:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, June 30, 2010

alahai mell....

hello hello

anak dara aku sekor ni, gemuknya masyaAllah. kalau orang tak tau dia dah neuter, mesti ingat dia bunting. haha.

tp memang lepas di kasi, dia akan gemuk kan. tu yg aku dapat tau dari forum dan juga pakcu masa hantar mell dulu. lagi lagi kucing dalam rumah kan, apa yg dia buat main, makan, berak, tidur.

eh, mell tak malas tau. dia suka melompat time main main. orang kata kucing akan jadi malas. tapi aku tengok tak pun.

nama panggilan - mell gemuk gemuk.

pastu geram landing kepala atas perut dia. hahaha. minah ni agak emo. kalau nk dukung je, mesti jerit kuat kuat. kalau aku geram, sengaja je aku peluk kuat kuat.

tapi mell tetap jadi anak dara yg pemalu. kalau ada tetamu kt rumah, mesti menyorok. sampai kena paksa keluar bawah katil. hari tu ada jiran datang nk tengok mell, punyalah susah nk tarik dia keluar. dah dapat tarik, bila budak tu dukung je mell, meronta ronta.

minggu lepas, masa bawak adik turun tu, aku bawak mell & boboy sekali. tu pun nasib baik ada adik aku temankan. nk harapkan kudrat aku sorang nk jaga 3 ekor, tak dapat lah. kurus aku mengejar dorang je. pastu mak long [owner lama mell] nk jumpa mell. dapat peluk je mell sukalah mak long sebab mell gemuk.

untuk tedi & kak lin - mak mell dah dibuang. agak kesian jugak sebab dibuang di klinik kesihatan klebang. urm, kalau buang kt klinik haiwan dapat jugak vet rawat masalah kurap dia tu kan. apsal lah tak buang kt pasar kan. senang dia cari makan. tapi apa boleh kita buat, kucing orang...sedih jugaklah.




muka tembam betul. geram tau. rasa nk cium cium je muka tembam dia tu.


badan besar ada hati nk masuk dalam rak. tak muatlah mell, mell muat letak kt atas tu je.


kalau mell lari lari, mesti mak sakat ''hah, perut pun goyang goyang''
hahahaha.

oh yea, hari apa eh. aku bawak adik turun. pastu mell pun sibuk nk turun tp dia stuck kt level lain. aku pun tinggalkan kejap adik, ambil mell. sampai bawah, mell bergaduh dengan kucing jantan lain. kau tau perasaan aku masa tu??? gabra gila okay. dah lah dia betina, pastu mana pernah gaduh kan. aku kejar, makin jauh pulak dorang lari. last last berhenti kt depan rumah jiran tingkat bawah, pakcik tu tolong balingkan kasut kt kucing jantan tu. haha. kesian jugak sebab kena baling kasut kan. bukan salah kucing tu kot.

amik mell, gamble je tinggalkan adik kt bawah kejap. risau kucing tu cari adik pulak kan. dukung je mell, gila kuat nafas dia. jantung tu berdegup degup je. kesian betul anak dara ni.

pastu ada luka kt tetek dia. tak tau lah luka baru gaduh tu atau luk dah lama. tak buat apa, letak minyak gamat je. hahahahhahahah
tp kesian lah kt dia. tak pernah pernah kena serang kan. selalu kena serangan manja je dari adik & ah boy. adoyai.....

tp macam kelakar pulak. badan mell lagi besar tp kalau dah namanya kucing betina, besar camne pun kalah jugak. tp sebenarnya, umur dorang sama je. tu lah, mell dah neuter, tu yg dia membesar bagai johan! pastu masa mell lari tu, macam tak cukup nafas je. gemuk katakan. =)


mell, gemuk camne pun, mummy sayang mell tau. mell sihat sihat je ye sayang....



aku cakap1: akan bawa mell 2nd vaccine 21 julai. sama dengan ah boy dan adik.

at last, adik back to us.....

hello hello


saja je nk buat kenangan masa akan datang. betapa seksanya adik menahan sakit, dan betapa merananya aku menghadapi dugaan ni. siap ada lagu tema. lagunya di sini...INI.
walaupn takde kaitan, tp anggaplah lagu tema berdasarkan tajuk lagu tu eh. hehe.

in fact, aku sebak betul pandang gambar gambar masa adik sakit ni. betapa syukurnya adik kembali pada kami sekeluarga. seronok tak terhingga bila dia dah sihat.
dan Allah je tau, betapa aku menangisi takdir ni. setiap masa aku menangis, kenangkan kalaulah adik tak panjang umur. sedihnya lah hai.

aku upload gambar gambar dari mula adik sakit, sampai harini. demi korang, aku ambil masa kecilkan size gambar. kasi senang nk upload.


masa ni dah sakit. tp masa ni muntah belum kuning lagi, belum kritikal. masa ni, dah start tak mau makan, tak mau minum. asyik nk tidur je. ngong betul aku tak dapat detect dia sakit masa ni. kalau aku cepat, mesti adik sakit tak lama. sian adik.

kalau apa apa jadi kt adik, aku lah orang paling terkilan sebab tak alert dengan kesihatan dia. insyaAllah, lepas ni semua tu dah berubah. aku akan alert masing masing.


dua gambar kt atas, balik dari vet. masa ni dia dah lemah sangat sangat. start muntah kuning tu yg terus aku bawak pergi vet. sedihnya lahhhhh haiiii. adik jangan sakit sakit lagi ye.


lepas tu di masukkan dalam cage. takut apa apa jadi, biar depan mata aku. memang betul pun, muntah darah malam tu. hai lah risau dia macam mana kan. adik baring baring je. bila masuk bilik, aku tengok perut dia. bila perut gerak gerak, rasa selamat sebab fikir adik ada lagi.

mell memang macam kesian sangat masa ni. asyik duduk sebelah cage je. tu dia tengah jilat telinga adik. tp takut terjangkit virus, aku halau lah dia. tak bagi dekat dekat.

* alhamdulillah, setakat ni tak merebak virus ni. semoga dorang bertiga bebas dari virus ni dan sihat sihat je.


tengok, buka pintu pun takde perasaan. tp kejap je, malam tu dah terkinja kinja nk keluar cage. tenaga kuda dia ni, habis bengkok dinding cage tu. dapat keluar sendiri. at last, aku dah tak masukkan dalam dah. kesian sebab dia gunakan semua tenaga dia nk keluar.

* aku ikat tingkap dengan pintu cage tu, tu yg dia keluar ikut celah celah dinding. sebab adik memang dari kecil pandai bukak sendiri pintu cage.

aku sengaja letak mainan kesayangan dia dalam tu. mana tau kot kot bagi semangat. last last sampai kesudah benda tu tak berusik. tp sekarang dah usik lah. tu pun lepas aku basuh pakai clorox dan dettol.


budak berdua ni lah rajin temankan adik. ajak main main. tp kalau dah namanya sakit, boo layan lah kan.


tu siap tertidur tidur sebelah cage adik. sayang betul dia dengan adik dia ni. eh abang kan???


ni hari isnin. tiba tiba nk menyorok belakang almari. kau alihlah macam mana pun, tetap ke situ dia. masa ni, aku dah fikir dia nk tinggalkan aku dah. sebab memang tak bermaya.
hari ni jugak aku hantar boboy pergi vaccine. sebelum by sampai, aku peluk aku cium adik. aku pesan kalau nk pergi tunggu mummy balik ye.
dalam kereta tak tenang betul. asyik teringat kt adik je. bila adik aku [wanie] sms, hati dah berdebar kot kot berita sedih kan. rupanya suruh beli tiket. hahahahahah.

lagi lagi sebelum aku keluar tu, pandangan mata dia ya Allah, sayunya hati. macam pandangan terakhir tau.

haish, janganlah adik, mell & boboy sakit lepas ni. tak sanggup aku nk hadapi lagi.


bila tengok dia macam ni, naik lah semangat aku. tp kejap lepas tu, tenat balik. tp kalau nampak bertiga, hati sedih. terfikir, kang kalau berdua, mesti tak best.

* korang tengok si ah boy duduk macam mana. kalau nk tau, dia memang suka duduk macam tu. landing tepi dinding baik punya, pastu posisi ala ala duduk. tayang perut debab.


tapi adik sebenarnya nk keluar rumah. kalau keluar je, serbu rumah hujung. bawah para bunga. pernah sekali dia ada tenaga berjalan sampai ke tingkat bawah. aku dapat jejak dia sebab ada tapak kaki kesan air. minggu lepas kan melaka hujan je. dia mana heran lalu tempat berair ke apa. main jalan je.


masa ni, mata dah terperosok ke dalam, muka cengkung, telinga sejuk gila + pucat, mulut pun pucat gila.


start hari apa ntah, aku bawak dia turun bawah. tp tempat yg dia tuju, longkang. pandang air longkang. aku rasa dia haus, tp tak de tenaga nk minum ataupun mulut dia sakit.

ya Allah, kurusnya adik masa ni.


tengok dia memang suka lepak kt tempat air. badan dalam air pn mana dia kisah. kalau time sihat, kena air pun dah menggelupur kan.


tapi..............satu pagi, bangun bangun pagi, adik ada kt sebelah aku. sukanya masa tu. mak cerita, malam tu dia tidur dengan mak. oooh petanda yg baik ni. walaupun lemah lagi masa ni, tp ada perubahan. cuma still makan bersuap dan minum pun kena bagi jugak guna syringe.


cengkung betul muka ni. tp aku gembira dia dah tunjuk perubahan positif walaupun cuma 1%.


sejak hari tu, dia dah mula tidur baring. kalau tak, style yg sakit tu lah. mencangkung eh? eh, ntahlah style apa. cuma bukan baring. yg macam dlm gambar kt sebelum ni tu lah. ntah tidur ke tak sebenarnya.


hari jumaat, dia muntah buat kali terakhir dengan keluarkan bau busuk gila dan sedikit ketulan darah. masa tu dia dah okay. risau jugak, tp fikir positif je lah. then, dah tak muntah lagi. alhamdulillah.


ni hari sabtu. dia dah mula makan sendiri. tp permulaan, bagi wetfood je. sebab agaknya mulut sakit, tak boleh nk kunyah keras keras. aku nk mms gambar ni kt by, nk bagitau adik dah okay sikit, tapi tiba tiba eena sms aku, tanya adik camne. terus aku mms kt dia gambar ni. so eena adalah yg terawal tau adik dah okay. seronok kau ye eena. adik tunggu ko ng asmida datang melawat dia.


ni pun satu petanda yg positif. adik kn selalu minum dari air akuarium dengan boboy. so lepas dia makan dengan ah boy tu, terus dia panjat kabinet, minum dari situ. sejak dia sakit, itu lah kali pertama dia boleh panjat kabinet. yeay adik!!!!!!!!!!!!!!


dan ini adik semalam 29 hb. dah boleh panjat sofa. dah pandai nk asah kuku kt tempat biasa.


dah nak main cicak dan pandai berebut dengan ah boy. oh ye, tu cicak fake lah. beli kt kedai, jadi mainan budak budak. yg pertama dulu, warna putih. lagi nampak real. tp kepala dah putus dari badan bahana kucing si yaya. lapar gila kot kucing yaya tu. haha. kucing aku main takde sampai putus kepala.

yg cicak ni, warna merah. kalau terlalai, tengok cicak ni memang terkejut gak lah. satu lagi, warna kuning. tu nampak fake sebab ekor beralun alun.


adik dah pandai grooming diri sendiri ye kawan kawan. lega sangat lah tu.


port tidur siang, bawah meja atas bantal. sejak baik ni, tempat yg best je dia nk tidur. kitaorg pun layankan je. hehe


pastu, tadi aku mandikan ah boy sebab dia main dalam litter box dia. sibuklah si adik nk jilat sama. comel je tengok dia berusaha nk jilat kan adik dia tu. tp ah boy marah. dia jeles kenapa dia sorang je kena mandi, yg lain tak. hahahaha. padan muka, sapa suruh main pasir. wek wek.


ah boy dah beralih tempat pun, dia kejar jugak nk tolong. mak kata mandikan sekali adik sebab dah masam sangat, tp takut lagi kalau dia belum baik 100%. minggu depan insyaAllah, aku mandikan adik.


ni gambar baru je tadi. dia tidur atas carpet yg penuh dengan bulu dorang. aku nk bentang pun malas. lantaklah situ jadi alas tidur dorang je. rumah takde vacum, satu hal aku nk sapun bulu bulu tu kan.


so, itulah dia cerita bergambar [macam kamus bergambar pulak], adik start dia sakit, sampailah dah sihat ni. aku masih belum yakin adik sembuh 100%. kalau dah nampak dia jadi otai antara yg bertiga tu balik, dah boleh bikin rumah ni berantakan, baru lah aku yakin 200% adik dah sihat. ni mell & ah boy pulak yg buli dia. takpe, aku tunggu jeritan budak 2 ekor tu pulak dikerjakan adik yg baru. hahahahaha.

okay, terima kasih atas sokongan dan doa korang......kalau korang nk datang rumah, jenguk adik, jenguklah. kang aku belanja korang makan kek ng nasi lemak ek. hehe.

ingat lepas ni, kalau adik dah betul betul sihat, baru hantar ke vet untuk vaccine. since masih lemah ni, tak maulah aku ambil risiko kan. takut badan dia tak kuat nk lawan. lepas vaccine kan badan jadi lemah. tapi ah boy hari tu, tak demam pun korang. kuat betul anak yg satu tu.

lepas ni nk bagi adik makan banyak banyak biar gemuk. ni aku tengok, si ah boy tu pulak lagi besar dari dia. eh dia kn debab. hahahaha.

love ~ etty.


lama betul tak menaip kan. nahhhh...baca.

hello hello

ayoyo. kakak abang adik minachi ane semua. sorry sorry lah, banyak sorry sebab lama sangat mendiamkan diri. hectic gila hidup sejak kebelkang ---- erk, tak reti nk eja.

eh, belum dapat kerja lagi, tapi dalam usaha nk dapat kerja lah tu. so bila ada interview, kena study sikit kan. blogwalking masih rancak, tp tak tinggal comment. sebenarnya, jengah blog orang, tp blog ni aku tak bukak pun. haha.

okay okay, cerita serba sedikit eh. kang ada masa, sembang banyak banyak sampai muntah kuning.


mell.

gemuk betul pompuan ni. eh betina. siap aku ingat dia bunting kot. tapi japp, dia dah zasss kan? camne boleh bunting. tp memang gemuk gila. sedap peluk!!!
tapi mell, jangan risau, mummy tetap sayang mell.
suka tidur kangkang, tp tetap comel dan anggun. selalu gaduh dengan mak sebab suka tidur tengah jalan dengan badan yg gemuk tu. hahaha.

boboy.

sejak adik sakit ni, dia rapat dengan mell. main pun berdua tu jelah. tu pun sama jugak. nama panggilan terbaru ''ah boy da boy, debab...''
memang debab. geram nk picit picit je perut kasi keluar taik. haha.
pastu suara dah lain. aku memang suka lawan lawan mengiau dengan dia sebab ah boy ni suka melawan. tp bila keluar suara comel dia, alahai, comel sungguh. geram rasa nk gigit.

mell dan boboy.

2 ekor ni suka sangat kt cicak. mak aku pulak, senang hati betul carikan port cicak pastu dukung mell suruh mell nampak cicak tu. mell adalah terel okay tangkap cicak dan dia sangat teliti.
dan mell sangat baik hati serta kakak yg penyayang. dia dah tangkap cicak, dia bagi kt ah boy. ah boy kerjakan cicak tu sampai mati, sampai tersiat siat kulit. aiseyyy, macam kesian kt cicak tu, tp nk buek camno???

eh, ah boy dah vaccine dah cite kan???
turn mell yg kali kedua aku rasa nk buat skali dengan ah boy nanti.

berdua ni suka makan ikan rebus. tapi adik tak suka.


adik.

haaaa, mesti ramai tertanya tanya pasal adik. alhamdulillah, berkat doa kalian semua, adik dah sembuh. tapi belum sepenuhnya. cuma dia dah pandai makan sendiri dan kuat makan.
badan masih kurus. tp syukurlah, dia dah boleh makan macam biasa.

aku terkejut kot dia baik tu. tapi of kos lah gembira kan, sebab Allah dengar doa kita semua.
terima kasih ye korang.

tapi sejak sihat ni, dia ada tabiat pelik. dia suka makan ayam goreng, ikan bilis goreng, karipap sardin, roti, ikan bilis mentah. ya Allah, bukan aku tak halang dia makan semua tu, tp mak lah cakap, jangan di halang halang. tengah nk baik tu, bagi je lah apa yg dia nak. so aku pun bagi. orang lain tak heran pun makanan tu, tp dia heraaaaaan sangat. kalau tak dapat ni, stok mengiau tak henti henti. tp seronok jugak sebab at least ada selera kan.

sejak baik, rapat pulak dengan mak. bila mak panggil jom tido, terus ikut mak masuk bilik. tidur atas katil mak, kt celah kaki mak. erm, aku pulak yg kecik hati.

oh ye, aku masih bagi air gamat dan air zam zam. air air tu semua, aku bagi jugak pada mell dan ah boy.

mell, ah boy & adik

dorang dah tau adik dah sihat, masa ni baru nk main main dengan adik. agaknya, dorang dapat rasa adik dah balik pada dorang, so dorang pun rasa seronok.
paling tak boleh blah, dulu kan adik yg mafia. dia lah yg pailang, buli ah boy, gigit mell. tp sejak baik ni, terbalik tau tak.
suara ngiau mintak tolong tu bukan suara ah boy atau mell, tp suara adik. paling suka buli adik, ah boy lah.
hai lah boboy debab, balas dendam eh.

dan paling gembira, dorang dah bertiga balik. time makan paling gembiraaaaa. walaupun bising, tp aku bahagia dengar suara 3 kesayangan aku tu. paling comel, berak pun berjemaah tiga tiga sekali. adoyaiiii.


aku.

eh nk update jugak??? hehe. kelmarin ada 2 interview di lokasi dan negeri yg berbeza beza. sempat jugak jumpa dengan kawan baik yg baru kahwin, dan sedang bunting. ha jangan main main, bunting pelamin okay. best kot gelak macam setan. eh tiba tiba yg tengah bunting tu lupa yg dia tangah bawak budak, siap nk gelak kuat kuat, siap carut bagai. ngeng betul!

dan aku masih berusaha cari kerja di melaka. akan aku cari jugak kerja kt melaka sampai aku dapat. sebab aku nk kahwin dan nk duduk serumah dengan laki aku. aku dah tak mau PJJ lagi.


okay, terima kasih yg doakan untuk adik agar dia cepat sembuh. aku tak mampu nk balas budi baik korang, semoga Allah je yg balas dan memberi kerahmatan pada korang semua.

terima kasih sebab singgah kt blog ni.


aku cakap1: perasan tak ada link untuk semua cerita adik. kt atas tu eh, yg ada gambar adik. ada masa, aku buat review untuk sakit adik ni. untuk dikongsi sama sama.

Friday, June 25, 2010

update adik.

hello hello


adik masih lagi bersama keluarga kami. ada perkembangan positif dan negatif. nk cerita yg mana satu dulu ya?

positif.

nampak macam dah okay, nampak macam tak okay. tp dia dah boleh mengeliat, dah boleh garu telinga sendiri.
tp masih degil nk makan. kena paksa. minum pun, since i bagi air zam zam, looks better. yelah, air zam zam kan air yg paling bagus. sebelum bagi dia minum, i selawat dulu. niat supaya adik sembuh.

i juga dah boleh terima takdir kalau adik pergi. sebab tak tahan tengok dia kesakitan. lepas je solat, i memang minta permudahkan nyawanya diambil. dah tak tahan nk tengok dia sakit lagi.
tapi kalau umur dia panjang, lagi i suka dan bersyukur sangat sangat. dan i boleh tunaikan nazar i jugak.

td bawak turun. dia dah okay sikit. mungkin sebab indoor cat ni dia bosan duduk dalam rumah. so bila kt luar, macam seronok gila.

dia dah pandai nk mintak mak belai. bila mak tidur atas katil je, dia naik atas katil, tidur dengan mak. tapi bila turn i nk tidur dengan dia, cepat cepat dia tidur bawah. kecik hati.

negatif.

baru je rasa gembira atas perubahan di atas, tadi adik muntah. busuk gila bau dia. warna coklat pekat. adalah seketul darah keluar sekali. bila i pegang, darah tu macam cair tp berketul.
korang ada idea positif kenapa darah keluar??
tak mau lah fikir negatif je kan.
pendapat i, dia keluarkan bisa bisa dalam badan sebab dah lawan dengan air gamat. oh i still continue pakai air gamat jugak.

tu je yg negatif. mula mula macam dah happy adik dah okay. ni dia muntah busuk plus darah, terus rasa tak keruan. bau muntah dia macam bau taik cirit dia. confuse lah!

i plan nk bawak adik pergi gov vet hari isnin. tp isnin pack sangat. i ada 2 interview kt melaka dan seremban. by pulak hari selasa sampai jumaat ada kursus kt kl.


anyone boleh tolong i hantar pergi ayer keroh next week?? nanti i bayar duit minyak.

Wednesday, June 23, 2010

adik yang itu, adik yang ini...adik adik adik.

hello hello


adik kucing hensem yg diambil kt chow kit.
adik yg paling hensem pernah aku ada.
adik yg nakal. nakal sangat.
adik yg bijak. ada je akal nk buat orang geram dan rasa nk picit picit hidung dia.
adik yg busuk. tp aku suka bau dia.
adik yg selalu kena marah sebab main lompat lompat mesti nk keluarkan kuku.
adik yg jinak jinak merpati. bila nk manja dia datang, dah puas, lari.
adik yg pandai mengalah.
adik yg sabar bila time makan.
adik yg tak kuat makan, tp badan berat.
adik yg kuat minum sampai asyik terkencing banyak kali.
adik yg sombong. tak mau didukung.


adik

adik

adik

aku rindu adik aku.....pulangkan pada ku ya Allah. jika tidak, kau ambil lah nyawanya supaya dia tidak kesakitan lagi. aku tak sanggup melihat dia sakit ya Allah.

air gamat & air zam zam untuk adik.

hello hello


aku baru balik dari mydin dengan yaya. terima kasih yaya kerana ada di saat kecemasan ni.

aku tak putus putus google, cari maklumat pasal sakit adik ni. bila sha, letakkan link dalam fb tentang keadaan aku dan adik, ramai kawan kawan dia bagi feedback. samada yg bagi aku semangat dan bagi pendapat. dan baru aku tau tentang virus tu. nantilah, bila ada masa, aku selitkan sikit informasi pasal virus tu. virus feline Panleucopenia(Distemper kucing).

ya, virus ini kebanyakan atau sememangnya akan membawa maut. hanya segelintir kucing je akan terselamat.

antara yg aku jumpa, ada petua dari forum mengatakan yg kucing dia ada symptom yg sama macam adik. doktor pun kata mungkin tak lama. tp dia bagi minum MINYAK gamat, bukan air gamat. erk, aku macam. okay, dulu pernah je aku bagi kot. tp kuantiti yg sedikit. lagipun kalau dorang ada luka, aku sapu jugak minyak gamat. then dorang jilat jilat. so rasanya takde keraguan kt situ. cuma aku masih blur.

so aku decide, bagi air gamat instead of MINYAK. dan aku beli sekali air zam zam.

itu ikhtiar terakhir aku memandangkan adik memang takkan berkerjasama dengan aku masa aku bagi makan ubat.

ye korang, aku bukan apa, aku tak sanggup nk tengok dia gunakan sepenuh tenaga dia menghalang aku dari bagi dia makan ubat. korang tau, mata dia dah ke dalam. aku rasa kalau dicungkil, dah boleh keluar dah bijik mata dia. muka dia cengkung sangat. so bila dia berlawan dengan aku time aku bagi makan atau ubat, memang nampak dia menarik otot dia.

aku kesian. aku tak sanggup nk melawan balik.

dia nk minum, tp dia macam tak pandai nk minum sendiri. aku gantikan air masak dengan air glukose. tu pun dia tak mau. so semoga air zam zam tu, dia suka.

balik je mydin, terus aku bagi yg patut. korang tau, dia punya mengeliat tak mau disuap kuat sangat. sampai kudrat aku dengan yaya kalah dengan dia.
bila aku lepaskan dia, adik tak boleh jalan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

korang bayangkan apa perasaan aku masa tu....

kitaorang bertiga menangis serentak. tak sanggup nk tengok keadaan daif adik masa tu.

dan terus aku fikir, kalau betul masanya ya Allah, kau ambil lah nyawanya. aku tak sanggup nk tengok dia menderita.
ya, aku dah berani berdoa macam tu. sebab aku kasihkan adik, dan tak sanggup tengok dia menahan kesakitan.

adik masuk cage, aku bagi minum air zam zam. alhamdulillah, dia nk minum.
sedia maklum, adik memang suka minum. dalam bertiga tu, dia yg kuat minum. dan aku tau, dia rasa haus, tapi ntah kenapa tak boleh minum.
mulut dia sentiasa je ada air liur. dan bila kt luar, dia akan tunggu kt bowl dia. takpun bila duduk dalam bilik air, dia suka pandang lubang toilet. aku tak tau kenapa.


sekali lagi aku merayu, doakan yg terbaik untuk adik semua. aku hargai sangat sangat. dan hanya Allah yg mampu membalas budi korang atas doa korang.


etty.

Tuesday, June 22, 2010

oh adik. kenapa ni sayang?

hello hello

hancur luluh hati aku tengok dia macam ni. apa lagi daya aku? elok elok aku tahan air mata sebab tengok dia dah sihat, petang ni menangis lagi bila dia berkeadaan macam tu.


dia macam bukan adik aku yg dulu. dia dah lain. ya Allah, tabah kan hati ku tolong.......


korang, jangan menangis macam aku...doa kan untuk adik sudah cukup.


Tuhan nak menguji
Biasanya kalau Tuhan nak bagi sesuatu yang baik tu,
Dia akan uji kita dengan sesuatu yang agak payah
Dia nak tengok sejauh mana kesabaran kita
Kadang-kadang tu,
Kita pun ada buat salah jugak
Tuhan nak menegur
- nurul fathiyah

belum berhenti berharap.

hello hello


adik masih lagi dalam tempoh rawatan. aku pun tak putus putus berdoa semoga adik cepat sembuh seperti sediakala. biarpun kadang kadang aku hampir putus asa kerana tak sanggup tengok adik terseksa dipaksa makan, dan makan ubat gunakan picagari. bila aku tengok dia macam terseksa nk telan ubat tu, aku rasa ada baiknya kalau dia pergi. aku tak mau seksa dia lagi. dan bila malam dia muntah darah tu, betul betul aku berserah sepenuh hati. aku tak mau lagi tengok keseksaannya adik memuntahkan apa saja dalam perut dia. mungkin sakit perut, sakit tekak dsb.

tp bila fikir, aku masih mahu jaga adik, masa tu jugak aku doa jangan Allah ambil nyawanya lagi. aku masih belum puas membelainya, bermain dengannya, memberinya makan.

ada masanya adik macam dah sembuh, ada masanya nampak amat nazak. bila dah nazak tu, faham faham jelah aku macam mana. belakangkan semua orang, pandang dinding, menangis semahunya. merayu pada adik supaya kuat melawan sakitnya tu, sebab aku masih perlukan dia, mell dan boboy masih mahukan adik sebagai adik beradik mereka.

hai lah hati, meruntun sangat kalini.

semalam, aku tak nampak mata biru adik. bertukar jadi hijau. masa tu aku fikir, mungkin adik akan tinggalkan aku. telinga adik sejuk. air mata jadi saksi bahawa aku menderita nk hadapi kemungkinan ni.

tapi, aku ambil masa sekejap tinggalkan adik. bergegas ke vet ambil vaccine untuk boboy. takut apa pulak bakal terjadi kalau aku lambat. alhamdulillah, by tolong aku. dia juga faham aku tak boleh habiskan banyak masa dengan dia sebab aku takde mood, dan aku tak boleh tinggalkan adik lama lama. kalau masanya sudah tiba, harapnya bila aku ada bersamanya. biar mata ini jadi saksi saat nyawanya diambil.

perjalanan ke vet, bila fikiran teringat pada adik, air mata pun tak segan silu tumpah. pandang kiri, buat buat pandang keluar. orang belah kanan buat tak tahu je.
sampai vet, ada pulak anak kucing kena langgar sampai patah kaki. kesian, baru sebulan dan eksiden akibat kecuaian tuan sendiri. malangnya vet kerajaan tak mempunyai facilities yg cukup untuk mengubatinya. aku gesa puan tu pergi ke swasta. saat tu jugak, air mata turun. by mungkin pelik tengok aku asyiklah nk menangis. apa boleh buat, hati sedang rawan.

malamnya, adik nampak bertenanga sikit. mata sudah kembali biru. ataukah itu hanya perasaan aku sebab aku terlalu inginkan adik sembuh??? entahlah.

by tak henti henti bagi kata dorongan untuk aku. terima kasih by.
by kata, dia pun sedih sebab selama dia datang rumah, adik je yg selalu welcome dia. by pun layan adik main. tapi aku ingatkan by, ''dulu masa kita bergaduh, adik juga yg cakar tangan u kan sebab buat i menangis!''
by sms ''i pun sayangkan adik tu, cuma u je yg tak tau''
kalau macam tu, alhamdulillah.

aku masih mahu berusaha mengubati adik. biarpun habis badan calar balar. urm, budak tu sakit tapi tenaga melawan masih kuat. aku cekalkan hati je melawan balik.
malam tadi, takde lagi acara cakar mencakar. sebab aku bedungkan dia macam baby. sampai kan mak cakap ''sanggup kau korbankan towel ko eh''
hehehe mak. mak pun tau betapa anak mak ni sayangkan kucing. sedangkan kucing terbiar pun aku kasihkan, ini kan pulak yg di rumah. faham faham je lah.

biarlah badan ni penuh cakar, biarlah hantaran turun seribu. tak kisah. asalkan adik sembuh. tu je aku pohon.

terima kasih pada kawan kawan blogger yg bagi sokongan. terutama pada tedi. langsung tak sombong nk melayan sms aku yg itu ini. tedi, biarpun kita tak mengenali secara nyata, tapi aku bersyukur ada kawan macam kamu. terima kasih banyak banyak!

eena, asmida, kak hana, terima kasih juga atas semangat dan doa kalian. aku tau, korang sayangkan adik kan walaupun tak pernah bertentangan dengan mata warna biru tu.
kak hana, tanggungjawab yg akak beri pada kita waktu serahkan adik, insyaAllah, akan kita laksanakan sedaya mungkin.

eena, aku dah try bagi air kelapa. but sorry to say, lepas je bagi air kelapa tu, adik muntah darah. so aku stop ikut nasihat kau. kau pun tau, aku tak sanggup nk tengok adik muntah. ini kan pulak muntah darah! but, thaks a lot eena. concern kau, aku ingat sampai mati.



terima kasih semua.


love and hug - etty kamal bahrin

sejarah si adik.

hello hello


aku ambil adik di pasar chow kit, pada 20 atau 21 februari 2010. aku tak pasti samada sabtu atau ahad. dan bila dikira kira, sudah genap 4 bulan aku jaga adik. tapi sebenarnya, aku rasa dah lama gila aku jaga dia. ya mungkin sebab lepas aku berhenti kerja tu, setiap jam, minit aku menghadap dia, melayan karenah dia. mungkin sebab tu, aku rasa dah lama. * berapa banyak mungkin daaaa

aku rasa, detik detik permulaan hidup dengan adik, takde aku share kt blog ni. mungkin ada mungkin takde. kalau korang rajin, selak lah balik achieve tu.

but dont worry, aku copy paste dari blog lagi satu.

---------------------------------------

betul kata orang, kalau kita bela dan sayang kucing, Allah turunkan kita rezeki yg kita tak jangka. mell betul betul bawak rezeki pada saya. hanya nampak dah tak nampak je jenis rezeki tu.

memang tak dpt nk nafikan yg mell menuntut perbelanjaan yg besar, oleh sebab tu, kadang kadang saya takde duit nk makan sebab utamakan keperluan anak saya. tp dalam saya tak makan tu, Allah tak benarkan saya merasa lapar atau haus. perut sentiasa terisi. pelik kan? tp betul tak tipu.

kerana itu, saya percaya cakap org, bela kucing, banyak rezeki masuk.

tp saya ada berita gembira dan sedih.


--------------------------------------------------

anne, kucing baru. tp saya selesa panggil dia adik dan gelarkan mell, kakak. seronok sangat bila panggil camtu. rasa betul betul saya menyayangi dorang. hihi.

rezeki sekali lagi. rezeki terpijak org kata menunjukkan yg kita tak jangka nk terima rezeki tu.

saya pergi chowkit, dengan niat nk berbelanja barang dapur, cecey rajin pulak nk masak kan. jalan nk ke motor kak hana, saya terjumpa kucing ni. niat kt hati nk bagitau kak hana yg kucing ni seiras abang mell yg zorro tu.
dah dukung, tiba tiba terjatuh hati. dan lagi satu betina!!!!!!!!
terus kami decide nk bawak balik.


penerimaan mell????

mula mula memang nampak mell macam tak welcome si adik. mell bawak diri dok jauh jauh. gaya macam merajuk. tp lama lama, dia dah makin dekat ng adik.

bila tengok dia comot dan banyak semut hurung dia, saya mandikan dia kasi wangi dan best nk cium cium. masa tengah sental sental, rupanya semut yg disangka tu adalah kutu. tau tak rupa dia camne??? macam kutu beras, bukan macam kutu kucing yg biasa tu!!!!!

dah mandi, saya ng hana gotong royong lah bersihkan kutu tu. kutu tu pulak jenis aktif, melompat lompat dan rasanya adalah sekor dua terlepas masuk dlm rambut saya. hahahaha.

kak dani balik, dia pun suka.

kami bertiga lah bersihkan kutu tu.

putus asa, sebab banyak sangat.

''jomlah kita pergi vet, teruk sangat ni''

call vet yg mell pergi tu, alhamdulillah, bukak. terus kami bersiap. apa jadi dengan sayur, udang ketam yg kami beli tadi???? entah, tak tau nk jawab apa.

make it short lah ye. sampai vet, adik kena sental dengan frontline. deworm sekali. seronok tengok kutu kutu lari dan mati. frontline tu untuk mell sekali dan mell pun dapat ubat cacing. hihi, sebenarnya 2nd time mell kena deworm 19hb tu, tp saya malas nk pergi sebab next month 2nd vaccine pulak.

beli royal canin 2 kg, beli toilet baru dan bekas makanan. adik pun dapat accessory jugak macam mell, cuma adik punya warna merah. nk belikan mell, tp saya tetap kata rantai mell ada sentimental value. poyo.

sekarang, adik dah ada nama, anne. cam anne ngasri tu, bukan ane panggilan keling maksud abang tu lah. cousin cousin saya sengal sengal semuanya. ada pulak ingat nama dia ane.

tp saya tak biasa panggil dia anne, tetap nk panggil adik. hehe.

sekarang mell dah berbaik baik. mell seronok saya pn seronok. seronok sebab mell dah ada kawan dan tak agresif cam dulu. tidur pun dah dengan saya.


look at her blue eyes. adorable kan. pakai stokin hitam brownies tau. hehe

* rindu gila kt adik masa kecil dulu! pengantintobe

anne dah bersih dah sekarang. dan saya rasa bangga sangat, dari stray cat, dia dah jadi kucing yg cantik dan bersih.



mainan mell dah dikongsi berdua dengan adiknya. tp mell terpaksa redha.

tp disebalik cerita gembira ni, ada cerita sedih. tak sempat pun ktorg nk tunggu dia besar sikit. tak sempat nk tengok dia membesar sama sama ng mell.

nanti nantilah cerita.

okay, nak tengok ghost whisperer.


--------------------------------------

tu je. banyak dugaan dengan adik ni. bergaduh dengan budak rumah, siap budak rumah ugut nk buang adik. tapi at last, kami berbaik baik semula. thank you so much sebab maria boleh nk bertolak ansur dengan kami.

adik juga hampir dijual. pada wanita perancis yg duduk kt kl. mula mula plan nk bagi kt orang je. free of charge. tp memandangkan adik baru diberi rawatan yg hampir mencecah rm300 kosnya, kami decided jual kt mudah.com.
kejap je iklan, orang tu berkenan sangat. tapi pada masa yg sama, aku pujuk kawan kawan kot kot nk bela adik. yela, baik lepaskan pada orang yg kita kenal.

bila dah duduk berbincang dengan maria, slow talk, baru iklan tu dihentikan. dan kak hana bagitau pada orang yg nk beli tu, kita dah let go kt orang lain. sian betul sebab dia insist nk beli.

dan selepas itu, adik hidup dengan aku. tak pernah berenggang.

dan harapnya, takkan berenggang sampai bila bila.

sayang adik.

Sunday, June 20, 2010

surat untuk adik.

hello hello

adik,
adik tak kesian ke dekat mell dengan ah boy? kang kalau adik takde, takkan dorang nk main berdua je? macam tak lengkap je kalau dorang berlari berdua tanpa adik.
adik pun tau, ah boy manja dengan adik. kalau dia kena buli dengan mell, selalu dia cari adik mintak tolong. adik tak kesian ke dekat ah boy. kalau adik takde, ah boy nk mintak tolong dengan siapa?

adik,
adik tak ingat ke dulu sebelum ada ah boy, adik rapat dengan mell. in fact sekarang pun adik rapat dengan mell. cuma mummy tak bagi adik terlalu 'rapat'.
yaya kata, masa kt rumah dia hari tu, adik berdua je dengan mell.
adik tak kesian ke dekat mell? dulu masa mell masuk ward, adik setia je tunggu mell kan. adik macam takde tenaga je. tp bila mell balik, mummy pun adik lupa. adik suka sangat bila mell balik rumah.

adik,
adik tak kesian ke kt mummy? adik pn tau kan, apa impact pada mummy kalau adik tinggalkan mummy. sedangkan korang semua pergi sekejap rumah yaya pun mummy sedih, ini kan pulak lepas ni kita tak berjumpa, tak bertentang empat mata lagi.
adik tak kesian ke?
adik pn tau mummy kuat menangis. kalau bergaduh dengan bapak tiri, mesti mummy nangis. so, yg tak berjumpa hari hari pun mummy boleh nangis, ni apatah lagi yg mummy jumpa hari hari, belai hari hari, dukung setiap masa, belai bila diminta. adik pun tau kan apa akan jadi kt mummy nanti kalau adik betul betul nk tinggalkan mummy.
siapa lagi nk pujuk mummy kalau mummy bergaduh dengan bapak tiri?
siapa lagi yang nk pujuk mummy dengan cium telinga mummy?

adik,
adik tak kesian ke kt nenek? dia tu, walaupun garang dia tetap sayang kt adik, kt mell ah boy. adik sombong macam mana pun, nenek tetap nk belai adik, dukung adik.
mummy tau, kalau adik pergi, nenek pun akan sedih sama macam mummy.

adik,
adik tak kesian ke kt wanie? dia sayang adik. selalu kalau mummy bangun lambat, dia yg tolong mummy bagi kau orang makan. dia yg selalu bersihkan litter box korang.
dia yg selalu sakat adik. sebab adik kadang kadang sombong sombong pemalu.

adik,
adik tak kesian ke kt nadiah? orang yg selalu lebihkan wetfood kalau dia tolong mummy sediakan makanan. dia sayang adik, mell dan ah boy. kalau mummy sibuk, dia yg selalu main dengan korang.

tapi adik.
kalau adik rasa bersedia nk tinggalkan kitaorang semua, apa daya mummy nk halang. mummy takde hak nk melawan takdir.
mummy minta maaf kalau selama mummy jaga adik, dari adik sebesar tapak tangan mummy sampai adik dah besar ni, dari adik jalan kengkang sampai adik dah boleh berlari pantas, mummy banyak buat silap dan salah pada adik. mummy tau, mummy selalu pukul adik, cubit adik, jentik telinga adik marah adik. tapi mummy buat semua tu, sebab mummy sayangkan adik.
mummy mintak maaf sebab lepas mummy berhenti kerja, mummy tak mampu beri makanan yg terbaik, tak mampu nk buatkan susu tiap tiap pagi. kalau mummy mampu, semua tu takkan berlaku.
mummy tau, mummy bukan yg terbaik. tu sebab adik nk tinggalkan mummy.

mummy halalkan segalanya.

tp kalau adik rasa, adik nk berehat, its okay. mummy terima. mungkin adik penat asyik bermain je. so adik nk rehat ek. tapi janganlah rehat lama sangat. mummy risau.

akan mummy karangkan lagi surat untuk adik. mummy sayang adik. mummy doa doa, adik kuat dan tabah nk melawan penyakit ni. dan adik sedia nk kembali pada keluarga kita ni dengan sihat dan ceria.
sihat lah adik. ah boy dengan mell dah rindu sangat pada adik. please.............................


psss: tolong yaAllah. kembalikan kesihatan yg baik pada adik.


mummy.

adik....sembuhlah cepat.

hello hello


selesai bagi makan kt adik, dia baring. cuba sakat sakat dia, panggil nama yg selalu kita panggil tu. adik kedek kedek, adik butuk aaaa ia ni...

sekali adik macam terhenjut. dia nk muntah.


sekali.....muntah balik makanan dia tadi, dan seketul darah.......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................


air mata masih menjadi saksi dan teman baik.

adik....please dont leave me.

hello hello



rasa murah gila airmata harini. pandang muka adik yg tengah sakit tu, aku dah menangis. bila bercakap dengan dia, ntah faham ntah tak bila aku bercakap tersedu sedu.

maaflah mell dan boboy, harini kurang sikit perhatian diberikan pada korang berdua. mummy lebih tertumpu pada adik. sebab mummy mahukan kamu bertiga bersama, bukan berdua!

lepas solat, aku berdoa supaya kembalikan adik aku yg dulu. yg nakal, nk cergas melompat paling tinggi. yg dia punya ketangkasan sampai boleh melompat paling tinggi antara yg lain. sebab badan dia fit. aku berdoa juga semoga jangan diambil nyawanya sekarang. aku belum puas membelanya. masih banyak ingin ku berikan padanya. banyak kesilapan yg aku nk tebus.

ubat dah pun diberikan dua kali. walaupun aku tau, perit tekak dia menerima, tapi aku paksakan diri. suara dia dah berubah jadi garau, tanda protes ke apa aku tak tau.

aku dah tak kuasa nk malu malu menangis depan mak atau adik adik. aku memang sayangkan adik dan aku mahu adik yg dulu. aku tak mau kehilangan adik sekarang!

aku tak kuat macam orang lain yg mahukan nyawanya diambil dari tengok dia terseksa. aku tak kuat beb. aku masih mahu berusaha agar dia kembali normal macam hari hari sebelum ni.




adik di vet pagi tadi.


tengahari tadi. lepas makan ubat kali yg pertama. tengok perut dia. dah melendut. tanda perutnya kosong. badan berlengas sebab dia tumpahkan ubat. takut nk basahkan badan dia. so lap mana yg terdaya je.


aku betul betul rindukan masa masa emas bersama adik. adik yg manja manja burung merpati, adik yg pandai memujuk, adik yg nakal-bila dimarah, tau nk mintak maaf, adik yg lincah. adik yg busuk. adik kedek kedek.......adik.......................................


adik yg manja nk tidur dekat aku. tp manja sekejap je.


adik, mell dengan boboy dah bosan main berdua. dorang nk main bertiga lari lari kejar ekor adik yg panjang tu. please lah adik. bangun lah. sihat lah balik.


adik, mell dah bosan cari cicak sorang sorang. sejak adik sakit, banyak betul cicak kt bilik aku ni.



mungkin kah aku banyak masa untuk diluangkan bersama adik???
mungkin kah aku terpaksa menerima yg adik akan tinggalkan kami semua???


sebolehnya nk habiskan masa duduk depan adik. adik dah dimasukkan dalam sangkar. sangkar tu aku letak belakang meja laptop aku je. senang nk memantau.

dah jika masanya sudah tiba, sekurang kurangnya, mata aku yang pertama menyaksikan dia keluar dari gerai buah chow kit berbulan bulan yg lepas, dan mata ini juga yg menyaksikan dia pergi tinggalkan aku. biarlah tangan yg mengutipnya dulu menjadi tangan yg terakhir mengusap kepalanya. biarlah dia melihat muka aku buat kali terakhir sebagaimana dia melihat muka aku kali pertama dulu. biarlah aku, bukan orang lain!


tak dapat nk bayangkan hidup aku kosong satu tempat dari 3 tempat nanti.


ya Allah, panjangkan usia adik ya Allah. beri aku satu lagi peluang untuk aku berikan kesempurnaan pada adik, mell dan boboy. kurangkan kesakitan yg dia alami ya Allah.

adik.....sakit tambah teruk. please pray for him.

hello hello


aku baru balik dari vet. adik semakin tak sihat. boleh aku katakan, hampir nazak.

terima kasih pakcu dan tedi. [maaf tak sempat nk bubuh link] dah letak dah.

cuba fikirkan positif atas nasihat tedi pergi ke vet valley tu. bukan apa, terdengar dengar kt sana tak berapa bagus. haih, itulah, dengar cakap orang, terus rasa was was. okay, aku try fikir positif.

orang takde kereta macam kucing nk beranak kelam kabut nya. hampir putus asa mintak pertolongan hantarkan ke klinik. telefon pakcik teksi yg volunter bagi number telefon dia kt aku hari tu, aku pulak yg kena marah sebab call tak henti henti. habis call tak angkat angkat, aku call lah banyak kali. bila sms tak mau reply.
sedangkan hari tu, pakcik sendiri yg suruh saya call kalau nk suruh ambil kt rumah. hai lah pakcik ni. sabar je aku.

google number telefon teksi, asyiklah ditamatkan perkhidmatan. tension gila gaban.

ni lah, last kopek aku try. number telefon melaka sentral. number yg lain sebab number yg aku jumpa semua ditamatkan perkhidmatan. tu pun lepas aku menangis sungguh sungguh mintak tolong. mintak tolong dengan Allah semoga adik selamat. at last dapat.

bla bla bla.

sampai je vet, MA tu kata, adik kena virus. terus aku ingat kt blog papa meow tentang kucing kucing dia yg kena virus dan berpotensi mungkin 50-50 atau 60 hidup 40 mati, atau pun 90 mati - 10 hidup. dah puas nangis dah dalam teksi so aku relax je dalam bilik rawatan tu.

drip, cucuk kt montot, ambil ubat, beli makanan a/d dan glukose. balik. pakcik teksi sedia menunggu. lagipun proses semuanya cepat. aku sampai 1145 pagi, 1200 pm aku dah selesai.

sampai rumah, aku dah blur nk bagi apa dulu. ubat mana satu patut aku dahulukan. aish, tension tak habis, so kena fikir pelan pelan.

sekarang, aku hanya boleh berdoa agar adik selamat macam selalu. boboy dengan mell dah rindu sangat nk main dengan dia. begitu jugak aku. rindu nk tengok kaletah dia yg nakal tapi pandai ambil hati bila aku marah atau merajuk dengan dia. serius, dia pandai pujuk!

adik, cepat sembuh ya. mummy harap sangat adik takkan tinggalkan mummy sekarang. tolonglah tabahkan hati, kuatkan semangat supaya adik boleh menentang serangan virus tu. maafkan mummy sebab tak vaccine adik dari dulu. kalau lah mummy mampu, sesempurna mungkin mummy bagi pada adik, mell dan boboy.
mummy rindu nk tengok adik kejar cicak, kejar lalat. rindu nk tengok adik gesel gesel kaki bila mummy jenguk facebook. please adik, semua orang tak mau kehilangan adik secepat ni. begitu jugak dengan mell dan boboy.

and korang, please lah. kucing kampung ke kucing apa ke, please lah hantar ke vet untuk vaccine. tak kisahlah kalau kucing tu indoor atau outdoor. jangan terlambat macam aku.

tolonglah doakan adik sembuh macam selalu.
aku tak sanggup nk kehilangan dia sekarang!

Saturday, June 19, 2010

ikan rebus vs wetfood pro diet

hello hello


aku tak tau kenapa ikan ni dinamakan ikan kembung. sebab perut kembung dengan taik kot.
ikan temenung pulak kenapa? sebab....cuba tengok muka dorang, makan temenung je kan. hahaha
ikan ni sedap wok. ikan kegemaran ni.


hari selasa tu, aku beli ikan ni. aku try rebus sikit dulu. pastu campur dengan biskut pro diet tu lah.

mell - suka je dia makan. berselera.
adik - sebab dia demam kot, makan pun tak nak. jilat pun tak mau.
boboy - dia jangan di tanya. habis licin.

itu hari pertama. hari kedua pulak.

mell - makan dan terus terbongkang
adik - tak mau makan jugak. dia makan yg PD O je. yg kosong tu lah, tak campur wetfood.
boboy - masih membela jin.

hari ketiga.

mell - makan sikit terus blah. buat buat muka kenyang tp aku tau dia makan tak kenyang.
adik - setelah aku campur wetfood PD, baru dia makan. apakah???
boboy - makan, tp tak licin macam selalu.

adakah?????????????????
memilih tau dorang ni. sedih aku tau.

tiga hari je berselera makan. tu pun adik langsung tak sentuh. padahal kucing chow kit tu. eh aku lupa, masa aku ambil dia dulu, bukan kt pasar basah, tp kt kedai buah. hahaha.

dorang dah biasa makan wetfood tu kot, tu yg tak berkenan nk makan rebus rebus ni. alahai kamu anak.

ke ada cara rebus supaya lagi sedap ikan tu? buang isi perut? rebus sekali dengan isi perut? rebus dengan serai, bawang, daun pudina?? hahahaha

Friday, June 18, 2010

tudung @ aurat

hello hello


* klik gambar untuk paparan ilmu yg jelas.


okay. takde niat lain selain nk share benda ni je. walaupun korang dah tau, apa salahnya tambah lagi dan renung renungkan diri camne cara kita menutup aurat. adakah seperti yg disarankan dalam agama itu sendiri atau sekadar ''tutup rambut'' atau sekadar ''erm, bolehlah''.

bagi diri aku sendiri yg baru berjinak jinak dengan tudung ni, mungkin dalam kategori ''erm bolehlah'' kot. tudung + scarf [anak tudung] + jeans + long sleeve shirt @ blouse. ada juga kesalahan yg kt atas tu, aku buat.

okay tu kategori ''erm bolehlah''. macam mana pulak kategori ''tutup rambut''. itu maksudnya, tudung with or without scarf + jeans @ legging ketat + t shirt lengan pendek yg ketat metat.

aku bukan sempurna yg judge orang. tp kita ada common sense kan. nk tutup aurat, tutuplah betul betul. kalau tak perfect seperti disarankan, janganlah tunjuk yg kita ni murah sangat.

bila jalan kt melaka sentral atau mana mana tempat sekalipun, majoriti yg dalam kategori ''tutup rambut'' tu, adalah budak sekolah ataupun budak budak baru nk naik misalnya. aku cukup tak berkenan. tp ada je budak budak tua yg pakai macam ni. hari tu pernah jugak aku tegur member aku ''asal kau pakai macam budak bohsia je ni?'' padahal aku pun sedia maklum, bohsia mana pakai tudung. hahahahaha.

aku....dalam usaha nk ikut sepenuhnya aurat dalam Islam. aku harap korang juga macam tu.

amin.


aku cakap1: alhamdulillah, atas rahmatMu ya Allah.
aku cakap2: jangan pulak jadikan artis tutup separuh nk ke suku sebagai contoh. =P

tak faham.

hello hello


aku tak berapa faham 1 situasi ni. situasi yang mana sesetengah blogger kata, dia peminat setia @ follower satu blog ni. memang minat habis lah kot. asal ada entry baru, mesti nk letak comment. pastu siap kt chatbox lagi. lagi lagi, kalau dia ''like'' fan facebook. kalau ada gambar, mesti nk comment. walaupun gambar hanya permandangan sayup sayup matahari terbenam atau gambar permandangan tasik titiwangsa, mesti nk tinggalkan juga.
cukuplah dengan ayat ''cantiknyeeee''

satu kes tu, memang lah blogger ni taip panjang panjang, kadang kadang takde gambar. dia cakap dia dapat baju baby. dari member dia. kiranya member dia ni bagi baju baby ni kt baby dia lah, bukan kt dia. terang terang dia buat ayat ''terima kasih si polan, atas pemberian baju tersebut kepada si polan''

lepas tu, wajiblah kan peminat ni tinggalkan komen ''eh awak, beli kt mana eh baju tu?''

adeh. kata peminat setia, takkan tak baca habis entry tu.

dah banyak kali dah terjumpa dengan situasi macam ni.

konon macam dah terang terang cakap ''itu bukan kucing aku, tu kucing kakak sedara aku''
tapi tetap orang comment ''eh comelnya kucing kau''

agaknya apalah rasa penulis tu kan.
''penat aku taip, tak faham rupanya bahasa aku. ke aku salah taip? sob sob sob'' sambil menangis.

kadang kadang, aku memang tak suka nk baca entry yg berjela jela tanpa gambar. tapi tu dulu. dan tengok jugaklah blog apa. kalau blog yg aku suka dan ada info, ada cerita best, aku baca satu satu ayat dia. kalau setakat nk cakap info info yg aku tak perlu sangat, sepintas lalu lah. takpun, sepintas lalu, tengok point point best. kalau terjumpa point best, aku baca dari mula!

tu baru namanya peminat penulis. baca satu satu. fahami ayat yg penulis cuba sampaikan walaupun kadang kadang ayat penulis tu carca marba atau lintang pukang.

ada faham? tak payah sekadar nk jadi follower, tapi nk kena hadap comment kau je balas benda yg dah sedia ada dalam entry tu.

Thursday, June 17, 2010

film review - toy story 3. ni cite jiwang ke apa?

hello hello


balik je interview, takkan nk balik kot??? tak hot lah balik awal kan. padahal hari memang hot pun. =)

mula mula jalan macam nk melangkah ke big apple je. tiba tiba
''eh macam layan je kalau tengok wayang ni''


begitulah ye kawan kawan sekalian. hati ni cepat sangat berubah. bersimpang siur nk buat keputusan. eleh.

lagipun, macam lama je tak layan cerita sorang sorang. dulu kt kl, selalu je layan movie sorang sorang. macam ni lah gayanya, nama je berdua, tapi hidup tetap sorang sorang. harapnya takdelah berkekalan sampai tua nanti hendaknya.

aku tengok....

yg sebenarnya, aku tak pernah layan cerita ni sebelumnya. dah 3 kau. dulu rasanya toy story 1 keluar masa darjah 5 atau 6 tak silap. masa tu aku ingatlah ada sebutan ''money money money''
pastu terus lupa jalan cerita dia macam mana. yg kedua pulak, haram aku tak tahu. tau tau, eh dah 3. haha.

at first macam nk layan lagenda budak setan tu kan. even dah tau macam tak sedap cerita tu, tapi ni degil niiiiiii. nk tengok jugak ni...nasib baik lah cerita tu yg ada seawal pukul 12++. so cancel. nak tengok cerita ni. dan aku langsung tak tau, hari ni hari pertama. dan aku antara yg terawal tengok sebab time yg pertama untuk harini. pukul 1220. eh, lagenda budak setan pukul 1240 lah. haha. nampak sangat takde jodoh nk tengok farid kamil. haha.

sebelum sampai masa, jalan jalan dulu lah kt carrefour tu. ambil barang, letak balik. telek sana, telek sini. turun bawah, ada pet shop baru buka. tp biasa biasa je. cuma berkenan pada sekor anak kucing tu. rasa nya DLH kot. tapi bulu unik gila. ada pendek, ada panjang. harga rm650. aku tanya discount, dia jawab rm600. eh tu pun dikira discount ke? cettttt

okay, time sampai cukup cukup sebelum hati aku nekad nak beli kucing tu. cecey, bajet kau ni bekerja je kan etty. hahaha.


review aku...

woiii, ni cerita jiwang karat ke cerita kartun??? kalau jiwang karat patut ada muka farid kamil hampir mencium lisa surihani, tp ni kenapa poster dia kartun?
kalau kartun, kenapa aku bisa mengalirkan air mata tanpa sedar?????????????

kenapa kenapa???? tell me why???????????????????????????

* sebab aku kn emo lebeyyyyyyy

cemerlang lah bagi filem luar negara. well, disney's film memang tak pernah menghampakan kita kan. double tumbs up! eh, meh pinjam ibu jari kau, buat banyak sikit tumbs up tu. hehe

memang touching okay cerita ni. bukan apa, siapa yg lahir tahun 80an dan dibesarkan pada tahun 90an, agaknya merasakan perasaan yg sama kot dengan aku. korang dulu ada main bebear atau patung patung tak? mesti korang selalu bercakap dengan patung korang kan? lepas tu, bila dah besar sayang tak nk buang patung tu? korang aku tak tahulah, tapi aku....sayang....aku akan berfikir berpuluh kali nk buang ke simpan. kalau aku ada gudang, mesti aku simpan semuanya!!!!!!!!!!!!!!!

dari segi penataan warna, memang ceria lah. nama pun kartun. bukan macam cerita nur kasih tu, malap je kan kabir bahtiar buat. hai kabir......have a nice day!
*well kata drama jiwang, haruslah malap. lempang etty.

dari segi lawak, sumpah, memang lawak. aku tengok sorang, selamba badak air je aku gelak gelak. siap lawan dengan jiran tetangga. sebelah kiri nyonya tua, sebelah kanan budak sekolah menengah solo yg bau badan dia, masyaAllah. nasib baik aircond banyak. kalau tak confirm aku cari tempat duduk lain.
* pakai lah deodoran dik oiiiii. nk akak sponsor ke?

dari segi watak dan perwatakan. yg paling aku suka, adalah watak ini...

..

..

..

..

..

..


cumel kan???????????????????????????? nk rasa nk gigit gigit je.

tp dia ni at first watak ----------. last last baru ------------------ * suprise lah tu. tak faham ke???

sebutan tak lain tak bukan, sebutan bayi bayi. tak ke comel namanya tu. grrrrrrrrrrrrrr geram!

paling tak tahan, masa watak barbie muncul. terus menggeletis aku. lagi lagi partner barbie kan, terus aku jerit nama dia walaupun dalam cerita tu, dia belum sebut lagi nama dia.
well, aku kan peminat setia barbie. so sapa partner dia aku tau lah.

* tapi itu dulu ye. sekarang, haram lah aku nk ingat. cuma ingat berdua tu jelah.
* aku peminat setia yg tak mengumpul barang barbie. aci tak macam tu??? =)

paling sukaaaaaaaaa, rumah barbie tu. wow wow wow. teringat dulu arwah abah pernah belikan aku set rumah barbie tu masa aku kecik kecik dulu. rumah barbie, pertama dan terakhir.


dan aku pasti, korang pun mesti suka cerita ni. gerentiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!!!
aku bagi 11 per 10. eh, lebih 1 je pun. lebih banyak banyak kang, kata aku over. hahaha.


okay, enjoy your movie darlinggggggggggggggggggssss



aku cakap1: eh aku beli jugaklah big apple tu. wajibbbbbb!

Wednesday, June 16, 2010

adik demam pulak!

hello hello


pasal iklan adik, dah ada yg call. tp mummy adik belum nk confirm lagi.

hati tak tenang betul nk lepaskan adik pergi rumah orang tu. in fact masa hantar boarding rumah yaya hari tu pun, rasa tak selesa. takut apa apa jadi.

takkan nk pinjam kucing betina dia pulak kan?

adoyai. i pening lah!

adik pulak, harini demam! pagi pagi mak dah kejut aku, bagitau adik muntah muntah. bangun tengok adik dah melepet. time makan yg patutnya dia paling busy panjat kabinet nk tengok aku dah siap basuh bekas ke belum, tapi dia takde pagi ni.
aku suap makanan pun, dia tak mau.

tidur je.

risau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


anyway, terima kasih banyak banyak untuk tedi.




aku cakap1: apa pelik sangat ke iklan aku buat tu? bongok punya member!
*emo

Tuesday, June 15, 2010

tolong tolong tolong help help help komenga komenga komenga madada madada madada

hello hello

mummy dia lupa yg dia semakin besar. hari hari mengempeng pada selimut, ingatkan dia baby lagi, tapi rupanya bakal bapak baby.

adik dah matang dan nk cari pasangan.

mell jadi mangsa gigitan cinta di leher, tapi mell takde nafsu nk membalas. dan hasilnya, adik kena tendang! juga kena jentik telinga oleh mummy dia sebab macam protect gila kt mell si anak sulung dan anak dara terulung.
bukan apa, kalau mell ada nafsu, mungkin mell rasa nikmat gigitan tu. tp ni lain pulak. mell takde nafsu, so mungkin gigitan adik tu, jadi sakit. tu yg mummy dia risau.

entahlah. mummy takde pengalaman handle benda ni. dulu masa kecik kecik ada kucing, dibiarkan je buntingkan anak orang.

tapi petang tadi, dengar je mell jerit jerit, i terus ambil adik. tiba tiba terpandang torpedo nya dah keluar dan tilam i basah setitis dua.

yaAllah, apa perlu aku buat ni??? aku menyeksa adik ke??? ke aku menyeksa kedua dua mell dan adik???

sila lah ke sini, kalau berminat. khidmat peminjaman kucing jantan.

tolong tolong tolong. dah buntu sangat ni. bila pandang muka adik, rasa kesian sangat sangat. kau bayangkan kau dah kahwin, tp tak boleh nk bermesra dengan pasangan kau. terseksa tak batin?
pandai pandai je aku ni....

mummy, dengarlah jeritan batinkuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


aku cakap1: keternangan lanjut, klik gambar pun boleh

Monday, June 14, 2010

perangai orang berjenis jenis.

hello hello


* sorry kalau ada yg terasa.


satu hari ''along, kenapa eh masa kenduri jaja hari tu, ramai sedara yg datang, makan, balik? kenapa tak mau datang tolong tolong ek?''

aku takde jawapan, sebab dalam fikiran aku pun, fikir benda yg sama.

untuk pengetahuan, wak wak [tuan rumah] aku bukannya jenis macam tu. dorang ni, kalau ada kenduri kendara kt kampung, kalau tak berkampung seminggu tak sah. dengar je anak buah nk kahwin, zasssss terus balik tolong apa yang patut. kebetulan, wak aku dah pencen. so anytime lah dia boleh balik kampung kan.
balik kampung, beberapa hari awal. nk balik melaka pun, beberapa hari lewat dari sedara sedara yg lain.

tapi kenapa turn dorang sambut menantu hari tu, takde sedara yg tolong macam mana dorang menolong waktu turn dorang kenduri. urm, faham tak??
kiranya macam takde nk balas budi wak aku ni lah. aku perasan sangat sangat benda ni.

tapi tak lah semua. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, tetaplah ada. yg datang balik hari, yg datang sehari semalam. apa dorang dah lupa ke wak wak aku selalu tolong dorang dulu?

macam wak aku yg lelaki tu punya hal. dengar je ada kenduri belah dia [wak perempuan belah aku, kakak arwah abah], cepat cepat dia balik. kalau ada hal kecemasan atau kematian, ooo aku ingat lagi, malam raya anak buah dia meninggal eksiden, malam raya tu terpaksa balik kampung. semata mata nk tolong uruskan jenazah. bayangkan malam raya, malam raya beb!
till the end, adik beradik arwah datang hari tu, makan balik. tak menolong sikit pun. tak tunggu sikit pun. at least, kau ingatlah jasa pakcik kau orang kan.

aku tak faham betul jenis orang macam ni yg tak reti nk balas budi orang.

infact, mak aku pun macam tu jugak. kalau ada kenduri kt kampung, dorang bertiga lah yg balik kampung awal.
kalau anak buah mak [belah mak] pun sama jugak. cergas je pergi kl. tunggu bas dekat pasar seni, turun lah mana mana destinasi yg nk dituju. haaa bekampung lah mak aku tu kt kolumpo semata mata nk tolong anak buah dia punya kenduri.

pernah aku cakap kt mak ''mak ni susah susah je. kang turn kita, entah nk entah tak nak dorang buat macam ni''

siyes, ayat aku macam kurang ajar sikit, lagi lagi dikaitkan dengan anak anak buah dia kan.

korang bayangkan, mak aku susah payah naik bas turun bas. duduk kt sana berhari hari. buat kerja. kang turn aku kahwin, sedara sedara datang bawak perut melenggang, makan, balik. hangennnnnnn tak?

oh aku tak dapat nk bayangkan kot. walaupun tak semua yg berperangai macam tu, tapi aku bet lah. mesti ada punya sepupu sepupu aku yg buat macam tu nanti bila turn aku.
lagi lagi, masing masing dah ada family sendiri kan, kang mesti buat alasan , anak tak selesa lah, bawak anak kecik lah. bla bla bla.

oooo sikit punya sedap alasan ek. dulu masa kau kahwin, sikit punya manis mulut kau. bila turn anak anak mak aku, masing masing buat upacara melenggang perut.

serius, kalau jadi benda ni kt aku nanti, sound tepek je aku kt dahi masing masing.

take my words!


aku cakap1: pergi balik baca ayat selepas hello hello tu dan fahami!

my name is adik khan

hello hello


hai reader[s], do you miss me?? im adik lah. mummy malas nk tolong update pasal saya, so saya update sendiri sendiri. hoh, nk harapkan mummy, jangan haraplah dia. lepas balik niaga, bagi kitaorg makan, bersihkan litter box kami, terus dia terbongkang tidur. alasan penat niaga. cetttttttt!

saya sekarang dah besar tau. tp umur sebenar tak tau. mungkin dah 6 bulan.

hai lah, nasib saya baik agaknya. kalau tak mungkin saya masih di chow kit bertemankan kutu kutu rayau dan indon indon.

mummy kata, saya dah makin hensem. masa kecik kecik, dia selalu compared kan saya dengan si mal mel mol tu. dia kata ''adik tak photogedik lah, mell cantik je tangkap gambar''
kecik hati betul!

tapi sekarang, tidak lagi. saya sudah semakin kacak! kalini, mummy selalu puji saya. dia suka bila mata saya besar.

mummy pantang betul bila nampak kami bertiga bersama. terus nk tangkap gambar. hasrat mummy nk tangkap gambar kami bertiga elok elok selalu tak kesampaian, sebab kami pantang berjumpa. mesti nk gaduh gaduh manja.


saya suka main dengan bunga. tp saya bukan mat bunga. nenek selalu pukul montot saya bila saya rosakkan bunga dia. nk buat macam mana. dulu kan mummy tersalah tafsir pasal jantina saya sehingga bagi saya nama anne. terus melekat suka bunga.


budak kecik ni kan, dia suka buli saya tau. kalau saya buli dia, sampai dia jerit jerit mesti mummy cakap ''dik, dah lah tu. kesian ah boy. dah dah stop it please''

tapi bila ah boy buli saya sampai saya jerit jerit, mummy buat donno je. kalau saya jerit, mesti dia ingat ah boy yg jerit. sekali lagi saya kena marah.
erm, mentang mentang saya dari chow kit, salah tafsir lah ni. saya bukan kaki buli tau.
sob sob sob.


tengok tengok. bukan nk tolong saya, lagi mau tangkap gambar.


tapi mummy cakap saya makin manja dengan dia. tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, manja saya bertempat okay. mummy kata manja yg hangat hangat taik sendiri.
bila rasa nk manja, saya menyondol lah mummy. bila mummy nk manja balik dengan saya, saya lari. hahaha. padan muka mummy.

tapi taklah selalu saya buat macam tu. kadang kadang, saya tidur sebelah mummy. saya selalu cium telinga mummy, selalu cium rambut mummy.

mummy kata, saya ni buah hati pengarang jantung dia sebab bila mummy gaduh dengan daddy, saya yg paling faham dan selalu buat mummy senyum.



kak mell sekarang dah jadi kekasih gelap saya. bila malam semua orang dah tidur, saya ^ngorat^ kak mell. sampai kak mell jerit sedap marah. esok pagi, mesti mummy tanya kt saya

''kenapa malam tadi adik kacau kak mell dik? adik nk awek ke? adik kn kecik lagi. bla bla bla''

saya malas nk dengar, saya buat buat tidur. tu lah mummy, tak mendengar jeritan batinku sungguh tau.

saya nk awek. saya nk bini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


kak mell tak touching, mummy pulak lebih lebih. kalau malam saya kacau kak mell, esok pagi elok je dia main lagi dengan saya. mummy ni over tau.

''adik kedek, janganlah kacau kakak. lagipun, kalau adik kacau kak mell, dia tetap macam tu. adik nk kena potong macam kakak ke?''

saya tak mau pun kena potong. tp saya rasa mummy tak mau potong pun. saya tau, mummy sekarang dalam usaha nk carikan bakal bini untuk saya. mummy nk mintak tolong kawan kawan blog dia kot kot berkenan dengan saya untuk dijadikan calon menantu. saya ni terbaik woooook! saya hensem. mungkin saya akan memberi baka yg hensem dan cantik kepada anda anda nanti. saya pun baik, mungkin perangai baik saya akan menurun kepada anak anak saya pulak.

mummy jahat tau, selalu dia ejek saya. ''badan je kecik, testicles besar. dah nak kahwin sangat ke dik?''

ohoooo, dulu confused saya ni jantan ke betina, bila dah terbukti jantan, testicles besar pun nk kecoooooooh!!!

* malulah nk letak gambar tetttttttt.


okay babai. nk sambung tidur. confirm pasni mummy cakap

''haaaa tu lah. besarkan testicles je pandai''

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails