:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, August 25, 2010

rindunyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!

hello hello




thaqif, mak etty rindu kt thaqif sampai mak etty menangis......

harap harap atel setuju nk jumpa thaqif minggu depan. mak etty rindu sangat sangat kt thaqif...


aku cakap: suara mak tiri...

blur kejap.

hello hello


tahun ke-6. merdeka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


nk bagi hadiah apa ye? asek baju, baju baju baju. eh tak lah asek, tahun lepas je pun. hehe. apa eh yg best nk bagi kt budak laki laki?? bab hadiah ni, failed lah. birthday dia, berapa kali je aku bagi. hehe....

apa pulak aku nk demand??? wah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tahun lepas dapat gelang. tahun ni, rantai pulak okay tak agak2nya?? =)

Tuesday, August 24, 2010

cuti jap esok esok ye..

hello hello



ni mungkin entry terakhir untuk minggu ni. aku tak sempat nk siapkan entry baru. kerana kebusyan yg terlampau mampau!!!!

akan keudara lagi bila kerja dah selesai.


oh ye, ni bukan kerja pertama yg selalu aku bawak balik, buat kt rumah. kt klcc dulu, dah biasa. sampai kena tutup pintu bilik tak bagi thaqif kacau aku susun report. kt legal firm, tak pernah sebab malas! haha, aku tak pernah rasa happy masa kerja kt legal firm tu. tak tau kenapa. maybe sebab bos tak best. hahahahaha. mampuih lah kena saman. wuhuuuuuuuuuuuu....*legal katanya....

dan this time, it happens again. well, kerja kt pejabat tak pernah habis kan. tp aku tak suka nk banyakkan kerja esok pagi. so mana yg patut aku setelkan hari ni, tp tak sempat, aku bawaklah balik. esok dah siap, buat kerja lain. contoh macam minute of meeting


lagi lagi puasa ni, ya ampun......kenapa cepat sgt jam 430 ni??????????????

boleh tak, aku sorang je kt office tu berdoa semoga jam lambat bergerak??????? hahahahahahah. yg lain semua cakap 'lambatnya masa bergerak'

ya allah, aku rasa macam nk suruh hr tukar balik waktu kerja bulan puasa ni. extend ke jam 530. kakakakakakakakkkakakakak. mintak maap!!!

aku tak boleh nk stay lama lama kt office tu sebab semua jenis balik awal. even security officer pun macam tak boleh tunggu aku. memang punctual. so, no choice. aku kena ikut cara dorang.


saham saham saham. kerja kerja ni tak pernah nk selesai dan tak pernah nk menyenangkan aku......pagi petang siang malam....boss, jom share saham dengan saya okay....!


lagi lagi cubicle aku kecik je nok. situ lah tempat photostat, situ lah tempat letak stok. meja kecik, pc besar. so ramai complain kenapa meja aku semak sangat. nk buat macam mana teman temanku, meja ni tak cukup besar. i need more space....!!!

pada aku, tak perlu letak tray atau yg warna hitam tu atas meja. benda tu semua kena letak di atas meja lain. sebelum sebelum ni, meja aku kecik je. tp semua tu aku letak tempat lain, so meja aku fully conquer. ni dah takde tempat nk letak tray bagai.

* redhaaaa....

insyaAllah, kalau kerja kad hari raya ni dah settle, aku nk settle kan pulak area aku. kasi clear........

- cermin hikmah. haha. poyo lebih. eh, tu cermin lama tau. dari zaman arwah embahtok, embahlain aku ada lagi. kenangan. dari zaman klcc, aku bawa sampai la ni....

- tu mug dari najib. yg dia bagi penuh goodie bag tu....hehe. thanks anyway love. bila pandang mug, teringat dia. so kemungkinan untuk curang di pejabat adalah kurang. haahhahahahahahhahahahahhhahahhahahahahahahahahah * nasib baik dia tak baca blog! kuang kuang....



okay korang, maafin daku. jaga diri baik baik.


aku cakap: aku tak dan wey nk berpoya poya kt office dengan fb, blog. kalau dulu banyak je masa. what happen now???????????????????????????????????????????????????????

dua lelaki dalam hidup...

hello hello


[auto publish entry]


selain arwah abah dan arwah embahtok, dua lelaki ni menjadi lelaki kesayangan aku. sorang budak laki laki, sorang bakal bapak budak yg entah bila nk jadi bapak. hehe.



diary 2008.

gambar najib & gambar thaqif.

i sayang u & mak etty sayang thaqif....


1. gambar yg najib tengah kurus tu. gambar pertama yg dia bagi aku. haha muka ganas gila. gambar tu aku tunjuk kt kak ijan [ibu thaqif, masa tu belum kawin lagi]. kak ijan kata ''kau kawan dengan bonzer ke???????'' gila macam tak merestui je. hahahaha. sekarang, kalau dia tau aku gaduh dengan atel thaqif ni, mati mati dia sebelahkan najib. menci tau.................!!!

2. gambar masa tengah dating kt pantai klebang. masa tu masih pantai lagi. sekarang dah ilek sebab dah kena tambak. dah ada dataran 1 malaysia.

3. gambar dalam aquaria. masa kt uitm lagi. aku kt jengka, dia kt unikl melaka tu. datang hujung minggu, tumpang tidur bilik member member dia. hari sabtu dating ke KL. jengka KL 3 jam je naik metrobus. jengka kuantan pun sama. so baik pergi KL. hehe. gila dating pergi aquaria. kau agak agak, kalau aku ajak sekarang, nk tak dia pergi??? jangan harap. next time pergi, dengan anak anak...hahaha.

4. gambar thaqif 4 bulan. masa mula mula aku duduk dengan kak ijan. tengah tembam dan debab. sekarang abg thaqif dah kurus dan tinggi. rindu lah kt thaqif....

tu je.

share lah, siapa lelaki kesayangan korang.......

=)

Monday, August 23, 2010

kid's wishlist...

hello hello

ada beberapa wishlist bila dah dapat gaji ni....


1. litter box besar sket - budak budak makin besar. kesian.

2. cat leash - sebab rasa dah lama tak bawak budak budak tu turun bawah makan rumput. nk bawak kudrat aku sorang, tak larat kot. so nk beli sorang satu.

3. water feeder - raya ni mungkin aku berjalan jalan. kalau bukan sebab raya pun, kesian kt dorang air selalu habis. kucing aku kuat minum air. mak dia je malas minum air seperti yg disarankan. hehe

4. comb - sebelum ni aku pakai sikat kayu aku je. haha. share sikat dengan anak anak kn afdal tu. hehehehehe

4. nail cutter - nekad aku nk potong kuku dorang. lagi lagi si adik. wah wah, kuku dia je yg selalu terbenam kt tangan aku. dia rajin okay asah kuku. jap g mummy potong ye. jangan marah tau....


apa lagi eh?? takpelah, beli sikit sikit.

cinta tak terbatas...

hello hello


[auto publish entry]


wah tajuk, tak agak agak...jiwang karat marat sungguh...!

tp betul lah. cinta, sayang dan kasih aku, tak terbatas pada kucing je. kucing tu of kos la kan. tak mengganas.

tp lain hal nya satu ni....


anjing....


ternampak anjing ni, balik kerja. dia baring atas jalan, badan dia kurus sangat. nk menangis tengok keadaan dia. okay, ni first time okay pandang anjing sedaif ni...

aku pun bagilah makanan kt dia. stok makanan ada je dalam beg aku..


mula mula macam takut takut. tp bila dah bau makanan tu, terus dia jadi berani. hehe. nampak tak ada sesuatu bawah kereta. at first aku ingat kucing tau...

rupanya...


adik beradik dia lah...kesiannya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


sapa yg buang adik beradik ni??? jahat tau!!!!!


kesian betul. lapar. stock makanan aku ni limited. dalam bekas kecik je. aku budget, utk kucing, dah boleh kenyang. tp untuk anjing, celah gigi je kot. tu pun berebut, siap gaduh gaduh. tak tau lah gaduh betul ke main main. tak pernah ada pengalaman berhadapan dengan anjing dalam jarak beberapa CM je. ni pn berani sebab dorang ni masih anak anak. tp bila gaduh tu, aku kebelakang lah. =)



so, aku open lah untuk adoption. war war kan pada kawan kawan yg berminat pada anjing. tak kiralah melayu ke, cina ke, india ke. aku try juga iklan kan kt mudah.com.

kalau ada, baguslah. kalau takde, nk buat macam mana. takdir anak anak anjing tu.

risau gila.

hello hello


[auto publish entry]


satu malam....

nampak adik tidur dalam keadaan mata terbuka... macam ni...




dan...macam ni...



risau gila. teringat hal dulu dulu...masa adik mula tunjukkan dia sakit.

terus kejut...''adik adik, bangun!!!''

sekali dia bangun macam biasa.

dan...


beralih tempat tidur. marah kerana mummy dia kacau tidur dia. hehe.


adik adik...jangan buat mummy risau okay.

Saturday, August 21, 2010

new diet...

hello hello


rasanya, minggu lepas kot dapat blackwood ni. thanks cik tedi hantar sampai ke rumah...nanti kita belanja dodol sekawah eh....*mampus mana nk cari sekawah tu???
terima kasih juga pada twins sha. yg tolong bawak kan dari KL. *meh comolot ramai ramai.


baru je seminggu, 2 bekas tu dah habis. satu lagi bekas, tinggal separuh. uhai anak anak.

so, welcome to blackwood, goodbye to wet food.

yesss, aku dah hentikan penggunaan wet food dalam diet harian anak anak aku. hahahahaha, macam kelakar @ gedik okay. masing masing macam tak puas hati bila diet tak macam dulu. actually, dorang kn dari kecik makan bercampur. sekali sekarang, kering semata mata. haha.

bukan apa, aku nk dorang makan bw semata mata. dah tak mau campur lagi dah. budget satu hal, bulu dorang pun satu hal gak. aku nk jaga balik macam dulu. yg bila, aku tak kisah pun kalau pakai baju warna gelap, tapi takde sehelai bulu pun kt baju tu. insyaAllah...

adik, dia tak kisah sangat. ish betul lah korang. adik tu kan anak tengah, dia betul betul mengalah tau. sebijik perangai manusia yg digelar angah. jenis adik tu, asal ada. tak banyak bunyi.

kalau mell, anak sulung. dia memang tak banyak bunyi, tp emo. masa mula mula takde wetfood, dia mogok okay tak mau makan. karakter dia sebijik macam aku. anak sulung. hehe.

ahboy? usah tanya. kau orang fikir lah apa perangai anak bongsu??? manja melebih kan. haaa,camtulah ahboy. mulut dia paling bising....tp kuat makan jugak. camne??

dah seminggu ni, masing masing still ada perasaan tak puas hati tu. tp dah boleh terima bw tu lah. kalau tak boleh terima macam mana tak habis 2 balang tu kan. haha.

aku share dengan cik tedi. so sorang dapat 12kg. aku budget, 12kg tu cukup untuk 2 bulan. tp tengok balik, macam tak cukup je. hai lah. memang dasar pembela jin betul anak anak aku ni.

bila takde wetfood dalam diet dorang, makan jadi kerap. dulu, bila dah makan pagi bercampur wetfood, at least tengahari mak akan bagi sekor segenggam. then, makan malam pulak. so tiga kali kan.

tp sekarang, aku rasa dah bergenggam genggam dah...jadi kuat makan pulak sekarang ni...

badan usah cakap, masing masing dah bulat. suka tengok.

tak kisah lah anak anak, makanlah. jangan sakit tu je mummy mintak. sihat sihat selalu okay. mummy lovesssssssssssssssssss u...

rezeki.

hello hello


bela kucing susah. banyak kerja kena buat. pagi kena bangun awal, kena kasi makan, bersihkan litterbox. petang penat balik kerja, bersihkan lagi. kalau cuti, sehari lebih kurang 3 kali bersihkan kotak busuk tu. hehe.

kalau sakit, kena bawak pergi vet. kalau tak, pasti menyesal kalau sesuatu terjadi pada si comel. kalau terjadi apa apa, confirm tiap tiap malam menangis menyesal tak jaga elok elok.

tapi, kalau hati menerima dengan ikhlas tanggungjawab yg Allah beri pada kita, benda yg susah, akan jadi senang. Allah akan senangkan kerja kerja tu..

ingat, kucing yg kita bela tu, tetap dianggap tanggungjawab yg diberi Allah tau. Allah dah rencanakan sesuatu untuk kita, so pemberian tu, kita seharusnya jaga baik baik. itu lah yg dinamakan tanggungjawab.


bila rasa okay, buat kerja kerja di atas pun dengan senang hati, hati tak rasa gusah membersihkan kotak hancing tu, pasti ada token yg kita dapat.


kena percaya, bela kucing murah rezeki....kucing pembawa rezeki......betul betul kena percaya!!

urm tapi sebenarnya, bukan bela kucing je bawa rezeki. bela haiwan lain pun. selagi kita ikhlas dan sabar. mencurah curahlah rezeki tu bergolek nanti.


nk bagitau, sejak ada bertiga tu, memanglah banyak perbelanjaan yg diperuntukkan. tapi dalam masa yg sama, rezeki memang murah. bersyukur sangat sangat

tahun ni, rezeki raya mencurah curah ke ladang gandum!!!

seronok???? siapa yg tak seronok wey....................??

Monday, August 16, 2010

blog pengantintobe akan bercoti...cobaaan...

hello hello

kerana pengantintobe akan menjadi pengantin...cobaaaan....

haaa, jangan terkejut dan buat muka terkulat kulat. betul, ana tidak tipu...cobaaaan...

hahahahaha. best what kahwin puasa puasa ni. jimat belanja. hahahahhahaha


takdelah!!!


aku takde idea sebenarnya.

kau orang kena ingat, zaman 'dahulu' lain dengan zaman 'sekarang'. kerja dahulu tidak sekejam kerja sekarang. betul. aku tertekan je sekarang ni tau. takpe, hal kerja aku boleh handle lagi. at least, tak lah teruk macam kerja dengan kap lam nga tu..hehe...tension tension pun, budak tiga tu ada nk gembirakan aku.



hal personal pulak, ntahlah. macam nk share. macam tak mau. tp doa doa lah hati aku masih milik lelaki itu eh. sebab sekarang ni hubungan kitaorang 50-50 je. betul. kali ni, bukan main main macam dulu. dah dekat 3 minggu kot hubungan tu suam suam. salah satu penyebab kenapa aku berada dalam tekanan sekarang. aku takde teman mengadu. kalau ada pun, ntahlah. lantaklah. hidup aku, hidup kau....
tak pernah wey selama 6 tahun ni, keadaan jadi macam ni. tp biarlah. aku yg buat keputusan, so biar lah aku tanggung...



dan, bila aku senyap sekejap nanti, moga moga ada yg rindu aku. ada yg pujuk pujuk aku supaya aktif menaip lagi. hahahah. alah, korang bukan rindu aku. rindu kucing aku kan??? kan??? kan???
takpe, biar aku senyap, blog korang tetap aku lawat. aku tetap akan tinggalkan jejak. insyaAllah.



aku akan mengganas lagi selepas ini. nanti kemunculan suria perkasa merah jambu.....


assalamualaikum...jaga diri baik baik. in advance, selamat hari raya aidilfitri. maafkan segala tutur kata, perilaku dalam blog yg mungkin ada guriskan hati dan perasaan korang dalam aku tak sedar. almaklumlah, diri yg hina...dina ini..hahahah. wey, mintak maaf tak boleh gelak gelak. kena serius....

okay, raya jangan lupa diri. jangan lupa update hal raya.

huhu sedih pulak.........

takpe, doa doa aku berjaya melepaskan diri dari tekanan ni secepat mungkin so that, aku boleh blog menggila gila!

bye korang. take care.......

korang makan chicken ball cap apa eh?

hello hello


[auto publish entry]


BOLEH SHARE TAK DENGAN KITA???



ni aku beli cap ayam ria kot. tak sedap lah. aku dah try macam macam cap, takde yg sedap macam kt pasar malam tu.

cepat tinggalkan idea cap apa yg paling sedap sekali.


wah, tiba tiba terliur owhhh pandang ni.....

beli langsir raya.

hello hello


[auto publish entry]


sebelum puasa lagi mak aku dah beli langsir. sehari sebelum puasa. oh yea, hari tu aku el. sebab nk temankan mak pergi hospital. selesai hal hospital, konon konon esok nk puasa kan, haruslah jalan jalan cari makan dulu.

niat sebenarnya nk makan bakso depan hospital. cik tedi cakap kt situ tempat dia selalu makan. aku selalu makan kt melaka sentral je. so nk try lah tempat baru kan.

sekali tutup daaa. ada cerita lain jugak pasal cik tedi ni. konon konon aku nk sms lah dia, bagitau yg aku tengah makan. konon konon lah kan. sekali kedai tutup langsung aku lupa nk sms dia. masa dalam farmasi, dah tiba waktu melawat tau. aku cakap dengan mak ''kita nak melawat siapa ni eh, dah masa melawat dah ni''

sekali balik, on laptop, baca kt blog cik tedi, mak dia masuk hospital. rasa.....Allah kenapalah aku tak sms dia tadi. kalau tak dapatlah melawat even kitaorg je yg saling mengenal, mak mak kitaorg tak kenal. tp apa ada hal. kalau anak anak dah serasi, mak mak pun mesti sama kan....kan kan. aku rasa, mak mak ni lah senang nk berkenalan. mak aku tu, tengah tunggu bas pun boleh ajak org bersembang macam macam. chemistry org kata kan.

cik tedi, rasanya bila entry ni dah publish, mak awak dah discharge kot. jaga mak elok elok eh. =)

okay mari pergi nagoya. ish, mak aku belanja adik adik aku baju raya. jeles. kau bayangkan, gaji aku keluar 28 ogos ni. kita raya awal bulan kan?? jadinya bila baju raya aku nk siap??? kalau tempahan yg mak dapat tahun ni banyak, harus lah dia mengutamakan pelanggan dia kan. even aku anak dia, tak mungkin dia nk lebihkan aku. haaaaaa...kena beli ready made lah ni.

tema kitaorang tahun ni cotton. tp pelbagai warna dan corak. asal cotton.


eh, mak aku bukan yg berpurdah tu. jangan terkejut pulak ye. tu haaaa, cek mek molek pakai baju biru tu baru mak aku. hehe.


sibuk ke sana sini, cari ropol lah, inner lah. macam macam.


sekali pilih langsir, ala ala corak cotton jugak. aku cakap, sama je dengan tema baju raya. hehe. tp ada sikit sikit english style lah. mula mula nk suruh mak aku beli warna purple. sekali masa nk decide tu, ada lah sorang makcik ni, suruh org nagoya tu potong 7 meter. okay fine, pilihlah warna lain. macam kau kenal kan makcik tu, segan nk sama warna.

lepas tu macam insist jugak nk purple sebab cantik gila. pastu datang lagi sorang makcik ni. gaya macam cikgu cikgu je. dia suruh amah nagoya tu potong 30 meter kau!! aku ingat dia nk beli untuk sekolah. sekali dia cakap untuk rumah. baru rumah bawah, atas belum lagi. gila ah...besar gila rumah dia. yela, mak aku beli 6 meter je kot. heheh. jauh gila perbezaan. kt rumah sibuk mengumpat dengan mak, sibuk fikir dia duduk rumah apa. kepoci kan aku ni. tp mak cakap, standard lah rumah melaka. setiap pintu nk letak langsir. oooooo baru tu tau. mungkin rumah banglo, mungkin rumah kampung. kan banyak tingkap. rumah KONDO macam aku ni, 6 meter cukup lah. hehe

bila kat kaunter, ramai gila beli langsir macam kitaorang!!! pink lah, biru lah. mak aku je pilih coklat. tak mau terang terang katanya. alamatnya, bila pergi beraya rumah org, akan nampak langsir yg sama je lah eh. hahahahahahhaha.

bila try kt rumah, tak naik sangat coklat tu...tenggelam dengan natural lighting rumah ni. mak cakap, kalau beli purple tadi, naik lah kot warna tu. haaaa tu lahhhh, td tak mau....jangan menyesal eh...hehe.

tunggu jelah raya nanti camne hasilnya. malas nk tangkap gambar langsir tu, tunggu raya. tu pun kalau aku ingat. hehe.



aku cakap: time kita jadi mak mak kang camnelah agaknya eh?????

Saturday, August 14, 2010

sakit gigi, rasa nk hentak kepala kt spongebob!

hello hello


wa wa wa waaaaa....sakit gigi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kalau gigi ni berlubang ke, rosak ke, boleh terima lagi. ni tak. gigi bongsu, tp tak tumbuh habis lagi. adoyai, bila lah kau nk tumbuh habis ni gigi ku sayang??? selalu aku sakit, sehari dua je. ni tak. berhari hari dah ni. adessssssssssssssssssssssss....

bila berbuka, makanan yg mak masak sedap tu pun jadi tak sedap. nk kunyah pun rasa lemau je. kena telan terus. adeh, hilang nikmat makan aku sekejap.

mak aku cadangkan, cabut je gigi tu. najib pun sama. takut owh nk pergi jumpa dentist

kali terakhir aku jumpa dentist, form 5. haha. bayangkan berapa lama dah aku tak pergi. saranan jumpa dentist sekurang kurangnya 2 kali setahun tu, aku buat tak endah je.

ish, kalau aku pergi nanti, sekali dentist kata ''gigi awak semua teruk ni, kena cabut semua ni'' haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa mati...................!!

susahlah. office aku, belum confirm, unpaid leave. dah confirm 6 blan baru entitle dapat annual leave. aishh, kt office lama, seminggu masuk kerja pun dah entitle apply leave. susahlah kalau aku nk pergi dentist sekarang. kena tunggu raya kot sebab cuti raya panjang. tu pun tak tentu lagi.

aish, kalau lama lagi tahan, lama lagi lah sakit ni...kang silap silap berjangkit ke belah kiri pulak. tp so far, belum lagi ada darah atau nanah.

camne korang. ada pengalaman yg sama?? share lah kalau ada.

Friday, August 13, 2010

pelik sebab tiba tiba suka.

hello hello


[auto publish entry]




gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ah!

dulu tak suka dengar lagu ni, sekali hari jumaat minggu lepas dengar dalam bas sementara nk tunggu bas jalan, terus macam....OMG.....pastu siap tengok kt youtube bagai. [wth] * uish, puasa beb, tak baik mencarut. wth tu, what the hellloooooooooooooooooo =)

agaknya, lepas penat berjalan, dapat & duduk pulak dalam bas air cond, dengar lagu siap bass sedap, sound kuat, terus suka kot. hahahahaha.

tu lah, lain kali jangan kutuk lagu tak sedap. kang terbalik. hahahhahahahah.

jumaat beb! jumaat......

hello hello


[auto publish entry]




yeayy..............jumaat tiba lagi. hujung minggu tido puas puas. bangun bila waktu berbuka, kena lempang sedas dengan mak. haahhaahahhahahahahha.


selamat berhujung minggu. selamat berbuka puasa.



aku cakap: serius aku tak perasan sangat memek muka adik dalam gambar ni. bila aku edit, baru aku tau, sangat comel. kelakar.

Thursday, August 12, 2010

ah boy bin etty

hello hello


[auto publish entry]



hai, sayalah ah boy si debab tu.


mamat ni kuat emo gak owhhh. ingatkan dapat anak dara je yg kuat emo, sekali dia pun sama daaaaa. sentap kuat ni. lagi lagi kalau lambat bagi makan, suara dia yg kuat sekali. selalu gaduh dengan mak ni.

kalau dia tidur, janganlah kacau. sentap tak hilang 2 jam. haha.

tengok eh, gambar atas posisi pertama nk tidur. hadap aku.


bila dah kena kacau, tukar posisi. hadap dinding. tu pun suara dia, ya ampun.........kelakar je bunyi protes. konon macam ''mummyyy, janganlah kacau....arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr''

masa ni, aku dengan mak ketawa kaw kaw punya tau..sebab masa ni, selain dari dia buat bunyi protes, dia jugak engsotkan badan dia. dari hujung belah kanan, badan dia berubah terus ke belah kiri sofa tu. dia tolak pakai kaki je. gila pemalas! memang tak mau kena kacau. kalau dia teruskan engsot dia tu, confirm jatuh sofa.

hahahaha. ah boy ah boy.


ah boy pun selalu kejutkan aku pagi pagi. dia yg paling manja dalam tiga tiga tu. dia akan selitkan badan dia di antara bantal dan muka aku. kang tau tau, bontot dia depan hidung aku. kejam tau anak ni...

bab makan, dia yg selalu kena babap montot. sebab time aku nk sediakan makanan, time tu lah dia nk duduk tengah tengah bowl tu. kalau yg lain, aku cakap ''seat sana'' terus je duduk dan tunggu. tp ah boy spesis begau sikit.
* begau loghat melaka degil kan????

paling kelakar, ada satu petang tu. aku nk bersihkan litter box dia. dia sibuk pulak time tu nk membuang. aku halau lah dia. aku cakap ''jap g jap g. duduk sana dulu''
tp agaknya dia tak tahan kot. dia dah mundar mandir macam pak pandir. pastu mulut dia kan, bising sangat. macam membebel!!!!!!!
dia pergi lagi kat aku sambil bebel tu, ntah apa bahasa bebel dia kan, terus dia berak je depan aku. masa tu, dia cirit birit. sebab tukar makanan tu lah. tu yg perut dia memulas tu.

esok nya, time mak aku nk bersihkan pulak, kejadian tu berulang lagi. mak aku pun gelak gelak. apa lah perangai ah boy ni. sentap gilak!!!

hadoilah ahboy. jangan yg berdua lagi tu, terikut perangai ah boy sudah. pening nk layan karenah masing masing.

takpe, sayang ahboy. sayang amell & adik jugak.

aku cakap: sekarang nama panggilan semua ada A kt depan. amell, adik, ahboy.

cerita si anjing pulak.

hello hello


[auto publish entry]


kalau aku naik bas A, aku akan berjalan lalu lorong B. short cut. best sebab lalu kampung C. tp tak best lalu situ, kalau aku pakai baju merah. mesti aku kena lari. sebab situ ada ladang lembu. dan bila aku lalu, confirm lembu tu pandang semacam je kt aku. budget aku ada hutang tertunggak dengan dorang! hutang aku dengan ptptn je wey! aku pun terkedek kedek lari dengan high heels. sabar je!


dah lalu kampung hirup oksigen yg tak berapa nk segar sebab kawasan rumah aku dah pesat membangun, masuk pulak kawasan rumah orang orang kaya. haha. betul wey, rumah aku dikelilingi oleh rumah org org kaya je. tp rumah aku paling tinggi dan howtttt. =) rumah lain setakat 2 tingkat je kan. rumah aku 5 tingkat. haha. kau ado???

* mukadimah kena panjang.....kau orang kena faham tu...nk sampai ke rumah aku, kau kena tawaf bandar melaka jusco baru dulu. haaa tu contoh perumpamaan ek. hehe


okay okay....jap lagi sampai la tu.


haaaa ini dia subjek entry kali ni. kandang anjing dan anjing dia sekali.

mak aihhhh sikit punya garang marang lagi anjing ni. anjing penjaga rumah.


aku rasa, jenis anjing macam ni kot. anjing polis @ rotweiller.

seriau kot kalau lalu situ. maunya tiba tiba mangga tu longgar kan. habis kurus aku lari pusing satu taman tu. kot untung lah dia kejar aku tak dapat sebab aku budget aku lari pantas macam watson nyambek, tp rasanya tak kot. kalau pantas, confirm aku dah jadi olahragawati masa sekolah dulu. ni tiap kali hari sukan, aku lah yg selalu mengelat nk masuk sukan lari lari. aku suka hari sukan dulu sebab boleh makan burger ramli je. lain, i hate!
* eh panjang nau pulak kau bebel pasal hari sukan etty.


anjing jenis ni garang kn. yg kita nampak kt tv tu, sebab dia dah trained. ni duduk dalam kandang yg berapa sentimeter persegi tu, mesti dia stress. once dapat keluar, habis lunyai dikerjakan. eiii takut takut.


tp kesian anjing ni, space dia kecik sangat.................................sangat sangat!!! aku teringin nk dekat dengan kandang tu, tengok camne keadaan anjing tu, tp kau ingat aku berani????? aku ni cakap je lebeeeeeeyyyy!


bila dah ada blog pasal kucing dan anjing, aku dah positif kan diri aku pasal anjing juga. dulu macam benci kt anjing. tp takdelah aku nk pegang ke apa kan. tu masih lagi takut. kot kot dia gigit, mati aku. tp bila jumpa anjing, aku tegur ''hai anjing. have a nice day! gong gong!!!''
hahahahahhahahahaha.

betul wey. bila aku lalu rumah org cina yg bela anjing garang ni, aku tegur je anjing tu. cuma tak tau camne nk greet dorang. selalu kita panggil kucing macam bunyi ''ceet ceet'' tu kan. alaaa, yg macam kita panggil kucing lah. tp kalau anjing camne?????????

aku selamba je ''gong gongggggg''. kang dia balas balik ''gong gonggg. auwwwwwwwwwwwwww''
* eh tu macam anjing nampak hantu. tipu. =P


kt restoran cina depan rumah aku, ada 2 ekor anjing. tuan kedai tu punya kot. bila aku lalu, mesti dorang tengah gurau gurau. tp macam gaduh. bila pandang yg si abang tu, mesti aku ingat kt adik. sebab muka dia panjang dan macam adik. lepas tu, aku jalan laju laju sebab tak sabar nk peluk adik, mell & ah boy.


aku cakap: aku masuk kan juga lah entry ni dalam label 'meowmeow'. tak tau nk buat label apa. hekhekhek.

Wednesday, August 11, 2010

i will be right here waiting for you.

hello hello


[auto publish entry]


balik kerja, ada yg menanti kepulangan aku....kekasih??? bukan. emak??? bukan, mak sibuk masak sambal nasi lemak. siapa????

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

v



anak dara kesayangan, kecintaan ni lah yg tunggu. kadang kadang anak bujang yg muka bulat tu. tp tak sempat nk tunjuk bukti.

dari jauh dah nampak sesuatu yg bertenggek kt tingkap.

hati ni memanglah gembira kan. tp siapa tak risau kalau dia bertenggek dari tingkat 3?????

mell akan pandang je aku, sampai aku hilang dari pandangan mata dia. hehe. tau tau, bila buka pintu, dia depan pintu pulak.

mummy sayang mell! sayang adik & ah boy juga.....

selamat berpuasa korang!!

hello hello


[auto publish entry]


yeayy....akhirnya ramadhan 2010 datang lagi. alhamdulillah, berpeluang lagi tahun ni nk berpuasa. harap harap dapat terawih macam tahun lepas!























petang kang, mesti korang pergi bazaar kan. jangan beli banyak banyak tau. kang perut buncit. tak hooooooooowt. hehe


dah buat kuih raya kang, post kt aku sikit eh. kang aku post balik rendang tok paling sedap buatan mak aku. hehe.

okay, jangan malas malas tau bulan puasa ni.


semua gambar kredit kepada sini. terima kasih gambar yg comel comel ni.


dan selamat bercuti pada warga melaka. negeri lain, tak tahu lah cuti awal ramadhan ke tak. ni first time aku cuti awal ramadhan tau. best best. boleh sambung tidur. zzzzzz * makruh



Tuesday, August 10, 2010

khas utk seseorang. tu pun kalau dia baca lah!

hello hello


[auto publish entry]



tukarlah lirik wife tu pada husband ke, boyfriend ke. hehe.

tapi lagu ni memang best sangat sangat. suara jantan habesssss..


najib -----> ntahlah, i tak tahu nk cakap apa. semoga Allah merencanakan sesuatu yg baik, yg manis untuk kita hingga akhir nanti. walaupun permulaan kita pahit, semoga ada yg manis di penghujungnya....thats it.


thanks fara, faham aku. dengar apa yg aku ngarutkan hari tu. love u!

khas untuk korang yg baca pengantintobe!

hello hello


[auto publish entry]




omggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!

aku terlambat tau betapa bestnya suara dia. hehe. biasalah, gear tak pick up.

aku tujukan lagu yg best dan cool ni pada korang semua. kawan kawan blog yg best. yg share 'nafsu' yg sama, minat yg sama. yg kepala tintong jugak macam aku. hahahahhaha.

korang, walaupun kita tak kenal secara dekat, tp blog tentang sesuatu yang comel, priceless ini lah yg mendekatkan, merapatkan kita semua.

deep down, aku sayang kt korang. semoga satu hari nanti, kita boleh jumpa dan jadi kawan yg kamceng! good boy, good girl.......


aku cakap: esok dah puasa uols...nasib baik aku dah trained sebelum ni.

Monday, August 9, 2010

adik yg sekarang!

hello hello


[auto publish entry]


adik yg terbaru. setelah dia survive dari virus Feline Distemper. urm, semua cerita adik, ada kt sidebar tu eh. bacalah. mungkin ada sedikit tips macam mana nk pulihkan kucing yg kena virus tu. sebab tak ramai kucing yg survive. alhamdulillah, adik sihat setakat ni. berkat doa korang jugak!


kalau korang perasan adik kurus kan. tp sebenarnya adik memang dari dulu kurus. cuma badan dia berat. badan dia jenis kurus, panjang. muka pun bujur sireh kan. kalau perasan, mell & ah boy, badan jenis bulat. muka pun bulat macam tuan dia. hehe.


kurus kurus dia ni, tegap ni badan adik. adik bukan jenis suka didukung. kalau kita dukung, kuat je badan dia nk lepaskan diri.


selalu aku sembang dengan adik ''adik kuat makan, tp mana pergi semua makanan tu dik? adik kurus je, tak gemuk gemuk pun'' hehehe. kuat berak dia ni.



hai....adik ucapkan terima kasih pada semua yg doakan adik hari tu. Allah je boleh balas jasa aunty/uncle semua. nk harapkan mummy, gaji dia kecik. dah jadi boss kang, dia buat open table eh....order jeeeeeeeee.....=)

adik yg selalu kejut aku pagi pagi. kang dia geselkan hidung dia. nk makan lah tu. dia pun dah jadi macam ah boy. bela jin!

jangan buang kucing lah woiiiiiiiiiiiiiii.....aku tembak kang!

hello hello


[auto publish entry]


aku tak boleh tengok kucing kucing kt tepi jalan yg kelaparan, yg comot, yg daif. mesti kadang kadang menangis dalam hati. bila jumpa je, mesti aku bagi makan. aku memang standby makanan kucing dalam beg. smartheart je. tp takpelah, at least aku berbakti juga pada kucing kucing yg bukan milik aku. sebab aku memang tak boleh tengok kucing kelaparan! aku kesian!!!!! faham aku tak????



ni kucing hitam yg ada kt area bangunan office aku. macam penakut sikit, tp bila dah usap usap kepala dan bagi makan, dia okay. kesian dia. ada sekor lagi warna putih kuning, tp penakut sangat. tak boleh nk dekat. nk letak je makanan tu, takut membazir + basah kena hujan. so takpelah. harap harap dia jumpa makanan.


kesian sebab kt area office aku tu, tak banyak restoran.


ni pulak, satu hari balik kerja, aku lalu belakang kedai kedai. dari jauh aku dah nampak sesuatu yg gelap atas jalan. tak bergerak. hati aku kuat cakap ''anak kucing''. tp tiba tiba macam teringat, sebelum aku sampai ke tempat aku berdiri tu, ada mpv lalu tadi. camne dia lalu? kucing tu bergerak tempat lain? kereta tu main lalu je? * tak sanggup nk bayangkan.

terus aku harap 'jangan kucing. tolong lah sampah'

sekali bila dah dekat, betul kau. anak kucing yg sangat kurus dah daif. rasanya anak kucing ni, 2 bulan kot umur dia. badan dia kurus sangat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sedih!!!!!


dari atas jalan yg bahaya, aku alihkan ke tempat buang sampah. tp bersih.

bagi makan. dia macam nk makan, tp agaknya walaupun biskut tu untuk kitten, tetap keras untuk dia.

aku kena balik awal, tinggalkan dia. kalau tak, hati aku sakit sebab aku tak boleh nk selamatkan dia.

sebelum balik, aku minta maaf kt dia sebab aku tak boleh nk jaga dia baik baik. ''miau, kalau etty boleh, etty dah bawak balik, jaga miau elok elok. tp minta maaf ye, etty tak boleh bawak miau balik''

sedih aku..............................


next day, aku lalu tempat tu lagi. kot kot dia ada lagi. tp takde.......................

mana ntah pergi. hidung aku tercari cari jugak bau bangkai. kot kot kena langgar ke apa ke apa kan sebab dia sangat fragile! tp takde. doa aku dalam hati, semoga ada yg jumpa dia, hati dia lembut macam hati aku, lantas bawak dia balik, jaga elok elok. tu harapan aku....

dan sekarang, aku menyokong sepenuhnya sesiapa yg mampu, tolong hantar kucing pergi sunat / kasi / mandul apa apa jelah pemahaman org lain. kalau rasa tak mampu nk bela banyak banyak, buat semua tu kalau mampu. esp kucing betina!!! tolong eh, jangan buang kucing merata rata. dan kalau hati hitam sangat, buang kt tempat yg senang dia nk cari makanan. pasar basah ke. jangan buang kt padang pasir!!

Sunday, August 8, 2010

keyword lagi.

hello hello


1. belajar jawa. rujuk entry aku yg belajar jawa dengan etty ni...

2. pernah pakai dulu. tp gila teruk. jangan pakai produk yg ada ''de de'' ni. semua tipu!

3. ish ish korang ni. masalah apa ni???? apa yg korang nk cari kt google sebenarnya ni?? dan kenapa blog aku yg korang jumpa??? musykil gila.

4. cincin tunang??? aku tak pernah tunang.

5. a'ah. memang ada pun. tambang tiket dalam rm50 camtu lah. melaka terus sampai ke bas stop bandar baru teluk intan. dalam 4 jam lah bontot kau kematu duduk dalam bas. =)

6. mak aku buat katering nasi lemak je. kalau nk order bihun, mee, kotiau pun boleh.

7. rasanya pernah buat entry pasal chow kit sebab dulu aku rajin pergi situ.

8. klim kraft kt jalan tar [masjid jamek]. barang agak murah. tp bakal pengantin kena keep on buat survey selalu.

9. mimpi dulu baru beli tilam eh? haha. aku tak. aku sakit belakang dulu baru beli tilam. dah kronik sakit baru terhegeh hegeh beli. kalau mimpi tilam, ada maksud dia ke???

10. ni mesti kes yg jadi kt kampung papa meow tu kan. tengok lah balik entry tu. sedih aku wooooooo....


tu je. selamat lah mencari apa apa kt google tu.

Saturday, August 7, 2010

bukti kenapa aku mengganas sekarang ni..

hello hello



tengok tengok.....................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

camne aku tak hangin sekarang ni?????????????????????????

siap ada yg berketul atas lantai tu. saja je nk suruh aku mop satu rumah kan.

hadoi lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. dah lah aku makin garang lately ni. asyik nk marah je. tp aku bukan sengaja nk marah. aku marah sebab ni lah!!!

tp redha je lah. dorang bukan tau pun. nk buat macam mana.

selagi aku bersabar, aku sabar. tak tahan kang, aku buat cat steak. hihihihi. heeeee, tak sanggup aku. tipu je tu

tapi kan, aku selalu denda dorang tau. agak agak nakal, aku lambat lambat kan bagi dorang makan. saja je aku lengahkan masa. aku baring baring dulu. kang sekor sekor datang, cium pipi aku, gesel muka kt aku. konon macam minta maaf lah dan pujuk suruh bagi dia makan. pandai eh korang. aku pun cair lah. bagi makan dengan harapan dorang tak buat lagi.

tapi hampeh!!! lepas je dah kenyang, buat perangai lagi sekali.

ah, korang memang hipokrit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! mummy menci!!!!

Thursday, August 5, 2010

mengulit kenangan...versi 2 & jalan jalan melaka

hello hello


[auto publish entry]


sebenarnya nak buat entry untuk kenang balik moment best dengan yaya versi 2. tp alang alang, baik buat 2in1 entry. berjalan jalan di melaka juga.

satu hari ahad tu, tak tahu nk buat apa. last last cakap, jomlah kita jalan jalan kt bandar melaka. pergi tempat yg free je. tak payah bayar. pastu tangkap gambar. bila lagi kan nk tangkap gambar kt negeri sendiri. nyet nyet nyet. budget kau pelancong lah tu kan.

kebetulan wanie ada lagi, dia pun ikut. boleh jadi cameraman. malang sekali, camera aku tu takde battery dan memory card pun hilang. jadi pakai hp je lah. hp ni gambar siang je cantik, malam kurang sikit. so memang kena beli dslr. eh....???? haha

tempat pertama yang dituju adalah tempat bangunan merah tu. lempanglah aku sebab aku lupa nama tempat ni. hehehe.



cantik baju yaya * ehem baju aku.



gambar yang aku tangkap semua cantik je lighting. ko tangkap gambar aku, memang kau tak adjust kan. main snap je. sampai hati ko yaya.


aku macam pelik, kenapalah tak turunkan sign board eye on malaysia tu. bukannya berfungsi lagi pun. terbengkalai dah. buat pelancong macam kami confused je.


adalah mini kincir angin kt sini. bolehlah buat 2 orang ni jakun konon konon kt belanda.


tak faham aku si yaya ni.


tengok aku, sopan je kan? kan? kan??



jalan nk ke jonker street. siang tak best sangat. malam minggu lah best. tp kedai dalam tu, ada je. trylah pergi. banyak souvenir dalam tu. murah murah.


berlatar belakang kan bangunan merah.


next - tapak kubu



ko nak pukul gong ke wanie??? tu bukan gong tp meriam lah!



next - bawah tapak kubu.

tengok, bila aku pegang kamera, aku akan pegang dengan ikhlas untuk mendapatkan gambar yang cantik. hijau je rumput tu kan. ko tengok bila orang lain pegang kamera, macam tak ikhlas tau...sob sob sob.


haaaa tengok ni, tengok ni.


padahal dah nak maghrib ni, gelak gelak lagi.


percubaan nk melompat tak menjadi. apsal tangan kau macam tu suraya???


next - sepanjang jalan nk ke ???? mana ntah. lupa.

aku suruh kau tengok peta, bukan jadi gedik okay!


sayangi lah melaka. eh tetiba!


saje je gedik nk posing pegang pegang tangan bagai. yaksss geli pulak aku tengok. hahahahaha.


kau tengok pompuan ni. sengal tak sengal nya dia???


sepanjang sungai melaka.



dah maghrib lah woiiiii. tak reti reti nk sembahyang maghrib ke???????


next - i city. haa, jangan main main. melaka pun ada i city tau.


aku doa dalam hati je agar pompuan ni kena karan! hahahhahahahaha!


budus!


tu haaa, pirate of carribean. hehe


kt sini je dah sejam nk tangkap gambar. fenat aku!!






selamat datang ke melaka. ni duta melaka. tapi dia dah kena buang daerah! kau balik kampung kau sekarang!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails