:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, May 26, 2012

nurse datang melawat - 35 weeks

assalamualaikum

semalam ada cakap kan nurse nk datang melawat rumah dalam masa tengah mengandung ni.  rupanya baru tau, sepanjang mengandung, nurse akan datang 4 kali.  gila banyak kali.  nasib baiklah takde renyah kena masak bagai.  hahahahha.  tp ni aku dah 35 minggu, nurse cakap mungkin akan ada lagi sekali.  mungkin.

sepatutnya aku kena check up kt klinik desa [KD] mukim tempat aku tinggal ni.  tp sebabkan gedik konon klinik desa apa kelasssss kan.  nk gak pergi klinik kesihatan [KK] yg baru bukak tu.  dulu mula mula okaylah kan, best check up kt sana.  KK besar, org pun kurang.  asal pergi je, mesti balik awal.
okay tu DULUUUUUUUUUUUUUU....tp sekarang tidak lagi.  hampir je aku kena EL memanjang sebab aku boleh time off 2 jam je.  tp bila check up tu jadi lama, macam stress lah kan.  nk lah jaga good record.  rupanya  kawasan dia dah makin luas kt KK ni.  benci tau.  yelah bayangkan aku datang kul 8 pagi, kena panggil check urine, HB bagai kul 830 pagi.  jumpa nurse tu dalam kul 930 pagi!!!  hangen tak...

pastu tadi tanya kt nurse yg datang rumah tu, kt KD ramai patient tak nurse.  nurse jawab tak ramai dah sekarang, sebab ada kawasan yg KK dah take over.  maka dengan itu aku buat keputusan, nanti nk check up anak aku nk buat kt KD je.  [haaaa amik ko, dulu apa kelassssss kannnnn....haha]
aku rasa takde masalah pun kalau aku check kt KD sebab anak aku kang tetap jugak aku bawak check up kt panel.  dan even kt KD doktor hanya datang hari Khamis, tp aku rasa pun tetap takde masalah sebab kalau kt KK pun kalau ada masalah apa apa baru jumpa doktor.  kalau anak sihat, tak payah jumpa doktor pun.

okaylah back to cerita sebenar.

nasib lah yg datang td nurse tu macam okay.  awal awal dah kena greet dengan kadik.  adik biasalah, memuliakan tetamu.  hahaha.  nurse pun sibuk nk main main dengan kadik.  aku time tu tido, adik aku kejutkan.  so lambat sket nk keluar bilik.  =)

kena tunjukkan buku merah, dia check lah kot kot aku ada masalah.  check jadual pergerakan anak tu.  hehe selamat aku dah fill in the blank pagi pagi td.  hew hew.  cukuplah kena bebel hari tu kan.

pastu nurse suruh baring kt sofa.  eh...segan lewww aku.  adik aku ada sekali.  aku ajak  dia masuk bilik.  macam biasa check up kt KK gak, ukur tinggi rahim, BP, kepala baby kt mana.  hehe nurse kata perut aku bulat padat.  kuang kuang.  nk cakap aku gems leewwtewww...

aku mengadu lah cakap perut selalu keras.  dia tanya selalu sangat ke, dah rujuk doktor?  selamba jawab tak...!!  nurse pesan kalau selalu sakit, pergilah jumpa doktor terus.  mungkin ada masalah, mungkin takde masalah.  apa apa pun, rujuk pada doktor terus.  baeeeeeekkk lah...!!

sekali lagi diterangkan tanda tanda bersalin.  rasa macam nk bersalin sangat dah bila selalu ditanya tau tak tanda tanda nk bersalin.  haha cuak punya pasal.

nurse pesan suruh makan ubat macam selalu bla bla bla, pastu dia balik.

aku tanya jugak takde masalah ke kalau bela kucing masa baby ada ni.  dia jawab takde pun, asalkan jaga kebersihan.  takut takut baby ada asthma ke, alergic kan.  ya Allah jauhkanlah penyakit tu daripada anak aku.  tu je yg aku doa hari hari...

so tu jelah cerita first time nurse datang melawat.  sorrylah nurse, air pun tak sempat nk buat.  kehkehkeh...





keperluan anak

assalamualaikum

step by step, barang barang baby dah almost complete.

yang belum beli / dapat lagi:

- breastpump, cooler bag - pinjam manual cheyah punya dulu, then dalam pantang baru beli.  cooler bag pun sama.  since aku cuti bersalin 3 bulan, banyak lagi masa kan.  tak perlu rushing.  simpan duit.

-  baby rocker @ bouncer - dah placed order.  ETA end of june.  harap harap sampai by the time baby pun almost come.

-  sterilizer & warmer - dah jumpa combo yg paling murah [kot, sebab malas nk survey].  cuma tengah cari information apa kelebihan warmer home & car tu, then bagitau kt suami.  ahhhh malasnya nk cari information.........beli jelah yang oiiii.....

- nursing bra - ??????????  asal lah aku lupa je nk beli bra ni....

- diapers bag - pun sama, dalam pantang kang boleh beli.

- homemade jamu - dah order.  tinggal nk request akak tu buat kecik kecik untuk senang aku telan.  hahaha demand lebih.

- homemade makanan dalam pantang - dah order.  tinggal ambil je nanti.

- set tanamera - paid to nadya.  tunggu parcel dari syima.  baik betul syima.  nk dia tolong aku amikkan dari nadya, post kt aku...

-  deep freezer -  tengah survey lagi.

tu je kot.  =)

baru baru ni, alhamdulillah dapat lagi beli seperti yg dirancang.  nk beli barang ni kena rancang perbelanjaan. tak perlu nk beli sekaligus.  bulan lepas setel bab baju.  so bulan may adalah keperluan lain lain pulak.  so boleh berbelanja dengan bijak kan.  yg mana boleh beli time pantang, kita asingkan.  gitu...korang pun tau, barang baby ni tak lah murah.


kain batik.  aku tak pernah ada kain batik.  yg suami aku bagi, semua yg cantik cantik so sayang sangat nk buat basahan.  kain yg dia bagi memang untuk buat baju.

maka hari tu borong kain batik kt mydin.  yg best kain batik ni siap jahit dah.  saiz pun macam sedang sedang je.  beli yg murah je sebab kain dia lembut.  yg mahal kain dia mcm kejung je.  hahahahaha.

* background kaboy tengah amik wudu'


manicure set.  since murah beli jelah padahal kt rumah ni banyak je sepit kuku.  haha.

* tak habis lagi amik wudu' tu....

haaa yg ni lah best.  sebab kt online aku jumpa paling murah rm19.90.  little bean thermometer.
sekali kt jusco aku jumpa rm14 je.  ni pun kalau beli sekarang ada 10% ke 20% tah.

dah try pun kt ketiak ayah dia.  wekkkkkkkkkkkkkk....!!

*  tengok!!!  bape kali ulang amik wudu' daaaaa kaboy???


minyak mestika ni saja je beli.  mestika ni macam well-known dengan minyak panas warna hijau tu kan.  aku tau sebab dulu arwah mbahlain pakai minyak panas mestika tu.  lagipun ni buatan malaysia.  so support!!!  kakaka.  poyo.

* bergaduh pulak dah....tak faham.....

satu lagi, minyak telon.

tah lah, aku suka bau minyak telon instead of minyak yuyi.  aku dah puas pakai yuyi time period.  tp minyak telon ni, kalau bau mesti automatik teringat baby kan.  sedap je bau dia..in fact balik je beli ni, terus aku bau puas puas.  macam nk tido dengan botol minyak ni sekali.  haha over.

* pergaduhan semakin worse nampaknya....


cotton buds.  ni yg jenis bulat hujung tu.  security cotton buds.  so dia takkan termasuk dengan lebih dalam lagi.  selamat kan.

*  nampak macam dah tak gaduh lagi, tp janganlah terpedaya.  siap bergumpal gumpal lagi lepas tu.

tiba tiba je kan ada background kucing kucing aku tengah bergaduh.  hai lahhhh....


dalam plastik tu, baju baju anak yg nk dimasukkan dalam drawer.  ada baju yg dah masuk dalam beg hospital.  drawer tak beli lagi.  ingat nk beli yg macam warna pink tu je sebab nanti kan hujung tahun nk pindah, insyaAllah. lagipun bilik aku ni kecik je...


satu tilam kt rumah, satu tilam untuk travel.  semua dah selamat dibasuh.  sarung tilam DIY [oleh nenek baby] dah siap jugak.

barang keperluan dah hampir complete.  sekarang kami hanya menunggu bilakah masanya anak ini akan keluar.  minggu ni dah genap 35 minggu.  minggu depan full term.  risau gak ni.
esok pulak nurse KK nk datang melawat rumah.  jangan dia cakap banyak pasal kucing suda.......



Monday, May 21, 2012

what happen at 35 weeks?

assalamualaikum

secara rasminya, belum lagi cecah 35 minggu.  khamis ni insyaAllah.  minggu depan dah 36 minggu dah.  org kata dah molek sangat lah kalau nk bersalin time tu. wuuuuuuu....cuak cuak....

makin lama makin sarat.  yea dah faham sangat dah maksud sarat tu apa.  contoh kalau tengah baring nk tukar posisi tidur tu, siap kena pegang besi katil tu tau.  atau dah siap siap sedap duduk, kena berdiri, memang kena cari sesuatu untuk gapai sebelum berdiri.  hahaaaaa bayangkan betapa saratnya.  [siap adik aku perli, ko nk beranak dah ke long???  cettt]

minggu lepas hari Jumaat aku EL.  well tak terfikir pun nk pergi cari MC ke apa sebab aku rasa, aku perlukan EL bukan MC.  kalau aku pergi jumpa doktor, for sure doktor kata ni normal, normal, normal.  so dia pun malas nk bg aku mc kan.  suami suruh aku pergi klinik pun, aku tak mau.  lagi best golek atas katil.  sebenarnya tak best mana pun bila dah cecah minggu ni.

hari khamis hari tu dah rasa perut ni tegang gila.  keras.  aku suruh kawan aku pegang pun, dia cakap keras gila...kalau dia yg pegang pun buat muka tercengang, lagi aku yg merasai ni kan.  sakit sangat.  nk jalan pun kena bongkok.  at last jumaat tu EL jelah.  bedrest.

dan hari sabtu tak dapat datang KL jumpa BF - thaqif, dan GF - nysa.  sobsssss.....

bila aku tanyakan soalan pada group wanita & kehamilan, semua cakap tu normal dan tanda tanda dah dekat lah tu.  aku hanya mampu membalas dengan senyuman kelat.  oh man....anak mama dah nk keluar ke?  tak sabar nk main ng miau ye.. haha over.

kadang kadang bila perut mengeras tu, suami nk pegang pun aku tak bagi.  rasa perit sangat.  tp sebenarnya, bila dia pegang tu membantu untuk kendur jugak.  anak ayah ni memang ikut cakap ayah dia.  bila mama dia pujuk suruh lembutkan sket badan tu, dia buat tak tau je.  makin keras ada.  tp bila ayah dia usap usap sambil cakap ''baby, kesian kt mama, lembutkan badan tu please....''...teruslah dia lembutkan badan dia.  aihsssss....padahal kalau dia tengah rolling rolling dalam tu, ayah dia pegang perut, terus diam.  ni terbalik pulak.  ada baiknya jugak tangan ayah dia ni kan.  kui kui...

perut mengeras sebab nurse cakap, ada lagi space dalam ni utk dia betulkan kedudukan.  last check up hari tu, nurse cakap memang kepala dah kt bawah.  tp since ada lagi ruang ruang kosong, maka baby boleh bertukar posisi.  keras tu maybe dia berkuak lentang, buat stretching kot.. =))

lagi satu symptom yg aku rasa aku tak boleh tahan ialah, terasa sakit ngilu gila kt ari ari tu.  macam terasa nk kencing, tp ngilu sangat.  rasanya macam terkena kencing kotor.  tp sebenarnya takde pun kencing kotor time pregnant ni.  mungkin berat baby dah bertambah so dia himpit pundi kencing aku.

dari sumber sini - babyzone

doa sangat baby keluar bila dah cukup bulan walaupun tak sampai tarikh sebenar jangkaan.  eh jap jap.  36 & 37 weeks tak boleh.  time tu ayah dia pergi outstation ke JB.  no no no baby.  tunggu ayah balik okay.  penat ayah pergi kursus peneman hari tu.  haha.

* even waktu tu anniversary ktorg.  dulu aku harap sangat dia keluar time tu.  boleh jadi hadiah paling bermakna utk kami suami isteri.  tp disebabkan suami pergi outstation, hanya tinggal harapan.  takut aku nk bersalin sorang sorang.



dari sumber sini - dumex

apa yg aku highlight kan warna pink tu memang betul betul terjadi.  macam macam aku mimpi sekarang. 

so far at this stage, im enjoy with my pregnancy. 

tak enjoy dan buat spoil adalah tiba tiba terbau baju yg dibasuh dengan downy passion warna merah tu.  cooooooooooooooooiiiiii......!!


Saturday, May 19, 2012

34 weeks & the history

assalamualaikum

* entry panjang gila



anak dalam perut dah 34 minggu.  macam tak percaya.  kejap je masa berlalu.

kalau borak borak kosong dengan suami, mesti ada ayat ''kejap je kan''.  haha.  lepas tu mengenang nostalgia lama.  nostalgia masa buat UPT, rezeki dan first trimester.

last period kalau tak silap 23 september 2011.  masa tu dah plan, since kami berjumpa pun jarang, kami rancang untuk kerapkan berjumpa time subur.  haaaa tips ni.  yelah waktu subur orang berbeza beza kan.  so kami gunakan pendekatan yg senang.  gunakan sebaiknya.  lagipun kita sebagai wanita ni, mestilah alert dengan badan sendiri waktu subur tu kan.   lagi lagi maklumat di hujung jari.  google je tanda tanda sedang subur, berderet kt google.  sekadar berusaha.  tak salah pun kalau aku share kt sini.

kemudian, sementara nk tunggu next period datang, masa tu dah plan lepas period akan datang ni, nk ajak suami pergi honeymoon lah.  lagipun tak silap aku time tu aku ada post pasal ayah mertua desak suami bawak aku pergi langkawi.  haha.  time tu kerja tempat lama, so banyak masa cari maklumat hotel bla bla bla.  paling best dah dapat harga yg menyeronokkan kt PD.  ala lupalah hotel apa.  yg ada private swimming pool tu.  tu kan angan angan sebelum kahwin.  sebelum kawin plan pergi ke japamala tioman sebab ada private pool.  tp mahal sgt.  then tengok kt PD ada.  tp ktorg sangatlah tak sempat nk pergi even ke PD tu!!
so tu yg plan nk honeymoon lagi dalam bulan 11 camtu.

tunggu tunggu.  period tak datang.  tapi symptom period tu ada.  perut cramp.  breast sakit.  so tak terdetik pun yg aku mengandung.  sebab yelah lebih kurang 4 bulan kahwin, orang orang sekeliling dok lah sibuk cakap dah melekat ni, tp tak melekat lekat pun.  so dah lali dengan perubahan badan dan kata kata org sekeliling. [sebab tak mau kecewa kan].

aku ni pulak jenis akan note bila aku period, dalam calendar dah tick dah bila next period aku.  kalau pun tak tepat jangkaan tu, tp still dalam minggu yg aku expected tu.

bila dah beberapa hari terlepas hari sepatutnya aku period, cuak gak.  tp sakit perut tu tetap jugak datang.  aku ni kalau period mesti guling guling lah.  senggugut teruk gila.  so kalau perut cramp tu mestilah aku ingat senggugut aku kan.

tp dah seminggu tak datang jugak period, so we decided beli UPT tu.  kali ke berapa tah beli benda ni.  hahahhaha.  beli yg tak mahal, tak murah.  sedang sedang.  tp still bawah rm10 lah.  hahaha.  yelah kalau negatif kan membazir.

malam pergi guardian, beli.

subuh tarikh 2 november 2011...aku pun test tu.  since ini adalah lain macam punya pattern UPT, macam terkial kial sket nk buat tu.  hahaha.  gilo.  kena celup celup pulak tu.

mula mula terus blank benda tu.  ah frust gila kot.  yelah beli satu je.  pastu beli yg lain macam punya pattern.  ingatkan salah celup ke apa kan.

tp lama lama, appear first line, lepas tu second line.  ahhh hati dah dup dap ni.  lama lama tu clear pulak double line tu.  macam terkejut gila.  kalau baca org lain punya blog, siap jerit dalam toilet.  tp aku speechless.  suka ada, tak suka pun ada.  tak tau kenapa ada perasaan macam tu.  then terus keluar toilet, kejutkan suami.

''by by bangun by tengok ni...satu line je''  ceyy konon sedih lah kan.

''satu line.  okay takpe, nanti cuba lagi...krooh krooh krooohhhh''.  ampeh punya laki.

aku pandang je UPT tu.  sedih tau tak diherankan suami.

''by bangunlah.............double line ni.  i acah mak enon jeee''

''haaa, okay okay.  kita pergi clinic nanti ye...kroh kroh krohhhhh''

aaaaa time tu, aku sentap gila tau tak....aku menangis sebab suami aku macam tak heran je.  padahal sebelum ni kalau single line tu, dia yg sentap lebih kan.  mengalir je air mata aku....

lepas tu suami aku pun peluk dari belakang.  dia amik UPT tu, tengok.  pastu dia ulang balik cakap ''kita pergi klinik nanti tau.  dah pergi mandi, solat.  sujud ucapkan terima kasih atas rezeki ni'' 

terus senyum balik.  sms kak ijan ''double line lah you.  peknen ye??''.  lepas tu sms kak yanie pulak.  ayat yg sama dan mintak tolong bgtau kt bos yg aku nk pergi clinic kejap.

pergi klinik, berdebar bukan main.  masuk bilik doktor, doktor suruh buat urine test.  lepas buat test tu, doktor tanya klinik terdekat kt mana.  dia nk arrange next appointment untuk buat buku.  lepas tu boleh lak aku tanya ''so sekarang result saya mengandung ke tidak?''..hahah sengal punya soalan.  ''laaa mestilah pregnant.  kan saya suruh awak pergi klinik pada tarikh ni, then awak buat buku merah''....ooooo.  masa tu tak sure lah dah bape minggu.

keluar je bilik doktor, kami berdua tersengih sengih macam kerang cukup masak.  then kami bersalam sambil ucapkan tahniah pada diri masing masing.  ''sian u sayang, doktor tak cakap pun tahniah, awak bakal jadi bapa''....''haaa tu lah...i ingat doktor cakap camtu nanti.  kita pergi klinik lain lah jom.  i nk dia ucap kt i camtu''....haha sengal.  pastu gelak gelak.  dalam kereta macam tak percaya.  bluuuurrr je masing masing.

sampai office, dah kecoh rupanya.  malu lah i tau.  blushing i tau...

okay tengok pada gambar bawah ni, boleh lah aku cakap appointment buat buku pink tu tarikh 10 november.  mula mula KK tengkera tak mau terima aku.  dia suruh buat kt tempat lain.  tp guna kuasa veto suami lah kan.  nk jugak!!.  at last dia letak aku sebagai pesakit di luar kawasan.  cettt...

masa tu lah kenal nurse nurse yg baik baik, doktor rina.  best sgt.  takde garang ke apa.  doktor rina suruh datang esok, nk buat scan pulak.

tarikh 11.11.11........first time jumpa anak sendiri.  scan kt KK jalan gereja.  old school gila scanner dia.  takpelah, asalkan nampak kan.  masa tu suami tak tengok sekali.  sebab doktor rina kata ni bukan klinik dia, menumpang je kt KK lain.  so takut kalau staf KK situ tak selesa kan.  suami pun redha je.  just tunjukkan kt dia gambar yg doktor rina print kan utk suami.

 hey baby.  kecik nya kamu time ni.  sekarang dah pandai kick mama kan...


tarikh keramat.

bila tau mengandung, ktorg terfikir macam mana nk surprise kan pada family.  macam macam fikir.  at last tak jadi pun.  suami call ayah dia bgtau aku mengandung.  lepas tu dia jugak yg bagitau kt mak aku.  motip sebab aku segan yg aku mengandung.  cittt porah..!!

awal awal mengandung, alah tu takdelah sangat.  lain org, lain pembahagiannya kan.  mabuk, emosi lebih je. muntah muntah tu boleh kira lah berapa kali.  tu pun time gosok gigi.
tapi bahagian aku, perut cramp yg tak henti henti. macam aku senggugut.  macam mana tak risau kan kalau melibatkan perut dan rahim kita.  tu part aku.

makanan takde pantang larang.  yg mana tak boleh makan macam org lain cakap tu, aku still makan jugak.  tp sikit lah.  aku tanya pada mak aku, pada kak ijan.  so far, dua dua reference ni cakap boleh je makan, tp sikit.  so aku makanlah nenas, minum air kelapa.  alhamdulillah takde apa.  makan bukan untuk kenyang kan.

anak memang pembawa rezeki.  tarikh 2 november aku dapat tau aku mengandung, tarikh 3 november rupanya rezeki aku yg lain pulak tiba.  aku dapat pulak kerja gomen pulak.  alhamdulillah.  mak pun berkali kali cakap, ni rezeki anak ni.  macam tak percaya, tp itulah hakikatnya.
masa tu kami suami isteri memang tengah mencari kereta untuk aku.  yelah, masa tu dah mengandung, macam susah je aku nk tumpang bos aku kan, kena jalan jauh.  bila dapat kerja government tu, urusan pembelian kereta pun jadi mudah.  rezeki anak sekali lagi.  dapat pulak nego harga paling best kereta kelisa aku tu, tip top conditon pulak tu.  rezeki rezeki rezeki....syukur alhamdulillah.

sekali lagi anak ni menyenangkan hidup aku.  mula mula masuk kerja kt tempat baru ni, macam takut je kalau mabuk teruk kan.  takut asyik amik MC je sebab morning sickness ke apa kan.  rupanya baby behave sangat sangat...baby evening sickness je.  petang ke malam je flat.  pagi elok je.  cuma muka pucat tu biasalah.  awal awal.

dan first trimester berlalu dengan cemerlang di tempat kerja baru.  tanpa MC yg berderet.  seingat aku, sehari je aku MC sebab gastrik.

dan itulah sejarahnya yg tak pernah aku cerita kt sini.  maka hari ini, aku ceritakan segalanya.....


im 34 weeks pregnant and still counting.....

10 may & 19 may

assalamualaikum

mesti pembaca dulu dulu [kalau masih setia lagi lah] terkejut, eh tahun ni takdok entry birthday kew???  macam pelik je etty ni...hahahahhaa....
pelik ke?  mmg pun.  selalu aku siap gila kuasa taip entry birthday tarikh 13 mei, aku tukar jadi date 10 mei. kahkahkhkah...

tahun ni, simple celebration je pun.  gambar pun malas nk tangkap.  ada pun sekadar kenangan dalam blog sendiri.  tu pun malas nk transfer ke laptop.

malam birthday tu, org pertama wish semestinya suami sendiri.  walaupun sekadar sms.  aku lagi suka.  sebab aku simpan sms yg dia bagi.  2 tahun punya wish birthday pun aku simpan lagi.  tepat jam 12 dia dah sms bla bla.  malu lew nk taip kt sini apa yg dia tulis kan.  lepas tu bertalu talu lah sms dari saudara mara, kawan kawan.  lepas tu sambil pegang hp nk balas sms, tertidur...oi oi, dah pukul 12 kot.  tido tido tido.....

tapi sebelum tido tu biasalah ada drama sket.

sms suami ''sedihnya u takde dengan i malam ni''...sob sob sob....sambil usap usap perut, cakap ng baby ''mama bukan nangis gaduh ng ayah tau, mama nangis sebab ayah takde kt sini malam ni.  takpelah, ada baby pun cukup''....waaaaa...drama tak drama tak???


esoknya kerja macam biasa.  mentang mentang birthday kau, buat kerja pun dah malas kan.  melayan fb je sepanjang hari.  macam tak sangka je ramai yg wish birthday.  pada yg aku kenal rapat, aku ambil kesempatan juga untuk minta maaf kalau kalau ada, pernah selalu buat salah silap.  yelah, bulan depan nk bersalin dah.  tak mau lah ada yg simpan dendam kt kita kan...kalau boleh, nk semua orang mendoakan kita selamat bersalin.  tp kita hanya berusaha meminta maaf, terpulanglah pada saudara mara, kawan kawan untuk memaafkan atau tidak.  selebihnya berdoa pada Allah....

petang suami pesan nanti mandi pakai baju cantik cantik wangi wangi tau.  macam ada bau bau je makan kt windmill sebab dari hari tu aku request makan lamb chop.
dia sampai dari tampin dah lewat.  nk solat maghrib, nk tengok berita lagi.  perut aku ni lapar.  last last makan buat alas perut roti cicah kuah kari.  lepas tu tekak rasa tak sedap, nk muntah.  terus mcm bad mood.  lepas solat isyak, teruslah aku moody tak tentu arah.  hahaha.  biasalah dah hujung hujung ni macam awal awal dulu.  tekak rasa loya semacam je.  boleh emo jadinya.  tp suami beria ajak keluar.  aku pun siap macam tak siap jelah.  seretkan jugak kaki....

sampai kereta, suami siap bukak kan pintu kereta.  aku dah gelak dah.  pastu nampak sesuatu yg tempat letak GPS tu.  pastu dia cakap ''happy birthday sayang i''...pastu kt hand break tu ada bunga...kahkahkahkahkahkah...eh apsal aku gelak ni kan....tau dek suami aku gelak, tahun depan takde lagi suprise agaknya...

sebenarnya macam malu dia buat suprise camtu.  haha berdua je pun, tp malu kemain.  siap gedik cium cium bunga tu.  yelah kalau dalam drama, mesti org cium bunga tu kan.  padahal bunga tu tak bau wangi pun.

then ktorg pegi windmill, makan kambing.  dah dua dua order kambing pulak kan.  takdenya nk merasa menu lain.

balik rumah, kt parking tu tiba tiba aku bersuara ''yang, macam segan je nk bawak bunga ni naik atas.  malu aaaa...u bawak!!''.......''eh i pulak.  haaa camtulah i bawak bunga tu ke hulu hilir tadi tau''.  rupanya ada kisah bunga ni.  tp suami aku tak sempat nk cerita sampai habis.  till now pun, aku lupa ceritanya pasal apa.

naik tangga pun pelan pelan sebab satu tak larat dah nak naik 3 tingkat tu.  dua sebab aku malu kalau jiran depan umah aku tu lepak lepak situ.  kang mesti dia senyum senyum.  dah lah tiap kali keluar anak dia macam perli aku ''asyik dating jeeeee''....hahahah.  fuhhh selamat dorang dah tido, tp satu hal lagi nk menghadap mak, adik aku.  segan segan ni, kt luar dah gelak gelak ng suami camne aku nk bawak masuk bunga tu dengan tenang.  last last, cepat cepat aku masuk rumah, berlari lari aku masuk dalam bilik.  hahhaha..

dalam bilik, tak henti henti aku cium bunga tu.  orang jakun dapat bunga camni lah roman eh.  excuse me please.


cukup sangatlah tu 3 kuntum bunga.  nk bagi banyak banyak pun membazir sebab kang kering jugak kan bunga tu.

motip lah laki aku tulis nama penuh tu kan............hai lah...!


yang aku tak tahan, siap tulis your husband 2012.  ek eleh suami aku ni, macam tulis dalam majalah sekolah lak.  hahahahah.  dok jadi bahan je lah ayat tu.


sampai bilik, budak gendut ni pun sibuk menempel kt tangan.   dia suka kalau kita tepuk tepuk lengan, kang dia datang kt lengan tu jadi alas tido dia.  suitttttttttttt sangat si kendut kendut ni.  lepas tu agaknya ada bau kambing, dok bau bau tangan aku.  hahaha kantoi tak basuh tangan lepas makan.  lepas tu dia gigit gelang tu.  pastu sama sama ktorg tido, masa suami aku pergi mamak seperti biasa.

habis cerita birthday.........................


19 may...

harini birthday arwah abah aku.  abah aku dah lama meninggal.  tahun 1996 [aku darjah 5 time tu] sebab sakit buah pinggang.  dah lama kn arwah tinggalkan kami sekeluarga.  kami pun dah teruskan kehidupan tanpa abah.

rindu memang rindu.  siapa tak rindu.  lagi lagi sebelum bernikah tahun lepas.  hari hari sedih teringatkan arwah abah yg tak dapat walikan aku.  hari nikah, mungkin terlalu sibuk sampai aku lupa perasaan tu.  sampai lah hari bersanding, bila waktu wak usin [abang ke2 abah, wali nikah aku] merenjis kt atas pelamin untuk kali kedua, kami suami isteri menangis.  waktu tu, wak usin cakap ''wak dah anggap ko macam anak wak sendiri sejak abah ko takde lagi...''.  sedih gila time tu.

bila dah kahwin, dah ada teman hidup, kuranglah kesedihan.  tapi sesekali kerinduan tu datang jugak.  lagi lagi bila tengok kemesraan suami & adik beradik ipar dengan ayah mertua.  jeles tau.  syukurnya aku dapat ayah mertua yg sangat ambil berat.  mana ayah pergi, tak pernah lupa pada menantu dia yg sorang ni.  pada dia je tempat aku lepaskan rindu seorang bapa.

bila mengandung ni, sesekali sedih juga bila kenangkan abah tak dapat nk tengok aku membesar, masuk universiti, bernikah dan beranak pinak.  tak dapat peluk cium cucu dia.  tapi apa boleh buat selain menghadiahkan abah surah al fatihah, dan berdoa semoga abah ditempatkan di golongan yg beriman.

harini birthday abah.

aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan, keamanan, kedamaian abah di sana.  semoga rohnya aman, tenang dan ditempatkan di golongan yg dirahmati oleh Nya.  semoga Allah meluaskan kuburnya seluas lautan.  semoga diampunkan dosa dosa abah.  semoga abah ditempatkan di syurga yg hakiki.  semoga kami dapat berjumpa di sana kelak.  insya Allah.....

etty rindu sangat kt abah...............Allah je tahu....


























Wednesday, May 16, 2012

check up 34 weeks

assalamualaikum

pagi tadi meroyan jugak.  sebab lambat sgt check up.  datang awal kot, pun dipanggil lambat.  siap tido tido aku kt kerusi tu.  lantak lah dengkur ke tak. [sekarang aku kronik berdengkur, tido duduk pun boleh dengkur tau.  hihi]

harini still tak jumpa doktor.  nurse kata next appointment lagi 2 minggu baru jumpa doktor.  scan pun jangan haraplah.  tak pelah, nk scan pergi panel je senang kan. aku pun skrg check up kt panel gak.
harini mcm biasa, check jantung anak, kedudukan anak, bebel bebel pasal breastfeeding, jaundice, bengkak kaki.  yg best kt KK ni pasal tu lah.  byk nasihat dia bagi.  kalau kt panel, takdelah semua tu kan. pandai pandai kau lah. 

urine okay, HB tak amik [kalau tau takde aku telan ubat iberet busuk tu], BP okay [aku pun tak tau okay ke tak bacaan dia, tp anggap jelah okay.  hehe], kedudukan anak kepala kt bawah, tp nurse kata since ada tempat tempat kosong ni, dia boleh lagi berpusing, oh please anak sila duduk diam diam okay, jgn tiba tiba naik pulak.  tinggi rahim 34 cm, bengkak kaki, memang bengkak so nurse continue pesan suruh tinggikan kaki masa tido, kalau tak kang berat nk angkat kaki, nk berjalan, memang pun!  so kena ikut cakap nurse.  lepas tu dipanggil masuk dalam bilik nombor 5 inject kancing gigi untuk kali kedua.  umak aih, kali ni kemain nurse nora tu cucuk aku.  terasa betul sakit.  tp kejap je sengal sengal tu.  balik rumah kejap tido, bangun tu terus elok dah.  normal lah kan. 

perut aku pun dah makin besar.  jalan pun dah mcm penguin bak kata vee. jalan slow slow sambil pegang bawah. sebab terasa mcm nk jatuh je perut aku.  mesti anak aku pun dah besar kan.  hari tu panel check berat dia dalam 1.6kg.  skrg mesti dah 2kg. 

suami aku tengok perut aku pun, dia kata besar.  sweet pulak bila aku baca dia chat ng kawan dia, sms kawan dia, dia cakap isteri aku dah sarat.  haha sweet tang mana aku pun tak tau.  skrg baru tau, makna sarat tu apa.  hahahaha.

bila dah sarat ni, nk bergerak pun malas.  kalau dah duduk tu, static jelah aku duduk.  nk amik remote TV pun aku sanggup tengok cerita tak best, pastu kalau adik aku lalu baru aku suruh dia tolong amikkan.  lagi lah kalau kena mencangkung mcm nk amik barang kt bahagian bawah fridge ke, azab nk bangun.  kalau kucing aku lapar, takde makanan dalam bowl, alahai nk tunduk sakit, terpaksa lah tunduk gak demi kasih sayang kt kucing. 

bila tidur pun sama.  katil queen tu pun rasa mcm tak muat nk tampung kitaorang.  aku dah lah tido tepi [sebab senang kalau nk sheeshee tengah malam], kadang kadang nk terjatuh tau.  ko bayangkanlah ktorg dah berempat skrg ni...!!  heh mesti pelikkan dah berempat bukan bertiga.
KUCING AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

laki aku tu lah.  konon kalau takde kaboy tak boleh tido.  pui lah.  aku tengok elok je berdengkur kalau kaboy takde.  tp memang, dia akan bawak kaboy masuk dalam bilik sebelum tido.  pastu kang aku masuk bilik, sorang dah tido, sekor pun dah tido atas bantal yg mmg dah reserve utk dia.  kalau dia masuk dengan kaboy, kang dia keluar balik dia cakap ng aku ''shhhh yang nanti masuk bilik jangan bising bising tau, aboy dah tido''....ptffffffffffffffffffffffff....geram pulak aku kadang kadang.  hover tau.  kalau aku naik atas katil, kang dia sound aku ''slow slow sket, kang kaboy bangun''....sakit jiwa oiii....
lagi kelakar, kang dia popok kaboy, dia cakap ''abang sayang boy sekor je tau''.  aboy pun jenis kucing yg bising mulut dia, kang dia membalas lah miau dia tu. haha comel lah dorang ni.

macam malam tadi, lagi kelakar.  mell memang dah tido dalam bilik aku.  dia menyorok bawah katil.  time aku solat, baru dia keluar.  pastu dia bising bising lah nk keluar sbb dah lama gila dia dalam bilik tak keluar.  nk sheeshee ke apa kan.  then aku dah siap siap nk tido, aku nk keluarkan si mell [ng kaboy sekali sebenarnya].  tp suami aku dah terbangun waktu tu sebab mell kan mulut bising miau miau dengan lantangnya.  ''jangan keluarkan ahboy.  biar dia tido dalam''............''tak, i keluarkan amell je''..........tapi kang aku fikir, ahboy suka nk keluar dalam kul 3pagi camtu.  aku malas nk bangun.  so aku keluarkan jelah.  lagipun dia duduk dekat ng pintu dan gaya mmg macam nk keluar.  pastu aku bukak pintu, maka keluarkan dua dua ekor tu.  suami aku tanya ''ahboy mana?''.....''ada bawah katil kot''.....kahkahkahkah...aku dah senyum senyum.  mampuih kalau dia tau. 

dah baca doa tido semua semua, aku pandang suami aku cakap ng dia ''by i mintak maaf ye kalau ada buat salah silap kt u''....isteri isteri, sepatutnya cakap ni tiap tiap malam sebelum nk tido tau, tp aku setahun sekali baru cakap.  haha.  pastu suami aku pun balas ''yea, i maafkan.  takde salah pun''.....''alhamdulillah, u dah maafkan i. i keluarkan kaboy tadi.  hahahahahahahahahhaha''......terkekek kekek aku gelak.  laki aku pun tahan gelak, tp dia geram tu sebenarnya.  terus dia pandang dinding panggil ahboyyyy...wekkkk gedik!!!!

see...dalam tak muat atas katil tu, gedik nk panggil kucing tido sekali.  aku bukan tak suka, aku suka kot kucing aku tido sekali.  sebab aku kalau laki aku tak blik melaka, memang aku panggil dorang temankan aku.  tp bila dah berdua atas katil tu, time sarat ni, please lah jangan tambah bebanan lagi...aku ni tinggal tak jatuh katil tau.  kau tau lah, bila ada kucing kt atas katil tu, tempat dia tido tu memang dah reserve tau, kita takkan letak kaki, takkan usik tempat dia.  haaa, siapa ada bela kucing tau lah apa yg aku maksudkan.   kita rela tak tido atas bantal, kalau kucing kita baring kt bantal tu.  tido sipi sipi je.  tu aku lah, org lain tak tau.....

so kalau lah suami aku baca blog aku yg ni, tolonglah...isterimu sudah sarat sayang....perutnya kini sudah keluar dari tilam [bak kata hana dulu]......




Monday, May 14, 2012

mabuk balik.

assalamualaikum

tak suka sangat sangat bila perkara perkara yg terjadi waktu first trim, terjadi balik bila di hujung hujung ni.  aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....tak suka tak suka tak suka...

bukanlah nk merungut, tapi..........aku ni bukannya seorang yg kental dan tabah nk menghadapinya.  

memang takde perkara muntah muntih.  tapi mabuk mabik adalah perkara paling disaster tau tak.  macam ada sesuatu kt tekak, tp benda tu hang in there sampai buat aku lembik.  eiiiii....yaks yaks yaks. kadang kadang request kt suami, ''i nk jolok lah tekak ni, kasi isi perut keluar.  tak tahan lah''.  suami kata ''jangan dipaksa, nanti sakit perut, baby pun sakit tau''...so bila mengenangkan nanti anak sakit, bertahan.  buat buat tido sampai tertido.  

bila mabuk mabik [kenapa tah aku berkenan pulak mabuk mabik tu], badan flat.  tak boleh nk buat kerja pun. mood pun memanjang je swing.  even kt kucing sendiri.  kucing tido salah, dikejutnya kucing tu.  konon dengki kan.  haha.  bila dia bangun, nk minta bermanja pun salah.  ko ni asyik bergesel je.  haha sian dorang jadi mangsa keadaan.  padahal kita yg kacau dia tido kan.  hangin kt suami sendiri jangan cakaplah.  dengan tak berkenan dengan bau badan dia  ke perfume tah.  semedangnya cakap busuk busuk busuk.  kang dia cakap ''i pakai cologne yg u beli tu tau.  u yg beli, taste u, mana i tau''.  tengok kita jugak disalahkan.  bila masuk kereta kelisa aku tu lagilah.  dah bermacam perfume kereta aku tukar. takde satu pun yg menikam kalbu. tekanan jiwa lagi ada.  bau tu salah, bau yg ni salah.  terpaksa buang.  ambi pure mahal kot...!!  

kadang kadang tercakap kt baby ''nak keluar cepat nak, mama tak tahan lah''....pastu tukar dialog balik ''eh maksud mama bukan sekarang, cukup term ye.  sekarang belum boleh lagi''...adesss silap cakap.  harapnya dia dengar tak dengar masa tu.  ataupun tengah tido.  pastu ikut perangai ayah dia, kalau tido takkan heran orang sekeliling. [ayah jugak..padahal nk sebut M tadi.  haha]


mabuk mabik, silalah pergi jauh jauh.  jangan kau dekati diriku yg busuk ini.  tiada keistimewaannya pada diri ini pun.  pleaseeeeeeeeeeeeeeee...im begging u....



Saturday, May 12, 2012

avent feeding bottle & diapers free sample

assalamualaikum

step by step barang anak dah selesai dibeli.

next month tinggal beli pump & accessories , bouncer [kot ye], dan sikit sikit lah barang dia yg kena top up. [ada dalam list, malas nk tengok buku.  hehe]

last week dah dapat feeding bottle pulak.  seronok lah i kan....


both beli dari rina & izyan.  tawaran hebat, sapa tak nak lepaskan kan.  even yg 9oz tu pun mcm lambat je lagi anak nk pakai, tp disebabkan good deal, gua rembat je dulu.

yg kecik tu pulak, cukuplah baby ni pakai 2 botol je.  kang pakai banyak banyak, ada pulak yg terbagi fm lah, air masak lah.  oh yea, jap lagi nk tanya pendapat mak aku pulak pasal air masak ni.  kalau mak aku cakap kena bagi, meh aku bagi fakta menarik supaya mak aku tak terfikir nk bagi air masak kt baby.  hew hew.

btw, many thanks to rina & izyan....next time, boleh order lagi...


diapers dah beli dah hari tu.  weols try dulu brand pet pet.  sbb nk tunggu sample pet pet kemain lama kan, dari bape bulan dulu dah request.  harap harap takdelah masalah guna pet pet ni.  tanya jugak pada cousins, kawan kawan.  so far pet pet okay.  fuhhh fuhhh....jgnlah tak okay kan.

sekali tu, last week dapat sample dari drypers.  banyak pulak tu dia bagi.  sampaikan suami cakap, tau hari tu tak payah beli pet pet.  cecey, padahal dia yg beria nk beli diapers hari tu tau...so skrg aku ada 5 packs sample drypers.  satu pack dapat dari econsave.  best lah benda benda free ni... =))

beg tu pun sekali dapat.  suami cakap, okay dah boleh setel baju baby.  eiiiii apa lah ayah ni nak, letak baju baby dalam tu pulak.  baju mama boleh consider lagi lah.  takpe, mama akan carikan beg tercantik, terbaik [termurah] untuk anak mama ni.  jgn dengar cakap ayah tau.  hahahahahahahha.



sepanjang mengandung ni, aku dapat banyak sample susu.  so far diapers ni je lah.  so kalau korang nk dapat jugak free sample, boleh try google website diapers / susu ni.  nanti ada lah button utk get the free sample.  sorrylah info mcm tak membantu sangat.  sebab hari tu aku terbaca kt forum mana tah, link kt office.
tp nk tunggu sample tu datang ke rumah, bercinta gak lah....

ni adalah sket info utk diapers free sample.

whoopee - link

http://www.babylove.com.my/

eh ni je?  hahahah....ala korang kan rajin....




Friday, May 11, 2012

33 minggu



assalamualaikum,

anak mama dah 33 minggu dah dia....syukur mama Allah masih beri kesempatan pada mama untuk bernafas pada udaraNya genap 27 tahun.  tapi tahun ni, lagi bermakna sebab kita berkongsi nafas yg sama nak.  betapa mama bersyukur....betapa mama tak sabar nk menatap wajah anak mama ni.  ikut rupa siapalah baby ni.  ikut muka mama ke, ayah?  [mama kena pasrah, papa nk bahasakan dirinya ayah.  mama tak kuasa nk pujuk lagi.  haha]

mama tak kisah pun ikut rupa siapa antara mama atau ayah.  tp semoga anak mama ni ikut perangai ayah [perangai yg baik lah ye].  ayah rajin solat [eh solat tu kan wajib, rajin kenapa kan...lainlah kalau mama cakap rajin buat solat sunat.  hehe].  rajin tolong atuk kemas rumah.  rajin tolong mama masak.  ayah sayang & hormat sangat pada atuk.  ayah kadang kadang romantik [romantik bila dah kahwin je tau!!] ah banyak lagi lah sifat sifat ayah yg baik.

kalau ikut perangai mama pun takpe.  mama pun rajin [sangat]...suka memasak [sangat]...suka mengemas rumah [sangat]....haaa tengok tu...sangat tu maksudnya terlebih lebih baik lah kan.  kui kui kui...

yang penting, jadilah anak yg soleh.   anak yg mendirikan solat, anak yg mendengar kata, anak yg menghormati kami sebagai ibu bapa, hormat orang tua.  tu yg paling penting....

sama sama kita berjuang bulan depan ye anak......




Thursday, May 10, 2012

baju pureen brand

assalamualaikum

dari pureen warehouse sale...


eh tak pergi lah...kirim ng aunty syima jewwww..

terima kasih aunty syima.  aunty siap bagi baby U toys lagi....

terima kasih aunty syima sebab berjaya dapatkan hooded towel gambar miau...

mama tite suke sangat tau....mama yg over tau. 

belek belek baju anak, banyak juga baju yg ada gambar kucing.  topi, towel pun ada.  nasib lah ayah baby ni faham sgt perangai mama baby.  layankan je.

baju baju ni semua dah basuh.  bagus kan mama tite...hewhewhew...

cuma belum masuk beg ke hospital je.  haaa tu not good.  by the this time, dah kena prepare kan beg tu kan...nanti mama buat ye....

bila belek belek, banyak baju baby brand pureen je.  brand lain like anakku etc sikit lah.  sebab hari tu chat ng cheyah dia dah pesan, kalau newborn, better beli pureen sebab kain dia lembut dan sesuai dengan newborn.  so first time cari baju baby hari tu pun, bila pegang baju pureen, memang lembut.  in fact, hari tu pegang baju lubang lubang brand disney yg mahal tu, pureen punya still lembut gila....

okaylah baby.  nanti dah besar sikit, baru mama belikan baju brand lain ye.  sementara kamu baby lagi ni, pakai pureen tau. bagus untuk kulit kamu yg fragile tu.  hehe...



cuti bersalin

assalamualaikum

aku kan baru masuk kerja sini.  so macam confirm tak confirm lah pasal cuti bersalin ni walaupun government.  ingatkan layak dapat 60 hari je.  aku pun buat lah tak tau.  lepas tu, teringat dalam kontrak ada cakap, ''akan dipertimbangkan oleh ketua jabatan'' kalau nk cuti bersalin 90 hari.

lepas tu barulah sekarang kepoh kepoh tanya orang.  tanya orang lain macam mana prosedur kalau nk cuti bersalin ni.  ekekekekekeke.

call HR tanya.  lepas tu HR confirmkan balik yg aku LAYAK nk cuti 90 hari.  waahhhhh time tu terus rasa mcm nk melompat bintang 80 kali.  hahaha tak pregnant pun aku rasa aku tak sanggup nk lompat 80 kali.  ngelat je selalu.
terus aku check laci aku, keluarkan segala surat surat yg tertinggal ke nk buat filing.  sejak dah masuk fasa fasa terakhir ni mmg malas nk filing surat.  so dah dapat good news ni, apa salahnya kita merajinkan diri kan.  kata nk cuti lama.  hehe.

kemudian, call suami.  nk bgtau good news lah ni.  mcm lah tak boleh cakap kt rumah kan.  dia pun terkejut sebab aku LAYAK.  see semua ingatkan aku tak layak.  ni yg sayang U ni.  tetiba kan.
cuma dia cakap, kalau rasa nk cepat confirm amik 2 bulan jelah.  oooo nehi nehi...aku nk jaga anak aku selama 90 hari.  tak kira, nk gak 90 hari...!!  jeles lew tuewww kita dapat spend time lama lama ng anak kitew...

prosedur HR senang je.  kalau katakan nk apply cuti 2 minggu awal sebelum bersalin tu, kenalah isi borang bagai kan.  tp kalau nk ikut hari pertama iaitu hari kita bersalin, tak payah isi borang.  nanti dalam pantang, minta suami datang U hantar surat pengesahan bersalin dari hospital then bgtau HR yg kita nk cuti 60 hari atau 90 hari.  tu je.  sonang yo.

semalam pun ada sorang bos [ketua bahagian lain] tanya ''eh awak bila nk bersalin?''....''bulan depan en. A''....''eh, bulan depan ye.  sapa ganti tempat awak nanti?  sian bos awak sorang sorang takde sapa jaga''......hahahahahah...apalah En. A ni tanya soalan camtu. ni buat aku serba salah. 

so aku rasa, aku kena bincang dengan bos aku tanya pasal cuti ni.  tp maunya kalau tanya, tiba tiba dia tak bagi camne???  aaaaa  meroyan aku sebelum beranak....tp bos aku tu baik orangnya....

camne ye.....mestilah kena bincang dulu kan.  at least dia boleh standby org nk take over tempat aku sekejap. 




Wednesday, May 9, 2012

3d scan at 33 weeks...

assalamualaikum

balik dari kursus peneman semalam, kami laki bini ke klinik panel aku.   main purpose sebab nk amik stock iberet.  dah habis dah ubat tu.  then si suami mestilah request nk scan.  sian dia, last dia nampak anak dia, sebesar kacang tu je.  kui kui kui.  untung jadi ibu mengandung ni.

mula mula macam gedik je kalau cakap ng doktor ''doktor saya nk scan anak saya''.  asal datang situ, scan.  tak lain tak bukan.  pastu mula lah kitaorang buat ayat camne nk mulakan utk scan tu.  nk cakap anak kurang gerak, aku rasa waktu tu mmg jarang dia gerak gerak.  aktif kang lepas lunch.  so mmg normal waktu tu dia tidooo like daddy.  haha.

tapi bila masuk je bilik doktor, salam salam [doktor mmg best], dia tengok pc dia, cakap eh lama ye kita tak jumpa.  last jumpa minggu ke 28.  doktor nk tengok buku merah. just tengok HB je sambil cakap ''ni yg saya tak suka ni, awak makan apa sampai rendah HB ni.  tp skrg dah normal okaylah kan.  jgn skip makan iberet tu.  okay jom scan!''.
fuhhh nasib baik dia tak tengok pertambahan berat badan.  sebab ada sorang m2b ni, agaknya dia monthly check up kt situ.  nurse tanya, air gula dah minum kan.  tp aku tengok badan dia kecik je.  aku dah risau dah time tu.  kot kot tiba tiba dia suh aku minum air gula kan...noooooooo.....

sampai katil, scan scan scan.  doktor check saiz kepala, berat, banyaknya air ketuban, kedudukan uri.  pastu baru perasan ''eh doktor ada 3d scanner dah?''....''iyelahh hari tu awak yg request suh beli.  so that awak boleh datang tiap tiap bulan kan''.  kahkahkahkhah.  mcm kelakar je aku pulak yg request.  [gurau sebenarnya tu, cuma tiap tiap bulan datang tu betul..hehe]

no wonder lah dia tanya dah buat 3d scan ke belum sebelum dia scan tu.  laki aku pulak jawab ''tak sempat nk buat hari tu, kalau buat time ni, nampak tak doktor?''....''awak doa doa lah nampak, sebab hari tu ada je sorang patient ni dah 30++ weeks pun nampak lagi''

rupanya klinik dia pun ada 3d scanner lewww....

tapi betul lah org kata 3d scan sesuai buat sebelum minggu ke 28 - 29.  sebab time aku ni, mmg susah nk tengok.  dah memenuhi ruang.  nampak tu just nampak figure samar samar je.  tp nampaklah dia tengah main main bubble dalam tu, tangan tengah menggenggam, nampak tapak kaki semua.  ah rindu dah kt anak...suka lah suami aku dapat tengok anak dia kan.  tergelak gelak je dia.  lagi lagi bila dah confirm kan gender.  dia macam amazing gitu.

lama kot scan tu.  sbb nk captured muka anak kan.  sampai aku kena mengiring kiri ke kanan bagai.  tp hampa, tak dapat jugak tengok full muka dia.  bagus bagus, kecik kecik jadi penyegan ye...haha.
at last kami semua give up sebab tak dapat nk captured muka baby betul betul.

dalam kereta nk balik, aku tanya suami ''nampak tak mulut dia main main tadi''...sambil aku ajuk mulut tu.

suami jawab ''nampak.  nampak macam mulut u je, mulut jawa!'' cesssssssssssss....
* mulut jawa ni macam juih sikit bahagian atas tu.  tak taulah jawa lain, tp kalau kaum kerabat aku, mmg camtu.  mulut comel.  hak hak hak.....

sampai rumah, kami berdua dah start rindu balik dengan anak kami yg dalam perut ni....

alahai nak, mama tak sabar ni, tp dalam masa yg sama, mama  nk kamu lama lagi dalam ni, so that mama boleh rasa kamu gerak gerak dalam perut mama.  keluar bila cukup masanya ya sayang....ikut edd doktor rina bagi tau.


hahahahha




Tuesday, May 8, 2012

antenatal class / kursus peneman

assalamualaikum

antenatal class

alhamdulillah, semalam dah pergi.  actually, tak berapa nk class lah.  cuma lebih kepada memenuhi syarat nk bersalin kt hospital melaka.  nama sebetul, kursus peneman.
modulnya hanya memberitahu prosedur di dalam labour room [ejaan sebenar labor ke labour ek?] - LR selepas ini.
dibawa melawat kawasan - wad dan jenis jenis wad, melihat keadaan LR.
penyusuan bayi.
pendaftaran di hospital jika masanya telah tiba.

agak boring, tp bolehlaaa...sekadar cukup syarat je kan.

hospital melaka sekarang kan dah upgraded jadi hospital yg mesra suami.  so mana mana yg nk temankan isteri ketika bersalin, wajib amik kursus ni. cuma kursus ni untuk bersalin normal je.  kaedah lain, forceps, vacum, c-zer suami tidak dibenarkan melihat sama sekali.  suami pun dibenarkan berada semasa ''push push push'' sehingga anak dilahirkan.  sesudah itu, sila keluar ye.  sesi jahit menjahit pun tidak dibenarkan.  suami hanya akan dipanggil bila laluan dibuka sebesar lebih kurang 3cm [dah lupa. hahaha].  dan paling penting, suami hanya menemankan isteri semasa di LR sahaja.  di ward TIDAK! SOB SOB SOB....kena tidor sorang sorang...

masa dalam kelas tu, agak boring sebab nurse cakap sama mcm dalam slide.  cuma dia ada bagi tips lah sikit.  dan juga penambahan info tentang barang barang yg perlu di bawa ke hospital. mcm lampin, towel, baju semua orang dah tau kan.  pertambahannya adalah:

untuk anak

1.  lampin kain
kn kalau kt gomen hospital, syarat untuk discharge adalah, bayi kenalah berak dan kencing.  so tu kes normal.  apa yg diberitahu semalam, kalau pakai diapers, cepat kering kan. dan kita pun tak reti nk detect dia dah kencing ke belum.  so tu lah pentingnya lampin kain.  so anak dah kencing boleh keluar.  sehelai pun jadilah.

untuk ibu

1.  blue linen
tak sure kt hospital lain macam mana.  samada diberi percuma.  cuma di dalam LR ye diberi percuma.  blue linen yg perlu kita bawa tu adalah kegunaan semasa di dalam ward.  bila air ketuban pecah for sure banyak air melambak kan.  so inilah kegunaan blue linen tu.  dia adalah lapik plastik berwarna biru.  so nanti tak lah tilam tu basah. 
noted:  aku dah beli kt kedai hospital.

2.  termos, air mineral, air milo
termos tak perlu bawak sebesar-besarnya.  air mineral & milo pun sama.  bawak sekadar stok beberapa hari duduk di ward.  sebab hospital pun takkan nk simpan kita lama lama dalam ward.  hehe

rasanya tu je kot.  ke aku lupa tah.  haha.  nanti kalau aku ingat, aku update ye.

kt hospital melaka ni pun, adalah hospital rakan bayi.  so botol susu, fm adalah tidak dibenarkan

bila sampai sesi breastfeeding, nurse cuma terangkan kelebihan susu ibu je.  cara pegang bayi, cara menyusukan bayi [posisi], cara penyimpanan EBM.

nurse cakap untuk awal awal ni boleh je simpan dalam container plastik [well known as bekas dadih] tu.  cuma SEKALI je pakai.  then buang.  unless kalau bekas tu tertera number 5 di bawahnya.  tu boleh pakai berulang kali.  kalau stock dah banyak, dah boleh pakai storage bottle, bag mcm yg kita beli tu.

tiba melawat kawasan di sekitar ward, LR.  haha.  kelakar okay.  mcm rombongan cik kiah & pak seman yg buyong buyong.  semua senyum je tengok ktorg melawat kawasan. 
masa dalam ward okaylah.  takde apa yg pelik sgt pun.  ward yg third class tu mcm best sebab boleh borak borak.  second class ada 4 katil tak silap.  best gak.  yg first class kalau suami boleh teman bestlah.  ni tak boleh teman, agak boring.  so even aku layak dapat first class, aku rasa nk yg 4 katil tu je.  tp nurse dah cakap, tengok pada availability pada hari tersebut.  dapat hari ramai org nk beranak, tak ikut dah kau layak ke tak.  asalkan ada katil kan.  okay aku redha!

untuk kelayakan pengkelasan ward, sebaiknya sila bawa GL [guarantee letter] kalau anda adalah pekerja sektor awam.  even skrg kita semua ada sistem HErmis [camtu kot ejanya], kena bawak jugak surat tu.  maunya sistem down ke, still menyusahkan kan.  kalau suami isteri kerja gomen, bawak dua dua punya sekali.

masuk pulak LR.  haha masa ni berdebor kemain.  aku punya imagination adalah bilik yg besar gila, katil yg takde tilam, hanya besi semata mata.  sekali silap!!  LR cun ah gak.  siap ada sofa untuk suami duduk situ teman isteri yg kesakitan.  oh tidak, sampai skrg aku masih terbayang bayang keadaan dalam LR tu.  takut kot...
once suami dah masuk, dia hanya dibenarkan keluar untuk bersolat sahaja.  toilet semua dah ada dalam tu.  tak boleh keluar sesuka hati sebab nk jaga privacy orang orang nk bersalin. 

satu je yg paling penting semasa berada di dalam LR.  please respect the rules. sebab LR adalah tempat paling sibuk dan sesak!

macam mana nk pergi ke kursus peneman ni?  well senang je.

sila bawa suami sekali.  dan juga ''buku merah jangan lupa bawa''  =)

bila usia kandungan dah masuk 7 bulan, sila ke hospital melaka ye.  [hospital lain tak tau camne prosedur dia].  pergi ke bahagian O&G yg bersebelahan dengan klinik pakar.

kaunter O&G belah kanan, so nanti tanya nurse dulu kt kaunter.  nanti nurse suruh masuk bilik 11.  sebelah kaunter je.  jumpa nurse dalam tu, cakap nk attend kursus peneman.  nanti dia akan minta buku merah kita.  tanya dah berapa minggu.  kalau sedang molek je nk dekat bersalin, dia akan tunjukkan bila tarikh tarikhnya.  so far, setiap minggu hospital akan buat kelas ni 2 kali seminggu.  hari isnin dan khamis.  so pilihlah mana yg korang nak.

nanti nurse akan pesan, ''hari tu nanti jangan lupa bawak salinan kad nikah ye.  kelas start pukul 8.30 pg, tp datang pukul 8 tau.  report kt kaunter dulu''.  gituwww....

hari kejadian, siap siaplah breakfast kt rumah dulu.  makanan dan minuman tidak disediakan. 

kadar bayaran kursus adalah free of charge!!  tapi kalau dah free tu, janganlah kau harap byk sgt info kau dapat kan...kan aku sudah bilang, kursus ni sekadar cukup syarat nk bawak laki temankan dalam LR tu. 

okay tu jelah.  aku pun tak ingat apa lagi nurse tu terangkan.  eh kenapa cepat lupa ni, padahal semalam je baru attend.  hahaha.


Sunday, May 6, 2012

32 minggu

assalamualaikum




alhamdulillah, masih lagi sihat dan bertenaga sehingga kini.


esok cuti, ada antenatal class....

Thursday, May 3, 2012

11...sebelas bulan

assalamualaikum,


harini genap 11 bulan bernikah. 3hb mei. bulan depan 3hb june, genap setahun. time flies. terasa baru je ktorg gaduh gaduh nk buat wedding preparation.  bila baca balik entry may 2011, haha kelakar lah pulak.  dengan cuak tahap gaban time tu, dengan perang besar sampai tak jadi kawin [oh yang ni tak pernah cite kt blog rasanya, org org terdekat je tau].  counting another 30days...


bulan may ni best sebb birthday aku.  yipeeeeee....last year ada suprise celebration dari tunang.  tahun ni apa pulak tak tau.  harap harap wishlist ku tergapai dengan cemerlang.  my wishlist tau, bukan baby's wishlist.  i hope soo....




i love u husband.

walaupun sekarang asyik gaduh pasal nk panggil papa ke ayah ke...i tetap sayang kt u sama macam dulu dulu.

selamat ulangbulan ke 11.....

Wednesday, May 2, 2012

mendobi baju si kecik

assalamualaikum

sebenarnya, hari ni ada check up. check up sempena 31 wks, 6 days.  tapi macam hampeh je menunggu.  dulu awal awal takde macam ni pun.  dulu mula mula pergi KK situ, nurse berapa orang je.  tp cepat je service.  tp sekarang, kemain ramai nurse, berjam kot tunggu.  harini pergi, semua nurse baru.  tak best.  nurse yg lama lama dulu, nampak je dari jauh dah panggil nama kita, tanya sihat ke tak.  siap panggil akak je, takde nurse nurse ni.  benci...!!

dari kul 830 am aku tunggu, kul 1030 am baru dapat jumpa nurse.  tu pun aku rasa by this weeks aku dah kena scan untuk 3rd trimester.  tp takde pun scan.  actually, tak heran pun nk scan sebab aku pergi panel jugak.  tp yelah...kata harus dikotakan!  then suppose harini inject kancing gigi untuk kali kedua.  tp hampeh gak nurse tu tak buat pun.  mula mula aku tanya boleh ke inject next week balik dari kursus peneman tu.  since harini aku pakai baju yg tak boleh nk selinsing lengan tu.  button atas pun takde.  pastu dia bebel bebel tak boleh lama lama cucuk tu.  kena buat harini gak.  tapi at last, takde pong!!!!

then kena marah lagi sebab tak catit pergerakan anak.  eh aku catit lah.  aku cuma tak catit dalam buku pink tu je.  membebel kemain macamlah aku tak kisahkan anak aku.  menci!!!!!!!!!!!!!

macam dah lama sangat, terus aku sms bos aku tanya dia prefer aku datang office lewat atau amik EL je.  hes okay with my explanation nk amik EL.  tp kena setelkan kerja sikit.  which is aku boleh setel thru email je.  hew hew best bukan.

balik klinik terus pergi mydin.  sebab nk beli hanger kecik kecik, nk beli tali.  nk mendobi lah wey!  gila ke dah 32 minggu baru nk basuh baju baby.  hahaha.  dont  try this at home okay.  suppose dah masuk 7 bulan tu, siap dah semua.  tinggal rehat je cukup cukup.  jgn jadi macam aku.  baru nk beli barang barang, baru nk mendobi.

balik dari mydin, singgah jap yong fong. kedai yg pernah aku cite dulu.  gila.....benci lagi sekali harini...kedai tu dah mahal.  benci benci benci.  aku baru nk booking medela fs.  pastu dah naik harga rm100.  ah tak kira, dulu murah rm100.  berapa bulan je dah naik harga.  terus terfikir nk beli tempat lain...online ke..nyampesss tau....* tu pun berkira...

haha mestilah. bulan depan dapat backdated salary.  nk beli bouncer, nk beli barang yg mahal mahal.  so boleh saving sikit untuk beli fs.

ah menyampah kuasa 4!!!

balik rumah, tiba tiba tenaga datang nk mendobi.  haha.  alhamdulillah ada kudrat nk tunaikan tanggungjawab yg satu ni.  kalau tak, memang aku melepet sebab symptom mabuk mabuk macam first trimester dah kembali menyerang.  menci lagi sekali!!

nampak baju macam dah banyak.  tp bila basuh...eh ni je??  18 pasang jewww??  ish tak cukup ni...kena beli lagi ni....ni pun bukan semua aku beli newborn saiz.  aku beli pelbagai saiz.  sebab tau rugi nanti baby cepat besar kan.

dah macam rumah indon dah.  pasang tali tu ikat kt tingkap, ng pintu almari mak.  hahahaha.  kucing kucing aku kemain jakun.  asal datang hall je, tengok baju baju ni.

tengok tengok...sikit je kan.  kena bodek papa dia ni nk kena belikan lagi baju.  sian anak....papa nya kemain banyak baju sampai tak bukak lagi dari plastik....hew hew hew.


basuh baju 2 trip sebab asingkan baju putih dan baju berwarna.  kang nangis tak berlagu mama tengok baju bertompok tompok.

btw, aku guna sabun basuh baju baby brand cosway.  mangiiiiiiiiiiiiiiiiii.....

eh mama basuh handwash okay.  haha dalam 18 pasang baju tu, bersyukur gak.  kalau berpuluh puluh pasang, takdelah kudrat nk handwash kan...

ni pun baru basuh baju.  towel, mitten & botties, barut, bedung, selimut semua belum basuh lagi.  next trip.
* papa's turn....



nak tengok tak budak nakal kacau ampaian kakak???



tengok!!!!!!!!!!!!!!!!  dia naik atas almari tu semata mata nk capai tali tu.  geram je tengok!!!  rasa nk gigit gigit tangan tu tau tak...

''adik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!''

terkejut anak aku dengar aku jerit.  haha...



terus dia tarik tangan dia....buat buat jilat...phewwww.....geram lagi....


kaboy tu pun nk join sebenarnya.  tp tangan aku dah standby nk menjentik.  dorang kalau dengar bunyi jentik ni pun terkemut kemut muka.  hahaha.


hikmah lagi satu baju ada 18 pasang je....aku dah selamat melipat, susun elok elok.  kalau berpuluh puluh....mesti aku campak je dalam bakul.  tah bila nk lipat.  kannn???
tinggal nk beli diapers bag, then sumbat baju tu dalam bag tu letak dalam kereta.  nurse dah pesan standby bag dalam kereta.  baekkk....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails