:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, June 23, 2012

umar raihan : nama

assalamualaikum



tak tau nk start dari mana.  oleh itu, marilah kita cerita serba sedikit pasal nama ni.

masa mengandung, sampai gaduh laki bini nk cari nama yg best best utk anak.  haha.  last last suami aku tak ambik port pun pasal nama ni.  yg dia selalu cakap dengan aku ''masa tu u tengah berpantang, so tugas i pergi ke JPN daftar nama anak.  hahahahhahaha''.  maksudnya ko pilihlah nama apa pun, dia sebagai ayah yg menentukan.  dengki kan.

aku memang suka dengan nama UMAR.  that y dulu dulu selalu cakap kt blog BABY U kan..  so nama tu dah reserve.

tp hari demi hari, belek buku nama hari hari.  siap pergi bookstore nk cari nama anak yg best, nama umar tu macam dilupakan.  laki aku pun macam biasalah, diam je tak bagi kerjasama.  

- muhammad umar aisy
- muhammad naqib
- muhammad hasif 

last last masa anak dah keluar hari tu, barulah suami aku tu mainkan peranan dia yg terunggul sebagai bapa, cari nama anak.  tak sangka pulak, nama UMAR pilihan dia sebab dulu dia macam tak setuju kan.  tu lah, lain kali fikir diam tak semestinya tak setuju.  

ayah mertua dah pesan masa aku mengandung dulu, buat solat istikarah pilih nama anak.  then kalau boleh, dia akan forward nama nama pilihan tu pada kenalan dia which is seorang alim ulamak.  

seingat aku, masa dalam labour room suami bawak kt aku buku nama nama islam tu.  kelas kan siap beli buku baru.  padahal kt rumah tu ada satu buku.  pastu siaplah handphone aku berdering dering suami call tanya okay tak nama tu, nama ni.  

malam yg aku still kt labour room, suami buat solat istikarah.  terpetik dua nama pilihan kami iaitu:

- muhammad umar abhar
- muhammad umar raihan

last suami petik untuk finalized adalah umar abhar.

umar abhar memang dah jadi shortlisted masa mengandung lagi.  

umar - yg memakmukan
abhar - yg gemilang / gemerlapan

umar raihan tu dipilih masa aku kt LR lah.  

raihan - yang wangi

2 nama tu, diforwardkan pada kawan ayah mertua aku.  kita panggil org alim tersebut sheikh solah [SS].  SS kata 2 nama tu elok.  tp yg menjadi pilihan dia umar raihan.

suami pun inform kt aku.  masa tu aku dah kt ward dah.  dah bermalam pun dengan umar raihan.  bincang bincang bincang, kami pun setuju dengan nama umar raihan.  alasan aku, masa 1st night dengan umar raihan, aku tukarkan diapers dia.  taik dia pun bau wangi!!!  so aku pilih raihan.  hahaha.  tah apa apa alasan.

keluar ward hari khamis, pagi jumaat suami aku dah pergi JPN buat surat beranak anak.  nasib baik JPN ada depan rumah je.

first time tengok surat beranak tulis nama anak, siap nama aku atas tu, bergenang air mata ni wey.  lagi sedih masa tu kt KK sebab nk cucuk amik darah [jaundice].  

maka itulah dia cerita masa nk pilih nama anak.  

kawan kawan aku tanya, nk panggil umar ke raihan.  aku jawab terpulang.  tp aku panggil dia umar raihan terus.  kalau dia gigit nenen aku, aku jerit je ''anak!!!!!!!!!!!!!!!!!''.  hahahaha

selesai tanggungjawab kami sebagai ibu bapa untuk memberikan nama yg baik utk zuriat kami.

semoga muhammad umar raihan menjadi setabah dan sekuat khalifah umar al khattab ye sayang.  

mama sayang umar raihan.  walaupun umar raihan masam, tapi tetap wangi di hidung mama.




Saturday, June 16, 2012

dah bersalin dah....

assalamualaikum

alhamdulillah, akibat dari highBP hari tu, aku dah pun selamat beranak!!  terel tak terel tak?

anak selamat dilahirkan secara c-zer pada minggu ke 37 tarikh 12 June 2012 jam 12.40 am.  dah di induced sebanyak 3 kali, tapi jalan tak bukak plus baby pun time tu belum engaged lagi, so that y kena c-zer terus.  wuuuu....membenarkan diri dibedah adalah perkara paling susah aku nk buat keputusan.  tapi, demi anak, borang tu ku sain juga dengan kebenaran, kerelaan suami.

anak adalah hero.

tp hero paling utama adalah suami.  dia yg bersengkang mata, bersusah payah masa aku dalam LR, tak tido malam, control macho masa aku tengah tengah sakit dan paling utama paling banyak buat kerja masa aku berpantang ni.  ya Allah, betapa aku bersyukur kau mengurniakan aku dia sebagai suami.  bersungut penat tu biasalah.  dengan tak tidur malam, buat itu buat ini, temankan aku jaga anak.  sedih kalau tengok keadaan dia sekarang ni.

nanti lah cite pasal pengalaman bersalin, semua tu ye.  sekarang tengah susah hati.

anak aku masuk nursery.  sebab jaundice.  so banyak masa berendam air mata rindukan anak, pam susu utk dibekalkan kt nursery.  alhamdulillah, murah rezeki anak, susu pun banyak.  sampai mak aku pun tak sangka susu aku banyak.

nama anak?

muhammad umar raihan bin muhammad najib
dob - 12 june 2012 at 1240
pob - hospital besar melaka

okay sambung nanti.  boboi.....................

Friday, June 8, 2012

BP naik tinggi

assalamualaikum

hari tu check up, siap check BP 2, 3 kali.  2 kali dengan nurse, sekali dengan doktor rina.  tiga tiga tu failed.  bacaan tinggil

BP - blood pressure.

haih...benci tau.  dah hujung hujung pulak ni.

doktor rina kata kena monitor BP tu selalu.  kalau tinggi sangat, maybe kena masuk ward, rehat dalam ward, then tak boleh tunggu sampai EDD.  kena induced!!! perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

aku perasan, BP tu jadi tak normal lepas accident hari tu.  first time nurse check BP masa kt ward, nurse kata tinggi.  lepas tu okay dah sampai discharged.  tp sekarang tinggi balik.

okay, nk kata family history, maybe kot. mak aku mmg HighBP.  tp dah kena hujung hujung ni macam tak logic je kan.  ni mesti sebab accident hari tu..musti musti musti!!!

sampai office, mesti aku tertengok kt parking lot, then terbayangkan si BUJANG aku ada kt situ.  pastu bergenang air mata.  haha.  dramanya.

jadi, lepas balik check up dengan doktor rina itu hari, dia suruh aku pergi klinik 2 hari sekali.   check BP.   okay aku dah pergi.  pergi klinik pelajar je.  kata kerja kt IPTA kan. mudah bukan???  =)

hari first, memang tinggi gila.  siap tangan aku kebas gemuk gila lepas kena pam tu.  merah gila okay.
hari kedua, sedang sedang tapi still dalam stage yg tinggi.
hari ketiga, aku tak pergi!! hahahahaha.

ya Allah...etty...kenapa degil sangat ni...???

okay, esok pergi panel.  boleh scan then tau berat anak berapa.  sebab aku rasa anak aku macam dah 3kg lebih je.  aku dah makin berat nk bawak perut.  haha.

bye.

Saturday, June 2, 2012

36 weeks

assalamualaikum



alhamdulillah...

genap 9 bulan dah.  baby dah boleh keluar anytime.  tp hati ni gundah gulana jugak.  nk dia lahir sekarang, sebab tak sabar nk tengok anak sendiri, tp sekejap tak mau dia lahir sekarang.  nanti rindu dia dalam perut.  haish....

tp mengenangkan diri ni dah tak larat nk membawa badan, dan untuk kurangkan mengeluh sakit itu ini, baik jugak dia keluar sekarang.  hew hew hew.

tu jelah nk update.

rasa nk ceritakan sesuatu, kecelakaan yg menimpa, pengalaman warded, pengalaman kena buat vagina examination, pengalaman itu ini.  tapi nanti nantilah.  hilangkan trauma dulu.

cuma aku bersyukur, Allah melindungi aku dan anak.  Allah masih bagi peluang kali kedua untuk aku BERNAFAS...

ALHAMDULILLAH.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails