:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, November 27, 2010

roller bulu - terima kasih peej burhan!

hello hello


weeee, i malulah...kak peej ni, siap masukkan email aku tu. aku pun lupa nk suruh dia sorok identiti aku. haha.

tp ini sangat berguna ye uols.

aku email pun sebab aku faced with this problem. baju gelap gelap penuh dengan bulu. dengan tumpang officemate lagi. segan kot kalau kereta dia penuh bulu.

najib pulak, dia alergic benda benda ni dalam kereta dia. so kalau ada, dia bising.

jadinya, aku email kak peej, request kalau dia boleh buat satu entry untuk roller ni....

and there...dia buat. wah......terima kasih banyak banyak kak peej.....

aku dah beli pun roller tu. dah pakai roller tu, baru aku baca entry ni sebab dah beberapa hari offline. nanti aku buat entry pulak pasal tu ye. tu pun kalau ingatlah dek non...

ni aku copy paste dari blog kak peej...

________________________________________


ok hari tu baity ni email aku.
dia tanya n suruh buat entry khas untuk roller buang bulu kucing ni.
ni email dia.

:: click for larger view ::

kesian. faham sangat. noy selalu bising2 gak kereta dia banyak bulu2 kucing.
kalau x bulu kucing. rambut blonde aku. wah blonde ke.
sebab seat dia hitam. lagi la clear kan.
so dia kata nanti nak beli roller untuk kereta dia. simpan situ senang.

so khas untuk baity or sesiapa yang nak tau la yea.
maka aku buat la entry ni.
kalau dah tau diam2 sudah. jangan nak cakap, " tah apa2 roller buang bulu pun nak cerita"
apa2 aje la yea.
ok mari mula kan.

aku ni bila nak keluar lupa sebenarnya nak pakai roller.
n selalu rushing. to tak sempat la nak snap2 pic ke apa.
elok aku tukar cadar. pasang sarung bantal. tengok ada bulu kucing.
noy x suka sarung ni sebab jenis melekat bulu. dia beli kat kuwait dulu.
so berkurun bulu hannan kat situ. cuci pun tak hilang.
so mari kita experiment. :)


bantal adalah penuh bulu.
picture dont do justice. nampak sikit. sebenarnya banyak.
kalau tido confirm esok bersin2. haha.
kena beli dslr ni. baru nampak bebulu itu. haha over sampai nak dslr kan. ;p

:: process roll2 ke semua kawasan ::

:: hasil bulu2 n abuk2. so ngeri ::


roller ni macam sticker. cuba amik sticker lekat kat mana2. kan melekat2.
haa. macam tu la dia bertindak.
bila rasa dah penuh bulu. kau roll2 ala2 tak berfungsi je.
kenapa masih banyak bulu kat bantal?
maknanya dah kena kopek lapisan tu.
so koyakkan helaian itu. dpt la sticker yang fresh.
rolllll lagi.
n ulang2 la kopek helaian tu bila perlu.

:: hasil untuk 1 bantal. aku guna 2 setengah macam tu la. motip kepit kat jari kaki? ;p sebab taknak bertebangan la. ::

hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

:: so fresh n so klean ..klean. eh sapa ingat lagu ni? outcast. heheh ::

so to baity or sesiapa yang tak biasa pakai.
beli la. sebab ternyata berkesan :)
berbaloi2 ok.
n jangan kedekut nak koyakkan helaian tu. tebal. lambat nak abiskan satu roll ni.
lagi pun berapa ringgit je kan.
ni aku beli kat ikea rm4.90 x silap.

pasal yang baity tanya warna hitam tu. tak sure la bagus ke tak.
rasanya ok kot. semua sama aje fungsinya.
cuma jangan beli kat pet shop. dorang suka over price. pffftt.
baik beli kat ikea. borong terus pun takpa. haha.

ok itu aje.
sekian tutorial daripada cik pija.
ye cik ok. tahun depan maybe dah takleh pakai cik lagi. oppss.

________________________________________

insyaAllah, kalau sempat kang, aku buat entry pasal roller ni, dan span hitam tu.

kt daiso pun ada jual. seperti biasa rm5 je....

Friday, November 19, 2010

my boys.

hello hello

yeay. anak bujang ni dah makin okay. setakat hissing tu, okay lagilah. baru lagi kan diragut keterunaannya. esok esok, dah boleh back to normal.

tp adik & ahboy dah boleh cium satu sama lain, dah jilat menjilat telinga. tp satu syarat, salah sekor kena tidur. haha. bila tengah berjaya, tak berani gak....apa raaaaaa!!!

tapi takpelah. at least takde lagi adegan macam dulu kan. muka masing masing dah macam samseng gombak. start dari tu lah, mummy dia kena adakan session potong kuku setiap minggu. hahaha.


tingkap panel tengah, memang port ahboy. adik yg tepi tu. tp sebab malas nk buka banyak banyak tingkap, maka terpaksa lah mereka berebut. * rumah aku berangin, so kalau buka banyak tingkap, semua terbang.

kes tingkap ni. ahboy naik lemah lembut. tp ko tau, dia boleh berpusing 360 darjah tahu tak. seriau nya aku. meremang bulu kalau nampak dia berpusing tu.

tp si adik, naik kelam kabut sket. bunyi cam jatuh. aku selalu je bising. tp dia pandai imbangkan badan dan duduk diam diam. sebelah kaki tangan luar tingkap, sebelah lagi dalam tingkap. so takdelah nk jatuh kan. si ahboy, tenggek cam tu lah. so mungkin boleh jatuh.

jangan tak tahu, aku banyak kali mimpi ahboy jatuh tingkap. tu yg aku takut gile!


ni masa mula mula sunat dulu. sessi beramah mesra....tak ramah pun, lepas tu nk start gaduh. apa lagi, kenalah babap montot kan sebab tak behave adik beradik. haha * aku memang macam mak nenek kt umah. bebelkan budak dua ni...hehe.


tp, dah boleh lah duduk sekatil. dulu tak boleh. tp aku perasan, lepas neuter ni, bonding masing masing kuat. atas katil, sekali bertiga keliling aku.. best rasanya moment tu...tidur pun, dengan aku jugak. tp ahboy memang tidur dengan aku. celah ketiak kot. manja ahboy tu...

siapa nk ahboy angkat tangan?????


ni pun sama. masing masing ada usaha nk berbaik. tp tu lah, jantan ni egonya tinggi. sama macam lelaki. hahahahhahaha.

harap harap, lepas ni makin okay. semua ni buat hati aku gembira. takdelah risau kt office, terfikirkan bergaduh ke tak eh dorang kt rumah.

dah lah kt office makin serabut.

haishlah...fikirkan nk kahwin je aku tabahkan diri kerja kt situ....

hai lah hati....bersabarlah selalu......

hai lah jiwa....tenanglah selalu....

hai lah bos...janganlah semakkan aku selalu.....

hai lah kawan...janganlah talam dua muka macam uncle muthu.....

Thursday, November 18, 2010

anak omak!

hello hello

korang rindu kt aku ke, kt budak budak bertiga tu?? haha. confirm takde sapa jawab rindu kt aku kan. sentap!!

okay takpe takpe. disebabkan merajuk takde sapa rindu aku, update sikit sikit je.


mell & ahboy memang suka tidur atas bantal. ah boy suka amik bucu bucu bantal. landing macam kita tidur atas bantal tu lah. tp mell, suka tidur atas bantal.


tengok si debab ni....


adik yg sangat playful. si hensem ni kan, main sorang sorang pun jadik. haha.

tanggapan orang pasal lepas sunat, neuter kucing akan jadi bodoh, sangatlah tak logik. pada orang lain aku tak taulah, tp pada aku. anak anak aku makin hyper active ko tau.

pagi main, tengahari dah start lemau sampai ke petang. maghrib bangun, makan. lepas tu sambung tidur.

bila masa dia active??? masa semua orang dah tidur. masa tu...ya ampunnnnnnnn....nk runtuh kot rumah ni. adik aku tidur kt hall, habis kena lenyek. dah lah masing masing berat cam guni beras.

oh ye. adik dan ahboy dah boleh gurau gurau. tp malu malu lagi. tp bila malam tu, elok je main aci kejar bertiga.


ni gambar petang td. elok je apa nama ntah laptop warna hitam tu atas meja. sekali selamba je kot dia sepak. berdentum jatuh. nasib baik tak rosak. ahboy ni dah lah perosak barang. mouse digigit sampai putus lah. macam macam....rosak barang mummy, mummy jual awak kt benggali karpet. nak????

sayang si kamell kt ahboy ye. peluk adiknya tu.


ni pun gambar tadi. tiga tiga tidur kt bilik aku. bantal tu memang tempat adik. memang tempat tidur dia kt situ.


okay tu je....

apa lah nasib?

hello hello

sedih aku bila baca blog kak tedi. pasal orang yang menzalimi kucing kucing ni. beria nk tubuhkan pusat jagaan kucing, tp habuk pun tarak. agak agak lah kot. buatlah kajian terperinci dulu kalau nk bina pusat macam tu. fikir baik buruk, dari sudut negatif, positif. kalau agak agak susah, tak payah buat. menyusahkan banyak pihak, banyak hati yang terluka.

* termasuk hati aku dan kawan kawan bloggers aku yg lain.

sampai hati dorang kan.

tak ke dorang pernah fikir, doa doa kucing yg tak bersalah tu terus sampai ke Allah??? haiwan adalah makhluk teristimewa. lagi lagi yg jadi mangsa tu, mahkluk teraniaya....
urm, spesis camni, baik humban ke laut je. kasi jos makan. buat kerja acuh tak acuh.

sedih.

pergilah tengok blog tedi. aku malas nk link sebab internet lambat gila nk mampus.

aku boleh berbangga sebab harta aku yg bertiga tu, dua darinya adalah kucing jalanan yg terbiar. bila tengok dorang sihat, gemuk dan gembira di sisi keluarga kami, aku terfikir...macam manalah agaknya kalau jodoh mereka bukan bersama kami??

macam manalah kalau perut mereka terasa lapar dan dahaga?

macam manalah perasaan mereka bila dicaci, dipukul, disepak oleh orang orang yg zalim??

uhhh, sedih bila aku bayangkan macam tu.

sedangkan bila kami ada kt rumah, dorang lapar tu aku dah cemas. air kt bowl habis pun cepat cepat aku top up....inikan pulak, dorang menggigil tahan lapar.

dan aku sangat rasa bersalah, bila balik kerja, masing masing tunggu depan pintu, dan makanan dah kering kontang. terfikir kenapa aku tak letak banyak banyak td.....????

aku seboleh bolehnya nk sempurnakan keperluan kucing kucing aku. aku anggap ini adalah amanah Allah pada aku. so aku nk jaga amanah ni sebaik baiknya. macam jaga anak. anak pun amanah dari Allah kan.

takpe lah. hanya Allah je boleh memberi balasan yg setimpal pada manusia yg menzalimi haiwan haiwan yg tak mempunyai akal dan fikiran. tp ingat, mereka ada perasaan. mereka ingin disayangi, dibelai, dilindungi. siapa lagi nk bagi semua tu kalau bukan kita sebagai makhluk yg mempunyai akal dan fikiran, yg selalu berbangga dengan semua nikmat Allah swt....

bersyukur lah, sebab aku bukan jenis suka kucing yg mahal mahal. nafsu aku tetap pada kucing kampung. kalau aku mampu, semua kucing yg aku jumpa, aku bawak balik. tp aku tak mampu. rumah yg sempit, menghadkan keinginan aku.

ada hikmah juga aku tak de banyak duit. kalau aku bergaji besar, mesti aku habiskn duit beli kucing yg mahal mahal. dan langsung tak pandang kucing kampung. kan...masyaAllah, walau halus hikmah mu, besar maknanya...

dari jauh, aku mendoakan, kucing kucing yg berada di pusat jagaan jasin tu, berkeadaan baik, dan mendapat hak mereka yg selayaknya. jugak pada semua kucing jalanan yg tidak mendapat apa yg kucing lain dapat. biasalah, masing masing ada rezeki dan nasib yg berbeza.

kucing kucing yg kita bela, mungkin rezeki lebih sikit. rezeki mereka mendapat keluarga yg menyayangi mereka sepenuh hati....

Sunday, November 14, 2010

baby in the house....lagi.

hello hello


wawawawa...ramainya babies dalam minggu ni...seronok je. even tak dapat nk pegang, dapat pandang muka babies, rasa seronok je...

* terus berangan nk baby cepat....hahaha.

tp aku memang tak boleh tengok baby tu. rasa nk baby tu membuak buak. doa doa lah nanti bila dah bernikah, Allah kurniakan aku anak cepat....!



Syamsul Mohd Safwan b Syamsul Mohd Adzmir.

welcome to the world baby....

comelnya....ni anak abang syamsul & kak sara. dorang yg tumpangkan uteh masa cat show kt melaka julai hari tu....

eh, macam best pulak. baby yg berlainan, dari parents yg berlainan, tp nama bapak sama. abg syam tu pun syamsul gak. masyaAllah....

safwan, nanti dah besar, jadi anak yg soleh ye. jangan nakal nakal. kalau boleh sayangkan haiwan especially kucing macam bapak kamu juga....

tahniah abg syamsul & kak sara....

cerita hachiko ni memang sedih wok.

hello hello


malam kelmarin, layan youtube. terima kasih youtube sebab berkelakuan baik malam tu.

agak kelambatan, tp tetap nk tengok juga. walaupun dah tau cerita ni sedih dan bakal mengundang airmata yg maha lebat, gatal nk tengok juga. tu lah...padah akibatnya. sian bantal aku....

hachiko - the dog story....


waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
dah tak boleh nk berkata apa dah. sedih je memanjang. air mata tak henti henti. macam frust bercinta pulak. hahahahah.

memang sedih ah cite ni....menyesal tengok. sebab teringat ingat kt hachiko tu.....sian dia.

bila tengah sedih, anak anak aku pulak dok kerumun keliling aku. sekor kanan, sekor kiri, sekor kt kaki. paduan tiga penjuru..

lagilah sedih pandang muka naif masing masing...

bila tambah sedih, aku terfikir, kalau aku takde nanti, siapa nk jaga dorang? siapa nk jaga makan minum, berak kencing dorang?
bila aku dah kahwin nanti, boleh ke bakal suami dan bakal keluarga mertua menerima mereka sebagai sebahagian dari keluarga mereka?
benda tu yang aku fikir. bila fikir yg tak best, mula lah aku menangis lagi.

* bersyukur lah korang dapat partner yg sukakan, gilakan kucing macam korang!


bestnya gambar ni. aku teringin. tp boleh ke? anak anak aku tu, bukannya berkaki empat, tp kaki cam berpuluh puluh. menggelupur je kang.

okay. siapa yg tak tengok lagi, nasihat aku jangan tengok!!!

nanti bantal korang menyumpah korang.

''oiii apa ni, habis lenjun badan aku!!!!!!!''


hahahhahahhahaha....


aku cakap1: tapi overall, cerita ni memang best. jalan cerita yg senang nk faham. takde subtitle, sound slow pun, aku faham jalan ceritanya. kalau tak faham, takkan aku menangis kan.....enjoice....

my new nephew in the house.....!

hello hello

dob - 13nov 2010 [sat]
time - 755 pm
pob - hospital kuala lumpur
gender - boy
baby to - cheyah & abg syam
grandson to - waksal & wakbok


mak etty nk perkenalkan...anak menakan mak etty yg baru je lahir. mak etty so happy!!!!!! kalau kawan kawan mak etty tau, mak etty hanya menumpang kasih sayang kakak dan abang dari sepupu sepupu mak etty. mak etty takde kakak atau abang. tu pasal mak etty claimed anak dorang, anak menakan mak etty.

seronok rasanya dikurniakan sepupu sepupu yg best gilak!!!!


welcome to the world baby..........

baby tau tak, dah lama kami tunggu baby...akhirnya, baby selamat ke pangkuan kami semua. alhamdulillah....terima kasih ya Allah kerana kau kurniakan anak ini kepada cheyah & abg syam, juga pada waksal & wakbok. hanya kau sahaja yg tau betapa aku menyayangi mereka.
bahagia mereka, bahagia juga aku.......

mak etty doakan, baby jadi anak yg soleh pada mama & abah baby ye. jangan nakal nakal. nanti dah besar, boleh jadi ustaz. hehe.

baby besar sket, nanti mak etty datang tengok baby ye. sebab mama baby kerek tak mau balik berpantang kt melaka. nk ikut style arwah onyang lain [embah lain] konon. wek...

okay baby. mak etty will love u just like mak etty love thaqif, nysa, fawwaz, husna, aqil qayyum, caca, ayong, adik n the rest........


muah!!!!!!!!!!! * eeee tak sabar nk kiss baby....



aku cakap: tunggu baby jaja pulak. bulan 3 tahun depan insyaAllah.....

Thursday, November 11, 2010

sikit sikit, lama lama jadi bukit.

hello hello

mak etty's wishlist....since the boys sudah dineuter, lega sket dari segi perbelanjaan khas. so boleh beli lain sket sket. nk beli sekali banyak, gaji aku tak banyak. nasib...kedekut punya boss. haha..tetttt...

nov's salary - skin product. kena repair dari sekarang....any suggestion. hari tu kt blog sharz, dia try product vichy. tp kan aku dah bagitau korang, apa yg org lain pakai, aku tak boleh pakai. haha. gedik sket muka aku ni. tu yg tumbuh byk sgt jerawat tu. insyaAllah, nk repair dari sekarang!

dec's salary - nk cari vakum. rumah ni, segala sudut, setiap penjuru ada je bulu anak anak aku. pelik betul. bagilah makanan yg mahal mana [kecuali rc. tak mampu dek non!], bulu tetap tak jalan. tetap gugur tahap dewa. tension je. jgn tanya aku diaorang makan apa sekarang. aku bagi yg termampu je. so, beli vakum, hari hari vakum. dalam almari pun kena vakum sebab baju aku pun terjebak.

jan's salary - urm....rasanya nk beli kipas baru. kipas kaki tinggi ke. takpun, canggih sket kipas yg ada heater tu kan. apa ntah nama dia. tengok kt econsave, brand panasonic rm199. warna maroon limited edition. cam menarik tertarik. rumah aku sememangnya dah sejuk mejuk. rumah tinggi kan. so tak payah gedik nk pasang ekon.

feb's salary - nk cari cermin kerawang kerawang. warna putih. sebab tak mau pakai dressing table kt rumah ni. semak. nk buat konsep miniatur je. eh, dah bagitau ke kt korang. kalau lepas kawin aku berjodoh lama dengan company ni, ktorg bakal duduk jauh jauh tau. tak lah jauh sgt. macam sekarang je pun. sian aku kan....

atau...

nk cari almari besar.

march's salary - nk beli berbotol botol cat spray warna putih. disebabkan aku kn dok umah ni, so tak payah beli bedroom set baru. katil aku yg sekarang ni, okay lagi. tilam pun baru beli. so aku ingat, nk cat baru je. warna putih. so mission bulan march nanti, nk cat katil.

april's salary - nk beli cadar kawin. apa yg aku nk simple je. asal boleh pakai untuk hari tu, dah hari selepas tu. tiba tiba teringin english style punya comforter set. walaahhhhhh...vantage kah??

may --------------- > takde idea nk beli apa. hahahaha.


oh, kena simpan lebih lagi. nk beli cincin kahwin untuk najib, hantaran semua. argh, ni semua bikin stress....

haha pening peminat blog mak etty. sikit sikit stress. sejak nk kahwin, asyik lah stress. baik tak payah kawin kalau stress kan. haha.

eh, korang takde nk sponsor aku apa apa ke? kahkahkah...

sponsor lah op yg cantik cantik ke...hehe...* buat muka comel....comel sangat!

Monday, November 8, 2010

arghhh dah start tak boleh tidur...

hello hello

betul wey. tak perasan ke sekarang hari hari ada entry baru...wuuu, tu tandanya, aku takde tempat nk mengadu....haaaa, nk menangis.....!!!

tension sangat.....

nk bercerita dengan kawan office, macam tak best. nk bercerita dengan mak pun, macam segan segan alam. nk bercerita dengan kakak, takde kakak. nk bercerita dengan adik adik, jangan harap dorang nk layan kau. nk cerita dengan najib...hmmm faham faham sendiri sudaaaaa....faham tak perasaan tension tu camne...???

maka, blog ni je yg sudi menadah telinga.......


takde motif pun letak baju ni. cuma cantik.

banyak lagi tak setel. even benda benda penting pun, belum ambil pusing. patut sekarang, dah berbincang betul betul pasal date, budget. tp takde pun.

pastu, dah start tak boleh tidur, penat nk fikir macam macam tau....


tension.

faham tak?

tension tu kueh apa???

faham tak??

Sunday, November 7, 2010

cari mua, op...pening.

hello hello

peningnya nk cari photographer, make up, butik andaman.

nk cari yg harga okay, tak mahal sangat, tak murah sangat.

yg penting cantik.....................!!!

tapi semua tak kenan. camne???

adesssss...bila dah jumpa yg best, tarikh aku tu dah sold out....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......

kenapa melaka takde op yg bagus bagus?? harus ke aku import luar dari melaka semua tu??

eena, suggest kan kt aku salima utk mua. tak semua dia make up cantik. tp hari tu tengok blogger nawal kot, cantik gak. then cekidaut blog salima, omg 11june dah sold out gak. tak ke tekanan namanya tu....

rasanya, kena cepat cepat jumpa sanee bridal. kena buat appointment dan tengok apa yg dia boleh offer kt kami. then, once okay, terus book date. arghhh date tu ramai suka. camno??
sanee bridal, one the bridal boutique yg best kt melaka. yg boleh kasi harga menarik, dan boleh buat baju baru dengan harga menarik juga. eh, tu dengar dengar je, tak tau betul ke tak.
yelah kot, si sharina amik package dengan sanee bridal tu, siap dengan baju baru, tak silap aku, harganya rm1.5k je kot.

sanee bridal ni, kalau lah masuk aku hire dorang, dah 3 orang dah pakai service dorang. cheyah, jaja and insyaAllah, aku. tu yg aku nk tengok dulu tu. ehem, hari tu dah kenen kenen kt wife abg sanee tu. ada can tak rasanya?

yes. aku nk baju baru. tu pun kalau takde baju yg cantik. kalau ada, rembat je lah kan. tak payah buat baju baru kan. tp kalau boleh buat baju dengan harga yg menarik, tertarik, apa salahnya.

takde specific design pun utk baju pengantin. warna putih, cantik, tak seksi tp menarik..suda.

okay okay, kena suruh najib dtg melaka terjah sanee bridal ni. takut fully booked pulak nanti. kang aku nangessss....

op pulak. adoyai...lagi lah. aku rasa, email aku dah penuh quotation utk op je. daripada semahal mahal hinggalah ke semurah murah. semua aku hantar. bila ada blog, aku tengok. kalau outcome tak seperti yg aku nak, hmmmmm...fahamfaham sendiri.

hari tu, hantar quotation kt candidsyndrome. sekali pr dorang call aku pulak. bagitau yg dorang tengah buat promotion 30%. harga boleh lah tahan. tp bila bagitau najib, awal awal dah reject. haha.

then, lepas tu pr dari faizghazali pulak called. pun sama. bolehlah tahan....

tapi, pilihan utama aku tetap abg rudy. pun sama, aku customer ke3 kalau aku hire dia. asyik ketiga je kan. lepas tengok gambar kak zaimah, eton lah yg buat aku jatuh cinta dengan product rudy azwan ni. dia ni pun hot gak...silap silap slot date tu dah booking. menangis..

eh rumah kebaya punya promotion untuk staf gomen, ada lagi ke tak eh? cam menarik gak...aku suka baju glamsss glamssss ni...


aku senang je, sewa je baju pengantin. tak payah susah susah nk buat sendiri. sebab aku mengaku, badan aku cepat naik. aku ada firasat ke 10 menyatakan aku bakal gemuk lepas kahwin. hahahahahhahaha. so baik tak payah.
baju nikah boleh. tu pun buat baju kurung je kot. takpun kurung moden. tak pun jubah. ahhh banyak sangat pilihan.

okay...marilah tido. tinggalkan sekejap tekanan mencari yg terbaik....

goodnite....

Friday, November 5, 2010

mell....1 years old...

hello hello


mell is 1 years old girl now babeh.......

from the little girl, she turns to gemok girl now....haha.

i adopted her on 31 december 2009 and on that time, shes only 2 month years old super little kitten. so i assumed, she was born on october or november.

cepatnya masa berlalu. tak sedar, hampir setahun aku menjaga mellinda....

mell hadir tanpa aku jangka jangka...bila terdetik di hati nk ada kucing, kucingnya tak kunjung tiba. bila hampir tidak terdetik, datang pulak mell. masa tu menggagau nk cari barang barang. ive spend almost rm300 for her. haha. masa tu, mell lah segala-galanya. thats why, sampai la ni, aku manjakan mell. sebab dia yg pertama. tp, semua aku sayang.

mell ingatkan aku pada kucing yg aku bela kt kampung dulu. nama dia citom. saiz badan [sekarang], ekor, jenis bulu, suara, perangai...sebijik!! selalu aku ckp,mell adalah klon citom. Allah gantikan aku dengan mell untuk ubat rindu aku pada citom. pindah melaka, aku terpaksa tinggalkan citom kt kampung. balik sesekali, adalah jumpa. citom banyak babies, tp semua babies jenis takutkan manusia. tp bila balik lagi sekali, citom dah takde....sedihnya kerana tinggalkan dia dulu...

alfatihah untuk citom, cimot, kecik, nicky, boboy, sammuel, ella dan semua kucing yg pernah mummy bela....


31 disember 2009.

balik melaka, seperti biasa naik bas delima. turun bas, singgah petshop depan rumah beli segala kelengkapan untuk mell. nama pun dah diset masa tu. mellinda! sebab aku suka gila cerita ghost whisperer. mellinda gordon.

barang barang yg dibeli...cage, carrier, pasir, susu, iams for kitten, bla bla bla....

sampai rumah, nadiah tunjukkan aku mana satu mell. masa tu mell kt rumah mak long lagi, dlm cage. [cage yg aku pinjam dari maklong masa adik & ahboy balik dari vet.]
masa tu tak nampak jelas rupa mell camne. nebes!!! =)

bila turun rumah maklong, tengok mell utk kali pertama, jatuh centa....dengan bulu dia yg lembut, fuhhhh....petang tu jugak bawak naik atas. haha. exited gila.

jam, minit yg pertama mell jejakkan kaki dalam rumah kami. welcome mell!! u re now part of our family....


malam pertama mell sebagai anak mummy. baik je tidur dlm cage eh.





lebih kurang je saiz. sekarang ni dah berkali ganda dengan remote tu. haha. rantai pun sama. bukan main besar lagi, sekarang nampak halus je kt leher dia... =)


cuba kalau sekarang try duduk camni lagi, mau terkepit tak bley bernafas. hahaha.


dari kecil, sampai dah besar....memang port tidur. atas meja.



mell kt kampung baru..

agaknya, orang orang kampung baru rindu kt mell tak? hehe


demi mell, aku laburkan duit lagi beli jaring ni. kalau tak, sure dia bosan asyik main dalam rumah je.


mell's new playground. suka dia dapat main kt balkoni. rumah aku dulu, tingkat 7. kalau jatuh, meroyan tak rasanya??


mell oh mell...


rantai ni, aku beli sebelum aku ditakdirkan menjaga mell. beberapa bulan awal lah kiranya. aku simpan. sampai sekarang mell pakai lagi. sayang nk ganti yg lain sebab dah terbiasa dengan bunyi locengnya. dah buruk dah pun. sian mell.


segala toys dia, aku belikan. murah ke mahal ke, semua untuk mell. tp yg untung adik adik dia. dapat juga rasa mainan mell. hehe.


mell's first vaccination. dari kecil sampai sekarang, memang suka tidur atas jeans masam aku. hahahahaha. bau mak ye?


alo lo looo...melted.


super cute kan...


mell sudah aku spay kan march lepas. tindakan yg aku rasa bijak, bernas dan betul bagi aku. mell terus membesar bagai johan, sihat, manja. [entry spaying mell kt sini]

mell dulu ganas kot masa kecik kecik. asyik nk menggigit je....lepas spay tu yg jadi manja. tp tak manja sangat lah. emo jugak pompuan tu...


lepas dapat adik, slow down sket perangai ganas dia tu. terus okay. agaknya dulu rasa tak best takde kawan. stress. so once dah ada teman, seronok lah dia kan. memang mell happy masa tu.


omg. nampak dah besar masa ni....favourite spot, atas tingkap.



fav pose.


lagi???


dan gaya tidur yang konon konon comellah tu??


suka sangat kt cicak. handal tangkap cicak, but at last, serahkan cicak tu pada adik @ ahboy. tukang tangkap je dia ni.

lepas tu bijak. bila mak cakap ''cicak cicak'' terus pandang atas syiling. kalau takde [faham dia dah kena wakenabeb], buat muka emo. haha.


kalau suh buat muka, memang terbaik dia ni...


hai lah anak dara ni....tak boleh nk kata apa dah. memang camni lah kekdahnya...


look at my tummy...sexy isnt???


dia selalu pandai nk buat muka depan camera. menyampah tau....!


huh....


mell, biarpun ramai yg menyusul selepas awak kt family ni, awak tetap mummy sayang. mummy gembira ada anak macam awak. rasanya, benda yg paling berharga pernah mummy dapat, is you!


happy birthday mell. semoga mell panjang umur, sihat selalu dan tak banyak ragam.

i will alwayssssss love u, mellinda....


-mummy-

Wednesday, November 3, 2010

saya nk bagi telur pada tetamu saya.

hello hello


jangan pening pening nk bagi apa masa kenduri nanti. telur tetap berada di tangga teratas. lupakan sejenak sepotong kek, cupcake, biskut dan lain lain. aku tetap mahu kan telur. insyaAllah.....

simbolik org dulu dulu, telur melambangkan kesuburan. mana tahu....kan? insyaAllah.

dari ayer keroh, singgah ke cowboy. kt cowboy ni memang penuh dengan barang barang perkahwinan. murah murah lah jugak compared dengan tempat lain. tp nk bandingkan dengan chow kit, nilai 3, ayer hitam....jangan tanya aku lah. aku tak tahu. aku cuma bandingkan dengan kedai kedai yg jual bahan bahan pengantin je.

tengok eh, apa yg aku rasa sesuai dan murah. tengok je dulu, beli kendian hari...


50 pcs - RM40 [39.90]

sangat sangat cantik. saiz pun sedang sedang je nk isi telur.


contoh yg aku dapat dari littlephia [credited to her]. cantik bila diikat dengan organza ribbon. cuma kt cowboy, aku tak jumpa warna gold. ada silver je.


50 pcs - RM40 [39.90]

pun sesuai nk letak telur. urm, mungkin ada idea lain nk letak apa kt dalam tu kan. idea aku, nk tambah sikit bunga @ ribbon kt atas tu.


benda ni cantik gila. cik linda [jiran aku] cakap benda ni exotic. memang pun. beli camni, letak telur, ikat je ng ribbon kan. harga??? aku rasa murah kot.

50 pcs - rm30 [29.90]

murah kan. plus dapat bakul yg cantik. kalau pandai anyam, boleh cont anyam. tapi, kalau biar camtu pun, menarik gak.


since belum decide apa apa lagi, aku pending kan dulu. nanti bila dah dapat detail, benda 3 ni akan ku fikirkan apa nk buat..hehe....


aku...instead of bagi favor yg merepek repek like sapu tangan yg tak serap air, sudu garfu yg kecik barbie je boleh pakai, baik bagi makanan. orang pun suka kan. plan aku nk bagi apa?? tunggu......my plan is, sesuatu yg aku hasilkan dari tangan aku. orang pun suka sebab sedap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails