:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, July 29, 2011

durianholic.... =)

hello hello


ahhhhhhhhhhhhhhh heaven gila makan durian................

time makan durian, memang heaven, tp bila demam tak surut surut 2 minggu....alahai melepet jelah.....

jangan salahkan durian, durian tak salah pun.....yg salah diri sendiri sebab makan tak ingat dunia.......

hikssssssssssss.................

paling best makan kt office ramai ramai. rasa yg sedap ''haaa kak, ni sedap gileeeeeeeeeeeeeee''. cey semua berebut nk makan biji yg tu.
bila orang lain rasa pulak ''yang ni sedap, lemakkkkkkkkkk''
gelabah nk rasa lain pulak.

haha tamak........


pilihan aku, semestinya durian kampung!!


nikmatilah sebelum ramadhan kunjung tiba...kelak akan menyesal. kuang kuang kuang....

Thursday, July 28, 2011

review :: wedding decorator

hello hello

wedding decorator (wd) ktorang jiran najib je. memang business bridal ni. KENCANA SARI ENTERPRISE. nk contact number, do email me at ettykamal@gmail.com atau post comment entry ni. i will get back to you asap! *bukan bagi asap....

well mereka ini adalah specialist dalam menguruskan majlis perkahwinan dan juga menyediakan service PA system, live band dsb.

available dari mana ke mana, korang kena contact kencana sari ni dulu ye. tapi memang they all based in tampin......


okay, kami menggunakan khidmat kencana sari dari segi:



1. LIVE BAND / CAK LEM PONG


insyaAllah, suara penyanyi sedap sedap belaka.

alhamdulillah, pemilihan lagu adalah yang terbaik. instead of lagu moden, aku suka lagu tradisional, keroncong & sesuai dengan perkahwinan semi formal macam majlis kami.

suara penyanyi tak terlalu nyaring. just nice.

i think, tetamu semua enjoice the moment!



2. WEDDING ATTIRE FOR GROOM & BRIDE

buatnya dengan tailor, tp kira sewa dengan kencana sari ni lah....


for bride, tudung & kasut je my own. yg lain kencana sari yang punya...hahahahaha. * macam ahmad albab pulak bunyinya...

for groom, fully baju melayu sendiri punya. rented vest, sampin, tengkolok & keris je.



3. HALL DECORATION


sempat captured masa rehearsal hari khamis.


the hall turns so wallah.....!!

btw, kerusi meja punya alas tu, caterer yg punya. will confirm it later.....



4. PELAMINAN


sebelum.....


selepas...

hoyeeeeeyyy.....kami memperuntukkan jumlah yg banyak kt pelamin. jadinya kena habiskan masa kt pelamin ni habis habisan!

yes we did it.

syukur hujan petang tu, jadinya, tak henti henti tetamu nk bergambar atas pelamin nan indah ini......

worth it okay.....haha....

ramai kata, pelamin kami antara yg tercantik pernah dibuat di tampin ni....

hihi....dah bayar mahal, tak cantik jugak tak tau lah kan....

alhamdulillah, the WD tau dan faham apa yg aku nak.

bila dia tunjuk draft gambar pelamin, aku tukar itu ini, WD tanpa banyak tanya terus ikut cakap aku. tapi, takde apa pun yg aku ubah. sikit sikit je.
at first WD suruh pakai kerusi asing asing. tp aku request kerusi tu. so dapatlah seperti di dalam gambar. boleh posing manja manja sikit.

actually aku tak suka sangat pelamin panel. tp bila tengok depan mata, pelamin aku yg sangat wallah ni, aku terus suka!!! tak banyak songeh pun aku kan....ngeh ngeh ngeh.....



5. MEJA MAKAN BERADAP



nothing to complaint. everything nampak sempurna!!


6. WALKWAY & ARCH

kami gunakan bunga plastik je. takde fresh flower bagai. membazir.


what else to say, kencana sari well recommended!!!!
mereka ada khidmat mengandam juga.....


lai lai.................lai lai kratong................

review :: DIY guest book corner

hello hello


what do you expect on my guest book????

sorrylah nk bertempah bagai, gua takde duit. buat sendiri. jimat.

design sendiri, print guna kertas licin & keras, pinjam stapler besar, beli kertas keras buat cover kt popular, beli wrapping paper ala lace kt lovely lace, amik sikit kain felf buat abjad.....and TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA......done....

sekali lagi si adik gigih menolong kakaknya menyiapkan guest book ini....



best sebab kertas pembalut tu pun dapat lace!!! dari kad kawin kan, semua lace....hihihi....

dan decoration untuk meja guest book ni, tak banyak.

plan mahu print gambar pre wedding, tak buat.
plan mahu letak bunga tissue DIY, tak buat jugak.

makanya, tinggggggggggggg....mendapat idea buat ala ala facebook.

orang lain buat besar besar kan. aku punya cinonet jeeee......


gambar dari bb eena.

aku gigih okay cari font yg sesuai, warna biru facebook tu....akhirnya.....

frame, beli kt daiso dengan stand sekali....frame tu dia gabus tau.


simple mimple.

magic pen, beli kt daiso jugak. dapatlah yg 24 batang tu so last minute. alhamdulillah. kt daiso jusco baru melaka ada jual. tp tengok nasib lah sebab sebelum ni, aku pergi takde. seminggu sebelum aku kahwin, ada....so terus beli!

and props!

takde background yg cun cun untuk photo booth sebab takde idea...


bila baca balik, seronok.

bila tengok family baca guest book, tambah seronok.

bila tengok family in laws baca guest book, seronok seronok seronok.

sebab guest book ni kan still new dalam budaya kita. so bila ada depan mata, dan baca apa saudara tulis, bagi nasihat, quite happy lorrr....dan tetamu yg kita tak sangka akan menulis, menulis juga mendoakan perkahwinan ini bahagia hingga ke syurga....tidakkah itu sesuatu yg menyeronokkan????



DONE!!!! =p


review :: DIY guest book props.

hello hello

props ada lah fully DIY. yeah babeh yeah.....!!

google, print, potong dan lekat.

aku gunakan kain felf yg aku beli kat daiso. * semua orang tau daiso tu kot....

atas bantuan adik aku si wanie tu, siap benda ni sebelum majlis...kalau nk harapkan aku sorang, tak jalan kot. haha.


antaranya....


asmida & eena the bff.....


along & syam the bro in laws


the bride of the day.


chika & ME the sayangs meoww blogger. * mengelat ye Meowwmania???


gambar dorang memang banyak, tp aku upload sikit jelah ye...meowwmania nya mana???


the mother in law...


new family members


chika.....omg, sangat maskulin lah ini gambar.....


ME....auwwwww....angelina jolie nya dia....while cik chika tengah tulis guestbook!


and last, the bride again....


so far, ramai kawan kawan dan family in laws yg guna props ni. pelik, kenapa family aku takde pun guna ni. padahal semua tau kot ada props ni.......haha.....

so kaylah. its not a big deal pun....

cuma aku ralat, gambar kami suami isteri takde pegang props ni....sebab boleh jadi idea kot untuk outdoor kan..hai la....


aku tak boleh janji nk beri korang link gambar gambar misau, janggut tu semua. sebab tak ingat save kt mana. kalau ada, aku boleh tolong.


btw, props tu ada lagi. terfikir nk give away ke simpan je eh......urm.....................................ada ke orang yang nak????

Wednesday, July 27, 2011

review :: wedding cake

hello hello

gua ingatkan ada gambar cun dari OP, rupanya takde. maka upload lah gambar dari camera bro in law, kawan kawan yg datang hari tu.....

okay. maybe ada sedikit tips nk bagi kt korang....

aku buat semua ni pun, selepas tengok sendiri pengalaman kawan baik, asmida waktu dia kahwin dulu. takde seorang pun incharge masa potong cake. jadinya, she missed the moment! kek cantik, tapi....tu lah kan, nk harapkan adik beradik, masing masing sibuk.

so aku decide, aku nk cake decorator datang dewan tampin, dan buat kek tu kt dewan tu pada hari kejadian! errrr maksud aku, hias hias tu lah. bakar kt rumah dia lah kan. =P

aku tanya kawan baik aku, dia kata worth it dengan harga yg vendor ni tawarkan pada aku. at first macam mahal, tp fikir balik, aku tak mau ulang balik pengalaman asmida, aku berkorban sikit.

kitaorang cari kt tampin, takde pun baker yg best. yg dengan kak hawa tu, dia tak boleh ke tampin pulak. kt pekan tampin ada baker's cottage, dekat je dengan dewan kan, tp tengok corak macam tak berapa nk best. pergi secret recepi, tak boleh customize kan corak yg kita nak. pasrah.....

akhirnya jumpa baker dari seremban. pung pang pung pang email bagai, dia offer that price plus transportation ke tampin. urm...fikir dulu, kot kot mahal kan....
and terus deal, deposit bagai...

being me, yg nk sangat apa yg aku nak kan, alhamdulillah akak ni sanggup nk buat apa jenis kek yg aku nak......

aku nak rainbow cake....aku addicted gila selepas baca blog farah foxy. gila tahun 2010, aku tak plan pun nk kahwin time tu. takpe, aku simpan angan angan tu.

dan tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

kek sedap.....lagi lagi rainbow cake tu kan, semua orang cakap sedap....

since masa majlis tu hari hujan, tetamu yg lambat datang, merasalah kek kawin kitaorang. siap bertapau tu. haha....

okay, now i present to you, our lovely wedding cake everrrrr....




takde lagu best mengiringi upacara potong kek ni. lagu apa ntah.....
at first macam macam lah lagu nk request kan, sedetik lebih lah, marry you lah, last last keroncong. haha.
* tp asal aku tak ingat eh lagu tu, padahal seha tu nyanyi sedap kot.....


aku dapat contoh design tu kt google. apa ntah website nya. aku request nk letak fresh flower. tapi najib tak kasi atas sebab hygine. so takpelah. baker pun boleh ganti dengan paste flower kan.....


so tips nya adalah:

biar berkorban sikit, asalkan benda kecil ni semua sempurna terurus. tau tau je, bersanding dan potong kek, kek tu ada atas meja tepi pelamin. tak payah nk terjerit jerit panggil family mintak tolong uruskan kek ni.
tapi kalau korang ada manpower yg ramai, beruntunglah......

dan aku happy sebab keputusan yg aku ambil ni, menguntungkan aku. duduk je atas pelamin, dah siap kek aku terletak kt hujung pelamin. time potong, disorongkan meja tu pada kami. aaaaa...senang banget!



ni je yg nampak sikit rainbow tu. tak taulah ada close up ke tak.....takpelaaa....asal ada kan.....


okay ni blog baker aku - http://dlovelymuffin.blogspot.com/

facebook - dlovelymuffin, Cakes N Choco Treats


so, bride to be negeri sembilan atau melaka, apa lagi....pergi lah mintak quotation!!!!

menu untuk sihat dan kurus dari quaker oats

hello hello



last week kan suami tercinta masuk ward. 5 hari jugaklah kena tahan dalam tu. suami ada masalah dengan tulang belakang. * jangan risau, not so serious.

so doctor advised untuk kurangkan berat badan. sebab takut, berat sekarang ni, tak boleh menampung badan dan tulang.

doctor siap seloroh lagi ''makan capati je sebab tun mahathir pun amalkan makan capati, that y dalam umur sekarang, he still energetic, sihat''
yelah, selain dari sakit jantung, tun M sihat je kan. * if im not mistaken lah sakit jantung sebab selalu kt berita ada pasal dia masuk IJN. correct me kalau salah infos.

aku pun seloroh gak ''pasni i kena gugel lah cara cara buat capati''


kenapa capati? baca SINI.


aku dah gugel pun. tinggal nk cari tepung atta tu je. hehe.


dan satu malam aku bagitau suami ''lepas ni, i kena control u makan. u kena makan oat jelah sayang''. mestilah suami tak boleh terima kalau kena makan oat.

tapi!!!!! tinggggggggggggg!!!

dapat newletter dari quaker oats lah td babe....menu menu sepanjang ramadhan menggunakan quaker oats. haha lebiu lah quaker oats.


* aku memang suka makan oat. lagi lagi masa on diet nk kahwin dulu. berkilo kilo aku beli oat.

okay mari kita tengok apa menu yg mungkin menjadi kegemaran suami yg boleh kita tambah quaker oats sebagai usaha nk kuruskan badan suami.....








perghhhhh tidakkah ianya nampak menyelerakan?????

bukan setakat sihat, silap silap boleh kurus.....!

tak caya cakap aku eh??? nanti aku share cara aku kurus dan nampak menawan. next entry okay....


oh ya, ini pun boleh buat dessert untuk berbuka puasa, open house....aaahhh tempting!!!

mesti cuba untuk pikat hati family in laws......



Pai Mini Epal Oat Quaker



okay uols....selamat mencuba.....




cartoon's idea

hello hello

ahhhh cantik gilaaaa.....!!!

kenapa aku tak jumpa ni sebelum aku kahwin dulu????????? aaaaa histeria kejap...

cartoon ni sangatlah superb okay....cun cun pulak tu. boleh digunakan untuk:

1. thank you tag [tq tag]
2. customized goodies bag [hantar gambar ni kt vendor printing goodies bag]
3. wedding invitation [kad kahwin}
4. centerpiece [hiasan atas meja tetamu tu]
5. welcome board [instead of letak gambar pre wedding]
6. guest book [memang comel gila kalau letak cartoon tu]
7. candy buffet board [candy buffet yg sangat IN hottttt sekarang]


selain dari wedding, boleh juga digunakan ketika:

1. majlis akikah, cukur jambul atau majlis kesyukuran
2. bertunang
3. bachelor / bachelorette party
4. birthday party

ahh macam macam lagi lah. korang kn kreatif metip!

semua gambar adalah kredit kepada tuan punya blog The Dollydle's Cottage. sorry tuan blog, dah publish entry baru mintak izin amik gambar. gambar comel tu buat saya tak tahan lagi...... =)






kalau berminat, boleh pergi buat tempahan kt blog tu. LINK DI SINI


harga, murah murah je.....dan pastinya berbaloi dan korang puas hati...........


eh, aku tidak dibayar untuk iklan ni. aku cuma tak mau korang menyesal macam aku sebab tak jumpa blog ni sebelum aku kahwin.....


kenyit kenyit mata - takde sapa nk belanja aku ke????



CEPAT CEPAT............!!!!

Tuesday, July 26, 2011

'' manisnya PJJ ini......''

hello hello

dah jadi trend orang sekarang ye, berkahwin dan mengamalkan hidup PJJ. [perkahwinan jarak jauh]
termasuk aku!
kawan baik aku asmida.
kawan blog aku nana, raden - sekadar menyebut beberapa nama yg rapat. (link kt sidebar)
dan beberapa B2B yg bakal senasib dengan kami.

untungnya korang yg berpeluang hidup sebagai suami isteri yg normal - tinggal sebumbung.
* korang patut sentiasa bersyukur.

kalau aku, aku sentiasa rasa sedih bila ditinggalkan suami. suamiku tak jauh, tampin je. melaka tampin, berapa minit je. tp kami tetap mengambil keputusan untuk berPJJ.

dalam tak sedar, seharusnya aku bersyukur jika dibandingkan dengan kawan kawan yg lain. dari segi lokasi, kewangan mungkin.

asmida - azmie kt johor. since asmida dah pregnant [tahniah darling!], azmie mestilah kena ulang alik setiap minggu melawat asmida kl KL kan. berapa kos ulang alik setiap minggu? calculate sendiri....

nana - suami di KL, nana di terengganu. again, do your own calculation. berapa masa yg harus dikorbankan hanya di jalan raya.

raden - suami di perak. lu kiralah sendiri. fikirkan juga betapa penatnya mental dan fizikal meredah berkilometer hendak ke pangkuan suami @ isteri.

tapi aku.......kadang kadang masih tak bersyukur masa, kos ulang alik yg sedikit minima dibandingkan dengan kawan kawan lain......selalu nk merungut, paksa suami tinggal di melaka dan ulang alik ke rembau. alasan, aku takde kereta nk berulang dari tampin. so suami yg kena beralah. dan ini menjadikan alasan kami bergaduh setiap hari.

memang banyak dugaan dan cabaran PJJ ni. ingat dugaan bertunang je ke? PJJ ni lagi lah. memerlukan pengorbanan emosi!

aku kena bersyukur. dibandingkan dengan kawan kawan lain, aku masih boleh berjumpa suami sekurangnya 4-5 hari seminggu. kawan lain mungkin jumpa 2-3 hari seminggu je kan. kesian korang. tu pun aku tak boleh nk bersyukur...................

seorang ustaz, kenalan suami pernah berpesan pada suami sebelum kami bernikah:
''kalau boleh, jangan @ elakkan menghabiskan masa di atas jalan raya''
terus aku teringat pada kawan induksi najib. yg meninggal sebab accident.

terus macam tersedar.......dan terdetik, aku tak mahu kehilangan suamiku seperti dia kehilangan suaminya....................

bila fikir fikir balik, terlalu banyak hikmah yg Allah sembunyikan pada kita kita yg berPJJ ni kan......


setuju tak aku cakap, bila berjumpa kita suami isteri bertambah mesra??
setuju tak aku cakap, bila berjumpa layanan suami kita tip top - errrr bukan layanan yang tuuuu, ni layanan yg menunjukkan kasih sayang di tempat makan, dapur, ruang tamu....??
setuju tak aku cakap, suami kita semakin hari semakin romantis??? dan lain lain......

macam aku, bergaduh memang tak dapat dipisahkanlah. dari couple 7 tahun lepas, gaduh tu dah jadi macam biasa. cuma lepas kahwin, kalau gaduh touching tu lain macam sikit. yelah kadang kadang fikir, suami aku ni tak nak langsung jaga hati aku.

tapi bila jumpa petang jumaat, terus terubat rinduuuuu, terus hilang marah....magic!

usah kata masa berjauhan bergaduh, depan mata pun bercakaran. tp bila kenangkan esok dah nk balik melaka dan berjauhan lagi sekali, hilang marah! dah boleh senyum senyum kambing. haha......


okay aku ada tips atau mungkin, biasa je bagi korang yg tinggal sebumbung. [tak salah kalau praktikkan juga]



1. masakkan makanan kegemaran suami yg tahan lama sebelum korang berpisah lagi sekali - contoh sambal ikan bilis [contoh ni sebab sambal ni specialist aku], sambal belacan @ sambal kicap [boleh simpan dalam peti ais kan]. tak pun, buatkan air yg sedap sedap dan sejukkan dalam peti ais. air kan boleh tahan lama dalam peti ais. see, benda ni simple je kan. asalkan bila time suami nk makan @ minum, dia teringat kt kita yg jauh di perantauan ni....

2. kemaskan bilik sebelum korang beredar - dalam liat aku nk melipat baju, mengemas, aku gagahkan juga buat semua tu. untuk apa? untuk suami kenang-kenangkan kita. at least, bila dia sorang sorang tu, dia ingat kt kita. bila dia nk pergi kerja tu, dia ingat kt kita juga. tapi bila next week jumpa lagi dan bilik bersepah, siap sedialah lontaran vokal tu. aku selalu membebel! haha

3. letak nota cinta - oh ni aku baru terfikir. belum buat lagi. nanti aku buat. sebelum keluar tinggalkan bilik tidur atau rumah, coret nota atau ayat ayat cinta korang dan tampal pada cermin dressing table, peti ais. coretlah apa sahaja. yg boleh buat suami korang tersenyum dan kenangkan korang yg jauh di mata dekat di hati.

4. sembur perfume kegemaran suami di bantal sikit - ni pun aku baru fikir. mesti suami kita ada kesukaan pada certain perfume dan bauan kan...sembur sikit perfume tu pada bantal sebelum kita beredar. at least bila kita tiada, bau kita ada. dan suami terbayang kita ada di sebelahnya. dan tak sabar nk jumpa minggu depan! =P

5. masak makanan kegemarannya - yg nombor satu tu, sebagai bekalan kita tiada kt rumah. ni masa kt rumah dengannya. belajar memasak. try tengok my resipi. haha. macam aku, hujung minggu di rumah mertua, jadi boleh korek rahsia suami suka makan apa. nk tunjuk skill, tp tak yakin. makanya, tak payah masak kt rumah mertua dulu. aku tunjuk skill bila suami balik rumah aku je. sebab kalau sedap, baru kita yakin nk buat lagi sekali kt rumah mertua. haaa gitu.....

6. sediakan sarapan - ni contoh aku lah. najib hantar aku ahad malam isnin. so hari isnin pagi, dia ke rembau dan mungkin jumpa balik hari jumaat petang. so pagi isnin sebelum ke tempat kerja, aku siapkan sarapan. even roti dengan planta. dan minuman kegemaran, teh tarik. simple je. tp aku usaha jugak nk bekalkan dia. sesekali kan, tak salah bangun awal pagi. insyaAllah, sesekali tu lah yg buat dia ingat pada kita. better than nothing kan?

7. plan sesuatu bersama - contoh macam aku. minggu ni aku lipat baju. so sebelum berpisah sementara tu, aku banyak kali pesan ''next week u pulak lipat baju ye sayang''. suami tak menyahut. haha. so next week tu, sekali lagi remind kan dia ''sayang, your turn lipat baju''. bila waktu lapang, masuk bilik longgokkan kain baju depan dia, suruh dia lipat. tapi, jangan salah sangka, bukan suami yg buat tu sorang sorang. kita pun kena tolong. tp mungkin tolong yg ringan je. macam tolong terbalikkan baju tu ke. macam aku, tolong terbalikkan kain baju tu sambil baring. at least tolong jugak kan? dan mungkin, dia dah selesai melipat, kita pulak tolong susun elok elok dalam almari. at least, ada moment yg kita spend bersama sama. mengeratkan kasih sayang.

8. reserve kan baju yg kita pakai semalam untuk teman suami tidur - ni aku cakap based on my experience. 1st week berjauhan dengan suami, adalah disaster bagi aku. macam nk meroyan! sekali ternampak dalam bakul baju kotor, ada baju suami yg dia pakai sebelum dia balik. aku amik! aku cium! aku menangis dan aku peluk sampai aku tidur. dan untuk 5 hari, baju tu yg temankan aku tidur. ahhhh heaven!!!!!!!!!!
* dan najib selalu cakap aku malas basuh baju. bukan malas. kalau aku basuh baju tu, camne aku nk tidur????
so, why not kita apply benda tu pada suami kan?
eh korang geli ke dengan baju suami sendiri? tepuk dada tanya selera korang.......masing masing punya taste kan....

9. paling penting, masa yg sedikit tu, cuba untuk sembahyang berjemaah - alhamdulillah, selepas nikah ni, solat tu agak terjaga. kalau bukan suami yg ingatkan aku, aku yg ingatkan dia. ada 1 malam tu, kami sama sama baca yassin. syahdunya......korang try untuk merasakan kesyahduan tu.


dan last sekali


10. bersyukur dan berdoalah - bahawa Allah dah kurniakan kita suami yg kita dambakan selama ini. bersyukur lah, kita dah jumpa imam kita, bersyukurlah kita dah berkahwin jika dibandingkan dengan kawan kawan lain. berdoalah agar segala urusan kita dimudahkan olehNya, berdoalah semoga rezeki kita murah, mana tau dapat tinggal sebumbung dengan suami macam orang lain, berdoalah agar hati dan iman suami ditetapkan hanya pada kita seorang walaupun berjauhan.


cuma bila dah berkahwin ni, aku rasa perkahwinan bukan untuk seks semata mata. dulu sebelum kahwin ingat kahwin adalah untuk seks. u totally wrong etty!

bila dah jumpa, dapat duduk sekali tengok tv, dapat baring sama sama hadap facebook, basuh pinggan sama-sama, lipat baju sama sama....heaven rasanya!! yang penting setelah seminggu berjauhan, bila dapat pandang muka dia, itulah nikmat sebenarnya berkahwin ni....


okay tu je....


last sekali....

manisnya PJJ ini............................ =) =) =)

Monday, July 25, 2011

review :: hantaran dari suami kepada isteri

hello hello

lamanya tersimpan dalam draft entry ni. okay, aku publish harini eh.....



cincin batal air sembahyang.

hari ke3 selepas bernikah. inai pekat lagi. ni time nk pergi buat passport kt melaka.

hantaran aku pada najib, tema yg aku pilih adalah modern chic. haha, sesuka hati je tambah chic tu. tp modern betul. maksudnya, aku tak mau macam oldies corak dia. nk modern modern je. untuk hantaran belah najib, aku tak sentuh pun. its all up to him @ his family.

tp agak bertuah jugaklah, hantaran belah najib, busu dia tolong. *busu makcik yg kt singapore tu.

what can i said, gojes amat. overshadow hantaran aku. ish ish ish......

mau tak gojes, yg gubah ni semua adalah salah sorang saudara najib yg kt singapore tu. dia ni ada butik pengantin kt sana. masa aku pergi singapore haritu, sempat singgah butik dia. mak aih, cantik cantik okay....semua DIY. dan semua material beli kt SSF KL! yes, aunty ayu beli materials kt KL which is mestilah heaven kan bila convert currency dollar sing to RM. heaven heaven!!
according to aunty ayu, dia even terima tempahan dari Malaysian tau, bukan Singaporean semata mata. dorang sanggup bayar mahal kt aunty ayu. no wonder, hasil tangan aunty ayu memang meletopssss!


okay, hantaran kami 7 berbalas 9. simple je. takde yg pelik pelik, gadget gadget. mana yg sempat beli je.


kain sepersalinan.

in fact, kain ni sedondon dengan baju untuk inlaws masa reception tampin. so aku akan pakai ni masa 1st raya. najib kata simboliknya adalah, tanda sebagai ''welcome to our family'' gitttuuuu.....



perfume set yg awal awal lagi kami dah beli masa krismas tak silap. hehe.



handbag & jam tangan.

niat di hati nk coach tak kesampaian, lalu mendapat carlo rino yg cantik. * at least pada mata aku.


sebenarnya, jam kami ni couple watch. tak beli pun designer's watch. ni betul betul watch maker brand. apa ntah brand ni.
beli kt kedai jam biasa biasa je. murah tak murah sangatlah, tp dapat diskaun....tu yg penting.....



sejadah ni pun, kami beli sedondon. so bila nk solat berjemaah tu, pakai sejadah yg sama. comel kt situ. * at least pada mata aku. hahahhahahaahha....beli kt kedai biasa biasa je. tp.....sejadah pun mahal kot....huk huk huk....



aaaaa coklat ni kan.....adalah sorang kawan MIL tu, dia memang penggubah hantaran. dia tanya najib ''apa nama tunang ko tu?'' ''etty''. pastu dia tanya maksud nama aku pulak ''cahaya rumahku''....lantas makcik tu terus buat bentuk rumah sebagai simbolik nama aku. boleh??? tp sebenarnya masa makcik tu tengah gubah ni, aku dok sebelah dia tengok apa dia buat. tp masa tu tak terfikir pun simbolik semua tu. hahahahahah.....


kek. ni rasanya ada makcik najib yg sponsor.

at least ada jugak ole ole yg aku bekalkan untuk officemate aku.....


yg tiada dalam gambar:


telekung - beli kt one the deretan kedai kt jalan hang tuah. aku memang beli yg plain putih. takde warna lain. sedangkan najib nk belikan aku yg berwarna warna tu. sorry, aku tak minat. at last, najib pasrah.....haha.....

buah buahan - pun one of the relative yg sponsored. yeay...ada strawberry tp tak sempat makan. anggur yg gemuk gemuk pun tak sempat rasa.

coklat versi 2 - aku dapat 2 dulang coklat. haha......

sirih junjung - besar punyaaaaaaa........................bunga rose yg ada tu, aku buat jadi handbouquet yg cenonet. hihi....


okay tu je. bersambung hantaran dari isteri kepada suami pula.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails