:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, October 28, 2011

alasan gemuk lepas kahwin.

hello hello

wahaha. buat entry ni untuk diri sendiri sebenarnya. bukan alasan sesiapa, tp alasan aku.

sedih ke gemuk lepas kahwin? sedih kot.

tp impian untuk menjadi kurus sekali seumur yakni semasa berkahwin telah berjaya dan berjaya juga membuatkan bakal cucu cicit pun berkata ''nanny cantiklah dulu time kahwin, nanny slim macam model''.
* ada hati nk suruh cucu panggil nanny. hak tuih.

''tapi kenapa sekarang nanny gemuk??????''

ni semua atok kau punya pasal......

''pasal apa?''

1. suami suka suruh isteri makan, walaupun lewat malam.
contoh: balik rumah malam malam, suami suka singgah mamak depan rumah. apa ketagih singgah situ tak taulah even pernah dulu di akhir tegukan teh tarik, terjumpa rambut ah senang cite bulu kerinting. tapi tak trauma pun, malah tetapkan teruskan tradisi minum situ malam malam. lepas tu, isteri pun order dengan air liur je. ''nak tosei 2 keping''. haha. tak agak agak nk 2 keping dengan alasan, ''i tak lunch tadi''. iyolah.
dan selamatlah 2 keping itu dikerjakan isteri.

2. suami suka makan lambat lambat, tp isteri makan cepat.
contoh: isteri memang amik nasi sikit je. tp disebabkan dulu pernah kena tegur dengan mak, selagi orang orang yg kita hormat tak bangun dari duduk, jangan bangun. buat buat makan. sama jugak kalau kita belajar...................apa tah yg protocol di meja makan tu. masa kt uitm dulu belajar. so suami memang mengunyah 44 kali. tapi nasi isteri dah habis. makanya, kenalah isteri buat buat bangun tambah nasi...........eh??? kena tambah nasi ke, bukan teman duduk je ke? hahahahah. lantas itulah alasan kedua saya.

3. lepas makan je, baring.
contoh: nk contoh mende, lepas makan baring konon konon nk bermanja lah dengan suami. kata pengantin baru yawwww....dah tu je contoh no. 3.

4. mak mertua masak sedap.
eh takdelah salahkan mertua kan. bersyukur apa dpt makan sedap....nyum nyum. so no. 4 adalah kesalahan sendiri jugak sebab mencedok kuah masak lemak banyak sangat. dah cedok kuah, mestilah kena habiskan kuah tu kan. slurrrppppp....tambah nasi lagi. alahai....sedap pulak ingatkan masak lemak ibu mertua ku...

5. bila dah kahwin, rutin harian berubah.
contoh: dulu masa bujang, bangun pagi dah pukul 11. makan breakfast. itulah breakfast, itulah lunch, itulah tea time, itulah dinner, itulah supper. wahhh hebat bukan??? sekali makan sehari. tapi dah kahwin tak boleh buat rutin macam tu. perut suami kena jaga. so alasan no. 5 ni, nk salahkan siapa??? hahahahha.

6. aim untuk kurus demi cantik di hari perkahwinan.
yelah, dulu berpuasa, berlapar perut untuk apa???? KAHWIN cikgu!!!
dulu pakai girdle untuk apa???? KAHWIN cikgu.....!!
sekarang?????????????????????????????? NEHI cikgu............................!!
senang bukan alasan no. 6.

7. malas jogging.
alasan: takut tiba tiba ganggu ''bendasing''. faham tak??? lagipun suami tak galakkan jogging. padahal dia dah offer nk kasut jogging baru tak??? tak galakkan ke, (isi tempat kosong). =P

8. ''eh aku jalan apa lebih 30 minit sehari''
ah memang lah jalan lebih 30 minit sehari, tp lepas makan kau membongkang macam alasan no. 3 tu. so no point kalau kau berjalan melainkan menyihatkan jantung je.

9. selera bukan bukan sekarang.
contoh: tiba tiba dah kahwin, aku suka makan lambchop pulak. boleh pulak tengah tengah malam ajak suami pergi windmill makan lambchop. so...salah isterikah????

10. budak office kuat makan!
wakakakakakkakakakakkakaka....mampuih aku dikerjakan budak office kalau dorang tau ni...........pagi petang mulut tak henti henti. eh takkan aku nk pandang je kan. mestilah dorang atau aku hulurkan sekeping dua kuih masuk mulut aku ni.


okay tu je. diterima tak alasan ni????


okay diet.

Tuesday, October 25, 2011

doa

hello hello

hal hal mengandung ni kan, hal yg kita tak tau. Allah je tau kan. ada yg dpt tau yg diri tu hamil tu, awal. senang sekali. ada pulak sampai berbulan bulan baru tau yg dia hamil. betul tak tipu. pernah jadi masa aku kerja kt kl dulu. ex bos aku punya wife. dah 7 bulan baru dia sedar yg dia mengandung. sebenarnya, puan ni pun dah tua. anak sulung dah 24 tahun, yg bongsu masa tu, maybe darjah 4. mmg tak sangka akan mengandung lagi di waktu senja.. rezeki kan. dia ingat perut dia yg besar tu, memang sebab dia dah tua. almaklumlah. rupanya, mengandung. terkejut betul bos aku tu. haha.

okay back to story yg aku nk kongsikan.

sejak dari kesilapan keputusan yg aku pernah uji dulu, takde hatilah aku nk buat lagi kan. aku biarkan je keadaan tu berjalan seperti biasa. Allah nk bagi rezeki, kami terima. belum lagi, pun kami terima. sebab kami suka 'honeymoon' lagi. =) * i love my husband.

macam contoh aku kuat makan, kuat marah, cepat penat, emo tak tentu pasal. ramai cakap konon-konon dah lekat. at the same time, perut aku dah cramp seumpama nk period dah. dan due pun hampir tiba. * period aku regular

okay kalau google, cramp kt perut tu pun satu symptom pregnant. dan kalau period pun sampai, ia adalah symptom jugak dengan sedikit minor bleeding. haha. byk sgt symptom ni...

in fact, kawan suami aku, period tiap tiap bulan. sekali check, pregnant 3 bulan. maknanya, period dia tak miss!!!

subhanallah, kuasa Allah. kita tak tau rahsia tu.

selalu aku cakap dengan kawan kawan aku, dah nak period ni sakit perut. so mereka pun cakap, takpe, sesetengah kes akan sakit jugak perut. so pergilah beli tester.

tapi, takpelah. tak payahlah bazir bazir beli alat ujian kehamilan tu. nanti negatif, membazir kan. walaupun hati meronta ronta nk buat. yelah, yg bagi nasihat tu, semua senior yg berpengalaman. mesti terdetik ''betul gak'' dalam hati.

jadinya, kalau betul sudah ada tapi aku belum menyedari lagi atau lambat sedar, aku selalu berdoa:

rumah aku, rumah flat 4 tingkat. rumah aku yg ke3. jadi, aku selalu berdoa agar keadaan rumah aku sekarang ni, tidaklah menjadi halangan dan dugaan untuk aku. tidak juga menjadi ancaman kepada ''anak yg dah ada tu''. faham tak maksud aku....
begitu juga dengan keadaan office aku. turun naik tangga tak reti perlahan!

orang baru pregnant adalah sangat fragile. bacalah blog-blog blogger yg pernah keguguran satu masa dulu, yg pernah admit hospital atas kefragilelan diri. ada sesetengah yg aku baca, langsung tak boleh berjalan sebab rahim terlalu lemah.

so aku yg aktif berjalan 20 minit pagi, 20 minit petang [nk ke bus stand tunggu kawan pick up], naik tangga hingga ke tingkat 3, aku selalu berdoa agar segala urusan aku dipermudahkan.

aku bersyukur, aku & keluarga aku dapat berlindung dari panas & hujan dalam rumah tu. rumah tu adalah rezeki kami menetap di sini. jadinya, aku tak mau rumah flat yg sederhana tu jadi ancaman pada kami sekeluarga. itu je yg kami mampu setakat ini.

satu lagi yg aku sentiasa berdoa ketika sujud terakhir aku....aku minta semoga kucing kucing yg aku bela ni tidak menjadi halangan untuk aku mengandung. banyak je orang cakap bela kucing melambatkan proses dapat anak. tp...ramai juga yg terbukti, kucing bukan faktor lambat hamil! kawan aku, ramai je kot bela kucing, beranak pinak.

tapi, aku tak boleh ambil mudah. aku tetap berdoa semoga kucing tu pembawa rezeki buat kami suami isteri, bukan halangan!

aku berdoa semoga urusan aku dipermudahkan. aku tak mau, aku menangis di kemudian hari atas kesilapan & kecuaian aku menjaga diri sendiri.

dalam masa yg sama, aku kena berhati-hatilah jugak kan. janganlah turun naik tangga ganas sangat. dah selalu kena tegur dengan kawan office, turun tangga tu slow-slow. tp bantai gak turun siap bunyi selipar. haha.

Monday, October 24, 2011

3rd honeymoon. yeay

hello hello

euwwwwwwwwwwwwwwwww....lamanya tak update blog...sian dia...

super busy menyiapkan guest list wedding anak MD, temankan datin ke sana sini cari apa yg patut. aaaa lemau tau. *well wedding planner tak berbayar. tp doakanlah dibayar ye. =)

minggu lepas FIL baru balik dari langkawi. satu malam tu, dia bersuara pada suami....

''pergilah bawak etty tu pergi jalan jalan. langkawi ke. murah dah sekarang. bla bla bla...''
*tak ingat dialog selanjutnya.


yeayyy honeymoon lagi.....


wahhhh terus seksited si isteri kan. FIL support suruh suami bawak isteri jalan jalan! eh support dengan kata kata je. hehe.

sekali tu, isteri pun cepat lah survey air asia kan. wahhh dapat g langkawi pun heaven okay. eleh cakap je lah tak pernah ke sana. tak payah heaven heaven. haha.

kami planned pergi bulan January 2012. harga time tu adalah rm63/person/one way. balik dan pergi harga yg sama. promo air asia.

tengok pulak kt MAS. tak mampu. rm124+.
firefly. pergi rm54 balik rm100+++. bye bye MAS & firefly. hai AA. haha.

check sekali hotel kt agoda. agak terkejut mula mula tengok awana porto malai berharga rm144 sahaja instead of rm740++. tp rupanya untuk bulan oktober. ceehhhhh. bila check date yg kami planned tu, lain pulak. baru sekali lagi nk goyang bontot duduk awana harga murah. maka tak jadi goyang bontot, goyang inul je. hahahaha.

so since tarikh yg kami planned adalah weekdays, jadi suami kata gamble je check in kt hotel area pantai chenang tu. baiklah. tp kalau kt agoda dpt murah, apa salahnya kan. hehe.

sekali itu juga, isteri yg penakut ni, google jugak senarai hotel yg scary marrryyy kt area langkawi tu. mana tau kan....

dan google blog yg pernah tulis pasal kereta sewa kt langkawi.

so far tarikh tu belum confirm lagi. nk kena check bila time aku uzur. oh berjalan jalan dikala uzur adalah tidak syok sebab leceh. ni dah dikira musafir kan. so boleh jamak. * eh kata honeymoon, mestilah kena cari tarikh sesuai. apa daaaaa

since adik suami yg study kt aussy tu nk balik cuti sem dalam bulan 11 ke jan2012, kena ambil kira juga faktor pemilihan tarikh honeymoon kami.
sebab dengar dengarnya adik ipar sorang lagi buat proposal berjalan jalan melihat alam. tp tu tak tau ke mana. ke langkawi bersama kami, tidaklah kot. minggu lepas FIL ke langkawi, minggu ni pulak MIL ke sana. bosan gamaknya nk ke langkawi sekali lagi. jadi kena pilih destinasi lain. cameron mungkin. haha.

so sekarang kena bincang lagi sekali. tujuan ke langkawi untuk honeymoon atau bercuti soping sakan. sebabnya...

kalau tujuan honeymoon semata mata - bawak duit sikit je, jangan membazir beli pinggan mangkuk correlle etc haha. tp spend lebih pada hotel yg syok syok stok tak mau keluar g mana mana. =P

kalau tujuan soping sakan - booking hotel cap ayam. macam ikut cakap orang orang tua ''ko ingat rumah ni macam hoteeeellllllllll???''. so tepat sekali. bilik adalah untuk tidur, tukar baju, mandi. selebihnya soping sampai bulan depannya bolehlah start ganti puasa.

Tuesday, October 11, 2011

Allah lebih menyayangi dia.

hello hello

~ dah taip, tp still tak tau nk karang ayat yg sesuai......

Al-fatihah pada cik din. suami pada cik ida, our wedding decorator dari kencana sari enterprise...

walaupun baru je mengenali arwah, tp tetap terasa.....

teringat lagi arwah bergurau tentang lagu yg kami nk gunakan waktu 'cutting cake session'. annuar zain. teringat lagi waktu kami berbincang tentang pelamin, sebab waktu tu aku tanya tentang pelamin roman, yg tiang bulat bulat tu. itu first time, kami [aku & najib] jumpa untuk berbincang tentang majlis. selanjutnya, perjumpaan dengan cik ida tentang baju, arwah pun ada juga. berbincang tentang perjalanan majlis, tips dan nasihat.

selepas majlis, terserempak dekat simpang masa lampu merah. buka tingkap kereta, bersembang, gelak ketawa atas jalan raya. =)

masa raya, tak sempat pun nk beraya ke rumah cik ida. ada juga cakap dengan najib ''tak nak raya rumah cik ida ke?''. jawapan najib apa ntah, aku lupa. terus tak beraya.

kali terakhir jumpa, ketika makan malam kami di restoran tomyam. mereka sekeluarga pun ada sekali. tp kami makan di dalam restoran, mereka kt luar restoran. kami nk balik, mereka dah pun balik. itulah kali terakhir aku jumpa dengan arwah.

tp najib kata, pagi sebelum arwah meninggal sempatlah ber''hai hai'' di depan rumah.

i wish to be there semalam. berkongsi rasa sedih kehilangan ketua keluarga, bapa. aku pernah berada di situasi tu. tp keadaan tak membolehkan aku ke tampin.

doa aku tetap mengiringi arwah.

takziah.........

al-fatihah.............................................

semoga roh mu dicucuri rahmatNya.....................dan ditempatkan di golongan orang orang beriman..........................




aku cakap: hargai orang orang yg kita sayang sebelum terlambat..............

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails