:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, February 27, 2012

perniagaan YF Yong Fong Melaka

assalamualaikum...


kedai ni memang jual barang baby, kanak kanak. antara yg terfamous kt melaka sebab barang yg dia jual memang murah kalau compare dengan kedai lain. tp kalau compare ng online beza sikit lah kot.



aku pun dah melawat kawasan. sebab nk survey stroller dengan breastpump kt sini.

macam menyesal pulak masuk sini. sebab suami aku dah tersuka kat stroller quinny zapp extra tu. alahai....mahal lah suamiku....

dia asyik asyik salahkan aku. ''u lah ni, sapa suruh bawak i masuk kedai tu, kt kepala i dah set quinny je tau....''. haha. aku pulak jd punca kan.

masuk sini pun, aku dah berubah fikiran dari avent double pump ke medela freestyle.

harga avent double pump yg isis duo IQ tu kt sini agak mahal sikit. berbanding dengan harga yg kawan ncol bg.
harga medela pun standard harga online, tp boleh dapat lagi murah online kalau rajin survey.

tapi.....................kalau perlukan kita menggunakan warranty, di sinilah tempat terbaik. sebab kt melaka kan. kalau online tu leceh kena hantar balik kt penjual online tu. nk beli spare part pun senang je.

spectra..............memang terlintas pun nk guna spectra dew 300 @ 350. tp bila dah masuk sini, ke laut jugaklah spectra tu.


tapi, yg murah kt sini setakat stroller, breastpump, playpen jelah. barang barang lain macam botol susu, sterilizer tu online lagi murah.

cuma kalau nk menyenangkan claim warranty kalau ada apa apa defect, sini tempat terbaik.

so orang melaka, nk survey tu, kedai ni mesti masuk dalam MUST GO list tau. =)
tak pergi rugi. oh lupa, boleh tawar menawar juga....



expo baby klcc

hello hello

1. kain bedung barut baby
2. tungku baby / tungku besi
3. storage bottle / bag
4. stroller / carseat
5. feeding bottle
6. bengkung
7. diapers bag
8. bedding set
9. maternity bra, breast pad



haaaa ni list yang aku nk cari kt baby expo. aku dah siap compare kan harga online paling murah dah. so letak harga online kt checklist. kalau harga expo murah, aku beli. kalau mahal, tak payah membazir beli masa expo.

aku bawak duit g expo tu rm300 je.

------------------------------------------------------------

okay check pulak harga online paling murah yg aku buat sehari sebelum pergi klcc.

1. kain bedung / bengkung baby - tak sempat check harga

2. tungku baby / tungku besi
- tungku baby - rm14-rm15
-tungku besi - rm50-rm60

3. storage bottle / bag
- bumblee bee 10 pcs - rm38
- autumz storage bag 25 pcs - rm 11- rm13
- autumz storage bottle 10 pcs - rm33 - 35

4. stroller / carseat
- quinny extra zapp harga kedai yong fong tu rm1200. harga campur maxi cosi rm1800
- scr6 rm459. carseat rm239

5. avent brand
- newborn PES set rm145-170
- sterilizer rm154-rm199
- PES 4 oz (125 ml) x 2 pcs rm56
- PES 9 oz (260 ml) x 2 pcs rm64
- storage container (180 ml) x 10 pcs rm55 - rm60

6. bengkung mak
- bengkung roda - rm45 - rm60
- bengkung tali - rm50 - rm60

7. diapers bag - tak tau harga pun

8. bedding set - pun tak check

9. maternity bra, breast pad - gamble jelah.

---------------------------------------------------------

so yang sempat aku beli pada expo tu adalah...tengok list satu satu ye. aku pun share sekali harga yg dapat masa expo.

1. kain bedung / barut baby

alhamdulillah. singgah rumah kak ijan, dia keluarkan stok lampin ng barut. hahaha. best kan. tp masa kt expo tu memang tak jumpa yg berkenan pun. so tak beli.

tp sempat tengok harga lah. sehelai kain barut baby rm5. aku kan memang fikir nk jahit sendiri, so tu yg memang takde bersemangat sangat nk membeli.

2. tungku baby / tungku besi

tungku baby - harga expo rm15. aku rasa mahal. lepas tu fikir, masa cheyah bersalin hadif dulu, waksal ada buat sendiri. yg ingat waksal cakap guna lada hitam, jintan segala. so dalam kepala..................tingggg!! nk mintak tolong waksal buatkanlah. tak pun, mintak je resipi. hehe.

tungku besi - hari tu dah mintak tolong suami aku carikan batu sungai. kebetulan kt expo memang tak jual tungku besi ni. lagipun tak tertanya. haha.

cuma aku dapat beli tungku herba. dalam bentuk bunjut dan dah siap segala daun dalam tu. tinggal nanti dalam pantang, stim kan bunjut tu atau panaskan guna seterika. pastu tuam tuam kt perut, kaki, peha etc. harga rm10. beli satu je.

3. storage bottle / bag

aku beli autumz sekotak. sekotak harga expo dapat rm28. balik rumah terfikir, kenapa tak beli 2 kotak??????????? etty etty..........
storage bag pun beli sekotak...etty!!!!!!!!! sekotak rm9

dah nk balik baru jumpa bumble bee sekotak [10 pcs] - rm22 tak silap. huishhhh...sabar jelah...

4. stroller / carseat

harga yg sama, mahal singgit dua je dengan harga kedai tu. baru first time handle kan quinny buzz. besar gila kot kalau lipat. quinny zapp extra tu je terbaik so far. lepas tu ramai pulak parents yg tolak baby & toddler guna quinny zapp extra ni. macam okay je. elok je terletak budak tu. bertambahlah semangat suami aku nk beli cap ni kan.

5. avent brand

mahal. tak beli satu pun.

6. bengkung

dapat beli dengan harga rm30. paling menarik.

7. diapers bag

tak tengok pun. hahaha.

8. bedding set

pun tak tengok beria. tengok gitu gitu je.
suami cakap dia tak jumpa pun org jual kekabu tepi jalan. sekali semalam balik dari PLKN ada je kt rembau tu jual raw kekabu. so dah pesan suruh beli sekarang. mak pun dah bertanya kata nk jahit tilam & bantal baby. hehe.

9. maternity bra, breast pad

kt tempat jual bengkung tu ada jual maternity bra. rm10 je. memang aim nk beli dah. sekali boleh terlupa. sampai rumah baru teringat. alahai....

breastpad yg disposable. aku dapat brand apa ye??? rm30 utk twin pack. satu box ada 36 pcs tak silap aku. aku rasa murah. bila tanya kak ijan, dia pun kata murah. so assumed jelah murah. =)

suami pulak dia tukang beli changing mate yg jelly baby brand mebby tu. harharharhar...apa punca tah dia terjebak beli jelly tu. rm80 selamat duit dia.

total damage.

rm9 - autumz storage bag
rm28 - autumz storage bottle
rm30 - bengkung lilit
rm10 - tungku herba
rm30 - disposable breast pad
rm95.20 - maternity pillow
total - rm202.20

plus top up touch n go - rm30 [eh kena sebut ke??? haha]
minyak suami sponsor
makan tengahari suami bayar
makan malam turn isteri pulak
changing mate duit suami - rm80

maka rm300 yg dibawa tak berapa nk habis. best kan...

pergi expo ni memang tak aim nk beli baju baby pun. masuk booth pureen nk beli itu ini pun suami kata beratkan beg je nk bawak balik botol botol tu. mydin pun murah. haha. kebetulan jumpa pulak abang sepupu dalam tu, abg redza. lagilah dia kata tak payah beli. murahlah pureen yougurt shower cream tu rm9 je. aku sendiri pun pakai tu lepas pindah keluar dari rumah kak ijan sebab rindu bau thaqif.

baju baby pun...sob sob sob..sebab takde niat nk beli, maka tak nampak belah mana baju tu. cuma banyak rompers. geram je tengok. tp ktorg kan tak tau lagi gender baby. nk beli natural color pun, mcm tak berapa nk seronok. suami kata tunggulah dulu. gigih betul dia sabarkan isteri dia ni.

oh yea, maternity tu ada dalam checklist aku kan. harharhar..betapa aku seronok mendapatnya. harga online mahal. tp jenis besarlah. ni saiz bak kata syima, bantal pisang. okaylah tu. harga kt kedai baby dalam jusco rm100+. ni beli kt booth susuibu.com. plus jumpa pulak ng dynas kan. dia pun pregnant 5 bulan. tp kenapa perut dia besar dari aku?? slim sgt ke aku ni?

so far, okaylah expo ni. even booth tak banyak tp satu hikmah bg aku [dan laki aku]. aku tak larat nk jalan dah. kaki dah sakit. tp ku gagahkan juga habiskan booth. kalau banyak booth, macam rugi kan tak sempat jelajah semua. haha.

stemcells punya booth banyak. tu kerja suami aku. dia rajin dapatkan info pasal ni. balik rumah dia suruh simpan pamplet stemcells tu. dia nk study lagi.

cloth diapers...ya Allah comelnya CD ni. makin membuak je rasa nk pakaikan kat anak anak. suami aku pun menyokong. tp sokong duit jelah. sokong membasuh, tengok muka pun tau. haha. masih dalam perbincangan. booth yg ada lunatots je kami terjah. bagus presentation dari SA lunatots tu. yelah, jimat banyak kot guna CD ni. dari newborn kot boleh pakai. sampai dah boleh toilet trained. takpelah, ada rezeki anak ni nanti, ktorg beli lah utk dia.


okaylah tu je cerita pasal baby expo klcc ni.


minggu ni ke minggu depan expo kt mid valley pulak. aku tak pergi lagi kot. cukup cukuplah kali ni. pergi pun sebenarnya nk cari keseronokan. yelah, once in a lifetime pun jadilah kan. hew hew hew.

cuma tak dapat jumpa kawan kawan ncol. ingatkan dapat singgah kejap ke OU. tp rupanya lama jugak ktorg dlm klcc tu. lepas tu singgah rumah kak ijan. petang tu pulak, gathering ng sepupu & anak anak menakan kt taman tasik main playground. lepas isyak baru balik melaka.
tengok gambar korang je sambil makan hati jeles. haha.

okaylah. tu je.

Wednesday, February 1, 2012

checklist. bukan checklist barang baby.

hello hello

things to do:

1. survey breastpump beribu kali.

2. standby duit beli feeding bottle & storage bottle.

3. standby duit nk pergi baby expo KLCC dan fikir perlu tak nk amik cuti hari isnin tu. oh ye, fikirkan juga hotel atau nk balik hari.

4. sebelum ke tarikh expo, survey lagi sekali baby stroller & carseat. cheyah kata jaja beli stroller kt expo gak. brand my dear. recommend brand tu sebab ringan dan senang dilipat. tak macam sweet cherry. tengok dalam website, ada 3 roda. [nana, i pun suka 3 roda, i tak tiru u tau].

5. kumpul duit nk beli maternity pillow. hari tu suami dah offer nk share tak beli ng dia bantal tu. apahal aku reject?? sekarang dalam usaha nk pujuk balik. dah mula tido kt atas lantai, atas toto sebab tilam aku tu sakit badan!

6. checklist barang baby yg berlambak tu, kena review balik. barang yg mahal harus dikumpulkan duit.

7. dah kena suruh suami cari tempat org jual kekabu nk buat tilam & bantal baby.

8. dah kena pergi jakel, nagoya, kamdar etc. nk beli kain cotton buat sarung bantal & tilam baby.

9. antenatal class - nak survey kt negeri sembilan & melaka as well. sebab still tak tau nk bersalin kt mana. GH melaka, suami wajib attend class ni. GH kuala pilah pun sama. qila kata kt sana free. melaka tak call lagi. even lambat lagi, dapatkan info supaya bila tiba masanya tak kelam kabut. aku kn teratur orangnya. hew hew hew [so?????????????]

10. 4d scan. tak yah pergi jauh jauh sampai ke KL. melaka sendiri pun ada mey. kt klinik liu & vincent. doc lee tu paed pantai hospital. so best. dah call dah, kt sana tak payah buat appointment, tp kena tunggu turn. first come, first serve. tp kena call, doc ada ke tak.

11. survey dan mencari tukang urut @ bidan. arghhh pening tak tau lagi nk berpantang kt mana. suami kata nk pindah sebelum aku bersalin. dia nk jaga aku katanya. yelah tu kan. hehe.

12. post-natal care - yesss sudah 2 orang recommended brand ni [tanamera]. harga pasaran rm360 lebih kurang. kena cari yg paling murah. harharhar. dan survey jugak brand lain, nona roguy, mustika ratu etc.

13. nk call wak timah. mak kata wak ada tungku batu ke besi tah. mak dulu pun pinjam wak punya. so nk tanya wak, wak ada lagi tak simpan tu. hehe.

14. nk call kak ijan. mbah endon buat lagi tak jamu yg dia biasa makan tu. kalau ada, doa sangat sangat embah boleh buatkan untuk aku. tp embah larat lagi ke?

15. nk cari buku resipi 40 hari berpantang ke apa tah nama dia. so since suami kata dia nk jaga aku, kena belikan buku tu untuk dia. kira hadiah untuk suami. wakakakakkakaka.

16. google susuibu.com cari info pasal breastfeeding disamping bertanya pada idola [kak ijan] dan idola no. 2 [nabila]. dan juga idola idola lain [mak aku, makcik makcik aku]

17. tanya kak ijan, cheyah, jaja. dulu dorang berpantang guna bekung yg moden ke tradisional yg sarat barat tu? kalau tradisional, dorang dapat kt mana. kalau boleh pinjam je. kami kan sayang menyayangi. mak dulu ada, tp dia lupa nk bawak dari kampung. mak punya tu panjang gila. ingat lagi, effort buat sorang sorang ikat kt tiang rumah, pastu pusing pusing sendiri...hew hew...

18. minggu lepas suami dah buatkan air yassin dari masjid. macam dah kena minum tiap tiap pagi dgn niat dipermudahkan urusan kami sehari-hari. air selusuh pun boleh guna air yassin. dengan niat, dipermudahkan urusan bersalin nanti. tu nanti boleh buat. uruskan dulu perkara sebelum nk bersalin ni.

19. bila nk start makan kurma & kismis balik???????????????????

20. bila nk start minum susu yg terbaik??? kata nk breastfeed baby, tp sendiri tak minum susu.....setakat pil calci-yuuuuummmm tu tak cukup rasanya. [pil tu sedap sangat tu yg letak yuuuuuummmmmmm. wahahahah. bila sedawa bau pelik. yaks]


okay cukup 20 perkara checklist aku. kena copy masuk excel, masuk dlm diary. macam nk kawin dulu dulu. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails