:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, September 26, 2010

aku kedekut??? yes!

hello hello

ni entry hanget dari oven.

''kau ni sekedekut kedekut umat lah'' ucap si mak.

hahahahhhahaha. mula mula agak berkecil hati. maklumlah datang dari mulut mak yg kecewa sebab tak dapat nk pinjam beg kesayangan aku untuk dijadikan beg telekung nya.
kakakakakakakka. bodoh gila siap nk gelak ni apehal????

urmmm, mungkin betul kata mak tu. well, hanya jauhari yg kenal manikam mak yg kenal anaknya kan??

kalau aku buat kajian diri sendiri pun, aku mengaku. aku ni jenis kedekut. tp kedekut aku hanya pada barang barang..dari segi wang, tak lah kedekut sangat. bising bising mulut aku nk bagi, aku bagi jugak. tp lambat lah sikit nk hulur tu. hehe.

tapi yg sebenarnya, kedekut aku ni bertempat. aku ada reason kenapa aku kedekut.

contoh eh.

1. sapa tau aku minat gila baca novel angkat tangan??????????????? okay, aku berat hati nk bagi org baca novel aku. hahahaha. gila kan. betul wey. aku perhati dari dulu sampai lah sekarang, orang orang yg pinjam novel aku, semua pakat tak reti jaga harta orang. bila pulang kt aku, semua novel tu dalam keadaan yang mendukacitakan hati aku. remuk hatiku weyyyy.....
aku paling pantang kalau hati novel @ keras kt tengah tengah tu ada retak. means, dia kepak kan sepenuh hati. uhaiiiii kepantangan aku. even aku baca pun tengok nampak tak nampak je tau sebab tak nak benda keras tu beretak.
so since dari kes kes tu lah aku jadi kedekut nk pinjamkan novel.
in fact adik adik aku. kalau nk baca, jangan kepak luas sangat. asal mata ko boleh tembus, boleh baca sudah.

gila kan. tp sebenarnya, aku tak kisah pun nk pinjam. tp tu lah, jaga lah harta orang dengan baik.

2. baju pun sama. kalau rasa nk bagi orang pinjam, aku akan recall balik siapa yg bagi aku baju tu. kalau beli sendiri, aku bagi lah kot. tp kalau najib beli, no way man!

3. telekung. bagi pinjam tapi tolong keringkan muka dan kepala. aku pantang kalau telekung aku basah pastu bertaik lalat. kepantangan!!!

4. kasut. takde org nk pinjam pun sebab saiz aku rare. 8 kot. sapa kaki 8 sini?????????????????


okay tu jelah.

yg jadi isu tadi, mak aku nk pinjam beg arwah embahlain aku. nk isi telekung letak kt tempat mak kerja. terus aku tak bagi. alasan aku, sebab beg tu cantik, takut orang curi. mak kata takde sapa nk curi pun.
beg arwah embah aku tu cantik lagi. beg manik manik dari mekah. kalau korang pernah tengok, yes tu lah beg dia. zaman dulu punya beg. skrg aku pun tak sure ada lagi ke tak.
infact masa kerja kt klcc dulu, time solat, ramai kot tegur aku tanya beli mana beg ni. so nampak sangat zaman ni dah takde beg tu lagi.
tu yg aku risau kalau mak bawak gi tempat kerja, then ada orang curi. kita pun tak tau orang tu camne kan. niat orang lain lain mak. bagi mencegah dari mengubati. cecey tetiba kan.

tu lah. kalau hilang beg tu, mana nk dapat lagi?? dah la harta tu dari arwah embahlain aku kan. confirm lah, kalau hilang beg tu, ko takkan dapat lagi sebijik macam tu.

yg pasti aku punya alasan kukuh kenapa aku jadi kedekut.

biar kedekut barang. duit boleh dicari, barang sukar diganti. betul tak.

lagi lah jenis orang macam aku, barang berpuluh tahun, masih nk simpan. macam towel, sampai koyak rabak pun aku pakai lagi. baju baju time kurus dulu, ada je aku simpan. in good condition. nk bagi kat anak jiran bawah pun, berfikir doblas juta kali. aku memang pengumpul barang.

dah lah. penat taip.

bye.

Saturday, September 25, 2010

video; ah boy merajuk

hello hello




ni ah boy kan, suka nk selongkar tong sampah. satu malam tu, aku ternampak. terus lah aku babap montot dia.

terus dia berlari masuk bilik koooooo....

tercari cari mana dia pergi sebab lepas babap tu tak nampak muka dia. rupanya kt port klang, eh tak, kt tingkap tempat dia selalu lepak tu.


uish kalau nampak dia melepek kt tingkap tu, seriau kot. tp dah tak boleh nk halang, sebab dah biasa.

pastu aku layankan je lah dia merajuk. ah boy ni kuat mulut dia. bising gila! lapar ke kenyang je, mengiau jeeeeee. selalu aku marah dia pagi pagi sebb dah kejut aku bangun sebelum waktunya. haha. kejut sebab nk makan. alih alih dapat penampor aku. hehe.

dan selalu kalau dia bising aku akan cakap ''bising je, mulut macam bontot ayam''
hahaha, faham tak maksud dia?? kalau faham, diam diam je. hehe.

video: mell & adik kecik lagi.

hello hello


cepatnya korang membesar ye.

Monday, September 20, 2010

main lah main...

hello hello


mummy bagi tempoh sejam je awak awak main kt drawer ni. lepas tu, no more okay.



sejak baik sakit hari tu, gedik kemain. tetamu datang, ah boy & mell akan masuk bilik tak keluar keluar. tp adik, dia yg akan sambut tetamu, akan greet sebaik mungkin. kemudian, menggedik dengan tetamu pulak.


ni mesti ada bau yg korang pernah tinggalkan dulu kan???

drawer ni baru datang dari kampung baru. no wonder lah tercium cium je budak berdua ni...


adik, masuk dalam tu tak keluar keluar. bila aku tutup drawer tu, diam je.


mell, siap nk tidur...mata dah kuyu tahan mengantuk. cesss...


biarlah ahboy duduk atas ye. biar adik dengan mell masuk dalam...


kejap je dalam ni. lepas tu bosan. terus tak pandang lagi dah drawer pink ni.

Friday, September 17, 2010

pening kot.

hello hello



najib ajak aku kahwin bulan mac tahun depan. dulu aku yg beria-ia. lepas tu, aku dah malas nk fikir. tp skrg, dia pulak yg beria-ia.

urm...aku takde duit. camne????

nk cari pendapatan sampingan, tp tak tahu camne caranya.

gaji kecik, nk menyimpan pun terkedek kedek....

urmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!

Thursday, September 16, 2010

biskut raya.

hello hello

tahun ni, biskut raya agak meriah. sebab baru beli oven. hahahahaha. so merasalah kami anak beranak bakar biskut sendiri, sedap tak sedap kena habiskan jugak. so far, dah hampir habislah. sebab buat sendiri kan. sedap tu lain macam. kalau beli, cantik je lebih.

kami dapat bakar 4 jenis kuih. tu pun last minute. lepas tu macam, penat gila kot. haih, camne lah gigihnya orang orang yg berniaga biskut raya ni kan. kalau yg pakai oven besar tu syok lah juga. kalau pakai oven kecik tu, adoilah....letih kot. no wonder lah harga makin mahal, penat lelah kita nk kejar due, siapa yg akan bayar??? kalau aku buat pun, aku akan charge mahal. sebab penat, tak tidur, penat menggentel. kalau aku dengar biskut tu murah, mesti aku pelik. tak penat ke???

tu sebab aku jual kek tu mahal sket. sebab nk buat tu agak complicated. ada yg email, kenapa mahal. jawapan aku senang je, sebab rumit nk buat! kalau rasa tak boleh bayar takpe, aku bagi resipi, try buat sendiri kt rumah. tu yg kebanyakan customer aku, orang yg takde masa nk buat, tp nk makan kek tu pada majlis potluck ke, jamuan keluarga ke, hadiah bagi kt mertua ke. kalau setakat nk makan makan sendiri, buat sendiri lah. lagi berbaloi kot.

tp kek tu, aku dah malas nk jual dah. buat untuk sedara sedara je. =)

biskut suji. wanie beli. sedap.


haaa, ni kitaorang buat. mula mula nk buat biskut mama carries. sekali tak jadi. kelaut sudah. last last kitaorang tukar nama pada biskut choc tabur. hahahahahahaha...boleh...??
huduh okay. tp rasa dia sedap. dont judge a book by a cover okay....


peyek. ni memang wajib ada kt rumah. mak buat. selalu ada je kawan kawan aku tempah. tp tahun ni takde. sebab mak sibuk menjahit, aku malaslah nk susahkan mak. tp ni memang signature mak pun. bila dah makan ni bertahun, tak pernah ada peyek yg sedap melainkan dari mak aku...aik, puji mak sendiri nampak...ahahahha.


kuih bijan. ni pun mak yg buat.


almond london beli dengan najib. mak dia yg jual. dia tu broker je. hehe. lupa lah sebalang berapa RM. tp sedap! nanti dah kawin, aku mintak resipi kt mak mertua aku ye. hehehe...gatai...


wanie beli. biskut apa ntah. aku tak pernah rasa pun.


mazolla. kesukaan arwah embahtok aku =(
tau tak, tahun 2004, tahun pertama sejak kitaorang takde embah, kitaorang tak makan biskut ni tau. macam berkabung pulak. sebab embahtok suka sangat biskut mazolla ni. dah banyak tahun je kitaorang memberanikan diri makan mazolla.

biskut ni cair di mulut. rapuh sangat. apa problem kt adunan nya ntah. hahahahah.


ni pun beli kt bakal mak mertua. dari tahun 2004 sampai lah tahun ni. setia tak aku?? kahkahkah...
lepas makan tart ni, aku rasa ni lah tart paling sedap. bila rasa tart lain, tak sedap dah. boleh???
sebalang rm18 tak silap aku. satu malam je, aku boleh habiskan separuh. nenas dia tak manis sangat, pastu gebu je...

tau tak azam aku apa??? kang dah kahwin, nk belajar ni dengan mak najib.... =P
* shame shame lah....


corn flakes madu chip choc. tahun ni meriah dengan chip choc. coklat yg mahal pulak tu. takpe, makan sendiri kan. tak lah kedekut. lain lah kalau jual. hahahahaha.


corn flakes. ni buat kt rumah waksal. biskut ni biskut wajib setiap tahun dari family waksal. aku pun suka sebab best. ni first time kot aku buat ni. leceh okay. nk kena gentel, nk kena satu kan 2 warna lagi. adehhhh...sampai pukul 1 pagi kot baru siap...gentel. bakar lepas sahur.

ada satu lagi jenis. famos amos. haha. sedap weyyyyyyyy. sebijik macam kt famos amos tu. ambil resipi kt internet je. berlambak kot.

semalam bawak ke rumah najib, najib pun puji sedap macam famos amos. siap dia suruh aku jual. hehe. tak koser mak nk jual. letih dek non....

tu je.

yg penting, semua biskut yg hampir habis ni, semua ke dalam perut kami. bukan ada orang datang pun. tak aku, adik aku. tak adik aku, mak aku. nasib baik kucing tak makan, kalau tak dah penuh perut dorang dengan biskut raya ni. hahahahahaha.

Monday, September 13, 2010

gambar raya 2010

hello hello


sebenarnya gambar raya ni, bukan hari pertama eh. ni hari kedua. hari pertama, tak macam raya pun. tidur jeeee. keburukan ada broadband di rumah adalah, semua org sibuk nk hadap laptop. takde semangat kerayaan langsung. cettt...

selalu hari pertama dah ke rumah wak sal kan. tp tahun ni, ilek. hari kedua baru ke sana. so tak dapatlah rasa soto dan bergedel waksal yg sedap tu...



dimulakan dengan gambar si gedik ni. dia ni bijak kot. aku cakap ''adik diam, nk tangkap gambar ni'' dia boleh main nyorok nyorok bawah toto. bila aku senyap, dia jenguk jenguk tengok aku. konon macam nk main sorok sorok tu lah. ngengada tau....


nasib baik raya kedua ke rumah waksal. kalau tak, takdelah kami sekeluarga potret raya.


mell dan makcik tiri nya.


mell sayang dan mummy garang nya...


tengok gedik ni, badan melentok je..


dah macam anjing dah aku tengok si adik ni. mak cakap, macam singa. sebab dagu masing masing dah berlapis. hahahaha.

* ehem, lawa tak tudung??? first time ni okay. beli tudung awning, dan beli online...fara, cun tak aku???


kami anak beranak yg berbaju tema cotton. cam takde tema lain. next year, tema warna. lagi meriah.


kami sekeluarga, tanpa mell. mana ntah minah gedik pun pergi. tu pun punyalah liat si adik tu...

langsir adalah lain ye. hari tu beli lain, sekali mak pergi nagoya cari lain pulak. yg beli hari tu, letak kt tingkap dapur, pintu bilik air..



tunggu jaja & saufee kt bawah..


kasut raya, beli kt sogo masa pergi kl jumpa thaqif...

beg raya?? nanti aku tunjuk ye....pun sama, beli kt sogo je. one stop centre. hehe.


mana gambar raya korang?? cepat, aku nk tengok!!

Sunday, September 12, 2010

yeayyyyy...akhirnya.....

hello hello

mak etty jumpa jugak dengan sayang mak etty ni...seronok bukan main ye kau tty..

najib ajak pergi KL 30 ogos. wah wah esok tu anniversary ktorg. tp ilek pocik, tak dapat hadiah pun tau. sob sob sob. sebab beberapa hari sebelum tu, excited punya pasal terlepas cakap ''takpe..takde hadiah pun takpe. asalkan u dah bawak i pergi jumpa thaqif''

why etty, why u said that??????????????????????????????????

cecey, konon konon nk jadi kekasih yg mithali lah tu ye. tak mintak apa apa. cetttt!!!!
*ada ke perumpamaan kekasih mithali. pandai pandai je aku. korang jangan ikut...


okay okay. sambung cerita.

bergerak dari melaka dalam pukul 5+. sebab najib ambil aku dari office dulu, then balik rumah ambil segala beg. singgah rnr seremban, berbuka, solat maghrib.

najib tu, sabar je lah aku. dia suka paksa aku makan tau. kang aku gemuk, dia condem balik aku. cet. buka puasa dua org je, tp makan macam ramai.

ni ha....nampak macam sikit kan. tp bagi aku, tetap banyak. sebab bila time berbuka, aku memang makan sikit. dapat makan sesuap dua, pastu aku dah kenyang.

ni pun kena paksa habiskan. penat oiiii....

sampai kl dalam pukul 8++. seronok lah haiiii...jangan tanya. pandang je muka thaqif, kak ijan, annisa, seronok tu lain macam. walaupun selalu je video call dengan dorang, tp bila jumpa live ni. haishhh tak boleh nk cakap lah.

dah salam salam tu, terus dukung annisa. badan nisa dah tegap so senang kerja aku. ko ingat aku berani nk dukung baby??? hahaha. dukung anak kucing boleh, anak orang yg still fragile, aku tak berani. =P

thaqif macam blur lagi masa mula mula aku sampai tu. bila dah okay, menggedik lah dia kan. siap dia usap pipi aku cakap ''mak etty'' lembut je dia sebut tu. kak ijan cakap, dia rindu lah tu kot. hahahaha. kelakar lah thaqif ni..


sessi try pakai baju raya.

cerita baju raya ni - mak cakap, ko belikan lah kain. 1 meter cukuplah. nanti mak jahitkan baju untuk nisa. aku pun, okay! lama lama fikir tu, kan ada kain lebih baju aku. so baik buat sedondon. lagipun kain cotton kan. mesti nisa lagi selesa. dan akhirnya, mak berjaya siapkan. 2 pasang okay. sepasang warna pink, lebih baju cheyah. cotton gak. comel je baju tu.

hari tu dapat mms dari kak ijan. dalam gambar nampak nisa macam dah gemuk. so bila tengok baju tu, rasa macam tak percaya, boleh ke nisa pakai baju ni.
tp bila dah tengok dia, yaAllah, keciknya budak ni...in fact, baju menggelebeh. haha. kak ijan kata, nisa diet. kakakakakak. budak ni dah kurus balik.


thaqif ni manja sangat dengan uncle dia. dah tak heran kt mak etty dah. uncle pun layan lah...


suka nk usik telinga adik tau. mesti ada org ajar ni kan. adik baik. adik loves flash.


abang yang nakal, yg bijak, yg dah besar. cepatnya thaqif mak etty ni besar ye...tak sangka mak etty.



dia buli uncle habis habisan. nasib lah uncle kau tu larat nk angkat kamu thaqif...kalau dapat uncle yg keding...hai nasib lah!



uncle penat. ayah thaqif pergi kerja, kak ijan BF kan nisa, uncle baring jap. thaqif sedap melanding atas uncle. hai lah budak ni..


masa tengah sahur, budak budak ni bangun sekali. nisa ni baik lah. dia tak nangis pun.



abang tengah tintong. pastu sambung tidur. tu pun kena paksa. kalau tak dia nk ajak main. eh, org nk tido, dia ajak main pulak.


sambung tido. ingatkan nk bangun lambat lambat. tp thaqif dengki. dia kejut aku. terus hilang ngantuk. aaaaaa thaqif......................!!! geget kang...


hai selamat pagi cantik!!


dtg umah kak ijan, jangan harap kau nk tengok channel lain. kau akan menghadap cartoon 24hours. haha. kak ijan kata, dia dah hafal nama cartoon tu. bila aku tanya, kak ijan tengok tak drama ni, drama tu. semua dia tak tau. cartoon tau lah. cesss.

* sebak pulak tengok thaqif naik kereta tu. dulu masa belikan dia, kaki tak jejak pun. sekarang dah jejak. nampak sangat thaqif dah besar. mak etty rindulah thaqif masa baby dulu....



gambar sebelum aku gerak balik. tengah siap siap, thaqif masuk bilik. pastu dia tanya ''mak etty nk pergi mana?''
aku peluk dia, ''mak etty nk balik dah thaqif'' terus rasa urmmmmm sedihnya!!! bergenang je air mata masa ni. dalam hati doa najib sampai lambat.

gambar ni nampak sangat thaqif dah jadi anak bujang kan....

najib dah sampai, sengaja je aku melambatkan masa. ambil barang sikit sikit. so that aku boleh ulang alik rumah dan kereta banyak kali. aaaaaaa sedih kot masa ni.
najib siap tak mau jumpa thaqif sebab dia tak mau sedih.

bila dah settle angkat barang, siap siap nk salam pulak. najib ada bagi tabung bola maybank. so masa nk salam tu, thaqif ralat isi tabung. so dia macam tak endahkan aku. boleh?? sabar jelah.

dah salam salam, cium cium, turun tangga, air mata dah bergenang. terus tak mau pandang kak ijan dengan thaqif. bye bye, mata ke lain. sedih kot....

sampai je kereta, air mata merembes dengan cemerlang dan terbilang!!! yes lah aku menangis.

nangis betul betul, bukan main main ye. ni nangis stok putus cinta. siap najib cakap, eh nangis macam i tinggalkan u je ni apsal??
hhahahahahah.

betul kot. sedih sangat masa tu. yelah...siapa tak sedih kan. setahun duduk dengan kak ijan, dari thaqif baby, sampai dah berjalan. bau masam tak mandi, bau muntah, bau kencing, bau berak, bau bedak, bau losyen, bau minyak telon, dah sebati kot dengan aku.

sampai melaka, sms najib call najib cakap rindu rindu rindu thaqif.....sebelum tido, tengok gambar thaqif & nisa, tengok video. pastu nangis lagi sampai tertido....

sedih kan....

oh ye. balik tu singgah jj seremban. ada belikan thaqif t shirt. ingatkan nk post je. tp najib kata, raya kang kita pergi kl lagi. bagilah masa tu. tak payah post.

hahaha, cantik lah tu. boleh jumpa thaqif lagi....

thaqif sorry, mak etty tak sempat nk belikan thaqif baju raya. nisa je dapat. so next time lah ye mak etty belikan thaqif baju raya...

so tu je lah cerita jumpa budak lelaki kesayangan ni. ingatkan dah jumpa, hilang rindu, tp makin rindu pulak. hehe...

ehem..ada geng..

hello hello


ame tak baju tite ng baju mak etty???

ame kan?

antek tak??

antek kan.

antek tak mak etty tite??

antek kan...

mak etty jawab: CANTIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK!!

hahahaha. mak etty kurus sebab mak etty kena lari selamatkan diri dari org org yg dengki....kahkahkah...

selamat hari raya...

Saturday, September 11, 2010

selamat hari raya....

hello hello


istimewa untuk pengunjung pengantintobe.


selamat hari raya aidilfitri. maaf zahir dan batin.

walaupun tidak pernah bertemu secara nyata, keakraban antara kita memang best.

kalau ada terkasar bahasa, ada yg tak senang hati dengan cara penyampaian blog ni, kalau ada terbelagak, terover kutuk, harap diampunkan eh.

semoga aidilfitri tahun ni, memberi seribu kebahagiaan, kegembiraan, kerahmatan pada kita semua.....

ikhlas etty, family, mell, adik & ah boy...

Friday, September 10, 2010

aku bengang kot dengan dia...

hello hello

ehem ehem...entry private sudah tiba.....

malam raya.

hello hello

seperti biasa, syahdu bila dengar takbir. tp tahun ni, kurang sikit syahdu tu. tak tahu kenapa. selalu, duduk tepi tingkap, boleh menangis. tp tahun ni, agaknya tak sempat nk duduk tepi tingkap kot. duduk depan tv je. hehe.

tp sebak tetap ada.

mengenangkan, cepatnya ramadhan meninggalkan kita. bukan apa, lalai sangat aku tahun ni. aku langsung tak pergi terawih. sebab utama, masjid jauh. pehtu, malas nk buat sendiri kt rumah. jadinya, tahun ni langsung takde pahala mengerjakan solat sunat terawih. redaaaa.

lepas tu, kurang jugak membaca al quran. selalu, dapat lah setengah al quran aku habiskan. belum khatam lagi. tak pernah pun khatam masa puasa. tp tahun ni, seingat aku dua tiga kali je aku pegang al quran dan baca. haishhh. apa nk jadi.

tu takpe lagi. ni solat fardu pun selalu aku skip. kt office kadang kadang tak sedar jam dah pukul 430. dah time balik. nk sembahyang kt rumah, memang tak sempat lah. lepas tu sampai rumah, badan letih gila. terus tido, bangun azan maghrib. apa maksudnya???
maksudnya aku skip 2 waktu. jahatnya aku.

sedih kot bila aku kenang balik salah silap aku dlm bab ibadah ni. aku ingat lagi, tahun lepas aku boleh berbangga dengan diri sendiri. terawih tak pernah pun skip, ada masa turun bawah ramai ramai. seronok gila. bila dah terawih, automatik baca quran sekali sebab aku bawak turun al quran sendiri. lepas tu, solat fardu memang cukup 5 waktu sehari semalam. bila dah masuk waktu je, ajak angie naik surau klcc sama sama. kalau balik lambat, semayang maghrib then baru makan besar dengan angie. pastu terawih. best gila tahun lepas. =(

insyaAllah, tahun depan ada yg lebih baik untuk aku, dan kita semua....


tadi last kopek shopping. tak lah shopping apa pun. just beli lapik meja je kt kedai rm2 tu. pastu pergi econsave cari lapik meja besar. ramai gila kot kt sana. ingatkan kitaorg je terhegeh hegeh nk cari lapik meja. eh jap. awal puasa, harga dia dalam range rm11. tp malam ni dah jadi rm5.90. hahaha. best gila. cantik lak tu. english style.

lepas tu, malam ni lah baru nk mop lantai segala. esok confirm kena mop lagi.

petang tadi kn half day. balik umah terus bakar kek. konon konon nk makan esok jamu family aku dan family waksal. sekali dah tinggal separuh. camne??? haha

biskut raya dah siap masuk dalam balang. tu semua adik adik aku punya kerja. aku mandor of the year. haha.

syukur tahun ni kitaorg beraya kt rumah. tahun lepas kitaorg beraya kt hospital tau. sampai raya ke empat. mak warded petang nk raya. tengah tengah nk siapkan rendang, boleh pulak mak masuk hospital. cuak tak cuak jugaklah.

okaylah. tu je. bai.....

esok hati hati pergi beraya okay...

Wednesday, September 8, 2010

kek office...

hello hello

kt office uols......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

masih lagi bekerja uols....!!!!!!!!!!!!!

tension uols.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

banyak kerja uols.....!!!!!!!!!!!!!!

hehe. actually, ada berita baru. aku baru je transfer department dan bukan lagi PA pada sekian,
sekian lagi. sekarang jadi org HR.

benda ni lah yg aku nk cakapkan kt protect entry tu.

tp nantilah aku cerita lebih. ntah bila aku rajin kn nk taip entry rahsia tu.

cuma, aku try fikir positif bila dah tukar position ni. lepas ni, kalau nk cari kerja baru, at least ada portfolio baru kan. takdelah asyik nk mintak PA, secky je. haha.

okay lah. got to go. ada masa sikit kang, aku curi curi masa lagi.

daaaaaaaa darlingsssssssss!! missshhh u....

Monday, September 6, 2010

hehe.

hello hello

ya ampunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!


banyak sgt nk diceritakan. tp busy ya hamat! on laptop, checked email, facebook. tu pun kalau sempat. kalau dah busy sangat, pandang laptop pun dah tak larat. facebook pun, kalau rajin letak status. kalau tak, diam je. faham tak busy melampau ni macam mana? macam ni lah. haha

ada nk buat entry baru. tp kena protect. kalau ada sapa sapa yg request password, aku bagilah. kalau takde pun, entry tu sebagai kenangan. kena protect, sebab amat private. aku nk kutuk habis habisan. haha.

okaylah uols, jaga diri baik baik ye. kang ada masa, aku tulis lagi. dengan gambar gambar sekali. tp...tak janji bila.

oh ye, anak anak sihat je. nk cerita sekor sekor, bergelen gelen air liur aku habis agaknya. haha.

bye bye. selamat habiskan puasa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails