak, tp macam tak best nk jiwang jiwang. haha. eh dulu aku tengok pisau cukur sorang sorang layan jeeeee.

eh, hari tu tengok ip man 2. ramai dok kata best kt fb, aku pun setuju lah walaupun pada hari jadi, ingat nk tengok apa yg kita suka. ni terbalik pulak.
''eh, macam birthday i pulak'' by cakap camtu. nasib baik sedar diri.

actually, tu cite kungfu. tapi kenapa aku menangis ek? hahahahhaha

so toching lah ini pompuan!


bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, May 13, 2010

pinggang ramping dari belakang. pwwit

hello hello


hoh, siap sila panggung. boleh tahan. macho lah konon ek?? nasib baik posture badan cantik. hehehe.

okay macho macho...



aku cakap1: orang sibuk kemas rumah, dia pun sibuk jugak. alahai...



bubye pengantin~to~be - take care!

afdlin shauki, panggil mereka untuk filem buli akan datang ye.

hello hello



mell kaki bulu buli. mentang mentang dia lagi besar dari yg lain, habis dihempapnya. yg selalu jadi mangsa.....




kucing bermuka comel dan naif ni. badan dia yg paling kecik, paling ringan, paling fragile, paling rela kena buli. haha. sian dia. uols tak sayu ke tengok pandangan mata dia????


tengok!!!! komplot berdua buli si teruna sulung i ni. hahaha. kelakar je kalau dorang ni bergaduh. bergilir gilir kena buli.

sekali....



mell pun kena daaaaaaa...

kesimpulan, bermain lah secara adil dan saksama ye. anda membuli, anda dibuli.


bubye pengantin~to~be - take care!

Tuesday, May 11, 2010

10 may 2009

hello hello

* nk kenang balik kenangan 10mei2009. copy paste dari blog sicantikmanisgebus aku tuh. tak payah google, takkan jumpa kot. aku private kan atas sebab sebab tertentu. dan aku takkan update entry baru kt situ. dah ada wedding journal, update sini jelah.


assalamualaikum....
huhu..by bagi cupcakes???
takde maknanya!!!!!
cuppy tu hadiah dari kak DD. order ayam, dapat sebiji juga hasil dari ayam. cupcakes kan diperbuat dari telur ayam gak. hiksssss...
sedap ayam tu.
dah blur tak tau nk beli apa utk birthday blast kan, so try la order ayam kak DD tu.
hasilnya, memuaskan.
thanks ye kak DD.
[kak DD mmg ada mentioned before nk bg cuppy]

ktorg makan kt pj. sebb masing2 tak tau nk makan kat mana, decide la nk makan kt kedai makan je. beli nasi + air, bukak ayam.
tp makan dgn cara yg salah, ktorg tak tuang pun kuah tu, tak squeze pun lemon tu. just celup2 je daging dalam kuah tu.
rasa pun biasa2 je.
balik umah menjamu housemate, dorang tuang kuah habis campur dgn lemon, masa tu la baru terasa kesedapan dia. betul2 sedap.
haha sian by tak dapat rasa sedap nya ayam tu.

takde gmbr masa tengah makan sebab masing2 lapar dan panas gedegang kt kedai makan tu.



:: seketul yg comel ini yg direbutkan ::

:: sama2 merasa, sama2 kongsi ::


:: kuah ayam ::


:: ayam LRC ::



:: makan ng budak2 umah, habissssssss ::



* malamnya pulak, jumpa thaqif anak buah kesayangan ni...

lepas je shopping bag, by anta aku g umah kak ijan, by g masjid. pas by semayang, aku ckp ng kak ijan nk bawak thaqif jalan2. at first nk ajak kak ijan makan skali. abg bard pun takde. tp ada anak makcik bawah tu, tumpang jap. so cam kesian plak kt dia kan.
ohh..thaqif dah besar skrg. da makin naughty tau. bley lak dia panjat atas badan aku dengan kerelaan dia sendiri. aku pun layankan je.

ktorg jalan2 kl je. tak singgah mana2 pun. sebabnya, tak bawak sandal thaqif. at first plan nk playground, tp dah tak bwak sandal, celah mana la kan.
pastu kotrg fikir nk g mcd, kfc atau a&w yg ada indoor playground. tp otak tak bley berfikir kt mana ada benda2 tu sume.
dlm hati nk je jawab ''by, kfc teluk intan ada" hahaha..nk kena lempang ke???

by mmg suka manjakan thaqif. dia bg main wiper la, main hon la. ce kalau aku main sume tu, ada yg makan sedas lempang kan? cisss..sungguh tak adil..



:: suka sangatlah ni main wiper ::

:: owhh, by da ajar dia duduk kt pangku while by driving. pegang stereng sama2.
tp knp la thaqif siap nk berdiri bagai..hahaha ::

:: elooo..i nk tangkap gmbr thaqif laaaaa ::

paling tak syok, thaqif taknak naik umah masa ktorg nk balik. aduyaiiii...sodih lak aiii. betul2 nangis ni. by tau la kan, selagi thaqif nk main, dia gomol eh budak tu.
tu pun tak puas lg tu.
masa ktorg nk ke kereta, dengar lg thaqif jerit2 kt dapur.
by dah tak keruan. [cehhh, mcam anak dio lak]
kesian plak kan kt dia. yola, bapak eh takdo.
thaqif suka kt beg mak etty. cam tau2 je mak etty pakai beg baru.
"tik..tik"
cantik lee tu.
hiksss...



* hadiah tahun lepas yg aku belum pakai lagi sampai sekarang


assalamualaikum...
hadiah dari by???
cukuplah kasih sayang dan perhatian darinya....
buwekkkkkkkkkkkkkkkkkk......
hikhikhikhikhikhik...[mampus kalau dia baca]
ktorg g ikea, by buat suprise nk belikan lampu yg aku suka tu.
suka suka suka...
tak tau plak nk ke sana. tak plan pn. tau2, mlm ahd tu by kata:
"esok kita g ikea eh, beli lampu yg u suka tu"
walaaaaweyyyy.....heaven!!!!!
suka gak suprise2 ni.
tp lagi suka kalau dapat lampu lg satu tu. hiksssss...[tamak]
tak kisahlah, yg penting by yg bg...
besides that, ayam LRC tu by yg bayar [setelah diprovok]
hihihihi..
by g amik kt kak DD kt petronas sg besi. tu pun lambat. hihi.
lampu tu actually nk letak kt umah mak. so bila da balik melaka, baru bley tgkp gmbr lampu tu ye...

thank sayang...i lap u.....
kalau bg byk hadiah, i lapppppp lapppppp lappppppp u lah....
kakakakakakakakakakaaa...


:: carry hadiah ::
:: by nmpak gmbr ni mampuih aku ::


okay tu je.


aku cakap1: wah, tiba tiba macam teringin nk makan ayam ni...tp dah naik harga lah pulak..


bubye pengantin~to~be - take care!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails