:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, January 29, 2011

uruskan wedding sendiri memang penat.

hello hello

memang letih, memang penat. tapi aku berdoa, semoga semuanya berbaloi.

walaupun lama lagi majlis aku tu, tp aku dah plan awal awal. rasanya dapat inspirasi dari blog blog bride to be jugak. sebab kebanyakan blogger tu, setahun awal dah mulakan buat preparation. so aku pun dah terikut.

my tips, sediakan satu buku. coretlah apa saja di situ, contengkanlah segalanya di dalamnya, tulis kan segala harga, quotation di dalamnya, tampalkan pelbagai gambar atau insprirasi di situ. dan bawalah ke mana sahaja kamu pergi!!!


sampai ke kedai perabut pun aku bawa!


this is mine. buku ni dari najib. buku majlis daerah! aku dah boring pandang pintu gerbang majlis daerah tu, aku tampallah benda lain. =)

buku tu, lagi tebal lagi bagus. bila aku dah tampal segala macam maklumat, gambar, harga terus jadi tebal.

tips: yg mana dah booking vendor tu, print email atau note kt bahagian masing masing.

macam aku, setiap muka surat utk setiap perkara.

so bila op dah booking, aku print email tanda dah booking, details yg diminta dan tampal di bahagian OP. so senang nk rujuk pada masa depan.

buku ni dah macam apa ntah aku tengok. berconteng ke main.

masa nk cari mua tu lagilah, pelbagai warna pen dah kt dalam ni. =)

tips: kalau nk diy sesuatu, print siap siap. dan terusssssssssssssss tampal!! nanti senang nk review. kalau print semata mata, takut missplace kan.

macam aku, aku suka kt satu dress ni. dan memang nk sangat pakai dress macam tu. aku dah save dlm pc. sekali lupa nk print dan tampal! masa jumpa cik idah hari tu nk tempah baju, still tak boleh nk explain aku nk baju tu kt dia. nasib baik dalam majalah pengantin ada dress tu.

so bila dah jumpa yg mana berkenan tu, terus tampal. senang!


sebenarnya, tak mudah buat kerja kahwin ni. banyak sangat masa, tenaga yg kena dikorbankan.
nasib baik, internet kt office belum lagi diblock sepenuhnya. hingga ke saat ini, blogspot telah pun diblock!!!!!!!!!!!!!!!!! sirap tak rasa????

so source yg mana nk cari, fikirkan lah. balik rumah, on laptop, cari lagi. tanpa henti!

belum lagi fikir apa orang sekeliling cakap lagi.

orang menganggap kerja kahwin ni mudah, adalah orang yg tak pandai nk menghargai setiap detik menuju perkahwinan tu.

ada je kt office aku cakap aku macam macam. kalut lah itu ini. sebab yg nk kahwin raya cina ni pun, relax lagi.

takpe, tu bahagian dia. lantaklah dia nk relax ke apa, dan lantak jugak aku nk kalut ke apa kan. yang penting, wedding aku, kerja aku. aku takde pn nk menyusahkan sesiapa.

cuma aku mahukan kesempurnaan walaupun semua sedia maklum, tiada yg sempurna kt dunia ni. takpe takpe, kalau takde sempurna semua tu, hampir sempurna pun takpe.

aku suka details. aku tak suka benda benda yg kecik pun boleh terlepas pandang.

dalam buku aku, even daun inai, gambir pun aku tulis! hahahahahaha

okay tu je lah. nk sambung balik design tq tag, guest book lagi...

bye.

Tuesday, January 25, 2011

darah manis.

hello hello


i nak kita enjoy dalam tempoh persiapan kawin, time bertunang ni. i tak mau kita gaduh gaduh besar waktu ni macam orang lain. kita janjilah sama sama, we wont hurt each other, respect each other. i love u by....~etty


yes, aku dah penat gaduh. kami nk merasai darah manis ni dengan kenangan manis. sekali seumur hidup je merasa jadi tunangan orang.


terima kasih sebab bagi peluang kt kami genggam gelaran tunang. walaupun dalam keadaan yg serba ringkas, bukan macam orang lain =)


semoga ikatan ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan....

ikut cara kami.

hello hello

* kalau ada terkecil hati, aku minta maaf.


habis majlis merisik hari tu, banyak sangat persoalan dari pelbagai pihak. dari segi jumlah hantaran yg dipertikaikan, barang yg bakal digantikan sebab cincin nikah dah guna masa tunang. banyak lagi lah.

bila pelbagai pihak cuba untuk push aku, aku stuck. aku stress.

tapi, lama lama, aku sedar. jangan ikut cakap orang lain. ikut kemampuan sendiri.

memanglah, kahwin bukan ikatan 2 hati, tp melibatkan ramai pihak, banyak hati yg perlu dijaga.

tapi, kena ingat, pihak tu bukan bagi kami duit utk tambahkan duit hantaran, bukan bagi duit utk beli gelang, rantai emas segala. mereka hanya tau mengeluarkan air liur. senang, tau provoke je.

oleh kerana tiba tiba dah rasa ada tanggungjawab sebagai isteri, teman rapat pada suami, aku cuba nk bertoleransi, cuba nk senangkan hati bukan susahkan hati najib.

aku terima seadanya apa yg najib akan bagi pada aku nanti. segala galanya.

aku terima je jumlah hantaran seperti yg telah dijanjikan, aku setuju je cara recycle cincin tu. aku bukan kisah pun pasal barang kemas ni.

aku cuba tak menyusahkan najib lagi dengan segala pertanyaan, segala paksaan.

selama preparation ni pun, dia yg banyak berkorban dari segi harta benda. so, cukup cukuplah membebankan dia dengan perkara material ni.

malam tadi, aku tanya mak ''tak kisah ke, etty guna balik cincin tu? sebb cincin tu memang kami beli beribu utk nikah''
mak ada suggestkan beberapa perkara.

tp minta maaf mak, etty tak dapat nk tunaikan. mak kata ''mintaklah rantai, kamu takde rantai''

maaflah, budget kami terhad.

tahukah semua orang, matlamat kami membeli cincin harga lebih rm1k tu hanya utk pernikahan. kalau ada matlamat lain contoh nk beli rantai, gelang, takdelah kami berhabis hanya untuk cincin semata mata.

mak memahami. ''takpelah, karang dapat mas kahwin, beli rantai''

alhamdulillah. harap mak ikhlas memberi cadangan tu.

belanja kahwin ni, betul betul duit kami berdua. duit najib lebih banyak semestinya. duit simpanan aku, ada berapa je. boleh lah buat tampal yg mana mana.

kami tak harapkan langsung duit mak ayah. macam orang lain, ibu bapa ada membantu. tp kami lebih selesa duit sendiri. susah senang, kami berdua tanggung. kalau sikit duitnya, sederhanalah kami. kalau banyak duitnya, grand lah lebih.

kalau bakal suami inginkan aku tinggal bersama ibu bapanya, aku redha. dia bakal imamku. mana mana pun, dia tetap aku agungkan selepas Allah dan rasul. insyaAllah.

aku cuba untuk berfikiran positif tentang tinggal di rumah mertua.

boleh save duit banyak untuk bakal rumah sendiri. boleh saving untuk keperluan anak anak. boleh save utk beli kereta baru. masa ni, baru aku boleh dapat rantai, gelang.

aku cuba berubah utk kebaikan semua. ikut rentak org lain yg dulunya asing, tp sekarang keluarga aku.

aku cuba buang jauh jauh negatif nya tinggal dengan mertua.

apa yg aku nak, sentiasa di sisi najib bila dah halal nanti....insyaAllah. dan najib boleh berlaku adil antara aku dan keluarganya.


tolonglah jgn desak aku mengenai harga hantaran, gelang tangan, rantai semua.


this is our wedding, please follow our own way.....
selama ni aku tak pernah pun nk tanya, kacau hal kahwin orang termasuk sepupu sepupu aku......tolonglah............................

Sunday, January 23, 2011

saya dirisik.

hello hello


dah lama tak tunjuk gambar hadif kan...eh eh, rasanya tak pernah pun bagitau siapa hadif ni kan??


hadif ni anak menakan mak etty lah...entry ni...

skrg dia dah besar...dah pandai nk ajak org bersembang, dah pandai nk senyum....suka suka...!!

lepas ni dah pandai ketawa, lepas tu dah berjalan berlari....lepas tu kejap je dah pergi sekolah...time flies....

namanya hadif syauqi.....maksudnya, kerinduan yang bermatlamat.

sekarang hadif ada kt melaka. lamaaaaaa, sampai raya cina kang.

----------------------------------------------------------


urm....hari tu dah bagi teaser...hari ini mau bercerita lanjut. sebab kalau tangguh, dah tak fresh from oven. hehe.


sebenarnya, ni majlis merisik. auwwwwww....malu kena risik...

majlis ni berlangsung kt rumah waksal. untung kan dapat makcik, pakcik yg baik sangat mcm waksal dan wakbok...

so wakil dari belah aku, wakbok, waksal, pakngah & makngah. *pakngah abang mak.

sebelum tu, najib memang dah bagitau nk bawak sesuatu dari sana. so, aku pun plan lah nk membalas.

kami balas cheese tart. * akan buat entry khas untuk cheese tart ni. tunggu eh.


aku balas 2 bekas. cheese tart ni dengan puding peach. tp bila dah siap semua tu, lupa nk tangkap gambar. majlis sendiri, rasa tak seronok sebb takde siapa nk tangkapkan gambar cantik cantik. selalu majlis org lain, gigih kan aku tangkap gambar....sob sob sob...


rombongan sampai dalam pukul 3pm +. najib pun ada sebab dia tunjukkan jalan. ada ke org risik bakal pengantin pun ikut sekali?? hahahahaha.


bertambah sengal, najib masuk rumah ikut pintu belakang! *aku yg ajak. suruh temankan aku yg keseorangan kt dapur. org yg kena risik, mana boleh keluar. kehkehkeh.

kitaorang sedondon pakai merah. tak plan pun.


ni masa aku tengah mengadu nk beli galaxy samsung ke ipad ke. aku cakap, bila tengah nk tangkap gambar, nanti flash tu berbunyi sengguk sengguk.

tapi.........................................bila tangkap gambar ni, clear pulak. takde pun bunyi tu. hangennnn je.


cak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


orang berbincang kat luar, boleh pulak kami kt dapur kan.


sekali..................................................waksal panggil aku. dia cakap nk sarung cincin...!!!

omaigod omaigod!!! perlu ke??? tak masuk plan aku rasanya. seingat aku, merisik bagi je cincin, tak payah sarung sarung.

malu ai..............................eiiii eiiii...

nasib baik dah dress cun cun hooooooooooooo...


mak teh najib tangan kiri...


bakal mak mertua - tangan kanan.


what...dua dua tangan dapat?????????????????????????????


hahahahahhahaha. ko ado???


adeslah.....aku pun tak tau nk cerita apa kt korang....camne jalan cerita nya pun aku tak pandai nk terangkan....

yang penting, belah kiri tu cincin risik, belah kanan, cincin tunang!!!

hahahahahahhahah. tunang okay....!! tunang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! ko ada tunang sekali masa risik?? hahahahhaha * ni bukan kerek, ni versi gelabah nk mampus!


ni dari najib. cupcakes choc moist dari.............................?? mana ntah, aku lupa. kang kalau aku ingat, aku buat entry lain. kalau ye...kalau....* kalau aku rajin dan ingat.
update: dari anis cake house, melaka


belah sana, bagi cupcakes ni dengan buah buah sebakul. nasib baik kami pun dah standby 2 barang nk membalas.


* sayang nk makan fondant cake ni. nk simpan semua gula tu. nk frame elok elok. kenangan anak cucu.


disebabkan rombongan datang tengah tengah lunch dan tea time, kami masak bihun sup.
* selamat tak payah tapaukan bihun sup untuk najib. sebab dia pun ada sekali makan semeja ng pakcik pakcik aku.


orang perempuan makan kt bawah, lelaki kt atas.

* baju putih tu along, merah najib. along available lagi. lelong lelong.....


macam ramai je tetamu.

* tudung putih tu, ateh..adik najib. sedih bulan 6 nanti dia takde masa majis kami. next month will fly to aussy.


2 kereta. yesss....8 orang kesemuanya. meriah tak meriah kan.




dan taraaaaaaaaaaaaa, cincin risik. beli kt kedai biasa je. wah chain ye, bukan wah chan! harga berbaloi baloi kalau beli kt kedai biasa. design pun not bad.

cincin tunang?? tak boleh tunjuk sebab cincin tu pakai masa nikah kang. in fact aku tak pakai pun. sekadar pakai masa mak najib sarung tu je....kita recycle balik ye....


okaylah. tu sahaja. doa kan yg baik baik untuk kami....


malam tadi.

''eh yang, kita sekarang dah declare tunang lah ye??? kang kita pun ada cabaran org bertunang lah ye????''


najib ''alah, macam tak pernah dicabar. dah macam macam kita tempuh cabaran kn sebelum ni. putus, sambung balik''


hahahahhahahahhaa...



terima kasih diucapkan kepada mak, waksal & wakbok, pakngah & makngah, wanie * adik aku yg tungkus lumus keluar masuk dapur hantar makanan. ate aku mana boleh keluar kan. dok diam diam kt dapur....
banyak berhabis tenaga untuk melancarkan majlis ni.



bakal ayah & mak mertua, terima kasih kerana datang dengan niat menjadikan aku sebahagian dari keluarga kalian.


by, terima kasih sebab selama 6 tahun ni, u tak main main dengan i.


alhamdulillah...................................................




insyaAllah, jadi 3 dan 4 june nanti.....


jumpa nanti ye korang.....

Friday, January 21, 2011

the day when...................

hello hello



esok............................................................................................................


22 januari 2011....................



gua buat entry lain lah ye.......tunggu settle semua.......

kasut kahwin / wedding shoe

hello hello


hari ini nk tulis blog pasal kasut kahwin. sebab tadi cari sandal, ternampak kasut gila cantik murah terbabooooom!!! so terus excited nk update blog. vavavava....*alasan terbaik...


plan aku....aku nk pakai kasut merah! sebab dress aku warna putih. so nk enhance kan sesuatu part. so kasut lah best kan.

design kasut mestilah mahu yang over gojes. tp murah. hahahahahah. gila lah etty ni, nk yg murah je, tp nafsu orang kaya!

sebab......kasut tu mestilah berinci inci tingginya. * of course, nk saingi tinggi najib. mahu tampak langsing. kehkehkeh.

banyak kt blog b2b, ramai yg custom made kan kasut tu. hantar kt designer kasut. oh my girl, aku tak mampu k0t. beratus kot benda tu.

so disebabkan aku tak amik port pasal kasut tempahan khas tu, aku tak ambil link. sorry ye...

okay...go go gojeeeeeeeeeeeeeeeeeeeessss!!!



pakai pump??? cantik. tp kaki aku jenis tak sesuai. cepat sakit. tu sebab aku tak pernah ada fullshoe @ pump ni. beli mahal mahal, alih alih aku bagi orang atau letak je dlm kotak balik. =)


gojessssss okay....aku suka ada brooch tu...simple yet elegance....


yang sebenarnya, td masa lunch terjumpa satu heels tu. ya ampun.........cantik gilssss....simple je design dia. tp sangat gojes nk mampus!! haaaaa, tau tak betapa cantiknya siap dah mampus. hahaha.

tapi...............................................ilek pocik warna merah.....dey...kenapa takde merah???

warna putih dan hitam je ada.

guess what berapa harga dia?????

rm29.90. *jenama cikai je, but its okay.

ternganga tu. tutup mulut tu balik!

aku fikir, kalau aku beli tak pakai pun takpe sebab murah. yelah, kasut tu tinggi gila. maunya terus bunting pas kahwin, bila aku nk pakai kan. kihkih. okaylah, reason lain, aku memang dah retired dah pakai high heels. aku lagi suka wedges. * faktor umur????


then, kalau aku insist nk pakai merah, takpe je kan kalau beli putih. buat kasut nikah!
lagipun, aku make up kt rumah aku, event nikah kt rumah waksal aku, so adalah moment pakai kasut gojessss tu kan...ehem ehem...ada bau bau je cm nk beli kan.

yes minggu depan dapat gaji, aku beli! najib pun kata terpulang. ala sebab rm29.90 je. cuba kalau rm290.90, mau terjegil bijik mata!



oh man...melted.....aku suka yg terbuka sikit depan tu. memang aku suka! korang, kalau terjumpa kasut camni warna merah, beli kan ye. ngehngehngeh.


ni pun sama. tp nk worth rm29.90. boleh tak???


ini kalu pakai then duduk atas pelamin, cantik gila.....sebab masa duduk tu kan, macam nampak kasut kan....wow!!!!!! tp tak suka lah sebb open sgt. ada tali kt depan tu je, memang aku tak selesa.


ni pun.....la hai.....
haaaaa, camnilah rupa kasut tu....tp bukan pump. tiba tiba dah lupa design camne.

tp diamond tu kt belakang. juntai juntai lagi...sangat cantik dan gojesssssssss~~~


ah tak kira.....
aku tak sabar nk pangkah lagi dalam list aku tu...
tak sabar nk banyakkan resit dalam buku kahwin aku...........................



tak sabar nk beli....




tak sabar nk kahwin. * eh tiba tiba....




bye....*senyum meleret.....

Sunday, January 16, 2011

ayotttttt tak tau....

hello hello



auwwww....

gua tahu lah gua dah nak kahwin, tp tak perlu lah kot saiko gua sampai macam ni. gua malu beb...*tersipu siput sedut.

camne aku nk buang iklan supaya jangan saiko aku lagi???????????

aku tak pernah pun suscribe benda ni, tiba tiba je kan...

haish...

tau lah......tau lah......

hahahahahahahhahahaah. gelak malu malu...

Saturday, January 15, 2011

takde point pun, saja je nk bebel.

hello hello


kalau korang perasan, tarikh kawin aku dgn bff gedik aku, dekat dekat je. mula mula asmida, lepas tu ijah, lepas tu eena, lepas tu farazura. macam tak percaya!!

yelah, kitaorang ni semua kenal masa sekolah tau. kecuali ijah, kami sekelas dari form 1 sampai form 3. kelas yg pasif gila kalau ada cikgu tu. haha. semua aimed kelas kitaorang sebb semua cikgu kata kelas kitaorg lembap. sebb semua melayu. hampeh punya cikgu!

tp sebenarnya, tak lah berapa lembap. cuma kami semua malas je nk tonjolkan diri masing masing. humble katanya. * yelah tu.

bila fikir fikir balik, seronok rupanya kawin dekat dekat ni. yelah. banyak perkara boleh share, boleh tolong.

macam aku. aku tak lah sibuk bebenor kt office tu. tp aku busy gtalk dgn eena, asmida. hahahahahahah. eh takdelah teruk sgt. asal ada kerja aku sign out. tu yg budak budak ni geram kalau kena bukak window baru nk gtalk. hehe.

aku lebih suka gtalk dgn dorang! lari focus tu biasalah. kata darah manis. ngehngeh.

dari op, mua semua nk refer kt each other. bila rasa dah cantik, dorang kata tak cantik, terus mind set pun kata tak mau lah tak cantik. padahal ada je yg cantik. *kan dah kata, gedik!

lepas tu, kalau dapat quote baru dari vendor, terus nk forward kt dorang, tanya okay ke tak. sebab aku rasa, eena paling rajin buat review. so harga harga tanya dia sebab dia expert! thanks eena...

lepas tu, kalau tak dapat apa apa, mesti tunggu dorang on gtalk, nk luahkan kt dorang.

semua nk ikut bff kan. patutlah namanya bff gedik!

aku lagi suka bercerita dengan dorang instead of bercerita dengan budak office. sebab budak office aku tak berapa nk best.

term tak berapa nk best tu adalah dari segi mungkin dorang tak terdedah sgt dgn dunia blog, so dorang tak tau idea yg fresh, yg modern etc etc. mind set dorang skrg, adalah apa yg berlaku dlm hidup sekeliling dorang.

contoh eh aku bagi. pasal wedding favor. apa org melayu cakap tu, berkat eh. ala, yg isi dalam beg tu lah.

aku punya, at first memang nk bagi macam macam. just like typical malays lah kan. tp najib kata, buat apa bagi lagi, masa majlis tu, dah makan macam macam, so buat apa bagi makanan lagi. okay fine, diterima juga idea tu. * so far, akan datang tak tau camne idea tu.

so, either nk bagi barang atau makanan. tp 1 quantity je.

and sebenarnya dalam kepala dah ada idea nk bagi apa. cuma nk dapatkan best price. well siapa yg nk beli mahal sedangkan masa masih panjang ni kan, so sempat nk cari lagi murah.

dah survey macam macam tempat.

sekali tu, member office aku dengar yg aku tengah mencari benda tu. dia macam tak setuju. so dia came out with 1 idea. aku dengan bersungguh nk dengar ni sebab cara dia bagi idea tu macam menarik gila.

''aku nasihatkan ko apa kata ko bagi je sapu tangan kecik kecik yg ada sudu garfu mini tu. org sekarang banyak bagi tu''

reaksi aku....

''hellooo ----------------*&^%$!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!''

spontan okay. hahahahahhaha. gila jahat mulut aku.

mati mati aku ingat dia nk bagi idea yang best. sebab dia muda lagi. muda dari aku, tp dia dah kahwin. so ingat idea dia fresh dari ladang. sekali tak!

terus aku email bff gedik aku cakap tak best bercerita hal kahwin dengan officemate, lagi best bercerita dengan korang, cepat gtalk!!!

adeh...aku menyampah gila dengan idea sapu tangan tu. sapa punya idea dulu ntah!

nasib baik ada ex officemate yg ada idea best macam aku. aku terus call dia bagitau. terkekek dia gelak.

hari tu masa aku g kedai borong tu, pun sama. officemate aku tunjukkan benda tu *sapu tangan yg paling dibenci.

''ty, nanti ko kahwin, ko bagilah ni ye''
sambil tunjuk kt bendalah tu.


euwwwwww pehlis lah wey....

aku rasa, aku patut berterima kasih pada bride blogger. sebab dgn adanya komuniti macam ni, dapat kembangkan lagi idea. tak lah ditakuk yg lama je. boring kot.

well, aku tak lah kutuk orang yg pernah bagi tu dulu. tp zaman skrg, orang akan fikirkan praktikalnya benda yg akan diberi. contoh mcm benda yg akan aku bagi nanti, praktikal. orang boleh simpan dan gunakan.

kalau sapu tangan tu...praktikal ke?? air pun tak serap kot.

tu lah maksud aku, sapu tangan tu tak praktikal langsung.

oh ye, kalau ikut idea dulu dulu, orang akan pilih sapu tangan yg boleh serap air. baru orang tu hias dengan bunga bunga.
tp yg sekarang ni, dah siap hias. tp kualiti sapu tangan tak best.

idea lain.

kalau bagi bekas telur macam bakul, porselin ke...bekas tu boleh pakai letak brooch. praktikal bukan???


so dari habiskan duit bagi barang yg orang akan buang, baik habiskn duit beli yg mahal sket, tp praktikal.

betul tak cakap aku...??

correct me if im wrong!

Friday, January 14, 2011

black widow.

hello hello

kita update pasal kucing pulak. asyik kawin je. kucing kucing pun kecik hati...hehe

kucing ni, kucing kt office. pernah rasanya blog kan pasal dia dulu. cuma malas nk tengok entry mana. hehe.


ni mak kucing.

muka dia comel gila kn....

tengok lah....muka manis. haha.

muka dia bulat, mata dia kuning.

alorrrr lorrrr lorrrr....shooooo shuwittt.....


kekurangan aku, aku tak boleh bawak balik kucing kucing ni. jadinya, caranya satu je. aku bagi makan. tu je cara nk ubatkan hati lara tak boleh bawak balik rumah!

bila dah bagi makan hari hari, dia kenal ng aku dah. siap tunggu depan pintu office. hehe.

dari bujang, ke bunting, terus beranak...aku lah mak dia.
* bukan aku yg bunting!!!!!


ni masa miau ni bunting lagi.
* ketika entry ni ditaip, dia dah beranak, tp tak tau mana anak anak dia.


urm, hari apa ye...rabu tak silap aku..sampai office je, aku tak nampak dia. gila ah resah hati ni...yelah...takut kena buang sekali dengan kittens ke...ishhh risau ni.

sampai semua kawan kawan aku perasan, mana anak ko?? hihi.

tapi at last...member aku bagitau...ty, dia dah sampai...

apa lagi, terus pecut turun bawah bagi makan!!!

alorrrr lorrrrr lorrrrrrr......


aku memang sayang kt dia, walaupun dia bukan hak mutlak aku....!!!

miau, doakan kita semua murah rezeki ye.......

Monday, January 10, 2011

so far.

hello hello

alhamdulillah...pencarian yg besar besar hampir dah selesai....lega gila.

1. mua [make up artist] - deposit booking dah bayar last week. senang sgt berurusan dgn mua ni...harga pun not bad. siap nk suruh asmida hire mua ni jugak.

2. op [official photographer] - najib dah bayar deposit. harga pun, not bad jugak. lepas kahwin kang baru review sapa op aku eh. haha.. *tak best siap ko yang!

3. last week, jumaat dah jumpa mak andam. eh camne boleh panggil mak andam sedangkan mua amik ng org lain. hahahaha. panggil apa apa jelah labu....design dah bagi, tunggu dia panggil fitting je. sebab cik idah cakap, taylor, eh ko ingat taylor swift ke??? tailor lah. tailor tu kt seremban.

sebab tak plan nk jumpa cik idah [jiran najib], so tak bawak lah gambar baju idaman. ngeh ngeh ngeh..tp sebenarnya takde pun. asal yg cantik, asal putih. aku sapu.

so alhamdulillah, setel dah. hari sabtu, najib kata cik idah dah tunjuk kt dia kain aku. since ni baju cik idah, cuma aku je first user, aku tak demand lebih. janji cantik.

oleh itu, tunggulah fitting ye....


---------------

tiba tiba, hari sabtu, najib suggested tukar tarikh pulak...

cepatkan. ala seminggu je. tukar ke 3 & 4 hb june 2011. siot je ko kn eena!!!

kelam kabut aku call mua tanya dia free tak tarikh baru aku tu. sekali dah ada org booking.

sedih gila...dah lah cantik, murah pulak tu....arggggggggghhhhhh tension aku....

dia pun cakap boleh refund. wow, terima kasih lah kak ad.

sgt stress okay bila kena cari balik mua. aku tak suka betul bila kena survey lagi ni. ingatkan dah setel.

lagi stress bila ingat, barang baik terpaksa lepaskan. hoh!!!!!

tp......disebabkan diawalkan, takpe. hahahaha. tetttt....


so, bride to be...mana mana yg nk cari mua paling best, cantik, harga pun berbaloi baloi, boleh cari kt facebook makeupfreak.
blog dia makeupfreak.net.

cepat cepat ada promo tau....


sob sob sob...

aku jeles kang korang cantik bila hire mua ni....

bye.

Wednesday, January 5, 2011

kedai borong makanan ringan, gula gula di melaka

hello hello

haaaa amik kau...baik punya tajuk. senangkan orang kalau nk google kan. kan senang kalau semua org buat tajuk yg senang org google, terus dapat apa yg nk dicari tu...

aku taip je hari tu, terus jumpa kt blog lemprica. huh, best dan sangat sangat puas hati.

pagi aku baca blog tu, lunch hour terus ajak member cari. * kantoi buat kerja lain masa office hour! haha.

semangat gila padahal tengah puasa hari tu. * ehem.....puasa okay puasa! bukan warm warm chicken shit tau! kahkahkahkah

dah pusing pusing area tong hup tu, tak jumpa jugak. lalu kedai borong ikan bilis, sekali member aku berhenti ''ni kot kedai dia''

eh hellooo, terang terang dah tunjuk kedai borong ikan bilis kot. ahahahahahah. gelak gelak aku atas motor. dengan panas terik tak ingat.

ingat dah give up dah.....sebab tension. dengan haus tekak lagi. dah lah asyik lalu kt gerai air kelapa je...

masuk tong hup. bahagian yg bridal tu. takde apa yg menarik pun kt situ. sebab tak jumpa apa yg aku nak. lagipun situ mahal! lagi murah kt nilai 3.

pomander ball yg kecik tu pun rm10!

dah nak keluar tu, tanya lah kt sa tu. kt mana kedai borong gula gula. rupanya depan kitaorang je. siap lalu kot td. cuma tak pandang.

dah masuk tu...yaAllah...terus lupa diri yg tengah puasa. rasa nk berbuka pun ada sebab macam macam jajan, coklat ada. eiiiiii....geram....!


lepas tu lupa bawak pen & kertas boleh?? padahal buku wedding planner aku tu ada je dalam beg
* huh wedding planner. aku lah wedding planner untuk wedding sendiri. hehe

terpaksa lah taip je kt hp. * sampai office baru catit balik dalam buku hikmah! - buku nota

masa kt dalam tu, just take note je mana yg sedap pada tekak aku. tp rasa macam nk beli semua!! =)

dah sampai kt office, kira balik apa yg aku catat td...baru tau harga sebenar kalau beli satu satu. ada yg murah gila, ada yg biasa biasa, ada yg bolehlah.....


tips:
sebelum pergi, bawa pen, kertas dan kalkulator sekali ye. senang. aunty, uncles, abang kt sana pun okay. cakap je nk survey, dia tak kisah pun.


ni ada peta yg hidup segan,mati pun segan jugak!!


orang melaka pandang ni sebelah mata je kot. kalau blur gak, sahlah korang rabun.
*haha. nak salahkan mata org pulak. padahal lawa lagi lukisan thaqif....




dari payfong - payfong tu sekolah cina. payfong tu dari arah mana aku pun tak taulah. tp ada kolej kosmopoint. ada lorong kecik tu, sebelum shell. *lupa nk lukis kt mana shell.
belok kanan. alert belah kiri...kedai tu kt sebelah kiri je...cat warna putih ke cream ntah. oh yea, masjid di sebelah kanan ye...

dari kampung jawa - lalu shop lot. mula mula shop lot tu, kedai borong carslberg. akan nampak botol arak tu. theeeeee~
sebelum sampai masjid tu, ada lorong kecik. belok kanan.
masjid sebelah kiri,
kedai sebelah kanan.

dari jalan hang tuah - ni kalau katakan korang terbabas dari simpang yg sebelum shell tu. akan lalu shell dan terus macam u-turn. lalu direction yg dari kg jawa yg kt atas tu.

kalau berjalan kaki dari hang tuah pun, ikut jalan tu gak. tak jauh pun....


* kalau map ni tak betul, korang beli garmin je lah. hahahahahahaha.


dah, selamat membeli belah.....sangat berbaloi....

kasi hint ye - coklat nips (ni confirm confirm kena gelak ng eena, asmida ni) kt luar rm3+ kan. kn sana...ehem....rm1+ je...tak sampai rm2. siyes tak tipu....


so kedai ni, amatlah sesuai untuk sesiapa yg nk cari gula gula untuk kahwin, untuk berniaga. sgt berjimat.


tu je. semoga membantu pencarian korang....


aku cakap: aku tak beli lagi, nk survey satu tempat ni lagi, compare kan harga....then baru beli. berbelanja dengan bijak okay!!!!

Sunday, January 2, 2011

OP review - RizalIsmail Photography.

hello hello


meh...mari tuan puan, dengar ini cerita......

saya....eh...apsal tiba tiba saya pulak ni....theeee...

aku nk share satu OP yang mungkin korang boleh try contact, tanya quotation, then kalau meets your budget, boleh hire mereka.....

namanya ialah.....auuuwwwwww....eh, ni bukan bunyi serigala, ni bunyi orang miang. hahaha.



en. rizalismail photography [facebook] [blog]



jenguk jenguk blog dia, tengok gambar yg best tu....

kalau korang suka jenis gambar yg malap malap, kabur kabur, suram suram romantik boleh lah kenen kan en rizal ni....
* gambar credited to en. rizal's blog.


ehem...bff gedik medik [asmida] hired dia bebeh....saja je ambil calendar june kan. nasib posing sopan bulan june. hahahahahha. tettttt...

credited to asmida jugak sebab sebab fomfuan ni lah aku pun terjebak dengan en. rizal.
tetapi....tiada jodoh antara ku dengan en. rizal lorrrr....=( =(


so...apa lagi....rizalismail, highly recommended babehhhh.....ada special gift 2011, ada best package dan sangat senang berurusan.



apa lagi...pada yg tercari cari OP tu...cepet cepetan....

Saturday, January 1, 2011

nikah theme - tiffany blue & .............?

hello hello


sebenarnya aku tak suka biru. kecuali turqoise. =)

tp sejak tengok gambar elyana nikah hari tu, terus macam omg omg, nk kaler ni....!!!

terus cakap kt najib ''kita buat tiffany blue nk tak?''
terus dia google, dia jumpa [sceme colors ni]....dan bagitau aku.

yes, ura ura macam setuju lah kan.

tapi, aku tak suka kot stick pada 1 warna je. contohnya, baju nikah TF, aku tak sukalah semua
eg: hantaran, baju bridesmaid, baju keluarga pun TF kan.

so aku nk cari warna yg matching dengan TF. dapat 1 warna pun kira okaylah kn. aku memang suka warna warni ni. hehe.

so aku dah google. semua gambar dari google image. ohhhh, i sayang u lah google.....


TF vs YELLOW
ulasan: macam cun. sebab aku ingat nk bagi hantaran kuning kot...
hantaran untuk king of my heart, okaylah kuning kan.....kan kan kan...


TF vs RED
ulasan: cantik, tp terlalu garang sebab nikah kan. nikah kn patut suci, mulus, tulus...
cehhhh...


TF vs pink
ulasan: terfikir gak pink ni....tp....etty boleh tak out of pink?? asyik pink jee kot.


TF vs WHITE
ulasan: oh...sangat suci murni, tulus mulus....tp tak nampak macam plain sgt ke???
* haaa, aku mmg banyak songeh!


TF vs BROWN
ulasan: ni confirm confirm dapat bantahan dari orang ramai. hahahaha.
tp pada mata aku...dah cun da ni


TF vs FUSCHIA - ntah betul ntah idak sebab ada 2 ejaan fuschia ni.
ulasan: pun dah cantik. tapi kang, nk bagitau tema ni kt orang kampung, kena cakap ala ala purple lah kan...hehe.



fikir hantaran lagi satu buat pening. tak tau nk pilih kaler apa yg best. tolong lah jangan pink etty.


kejap berangan, warna itu cantik. kejap lagi fikir, warna yg ini pulak....


pehlis....idea...come to mama!!!!!!!

pujangga pernah berkata....................

hello hello





dah lama tak rasa jiwang jiwang, keluarkan kata kata pujangga dari hati sendiri. dulu masa sekolah, rajin perah otak keluarkan ayat yg best. bukan apa, dulu akhir tahun mesti ada buku sain sain kan. semua berebut nk keluarkan idea best best tulis dalam buku tu...

tiba tiba, terdetik nk cipta ayat sendiri.

datang dari hati.

terus aku sebak bila dalamkan maksud tu....

hurm, bak kata kakak office yg teraniaya, siapa yg makan burger, dia yg rasa kenyang kan.....

biarlah...hati aku yg sedih...


anyway.....selamat tahun baru.


kt facebook, beratur ucapan happy new year..masa awal muharram dulu, takde pun beratur banyak macam tu....biasalah....


semoga hari esok, lebih baik dari semalam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails