:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, September 30, 2011

sedih kot.

hello hello


start pakai corset cosway berharga rm138 bulan januari 2011.
berat: lebih kurang 56kg [yeee tau berat, diam!]
keadaan corset: kancing yg first, ketat nak masuk.


last pakai corset beberapa hari sebelum bernikah, jun 2011.

berat: tak tau berapa sebab lama gila tak jumpa weight-scale.
keadaan corset: kancing yg last [no.3], senang nk pakai.
keadaan diri: pelik fikir corset ni mengembang ke. sebab tak percaya! tersenyum simpul gak sebab yeay, kurus!!


pakai kembali corset pada 30 september 2011.

berat: masih tak jumpa weight-scale, tp........................arghhhhhhhhhhhhh.....
keadaan diri dalam cermin: vogue gitu. sedapkan hati je tu.
keadaan corset: cari perkataan warna merah, cari perkataan warna merah [ulang banyak kali sebagai tanda ketat ketat ketat ketat ketat]

terasa diri begitu down............................

lepas tu orang panggil ''etty gemuk''

lagilah..............................


baik, aku akan pakai corset kembali mulai detik ini.

Wednesday, September 28, 2011

film review :: hantu bonceng

hello hello

* cerita ni dah habis kot, baru nk publish.

agak menyesal tengok. sebab tengok hari sabtu bila ntah, lepas tu keluar kt astro first. eh rumah aku mana ada astolo. tapi boleh tengok kt youtube.

masa tengok kt youtube tu...macam..................alahai...nasib lah tengok dengan suami, tak lah menyesal sangat kan.

aku bagi 5 out of 10. hehe.

starting je best, bila hantu tu dah hilang, start pulak juliana tu duduk rumah zizan dah tak seronok dah. kira yg best part ada hantu tu lah. tp aku tetap tutup muka. hehe.

watak paling best, jue aziz. owh aku suka scene

''baby baby baby'' zizan
''BABI!!!!!!!!!'' jue aziz.

=)

kira bolehlah cerita ni. lawak je lah kan. ketepikan motif pengarah buat cerita ni. takde motif. cuma motifnya, menggelikan perut penonton. tu je.

oh ya, pasal scene zizan yg over tu, memanglah agak keterlaluan kan. pengarah patut lebih alert. ni main sebat je apa org tu nk sebut. sama macam dalam cerita bini-biniku gangster tu. main taram je scene menjerit dalam masjid. ntah pape pengarah!

keluar panggung aku tanya suami ''lawak tak cerita ni?''
suami jawab ''lawak je''. nasib baik.
tp tengok baik baik, aku tanya lawak ke tak kan. tak tanya best ke tak. kalau aku tanya pasal best, mesti dia jawab................''bolehlah labu''.

haha.

film review :: bini-biniku gangster

hello hello

sapa dah tengok, angkat tiak masyam!!!!! best tak best tak?

aku bagi 6 out of 10. harharhar.....* eh kira baik lah tu kan.

setakat nk hilangkan bosan kt rumah, nk kurangkan kepingan agong dalam wallet, sila lah pergi. tak paksa.

bagi aku, cerita ni naik serinya sebab yana. sam tu biasa biasa je bagi aku lakonan dia kali ni. intan tu lagi lah, baik tukar pelakon lain kot. hehe. tp 2 orang kaki yana tu best.

paling tak best, si gemuk tu. eiiii menyirap je tengok!

tak tau kenapa, aku suka lakonan yana! sweet je. dia pandai berlakon watak gangster, dengan watak isteri yg ala ala baik gitu. ate dah nama pelakon kan. suka suka.

TAPI..............!!!! ada part yg paling menyakitkan mata. kalau takde part ni, confirm aku suka sangat sangat. part yg dalam masjid lepas sam & intan bernikah tu. boleh dia jerit dalam masjid siap angkat intan???? ah aku tak boleh terima part tu. kata lah aku kolot ke apa, bagi aku....kita kena hormat bila berada dalam rumah Allah kan. siyes masa tu aku tercengang, lepas tu aku pandang suami aku, terus geleng. part tu je yg spoil kan cerita.

harharhar.....


okay tu je. sekali lagi, aku suka watak yana! sekian!

Tuesday, September 27, 2011

bomoh sesaje

hello hello

teringat ingat sampai sekarang apa yg aku gosipkan dengan kawan aku pasal bisnes dia kt facebook. alahai, bisnes kt facebook pun ada orang bomoh bomohkan ye. tak terfikir pulak aku. rupanya kawan aku tu kata memang ada sebab dia baru je tengok wanita hari ini, pasal sihir di alam maya. gitulah sikit contoh tajuk WHI tu. alahai.....donia donia.

lainlah kalau mak aku dulu kan, ada gerai bagai. so benda tu nampak real kan. ada fizikalnya. ni internet kot.

kira bomoh sekarang dah advance lah eh....

apalah yg nak mendengki sangat bisnes bisnes ni. tengok rezeki lah kan. kau buat kek sedap & murah, mestilah org suka. kalau kek tu tak sedap lepas tu mahal berapi, memanglah customer lari. customer pun pandai memilih kot.

serius tak faham kenapa ada perasaan dengki nk mampus ni. agak agak customer lari, carilah alternatif lain kan nk tarik hati pelanggan balik. tak payah guna bomoh kot.

hak customer nk compare kan harga product tu. kalau customer bgtau kita kuih dia sedap tapi murah sikit, ko terangkanlah yg ko guna bahan bahan yg berkualiti sikit ke, import ke...bla bla bla....lepas tu tarik pelanggan dengan cara bg free gift ke apa kan. aloyai.

rasa tak bersalah ke tutup periuk nasi orang dengan cara main bomoh???

gila lah.....

ayu, bersabarlah ye. Allah tu maha adil. sekejap je dia turunkan balasan tu pada orang yg mendengki tu kan. sedangkan orang yg bermulut jahat pun Allah tarik nikmat tu sikit sikit, ini kan pulak orang yg bersahabat dengan syaitan nk jatuhkan orang lain. sabar ye ayu. rezeki tak ke mana. yg penting, rezeki yg kita hadap untuk anak kita ni halal. tengah tengah pregnant ni lagi banyak cubaan. aku tau ko baca blog aku ni. so aku nak ko sabar je. jangan ikutkan sangat perasaan sedih ko tu. aku pun sedih dengar ko cakap camtu. sementara takde bisnes ni, banyakkan solat, baca al quran. ko tengah peknen kan. jaga perilaku, percakapan supaya ko pun tak dpt dosa macam mana si malaun tu buat. lepas ni kita jangan gosip lagi nanti banyak dosa. haha. sayang ko!!!

Monday, September 26, 2011

nak masuk 4 bulan dah

hello hello

nak menaip, tapi takde kerajinan. so banyak kt draft, dibiarkan je. malas nk edit....semua malas!!! nk bukak blog pun malas, apatah lagi nk baca blog orang. blog korang, aku baca lumpsum jelah ye. lagi best. haha.

dah kahwin ni, memanglah takde cerita sangat nk ditulis kan. sebelum kahwin bolehlah hari hari tulis blog. preparation macam mana, DIY macam mana. sekarang, takde nafsu sangat nk menulis.



kehidupan sekarang, alhamdulillah....hampir 4 bulan dah boleh adapt dengan kehidupan berkeluarga. walaupun keluarga ni, hanya ada 2 orang dewasa je setakat ni. keluarga yg sangat kecil tp orang orangnya besar. haha.

kalau dulu sebulan dua lepas bernikah, asyiklah nak sentap menyentap. sekarang, tidak lagi kerap macam dulu. kalau merajuk pun, buatlah kerja lain supaya tak fikir sangat rajuk tu.

so far, aku enjoy kehidupan berdua ni. terlalu banyak hikmah difikirkan sementara Allah belum kurniakan kami rezeki anak. alhamdulillah....syukur sangat sangat.

memanglah best kan bila nak ada anak. siapa yg tak seronok. tp biarlah dulu. kami ikut je ketentuan Allah. yg mana terdaya kami berusaha, kami buat. kami tak fikirkan sangat hal ni. yg penting, kami masih melalui fasa bulan madu lagi sekarang ni. so nk kena letak tag kt luar bilik ''JANGAN GANGGU''. kakakakakakakka...

syukur alhamdulillah Allah kurniakan aku suami yg baik. biarlah fizikal & luaran dia macam mana kan, hanya Allah, aku je tau perangai betul dia camne. aku suka je laki aku nampak ganas, nampak garang, sombong, muka macam bonzer macam kak ijan cakap dulu, muka stok peserta WWF, yg penting sifat dalaman, sifat positif, sifat sifat 20, sifat romantik, baik hati bla bla bla [maleh nk kembangkan hidung suami kang dia kembang pulak aku puji lebih lebih]....perangai tu semua aku tau sorang sorang je. orang lain tak payah tau pun takpe. bukan orang lain tu yg kasi aku makan. kan. hehe. yg penting, keluarga aku, sepupu sepupu aku pun senang dengan perangai suami aku. syukurrrr....
[selamat sikit kalau keluar tempat crowd dengan suami. orang semua takut nk cari pasal. kalau pergi konsert, selamat betul]

alhamdulillah, keluarga mertua pun best. adik beradik ipar semua best best. ayah & mak mertua pun best. wan, pakcik makcik, cousins, anak sedara best best jugak. rasa macam tak sabar nk bagi anak sedara, cucu kt FIL. mesti jadi kesayangan anak aku nanti. haha. syukurrrr.....

paling penting!!! aku panjatkan kesyukuran pada yg Esa sebab suami aku dah slowly mula suka, sayangkan ahmell, ahboy, adik. yaAllah, betapa aku bersyukur. yelah, pada sesiapa yg tau betapa sedihnya aku dulu kalau suami tak dapat terima kucing kucing aku. tp sekarang tidak lagi!!!!!!!!!! kucing kucing aku pun dah mula gedik kalau suami ada kt rumah. stok kt duduk kt kaki laki aku, minta dibelai. alahai....bilik aku pun dah sesuka hati dorang kuar masuk. siap laki aku panggil masuk. wakakakakakakakakakakakak...the power of cats!!! kucing kesayangan Nabi kita, no wonder kita yg insan biasa ni cepat sayang kucing kan. =P
[suami paling sayang kt kaboy sebab kaboy banyak bunyi. suami suka belai ahmell sebab bulu ahmell lembut. suami suka main dengan adik sebab adik paling aktif....nasib ada 3 je. haha]


so sekarang, kena fikirkan tanggungjawab lain yg bakal menyusul. mana nk beli kereta, mana nk beli rumah. alhamdulillah suami dah sah jawatan. so boleh beli rumah. tp sebelum tu, aku kena cari kerja lain yg dekat dengan suami. barulah pembelian rumah tu bermakna. kan.....


doa doa kan lah rezeki kita semua ni murah....amin.....


[cerita tentang masih dalam bulan madu, ada jugak yg mencemburui kami. dia kata ''bestnya honeymoon lagi. so kak, time yg ada ni, bermanjalah sepuasnya. nanti dah ada anak, lain tau''.....see...lain orang, lain rezekinya.....] syukurrrrrrrr....

Thursday, September 8, 2011

mini gathering hari raya!!

hello hello


eh, sebenarnya sebelum ni memang nk cerita kt blog pasal satu benda happppppppppppppyyy ni....happy sampai rasa tak sabar nk tunggu kemuncak. haha.

aku & suami memang plan nk datang kl hujung minggu lepas. so fikir fikir rumah siapa bakal kami terjah, tiba tiba ting!!!!!! dapat idea...terus sms semua cousin cousin yg ada kt KL. #rasanya memang cousin aku kt KL je.

''weols plan nk dtg kl weekend ni. macam best je kalau kita buat mini gathering antara cousin kan. suggestion please'' hantar kt @cheyah, @kak ijan, @jaja, @nurul, @nabila

so, sorang sorang balas. ''menarik jugak tu''

dan semua bglah cadangan itu ini. aku pulak fikir tempatnya.

@cheyah dah tarik diri tak boleh buat kt rumah dia. yelah faham kan rumah tak berapa nk besar, crowd pulak ramai. so harap harap ada volunteer lain. hihi...

tiba tiba @nabila cakap, rumah dia boleh. hall agak besar, boleh muat ramai orang, ah cantik lah tu. bila @abg aizat confirm, terus sms semua orang. cantekkkkkkkkkkk!!

so any update, sms je. oh yea, ktorg buat konsep potluck. jadi update menu apa nk bawak SMS dan facebook je. best betul sebab semua macam bekerjasama kan. siap nk pakai baju apa pun bincang, macam budak budak. hahaha.

antara menu menu:

kak ijan - laksa berdebar #berdebar sebab dia lama tak buat laksa. haha
nabila - triffle
abg aizat - nasi arab & kambing & ayam
etty - kek batik
cheyah - spagetti
jaja - nugget & sandwich
nurul - roti jala & kuah kari

tu je lah kami kami sepupu ni. nampak macam ramai, tp tak semua yg datang. kira kira semua cucu arwah mbah kami, ada 20 orang semuanya. tp not bad lah kan untuk majlis kali pertama dianjurkan.

antara yg hadir:

anak wak pin - 0 [dah inform zul, tp dia kerja]
anak wak usin - nurul & alif [kak anis kt pahang, abg anas - kak imah dlm pantang (tp rupanya abg anas ada kerja luar]
anak wak nor - abg aizat & kak ijan [abg redza - kak zura morning sickness, syafiq of kos kt france kan, irfan kt lumut]
anak waksal - cheyah, jaja & wan [abg izan ada race]
anak abah - aku sorang je [adik aku dua dua belajar]



eh jap jap, tunjuk banner. cecey, siap banner. tak ke poyo namanya tu....


hihi...comel bukan???????????????

so, hari ahad kami laki bini gerak dari tampin pagi pagi. dalam pukul 9+ camtu. tu hujan lebat gila. terus sms nabila cakap hujan lebat. kalau sampai lambat, bolehlah teruskan. rupanya hujan kt negeri 9 je. lepas nilai, terang benderang. alhamdulillah, lancar perjalanan.

@kak ijan SMS ''sampai mana dah? tahlil dah nak habis dah ni''

cehhhh buat gelabah kami laki bini je. laki aku terus pecut. kakakkakakakakaka....
# memang ada plan nk buat tahlil sikit untuk arwah arwah kesayangan kami.

suami janji by 1130 dah sampai. sebab konon janji start kul 11 kan. janji melayu...hahaha.

sampai sana.........................KAMI ORANG PERTAMA SAMPAI!!! TUAN RUMAH PUN BELUM MANDI.............................!!!
# siap bold kakakakkakakakakka

mau tak amukan dlm hati pada @kak ijan. cesss tahlil konon!!

sekali kau, amik balasan dendam kesumat jiwa aku. aku SMS semua orang cakap tahlil dah nk start. kemain kelam kabut semua lagi. lagi lagi @nurul. dia bg salam je nampak muka gabra jadi org diperhatikan waktu tahlil. hahahhahaha. tak boleh blah betul. habis kena kutuk. tp puas hati dpt kenakan orang lambat.

tahlil lah kan. semua orang tolak tolak sapa nk lead tahlil. haha. ilmu belum penuh di dada katanya. makanya, sedekahkah Al fatihah je pada arwah arwah kesayangan kami.

@abg aizat mintak aku bg sepatah dua kata sebab jadi organized & pencetus idea kan. tiba tiba, eh jadi malu pulak nk berkata kata. padahal sebelum ni???? sampai tak cukup mulut nk bercakap.

dan acara makan dijalankan dengan rakus sekali......

oh bila tiba time makan ni, bersyukur pulak kami [suami isteri] jadi single lagi. makan sesuka hati tak hiraukan anak anak. tengok yg lain [yg lain semua dah pangkat mak bapak, ktorg je single lagi], makan gilir gilir, makan pelan pelan. kami pulak, aku ni sibuk bergilir menu, laki aku pulak tak henti henti dengan kambing arab nya. hahahhaha....
kitaorang jadi orang bujang macam @nurul & @alip. =)

makanannya...........................wallah!!!!! semua setap setap!!!

perut dah ketat metat, tp nk makan lagi tanpa henti mengunyah...sedap sangat katanya kan....haha....

lama jugak kt rumah nabila tu. berapa kali ulang makan ntah.

bila agak agak dah mengantuk tu, nk mintak disorongkan bantal, segan kan. maka tapau makananlah kami. best kan. ko bawak makanan, balik pun dapat makanan.
@nabila siap buat triffle lebih dalam tupperware bagi semua orang. clap clap!

banyak jugak makanan yg dibungkus. kira kami tak menyusahkan tuan rumah lah nk penuhkan peti ais dia kan.

balik singgah kampung baru. rumah siapa lagi lah kan....tak sah kalau tak singgah. hehe....

aku rasa, concept potluck ni memang bagus. yelah, open house tp tak menyusahkan tuan rumah. tp hari tu, kira bukan openhouse, tp house warming untuk abg aizat & nabila. dan mini gathering.

yelah, kang kalau aku dtg kl, alih alih jumpa family kak ijan je. so sesekali nak lah jumpa semua kan. nk ke rumah masing masing macam tak dan. so, pergi terjah satu rumah, semua ke sana. setel. boleh jumpa cousin, anak anak menakan. syok tau.

so lain kali boleh buat lagi macam ni kan. tak payah bawak menu susah susah. yg simple tu sedap jugak kalau makan ramai ramai. yg penting, perbelanjaan semua orang equal. kalau open house, byk lagi perbelanjaan kan.

so, lepas ni kita terjah rumah @abg anas pulak. dia kata buat raya haji sebab dia tak datang hari tu. so ganti balik. buat kt rumah dia, dia tak kisah. wahhh best best!!

bestnya.....!!!

sekali lagi aku bersyukur ada adik beradik macam dorang. [bukan macam sepupu dah, tp adik beradik!]

bila dah berjaya yg mini mini gathering ni, bolehlah propose pergi melancong pulak kan. PD ke, genting ke, cameron ke. asalkan dengan mereka yg aku sayangi ni....

okay korang, tunggu raya haji pulak ye......standby menu lain.....hihi


[gambar, next entry ye. tu pun kalau ada. haha]

Wednesday, September 7, 2011

full wedding review

hello hello

rasanya, dah 3 bulan kahwin ni, semua dah selesai review. walaupun lembab sikit dari yg kawan kawan yg kahwin sama tarikh. even yg kahwin lepas tarikh aku pun dah selesai buat review. haha dasar pemalash...

cuma OP je aku malas gila nk buat review. cukuplah review nya, sangat sangat teruk. nk kena reveal ke nama OP aku tu? tak payahlah. kt bbf ada aku letak review situ.
aku pun takdelah nk tutup periuk nasi orang kan. fikir positif, mungkin bukan rezeki aku sebab gambar lain cantik. tp kalau fikir mendalam lagi, aku bayar untuk dapatkan service professional, bukan amatur! yes, 2 org yg tangkap gambar ktorg hari tu adalah amatur iaitu pelajar kolej yg buat kerja sambilan. what the??????????????????????? adakah bayar rm1700 dptkan khidmat amatur??? fikir sendiri.

okay melalut dah....

okay, dengan rajinnya, aku meletakkan link semua wedding review aku.
satu satu aku buat ye....

1. stoking merah untuk pengantin lelaki & kasut merah untuk pengantin perempuan - link

2. pengapit kesayangan aku - link

3. nk pergi honeymoon??? sini ada checklist nya - link

4. wedding decorator, kencana sari enterprise, tampin - well recommended!! - link

5. guest book yg simple tapi memorable. DIY jeeee - link

6. guest book corner yg penuh dengan props comel. pun DIY jeee - link

7. kek kahwin cantik dari seremban - well recommended!!! - link

8. hantaran suami kepada isteri - link

oh yea, pasal hantaran aku pada suami, yes belum ada entry lagi. sebab apa??? OP aku tangkap gambar hantaran aku tak full. sengal punya OP!!!!!!!!!!!!!!!! motif tangkap gambar separuh???


9. wedding ring yg sangat simple. wedding ring for groom adalah well recommended!! - link

10. khidmat inai di melaka??? well recommended!!! - link

11. review: yg best dan tak best ketika hari itu - link

12. tetamu meowww blogger yg disayangi - link

13. door gift coklat yg well recommended!!! - link

14. kek hantaran dari melaka yg well recommended!!! - link

15. bunga pahar dari zc nilai 3 dan telur pindang dari melaka well recommended!!! - link

16. MUA best. since dia adalah freelance MUA, so under budget bagi pengantin yg macam aku. tak berduit sangat. harga memang affordable. go to her blog, tengok portfolio dia. paling penting, dah lah dapat harga murah, perempuan pulak tu bagi sesiapa yg very particular pasal hukum ni kan. well recommended!!! - link

17. baju nikah. tp review sebelum bernikah lagi. - link

okay tu je. eh not bad jugak boleh review sampai 17 item kan. hehe. kira rajin jugak aku ni kan. malas malas siap boleh update satu benda, satu entry. kalau aku ni pemalas, semua benda dalam satu entry kot. haha.

yg mana well recommended tu, memang aku maksudkan nya. baju nikah takde well recommended, tp tak payahlah. cari lah designer lain nok. tak pun cari je tailor biasa. lagi cantik kot. yg takde well recommended tu, adalah DIY ye semua.

nanti mana mana yg belum review [kalau ada lah], aku try eh godek godek gambar dalam dvd tu.

review yg aku buat sebelum bernikah, ada kt side bar belah kiri....

okay, enjoice...

Monday, September 5, 2011

meriahnya raya [gambar raya tahun ni]

hello hello

gambar raya tahun ni, belah tampin je. sebab family aku, mana ntah camera. lantas semua orang malas bergambar.


salam mintak ampun dari hujung rambut ke hujung kaki konon. petang tu gaduh lagi. wakakakaka...tp sebenarnya, aku nak minta maaf dengan suami siap nangis nangis tau. tp masa bergambar tu, mood punyalah suka hati riang ria, ntah mana plan nk nangis. camera dorang boleh self timer shoot 3 kali tu kan, haruslah bergambar secara pukal. terus happy...yeay!!! raya dah...hehe...


haloh haloh....sweet je PIL aku ni...


haha, over. my turn pulak. ecey cey..

so masa salam salam tu, tak formal macam duduk atas sofa semua tu. just berdiri salam salam peluk peluk bagi duit raya. eh tak bagi pun, dapat je duit raya dari ayah. suka!!! dah kawin pun dapat duit raya kan. dari bapak mertuaku pulak tu...oh heaven...

kemudian salam najib, dialog ''selamat hari raya sayang, maaf zahir batin''. tu je. wakakakakkakaka. najib cakap tu je??? lain???? dengan selamba aku jawab ''tu jelah. hahahahhahaha'' malu kot nk cakap bla bla bla siap nangis nangis kan. padahal tu memang impian aku...kahkahkah

sebenarnya, tengah bersiap dalam bilik dah wish, minta maaf. tp macam gurau gurau lah. masuk kereta nk ke rumah wan, minta maaf lagi sekali siap cakap kt telinga dia ''selamat hari raya by. i minta maaf zahir batin kalau banyak salah dengan u''. serious, nk nangis kot bila cakap bersungguh sungguh. kalau bla bla bla lebih lagi, confirm habis make up! hehe.


over betul suami siap nk peluk peluk bagai...sayang sangatlah tu.

hahahhaha larikkkk nanti ada orang jeles ingat aku sorang je ada suami.....wkakakakakkakakakakakakka....



masih berdua. berdua denganmu, pasti lebih baik....ish ish ish...


kat rumah wan.


dengan adik ipar & cousin dari singapore.


tukar tudung dah. panas.


family singapore berbusana pink. family in law berbusana purple. together with uncle, aunt, cousins MIL's side. sorry tak ingat nama.

okay tu je. gambar pertama di tahun pertama yg pertama kalinya....

pictures credit to syam si adik ipar. thank you.





petknode yg kejam mejam. rejam je sampai mati.

hello hello

sana sini blog animal lover bercerita pasal petknode.  hp aku pun tak henti henti dapat sms dari facebook [subscribe sms facebook uols...kelas kau maria].

rasanya sekarang tengah berlaku press conference tu.  semoga keadilan dapat ditegakkan untuk haiwan haiwan yg didera, dianiaya ni.  pelik, negara lain denda beribu ribu kalau didapati bersalah membunuh, mendera whatsoever binatang.  kt malaysia rm200 je???  tak payah pelik, hukuman merogol pun tak setimpal!  ish ish.

hari tu kt jasin.  buat pusat penjagaan haiwan terbiar konon.  pui.  sekali member blog aku terjah, haaa amik kau...berekor ekor kucing mati, dibiarkan takde makanan, minuman.  taik kucing bersepah.  sekali lagi pui.  nk cari pasal pusat penjagaan haiwan jasin tu, google je.  mesti jumpa blog tu.  hehe....

tp sekarang ni, kita dikejutkan pulak dengan cerita tempat boarding yg terkenal dengan 5 star nya.  wah kelas kau jah, kucing pun tinggal kt 5 star boarding centre kan...

dulu aku pernah search petknode.  wahhh best gila lah tengok gambar kan.  terbayang bayang mell gembira kt sana [masa tu ada mell je].  tp bila tau cerita sebenar petknode ni, bergenang air mata bayangkan kalau mell, adik, ahboy berada kt tempat kejadian.  ishhhh tak suka nk bayang bayang ni...

sedih tau.  dibiarkan tak makan dan minum.  sampai kurus kering. kucing yg kt kedai makan merempat tu lagi gemuk kot.  bullshit tau dorang ni.  melayu pulak tu.  bikin malu je.

bila tengok gambar kucing mati yg ibu dan anak tu, tak terbayang aku siapalah owner dia. apalah perasaan owner tu kan bila tengok gambar kucing kucing dia mati katak je macam tu.  sungguh tak bertanggungjawab tau tak.  amik duit orang, buat onar pulak.  sengal!

kita pun tak tau apa niat 2 malaun ni buat camni.  ish ish ish.  tp sungguh kejam dan tak berperikemanusiaan lah kan. biarlah Allah je balas perbuatan dorang mengkhianat mangsa mangsa ni. 

kita sebagai tuan kucing tak bodoh seperti yg orang lain cakap [orang lain yg tak suka kucing].  kita dah bagi yg terbaik untuk kucing kita.  that y anta ke tempat yg konon konon 5 star kan.  tp tu lah. malang tak berbau.  berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.

terima kasih pada kawan kawan facebook yg update status pasal kekejaman petknode ni.  kak tedi, kak SS, nerq etc.  update kt wall ALAT & KTAJ.  sapa yg members je tau shortform tu.  haha.

nk tau lagi cerita ni, boleh ke facebook KTAJ, blog Dr. Chan.  mungkin full information boleh dapat dari sana.  blog ni mengutuk je tau.  kuang kuang....

pada volunteer, terima kasih banyak banyak atas kesanggupan korang menjaga sebentar kucing kucing tu.  yelah kalau tengok, tak kenal pun just kawan kt facebook.  tp sanggup nk tolong.  best kan. 

pada mangsa kekejaman si petknode ni, sabarlah.  Allah akan balas juga.  silap silap bayar cash kt dunia je.
sabar ek.....

dengar cerita, kawan blog aku si sha tu pun kena.  sabar ye sha...

meriahnya raya.......

hello hello

meriah tak meriah sangatlah.  as first timer beraya sebagai isteri, bolehlah.....

suami pick up aku hari isnin.  petang.  kt rumah mak aku dah siap semua, tinggal nk letak santan je kt rendang tok.  kt tampin pun, dah siap masak rendang kecuali nasi impit.  kemas rumah pun dah setel.  so aku takde kerja sangat.  wahahaha.  last berbuka, kt rumah wan.  ada tahlil sikit. 

balik rumah tampin sebab ada takbir kan.  so standby untuk takbir malam tu.  suami pakai baju melayu nikah, aku pakai turqoise.  apa jadahnya aku pakai baju nikah kain meleret leret kan.  [belum alter lagi].

agak lambat orang orang takbir datang.  rupanya kt tampin ni simple je.  masak nugget je untuk org takbir.  tak payah masak berat berat segala. so ayah dah standby jejari ayam.  sedap wok!

suami, ayah, along, isyam balik dari rumah shaziman [menteri].  heaven heaven heaven!!  dorang masing masing bawak balik aiskrim haagen daz dan coklat patchi!!!!  gempak ah. ate katanya menteri kan.  makanan haruslah tak mau kalah.  tq tq tq sebab at least orang orang kampung boleh rasa aiskrim & coklat mahal kan....
[patchi aku beli hari 5 pcs rm25 wok]

eh, ktorg sekeluarga pun dapat rasa jugak...terima kasih.  hehe.

okay cerita hari raya pulak.

pagi raya, aku tengah cuti.  so tak pergi sembahyang raya.  kejut kejut suami.

lepas je semua orang balik masjid, tangkap tangkap gambar lah apa lagi.  lepas tu pergi rumah wan.  lepas tu balik rumah lagi tunggu tetamu.

nak dikatakan seronok lah raya tahun ni.  sebab aku dah lama tak rasa keadaan ramai tetamu datang rumah macam dulu dulu kt kampung.  sampai ktorg semua tak boleh nk keluar beraya. 

kami suami isteri pergi lah beraya ke rumah sedara mara area tampin.  yelah nk kenal sedara mara kan.  seronok!  makan lagi seronok! [tinggal nk timbang je berat badan aku berapa]

balik melaka hari rabu raya kedua.  pergi rumah waksal konon konon nk jumpa  cheyah, jaja, hadif, harith.  sekali dorang belum sampai.  tp lama gak lah kt tengkera tu.  ate mana pernah kejap kt sana.  wek.

hari khamis, orang tampin datang melaka.  tp tak ke rumah.  semua ke rumah waksal.  harith dah sampai. hadif sampai petang tu.  ahhh rindu budak gedik!  lepas orang tampin balik, kami ke rumah bos aku.  open house & house warming.  best best cuma terlepas kambing panggang.

lepas tu balik tampin balik.  konon konon nk beraya lah kan...pui lah.  tido je keje.  hahahhahahahahhaha...


tp adalah gak g beraya rumah sedara lagi.

jumaat malam sabtu, pergi funfair depan rumah.  dapat banyak token ng tiket apa lagi, lenjan lah puas puas main tikam.  tikam tikam dapatlah jigsaw puzzle spongebob 3d, motor harley [patung jeee], yoyo [ada led lagi beb], dan terbesar adalah monopoli.  tu yg best.  tp konon nk main kan, takdenya.  next week lah. naik buaian apa ntah nama dia yg besar tu [macm eye on malaysia tu], sikit punya gayat aku.  tak tau kenapa terkenang kenang cerita final destination.  bongok!  mainan lain tak berani kecuali kena paksa naik yg pusing tinggi tinggi laju laju tu.  repeat 2 kali, aku nk muntah.  yakssss...

hari sabtu, tak ke mana pun.  memboring kt rumah berdua je ng suami.  layan dvd pirate of carribean yg baru.  tu pun tak faham satu mende.  tau tau eh dah habis.  dan juga habis lah kuih almond london ibu mertuaku. 

hari ahad pagi, masak spagetti untuk family in laws.  sedap bukan????  laki aku dari tak makan, bertambah lah jugak.  haha  sniffff kembang hidung kejap.


lepas tu terus balik melaka.  hantar nadiah balik jasin.  singgah rumah pakngah. malam tu, pergi rumah angah dila [cousin] kt lorong pandan.  makan lagi??????

pagi tadi, nk bangun kerja sungguhlah mencabar.  siap nk MC tp suami tak kasi. 

aaaaaaaaaaaaaa.....meriah gila raya...tp kenapa sekejap sangat????????????????

sepanjang pergi rumah sedara, nasib baiklah sedara mara semua bermulut manis.  takde nk tanya pasal pregnant ke apa.  sebab masing masing tau kot ktorg nk honeymoon dulu.  eh nampak ke dari raut wajah kami? wakakakakkakakakaka....

okaylah sebenarnya boring dan malas buat kerja.  bosan pandang lesen lesen ni...muak! 

minggu ni mesti sedih nk tidur malam sebab suami takde.  minggu lepas seminggu sama sama buat kerja rumah, masak, kemas bilik, lipat baju, basuh baju, sidai baju, habiskan kuih raya, tengok tv...ah sedih lah....!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails