:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, January 30, 2012

ajl 26

hello hello

aku tiap tiap tahun memang akan update pasal ajl. so ini tahun, kita ikut tradisi ye. kutuk mengutuk secara positif & negatif.

ada kenangan yg manis & pahit untuk dikenang.

juara

okaylah awan nano tu. masa hafiz buat persembahan tu, aku dah sms fara dah. ''lagu kegemaran ko wey''. lepas tu dia balas apa tah beserta ''.....................herman tino tu sedara aku''. aku dah.....fara again?????????????????? ''yea fara, dah 49.56 kali ko ulang!! hahaha''.

tapi, aku nk sg. lui menang!!!!

naib juara

memanglah nk dia juara. tp okaylah kan......

tempat ketiga

well ft kalau tak menang sure ramai mengamuk. tp kalini performance dia biasa biasa je. hehe.

vokal terbaik

aku rasakan, kalau tahun lepas dia dah menang, tahun ni org lain lah menang kan. kira vokal dia dah memang sedap. so kalau tiap tiap tahun dia masuk & menang, kesian kt suara org lain. harharhar... yelah tp mmg sedap pun suara hafiz ni.

persembahan terbaik

alyah. okaylah sebab ada remy ishak. hew hew hew.

alaaaa!!! aku vote sg lui tau!!!!!!!!!!!! menci................!!


aku plan nk betting ng laki aku. tp dia buat muka lak. terus tak jadi. tp aku memang nk sg. lui memang. sebab aku suka! tp rupanya dia tak menang.

pastu kan, kenapa time najwa latif music arrangement dia macam laju gila eh? uols perasan tak muka kawan sebelah kiri dia lain. mcm ada sesuatu terjadi. eh tah. aku je kot rasa camtu. her her her....

lagi apa nk komen???

oh pasal remy ishak tu. suami aku cakap ''remy tak dtg ke?''. sekali betul dia dtg. haha. masa tu of kos lah mcm meroyan sikit kan.

okay malam td terus mimpi remy ishak. haw haw haw.

paling tak best.

masa kalau berpacaran. aku tak suka pompuan pakai baju hijau malam td. serius aku tak suka sebab dia macam gedik. haha sendiri gedik takpe. mak aku siap marah cakap aku jgn benci sangat, kena jaga kelakuan tengah mengandung. haha aku kan anak yg baik, ikut je cakap org tua yg menegah. tp kalini aku balas gak kata kata mak aku tu.

''ala kalau gedik taulah ikut perangai sapa.................................'' sambil pandang suami. hahahahaha...angin je dia. last last dia pun tak lalu tengok pompuan baju hijau tu.



tengok ajl sambil makan kuih vadey ulam cili hijau + jagung rebus homemade. sedap.

yang tak sedapnya..............................

aku muntahkan kesemuanya pagi td. sampai sekarang aku tak lalu makan sebab takut muntah. ikutkan perkiraan, ini adalah kali kedua aku muntah sepanjang aku mengandung. ala muntah pagi pagi tu normal lah kan, kata ada asid lambung dalam perut.


oh terajin harini update sampai 2 kali...

avent set

hello hello

hari tu konon konon nk beli medela mini electric double pump. yelah, nk beli freestyle, macam erk....
tp semalam tengok kt youtube, kemain lagi bising bunyinya, terus mcm berubah fikiran.

lepas tu tunjukkan avent double pump kt suami. harga kt page facebook sapa ntah rm1300++ rasanya. harga tu untuk loose. maknanya utk pump je, takde free barang lain.

tanya dia ''yang, yg ni boleh beli tak?''
suami jawab ''eh boleh jeee''

erm...satu perkembangan yg positif!! sebab sebelum ni dia suruh beli pump manual je. apalahhhh...nk kasi support bini, aku tunjukkan dia video breastfeeding kt youtube. terus support bini katanya. yeay....

tapi...........................................avent tu berbunyi ke tak?????

macam kena cari kedai yg jual ni, lepas tu boleh test. macam satu kedai tu aku ternampak kt mana tah. majalah paMa kot.

yes, aku memang berniat nk fully breastfeeding. doa doa sangat boleh ke usia 6 bulan anak aku. dan bila dah 6 bulan, setahun. bila dah berjaya setahun, semoga sampai lah si anak ke umur 2 tahun. amin amin amin. idola aku mestilah kak ijan!! haha. bila tengok bonding kak ijan dengan thaqif & nysa, terus berkobar nk susukan anak secara eksklusif!

lepas tu dah deal ng cheyah. nk pinjam avent manual dia dulu. nk tengok dulu demand & offer milk production macam mana. kalau excellent, baru beli pump sendiri.

# dah buat macam lyana mk dah. cakap cakap ng breast suruh dia kuar byk susu. hehe.

okay pasal breastfeeding. mestilah ada botol susu, storage bottle kan. hew hew....

dah survey survey harga bottle yg kebanyakan aku jumpa mestilah yg jual berapa oz x ada berapa botol tu kan. lepas tu last week kn ada deal kt milkadeal ke groupon tah. newborn set punya. aku macam ''eh murah lah kalau beli cam ni. asal aku tak survey ek''. haha sengal.

terus lah survey newborn set tu pulak. okay, cousin cousin aku memang guna bottle avent ni. lagi lagi cheyah kan. hadif tu memang baby avent kot. hehe. so memang ada reference yg terbaik dari ladang.

aku tanya dia beza PES ng PP.
dia jawab bla bla bla. [google sendiri malas nk paste].

okay pastu terus decide nk cari newborn starter PES je. tu yg mencari ke jusco. tp harga kedai semua rm200++. online paling murah aku dapat rm140. kt melaka pulak tu.
then huda OM pulak tag aku kt kedai avent murah [fb]. aku tanya dia mana lebih elok [PES & PP tu lah]. and of kos lah PES lagi bagus dari PP kan, tp newborn set tu avent dah tak keluarkan lagi. so yg dijual tu stock lama. aku macam, ala aku nk stock baru. haha motif??

cuma kelebihan PP, dia ada satu lapik. sebelum masukkan puting ke apa tah, letak dulu lapik tu untuk elak bocor dan elak dari angin berlebihan masuk dalam badan anak. that y lah anti colic. cheyah pun kata camtu. cheyah kata hadif mmg jarang meragam. dia mengamuk kalau lambat bagi susu je. hahaha.

so sekarang, kawan kt ncol, [izyan] bg harga sangat sangat murah untuk newborn starter PP tu. tempat lain pun kalah. so mintak izyan booking dulu untuk aku. tp at the same time, aku nk tunggu baby expo kt klcc. eh mid valley gak. haha. nk g dua dua sebab dorang plan nk buat reunion. cisss nyampesss....so aku nk g gak mid valley tu.

fikirkan memang bagus PES tu. tp kenangkan yg adalah stock lama tu yg buat aku was was. tahlah, cubalah uols fikir kalau kita bakal beli barang stock lama. ei ntah, aku mcm tak suka. no wonder lah kalau tengok blogshop, PES set ni byk sold out. dan ada sesetengah kata no restock. rupanya tak keluar lagi.

takpelah, banyak lagi masa. boleh fikir mana bagus.

lepas tu. tanya cheyah. sterilizer tu guna tak? food/milk warmer tu guna tak? cheyah kata, sterilizer tu memang dia guna. warmer tu dia tak beli. tp bagus gak beli kalau nk panaskan susu apa kan. jimat masa.

kebetulan kedai avent tu ada offer utk rm460 dapat complete set, sterilizer, food / milk warmer, ada beberapa botol susu, storage! kira kira memang murah.

tp izyan offer lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii murah plus postage.

hew hew hew hew....nk beli barang baby ni memang mencabar lah.

tanya suami ''yang, boleh beli tak yg ni. kawan i offer harga ni...........''
since dia pun survey harga loose benda benda ni, dia pun kata berbaloi ''haaa boleh boleh''.

fuhhhhhhhhhhh......

ah stress. nk tunggu expo ke nk beli terus. promotion tak lama. tp ng izyan maybe boleh tunggu kot. hehehehe.

botol je dah buat stress. tambah ng aksesori lain. belum lagi bab breastpump lagi. lepas ni jamu jamuan lagi.............................................................owhhh man...

Friday, January 27, 2012

post natal care

hello hello

nadya kata, kawan dia serina suggested kan tanamera. mana eh aku baca dia berpantang guna tanamera gak???????? lupa....

sebab hari tu dah ke mydin, saja saja survey tempat jamu tu. ada macam macam jenis. kebetulan, aty fared pun buat entry jamu jamu ni. tengok jelah blog dia ye, cukup complete lah tu. hew hew.

so since ada benda baru yg harus disurvey, maka mari kita survey tanamera pulak dan jika berkenan, mari kita kumpul duit. =)

# kena pandai pilih produk yg sesuai untuk breastfeeding ye......

Thursday, January 26, 2012

cuti 4 hari lepas.

hello hello

nk tido kejap lagi, tp update dulu sementara masih rajin nk hadap blog. kang tak rajin, sebulan lah tak update kan.

oo ye, cuti kelmarin aku memang tak kemana mana sebab.................sob sob sob. sedih tak dapat pergi terengganu ikut yang lain lain. jeles je tengok gambar cheyah, kak ijan. paling sedih bila mak balik, tanya ada tak thaqif tanya pasal mak etty. mak jawab takde. wah terus sentap. *sampai sekarang. sambung sob sob sob....

nk pergi terengganu tu pun berkira kira. hati belah kanan, kata jom. hati belah kiri kata tak mau. haha. ada ke hati belah sini, belah sana?

last lasti bila fikir balik jalan jammed, jauh bontot kematu dok dalam kereta, hotel tak booking lagi, flight ticket mahal, terus lah tak pergi.

dan aku sangap ketika cuti 4 hari!!!

hari pertama

tak buat apa apa. dari pagi sampai petang. pa-ce-book....pa-ce-book....pa-ce-book.....
laki aku ajak keluar tengok tengok rumah pun tak jadi @ malas. bukan tak jadi, malas sebenarnya. hehe.

hari kedua

pagi pagi keluar sebab nk tengok tengok rumah. ingatkan boring, tp best rupanya tengok rumah rumah ni. oh yea, kami plan lepas bersalin nk pindah rumah sewa @ sendiri. tu yg tengah survey tu. rumah melaka sangat mahal. sekian.


plan nk mandi manda kt pengkalan balak. okay kami memang dah ke sana pun. sekali tengok ombak besar gila. takut wey. dalam kepala fikir tsunami je. haha. semua dah bawak baju ni, tapi semua tak berani nk turun. kecuali laki aku. tu pun aku ni macam mak mak dah. asyik tengok dia mandi tengah ke tepi je. haha. mesti dia rimas aku asyik tengok dia mandi je. pastu bila dia ketengah sikit, aku dah jerit jerit suruh mandi tepi tepi je.

* semalam suami aku sms, dia bgtau ada korban jugak kt pengkalan balak tu masa ktorg mandi situ. masyaAllah. nasib lah kami semua selamat. alhamdulillah.

hari ketiga

aku menjejakkan diri ke jusco uols....bangga tak? snifffff sniffff....tu pun bawak limau mandarin dlm handbag. agak agak mabuk, aku kupas limau.

masuk kedai baby apa eh nama dia. tah lupa. survey harga je. sekarang mmg tunggu expo baby kt klcc tu baru beli. buat masa skrg, surveyyyyyyyyyyyyyyyyy je....

survey harga stroller. suami dah suka scr 5 ke 6 tah. okay gak harga dia. tak lah mahal sangat. cuma roda belakang besar gila macam tayar kontena. haha.
dia pun suka combi. tp tak suka harga combi. haha.
dia suka mclaren, tp aku tak suka sebab tiba tiba je ada plastic sunshade tu kan. buruk.
aku suka esprit tp tak suka juga sebab sebb tak boleh face in.

so buat masa sekarang, sweet cherry lah kegemaran kami berdua sebab boleh face in, face out.

masuk jusco. eh survey stroller tu dlm jusco lah. silap penceritaan.

lepas survey stroller, survey barang barang lain. botol susu avent [cap tu je sebab tak pernah tengok cousin cousin lain pakai botol cap lain], survey katil baby, tilam baby, bantal baby, besen mandi.

aku senang je, ikutkan aku pakai besen basuh kain pun boleh kan. hahahahah.

barang barang mandi, baju tak tengok. sebab bila gender tak tau lagi, rasa tak ghairah nk cari baju.

suami kata dulu arwah atuk dia pernah buatkan katil baby DIY utk dia. so katil tu memang elok lagi. so untuk rumah sendiri nanti, insyaAllah guna katil tu je. tengah berfikir fikir nk beli untuk rumah mak aku ke tak. kang kalau beli, tak pakai. tak ke membazir??

ikutkan aku, tilam bantal semua pun aku nk buat sendiri je. suruh suami aku belikan kekabu kt tepi jalan, pastu jahit sarung tu. mesti lagi best tido atas tilam kekabu kan. tp bukan aku yg jahit lah. hew hew hew.

lepas tu naik tempat furniture kt atas tengok drawer plastik. ingat nk guna tu je untuk rumah mak. sebab bilik sekarang kecik je. then nanti ada rumah sendiri, baru nk belikan wardrobe untuk anak. [yg ada gambar kartun tu]


hari keempat

yeay, dapat mandi laut...hip hip horey!!!!!!!!!!!! pergi pantai puteri je. wahhh sakan mak buyong ni berendam uols....dah nk dekat maghrib baru aku naik. haruk betul.
yg tak tahan tu, sebab kan aku tak pandai apungkan diri, semua kata aku ada pelampung extra [perut aku leeew]. tp tetap jugak aku tak pandai.


begitulah hari cuti saya. kalian bagaimana????????????

walaupun boring, tp suami aku tetap bg yg terbaik utk isterinya yg sangap ketika cuti. apa aku nk makan, nk pergi mana, semua dia turutkan. dalam hati bersyukur juga dok melaka je sepanjang cuti ni.

alhamdulillah....

Wednesday, January 25, 2012

anak teruna - adik

hello hello

petang ni rasanya nk bawak dak kadik pergi vet. badan dah tobek tobek. kt ekor pun sama. nk kata fungus, tak nampak pulak macam fungus. tp bulu kt tempat tobek tu macam tempat baru ke cukur. dia gigit gigit ke?

suami kata bawak pergi kelenet. kesian dia gatal sangat sampai gigit / tarik-tarik bulu sendiri. haha teori sendiri.

boleh beli ubat kutu sekali untuk semua budak. walaupun semua tak berkutu, tp nk letak jugak. mana tau ada hama ke apa kan. bukan kita nampak hama tu dengan mata kasar.

insyaAllah, budak budak ni pembawa rezeki juga. tak salah pun alirkan duit ke vet.

dah bela, dorang berhak dapat perlindungan dari kita.

sayang mell.
sayang adik.
sayang boy.

tp suami cakap, aku lebihkan adik. harharhar.
*eleh dia tu lebihkan ahboy boleh!

alasan aku ''mestilah sayang adik lebih. sebab adik pernah sakit teruk hampir nk mati''

tp sebenarnya, kasih sayang tu takde lebih takde kurang. semua aku sayang. tengoklah sapa yg manja lebih, dia lah dpt lebih attention kan. macam adik, dia dengar cakap. suruh sit, dia sit. suruh bam [baring], dia bam. usik perut, dia menggedik. haaa gitu....

ha lagi satu, adik ni. okay aku bg situation. kt bilik aku. aku tengah duduk atas katil. adik duduk meng'statue' kan diri kt depan aku *macam patung kt kuching sarawak tu. tp jauh sikit lah. dalam 2 langkah dari katil. dia tengok je aku. pastu kang aku panggil, ''adik meh sini naik sini''. sambil tepuk tilam. kang dia datanglah sambil buat muka manja, suara halus dia tu.

kucing lain tak macam tu.

that y...................sayang lebih sikit. eh terlebih gak, td kata takde lebih takde kurang. wahahahahhaah...

betul..tak tipu. aku sayang semua fair & square.

oh yea, doakan bil tak banyak nanti eh.................................

Sunday, January 15, 2012

first time beli....

hello hello



ni ha, sebenarnya satu hari tu ternampak satu bunting @ advertisement yg gantung kt tiang letrik tu. jualan murah barangan bayi dan kanak-kanak pada sekian tarikh, tempat mitc melaka. traffic light merah je, terus aku sms suami aku. dia boleh kata aku ni macam macam. haha nampak sgt karenah aku ni memang macam macam lately ni. =)

lepas argue itu ini, at last aku fikir baik aku pergi sorang sorang dulu. kalau best, boleh ajak suami lagi sekali. kalau tak best, tak payah pergi lagi kan. so aku pergi hari jumaat. well, jumaat kan lunch 2 hours! g sorang sorang je.

masuk masuk hall tu, alahai. naik pening aku. situlah handbag, situlah baju baju org dewasa, situlah kasut, situlah comforter semua, situlah jual lantern gong xi fa chai, situlah ini, situ lah itu. serabut aku tengok hall tu. bila dah nampak area barang budak budak, terus aku tengok. well, ni kan first time aku pergi jualan barang baby ni. aku tak pun tak pernah survey kt mall. survey kt internet pn sekarang hanyalah breastpump, botol susu, storage bottle, cloth diaper. tu je. so memang aku ke mitc dengan zero knowledge pasal lain.

barang memang tak banyak. in fact kt bunting tu kata ada anakku, disney etc. tp tengok takde pun. baju semua brand apa yg rabbit tu.

apa yg aku survey tu semua takde. kecuali cloth diaper. well, based pada survey aku [separuh je survey, pastu malas dah], insert yg terbaik adalah bamboo insert. tp bila tanya kt SA yg tak macam SA barangan bayi, dia pun tak boleh jawab pasal insert tu. so, angkat belek letak balik. brand pun bukan brand yg recommended based on my survey. hehe.

jumpa barut. tp tak yakin nk beli. sebab aku rasa, ada satu tempat tu jual banyak banyak. pegang belek pun letak balik. [ke nk pujuk mak aku supaya DIY je barut eh. kakakakakaka]

cuma satu je baru aku terjumpa pada hari tu, pembalut bayi. haha. ala, bedung eh nama dia. dia macam elok je letak bahagian kaki, ada button, ada pelekat tu. rasa mcm nk beli, tp aku fikir balik...perlu sangat ke? so far aku tengok anak anak buah aku, mak mak dorang balut pakai napkin je. haha. tp bedung baby sangat penting. aku paling pantang tengok kalau baby tak bedung. dengan alasan dia tak suka dibedung. eloo kita mak dia kot. kita punya kuasa. kalau nangis pandailah pujuk kan. bukan apa, aku kesian tengok baby tido terkejut-kejut. at the end, nangis gak. okay nanti bedung baby.
harga tak tengok sebab mcm tak beria nk beli. nanti nantilah.

eh ada satu yg aku teringin sangat nk beli tau.

bib..ke bip ntah eja. haha. ada i love mummy & daddy lah. ah banyak corak. since tak tau gender lagi, tak kisahlah aku beli colorful kan. tapi, newborn mana makan lagi. dah masuk 6 bulan baru bagi makan. takpe, maybe tu dalam checklist bulan seterusnya.

pusing pusing, eh dah habis dah area baby. umpphhhh...tak menarik langsung. dalam hati bersyukur jugak aku pergi sorang sorang. kalau bawak suami, mesti bebel bebel dia. pergi jauh jauh, barang takde. haha....

untuk tidak menghampakan diri sendiri, tu yg aku terbeli mitten & booties tu. kang macam sia sia je drive kan. =))

okay takpe, kita tunggu bulan 2 kang. expo baby kt klcc. dah plan ng kawan kawan ncol. nk pergi sama sama. tp fikir nk parking mana ye. kg baru???? urm......

oh ye, masuk mitc tu, even dia hall bukan mall yg penuh ekon, tetap jugak aku mabuk. so conclusion sendiri, masih belum boleh masuk mall.

tp alhamdulillah, evening sickness dah hampir pergi.....seronok....

cuma, belakang dah start sakit, moody tu biasalah, dan cepat penat. jalan jalan biasa je pun termengah mengah. kalau solat yg berapa rakaat tu pn, semput kot. kalau baca quran, tak boleh tunduk, mesti tersengguk senguk aku baca. kena dongakkan kepala baru oksigen tu banyak dapat. hehe. tp bila baca kt im expecting, baru tau tu normal. alhamdulillah.

dalam im expecting kata dah boleh rasa movement baby. tp maybe sebb kandungan lemak ni banyak, so tak dpt rasa. kahkahkahkah....


Thursday, January 5, 2012

january 2012

hello hello

oh man. lamanya tak merabu raban dalam blog sendiri....banyak je cerita nk diceritakan, tp malas yg teramat sangat. lagipun, lantaklah takde sapa nk baca pun. melainkan aku sendiri yg bukak blog sendiri, sendiri yg baca. haha.

ni td baru balik dari check up. mula mula tak payahlah nk ajak suami kan. bukan apa pun, check up je. lagi lagi dia tengah sibuk kerja, lagilah aku tak ajak. tp rupanya dia nk pergi. dengan harapan yg menggunung tinggi ''i nak tengok anak i esok''.

hahaha aku gelak dulu.

masuk bilik doctor. suppose kalau check up biasa, tak payah jumpa doctor pun. tp td aku mengadu sakit kt bahagian ari ari, so nurse suruh refer doctor. pastu dia tanya ''harini scan tak doctor?''.

doctor jawab ''takdelah sebab last 2 weeks dah scan kan'' *tu scan sebab nk confirm ada fibroid ke tak. result negatif, alhamdulillah.

aku pandang muka dia sedih je. alorr lorr lorrr....sian jugak sebab last scanned hari tu, beria aku cite dah nampak kepala, badan kaki semua. tp bila doctor print, gelap segelap gelapnya. siyes, kesian sangat muka laki aku time tu...tp nk buat camne. check up kt KK kan. doctor kata, situ scan 3 kali je. 1st, 2nd & 3rd trimester. nk scan lain lain, pergi kelenet swasta. hehe.

balik pada sakit ari ari tu. doctor kata normal. actually, aku pun harap doctor scan kot. yelah mana tau ada masalah lain berkaitan dengan rahim, uri. tp dah doctor kata normal waktu pregnant ni sakit macam tu plus baby nk membesar, so aku lega. ingatkan kena kencing kotor *again tp alhamdulillah, urine semua normal.

kadang kadang pelik kan, terasa sakit tp tak tau camne nk explain rasa sakit tu camne, kt belah mana, sebab memang sakit kt perut (kira macam general perut). doctor pun tanya gak, sakit camne. aiyoooo camne nk jawab. tak reti kot. sakit senak, sengal sengal. sakit senak tu pun aku tak tau camne. sengal? cakap orang sengal pandailah. haha...

cuma masa diagnosis gastrik hari tu, retilah nk explain camne sakit tu. sakit yg diselangi dengan rasa pedih kt ulu hati. so doctor bolehlah buat conclusion aku ni gastrik. lagipun ikut sejarah pemakanan, perut aku ni penuh dengan asam je. malam aku diet. wahaha ada hati nk diet.

berat pulak. timbang last sekian. hari ni timbang naik 1 kg. ya Allah bersyukur nya aku hanya 1 kg aku naik. sebab nafsu makan aku sekarang membuak buak. aku dh makan nasi, tp kang aku nk makan lagi benda lain. silap hari bulan, aku call dominos terus. terjadi beberapa malam lepas. memang niat aku nk makan dominos. memang dah merengek lah. siang tu pulak aku masak banyak, so suami aku cakap tak payahlah dominos, lauk banyak ni. okay. aku pun makan nasi. oh aku masak ikan bakar cicah air asam hari tu. last last dalam pukul 9++ tu, aku gatal kan bukak website dominos. lepas tu gatal lagi terus order kan. hahaha. gatal lagi order crust yg baru tu. sedap mmglah sedap. gila kau dominos tak sedap. tp crust tu nipis sangat. aku tak puas. aku beli regular. so portion adalah sorang 2 pcs. sekali tu mak aku pulak tak nak. so sorang 3 pcs. still tak puas. esoknya pulak, aku cakap lagi ng suami aku, aku nk order lagi dominos. haha gila kan nafsu makan aku sekarang.

kt office usah cerita. stok makanan berlambak lambak. biskut, kacang, buah. tu semua sebab nk elakkan aku loya, mabuk. kang kalau aku layan mabuk tak de benda nk kunyah, sampai petanglah aku mabuk.

oh mabuk aku still ada lagi even dah masuk 2nd trimester fasa pertama. bilalah nk berlalu ye mabuk ni....??

bukan apa, perkara paling aku tak sangka ketika mabuk ini adalah, aku tak boleh masuk shopping complex!!!! masuk je confirm aku mabuk pastu. mabuk aku takde muntah muntah. cuma, mabuk definisi aku adalah naik angin, perut kembong, perut angin, loya je, sakit kepala, sakit badan. ishhhh....

aku perasan sekali masa pergi mahkota parade cari baju. time aku cari baju, laki aku takde. dia pergi cari kasut. cehh kedai kasut tu sebelah booth baju aku tu je. tp masa tu, aku mcm berangin pilih sorang sorang. lepas dia datang tu, time nk decide baju, baju yg aku pilih tu, tak muat pulak. elooo M kot. dulu aku saiz S. start angin dah ni. at last terpaksa beli saiz L...arghhhhh.....lepas tu nk cari tudung pulak. takde choice sangat. okay dah start angin kus kus....

dah bayar niat hati nk cari handphone utk adik aku. sekali lagi laki aku g tengok charger samsung. aish...kalini mmg aku tak larat. terus mcm nk pengsan. marah satu hal takde sapa temankan aku cari hp, pastu start pening pening. lalu pulak sorang punk depan muka aku, terus uweeekkkk....aku rasa menyampah plus nk muntah. terus aku ajak laki aku balik. babai henpon. tak beli pun. *nasib baik, adik aku dah g plkn pun. hehe.

okay tu cerita pertama jejak ke mall.

cerita kedua.

cuti ganti krismas. kan baru balik dari kampung. isnin tu bergembiralah aku atas katil golek golek bangun lambat. masak [birthday suami aku], kemas rumah, main ng kucing. lagi pun berdua je ng laki aku. nk bergaduh, bersilat silakan. selalu ada mak aku kena behave sikit. hehe. siang tu mmg aku active, sihat segar bugar. petang aku ajak suami aku g tesco konon konon nk beli spray bunuh kulat. *almari aku diserang kulat. cisss....
masuk je tesco...aku dah rasa semacam dah. dah datang dah dia. jalan pun slow slow. aku tak larat dah time tu. nk pitam, nk muntah semua pakej. suruh suami cepat cepat amik barang, bayar. cepat keluar dari tesco.

dalam kereta, tak bukak aircond sebab aku betul betul rasa semacam!!

pergi pantai puteri, baru sihat balik sebab kena udara panas. lega....

lepas je dah perasan 2 kejadian tu, teruslah aku dah malas nk pergi tesco, jusco, mahkota parade dll. aku tak nak tempah perasaan semacam tu. masuk econsave aku boleh sebab aku masuk, amik barang, terus bayar, keluar. aku tak suka pergi tempat yg aku kena tunggu lama lama.

so jgnlah aku ni berangan ni beli barang baby, nk survey je pun. memang at the end, aku angin sendiri.

kenapa baby tak suka masuk mall baby???? sob sob sob.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails