:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, April 23, 2011

may's payment

hello hello

yes 40 hari lagi. hati ni jangan cakap. rasa macam tak percaya pun ada. kejap je tu. pejam celik tiba harinya. huh.................takut!!!!



wedding cake deposit = rm50.

design memang nk macam tu. najib suka corak melingkar tu. hari tu, kitaorang gigih tawaf kedai kek kt tampin tanya pasal design ni. siap pergi secret recepi. tp SR tak boleh customized kek tu. kena ikut apa ada dlm catalog. huh, kalau boleh, mesti kejap je licin kek tu kan.

akhirnya, dapat sorang baker ni. akak ni duduk seremban.

oh ya, kami mencari mereka yg boleh dtg dewan dan set up di dewan. senang!

akhirnya jumpa akak ni. harga pun not bad. aku ingat dia quote mahal. tp bila baker lain balas email aku, quote aku rm500+, sampai ada rm900+, oooo aku fikir MURAH! kawan aku pun kata berbaloi bayar mahal dari rugi kemudian hari.

warna dan final design bincang lepas byar deposit.

* aku lupa mana aku amik gambar ni. anyway, terima kasih for this idea!! gojes...
* blog akak tu, aku bookmark kat pc office. so nanti dah kawin baru reveal ye...


wedding shoe - rm150

tidakkah ianya menggiurkan??? akhirnya aku jumpa jugak kasut idaman aku. harga mampu milik, tp macam membunuh jugak lah since makin dekat ni byk nk pakai duit. so apa kata esok kita survey kt jusco, kt mahkota parade, kt dataran pahlawan. kalau jumpa yg lagi cantik, lagi murah, kita pandang je sebelah mata kasut merah ni....

ada banyak kasut merah yg cantik cantik. oleh kerana malam malam bff tak online, maka tanya je pada ex officemate dan juga merangkap kawan baik tak baik sangatlah sebab selalu gaduh gaduh manja. dia kata cantik! aku tengok berpuluh kali jugaklah kasut ni. dan aku banyak kali jatuh cinta sama ini kasut. ahhh gojes!!!!

boleh tengok kt sini. ada je yg lagi gojes. lace lagi. boleh customize nk lace tu warna merah ke apa kan. tp bagi aku, kasut ni memang yg aku nak, memang aku idamkan kasut macam ni...


* suka terbukak depan tu. ada effect seksi. celah mana seksi tu, aku pun tak tau. hehe.



dodol untuk goodie bag = rm50

lupakan makanan yg pelbagai atau cenderahati yg merepek repek utk di isi dlm goodie bag. aku tak minat. plan aku, nk letak 1 jenis makanan semata mata.

tapi siapa tau, rezeki nk kahwin ni murah macam duit jatuh dari langit. sepupu kesayangan nk sponsor sesuatu juga utk diisi dlm goodie bag malam nikah. nk tolak, asmida marah. dia kata nanti orang tu kecik hati. bila orang dah bersungguh nk sponsor, terima je walaupun lari dari plan kita.

baik lah, siapa lagi nk sponsor??????????????????????????????????????????????? HAHAHAHAHAHHAHAHAHA...

sampel dah dapat. memang sedap dodol ni. terbaik dari ladang dodol!

* walaupun dah berkali kali aku cakap, nk jugak cakap lagi sekali. betapa aku bersyukur ada sepupu yg sangat baik hati......!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku bersyukur keluarga kitaorang takde yg berantakan yg menyibuk itu ini, malah banyak membantu.....i love u more [abah's side]


first fitting deposit = rm150

hari tu masa hantar baju tak bagi deposit. sebab aku cakap betul betul aku takde duit. yelah aku hantar hujung bulan kan. aku bgtau akak tu, first fitting saya bayar half, nak amik kang saya bayar the rest. dia kata okay.

so, first fitting will be on 5th may. ahhh cant wait...!!! camne lah rupanya. muat ke tak. almaklumlah gained weight maha hebat!

* bila baju dah nampak cantik, baru aku reveal ye siapa designer tu....


banyak lagi kena bayar. hotel untuk mua, coklat untuk budak budak..........


kena confirm dengan mua, dia nk hotel camne. kalau bg hotel budget, dia okay tak? sebab kt depan rumah ada hotel. tapi budget lah...hotel sentosa melaka.

senang kan kalau dekat dengan rumah aku. rumah aku pun dekat dengan bandar. so lepas make up tu, boleh lah dia jalan jalan area melaka.


okay, berjumpa kembali di lain siaran. daaaaaaa....................!

Wednesday, April 20, 2011

choki choki

survey kt kedai borong kt satu lagi kedai borong makanan ringan & gula gula kt area melaka.  dan juga area masjid kg hulu tu...

choki choki - 1 kotak [ ada 60 batang coklat ] = rm10.50

churp churp - 1 balang [ ada 100 batang free 8 batang = 108 ] = rm38.00

murah ke eh???





-----------etty-------------

sijil kursus kahwin hilang???

hello hello

part 1

yes....korang senasib dengan aku....ke aku senasib dengan korang?? hahahaha.

tapi harini, aku dengan baik hatinya share dengan korang, camne nk dapatkannya semula. tu pun kalau korang dah give up, malas nk cari mana letaknya sijil tu...macam aku. yes, sangat dah give up!

untuk orang melaka je okay. bukan melaka, aku tak tau. aku bagitau ni, korang ikut sebijik sebijik sebab sebelum aku pergi sana, aku dah call maim lah, maim bentara lah. dorang cakap suruh pergi sini, pergi sana. last last masa aku terbuang camtu je berjalan sana sini...cissss....

untuk menyenangkan korang, sila buat surat sumpah dulu kt pesuruhjaya sumpah @ commissioner for oaths. aku recommend buat kt plaza mara, jalan hang tuah. kan ada bank rakyat tu kan. naik kt bazar tu, tingkat satu ada food court. pandang atas, depan tangga je P. Sumpah tu. bagi salam dan terus cakap nk buat surat sumpah hilang sijil kursus kahwin.

sebab apa aku recommend tempat ni. sebab pegawai tu baik. senyum jeee. dan dia tolong buatkan surat tu. guna type writer okay. format tu dah ada dlm kepala otak dia...
dia pun takde nk tanya ko hilang sebab apa. hahaha. mestilah dari rumah aku dah susun ayat nk buat alasan apa kan. sekali takdo. dia cuma tanya nk apa??? aku cuma jawab, saya nk buat surat sumpah hilang sijil kursus kahwin. so nanti dia tanya bila kursus, kt mana, anjuran siapa.

tarikh kursus mesti tepat ye....

bayaran...murah je....tak lebih rm20 pun. cepat pun cepat.

okay bila dah dapat tu, sila buat copy untuk diri sendiri. supaya tak hilang lagi.

nk hantar kt mana ni??? MAIM ke maim bentara????


dua dua salah!!!! information yg aku dapat dari org org yg aku call tu, semua tak betul!!
*MAIM yg dorang maksudkan kt aku, tempat yg korang ambil dan hantar borang nikah tu ye..kat rumah kedai yg sebelah open university tu...
**^%##$^&*((*^%#$%

jadinya, sila lah pergi ke kompleks MAIM. yg berada betul betul sebelah masjid al azim tu. ground floor. unit keluarga MAIM. kt ground floor tu ada 2 unit je. zakat dengan keluarga. so pergi kt unit keluarga.

mula mula tanya, saya nk buat laporan tentang hilang sijil kursus kahwin. macam mana prosedurnya? nanti baru dorang tanya ada buat surat sumpah???

bila dah ada, dia bagi borang pencarian. isi segala detail kita. dia bg jaminan dokumen akan dicari dalam tempoh 3 hari bekerja.

dah siap isi form tu, hantar ke kaunter balik. nanti pegawai bertugas akan terangkan kt kita camne proses dia. 3hari bekerja tu. bila dah jumpa, dorang akan call kita. bayaran tidak dikenakan. wakil pun boleh tolong ambilkan.

macam aku. petang semalam balik, dalam masa 2 jam je dia call bgtau dah siap...so boleh datang ambil...senang je kan. yg susah, orang orang yg aku call cakap berbelit belit...

terima kasih pada customer service unit kekeluargaan MAIM. ramah menjawab soalan aku, dan recommend kan tempat angkat sumpah tu. memang terbaikkkkkkkkkkk.....

pengajaran: simpan baik baik sijil tu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, April 14, 2011

mell in facebook!!

hello hello

klik gambar ke page ahmell genduit.


homaicattttttttt......................kucing zaman sekarang, terlalu didedahkan dengan IT dan teknologi. hahahahahahahaha....

okay okay, ahmell anak sulung. jadinya dia didahulukan. yg lain menyusul kemudian ye. ikut step. jangan berkecil hati, mak turutkan nanti.
* promise

genduit -> sila baca nada zizan cakap bukuit kepuing. ah....aku failed ikut macam zizan!

tapi sebenarnya tak perasan pun. lepas adik aku bagitau, aku baru perasan.


genduit tu gendut. kan aku selalu panggil mell gendut, panggil adik & ahboy kendut. ntah apa apa pronounce.
* nasib le kome dapat mak gedik...gediuk....hahahaha...




yes....marilah sama sama like ahmell genduit.


ahmell genduit - mell pun nk gelamer jugak. ingat atuk usop wilcarrrr jeke nk gelamer??? ate mell pun nk leeee jugak....

mak - amboi tak agak agak nk bagi contoh.

Wednesday, April 13, 2011

owh, i miss him.....!

hello hello

serius, rasa sedih, rasa kehilangan, rasa rindu sangat malam ni......

najib pergi induksi. 2 minggu. mungkin 29 april ni baru jumpa. itu pun nk serahkan segalanya, borang, barang hantaran, kad kahwin yg dah siap.

lepas tu, kuarantin lagi sekali...

serius lah....aku sangat hati tisu sekarang ni.......


ya Allah, lancarkanlah segalanya. kau lindungi dia dari sebarang malapetaka alam, kecuaian diri sendiri mahupun orang lain, hasad dengki manusia lain.

risau sangat. aku bermimpi macam macam sekarang ni. arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....stress!!!


i miss u....



aku cakap: aku cukup tak suka dengar orang cakap, ''ala, mula mula kawin memanglah excited. cuba dah beranak pinak kang. tau langit tinggi rendah. urm bagi aku, memanglah lagi banyak cabaran. tp tak boleh ke maintain kan perasaan mula mula kahwin dengan bila dah berderet anak??? takkan bila anak dah berderet hilang cinta dan kasih macam mula mula kahwin...??? pelik lah orang orang ni. kahwin atas dasar cinta yg sekejap je ke???

pelajaran rumah tangga - bekal air suami

hello hello

wahhhhh tajuk gempak!! belum lagi kahwin, dah pandai cakap rumahtangga. tengok ticker tu tinggal bape hari lagi. haha.

ehem ehem...okay meh dekat dekat....saya hendak bercerita....!

kt office, aku rapat dengan budak budak HR. sebab dulu aku HR. kebetulan, dua dua budak HR tu dah kahwin. sorang atas aku, sorang bawah aku [umur]. dan puan PA datok tu yg agak berusia. umur lebih kurang mak aku. 40++.

bila bercerita tentang hal rumahtangga masing masing, maka terkeluarlah pelbagai cerita yg seronok, tak seronok. yelah, masing masing baru kahwin. muda lagi kan. yg sorang tu pulak, balu. lagilaaah dah lama kan hidup rumahtangga camne. cuma aku lah, out. tapi dengar je lah dorang bercerita dan jadi tukang gelak, tukang kutuk.


okay, lemme share 1 story.

akak HR ni, suami dia jenis tak minum pagi. so dia memang cakap, dari awal kahwin dulu memang tak buat air sebab suami dia memang tak minum pagi. kalau buat pun, confirm air tu takkan disentuh. so, sampai ke harini, dia mmg tak buat sarapan untuk suami dia.

suami dia akan minum pagi pukul 10-11++. which mean, dah sampai office baru breakfast lah kan.

dorang ni pulak PJJ. akak HR ni duduk melaka, suami dia kerja kt PD. balik melaka hari rabu dan sabtu je.

tapi................................
puan PA ni bagi nasihat......aku rasa, nasihat ni bagus dari seorang yg berpengalaman. dan aku anggap, nasihat dari seorang ibu kepada anaknya.

buat je air tu. letak dalam termos buat bekalan untuk suami. so nanti dia sampai tempat kerja dan tiba masa nk breakfast, air dari isteri yg akan diteguk dulu, bukan dari tangan orang lain. macam simple je kan, tp besar impact dia.

akak tu buat alasan, kalau buat pun, suami dia macam terkejar kejar nk cepat gerak balik PD.

puan PA tu pulak balas ''dah tau suami jarang balik, nk pergi kerja awal pagi, tak boleh ke bangun awal sikit. bukan selalu pun kan''.

haaaaa amik. betul betul macam mak mak kan...

ye betul. nampak je benda tu macam simple gila nk mampus. remeh temeh. tp siapa tahu, pasal seteguk air tu lah bukti sayang dan kasih kita pada suami. dan mungkin boleh buatkan suami kita setia dengan kita dan asyik teringat tentang kita [isteri]

cuba bayangkan, dah lah jarang balik. lepas tu hari hari minum kt luar. bila masa dia nk merasa minum sarapan dari tangan kita kan.

ni, dah lah jarang balik. hari hari pekena kopi janda kt kedai minum janda depan office. mana tak sangkut dengan janda. haaa jangan main main zaman sekarang ni.....

oleh itu...ambil lah pengajaran ni.

kalau sayangkan suami, rumahtangga....benda yg kecil tu pun kena ambil kira. mengelakkan suami mencari yg lain suatu hari nanti. kita sendiri pun tak nak kan...

aku cakap bukan sebab aku nk tunjuk pandai ke apa. tp aku kongsi dengan semua cara cara nk ambil hati suami walaupun benda tu sangat sangat remeh tapi senang sangat nk buat.

solution nya adalah;

beli termos / bekas air yang tak lah membebankan kita harga dia pun kan.
buat air yg paling suami suka. kalau tak suka pun, air suam pun jadilah labu.
bekalkan suami dengan air tu sebelum dia pergi kerja.
bila waktu makan, minum, suami akan minum air tu instead of dia order air kedai.

[tapi kalau suami tu nak jugak minum air kedai, tu nasib kome lahhhh]



maka, suami akan bertambah sayang pada kita....kan....

alhamdulillah....aku dapat ilmu ni sebelum aku kahwin. insyaAllah, aku praktikkan....

Monday, April 11, 2011

goodie bag - nikah...

hello hello


[entry yang telah dijadualkan. aku busy wok kt opis]


theeeeee heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!

aku tak biasalah nk buat teaser ke apa. aku reveal terus...! sebab aku ni kan, alahai tak rajin nk update blog. roh rajin datang, baru aku rajin.

okay ni ha, tunjuk terus paper bag, plastic bag yang akan digunakan utk favor malam nikah.

beli kt daiso dataran pahlawan...ate memang rm5 kan...

masa mula mula aku survey, memang dah jatuh cinta kt yg belah kanan sekali tu. atenya memang aku suka english style camtu kan. kena pulak aku mmg suka benda yg simple. kira kira, ada 30 dalam tu. sekeping 17sen. yes lah. dapat gaji terus beli nanti. sebab duit tak cukup masa tu.

sekali, time nk beli tu...tinggal 2 bungkus jeee...sedih makcik nak...!

kene le teman beli yg lain. bolehlah labu, asalkan cantik...asalkan murah.....


dan untuk gandingan ideal, maka kita jodohkan le mereka dengan ribbon fink fink juga....
mohle teman perkenalkan DIY teman yg rajin bebenor teman jahit ni...

gua jahit okay!!! JAHIT....lu ada bran?????


teman pun idok lah tau angin mana yg menyerap dalam badan ni, boleh lak teman rajin bebenor nk menjahit. mesti mak teman pun agak shock melihat teman cenggitu...

so nanti tinggal masuk je barang dlm tu, pastu stapler. siap.

aku ni bukan jenis suka menyusahkan orang. karang sepupu sepupu aku tinggal stapler je. kalau aku tak buat ribbon tu, susah pulak nk mengikat bagai.

nah sayang sayang aku, korang tinggal stapler je nanti....


jumlah untuk bungkusan favor malam nikah:

[paper bag] 8 bungkus x rm5 = rm40
[ribbon] 3 rolls x rm0.60 = rm1.80
jumlah = rm41.80


okaylah tu. kalau pakai beg yg biasa tu, mahal gak kan.

oh yea, aku perasan kan ribbon kt ssf murah lah [saiz kecik]. 60 sen. kt kedai lain, singgit lebih...tu yg aku borong sakan kt ssf.

Sunday, April 10, 2011

penyibuk kuasa 2!

hello hello

macam mana tak kuasa dua??? dua dua ni dah sepakat dah. asal aku open table je, ada. asal aku bukak kotak hikmat aku, dorang pun datang....

camne camne???

kaboy tu jarang nk kacau. asyik tidooo je....dia tak berapa nk heran...

dalam usaha nk tarik sikit ribbon tu dan buat bahan lompat lompat. dia kalau dapat apa yg dia suka, lompat tak ingat dunia tau. adik ni, pelompat paling tinggi kt rumah. tu yg aku suka nk main dengan dia. main dengan lidi je cukup. terloncat oncat dia. suka aku.....!!


lagi dia suka sangat dengan bunga. tu sebab kt rumah mak takde bunga. habis dikerjakan...


mula mula ahmell duduk pandang je tau. ni dah dapat dah...suka dia dpt gigit. tapi mana boleh percaya dengan muka tulus, suci muci ni...janganlah percaya...maka kalau percaya, jahanamlah bunga hantaran aku tu....


tengok!!!!!!!!!!!!!!!! kan dah bagitau. bila sorang dapat peluang gigit, sorang lagi mesti tak mau ketinggalan punya....mana aci kan...mesti mau jugaaa......


dah kena marah gigit bunga besar, dia usha yg kecik ni pulak. hai lah...dasar suka ambil peluang....! sekali lagi jangan percaya dengan muka inesen dia tu...pehlissssss...dorang suka bermuka muka....


ni lagi sekor...lagilah pandai bermuka muka. kejap muka ayu, supan gitu...sekali amik kau. dia taiko segala kekejaman kt rumah ni....

kalau lepa sikit ni, habislah....habislaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa hantaran aku....!!!

memang nk kena sebat!!

atenya, tinggey 53 hari lagi je yeop!

hello hello

bakal pengantin masih boleh berfoya foya ye tatkala hari sudah menginjak ke angka paling sedikit. rasa kena lempang hari hari kot baru dia nk siapkan segala kerja yg tergendala tu....

barang belum beli:

1. bedsheet. terfikir fikir nk beli camne. bukan ada tangkap gambar dlm bilik pun. ada pun masa gedik gedik je. hari tu dah kirim kt nurul [cousin paling sayang]. kot kot dia boleh tengok kan kl. atenya, takde masa nk ke kl. tapi chat semalam, dia tak jumpa bedsheet yg aku nak tu. aku nak plain cotton. putih ada sulam sulam. siapa siapa boleh tolong belikan??? bawah rm200.

tapi, kelmarin aku jalan jalan kt parkson, terjumpa satu ni. ya ampun, aku dah jatuh hati dah kot. dia tulis silk. aku pegang lembut gila! bukana macam yg silk kilat kilat tu. ni satin silk kot. sangat sejuk. eh padahal dalam parkson mmg ada ekon kan. kalau kt rumah yg takde ekon, camne??? aaaa best gila lah. cuma takde warna pink! ada biru jeeee.... =[

2. bantal baru. eh kena ada. hari tu aku teman najib beli bantal kt jusco. dia dah menyebut dah. ''i dah berhabis utk sambut u, u tak beli ke bantal baru utk i'' cehhhh...siap request kan. tunggu leeeeee...nanti teman belikanleeeee...

3. almari. beli almari je since katil semua tak tukar. ntah bila nk beli.

4. rak letak sebelah cermin besar. oh yea cermin besar dah beli. kt nilai 3. aku memang tak mau ada dressing table. sebab bilik ni agak terhad. susah nk sembahyang jemaah nanti. so beli rak je.

5. kasut kahwin. tengah fikir fikir lagi nk pakai warna apa utk nikah dan reception. tapi aku pun macam takde usaha je nk survey....camne???

6. hantaran, jam tangan. ni najib kata nk beli kt tampin. jam ni couple watch, tu yg kalau aku tak beli, dia pun tak beli. memang cantik. first time tengok, rasa nk beli terus. bukan designer brand, ni betul betul brand jam.


okay yang dah beli pulak:

1. beg goodie bag nikah. beli kt daiso. rm5 [eh daiso memang harga rm5], ada 30 pcs, ada 28 pcs, ada 25 pcs. sebab pattern semua tak sama. asalnya nk beli sama, tp dah habis. so terpaksalah ambil yg ala ala pink, ala ala simple, ala ala murah. tu sebenarnya motip. aku memang banned paper bag yg biasa biasa tu. aku memang cari yg murah tapi cantik.

2. bunga hantaran. beli kt ssf. i jambak rm9.80. yg ni macam real punya bunga. memang lah mahal kan. sekali je beli tu habis rm50. alhamdulillah, cukup utk 7 dulang aku. kalau tak cukup, beli lagi. nk buat tambah tambah kasi rimbun ke.

3. sejadah hantaran. susah kot nk cari yg kitaorang nk. lagi lagi kitaorang beli 1 pattern yg sama. cecey konon nanti sembahyang jemaah, elok je kan sama sama sejadah. tah apa apa. ada hari tu jumpa kt mydin. cantik gila. tebal, lembut. sekali takde warna yg sama. terus tak beli. ni beli pun, kt tampin. okaylah sebab ada warna corak yg sama. beli je.


hantaran:

dah siap bentuk dah bunga bunga tu. tapi macam nk kena beli sesuatu kasi naik seri lagi. dengar dengar belah najib punya hantaran lagi vogidabas dari aku. ni yg tak boleh jadi ni. makanya, jangan mengalah, sila buat lagi baik!

bulan 5 baru najib bagi barang barang tu kt aku.


guest book:

dah print dah hari tu. tp macam tak cukup je. oh yea, pendrive dah jumpa. so bolehlah print lagi. lepas dah cukup, baru boleh hantar pergi binding. mana nk binding tah. cover depan lagi. haish....

bunga mini dais:

aku pakai tisu. google je bunga tisu tu, berlambak. lebih kurang je macam yg aku buat. nanti lah kalau aku rajin, aku buatlah cara cara dia.
malam tadi dah letak dalam vase, tp macam tak cukup kot. aku nk banyak, rimbun. oleh itu marilah kerahkan tenaga lagi.
vase nk beli kt hynode shop. rm5 je kan. tak pun, guna je botol plastik yg letak kuih kuih raya tu. tp still tak fikir lagi nk balut pakai apa.

dengar dengar cheyah [cousin sayang jugak] nk sponsor dais aku. dengar dengar, dia suh wakbok buatlah platform. berbesar hati jugaklah dia nk sponsor kan. suka lah.....!!

pasal pelamin jugak, ada vendor tu tak balas email aku lagi lah. pasal bantal ottoman. aku dah resend byk kali kot email. haish, doa doa lah dia balas email aku. terus aku nk booking ni.


nk letak apa dlm goodie bag malam nikah:

alhamdulillah, cheyah kata dia nk sponsor. kata nk sponsor mug ke, gelas ke. so sekarang tengah fikir nk letak apa dlm tu. sedang mencari quotation merata alam....kuih kuih tradisional yg menjadi pilihan aku.

ribbon aku dah siap jahit. nanti tinggal nk tampal je.


kek kahwin:

cadangnya kitaorang nk amik yg boleh datang dewan tampin, set up kt sana. alhamdulillah, jumpa sorang akak ni. dia dari seremban. okaylah kot harga tu. dengan kek yg aku nak, design yg najib nak. fair eh. yg penting, ada org incharge bahagian kek tu. kang kalau kitaorang amik kek, siapa nk jaga? aku memang tak boleh nk harapkan sedara mara lain. yelah dorang ada anak anak yg tengah membesar. susah sikit. apa apa pun, better lah aku bayar mahal sikit, asalkan benda kecik tu terjaga. aku amik pengajaran juga dari majlis asmida hari tu. aku tak mau rasa kecewa. okay minggu ni insyaAllah, bayar deposit. pastu confirmkan corak tu dan warna kek.


kad kahwin:

najib kata, org tu post 20hb nanti. tp masa tu najib takde, pergi induksi kt johor. dia balik 28hb. so 29hb tu by hook or crook, dia kena bagi kt aku jugak kad tu sebab aku nk balik kampung, eena kawin. dan nk balik parit 5. bagi kt sedara sana.

borang nikah:

aku dah post kt wak aku. aku dah call semua bgtau pasal tu. alhamdulillah, masing masing faham. aku post dulu, then dorang decide siapa nk jadi wali. memanglah ikut kan ranking wak pin yg jadi. tp hari tu wakpin kata, takut dia tak sampai melaka due his condition. wak pin tak berapa sihat. so mungkin wak husin atau wak noor. tp apa apa pun, aku gembira dorang sudi jadi wali aku. bila dah sain nanti, baru aku balik. mungkin masa eena kawin nanti aku balik ambil sendiri.

cuma sekarang, sijil kursus kahwin aku tak jumpa lagi.....still berdoa dan mencari. harap harap jumpa lah wey. kalau tak memang payah! najib dah tazkirah dah kt telinga aku...!!

hiv test:

done.

tengah mencari:

1. paper lantern. nk hias khemah malam nikah.

2. bantal nikah bulat. yg macam aku nak tu.

3. crown idaman. pearl & diamond!


okay kurang dari 2 bulan lagi....kena kerja keras DIY DIY DIY DIY.........................

Thursday, April 7, 2011

HIV test / Ujian Saringan HIV (melaka)

hello hello

antara syarat syarat khas lesen untuk bakal pengantin.

jenuh pujuk najib pergi sama sama. sampai gaduh tak tegur baik baik, ayat ayat manis, manja, menggoda 24 jam!

tapi, betapa sayangnya aku kat najib kan. dia turuti jugak kehendak aku....love u!!!

akhirnya kami ke poliklinik peringgit.

sebelum tu, bagi siapa yg takde borang hijau dikepilkan bersama borang kebenaran nikah, sila ambil di jaim ya.
borang hijau free.

dan maklumat lain berkenaan ujian ni kat poliklinik peringgit, baca sini. pernah buat dulu entry pasal ni.

alhamdulillah, dah pergi dah semalam. uhai....bercinta menunggu.

okay masuk je klinik tu, pergi ke kaunter yg pendaftaran tu. bagitau nurse, nk buat ujian hiv. nanti nurse minta borang hijau. kalau buat sorang, bagi je satu borang. kalau buat berdua, bagi dua dua...haaa gitu.
nanti dia bagi nombor giliran. dan sila duduk dan tunggu nombor giliran dipanggil.

okay your turn coming. pergi ke kaunter nombor 3. akan ada pegawai yg akan entertain korang baik punya...nama dia....................lupa! lelaki.

dia suruh isi borang itu ini. dia akan bagi buku pink [perempuan], buku biru [lelaki]. dalam tu macam survey tanya pasal kesihatan diri kita. tick tick je.

lepas dah isi borang, dia akan bagitau:
''yg perempuan, ambil ujian di bilik nombor 11 ye. sama dengan lelaki. tapi ni perempuan je, pergi ke bilik 31 untuk ujian dan serahkan buku pink ni''

baik, kita ke bilik 11 dulu.

ramai gila. ambil nombor. pegawai akan tanya, datang sorang ke berdua. kalau berdua, dia akan bagi 1 nombor je. so bila nombor tu dipanggil, masuk lah bergandingan.... =)

bila turn dah kena panggil, sila masuk dengan penuh adab. cecey....
itu adalah makmal darah. so banyak darah bertaburan atas lantai. oh itu tipu. tak habis habis nk cerita kan pengalaman ko derma darah, penuh darah atas lantai kan. hahahahahahah...

disebabkan aku trauma kena cucuk, nurse tu cucuk sikit je aku dah menjerit. najib cam pandang pelik je kt aku. hahahaha. memang sikit, tapi apakan daya. aku tak mampu menolak takdir. eh?????????????

nurse ambil darah untuk hiv dan kandungan gula.

okay sila keluar bilik, nanti ujian akan diberikan. baik.....

tunggu lagi........penat kot tunggu....

dan nama pun dipanggil. yes non reaktif. yahoooooooooooooooooo!!!
[kalau reaktif, masak kau menjawab kan.....]

pergi ke bilik 31 pulak.

ambil nombor lagi. aku benci nombor!!

bila tinggal lagi satu turn kitaorang, baru ada sorang nurse lelaki ni approach kitaorang, dia cakap nk buat ujian apa? meh sini.

lahai bang, dah lama kami kt sini. ngapelah baru panggil ni???

masuk cek tekanan darah. okay ni sebenarnya untuk sorang je yakni perempuan. tapi najib gatal. okay jangan bagitau doktor lain. nanti doktor marah!

okay, tekanan dua dua okay. najib siap cakap, ''i jumpa u terus hilang stress''
alooorrrr lorrrr lorrrr....so sweet......

cuba kalau bergaduh, mana ntah sweet tu. ahahahhahahaha....

dah lepas abg tu check, wah tiba tiba abang kan....

dia bagi borang tu kt nurse bilik sebelah. senior dia kot. dia check random, dan kata okay. najib tanya pasal BMI pulak. hahahahaha obess kot si najib tu. tapi aku tengok badan dia macam okay je dengan ketinggian dia. nurse tu cakap, kalau normal najib kena berat 70kg. omg, aku tak dapat nk bayangkan kalau berat dia 70kg. oh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BMI aku normal. tapi najib dengki cakap aku macam gemuk. nurse tu cakap, takdelah. badan dia ni cantik cantik je. wek wek wek.....ada yg dengki kan. tp dengki tu lah buat aku down gila!

tapiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! nurse tu tanya ''awak tak buat ujian darah ke? dah cucuk belum??? kenapa takde ujian gula ni?????????????''

ya ampun, maknanya kena cucuk lagi sekali?????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

erk, mati kejung!

pergi balik ke bilik 11. mengadu macam tak puas hati. yelah, sakit kot...bagi aku!

1st tu cucuk jari tengah. ni cucuk jari telunjuk pulak. kalau tak, nurse tu memang nk cucuk jari tengah jugak. oh no. takdenya aku serahkan nyawa camtu je kan. over kan aku ni.

erk............sakit!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

okay result. aku punya 5.1. najib punya 4.0. padahal dia minum teh tarik hari hari. aku minum air putih je kot....!!! arhhhh sakit hati....aku jarang kot minum air manis manis ni....kalah pada org yg asyik nk minum manis, amatlah menyakitkan hati.....!!

dah bertekak tak puas hati kenapa aku punya gula tinggi dari najib, pergi balik ke kaunter. letak borang tunggu sampai kena panggil.

lagi sekali geram. orang yg datang kemudian, tp nama dia panggil dulu. korang menyirap tak kalau jadi cmni????

lepas tu, pegawai yg mula mula tu [lelaki] panggil. fuhhh....dia asingkan dulu borang, dan bg kitaorang salinan borang yg diisi tadi dan borang hijau sekali. dia pun tunjukkan keputusan non reaktif tu. lepas tu ucapkan selamat pengantin baru. hahahahahhaha.

okay balik!

tu je kisahnya.

selamat kena cucuk.

oh yea, sebenarnya najib dah buat kt rembau. tp sebab kena paksa kan, dia buat lagi sekali. standby kot kot prosedur melaka lagi susah, kena borang hijau jugak kan.
jadinya kt rembau hari tu dah buat talasemia. negatif.

balik je dari ujian tu, dia tau aku tengah merajuk. tp nk jugak cerita betapa sakitnya talasemia tu. kan kena ambil darah banyak. dia siap cakap ''u tak payah buat tau. sakit gila. tangan i dah start lenguh lenguh ni''.
aku pun, dengar je ambil darah banyak, sakit gila, tangan lenguh.............terus lah set dalam fikiran, okay tak mau buat ujian tu.
*padahal sebelum ni beria nk ambil. nk pastikan keturunan sihat sihat kan....

tapi semalam, beria dia suruh aku ambil ujian tu. arhhh stress mak! aku ni beria lah bgitau dia betapa aku trauma dengan darah.

#
aku dulu kt masa kt uitm, selalu tau jaga program derma darah. tiap tiap sem. yelah pbsm kan. aku memang lah tak cucuk tangan orang, tp aku tengok. jarum dah lah besar! banyak pulak tu kena amik. yg buat aku trauma, masa tu boleh pulak ada budak pbsm tertumpahkan darah 1 beg. ko bayangkan darah 1 beg tu banyak kan. eiiiiyakkkksss....bau dia, warna dia....tu sebab aku trauma. aku jaga dari part 2 kot sampai part 6. tapi tak pernah pun sekali nk derma darah. gila kan. padahal senang kot kalau nk derma. tadah je tangan. tp sebab trauma punya pasal, aku boleh pantau je. nk tadah tangan, no way!
#

tu sebab aku tak mau buat. faham?

nasib baik koranggggggggggggggggggg....kt situ takde ujian ujian de. dia kata bila doktor suruh baru buat. erk, tapi macam tak berapa betul lah kot. rasanya kena buat tu. yelah, bila sakit talasemia ni, susah tau tak. kena tukar darah sepanjang hidup kau...


okay tu jelah. dah penat taip.

Sunday, April 3, 2011

2 in 1 - wedding dress, kad kahwin

hello hello

baru balik dari ukur badan wedding dress. ya, kain tu ada pada mak andam lagi, dan td baru mak andam tu bagi pada tailor.

mula mula makcik tailor tu tak mau jahitkan baju aku tau tak. dia kata baju aku complicated gila. %&*((&^$$^&.

aku pandang najib, najib pandang aku.....

makcik tu siap cakap nk berhenti menjahit sebab penat. aku macam..........................???

mak andam pulak berbalas serangan dengan tailor. aku najib senyap seribu kata. ewah.

last last tailor tanya bila nk ambil baju dan terus tengok calendar. bila mak andam cakap nk ambil hujung bulan 4 dan kitaorang nk pakai 4 june, terus dia koyakkan calendar bulan 3.

''eh acik ingat ni bulan may. okay boleh boleh. ambil hujung bulan ye''

fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....berakhir sudah sandiwara....

dengan najib punya songket pun setel.

mak andam pun tunjukkan kain dress aku tu. shantung. yg ala ala thai silk tu. takpelah. dah dekat ni, malas lah aku nk argue. mana yg cantik jelah.
TAPIIIIIIIIIIIIIII....french lace dia cantik....hahahahhaha....patch kat dress tu dan nanti mak andam jahit beads.

okay done.

hujung bulan make sure kasut dah beli dan pakai sekali masa fitting. maknanya, bulan depan dah fitting baju nikah, wedding dress jugak. oh please lah kurus wahai badanku. janganlah bernafsu sangat nk makan mcd, kfc lah bagai....tolonglah bernafsu makan oat jeeeeeeee......


kad kahwin.


first tengok artwork macam cantik gila. tp bila nk reveal kt blog macam takut. sebab design tu sebijik macam blog kad kahwin lace yg aku link kan hari tu [g check balik, malas nk link lagi sekali].

kitaorang suka sangat kt design tu. infact aku dan najib dah contact org tu tanya nk set up appointment. dan dorang busy. free pun ahad malam isnin. omg, bila pulak nk ke sana kan. masa pulak suntuk. tu yg last last ke seremban je. dekat dan dapat murah. kitaorang pulak suruh reka design yg lebih kurang dengan kad tu. sebab terlalu suka kan....

camne eh?

adakah kami ni dianggap maling??? eh bukan maling kundang. maling tu kan kira mcm penciplak....

adakah???

nanti mesti nk reveal kt blog kan? kalau service best, mesti nk bagitau semua orang. share sama sama. tp kalau vendor sebenar tau design lebih kurang, camne eh???


adeh.....



aku cakap: abang shaheizy sam, im single.......hahahahahahhahahahahha.....

60 days to go...seriau mak....!

hello hello



apa lagi tak buat ye......?

kad done. tinggal nk finalized dan printing terus. tu najib sayang uruskan. apahal tiba tiba sayang ni kan.

w-favor done. najib dah bayar deposit.

goodie bag malam nikah. done. yg done bag je. dalam belum fikir lagi. ngeh ngeh ngeh.
dan ribbon. tinggal nk tampal manik je.

guest book done. yg done print je. belum lagi terbentuk rupa buku. haha.

guest book props half done. tinggal letak penguatnya je.

bunga telur done. tinggal nk letak telur je. ni untuk pelamin 4 june. beli kt zc nilai 3.

baju nikah nk fitting 2 may nanti. deposit half masa fitting nanti.

bunga pelamin. on progress. inspired dari eena.

yang masih pending, tp benda tu adalah penting sangat sangat adalah baju bersanding. boleh????? sampai la ni, masih belum fitting. hari tu najib kata, dia dah buatkan cuma nk ukur badan kita je. so nanti dia betulkan. rupanya, bukan sahaja belum jahit, kain pun kt mak andam lagi. terus diam najib. haha. see.....

dan aku terjumpa tempat mana nk sewa wedding gown cantik. lantaklah org dah pakai ke apa kn. dah tak fikir dah semua tu. kawan sekolah aku pulak tu. kang boleh mintak kurang kan. harga pun not bad. kalau mak andam ni tak boleh buat jugak baju aku tu, aku lari kt kawan aku....

tp tunggu dulu apa kata najib. sebab najib pun tak puas hati. tp fikirkan sebab org ni jiran dia. kawan ayah dia.

petang ni ke tampin dan tengok artwork kad kahwin. tengok hari tu macam cantik jeee kad aku. suka gila!

hai lah baju.............................................

Friday, April 1, 2011

[kutip & bela baik baik] atau [beli & jual mahal mahal]

hello hello

aku memang sayang kucing. infact binatang lain juga kecuali lipas. haha ada sekor arwah lipas telah mencabul aku waktu aku kecil dahulu. dah lah intai aku dalam bilik air rumah wak pin. selepas itu, pabila aku keluar bilik air, dia boleh kejar aku. aku naik atas kerusi kayu wak pin aku, dia boleh dongak dongak kan kepala dia. dah sesungutnya tegak tegak. tidakkah itu percubaan untuk mencabul kanak kanak berumur lebih kurang 6 tahun???

owh aku masih trauma sehingga kini.

sehinggakan kucing kucing aku pun sedar yg aku masih di dalam keadaan trauma yg melanda, menikam nikam jiwa......lalalaalaaa...

owh melalut pasal lipas pula.

tapi, kucing aku sayang sangat. sangat sangat. agaknya sebab dah terdedah dengan binatang berbulu tu sedari kecil lagi. dan keluarga pula, memang sukakan kucing.

okay beralih pula ke segmen tahukah anda.

pernah suatu masa dahulu, rumah aku ada 17 ekor kucing! apa tak heran rumah kau lagi banyak?? its okay. tapi aku tetap bangga.

berbalik pada cerita.

kucing aku tak pernah beli. semuanya datang rumah, semestinya orang orang buang kt rumah aku lah kan. owh mentang mentang tau aku suka kucing, semedang je buang kt rumah aku ye....kena ni...dan bila datang rumah, miau miau owh aku kasihan terus. bagi makan sekali dan terus declare itu kucing aku. tidak malu.

dan seingat aku, hadiah harijadi aku yg ke..........lupa! arwah abah hadiahkan aku kucing warna oren putih. namanya mesti oren. dulu tak terfikir pun nk bagi nama glamer glamer macam si kamell kendut kendut tu. kan nama dia mellinda gordon!!! haha. owh rindu kt anak dara aku yg gendut perut lembik tu...

kalau aku tak lupa lagi, abah kata kucing tu abah ambil kt gerai cu baharom aku. dulu cu berniaga lai ci kang kt pekan teluk intan. abah ambil kucing tu, lantas diberinya kepada aku.
dan aku terus membelanya. walaupun kucing jalanan yg dipungut untuk diberikan hadiah harijadi anak sulungnya, aku tetap gembira. dari tidur, terus aku bangun kegembiraan bila kucing tu berada di dakapanku. masih ingat lagi moment tu walaupun sudah bertahun kutinggalkan di belakang!

see, bukti bahawa keluarga aku sayangkan kucing. dan kucing jalanan aka kucing kampung menjadi pilihan kami.

semasa aku di tingkatan 4, aku ada kucing betina. nama dia cimot. cimot ada sakit mata. sejak dari itu, aku jinakkan diri aku kepada dunia vaterinar. pergi ke sana, rawat kucing sakit. alhamdulillah, nyawa cimot panjang. kalau tidak mesti dia mati melawan penyakit sakit mata. jangan main main, sakit mata yg serius boleh mengundang maut yg maha sedih! kucing mati, maunya tak sedih.

tapi tak semuanya berhasil dan happy ending.

kucing aku, sammuel. [oh okay, bila di form 4 sudah pandai beri nama glamer glamer], sakit secara tiba tiba. bila tiba di vet, sammuel sudah mati. doktor hanya menggeleng. rupanya sammuel mati di pangkuan ku ketika di atas motor. aku ingat dia menyedut udara, rupanya tarikan nafas yg kuat secara tiba tiba, tandanya dia menghembuskan nafas terakhir.

lupa nk beritahu, sammuel berwarna oren.

eh, ada ke tidak aku beritahu, arwah embahlain [nenek dipanggil embah dalam bahasa jawa] pernah memberitahu ku bawaha aku tidak serasi untuk membela kucing berwarna oren. kerana dia perasan bahawa tiap kali aku mempunyai kucing berwarna oren, pasti jodoh kami tidak bertahan lama.

dan sammuel adalah kucing terakhir aku yg berwarna oren. eh tak. ada lagi.

selepas sammuel, tiap kali ada kucing berwarna oren aku cuba untuk tidak menyayanginya sepenuh hati aku. tapi, siapa yg kenal aku, pasti tahu perangai aku macam mana. mana boleh tidak sayang kucing. pasti!!!

aku dapat lagi sekor warna oren. namanya ella. sayang, jodoh kami tidak lama juga. aku ke melaka. tinggallah ella di kampung. bila aku balik kampung, ella tidak ada lagi...
=[
ella juga kucing jalanan yg datang ke rumah entah dari mana usulnya.


untuk apa aku bebelkan di sini tentang kucing? eh inikan blog pasal kucing. =)

kesimpulan aku, janganlah kita hanya pandang pada kucing mahal mahal. janganlah kita menghabiskan duit untuk membeli kucing mahal.

sedangkan banyak lagi kucing di luar sana yg perlukan kasih sayang dari kita. banyak lagi kucing di luar sana yg kelaparan, kepanasan, kesejukan.

dan janganlah kita mengambil kesempatan atas kelemahan haiwan [kucing, anjing dsb] itu sendiri, untuk menjual anak anak, ibu ibu, ayah ayah binatang dengan harga yg mahal mahal. untuk apa semua tu? semestinya untuk kepentingan diri sendiri bukan???? duit tu bukan pergi ke kucing itu aku pasti.
dasar durjana kau yg menjual kucing itu. berani ya aku cakap durjana. ahahahhaha.

baik anda pergi ke pasar atau kedai makan, cari kucing yg kelaparan dan tidak mempunyai rumah yg manis, kucing yg tidak mampu hidup tanpa kasih sayang, bawa pulang ke rumah dan rawat. pasti berbaloi bila melihat kucing yg mulanya kurap, kemudian menjadi jelita dan kacak atas usaha kita sendiri.

jika tidak mahu beranak pinak, ambillah langkah mengkasi atau menyunat kucing / anjing anda. insyaAllah, haiwan kesayangan anda pasti lebih sihat dan kembang semangkus selepas dikasi.

insyaAllah, jika niat kita baik, Allah tidak akan marah pada kita kerana menyekat nafsu haiwan tersebut.

kalau masih sangsi tindakan itu, cari saja maklumat lain yg boleh menyokong pendapat itu. dunia sekarang, maklumat di hujung jari.


sebab apa tiba tiba aku menulis tentang ini?

kerana bila aku suruh kawan aku adopt kucing kampung, dia dengan bongkak dan sombong cakap ''aku tak pandang kucing kampung, aku nk kucing parsi je. nanti boleh jual''

dalam hati, fuck kau!!!!!! kau tau jual je. jaga tak pandai. sedangkan kucing tu kucing kacuk, berani kau cakap kucing persian! asal bulu panjang, persian. asal persian bulu panjang.

hak tuih hak tuih hak tuih.


okay lupakan tentang dia yg konon konon pandai tu.


siapa yg nk kan haiwan kesayangan, tetapi masih was was tentang kesihatan kucing jalanan, anda boleh ke satu website ini. pasti terhibur melihat wajah wajah kesayangan ini.
anda boleh adopt kucing kucing comel ini dengan percuma!

ya....sekali lagi...percuma....

dah lah percuma, kucing kucing ini sudah diberi rawatan yg sewajarnya pula. siap dah sunat. untung untung.....

gerenti comel dan puas hati.

kalau nak, boleh ke http://sccarfs.wordpress.com. boleh jamu mata dulu. dan boleh minta izin tuan punya blog untuk mengadopt barang seekor dua kucing comel. mesti tuan blog gembira.


nasihat saya, jaga dulu kucing terbiar baru boleh beli mahal mahal.


tapi, pilihan dan kehendak di tangan anda. masing masing punya selera, ye tidak?????


miau miau miau....adopt lah saya...saya mahukan rumah yg selesa, tuan yg penyayang, yg boleh ajak saya tidur sekatil. miau miau....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails