:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, March 31, 2011

kad kahwin episod 2

hello hello


oh okay, hari tu consider episod 1.

esok najib kena pergi seremban, tengok artwork.

tadi siang siang dah bagitau ''by, esok jangan lupa pergi tengok kad kahwin''

''iya ingat. lagipun orang orang tu dah call i tadi''

wahhhh pantas!!!!! punctual...dijanjikan hari jumaat, sebelum jumaat dah buat reminder. positif!

''okay, esok jangan lupa mms i gambar kad eh. i tak sabar nk tengok''


lega? tak berapa lah. kalau dah tengok depan mata sendiri, baru lega.


tapi tak berapa nk gembira jugaklah. esok dan sabtu najib kena outstation. tak jauh pun, masih dalam negeri 9. tapi macam tak best je kalau dia kena kerja luar. macam memang kena kerja luar!!! macam jauh jeeeeee.....

lagi lagi, bila bila dalam bulan april ni, dia dah kena pergi BTN. 2 minggu pulak tu....alahai.....sedih jeeee....lama kot...arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......tasuketasuke....


takpelah yang, i doakan u menang acara memanah tu yeeee.....

pendrive pulak hilang.

hello hello

lepas satu, satu kan....hai lah nasib...dah la sijil kahwin hilang, ni pendrive pulak. macam macam dalam tu ada. checklist, benda utk print, guest book. alahai....

sorry ye korang yg mintak checklist tu....nanti kalau jumpa, insyaAllah aku forward kt korang....

haiyak. nk design satu hal. nk mencari gambar satu hal.

guest book - cover [nasib baik dah ubah design lain]
isi guest book - isi dalam [dah print sikit, so hantar photostat je]
segala template dan gambar
tq tag - nasib baik dah print
food label - memang kena cari balik gambar dan design
mineral water label - hai lah labu....
button badge - ni pun nasib baik buat baru

memang lah kan...........................!!!! mencabar mak betul...

HIV test negeri Melaka

hello hello

bride to be, yang nk buat ujian saringan HIV boleh ke poliklinik peringgit, melaka.
[ada klinik lain, tapi since aku buat kt sini so share pasal klinik peringgit je lah]

bayaran masih rm1.

waktu operasi.

isnin - khamis : 2.00 ptg - 4.30 ptg
jumaat : 3.00 ptg - 4.30 ptg

appointment tak perlu. datang je bawa borang warna hijau. borang boleh didapati di pejabat agama islam melaka.

sebenarnya, borang ni siapa yg ambil tahun 2010 tak dikepilkan sekali. so kena ambil separate. maksudnya kalau korang dah ambil pada tahun 2010, borang hijau takde.

siapa yg ambil tahun 2011, borang hijau ada.

itulah yang diberitahu oleh kerani pejabat agama islam tu.

kes aku, ambil tahun bila tak ingat. tp masa tu hanya ada borang nikah sahaja. so aku kena ambil borang hijau.

borang hijau tu free of charge. borang nikah rm1.

okay clear???


aku tak buat lagi hiv test. dah merajuk dah hari tu najib buat sorang sorang. ntah bila aku nk buat...tak best pergi sorang sorang wok...

sijil kursus kahwin hilang lagi.........!!

hello hello

yaaaa betul.. dan ini untuk kali kedua tau tak...tension lak ai....sebelum ni tak teringat pulak nk cari..

hari tu hilang, dapat jumpa. dia menyorok kt bawah laci. aku tanya mak, mak kata aku dah ambik fail tu bawak masuk bilik. cari kt bilik takde pulak. padahal bilik aku mana ada almari ke laci yg rumit rumit nk bukak kan....haisshhhh.....

tension tau nk mencari benda tu. kalau cari handphone takpe lagi. boleh misscall. =P

semalam dah cari kt bawah katil mak. banyak habuk pun, aku gigihkan hati mencari. tapi takde.....

dalam hati ingat kena kursus lagi sekali kan....tapi rupanya sangkaan ku meleset sama sekali....

kalau korang sama macam aku, boleh ambil balik salinan sijil tu kt organizer kursus kahwin tu.

contoh macam aku, aku buat kt MAIM BENTARA, melaka. anak syarikat Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). maim bentara ni memang organize kursus kahwin ye.

ni alamat [dari sini]

MAIM BENTARA SDN.BHD.
TINGKAT 1 KOPLEKS AL AZIM
JLN BUKIT PALAH1. (Urusetia kursus ini adalah MAIM Bentara Sdn. Bhd. dipantau oleh JAIM)
75150 MELAKA
TEL: 06 2829360 FAKS: 06 2815637

waktu operasi: Isnin - Jumaat [8.00 pagi - 5.00 petang]


sila call dan tanya prosedur ambil balik salinan sijil.


aku dah call. dia suruh datang ke pejabat dan collect. dan dikenakan penalty.


tapi apa apa pun, kena cari jugak dulu. kalau tak jumpa, baru tunjuk muka kt maim bentara...

okay.

Sunday, March 27, 2011

pemangsa dan mangsa si cicak & lipas

hello hellooo

pemangsa [ahmell, adik, ahboy]
mangsa [cicak, lipas]


=)


budak budak ni kan, pantang nampak cicak. mesti nk pandang atas. pastu selagi tak dapat tangkap, selagi tu lah pandang siling.

tapi, tangkap cicak tu dah biasa dah. sampai rumah ni dah takde cicak. bagus kan. takde taik cicak!!!

entry ni bukan pasal tangkap cicak. tp tangkap lipas. cuma lipas ni jadi mangsa beberapa minit lepas cicak tu selamat kaboy telan!!! hahaha.

kisahnya, ahmell lah mula mula nampak cicak. pastu tukang tangkap ahmell jugak. pastu tukang sambar, adik. last sekali, tukang makan, ahboy!!! hahahaha. muka masing masing stress okay.

mesti ahmell cakap, penat je aku tangkap adik yg dapat. pastu adik pulak cakap, penat je lari laju laju kejar cicak, ahboy yg makan. paling best ahboy cakap, aaaaaa seronok, tak payah susah susah tangkap, aku tukang telan!!!
kahkahkahkah....


ni muka stress ahboy terus telan cicak!!! ahmell masih mencari peluang kedua....adik sangat stress ketika ini....


ups, masih mencari cari cari....


sebagai tukang tangkap, mata kena alert pandang sini....


dan pandang sana...


yes, adik masih tolong mell carikan mangsa kedua...


beberapa jam kemudian, nampak kt mulut adik ada lipas. aku adalah penakut lipas okay. aku benci gila!!!!

tapi adik macam sengaja je tau. dia bawak lipas tu kt aku. stress mak!!!!

berlari lari aku cari tempat perlindungan.


tengok masing masing...

sebenarnya, ini lipas pertama kot yg dorang tangkap. sebab sebelum ni macam tak pernah tangkap lipas. semua macam tak berani nk dekat. adik je yg conquer.


tengok, dia je yg suka main kejar kejar ng lipas tu. lipas tu dah gigit banyak kali pun, liat betul nk mati.


aku elok jeee duduk atas sofa yg bersopak tu. dia boleh bawak naik atas. sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr je haku!!

sofa tu kan dah lubang lubang, sekali lipas tu masuk dalam span tu tau. adik boleh tunggu bila lipas tu nak keluar. boleh pulak main nyorok nyorok kan. hahahahahah....


* yeaaa sofa tu memang tempat mencakar pun. wakakakakaka...mak aku punya amuk!!!



ah mell pun nk jugak!!!!!

ah sudah. mana aku nak baring ni????????

last sekali ntah apa jadi kt lipas tu. lari kot....adik pun macam manja manja je gigit kan. manalah nk mati lipas tu...


dah penat, silalah tidur......melingkau lingkau macam ulau atas pagau!!!!!!!



nakal tak ingat budak bertiga ni........nanti aku buat entry pasal cermin baru. lagilah ntah apa apa perangai...sabar je tau....



aku cakap: mak nk buang je sofa tu, tp aku tak bagi. buruk camne pun, tetap best nk landing atas tu. hehehe...

tailor or designer??? =)

hello hello

baju nikah yang diperam dah hantar dah....separuh lega...

merata rata cari tailor yg boleh buat baju tu cantik cantik. akhirnya sampai ke penantian. terjumpa sorang kakak ni....

dia bukan tailor, tp designer!! mungkin tak berapa glamer mcm few designer lain.

she used to work with michael ong before!!

tu yg dia cakap dengan aku lah. takde bukti like picture ke, profile ke. tp kalau tengok baju yg dia jahit kt kedai tu, boleh lah aku cakap cantik!!!

infact, charge pun okay. siap dengan veil yg aku nak, sangat sangat best harga tu.

ada satu veil tu, cantik dan kemas gila beads dia. worth rm100. macam terkejut sebab ingat more than that. pastu terus aku ubah fikiran nk veil. kan aku tak mau pakai veil. eena asmida tau.

eh sebenarnya beberapa hari sebelum tu mcm nk diy sendiri veil. nk ada 3d flowers, pearl. then bila kakak ni cakap dia boleh buatkan, dengan budget yg aku nak, teruslah order sekali...

boleh tak nk rahsia dulu nama kakak ni....??

sebab 2may nanti baru nk first fitting kan, sekali hasil tak seperti yg dirancang. malu jeee kan...

so lepas fitting nanti, hasil dia cantik, baru aku reveal ehhhh...

tp kalau nk tau jugak, pm aku kt facebook atau email jeee....insyaAllah, nanti aku bagitau...okaylah utk orang melaka atau muar yg nk cari tukang buat baju kan.

bukan apa, baju dah mahal, kena lah hantar kt orang yg betul betul boleh jahit. bukan main taram jeee. sayang kotttt.....

okay, doa doa baju aku cantik!!!!!

Saturday, March 26, 2011

kad kahwin, tempah kt seremban

hello hello

hoi hoi ya hoi.....hoi hoi ya hoi....hoi hoi ya hoi.....

kasi nyanyi dulu gembirakn semua orang...sebab lama tak update so budget macam org lain tunggu bila kita nk update kan.... =)

baru je balik dari jalan jalan cari pasal....eh tak, cari kad kawin, cari bunga telur kt nilai....

kad kahwin vendor dari seremban. punya jauh gila. dari melaka, alih alih vendor kt seremban. macam takde je vendor dari melaka!

urm, jujur tak kalau aku cakap takde???!!!!!

last week pergi satu tempat ni, punyalah tak best....so mcm dah give up cari kt melaka. plus, takde member member yg experienced buat kt melaka kan....

najib pulak, kata nk amik dgn kawan dia kan. dah tengok, harga pulak mcm umang aih...mahalnya....* ingatkan dengan kawan, dapat harga kawan kawan kan. ngeh ngeh ngeh...

at last, pergi lah ke sini. sebab bff [fiza] pernah tempah kt dia....dapat 40sen! so sebabkan dia ada experience dengan vendor ni, kita g jelah.

okaylah harga yg dia quote kan...since our budget nk cari kad yg bawah 50sen. end up dapat lah dengan harga 55sen. bolehlah labu.....

bila najib tunjuk yg harga 80 sen lah, 70 sen lah...............big NOOOOO from me. haha. aku tetap nk yg harga budget tu...yelah, mahal mahal pun, lepas je reception, ke tong sampah lah kan...

tu pun, 55 sen bagi aku dah mahal..tp since once in a lifetime, on je...

since our reception ada beberapa VVIP, so aku memang mencari kad yg boleh bagi kat semua orang. takde nk beza beza orang. so hasil kad adalah semi formal.

formal bagi aku, jenis plain.
kalau langsung tak formal, ada gambar kartun kartun.
so semi formal, macam yg kami pilih ni lah...

najib lah insisted nk design tu. actually, kalau lah korang semua perasan, ada satu blog kad kahwin tu jual design lace. najib dah suka dah. dia nk jugak design ni. pelik kan tiba tiba lelaki addicted kt lace pulak. hahaha.

so kami nk set up for appointment dengan vendor lace ni. tp dia kata dia busy. dan appointment boleh dibuat malam isnin je. dan kt shah alam. alamak, semua tak boleh kot. jauh dan tak sesuai pulak masa tu.

terusnya, cari kt seremban je. dan printing ni boleh pulak ala ala design lace kan. tak lah 100% tp at least ada lah. insyaAllah, jumaat ni first fitting kononnya [tengok artwork lah!]. najib ke sana. kalau okay, boleh proceed.

hehehe...tak sabar okay nk tengok hasil.....!!

nanti eena kawin, balik kampung, dah boleh bawak dan pass kt kawan kawan. dah jimat stem kan. 60 sen tuuuuuuuuuuuuu.....jimat jimat....

okay orang seremban ke, melaka ke sesiapa tengah cari kad yg murah yet cantik, boleh ke kedai tuuu..nama dia Pelangi Printing. kt KS [or KM] plaza, sebelah terminal 1. kt luar plaza tu ada sign besar tunjuk Pelangi Printing.

erm tak boleh cakap lebih lebih. belum tengok hasil dia lagi kan...

doa doa lah semuanya selamat.....


oh ye. orang selangor, KL kalau nk yg lace tu, boleh ke sini.....


dah boleh lega sikit dah....

Sunday, March 20, 2011

sabtu 19 march 2011

hello hello



[ni entry untuk diri sendiri. untuk kenangkan sepanjang hayat]

semalam kan kami keluar. cari kain baju melayu najib, kain pengapit lelaki, jumpa vendor wedding favor.
gila!! nk tau siapa owner vendor kitaorg tu??? dayah okay! tengok balik gambar masa asmidah nikah. ada pompuan perut buncit nama dayah kan? dia lah!!!
omg mcm apa apa je tau...masuk masuk kedai, fikir macam kenal je pompuan ni. gaya tudung mcam tudung dayah.
yaAllah, korang dapat tak bayangkan macam mana perasaan tu? bayangkan nk jumpa orang yg korang tak kenal lah konon konon kan. sekali BFF korang!!! hahahahahahah.
aku dengan dayah tergelak je masa tu. tak boleh nk pandang each other. kalau pandang je ketawa. so buat buat lah macam tak kenal kan, pastu bincang balik.
alih alih, aku dengan dia je bergosip sakan. najib ng suami dayah je yg bincang....

alhamdulillah. dapat best price with the best outcome. insyaAllah....

selesai sudah hal wedding favor.

no more telur ye...sob sob sob. telur mungkin ada. tapi mungkin untuk tetamu di malam pernikahan.

tak mau kasi tahu dulu apa jenis favor tu. suprise.
actually, ntahlah. baru ke tak ntah pattern kasi orang tu. sebab kan, kami tak mau kasi beg yg penuh berisi. dan juga tak mau asingkan untuk tetamu biasa dan vvip. so rasanya, favor tu sesuai sangat.

since jumpa kt jusco seremban 2, ke jakel lah kita..

siapa kata shopping dengan lelaki tak penat??? hahaha penat sangat okay. lagi lagi bakal suami kau tu cerewet gilak!!! dia tak bagi aku duduk. bila nk duduk je, ''eh yg ni camne? okay tak warna dia?'' saja je kan.....padahal dah tau kot okay ke tak. dengki lah tu...

tp takpe, last last dapat pow kain lace. hahahahaha. lace yg tinggal 2 meter. tak tau lah jenis dia apa kan. tp kalau tengok pakej kahwin harga dia rm580. tp aku dapat 2 meter dengan harga rm50. okay lah kan. cuma beli lace tu je, lining belum beli.

actually masa tu ada 2 jenis yg aku berkenan. chiffon full beads!!! tawar tawar, dapat harga yg sama jugak. tp.................fikir fikir susah kot nk basuh. dry cleaning bagai. so end up amik je lace. since najib kata tahun ni raya family sana purple theme. hantaran baju purple, so tambahlah satu lagi baju kan. ngeh ngeh ngeh....

selesai beli baju, ke rumah bff fiza pulak. tengok dia yg dah habis pantang. alorrrr lorrrr tomeinya baby dia....macam muka baby anak mat saleh jeeeee.....pastu sangat behave jeee. tak nangis pun. tp asyik nk ajak main je. tak mo tidur....
kami bawak sekali kfc. sebab tau fiza suka makan kfc dan dah habis pantang kan...
lama jugak kt rumah dia. siap nk habiskan tengok movie.

pastuuuu...ke melaka. cari kad kahwin. aku tak buat survey pun pasal kad kahwin ni. yg tau, kt melaka ni punya hot vendor, kadkadkahwin tu lah. otw tu call kawan najib, tp kedai dia tutup pulak. so memang kena ke melaka. actually op kitaorang pun ada bisnes kad kahwin. tp, ntah najib kata, cari lah orang lain.

tapi, tak berapa kenan lah ng kadkadkahwin ni. corak terlalu fancy. macam tak sesuai nk bagi semua orang. yelah, majlis aku memang akan ada ramai vvip. so takkan nk tempah yg lain utk vvip kan. kalau boleh, biar semua orang terima kad tu. then budget kami pun macam bawah 40sen je kan.

fiza kata masa dia beli tu, 40 sen je. dah boleh dapat 2 side family, glossy paper. ni yg worth 40sen, guna paper biasa jeee....sooooooooooooooooooooooo...tak best.

minggu depan dating lagi tengok kad kahwin lain.

ke ssf pulak. konon nk cari bunga telur kan. tapi najib nk jugak yg macam ktorg nampak kt zc nilai tu. ala yg macam asmida punya. pastu dia nampak bunga ssf, dia suruh je aku pakai bunga tu utk handbouquet. dia kata tak payah fresh flower ni. kalau nk, dia boleh bayarkan. tengok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kalau bab bab tu je, asal boleh nk sponsor kan. hahaha.

cari punya cari. last last beli berus tandas 2! ahahahahha. sebab murah kan satu rm2. beli lah satu utk rumah sendiri, satu utk bakal bilik air aku. ngeh ngeh ngeh.

dan terfikir buat apa aku buat bunga telur kan. sebab malam tu bukan ada majlis berinai pun. takde siapa yg nak pun. so............amik keputusan, tak payah nk DIY bagai bunga telur. beli bunga ssf tu, alter sikit sikit, letak kt mini dais. dan mak td suruh letak bunga rampai sikit....alhamdulillah. dalam kalut kalut nak dekat tarikh ni, ditenangkan hati supaya boleh berfikir....

pastu g jusco. cari bantal. ni pun sama. aku tau je najib tu jenis camne kan taste dia. tp dia saja je nk buli aku....
dia tak bagi aku rehat. ada je yg dia tanya.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....gembira jugak lah, dia tanya pendapat aku kan. yelah bantal untuk aku jugak. dia tau mana yg terbaik....cayalah sayang i....

dengan jusco takde plastiknya. adoyai.

tau. dia bawak bantal peluk ntah camne gaya ntah. asal dia berpusing je, bantal tu terpelanting kt kepala aku. pastu aku marah dia, dia marah aku balik. pastu gelak gelak.
malu aku sebab masa dia tibai aku tu, semua orang macam sengih sengih. tah apa apa....

okay, last sekali untuk pujuk aku sebb tunggu dia lambat gila pagi tu, dia belanja aku durian. dapatlah makan durian walaupun durian jusco. pastu beli buah berangan sikit. nk rasa kan....

balik rumah, dia tolong angkatkan cabinet baru mak. makan jap apa yg mak beli kt pasar malam. pastu dia balik. terus rindu balik. sob sob sob...

tak sabar nk kahwin. nanti dah dating, dia tak payahlah balik tampin kan. esok pagi baru g kerja dari melaka.

dah kawin kang, tak boleh duduk serumah. maksud aku, tak boleh duduk melaka. sian dia penat drive hari hari sejam lebih ke rembau. takpelah. at least boleh jumpa seminggu tu berapa kali..............


sebenarnya, start semalam tak berapa best. sebab aku naik bas ke tampin, smpai kul 10 kan. aku call dia tak angkat. nk kena ni. sekali dia belum mandi lagi. tension lak aiiii....duduk kt tempt bau busuk, tunggu setengah jam kot...
time dia sampai tu, konon konon feeling romantik lah tu. dia sms ''cuba pandang tembusi tiang tu'' sebab dia stop kereta aku tak nampak. konon konon nk pujuk lah tu. haaaa tak dapat. masuk je kereta terus aku emo. dalam kereta pujuk mmg tak jalan lah. aku kan. tengah panas hati, mana boleh dipujuk. makin panas adalah....

dah lah hati tengah panas, sekali dia nyanyi pulak lagu awan nano. lagilah aku berasap!!!!!!
aku tak suka kot lagu tuuuuu......sekali ada lagu padi, sahabat. terus aku suruh dia kuatkan radio. mula mula cam annoying gila najib ni. dia cakap ''i tak suka kuat kuat. i nk drive''. cehhhh menyirap okay....!!!!
sekali tu dia kuatkan radio sekuatnya, dia pulak oven menyanyi kuat kuat. hahahahahah...tergelak je aku....

last last, okay dahhhhhhh.....dah berbaik baik...natural je benda tu.....

sebenarnya, ntahlah rasa macam najib tak kenal aku lagi....aku mmg panas kalau aku yg menunggu. aku tak suka menunggu. aku memang punctual. tu yg kalau nk aku naik bas, dia mesti dah ada kt sana. dia yg kena tunggu aku...!

then aku kalau dah panas, tak boleh terus pujuk. nanti aku terus menerus panas hati...tunggu lah kejap, aku sejuk sendiri. tu yg aku agaknya banyak kali pujuk diri sendiri kot....najib pun kata, kalau pujuk pun takde gunanya sebab tak jalan. hahahahahhahaha....

dah kahwin kang, ntah camne agaknya kan......makin romantik ke, atau terus tak romantik. yelah najib ni, romantik dia lain. tah. macam romantik, macam tak....

takpelah, yg penting urusan nikah ni dipermudahkan. bila stress pasal bunga telur tu, last last tak payah buat. takke ianya dimudahkan????? kan...cuma mungkin kena doa banyak banyak dimurahkan rezeki.....

okay nk terus post. tak payah check sebab aku sendiri yg faham.

kalau korang baca sampai habis, terima kasih....

asmida :: malam berinai

hello hello


okay part malam berinai pulak....

* sedih sebab tak bawak camera, jadi gambar tak banyak. kalau dulu, camera yana je dah 2! aku, eena...siap nk singgah mcd, transfer gambar....

tumpang rumah eena kan, siap siap segala. pastu hujan lebat. redah jugak pergi rumah asmida.

tema ala ala arab kan. so pakai jubah. haha. gedik jeee...

* asmida muka pelik sebb dia cakap, apa eh nama net yg tutup muka dia tu, purdah kot. ketat sangat.

hujung tu lin. anak dia dania. sangat comel....!!!

bila kenangkan diri yang bakal berjauhan dengan suami, masing masing ingatkan lin. sebab dia lagilah jarang jumpa suami dia. 6 bulan kot....
at least aku, seminggu sekali boleh jumpa. at least okay.
asmida pun sama. kalau dah rindu, redaaaah jeee!
ni kalau lin, camne???? sabar je lah kan. tabah betul dia besarkan anak sorang sorang.....


geng 3 magenta convent.

ni je tinggal.....sob sob sob.....


gambar ni................hahahahahhahahahaha. punyalah kawan kawan aku jeles....tengok lah muka bangga aku.....sebab dah salam salam konon merenjis kan, tiba tiba terus duduk sebelah dia....
muahahahahahahha...


lepas tu terus makan [ada sup tulang!], balik rumah yana. tidur tak ingat dunia. bangun lambat, ada drama pulak esoknya......

okay bye.....

bersambung: reception

asmida :: nikah

hello hello

* update maha lambat. soooooo not me!
* lambat post je, taip entry ni sehari selepas balik dari perak. mintak izin dari asmida dulu. theeeee.....

alhamdulillah....bff asmida dah selamat menjadi puan asmida...

sob sob sob....

aik kenapa sedih??? ntah, ada perasaan sayu bila dia dah selamat jadi isteri azmi...tapi, semua orang gembira...!!

kalini, tak bawak camera. so gambar adalah ehsan dari eena. thanks eena.



bertolak dari rumah eena. thanks eena & mama eena tumpangkan aku ng yana untuk bersiap.


yang tengah tu dayah. caya tak dia pregnant 5 bulan?? aku rasa perut aku lagi besar dari perut dia. infact, tu lah gurauan kitaorang hari tu. sebab macam tak percaya dia pregnant!!! hahaahah.


semua perasan, geng makin lama makin mengecil. lepas ni lagilah tinggal sikit je kan....


gila semua pakai baju hitam apahal??? aku je pakai warna warna ceria. kakakakaka.


setelah sah!!!!!


azmi the groom..


alorrr lorrr lorrr....



so sweet lah dorang ni. muka pun lebih kurang jeee...

semoga panjang jodoh hingga akhir hayat ke darling asmida & azmi....


make up : dayang sari spa, teluk intan [sila google]
pelamin: dayang sari spa, teluk intan
OP: rizalismail team [oh chenta]
busana: tempah sendiri


to be continue - malam berinai.

74 hari.

hello hello

harini tinggal 74 hari lagi. ya allah. satu apa tak buat lagi....tp nasib baik vendor vendor yg penting penting dah siap cari, bayar deposit. satu kelebihan di situ.

cuma baju!! dua dua baju belum siap!! hahahahaha.
baju nikah, minggu ni try nk jumpa sorang akak ni. nak tengok dulu baju baju dia kt kedai...

urmmm, macam tak percaya dah nak kawin kan....rasa macam...............??? ntah. tak tau nk cakap camne perasaan tu. normal ke?

semalam jumpa najib pun, banyak kali monolog sendiri. urm...

najib pun banyak kali cakap ''dah nak menikah kita ni''

adessssssssssssssssssssss.....kenapa aku ni???

normal ke bila rasa macam ni????

sorrylah kalau lama tak update apa apa lately ni. malas nk bayar bil. sebab bayar pun, service ntah apa apa. celcom broadband ni mmg cam cilanat kan...

Sunday, March 6, 2011

keperluan ke rumah mertua.

hello hello

macam aku, lepas reception terus ke rumah mertua kan. so aku buat list. even benda ni nampak macam remeh temeh, tapi awas lah kalau ada barang penting tertinggal kan. lagi lagi aku. rumah mertua as a second home sweet home *insyaAllah. lagi lah detail list tu.
* well aku memang terkenal dengan list yg konon konon detail kan. haha.


let check it out darling[s]....
* banyak dari list ni untuk bride to be je, untuk groom to be pun ada sikit. sebab aku tak tau apa keperluan orang lelaki. hehe


1. luggage

luggage kena besar. boleh angkut semua. lagi satu tak lah rupa macam minah indon kan kehulu hilir bawak paper bag lah, plastik lah. lagi lagi macam aku. kalau boleh satu rumah nk bawak. humban je dalam tu terus. senang!!


2. toiletries

yea, mungkin ada suami yang alert keperluan bakal isteri dah sediakan semuanya, mungkin ada yg tak alert. tp apa salahnya berwaspada sentiasa. lagi pula, setiap orang lain lain pilihan kan. mana tau, kita suka pakai syampoo sunsilk, pasangan suka pakai rejoice. so, masukkan sekali dalam list tu.

masukkan segala jenis keperluan dalam tu. deodorant, syampoo, sabun mandi, perfume, cologne, ubat gigi, berus gigi jangan lupa dan etc..


3. selipar / sandal / kasut kerja @ berjalan


pagi pagi, mak mertua kejut suruh pergi pasar beli ikan, takkan nk pinjam selipar adik ipar kot. buat malu jeee...

petang petang ayah mertua mintak tolong siramkan pokok bunga, takkan nk pakai high heels kot....style banget menantu aku ni....!! haha

even bila dah bawak selipar, sandal pun penting jugak. nk berkunjung ke rumah saudara takkan pakai selipar je kot. * unless kalau selipar ko betul betul coach!


dan penting juga membawa high heels atau wedges. selain menggayakannya pergi rumah saudara mara *lepas kahwin mesti kena pergi rumah saudara mara belah lelaki kan, sesi kenal mengenal, kalau tiba tiba kecemasan kena pergi kerja dari rumah mertua. ada standby kan???


4. baju tidur * yang sopan dan tak sopan


kalau boleh yg sopan tu, biarlah yg berlengan panjang. kalau boleh aku cakap. tp terpulanglah pada selesanya korang di rumah baru. agak agak malu, kn senang!

make sure jangan yg jarang okay. kang bukan suami yg terbeliak bijik mata, satu rumah fengsan!!! hahaha.

baju kelawar pun okay jugak.

pastikan baju kelawar yg baru dan takde lobang lobang ye. hahaha. * macam terkena kt batang hidung sendiri jeeeee.....

baju yg kurang sopan, tu dalam bilik tidur je pakai. jangan lah sesekali berniat nk pakai kt luar bilik tidur. tak pasal pasal kena maki dengan keluarga mertua. hahahahahaha. over uuu....!


5. untuk sembahyang

telekung, anak tudung.


sejadah juga.


6. panties / bras

haaaa??? nk gambar????? tumbuk kang.................!!
pastikan mencukupi ya......


7. getah rambut / cekak rambut / sepit rambut dan segala yg berkaitan dengan rambut


rambut panjang, lepas tu saja lepaskan masa tengah hidang makanan. takke menyiraaaaappp je rasa. tau lah rambut tu cantik!!!

bila mak pak mertua tengah cedok kuah kari kepala ikan, kantoi ada rambut. takke malu?????


kekemasan kena jaga okay.


8. sikat rambut

kalau rasa geli nk share sikat suami, bawaklah sendiri. ada je sesetengah orang yg tak suka berkongsi kan. lagi lagi memang dah tau, rambut suami @ isteri tu berminyak lebih, ada kelumumur. tak nak pasangan kecil hati, bawak je sendiri.


9. panty liner / pad

datang bulan, pinjam pad pulak kt adik beradik ipar. malu tak rasanya??? muka dah cantik, tp kenapa tak prepare awal awal betapa penting nya 2 benda ni???? sendiri mau ingat!


10. tuala muka / tuala mandi


sangatlah penting.........................!!


11. kain batik / kain pelikat


sekali, mak mertua teringin nk tengok skill kita pakai kain batik. haaaa amik kau!!! boleh refer kt blog ni. cara cara pakai kain batik. haha. takpun, belajar dari sekarang dari mak korang.
* peringatan untuk diri sendiri jugak ni....


12. seluar / baju untuk kegunaan harian
sama lah macam baju tidur tu. tp ni untuk kegunaan siang hari. pastikan menutup aurat atau elok dipandang. ingat, kita ni kt rumah orang lain. even mertua, hormat jugak tuan rumah. kalau kt rumah sendiri lain ye.


13. pakaian untuk berjalan
ala macam lah tak tau......


14. anak tudung / tudung
perlu ke nk explain lebih?


15. baju kurung etc
kalau adat orang jawa, di awal awal perkahwinan, suami kena bawak isteri ke rumah saudara mara. macam sesi beramah mesra lah. yelah, ahli keluarga baru kan. pakaian kenalah molek molek. haaa macam tu...


okay so far tu je yang aku ingat. list ni akan di update dari masa ke semasa. kalau ada apa apa yg idea lain, jangan segan silu nk share ye.....


daaa darling....


aku cakap1: aku tengah aimed coach sebenarnya. tu yg asyik gambar coach jeee. theeeeee...

Saturday, March 5, 2011

S.O.S kit

hello hello

satu hari tu, aku mimpi ngeri tau. pasal hari kahwin lah. banyak hal yang terjadi, tapi paling tak bley tahan, isu inai tak merah. inai aku warna kuning! dengan dah nak bersandingnya lagi, nk ke tampin lagi. haha.

esok terus gegas buat S.O.S kit. actually, kit ni adalah untuk peringatan pengapit kita jugak. para para pengapit, kena alert pasal kit ni. so adalah tanggungjawab kita sebagai bakal pengantin untuk buat list S.O.S kit ni dan terangkan pada pengapit. kalau terlupa pasal ni, nahas lah wedding ko...

pengapit tu aku rasa macam PA kita untuk beberapa hari. apa yg kita lupa, tugas pengapit lah yang tolong mengingatkan. so penting untuk berkomunikasi dan sering pesan-memesan.

okaylah. aku share ye apa S.O.S kit yang dah aku listkan. hari dah dekat nanti baru email @ print kan untuk pengapit.


1. backup inai - inai tiub

in case korang nk pakai inai daun dan terkena pulak inai tu tak berfungsi seperti yang diharapkan, ketika itu, inai tiub sangat berfungsi ye. lagi lagi bila sedar jari tu bercapuk ke, atau apa apa jelah. so boleh tempek sekejap inai tu. dan tinggg...!! terus merah.
* hoh, mimpi tu betul betul menakutkan aku tau!

2. minyak kapak


ini adalah petua untuk mendapatkan inai yg merah. ada petua yg aku dapat, boleh juga pakai vicks. so baik standby 2 benda kecil ni.
cara pakai - sebelum basuh inai, sapu dulu minyak kapak @ vicks pada jari jemari. dalam beberapa minit. kemudian, basuh! insyaAllah, merah.


3. sewing kit


maunya baju pengantin terentas ke apa kan, tak ke kabut??? oleh itu, sewing kit amat berguna di kala kecemasan. sediakan jarum dan benang. rasanya ada je kan jual kt kedai rm2 yg dah siap macam macam warna benang tu.....done!
tapi, kalau tak mau bawak bekas yg besar, sediakan benang yg sesuai dengan warna baju pengantin korang. enough! mudah bukan?


4. extra shoes


kalau tiba tiba tumit tu patah di kala tengah berarak, apa perasaan korang???
sediakan payung sebelum hujan. short and brief.


5. selipar


takkan nk kemana mana pakai high heels kan??? urm...


6. tissue / wet tissue

sangat penting lagi lagi masa akad nikah. haha. lagi lah pengantin macam aku kan, cembeng!
juga siapa yg planned pelamin berada di luar rumah. dapat pulak atap zink. okay, siapkan berdozen tissue please.....dan untuk pengantin yg kuat berpeluh walaupun berada di dalam aircond. oho, kena ingatkan najib ni, sebab dia kuat berpeluh.

wet tissue - kalau berlengas sangat, boleh lap kan??? ops, maksud aku bukan lap muka. tp di mana manalah yg tiada make up cantik beribu ribu tu. haha.


7. lip gloss / lipstick

lepas makan, sure bibir kembali tak bersinar. maka inilah fungsi membawa lip gloss sekali. dan tugas pengapit untuk tolong apply kan pada pengantin. hehe.



8. extra brooch / pin baju / jarum peniti


untuk tudung, baju etc etc.




9. blotting paper

selain tissue, blotting paper adalah untuk menyerap minyak di muka, leher. penting jugak!!


10. breathmint
gula gula mint. kalau lah tak sempat gosong gigi, mungkin boleh menolong. hahaha. ada ke pengantin lupa nk gosok gigi???? ada kot.... =)
hehe, takdelah. at least, biarlah pengantin lelaki@ perempuan rasa selesa. takkan nk biarkan orang sebelah tahan napas nk bercakap kan???



tu je yang ada dalam senarai aku. yang mana perlu dibawa semasa reception, letakkan dalam beg yg comel. aku fikir, beg comel pun boleh jadi prop untuk pengapit pegang kan...* dan untuk hadiah terima kasih!

dont worry yana, i will get it for you...


okay semoga membantu......daaaa...!!


update: thanksss to meowwmania

11. mineral water
mineral water mungkin juga sesuai untuk outdoor photoshoot. kang haus!!!



aku cakap: all pictures credite to google and other sources. thank you in advance...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails