:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, June 29, 2011

review :: honeymoon pangkor day 1

hello hello

* apahal gambar aku bersepah ni?????

* auto-post entry yawwww.....taip di rumah, publish ketika di office...

ke pangkor so last minute. at first kami plan ke tioman. dah survey macam macam. tertarik gila nk booking japamala resort. ahhh g google sendiri. mesti korang terliur jugak macam aku!
*ke aku yg over???

tapi cancel akhirnya.......

sebab...of kos japamala mahal gilssss...
then, kami plan nk balik perak, so macam berpatah balik banyak kali kan. alang alang ke pangkor jelah. pangkor best apa compare dengan tioman. boleh soping ikan bilis! ngeeee.....

maka...............12 june 2011, kami bergerak ke pangkor dari bagan datoh.....

kami decide untuk check in di puteri bayu beach resort yawww...... *highly recommended!!!

sampai jetty lumut dalam jam 2 pm. terus ke kaunter tiket, redeem free ferry ticket. oh ya, kami amik package honeymoon 3 days 2 nights. sila click. aku dah kasi link dah tu...

sangat sangat recommended!! aku tak tau nk cakap camne, tp aku puas hati lah kt sini....bernasib baik, sebab dah habis cuti sekolah. maka, agak privacy. tp sikit seram. yelah, berapa chalet je yg ada penghuni kan...tp alhamdulillah, takde perkara mistik yg berlaku. kecuali pasal cincin hilang tu je.

check in je, kami dihidangkan dengan segelas fresh orange yanggggggggg wallahhhhhhh!!! tak pernah aku rasa sesedap ini. aaaa tempting gila rasa nk buat fresh orange sekarang jugak!

welcome drink termasuk package......

check in. wah tak sabar nk check in, tengok bilik ni...................................

kami dapat bilik betul betul depan pantai. tp ada pagar lah. ehem pagar tu ku rempuh je bila nk mandi laut. suami ajar panjat pagar macam budak nakal!

okay bilik not bad. siap ada rose petals atas katil. excited gila nk tangkap gambar....lepas tu, recall balik apa yg ada dlm pakej. oh ya, buah buahan. okaylah ada...even sikit. tp tak luak pun. at last bagi pada housekeeping, suami siap buat note lagi. hihi....

lepas tangkap gambar tu lah, kejadian cincin hilang. *sedih lagi sampai sekarang....

rehat rehat....petang ke laut...berendam lah apa lagi. kan dah cakap privacy, so tak lah malu nk berendam macam dugong kan....

bila malam menjelma
.............................................
.............................................
.............................................
..............................................
................
.............................................
.............................................
...........................................
...............................................
..............................................
........................................

amboi amboi, laju je kan korang......haha....

dinner with steamboat pulak....yezza yezza...yes masuk package sekali....

kat belakang meja kami, dan juga sebelah bilik adalah indian couple. dan dorang jugak amik package yg sama. *sebab najib jadi detective conan....

masa dinner tu, dorang makan tak habis tau. sayang je makanan!!

makanan kami?...................................................................................membazir tu kan sahabat syaitoooonnnnnnnn........*haha alasan.

lepas makan, ingatkan boleh redeem i hour karaoke session tu kan. tp rupanya kena booking. jadinya, kami berjalan jalan je lah. lalu kt kedai makan depan resort tu, jalan jalan tepi pantai. pastu start lah upacara memanjat pagar sebab gate dan kena mangga. thrill ooo kawin dengan najib ni. sebab dia kan expert panjat panjat pagar ni. haha. *kt uitm dulu, dia master owwh...

aku dah malas menaip. apa kata tengok gambar, then seperti biasalah, ada caption aku selitkan tu pun kalau aku rajin....

dapat ferry buruk. tp air cond sejuk gileee....


i love him so much......macam tak percaya je sekarang dah jadi suami aku.....


check in time. senang berurusan dengan en. azmi ni. korang kalau berminat dengan pakej tu, boleh call en. azmi. dia sangat polite dan baik hati.


welcome drink yg sedap gila. kau kalau order kt restoran, memang takkan dapat yg macam ni.....*hadiah kahwin dapat juice blender, bolehlah buat juice pasni.......


buah. buah epal, orange je. kalau buah anggur, strawberry dah lama licin.


dulu berangan gila nk dapat katil macam ni. tp kalau dapat macam cerita Eiffel...im in love tu lagi best kan......tp yg ni pun dah cukup excited lebih.....


kami kan gedik semua nk sepasang, sepattern.
jam sama, hp sama, sejadah hantaran pun sama. hihi.....


sebelum seafood tu dikekahkan....


selepas....hahahahahahhaha....


entrance puteri bayu beach resort.................




ah rindu nk kesini lagi....................!!


to be continue.........

Monday, June 27, 2011

etty bunting pelamin??? =P

hello hello


ada sesuatu terjadi padaku. berjaya buat aku risau. bukan aku je, suami, mak, keluarga mertua semualah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



tu bukan tangan aku.

cerita hari lain lah ye.......

review :: DIY guest book props.

hello hello


haloooh haloooh....semua comel.....*my new family!

yg tunjuk peace berbaju purple tu adalah MIL ye. ada gambar dia pakai props, comel okay.

but, i will reveal it later......hahahahahahahhaha...first time kot teaser teaser ni....


kekesalan...pengantin takde gambar guna ni.....sob sob sob....

Sunday, June 26, 2011

review :: door gift

hello hello

nk cari door gift untuk majlis kahwin, tak senang. sampai bergaduh, bermasam muka. aku memang tak plan pun nk bagi door gift yg common. macam beli bag plastik kt nilai, lepas tu isi macam macam. aku tak mau macam tu. aku nk lain.

bermacam proposal aku usulkan pada najib. reject reject reject. so since majlis ni adalah majlis bersama, maka bos besar aku adalah ayah mertua aku. dia yg akan approve proposal tu. hahahaha....* comel.

akhirnya......aku terjumpa satu blog ni. dia jual homemade coklat, siap packaging yg agak menarik *at least pada aku.

memperkenalkan, vendor door gift aku.....

http://giftchocs.blogspot.com/

fb: Shakirkay Giftchocs

najib usulkan pada ayah, dan ayah approve. yeay!!! dan kami proceed ke plan seterusnya. perbincangan. ke seremban lah kami.

dan tak sangka, isteri vendor ni adalah kawan baik aku....!!! gila okay. masuk masuk restoran mamak tu, alih alih muka mak buyong dayah. terkejut kot. padahal baru minggu lepas jumpa dia. ntah apa apa....

yes, itu adalah rezeki kami sebenarnya. dapatlah harga kawan kawan sikit. boleh demand lebih. hihi.....



dari camera sepupu najib.

black box with hot stamping in gold. ribbon semua adalah demand dari bakal pengantin yg cerewet gila. hahaha. * dayah, mesti ko yg dok buat ribbon ni kan???


masuk tema yg penting.....


ni tuan rumah tengah nk agihkan coklat pada tetamu. btw, hes my bro in law. ada yg berkenan??? sila hantar resume. hahahahahahahaha...joking.


so far, ramailah memuji door gift ni. sebab lain dari lain. * at least kt tampin.
lepas tu, coklat memang sedap. tp caya tak, aku dapat rasa coklat ni setelah 2 minggu berkahwin. haha. nasib baik ada lebih kt rumah mertua.
dan yg penting, nampak eksklusif door gift ni kan....


yes........itulah yg kami mahu sebenarnya.......


so bride to be yg disayangi, shakirkay giftchocs adalah highly recommended!!!

Friday, June 24, 2011

bekal air.

hello hello

auto-post entry yaw...


remember this post about air tangan isteri??? cepat dig out balik entry tu. aku dah link siap siap.....

yeay......since dah masuk kerja minggu ni, dah 2 hari aku bekalkan teh tarik kt suami.

mula mula macam malas kan, tiba tiba aku teringat aku pernah buat entry ni. terus bersemangat balik. hahahahahah. sendiri buat entry, sendiri malas apa cer...

aku jarang buat teh tarik ni. selalu teh o je. oleh itu, sedap sangat macam mamak buat adalah jauh panggang dari api. tp not bad laaa...hihi....

mahu tips teh tarik sedap??????????


sila rebus serbuk teh atas api dalam 5-10 minit. sampai air menggelegak dan air jadi coklat pekat. kuantiti tu, terpulang pada korang. lepas tu buat macam biasa, letak susu.
sedap kauuuu........................................


jangan lupa bekalkan sarapan pada suami. walaupun sekeping dua roti disapu planta & gula. *hahaha tu aku lah tu......


semoga aku dapat buat macam ni sampai bila bila....ameeeen..!


aku cakap: lepas ni kena beli tumbler banyak banyak. and plan nk beli plastic yg untuk sandwich wrapped tu. barulah nampak bergaya walaupun tak sedap. haha.

cincin risik hilang....=( =(

hello hello

cincin risik @ bertunang hilang.

sedih betul. sampai sekarang walaupun dah hilang seminggu...

bila pandang jari manis tangan kanan yg kosong, sayu je rasa...

hilang masa honeymoon ke pangkor hari tu.

kisahnya, sampai je bilik, semua taksub tengok ada rose petals atas katil. yelah amik pakej honeymoon kan. haruslah bilik dihias cantik. lepas tu kitaorang tanggalkan jam tangan, cincin masing masing. letak atas katil. nk tangkap gambar barang barang kitaorang yg sama. yelah, jam, hp kitaorang sama design. jam tu hantaran, beli couple watch. cincin pulak cincin kawin kan. konon nk abdikan sekali dalam gambar. * faham tak ni? aku pun tak berapa nk faham.

dah bukak semua tu, snap snap. najib tolong kemaskan barang barang tu semua letak atas dressing table. pastu dia tanya ''mana cincin berlian u?''.
''eh kan ada sekali tu''
tengok takde. yg ada melekat dengan cincin kawin najib, cincin risik je. sebab cincin najib kn besar, so dia termasuk dalam cincin najib. pastu bila aku angkat kaki, cincin kawin tu ada bawah kaki. so lengkap semua cincin atas dressing table. sekali dengan 3 biji handphone, gelang emas, 2 biji jam tangan.

petang tu ke pantai. gelang semua dah tanggal siap siap kan. cincin dan semua barang berharga yg disebutkan tu, tak bawak. semua tinggal atas dressing table.

sekali malam nk pergi dinner steamboat, gelabah gila cari cincin risik tak jumpa. sampai aku naik angin. aku jenis kalau tak jumpa barang tu, aku cepat berangin. sampai emo kot tak mau dinner. yelah, macam dah berbau benda tu hilang kan....dinner pun, takde mood gembira sangat sebab fikir ''aku pakai ke masa pergi pantai tadi...tak pakai rasanya''.

dan bermulalah operasi mencari kitaorang. angkat segala tilam, katil, almari. geledah habis habisan. sampailah hari ke 3 kami kt pangkor, masih tak jumpa. najib sayangkan cincin tu, maka effort dia lebih sikit. sanggup dia cari sampai bawah chalet kami sebab kot kot terjatuh dari atas kan. nan ado.....!

kitaorang siap tanya kt en. azmi * nanti cite lebih pasal en. azmi ni
''ada benda yg tak elok ke kt sini''
dia tanya apa benda yg tak kena. yelah takut lah kan. tempat sunyi, pastu yg hilang cincin semata mata. barang lain takde pulak hilang.
kitaorang citelah kt en. azmi tu yg cincin hilang. dia pun agak terkejut.

housekeeping pernah datang. sekali je! tu pun masa kitaorang baru check in tak sampai 10 minit. tp tak masuk bilik, just tanya towel ada ke tak. the rest, aku letak signage do not disturb instead of tolong kemas bilik. aku takut sesuatu terjadi, makanya aku rela tinggal kt bilik yg tak kemas. haha....

aku berdoa semoga jumpakan balik cincin aku tu. tp takde rezeki kan....sedih tau.

sehingga sekarang, cincin tu hilang. nk jumpa balik macam mustahil unless ada miracle kot kot cincin tu terselit kt mana mana. so far, masa aku mengemas luggage kitaorang, takde jumpa....


kami tak salahkan masing masing. sebab rasanya benda tu betul terletak atas dressing table. dan kami anggap, takde rezeki kami nk jumpa balik.

redooooo je.




walaupun cincin belah rotan yg biasa, tp dialah pengikat kasih kami......gaduh ke, merajuk ke, kalau pandang cincin ni terus cool. tu yg masa bertunang gaduh tak lama. compare dengan masa couple, gaduh berhari hari.........


tips uols pergi bercuti, bawalah sekali bekas kecik untuk simpanan benda benda berharga ni. even sebekas tupperware / container dadih tu. kalau uols jenis pakai barang kemas sampai ke siku macam mami jarum tu, tinggalkan kt rumah. balik bercuti baru pakai balik. kang menyesal tak sudah....


dalam perfect aku menguruskan segala even masa nk pergi honeymoon pun aku sediakan full checklist things to bring to honeymoon, ubat, segala benda remeh sampai najib kata aku nk bawak 1 rumah pun takpe. tapi, tempat simpanan memang takde dalam fikiran aku.....

tu maknanya, manusia memang tak sempurna........

nikah 3 jun 2011 :: saya merindui waktu & tika ini...

hello hello


susunan adalah secara *sukati aku lah nk susun macam mana*

------------------

ahhhhh rindu gila time ni....part paling ditunggu oleh semua perantin perantin cantekkk macam saya. hahaha....gila berdebor masa ni.....dah tak boleh nk fikir apa lagi dah. fikir, aku nk nikah cepat. sila jangan buat aku nervous lagi. sekian!

dari camera wardiah - rasanya baru SAH kot....



dari camera nurul the lovely cousin - selesai semuanya. najib pun dah balik. both groom & bride tak sempat makan. memang macam tu kan???




camera siapa ni??? angkat tangan cepat....
terima kasih mak sebab bersusah payah membantu menjayakan majlis ni......
ah tangan seperti ada gam gajah....tau lah dah halalan toyiban....


camera kawan najib @ wardiah.
sarung cincin. nampak tak aku pakai jam. semua marah sebab jam tu buruk, so nampak tak sesuai. tp peduli apa lah aku kan......haha.


camera kawan najib - cium dahi. hahahahahah. macam lah orang tak tau kan siap nk explain....
nampak tak bunga gantung gantung tu....? mak yg tolong gantung dibantu oleh dayang dayang cantiksss tau. thanks semua.....
nampak tak veil yg ada 3d flower tu??? aku dapat rasakan bahawa op aku tak amik gambar details semua....sob sob sob.....


camera nurul the lovely cousin - sebelum rombongan pengantin lelaki sampai. kami posing dulu......
semua bantal kecik ada 8 biji. biru dan pink.


camera siapa tah - the i do.....!


camera isyam the bro in law - peluk selagi dapat peluk. haha.


omg rasa nk menangis waktu ni.....rasa macam tak percaya disaksikan semua ahli keluarga, aku telah dinikahkan dengan jejaka pujaan hati......
=)


camera siapa ntah - tergelak sebab tok imam suruh buat dialog serah menyerah mas kawin tu. malu nk cakap kuat kuat.



sekali lagi gua blur camera siapa - pengapit of the night, yaya the bff!!! love u ya!
aku duduk depan mother in law. mak aku duduk sebelah mother in law. yg ramai tu, semua rombongan dari groom's side. ramai owh. tp buat tak pandang je sebab nervous kan. kemain gedik nk kawin ko kan.......


camera cheyah - tp yaya yg captured. konon konon macam nk jadi op. tp bagus jugak sebab kreativiti tu dah ada. okay yaya, aku sokong ko!!! hidup yaya!!!
nampak tak roses tu???? aaaaa ada drama nora elena sikit.
aku beli 5 kuntum je untuk bunga tangan reception. sekali cheyah gunakan untuk sirih junjung yg tak berapa nk junjung kasih daulat tuanku. *kaduk naik junjung ada.
padahal aku dah beli daisy kuning. hantaran kuning kan...hantaran diraja katakan....
aku pun lupa nk pesan sebab sibuk sangat kan.........
tu je drama swasta minggu ini....
* cheyah jangan sentap okay.....kakakakakakakakakakaka.....

nampak kipas cantik tu?????? ah aku lupa beli kt blog mana. rm8 je satu. aku beli 2 pcs dan guna for both nikah and reception.


apa yg lebih menggembirakan adalah adanya keluarga pada hari tersebut. pakcik makcik aku dari perak datang.
sokongan, bantuan dari mak, adik beradik, makcik pakcik, sepupu sepupu.....ah sangat aku hargai.
biarlah apa pun orang yg buat pada kita, yg penting mereka ada pada hari bersejarah aku ni............................sama sama bekerjasama. jasa mereka Allah je boleh balas...

to mak, terima kasih siapkan pelamin dengan sempurna walaupun pada mulanya aku menentang idea tu. moral of the story, jangan membantah idea mak...kelak memakan diri. kakakakakakak......

to adik adik, terima kasih kerana sama sama stress dan penat kehulu kehilir amik pinggan...

to cheyah, terima kasih siapkan hantaran tema kita modern chic tu. haha. biarpun hantaran belah lelaki lagi besar dan dabak, hantaran kita kan lagi hot chic. kakakakakakakakakka.....

to lovely cousins..................terima kasih! aku sayang semua....!

to lovely waks...........................terima kasih juga.........insyaAllah, hujung nyawa kalian aku ingat budi tu....

Thursday, June 23, 2011

cerita mell, adik ahboy pulak.

hello hello

asyik cerita pasal kawin je. kasi can kt budak berbulu tu pulak bercerita. yeza.

sejak kahwin ni, boleh kata hari hari aku vacum rumah. najib sebenarnya ada alergic pada bulu kucing. so yg mana mampu aku buat, aku buatlah. kalau ada bulu jatuh tanpa disedari, tu bukan kudrat aku......

actually, bilik aku pun diharamkan dorang masuk. dah tutup 24jam. maka, macam kesian jugak lah kurang playground nk main. selalu lari lari, masuk bilik aku, menyorok bawah katil. nk buat camne kan, bapak tiri korang alergic.....mak redha je nak.....

ntahlah, najib bukan tak suka kucing, tp disebabkan dia alergic maka tu yg membuatkan dia tak mesra dengan kucing. alergic bukan bersin bersin macam orang lain, tp badan gatal gatal. sian jugak kt suami aku ni......

tp aku cuba sedaya upaya lah elakkan bulu kucing dalam bilik dan rumah. agak agak dia nk datang tu, aku dah kemas rumah bagai.....

okay lets move to cat pulak.

hahahhahahaha kelakar okay. dorang takut takut lagi dengan najib. bila ada kt hall tu, asyik menjeling kt najib jeeeeeeeee....najib pun ''apa pandang pandang???''

ntah apa agaknya yg dorang fikirkan kan......

adik jangan cakap, gedik kemain....nk bergesel jee lah.

pastu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dorang makin manja ng aku....alahai....lemah tengoknya....lagi lagi mell...kemain.
dulu sombong sangat, ni pantang tengok muka aku, nk melekat je...

cerita pasal aku cuti lama hari tu. seminggu gak kan tak jumpa dorang. nangis aku rindukan dorang....sob sob sob...tp nangis bawah bantal tak kasi suami pandang...nanti kena kutuk.

balik je ahad lepas, ya Allah.................masing masing macam rimau nk terkam aku. tp terkam versi manja lah......aaaaaaa rindu kt dorang!!

mak cerita, selama aku takde kt rumah, dorang makan pun kurang. dalam bowl, ada je tinggal banyak makanan. selalu licin je kan. lepas tu, mell ng kaboy asyik bising je. adik jangan citelah, dia tu memang bisu seribu bahasa. ada masa je dia berbunyi. aaa sedih bila bayangkan.

hari ahad petang tu, ada lagi ikan kembung dalam fridge, aku rebus kasi makan dorang. licin! senyap terus. nantilah ye sayang mak, kalau mak rajin pergi pasar, mak belikan ikan banyak banyak, semua makan ikan rebus hari hari.....

lepas je tu, mell pun manja nk melekat dengan aku.

pasal bilik pulak, pantang bukak pintu nk terjah je. pastu aku bagilah jugak masuk sekejap kan. tp tak jejak tilam. hidung masing masing....hahahahahahha tergelak je bila ingat rupa hidung tu. kembang kempis hidu bau apa ntah. agaknya dorang terbau bau asing iaitu bau najib. yelah, tak pernah kan lelaki masuk bilik tu. alahai...cute je tau....

tp macam sedih sebab masa untuk dorang dah berkurang. sorrylah sayang....nanti mak adjust balik time untuk kita semua....

walaupun dah kawin, aku cuba untuk berlaku adil....aku ada tanggungjawab pada suami dan mell, adik, ahboy adalah tanggungjawab aku juga...semoga suami aku faham......

Wednesday, June 22, 2011

review :: kek hantaran

hello hello


entry berjadual



red velvet cake luxury version. yg ni beli untuk makan makan. sepatutnya buat makan makan waktu petang. kan ramai org datang memasak. tp lupa dek non....strawberry yg mantap!!! sedap....thanks kak hawa....




okay yang ni untuk hantaran ke pihak lelaki pulak.....


actually, order dengan kak hawa so last minute. terima kasih kak hawa sebab sudi juga take order dari budak careless ni. dalam cerewet uruskan hal kahwin, benda penting ni boleh lupa pulak. hahahaha....

takde idea nk buat tema apa untuk kek hantaran, sekali ting!!!!!!!!!!!!!! why not buat theme yg memang najib suka.....

which is..........................!!


angry bird yawwww......


but i request no pig there...haha...LOL

and i put my trust on kak hawa. i request very simple one. asalkan ada tulisan nama aku dan najib, ada patung 3d angry bird. as simple as i want.

dan kek sangat sedap kata belah in laws sebab aku tak dapat rasa pun. sigh!


ni pun soooooooooooooooooooooooo last minute serahkan pada pihak lelaki tau. rombongan nk balik baru aku teringat!!! gegas masuk bilik waksal [sebab ada aircond], then terus pass ke najib. but, ada satu lagi drama. aku paksa najib buka dan dan tu jugak kasi dia tengok bentuk kek tu camne. dia ketawa, i know him well. dia ketawa sebab dia tak sangka aku bagi angry bird. tanda dia suka dan sangat terkejut. urmmmm sayang dia lagi......


seperti yg ku mahu....sekali lagi terima kasih kak hawa....


yang ni tolong ngapkan semua angry bird. tp taulah isyam ngap semua ke sekor dua je. tak sempat nk pesan kt najib suruh simpan sekor buat kenangan. btw, hes my bro in law....



kak hawa adalah dari blog http://pertmuffins.blogspot.com/.


okay pergi terjah blog tu dan tengok kek yg cantik cantik. makin hari, makin cantik kek yg kak hawa buat. ramai client katanya....

senang berurusan dengan kak hawa. i told you, this is second time i deal with her. see, tanda senangnya nk berjual beli dengan tangan emas ni....hehe...* tak bodek pun.....

tak dapat deal wedding cake dengan kak hawa, hantaran pun dah cukup seronok.......


terima kasih kak hawa.....keep in touch ya......

Tuesday, June 21, 2011

review :: bunga pahar / bunga telur / telur pindang melaka

hello hello


our theme, merah putih hitam. kami memerlukan lebih kurang 200 pcs bunga pahar untuk diletakkan di pelaminan. then, kalau uols perasan, pattern semua tak sama. sebab stok banyak takde. makanya mix and match je.

alhamdulillah, bila dah cucuk atas pahar....gojes gila....! pandai najib pilih....! sayang sikit....

kami memborong di zc, nilai 3. owh sangat banyak ye pilihan. murah mahal semua ada. thanks to asmida syg yg recommend kan tempat ni....





all the bunga pahar are made from paper creepe. aku suka yg atas hitam merah tu. tp so sad, takde dalam simpanan...rugi tak simpan.....

harga semua adalah serendah rm1.00+ to rm4.00+. aku pun tak tau yg mana murah, yg mana mahal.


okay, ni pahar masa majlis akad nikah. najib kata dari singapore. nanti aku check balik. diisi dengan bunga rampai. wangi betul. letak dlm bilik, barulah feeling pengantin baru kan....

since takde apa untuk diberi pada kawan kawan office, makanya ini adalah untuk mereka....suka ya amat kawan kawan office aku.....


owh ye, bunga pahar merah hitam diisi dengan telur pindang. maha sedap. dan harga quite okay. di area melaka, kalau nk tanya quotation boleh email aku - ettykamal@gmail.com -. dijamin okay!

review :: make up artist [mua]

hello hello


yes tora datang lagi. dengan first review ever! ngeh ngeh....pemalash betul nk update cerita kahwin kan. dulu sebelum kahwin...............kemain....
* yang belum kahwin, korang rasakan camne nanti ye...tunggguuuuu waktunya....


okay, sebelum kahwin, mesti ramai yg tau, aku memang nk pakai mua bukan mak andam. aku dah bayar deposit pada seseorang [google it back], tp refund sebab tukar tarikh. bermula episod mencari lagi yg sesuai dengan budget dan kehendak aku.....

kali kedua ni, aku hanya perlukan pendapat najib sahaja. even bff aku yana, asmida, eena, yaya tak tau pun siapa mua aku. haha.....aku memang simpan rahsia ni sampai hari sanding. menyirap je eena & asmida aku tak bgtau dorang padahal hari hari gtalk.

sebelum eena kawin [babe, sebulan sebelum kan??] mua dia buat hal pulak. so aku takut gila kot kalau jadi camtu. aku sms mua aku cerita kan pasal tu. then dia balas, jangan risau, i takkan buat macam tu. even ada rasa percaya, tp berhati hati jugaklah kan......

sebulan sebelum aku kahwin, mua ada called. waktu baru aku sedar, lagi sebulan okay!!!! masa tu macam macam ceritalah itu ini, pasal jerawat aku, muka aku. mua bagi tips kalau nk buat facial semua semua....hehe best gila. then hari hari selepas tu, keep on sms je kalau ada benda penting. sampailah pada hari 3 june 2011, jumaat petang kami bertentang mata....

mua sangat lembut orangnya. takde nk goyang goyang kan kepala aku ke apa. nk buat itu ini, dia akan bagitau. ''pejam mata, bukak mata, i pegang kepala u tau'' hahahahah so manis....

hari nikah tu aku terlupa nk pakai contact lense. dah makeup separuh baru nk pakai. dengan inai merah lagi. boleh pulak terkena solution tu, air semua jadi merah! bila apply kt mata, mata aku pedih gila....start dari tu, mata aku sakit bila mua nk makeupkan tang mata. sorry mua! buat dia risau je...

oh ye, aku ada pesan aku tak mau cukur kening. mua cakap, takpe, dia pun takkan cukur. kemaskan je. yeslah....kening original aku memang nipis pun. so takpe.


malam nikah

eye bag tu memang suka kt aku....tak boleh buat apa dah. haha.


taraaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
tantek ke perantin ni??????? =)


untuk malam nikah, pakai fake eyelashes yg natural. nipis je. so nampak sweet sweet je kt mata tu....habis semua jerawat hilang kau.....

owh yea, tudung, veil pun mua pakaikan...

mua macam tau tau je veil aku ada 3d flowers, so dia buatkan aku sanggul tinggi. hello, aku tak suka kot. tp hellooooooooooooo....nampak cantik kot. hahahahahaahah...matiklah kena gelak ng adik adik aku bonggol unta....



reception

okay dah pakai contact lens awal awal. alhamdulillah, takde apa yg berlaku.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!



owh suka dengan kening yg dirias indah bagai dicukur....suka dengan part mata.....
suka semua!!!!!!!!!!!!!!!!!!

yang penting, muka tu tak nampak sangat berubah kan.....barulah mua.
tp apa yg aku nak, adalah muka aku. tp dirias dengan elok.....


thank you very much mua!!! u made my day so wonderfull................!!

eh tak kenalkan lagi mua aku eh???



tara...................meet my mua for my big day...yg muka dan suara ada iras iras yvonne nora elena. hahahahahaha...semua orang cakap camtu....

nama dia asma...............................

tu asma...comel jekan orangnya....suara dia sebijik kot macam suara yvonne. tp ni versi yvonne baik. hahahahah......

dia ada blog. kt blog ada number phone and email. can ask the quotation. asma sangat baik okay. bolehlah nego baik baik dengan dia to get a special rate.....


owh ya, asma can do make up for family member[s], bridesmaid too. reasonable rate wa cakap sama lu....



http://makeupbeautybyasma.blogspot.com/


jangan tak caya, dlm blog asma ada 2 orang budak busuk nk makeup sekali....eh actually 3 orang plus mak aku. hari tu aku tanya nk makeup tak, gedik owh tak nak. sekali dia nampak yana makeup terus teringin.....


to asma dear, terima kasih banyak banyak sudi melayan karenah i, pengapit [yana], bff [yaya] & family ye....terima kasih kerana buatkan i cantik pada 4 june 2011 ah best gila lah jadi pengantin yg vogue dan howt....!!

hope that we will keep in touch.......

take care.......



now i present.................the beautiful bride ever.....................matilah perasan tak habis habis kan.........well cantik sehari je kottt....eh pada aku, cantik hari hari......kakakakakakakakaka....



kecantikan tu, biarlah untuk suami je.....cecey..........................

baca dulu yg ni eh. gambar kendian.

hello hello

im back people[s]!!

arghhhhh.....tak suka tak suka...tak suka nk kerja hari ni....!! tetapi, demi masa depan keluarga dan anak anak yg disayangi [mell, adik, kaboy], ku gagahkan jua jebat!

last week, kami mula berhoneymoon. ye tau tau, kena ada gambar baru korang nk layan blog ni kan....baik. malam td suami pesan, ''bila i takde, baru lah u hebohkan diri dengan semua ni. ni time i ada, hebohkan diri u dengan i'' opsss...baik suami...tidak baik engkar....kelak dosa dapat!

hari sabtu 11 june [ah tarikh ni patut kami berkahwin!] gerak balik ke kampung halaman. since najib dah berjanji dengan wak wak aku, dia kotakan janji dia.

pagi pagi dah gerak ke bagan datoh. sampai kampung dalam waktu zohor. terus shoot ke rumah opah kiah. opah kiah adalah adik arwah embahtok. mak cerita, opah cakap kt wak yg dia sedih tak dapat tengok aku kahwin. kan dah bagitau hari tu [entry dah lupa!], aku rapat dengan opah & atuk sedara. dorang tu aku dah anggap macam nenek & atuk kandung! takde sempadan kasih sayang pada mereka......alhmadulillah, opah kiah & tok ali sihat. cuma opah kata, dia cepat letih. kesian opah & atuk. lepas rindu nk rasa teh yg selalu opah kiah buat. opah offer nk buat milo ke teh. eh mestilah aku pilih teh o...senang nk buat! hahaha. teh pulak sedap....yummy........!!

sejam kt rumah opah kiah, kami ke rumah atuk hassan pulak. atuk hassan pun adik arwah mbahtok. opah nab sajikan kami dengan murtabak. habis....pun lebih kurang sejam jugak kt sana. atuk hassan pencen cikgu, so banyaklah yg diborakkan dengan najib.

najib tu, ko taulah banyak cakap camne kan.....????????????

lepas tu, ke parit 5 lagi sekali. pergi ke kubur abah, embahtok & embahlain. boleh pulak aku terlupa kubur kan. melilau lah sorang sorang cari kubur arwah. najib dalam kereta cari parking. dah nak dekat maghrib kooooooooooooottt....

kubur abah pulak, macam dah confirm confirm tiang nombor 5. alih alih nombor 6 pulak. tp gerak hati aku tepat. aku terus je kubur abah. then, tepat!

seperti yg dijangkan, aku menangis kt kubur abah. dalam hati terdetik ''abah, etty bawak najib. kami dah selamat bernikah. restui kami''

kubur abah banyak rumput mati kena racun. tu yg buat hati lagi sebak sebab semak sangat kan......tak tau lah najib nampak ke tak aku nangis. cuma dia tepuk tangan aku tak kasi pegang rumput tu sebab beracun. =)

then terus ke rumah embah endon [nenek kak ijan], embah yam [mak, mak teh]. dan terus ke rumah waknor sebab wak usin pergi penang. tido sana semalam.

esoknya, sebelum bergerak ke lumut. singgah kt rumah wak pin. abang sulung arwah abah. jarang masukkan nama dia kt blog ni sebab takde cerita sangat pasal dia.

sejam kt rumah wakpin, shoot terus pergi lumut. sampai sana parking kt carpark berbumbung. dan terus naik ferry. since kami ambil pakej honeymoon, tiket free termasuk dalam pakej.

naik ferry buruk tp ada aircond. last pergi pangkor takde aircond.

dalam lebih kurang 30 minit, sampai ke jetty pangkor. dah bermulalah........


hehe.....

hari rabu, ke singapore pulak!!!!!!!!!!!!!!!!! wo hooooooooooooo.....

singapore apa yg best eh??? currency mahal dow....best dpt masuk butik designer bag je. merasalah masuk dan dilayan oleh SA yg ramah tamah. lain okay dengan SA kt KL ni...

tp still mahal. murah lagi yg kt blogshop tu.....

eh ada lagi best tentang honeymoon kt singapore ni. one of the relative najib's side, bg aku handbag gucci. wallah....!! senang hati betul dia pass kt aku kan....

merasa jugak berjalan jalan di sentosa island.

ahhhhhhhh semua best lah. asalkan dengan suami tercinta. hihi.....


we thankssssssssssssss to busu and family. yg sangat baik hati melayan kitaorang dengan sempurna.....makanan yg sedap gilssssssss....gemuk aku! haha...


okay...tunggu jelah next entry with the pictures. dah sort dah, tunggu nk compress je. senang nk masuk blog & fb.

gambar kawin tak dapat lagi, sekian!

Monday, June 20, 2011

suami, pulanglah....

hello hello

benci!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tak suka...................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sanggup selongkar laundry basket then amik baju busuk suami buat teman malam ni....

rinddddddddddddddddddddduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!

sekian.

dari,
isteri yg kerinduan.

gambar sikit dari mereka.

hello hello

just found that, theyre najib's cousin...! heh, kalau tau awal awal, dah hire dah kot...

sepupu najib....


yang ni pulak, saja je gedik google nama aku ng najib...sekali kuar blog kawan najib pulak...haiyak....
anyway, thanks for the review. malu owh puji comel amat. kakakakakakakaka..

dear owner of the blog, please jangan kasitau orang lain, blog ni ye....hehe....

terima kasih daun keladi.....

Monday, June 13, 2011

update pendek gile

hello hello

kesian readers ditinggalkan tanpa entry....hahahahahahhaha....

hidup dah kahwin ni busy. baru faham kenapa ada blogger yg jarang update lepas kahwin. kui kui....dengan berebut laptop dengan najib lagi...

insyaAllah, balik nanti aku buat entry review semua semua tu ye....janji ada entry, tp tak tau bila....

sekarang kami tengah bercuti lagi..di pangkor!!!!

daaaa darling.........................................

Thursday, June 9, 2011

untukmu suami......

hello hello

credited to http://www.iluvislam.com/keluarga/perkahwinan/2538-untuk-suami.html


----------------------------------

Pernikahan atau perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru, isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita menjadi solehah.

Pernikahan atau perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, dalam pernikahan atau perkahwinan,
Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang ternakan, kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya.

Isteri bagaikan anak kecil tempat bermanjanya,
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah S.W.T,
Kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana,
Justeru, kamu akan tersentak daripada alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah S.A.W,
Pun bukanlah Saidina Ali R.A.
Kamu suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Amin...



suami, aku sayang padamu.............................

Wednesday, June 8, 2011

nak bersanding lagi sekali boleh tak???

hello hello

alhamdulillah, cik etty sekarang dah jadi puan...nk sedap cik puan. tak pun toh puan etty. haha...

terlepas segala bebanan, tekanan, stress, nervous. rama rama pun dah tak mau duduk dalam perut ni lagi. tengah tunggu anak pulak duduk dalam tu. ahahhahaha....

dengan 2 kali lafaz ijab, makanya kami suami isteri. macam tak cayo!!! in fact sampai sekarang pun macam tak percaya dah halalan toyiban!!! ale ale ale...!!

bride to be, nanti suruh groom to be practice ye lafaz nikah tu. tapi, yelah, tengah harinya semua nervous. najib yg hari hari dok hafal pun, 2x jugak. sebab terbabas cakap ''NYA''...

sepatutnya ''aku terima nikah.....dengan mas kahwinNYA.....''

tapi najib terbalik ke terbanyak ntah. haha. semua nk NYA NYA NYA.

malam nikah macam kelamkabut sikit. banyak benda yg plan tak menjadi. ingatlah wahai sayang sayang sekalian, pada bride to be yg juga menjadi wedding planner untuk majlis sendiri, banyakkan bersabar....jangan stress stress. aku ni yg organize segala segi pun, ada yg tertinggal itu ini. gila punya stress lah wa cakap luuuuuuuuuuuuuu.

kek hantaran, last minute keluarkan dari tempat persembunyiaan. nasib baik teringat. kalau tak...haih lah....

belon!!! suppose aku gantung belon kt kanopi since kanopi takde scallop. tp disebabkan kekangan masa dan tenaga, nan ado lah belon tu....

tp overall malam nikah best.

cuma kesian suami, tak sempat jamah makanan. mula mula rasa bersalah sebab macam tak ingat nk hidangkan utk dia kan, tp bila aku tanya jaja, dia kata dulu pun dia sama. hahaha.
waksal pun buat ayat sedih....''tak merasa najib makan kambing!''
haaa tengok tengok!!!

balik dari rumah waksal dah lewat, tido pun pukul 3 sembang sembang dengan yana. yaya dah selamat kebabom! dengan tak kemas lagi beg nk bawak ke mertua.
sebelum tido, sempat lagi nk sms dengan suami yg jauh di mata dekat di hati. hahahah gedik okay.

esok pagi gerak ke tampin. nk set up meja guest book. sempat tengok dulu keadaan dewan. gorgeous. aku suka!!!!

then terus ke banglo penginapan. make up. sepatutnya yana & yaya make up dulu. tp mua rasa macam tak sempat, maka aku make up dulu lepas yana. masa tu yana dah siap buatkan handbouquet aku. najib pun bersiap lambat. tp keluar dari banglo tu ikut time yg ditetapkan lah.

kitaorang tak sangka ada kompang tau. sekali ada!!! wow suka suka...moment dari luar dewan dengan diiringi kompang tu paling best. paling rasa nk ulang ulang balik. tp macam kejap je masa tu....ahhhhhhhhhhh.....nk lagi boleh tak????

kami ke meja beradap dulu, baru sanding atas pelamin. sebab ada tunku besar tampin. makan makan makan. naik atas pelamin. merenjis, bergambar....plus menangis!!!
benci tau...ingatkan takde drama air mata. sekali ada jugak.

oh malam nikah aku cool okay. padahal gelabah gila ingat akan nangis. siap request kt mua pakai semua waterproof. hahahah. selamat tak nangis.

kawan kawan ramai datang. infact mak mertua pun perasan ramai kawan aku datang. hihi....

paling best dan tak sangka, kawan blog!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

ah sayang lah korang semua.......!!!

kak tedi, kak tuah hanani, meowwmania, cik marie, cik chika....suka suka...sayang korang!!!! berganda sayang....tp sayang lagi kt suami. haha...

suami pun dah pelik, ramai betul kawan blog isteri aku ni. haha

nanti lah aku reveal satu satu ye. ni general. nk update tak tau bila sebab berukband sudah kong!! laptop kt rumah mertua.

berbalik pada kawan kawan. asmida, eena, wawa, shima, huda, fiza, kak ubai, kak hana, ieja dan romi, sheda classmate khir johari ah siapa lagi ye???? thanks korang sudi singgah. even kl jammed teruk!!!

saudara mara pun datang dari jauh. cuma tak sempat nk jumpa je. ada yg jumpa kt gate dalam kereta lambai lambai je. haha. apa pun, terima kasih banyak!!!!

family terdekat, wak wak....ah awesome!!! sayang semua.....

terima kasih kerana banyak berkorban untuk majlis ni......tak terbalas rasanya budi baik semua orang.....insyaAllah, selagi masih bernyawa, budi kalian masih ku kenang. kalau ada rezeki lebih, boleh kita kongsi sama sama......

majlis ni bermakna sebab dikelilingi oleh keluarga, sepupu, pakcik makcik yg sangat baik hati.. yg sudi menolong kami sekeluarga yg serba kekurangan ni...ahhh nangisssss.....
nanti ada masa, aku review satu satu ye. gambar ada dlm facebook....daaaaa.....

Saturday, June 4, 2011

save the date.

hello hello

ini adalah entry tetap sehingga.............tidak diketahui tarikhnya. entry baru ada kt bawah.


i need your attention please.....!!



woooot wooootttt!!!!

barang siapa yg ada 6ixth sense, tau diri dia bakal dijemput oleh bakal cik pengantin, sila letak tarikh ini di dalam planner anda ye....

sila bagi alamat rumah. kalau facebook jadi ditutup, kena pos lah. tp kalau tak tutup, virtual card je lah...takpe, aku ikhlas nk menjemput. jangan pertikaikan cara tu. zaman sekarang yg duit stem pun dah 60sen, kena consider jugak. =)

takpun, bagi email kt aku [ettykamal@gmail.com].

aku adalah sangat gembira kalau korang korang yg rajin ke blog ni, dpt datang nanti. insyaAllah, geng blogger ni duduk semeja...yeay!! happy happy...

semua mengiau nanti ye...hehe....

Wednesday, June 1, 2011

rabu dah....rabu tanpa kata.

hello hello

urm...what more to say. hari ni dah rabu. masih kerja. esok start cuti.

takde istilah kena kuarantin 40 hari untuk kami.

lagi nk dekat hari, lagi kerap berjumpa. uruskan itu ini. beli itu ini...almaklumlah indie-bridegroom. hehe.

semalam jumpa lepas najib berurusan dengan imam. tanya hint soalan soalan maut nanti. lepas tu pergi tesco. cari macam macam. hey, tengok tu, sempat lagi kan nk shopping macam macam....

* masa shopping, najib dah start panggil aku orang rumah....cessss....

since coklat hantaran ada orang sponsor...^siapa makan cake blueberry secret recipe, dia yg rasa kesedapannya...haha^....baik punya perumpamaan....

so aku tak fikir pun pasal coklat langsung. tp semalam baru terhegeh hegeh nk buat back up ke, kasi lagi cantik ke. pastu berebut dengan najib nk coklat apa. apa yg aku amik, dia amik. so means, coklat kitaorang sama! tak best langsung.....!!
najib pun tak bgtau awal nk coklat oldschool yg bentuk syiling rm1 tu. kalau tak boleh aku bawak g cowboy.

semalam pun dah kena bebel lambat sediakan gambar nk letak kt borang nikah. tangkap gambar last minute. siap kena gelak je ng kedai gambar tu. nasib baik cantik.

dah hantar kt rumah wak, boleh pulak aku terjatuh kt gate. woi, sapa kata jatuh depan bakal suami tak malu???? MALU OKAY!!! berganda malu dia sebab lelaki tu lah bakal suami kita. mesti dia ingat aku ni cuai. haha memang pun.....!

MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


lepas tu, berukband celcom aku tiba tiba tak boleh connect. harap maklum! macam apa je kan......!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails