:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, February 28, 2011

akhirnya.....lepas rindu kt thaqif & nysa.

hello hello


yaAllah bersyukurnya dapat juga jumpa dengan thaqif, nysa, kak ijan....!!

gembira sangat sangat. last jumpa hari tu bulan berapa eh? yg dorang datang melaka tu...lama sangat.
even selalu video call ng thaqif, tp rasa tu lain.

tak dapat nk cium bau masam dia, nk pegang tangan kecik dia, nk geletek dia, nk tanya dia macam macam. haha.

akhirnyaaa, tadi dapat semua!!! alhamdulillah.

terima kasih by bawak i pergi jumpa thaqif....! dan bawak mak i checkup kt serdang tu...

nysa tak suka orang lain pegang. mak etty nk pegang??? lagilah kan....haha.

tu scarf tu hadiah dari mak etty. lama dah mak etty peram, dapat juga ke tangan nysa kan. comel je. dah sebijik rupa model jepun kt dalam facebook tu dah...beli kt facebook.

okaylah mari ke klcc.


muka blur lagi ni.....


adeh comel lah tu buat muka macam tu??? hahaha.

* mak etty tak suka tengok gigi thaqif dah sompek!!! dah macam gigi vampire.
sebab thaqif jatuh toilet. sedih betul.....


masuk toy r us, terus semangat datang thaqif ni. hahaha. semua dia ajak tengok. tapi thaqif sangat baik.

''thaqif nah'' mak etty tunjuk kepala thomas n friend
''kecik aaa mak etty. takmo'' huh. demand yg besor besor.
''yg ni?'' tunjuk kawan thomas yg hijau tu.
''takmo, nk yg blue'' hahahahahaha.

bila jumpa yg besar, adeh mahal kedaung. almost rm500!!!

''ala thaqif, yg ni dah rosak sket lah. cari lain lah yeee''
''okay...'' lari g tempat lain.

waaaaa good boy lah thaqif ni. ni yg buat mak etty sayang sangat sangat kt thaqif ni...nanti next time, thaqif dah besar sama sama dengan adik nysa, mak etty belikan toys yg thaqif nak tu ye...


uncle nk belikan yg ni. thaqif pun dah pilih ''bek ooo'' - backhoe.

dia memang suka kot bek oo tu....dari dulu menyebut.

tp saja je mak etty tunjuk lori kontena panjang, terus dia pilih lori kontena tu.

kami letakkan bek oo dan kontena sebelah sebelah utk thaqif buat pilihan, dia tetap pilih kontena. padahal kecik kot kontena tu. tadi nak sangat yg besar besar kan....

akhirnya dia memang pilih jugak kontena tu. warna pun, dia pilih yang mak etty pilihkan. biru. uncle suruh amik merah, tp dia yg pilih warna biru...bagus lah thaqif ni. betul betul boleh jadi protege mak etty ni. hahaha.


uncle kata, takkan nk belikan thaqif yg tu je. sebab kontena tu murah! tp sebab thaqif nk jugak yg tu, kitaorang belikan mainan lain. beli softball bola keranjang. so boleh main sekali dengan adik nysa.


diakhiri dengan gambar kami berdua.

terima kasih banyak banyak by....!!!! sebab bawak i jumpa thaqiffff.....!!!
i sayang u.


mak etty sayang thaqif!!!



aku cakap: cermin mata tu kt toy r us, rm14-rm20 je harga dia. mungkin boleh buat prop untuk wedding korang????? guest book table??? photobooth??? pre wedd??? kan kan kan....grab it babeeeee!!!

Sunday, February 27, 2011

2nd OP.

hello hello


terfikir nk cari satu lagi op [official photographer]. hiksss.

sebab..................................rasa macam op aku tu tak cantik. haha. adakah itu perasaan normal bila kurang dari 100 hari ni???

saja je cari cari kt mudah.com. kot kot ada yg affordable rate kan.

dan aku fikir nk ambil untuk shoot, burn, edit je. no printing sebab aku cuma nk tembakan yg cantik je.

dan dapat satu ni. ngam ngam harga dia best.

pastu saja tanya video. dia quote pakej shoot, burn & video...wah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

oh yea, video tu takde edit. bulat bulat sepanjang majlis tu dia bagi kt kita dlm dvd. urm, aku pun prefer yg tu dari yg edit hanya beberapa minit tu kan. takpelah takde background lagu pun, at least ada kenangan boleh kita tonton akan datang. nk edit, aku boleh suruh sapa sapa yg pandai edit. ngeh ngeh ngeh.

tapi apa apa pun, belum decide lagi sebab tak bincang lagi dengan najib.

apa apa pun, bakal suami diutamakan pendapat dan buah fikirannya. nk sorok macam mana pun, dia tetap jadi kaunter pertanyaan aku untuk dirujuk. yelah, takut apa yg bakal terjadi nanti, dia salahkan aku tak bgtau dia kan....

eh esok cuti lah. lepas hantar mak pergi hospital serdang, terus ke kg baru. jumpa thaqif!!!

ya Allah, rindu sangat kt dia, Allah je tau. bila malam mimpi jumpa dia, peluk cium dia. sembang sembang ng dia. yg peliknya, bila mimpi ada nysa takde pulak banyak scene peluk cium nysa. agaknya sebab tak rapat sgt nk nysa kot.

lepas tu, bila siang, jumpa budak cina je terus teringat kt dia. yelah, muka thaqif tu kan ala ala apek kan. rasa rindu tu makin membuak buak.

hari tu lagilah, time nk pergi kerja. sebelah kereta ada 2 orang budak cina. sepasang. dah terus terbayangkan thaqif dengan nysa. bergenang terus air mata pagi pagi tu. cembeng betul.

siapa yg ada anak sedara [secara formal atau tak macam aku which is kak ijan tu sepupu aku bukan kakak aku] yg pernah jaga anak sedara tu siang malam secara formal atau tak [aku jaga time dia best je, bila dia berak, aku panggil ibu dia..haha], yang bila kita ni jadi penyelamat atau mentor [macam aku, dia masukkan kertas dalam mulut, aku biarkan kejap nk tangkap gambar.....hahaha mangkuk punya makcik], yang bila kita datang rumah dia, kita bawak makanan yg best best [aiskrim, coklat, jajan] tau lah apa yg aku rasa sekarang.

biar thaqif tau, mak etty dia ni yang terbaik!!!!! haha. perasan.

okay bye.

Saturday, February 26, 2011

checklist macam biasa.

hello hello

okaylah okaylah. pasal semalam tu, biarkan je lah. tunggu jelah bulan 4 kang. tak cantik baju aku nanti, abang tido luar! haha dan dan terus panggil abang kan....


well....few things dah boleh slash dari list to buy.


1. langsir bilik tidur
oh my god. i loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee the curtain so much!!!! so the english style as i wanted.....ngeeeeeeee...suka sangat sampai tak boleh taip lebih. tunggu the outcome ye....
[rm4 per meter - i bought 7 meter]


2. langsir as a backdrop for my mini dais [solemnization]
since my baju ala ala tiffany blue tak jadi, so mini dais should be in white. dah beli kain apa ntah jenis tu 8 meter. tp SA tu lebihkan jadi 9 meter- thank you. 1 meter is about rm2.80. cari yg paling murah. tp tak fikir lagi nk buat semua putih atau nk combine kan with other color. urmmmm....


3. tudung nikah
i dont want to wear any veil at the night. just nk pakai tudung yg macam aida gadis melayu ni pakai. hahahaha reason gedik, nanti senang nk kena cium dahiiiiiiiiiiiiiiiii....bluwekkkk....

tadi jalan jalan kt kedai tudung mawar, dalam melaka sentral, terjumpa tudung awning. sekali terkena pulak dengan baju nikah aku kan. murah rm15 je! apa lagi, grab!
bukan jenis lycra. tp mcm net kot. so flowwy. siap layer dengan warna cream. lovely sgt.

jalan jalan, terjumpa pulak dengan tudung yg aku nak tu. rm18. tp tak beli. tunggu nk matchingkan yg awning tu. kalau tak match, baru beli.

if u guys nk tempah yg cantik cantik for your day, boleh tengok kt myhannah dan koleksi vispera. as now, koleksi vispera private their blog. korang boleh try next time okay. or else, tengok kt facebook kot kot ada.


4. rubber stamp
simple je design rubber stamp aku. ada gambar malay couple and our names. tu je. without date or another word such as terima kasih or whatever.
mula mula tanya kedai rubber stamp kt melaka raya. it cost me rm27! size besar. then kurangkan sikit saiz tu, jadi rm19.

BUT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kt area mydin 24 jam tu, it just cost me rm8!!!!

going crazy mazy jeles tak???? rasanya tu dah murah dah kot.....


alhamdulillah....dipermudahkan segalanya.....


tempah baju nikah

masa beli baju tu kt jakel, butik bawah tu quote me rm300 baju kurung moden. shit mahal gila. then 1 hari i called satu butik famous de amos kt melaka ni, lebih kurang je harga tu.

rasa tak berbaloi kot.

baju dah rm400, tempah rm300. gila kau baju aku rm700!!! nangis....

dan tadi, survey harga kt semua kedai jahit kt area mydin tu. almost tailor kt situ quote me about rm100-200. okaylah harga tu kan. outcome pun not bad. minggu depan dah boleh hantar. takut kang tak terima tempahan pulak.

okay done the hal aku.

--------------------------------------

nk share experience kawan aku, eena. dengan her mua. patut ke aku reveal eh nama dia? i dont think so. sebab aku bukan mangsa dia. kang tak pasal pasal aku kena saman.

cerita lebih boleh baca kt blog eena.

cuma nk pesan kt all of you, pastikan ada backup. aku selalu cakap kn, sediakan payung sebelum hujan. backup tu dari segi, contact number, tau harga pun jadilah. kang bila dah jadi macam tu, tak lah ko menangis kn. yelah bila tengah stress ni, semua tak boleh fikir.

aku takut gak jadi macam tu. terus aku sms mua aku cakap pasal kejadian eena. aku cakap aku tak mau jadi macam tu, so i put my 100% trust on her. dia kata dont worry, once she blocked the date, she wont take other job. alhamdulillah. semoga dia tak sellfish macam ex mua eena tu....

mua aku???? will reveal after the caremony okay. doakan aku nampak cantik, jelita, gorgeous, menawan tertarik ye. hahaha.

tu je lah. byeeee darlings.

Friday, February 25, 2011

STRESS DENGAN TUNANG!

hello hello

*GILA STRESS BETUL SAMPAI CAPSLOCK!


aku tengah geram ni.....!

aku sms ''yang, kalini i merayu, pergi tanya cik idah bila nk buat baju. plzzzz''
*merayu okay.

dia balas ''dia cakap bulan 4''

what????????????????????????????????????????

bulan 4????? homaigod.

ya ampun. kenapa lelaki suka sangat sambil lewa?? ke aku yg terlebih kelam kabut???

bulan april kot. sekarang end of feb, minggu depan nk masuk march. bulan june nk kahwin dah. awal bulan june pulak tu.

ukur badan pun belum, decide final design pun tak. kain pun aku tak tengok lagi jenis camne.

korang rasa, apa patut aku buat?????

please suggestkan butik yg jual dress, jubah moden yg cantik cantik. yg murah murah. off white. okay bye, nk tengok kt facebook...


stressssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss!!!


ingat ni buat costume birthday party ke??????

Wednesday, February 23, 2011

bantal ottoman untuk nikah / bertunang.

hello hello


entry ni pasal bantal ottoman yang aku idamkan tu....

ni gambar gambar dia.......sekali lagi, tidakkah ianya menggiurkan????


ini dari whitelacetale wedding. boleh tengok tengok dan tanya harga. quite okay.


dan ini pulak dari http://rendabellezza.blogspot.com/
ini belum pasti lagi harga sewaan sebab email aku belum dibalas.


kt melaka, rata rata bridal boutique tak tau apa itu ottoman cushion. macam kesian pun ada. sebab, nampaknya aku lagi expert menjadi wedding planner. adeh.

bukan nk berlagak ke apa. tp siap tanya ''haaa otroman??? haha'' siap gelak. motif???
ingat aku main main ke apa mintak quotation. ingat aku mintak quotation nk beli patung ultraman????? tak payah quotation, area office aku berlambak kedai borong alat permainan. murah murah!

tapi...........................................................................!!
kt wiwin touch ada.....sila call atau email sendiri untuk tahu berapa kadar sewaan nya ya.....


sebenarnya, kalau tak dapat pun takpe. sebab bantal ni sebenarnya keinginan je. kalau dapat aku puas hati, kalau tak dapat redha je dengan apa yg ada. tp sementara ada masa lagi ni, aku berusaha cari sampai dapat.


so bakal bakal pengantin, sila survey semampu mungkin ye. jangan putus asa. apa yg korang inginkan untuk majlis korang, cuba sehabis boleh. pasti hasilnya membuatkan korang tersenyum bahagia.

semoga membantu.

crown cantik untuk pengantin cantik.

hello hello


aku tengah mencari crown. nk beli??? tak kot. lainlah kalau boleh pergi office pakai crown! haha.

sebab mak andam cik idah tu takde crown yg aku nak.

aku nak yg tinggi. sebab aku kn rendah tahap gaban dari najib. so selain dari pakai high heels 5 inch, tambah lagi dengan crown. haha tamak!

warna - silver.

dan ada pearl sikit. kalau bolehlah....

mua aku ada, tp belum nampak lagi rupanya. so mesti ada backup! ingat ye, apa apa mesti sediakan payung sebelum hujan. buat juga backup walaupun yakin 100% pada vendor vendor.

masa beli kain kt jakel hari tu, ternampak yg macam aku nak. tinggi, pearl lagi...ya ampun...cantik. tp dia kata bukan untuk disewa. beli cash! nk sewa kt bridal boutique yg glamer kt melaka tu. alaaaaaa...

ada satu bridal boutique kt melaka ni, sewa jugak. rm100. okay ke harga dia?? tu pun tanya je. nanti ada masa baru pergi butik tu tengok.


omgggg


omg
eh, aku omg kt crown bukan siti....tak suka siti dah.


OMGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG
great combination kan....pearl, besar & tinggi....omgggg lagi sekali....!!


omg!!!!!!!!!!!!!!!!!!


okaylah tinggalkan caption gambar dengan omg jeee.

kita letak caption yg best best dan penuh informasi.


dalam blog xora, ada pasal sewa accessories. omg. cantik gila *omg lagi.


tp macam tak sure ketinggian crown tu. takpe takpe, terus email seperti tertera.

cantik....!

silver


gold tapi



lepas tu kt blog anil pulak....adoyai...saja je buat hati panas ni. selagi tak dapat, selagi tu lah rasa panas hati.....


ada sapa sapa tau crown untuk disewa tak?

crown tinggi, silver color bukan gold ye. kalau ada pearl, lagi best.

kalau ada info, please share with meeee........



aku cakap: pictures credit to google, xora & anil

Tuesday, February 22, 2011

february birthday blast!!!!

hello hello


mak - happy belated birthday. [12 february 2011]


semoga mak sentiasa sihat sihat dan gembira!! dimurahkan rezeki, dan diberikan kesihatan yg sebaik baiknya.......

insyaAllah, satu hari nanti etty janji akan bawak mak ke Mekah. mak akan rasa seronok macam adik beradik mak yg lain dapat pergi mekah.....

doakan etty murah rezeki juga. dan doakan kebahagiaan etty dengan najib ye...




bakal mak mertua - [22 february 2011]
makcik, etty pun doakan semoga makcik sihat sihat je. insyaAllah, tahun depan kita sambut sama sama.... =)

terima kasih sudi menerima etty....



adik bongsu nadiah - 23 february 2011

belajar rajin rajin. kalau boleh score a upsr dan pmr, mesti boleh score spm jugak. hadiah pun, genting jugak kot. hahahahahahah.

semoga dipermudahkan menerima ilmu.


yaAllah ya tuhanku, lindungilah orang orang kesayanganku yaAllah daripada sebarang ancaman angkara hasad dengki manusia dan syaitan. gembirakanlah hati mereka. limpahkanlah rezekimu kepada mereka. peliharalah iman mereka. tabahkan hati mereka untuk menerima segala dugaan dan cabaranMu yaAllah.

100 hari lagi???????????????? OMGGGGG....

hello hello



MAK AIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!

terus gelisah tak tentu hala...


1. baju nikah
nasib baik dah beli ahad lepas. total lost rm400 chiffon beaded. ntah betul ke tak tiffany blue. haha. pastu najib tak puas hati kain dia lagi murah dari kain aku. tp kain dia lembutttt.....so dari ambil pakej free kain satin untuk lelaki, dia beli kain lain. dapat rm35 per meter. kain lagi lembut dari satin yg free tu. then tak berkilat.
* malas nk cakap lebih lebih pasal kain. kang sentap sendiri.


2. hantar tailor
insyaAllah, awal bulan ni. kena cari tailor yg betul betul boleh buat baju ni. kalau fail, terus tak cantik nanti. terus nampak murah baju aku!! tips. kalau hantar tailor jangan cakap nk buat baju nikah. cakap buat baju raya keee, baju kenduri. kalau tak, double price!!! sebab chiffon beaded! nyampesss.


3. bunga telur
kata nk DIY kan. hampehhhhhh!!!! bila ntah aku nk start. mana DIP kau etty?????? mana!!!
hahaha.


4. hantaran
banyak lagi tak beli....aiyoooohhhhhhhh....bunga yg cantik tu dah tau kt mana. kt ssf. best best.....


5. baju sanding
macam aku cakap hari tu...ntah bila dia nk panggil fitting kan. ke aku yg patut terhegeh hegeh????


6. kad kahwin.
bulan march atau april start survey, printing.


apa lagi ni??????????????????????????????????????????


takpe......lambat lagi sebab kena langkau asmida, ijah, eena, fara. hahahahaah...


chillexxxx......


eh, sebulan bertunang??? hahaha. still panggil najib boyfriend instead of tunang. kawan kawan semua tolong betulkan...haha.

hari ahad lepas keluar dating kali pertama sebagai tunang dan penunang.

lepas tu td first time cakap ng vendor ''nanti saya bincang dengan tunang saya dulu ye''

hahahahahahhahahahaha......

so far, okaylah. gaduh gaduh tu, masih terkawal. ada lagi yg teruk sebelum ni....

manis lagi setakat ni....alhamdulillah.....


oi lah sayang, tolonglah sedar lagi 100 hari je lagi ni...janganlah main main jeee...risau lak aku...

lauk kenduri malam nikah - no catering ok

hello hello

pagi tadi, terfikir pulak pasal catering masa nikah nanti. omg belum deal lagi dengan pak haji. caterer tu lah. dia tu tokey aku kerja kt cafe dolu-dolu. mmg sedap masak. lagi lagi asam pedas tetel, mee bandung muar!!!! meleleh air liur dah ni......
[pernah tried buat mee bandung makcik timah style, bolehlahhhhhhhh]


call waksal dulu. nk mintak no phone dan confirmation betul ke guna khidmat cik timah.

waksal kata, last week dia pergi kedai pak aji, nk confirmkan pasal catering tu. sekali tarikh tu, dorang tak free!!!!! wawawawawa.....hancur hatikuuuuuuuuuuuuu....

so bincang bincang dengan waksal, kita masak jelah sikit sikit. yang mana perlukan bantuan professional, kita serahkan je tugasan tu pada orang lain. seperti asam pedas daging @ tetel. either one lah. mungkin upah makcik roha [jiran waksal] sebab dia masak sedap.

tugasan tuan rumah, masak nasi putih, sayur campur, masak ayam [either goreng @ buat masak merah]

lepas tu, ulam-ulaman dengan sambal belacan. tp tiba tiba tingggggg, terfikir nk letak sekali cencaluk. ah favourite aku. so semua orang kena makan. haha. so nanti aku borong cencaluk sekali.

air panas dan air sejuk.

dan aku nk buat buffet dessert. tak lah beria sangat, letaklah buah buahan, puding ke apa. mula mula ingat nk letak puding caramel, sebab memang favourite jugak. tp, macam leceh je buat. so apa kata kita masak yg senang lenang je.....tingggggg lagi sekali!!!!! dadih!!!!!!!!!!! 1 bancuhan boleh dapat ribu ribu lemoooooon bekas kan....tingggg tinggggg tinggggg!!!!

tinggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg!!!! jangan lupa order blueberry cheese tart yg pernah aku order tunang hari tu....yeslah.

semua favourite aku.......!!!


paling best..............ada lauk special. insyaAllah kalau jadi, akan ada hidangan dari ikan puyu....

wuuuuuu....

alkisahnya, datok [bos aku] ada kolam ikan puyu. so staff boleh beli. nanti dijual dengan sekian sekian harga kan. dan hari tu aku mula merancang sesuatu. macam nk beli dan hidangkan sebagai hidangan exotic. cecey. exotic katanya...

dan mak aku dan waksal cadangkan masak je arca. camne rupanya, aku pn tak tau sebab aku lagi suka makan pekasam je. tp tak lulus kot nk buat pekasam tu. ngeeee [kena mintak resipi mak yana ni!!]

rasanya lagi berapa bulan boleh order kt orang masjid tanah, suruh siang siap siap. bolehlah beli berkilo kilo kan.

[tetamu tak nak makan, tuan rumah boleh ngapppp!! hahaha]
[tak semua orang boleh telan ikan air tawar ni, lagi lagi yg dibela...tp apa boleh buat, takkan nk paksa makan kan]


lets cekidaut!! gambar semua google....


aku gugel jumpa ni lah gambarnya, ikan puyu masak acar. looks yummmyyy!!!



yeslah. kesukaan sepanjang hayat....!! ikan puyu pekasam..
[goreng dengan bawang, dengan cili...mantap!]


tapi orang melaka, lagi prefer masak lemak ikan puyu......

sedap jugak kan, lagi lagi kalau letak belimbing buluh.....walaaaaaahhhhhh meletopsss kau nok!


cencaluk. letak bawang, letak cili, perah limau. walllooopp!!! hingga ke ekor geragau terakhir aci bet! hahahaha


asam pedas tetel. tetel tu lemak daging atau otot otot dia. tak pasti. yea tau kolestrol. tp sedap. hahahahahaha


uhaiiii...terus lapar tengok gambar ni. dengan berkilatnyaaaa......


atau



ayam masak merah!!!! favourite sepanjang hayat jugak ni....


sayur campur.


ulam-ulaman plus sambal belacan.



okay, bahagian dessert pulak atau pencuci mulut.

mesti ada buah buahan kan. so malas nk gugel.


blueberry cheese tart. tau dah kt mana sedap dan murah.


puding caramel. buat sendiri pun pass ni. cuma leceh jeeee....


ni paling senang. okay mak setuju proposal aku!


yahooooo..............................


eh, malam nikah tu kena diet jugak kan??? tak boleh yahoo lagi..... =( =(


eh, korang teringin ke???? datang time aku nikah nanti!!!! dapatlah makan yg sedap sedap ni.....


tertakluk kepada pindaan......hehe..

Saturday, February 19, 2011

baju

hello hello


akan jadi macam ni ke baju aku nanti??????

hai lahhh......

bila ntah nk call aku suruh fitting ni???? bukan fitting kali ke berapa. ni kali pertama!!!

apa apa, baik standby baju lain....


Friday, February 18, 2011

cancel kahwin!

hello hello


tiba tiba rasa tak nak kahwin. sebab stress macam nk mati....

lepas tu rasa macam......................................malas nk sambung!

kenapalah ada orang nk masuk campur?????

Tuesday, February 15, 2011

the checklist.

hello hello

sebelum ni, aku memang tak terfikir nk buat checklist. maksud aku, checklist yg detail macam tiap tiap bulan nk kena buat apa, bla bla bla. rasa benda tu macam akan serabut kan aku. dan lagi satu, aku ni, kalau terasa nk buat sesuatu, aku akan buat terus. tak payah nk plan plan. contoh macam thank you tag tu. even boleh je buat last minute, tp aku nk buat cepat. so terus buat. haaaa, macam tu lah kiranya maksud aku.

tapi...satu hari, bff eena & asmida ni telah mencuakkan aku.

hahahahahah. actually, tak cuak pun kalau orang lain yg buat. tp bila 2 anak dara ni buat terus aku cuak!!!!!!!!!!!!!!

haha.

dalam buku ni lah semua checklist tak rasmi aku.
* mell suka jadi model aku kan...alorrr lorrrr tamell ni kan...


okay.

akhirnya, aku pun buatlah checklist. simple je. main tick tick je.

bila aku tengok, asmida & eena punya checklist, sekali lagi macam pitam.
* gi blog eena. pitam.

kenapa details sangat ni?????????????

tapi, asmida kata aku punya lagi detail!!

hahahahaha. padahal dah simple sangat dah tu.


ni checklist untuk nikah.

dan


untuk reception.


lebih kurang je. tp mana yg patut buat utk nikah, letak part nikah. dan seterusnya.


print dan terus tampal dalam buku.....

dan selalu check page tampal checklist dulu baru selak page lain. mana mana part dah buat, dah beli, tick terus!

eh, ada guna jugak checklist ni eh....

terima kasih eena & asmida kerana telah mencuakkan aku, tp at last menyenangkan aku....
* tayangggggggg korang!!


nk softcopy??? email aku. aku senang hati nk bagi sebab benda ni pun aku google je.

ettykamal@gmail.com

Saturday, February 12, 2011

bilik tidur DIY

hello hello

[reveal je lah awal awal. lama lama nanti, ntah terbuat ke tak entry ni]

kan....

okay, concept bilik tidur. english style. kalau boleh perabut pink & putih je boleh masuk dalam bilik ni.


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!



princess pink wall with the white stripes for the feature wall...
*sesuka hati tambah princess tu sebenarnya. haha.

wallahhhh...


tak buat feature wall yg biasa guna warna lain. so buat stripes ni. gigih.


kan dah kata tadi, hanya perabut putih dibenarkan masuk. maka itu..............
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.
.
..
.
tara!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



bertukar menjadi..................................................!!
* teringat sailormoon...




sekalung penghargaan kepada..............
.
.
.
.
.
.
.
.

kansai paint utk cat besi

dan

par silk putih & pink untuk cat dinding.



dan model of the day....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

princess mellinda binti etty.


baiklah tuanku boleh je tidur kt situ tuanku.


alahai.....cantiknya bilik beta....tak sabar beta nk beradu ni.....ngeh ngeh ngeh.


rasa rasa, dengan entry langsir hari tu, langsir mana yg sesuai ye??


dan ada sapa sapa mahu sponsor cadar english rose pink juga?????
cepat angkat tangan cepat.................................tawaran dibuka ni....


tak lupa, kekasihku tersayang.....terima kasih sponsor cat dan segala peralatan cat tu........i loikeeeee......and i love u....

terima kasih wanie & nadiah. tolong mengecat rumah time cuti sekolah hari tu. sampai assignment pun last minute siapkan. ngeh ngeh ngeh.


yes....bilik idaman dah siap....boleh goyang sin chan......

my ring....[part 1]

hello hello

part 1, cincin merisik.
part 2, cincin kahwin [reveal lepas kahwin nanti lah ye]
[entry beli cincin] [tips untuk beli cincin dan ini juga]


cincin ni beli kt kedai biasa je. tp dapat harga yg sangat berbaloi baloi.

ingat ye, saiz cincin berbeza di kedai. kalau ko kata kt habib jari ko saiz 14, mungkin kt kedai lain saiz 18. tu yg jadi pada aku.

punya gelabah gila mintak saiz 14 kt uncle tu. sekali tak boleh masuk kauuuu...
yang aku ni, dok urut je jari aku. ingatkan effect urut tu jari makin besar kan. sekali kena try saiz 18 terus. mau tak gelabah.

disebabkan cincin habib tu dibeli atas pilihan hati aku, so cincin merisik ni, najib punya sukaaa. in fact aku dah jumpa yg paling cantik. ada grave bunga rose. tp najib kata tak cantik yet uncle tu kata design lama. cissss....lepas tu keluar pulak ayat:

''hari tu, cincin nikah u pilih kan, this time, i yg punya choice okay''

huh.....redhaaa...

but not bad! cantik jugak. *ikhlas ni. haha

mula mula memang kitaorang planned nk ukir nama kitaorang kt cincin tu. since cincin habib tu kecik, tak dapatlah nk buat.

tapi bila time beli cincin merisik ni, uncle tu pulak takde service engrave. owh sadisssssssssss....

lagi lagi uncle tu pulak cakap ''nanti kalau ukir, banyak kotor oooo...itu daki masuk dalam tulisan tuuu''
terus najib pun kata ''okay tak payah''
aaaaaaaaaaaaaaa menci tau.....

i tak kira, 1st year wedding anniversary i nk cincin jugak. nk ukir jugak!!!!!
* gila padahal tak suka pakai cincin.
* okay kalau macam tu, nk rantai, gelang, gelang kaki. eh jongkong emas terus lah. hahahaha.

satu lagi tips yg aku dapat, kalau nk beli cincin, beli besar 1 saiz. kiranya jangan beli yang ngam ngam ho kt jari kita. biar longgar sket. yelah, bila kita dah pregnant nanti ke apa, still boleh pakai lagi kn.

tips ni aku dapat lepas beli cincin kahwin. dah lah cincin kahwin tu aku beli ngam ngam jeee...adoilah.


apa apa pun, i loveeeeeeeeeeeeeeeee my risik ring....

and i loveeeeeeee orang yang belikan cincin tu...perisik i lah tu. hahahahaha.



last tips, jangan lupa demand yg mahal mahal tau...lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

Monday, February 7, 2011

my jerawat.............gone!!!

hello hello

dari tahun lepas [november] simpan dalam hati nk beli skin product yg best best. sebab kondisi muka tak berapa nk best kan. lagi lagi nk kahwin ni.

tp sebenarnya bukan sebab fikir nk kahwin, nak make up nampak cantik semata mata. apa yg menjadi kerisauan aku, apa penerimaan bakal keluarga mertua tengok muka aku kn. bakal suami lagi. takkan sentiasa nk pakai compact powder nk cover jerawat batu kan. sedih kt situ.

so pergi watson, beli eucerin untuk blemish acne skin. harga promo masa tu rm60 utk 1 set tu.

mula mula pakai macam okay. tp bila masuk bulan kedua, macam tak okay. jerawat makin banyak. tak tau kenapa. mak dah bising. najib pun sama. sedih bila orang cakap muka makin teruk. aku siap menangis lagi mengadu dengan najib. kenapa muka aku macam ni?

siap aku keluarkan ayat yg tak best tau. aku cerita terus terang je lah ng korang ye. untuk jadi pengajaran jangan pertikaikan kerja Allah SWT.
bukan nk bangga diri ke apa, tp aku pelik.

aku pelik sebab, aku solat kt office. maknanya aku basuh muka lah kt sepanjang office hour. tp jerawat still naik even aku basuh muka. tapi orang yg tak sembahyang kt office tu [mestilah makeup tak basuh basuh kn dari pagi sampai petang], muka licin je.

yea, aku jeles. dan tertekan sebab kenapa aku yg selalu basahkan muka dengan air wudu' diuji macam ni. orang lain tak sembahyang, cantik je muka.

astarafirullahalazim.........

aku kena marah dengan najib sebab keluarkan hujah hujah tu. najib kata aku takde iman sebab pertikaikan semua tu.

ye memang salah aku. tp aku sedih.

yelah. mungkin kalau korang kt tempat aku, korang pun rasa apa yg aku rasa.

so, mak suggested pergi klinik kulit.

mak pernah pergi klinik ni. sebab ada masalah kulit. lepas tu mak cerita lah kawan mak pun ada masalah jerawat sebab salah pakai product, pergi dan alhamdulillah, terus hilang jerawat. mak kata lagi teruk kulit muka dia.

at last, pergi jugak walaupun ada rasa was was. sebab aku yakin, kulit aku lain dari yg lain. orang lain okay, aku tak okay.


kena charge rm40.


doktor bagi 2 jenis pils which is kalau aku google, ubat ubat tu adalah untuk buang darah kotor dan vitamin. apa nama ntah. dan cream sapu.

doktor kata, sapu kt tempat jerawat je, tp aku sapu whole face. yelah whole face ada jerawat! doktor ada kata slowly parut pun akan hilang.

doktor kata masalah hormon je. dan dia nasihatkan jangan makan coklat. tu sebabnya aku berpantang coklat skrg ni. * kalau nak sangat, asal rasa je.

permulaan, macam takde perubahan. tp bila ubat dah nak habis semua, makin okay pulak. *betul betul lepas majlis merisik / bertunang paksa hari tu
seronok sebab eh mana jerawat ni. selalu kalau sehari tak tumbuh jerawat baru macam tak sah pulak kehidupan. tp sekarang, bukan takde, tp jarang lah. kalau ada cepat jelah aku tepek ng krim tu kan.

tapi, mungkin sebab kan ubat makan atau krim tu, muka dan kulit aku jadi sangat sangat kering. dah macam kulit orang tua! tp takpe. gap antara maghrib dan isyak, aku sapu dengan vitamin e oil. macam bio oil tu, tp brand apa ntah. so boleh lembapkan balik kulit muka orang tua tu. hehe.
* minum air masak banyak banyak.

adik aku yg wanie tu pun problem gak. aku suruh dia pergi. dia pun macam berminat sebab dia nampak muka aku berubah. cuma tak berani nk ambilkan ubat utk dia, takut tersalah masalah kulit. aku doa doa, dia ada masa nk pergi klinik tu.

tak caya?

meh tengok gambar.



dulu siang malam aku pakai bedak sejuk. konon nk bagi muka kering takde minyak. alih alih ada gak jerawat tumbuh. stress betul.
tu adalah hot spot jerawat selalu tumbuh. lagi lagi kt pipi. * tensi


ini adalah gambar terkini. gambar hari ini. tarikh 7 feb 2011. dah takde bedak sejuk sentiasa bertepek kt muka. gembira bukan main!


haaaa caya tak??? eucerin tu sekadar di luaran. pills tu untuk dalaman. yea, mungkin faktor darah kotor tu. Allah je tau.


alhamdulillah. pagi petang siang malam waktu nk apply semua tu, aku berdoa depan cermin,

''ya Allah, hilangkanlah, keluarkanlah segala kotoran, kuman di wajahku. hapuskan lah segala jerawat. jadikanlah mukaku bersih untuk pandangan mata bakal suamiku, bakal keluarga mertua ku...''


doa je tak henti henti dengan niat, aku mahu menyenangkan pandangan mata bakal keluarga mertua aku...dan semestinya bakal suami aku.


alhamdulillah. doa aku diperkenankan. rasa gembira.


cuma parut tu adalah sikit sikit. tp amazingly, hampir pudar....sebelum nk macam susah gila nk nipiskan parut kan. dan dulu macam ada lubang lubang hasil dari korekan. tp sekarang dah kurang jugak. insyaAllah kalau rajin sapu minyak vitamin E, lubang tu terkatuplah.


so, nasihat pada yg pernah bermasalah macam aku, jangan tunggu lama lama. pergi dapatkan khidmat pakar terus. jangan percaya pada produk kecantikan semata mata!

nk tau klinik mana???


klinik pee lee see, melaka. area kampung jawa. nk bagi exact landmark, aku tak berapa nk tau. google je nama klinik tu, ada alamat dia nanti.


dan jangan lupa doa sekali. insyaAllah, doa yg ikhlas Allah akan bantu.


dan paling penting, jangan pertikaikan apa yg Allah bagi pada kita tp tidak pada orang lain. ada hikmah semua tu. semua tengah menanti kita. ingat tu....

semoga dikekalkan ketiadaan jerawat ni...amin...


selamat berjaya dan be gorgeous sweetheart!!!



Sunday, February 6, 2011

langsir bilik tidur

hello hello


nk mencari materials untuk langsir, belum dalam list lagi. rasanya lagi beberapa bulan. mak pun belum mendesak. * haha, tunggu mak jugak.


tema bilik adalah english style. so warna yg dipilih ada soft pink. kena blink blink lah tengok sana sini pink je kan.


ingat nk buat 2 layers yg macam kt rumah ni. dalam kain nipis mcm organza ke, plain takde corak, warna putih ke, light pink ke.


kain luar pulak, cotton atau kain berat sket. kain jenis tebal. so siang siang, boleh jadi malam bilik tu. eh, kata bilik pengantin kan, kenalah gelap sket. pang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

senang cerita macam gambar kt bawah ni. okay bye, dah maghrib.






* tak boleh cerita lebih pasal bilik pengantin, darah manis ni.

pang dush dush dush pang hiyaiiiiihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! @#^%%&^&&(^%^((__)(**(*^^%%$#@%$$^^&&^$@#%^&*((*

tq tag @ tag terima kasih - kanak kanak

hello hello


satu lagi benda remeh, yang telah diselesaikan dengan berjaya. sambil dibantu oleh adik bongsu, nadiah. uhai, betul betul menggunakan peluang cuti sekolah kn aku ni.

thank you tag @ terima kasih tag [tag tu apa eh? hahaha]. yg ni untuk kanak kanak.

cerita selingan:

ko tau, aku budget kan dekat 600 utk budak budak tau. aku plan nk bagi candy, dalam budget rm0.50 je sorang. gigihlah aku kira kan.
bila aku tanya najib, agak agak berapa orang ye budak budak datang nanti?
dia jawab 150-200 je.
aku macam, eh biar betul. sikitnyeeeeeeeeeeeeee...

lepas tu aku tanya jaja.
dia jawab dalam range yg sama dengan najib.
tp dia ada konsep. first come first serve.

hahahahhahahahahhaha. bagus lah kalau ada konsep macam tu. so aku pun ikut konsep jaja.

aku buat dalam 300 je untuk tetamu kanak kanak aku. kalau ada banyak balance, anak menakan aku ramai. so sepupu sepupu aku kena paksa anak anak menakan aku gosok gg secara maksimum. untuk elakkan sakit gigi atau gigi terlompong, rongak. haha.

habis cerita selingan.


aku fikir, buat apa nk fancy fancy sangat kan. kang deco kemain, ribbon ribbon bagai, budak budak tu buang. apa dorang tau. makan je tau kot. so buat yg paling minima utk tq tag ni.

print + photostat + gunting + tampal @ stapler = siap!


untuk tulisan, aku download font yg menarik dan sesuai untuk kanak kanak. semua font, aku download kt fontspace.com.

argggghhhh experiment gunakan font ni sangat mencabar tau tak. oleh itu, pakai semua font yg ada. kiranya aku tak stick pada satu design semata mata.

aku angankan apa tau tak? masa budak budak tengah makan candy tu, ada dialognya:

budak a: eh, awak punya tq tag [macam tau je tq tag tu apa kn] gambar apa? kita punya ada kepala mickey mouse lah.

budak b: kita punya ada kartun pooh.

budak c: kita pulak ada pwincess.


hahahahhahahahaahaha. macam lah tercapai angan angan aku kan.


ni ada beberapa contoh.
tidakkah ianya comel????

alorrrr lorrrr lorrrrrrr....

siapa nak candy dari kakak etty, angkat tangan????????

sorry...untuk kanak kanak je ye. siapa yg berperangai macam kanak kanak ribena, ditolak mentah mentah oleh kakak etty. ngengehngeh.


ni beberapa design je. yg betul betul punya, aku design, terus aku print dan potong. malas dah nk fikir banyak banyak. guna kertas a4 putih je. jimat.


satu hal dah setel, cuma dalamnya masih berkira kira nk letak jajan apa. harap budak budak suka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails