:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, July 31, 2012

accident at 36 weeks of pregnancy.

assalamualaikum

baru beli card reader, so dah transfer gambar dari HP then baru boleh cerita macam macam kan.  terutama pasal accident ni.  hehe...

tu pun terfikir nk cerita sebab vee [sakura] tanya mana pergi kereta aku...

eh aku ada 2 orang kawan nama vee...

vee sakura
vee lara

hihi....

kejadian 30.5.2012 jam 745

seingat aku, time tu smooth je perjalanan aku ke durian tunggal.  sampai ke traffic light durian tunggal pun awal dari kebiasaan.  so aku rasa mmg aku tak bawak laju.  tah lah aku pun tak ingat bape km/j aku bawak time tu.

lepas je satu lagi traffic light, aku kt lane laju [2 lane je].  depan aku ada lori kepala merah.  lori tu lembap, so aku pergi ke lane kiri potong.  depan sket ada trailer panjang. so aku ke lane laju lagi sekali, kira aku depan lori merah lah kan.  bawak bawak bawak, tiba tiba aku  nampak ada benda melayang.  lepas je mata aku pandang benda melayang tu, dengar sreeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt
booooooooooooooooommm
bammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm bammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

yang aku..........................ALLAH ALLAH ALLAH....

hai lah, teringat ingat lagi sampai sekarang...

depan kereta dah berasap asap.  aku dah tak fkir apa, kecuali...HIDUP LAGI KE AKU NI????
tangan aku betul betul tahan stereng.  alhamdulillah, teringat lagi pada perut, so tangan tu yg halang aku dari tersembam ke depan.

alhamdulillah, aku adalah si pemakan seat belt yg tegar...

mulut memang tak henti henti ucap ALLAH ALLAH ALLAH.  nk menangis tp tak menangis.  lebih pada takut.

pastu ada lori askar benti sebelah aku..''dik keluar dik, kereta adik ni berasap.  cepat keluar''

''saya tak boleh nk keluar, saya mengandung..tolong bang...perut saya sakit''
lebih kurang camtu lah ayat aku.  sebab masa tu pegang perut, pegang bawah takut berair ke apa kan.  tp perut memang sakit sangat masa tu..risau kan anak melebihi segalanya...

pastu tak silap, 2 orang askar turun dari lori, tolong aku keluar dari kereta.  sempat lagi dorang suh aku amik beg, call husband.  abang abang askar tu pun papah aku sampai ke tepi jalan.  yelah time tu terus jammed teruk kot.

sampai tepi jalan, terus call husband.

''by, i accident''
''haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!  teruk ke?  kt mana?  u okay tak?''
''i okay je, tp kereta tak okay''
''takpe, lagi 20 minit i sampai.  u dok tepi tau''

pastu tak tau nk call sapa, call kak linda [officemate - go to her blog mdmlala.blogspot.com]

bla bla bla...tah aku pun lupa apa aku cakap.

pastu sms bos.

lepas tu kak linda call ke sms tah bgtau nk datang.  aku pun tunggulah dia datang sebelum suami aku datang.

nampak je muka kak linda, terus aku rasa tenang sikit.  sebab sebelum tu mmg aku rasa tak keruan.  tak taulah nk cakap camne rasa tu.

lama jugak kak linda temankan aku.  barulah nampak suami aku.  betul cakap dia 20 minit.  take time sebab dia dah sampai rembau.  gila rembau melaka 20 minit.  laju kooooooooooooooottt..

nampak je suami aku turun kereta dia, terus aku menangis.  nk peluk dia sebenarnya, tp tiba tiba segan kt kak linda.  wakakakakakaka [kak, ko baca ni mesti ko gelakkan aku kan...]
suami aku pn cakap, mula mula memang nk peluk aku tp segan ng kawan aku [kak linda lettewww]
cetttt dah kawin pun nk segan kan....

kak linda balik, suami suruh aku rehat kt dalam kereta.

baby????????????

time tu dia tak gerak!!!!! puaslah aku pujuk dia.  jangan takutkan mama baby.  please gerak...
sedihhh....
call klinik panel tak berangkat.  yelah awal lagi...berdoa je time tu sambil sms ng syima.

tunggu polis datang baru ktorg gerak ke klnik panel.  time tu pun dah pukul 9 am.  check scan, first thing aku nk tengok jantung dia.  alhamdulillah....cuma masa tu dia pun terkejut kot, terus tido.  haha.  kt belly, lebam merah.  perit sangat rasa.  dada pun sama.

lebam sebab terhentak seat belt.

doktor cakap, nasib baik awak pakai seat belt kalau tak, perut terhentak stereng, uri awak boleh pecah tau. tak taulah baby akan selamat ke tak...

alhamdulillah...

doktor buat referral letter admit untuk pantau movement & jantung baby.

kemudian kami ke balai polis pulak buat report.

masa kt balai polis barulah tau kemalangan tu melibatkan banyak kereta.  seingat aku 7 kereta tapi kereta depan sekali lari, so 6 kereta lah.  dan punca adalah 1 motor.  kereta aku yg paling hujung yakni belakang sekali.

dalam balai polis, semua yg terlibat ada.  masing masing lah risau, tanya keadaan aku.  even kereta depan aku.  aunty ng uncle naik kete peagout [camne tah eja].  punyalah dorang risau kt aku kan...nasib baik tak marah kenapa aku langgar kereta dorang.  wakakakaka...

dan dalam tu jugak baru aku sedar, dada aku sangat sakit...bila aku bangun dari kerusi, yaAllah...sakitnya dada...rasa mcm tercucuk tulang temulang jeee....

balik buat report, balik rumah.  kemas beg nk masuk hospital.  rehat rehat kejap.  tenangkan hati.  tp mana lah boleh tenang kan.  aku menangis semahu mahunya.  aku menangis sebab aku kenangkan kereta aku sebenarnya.  hahahaha.  aku jenguk dari tingkap umah ke parking kereta, aku menangis lagi....aku tak fikir pasal aku pun, tp memang aku menangis sebab kereta.  aku sedih kereta aku eksiden!
sampai suami aku risau kenapa aku beria nangis pasal kereta kan....

pergi hospital, terus ke labor room.  buat ctg, seluk bagai confirm kena admit.  first time rasa seluk, not bad. haha.
maka bermalamlah kt ward 1 malam.  alhamdulillah, movement & jantung baby okay.  so esok nya dah boleh keluar dah..cuma kena tengok aku punya bp.  ada sedikit naik.  maybe nervous dan trauma.

balik hospital terus pergi perodua servis nk amik beberapa barang kt kereta. tau tak, sekali lagi aku menangis bagai nk rak bila pandang kereta.  lagi lagi suami aku cakap ''kereta tu sayang kt u, tu sebab dia sanggup korbankan diri dia demi melindungi u dan anak''.  haha dengar ayat dia camtu, takke engkau sedih.  menangis kung kung kung....sedih gila ni.  mcm lah aku berskandal dengan kereta kan...

balik rumah, sekali lagi tengok parking lot, menangis lagi.

kiranya episod menangis ni lebih kurang seminggu lah.  even aku dah masuk office, tengok parking lot kt office, sedih jeee...

result repair kereta, perodua declare total lost untuk kereta bujang ku...[plat kereta BJG, so kawan kawan office panggil kereta aku BUJANG jeew].

harga market kelisa sekarang dalam rm18k.  hutang kt bank ada rm17k.  so aku dapat rm1k je dalam tangan.

ah memang sedihlah kenang balik kejadian ni...kereta ni memang dah ada eksiden kt belakang dengan owner lama, so mmg ktorg harap boleh total lost sbb kereta tu memang dah tak selamat nk diguna.  walaupun aku sedih nk lepaskan bujang pergi.  ewah.


tu dia dak bujang aku....langgar peagout, memangle kemek kereta aku kan...peagot tu rilex je boleh drive lagi ke balai polis.  kete aku siap towing bagai.  hai lai kereta malaysia....

tapi pasni amik kereta malaysia gak rasanya.  hahahaha.


ni 4 biji kereta yg terlibat.  dua lagi kt depan waja ng apa tah...


sobsssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss....

bujang, kakak rindu bujang........sampai sekarang kakak rindu bujang.  terima kasih sebab bawak kakak kemana mana yg kakak nk pergi.  dan bak kata abang, terima kasih sebab sanggup berkorban melindungi kakak & baby.  kakak sayangkan bujang sampai bila bila....tengok dah mcm scandal terlarang dengan kereta sendiri kan...haha.


ctg terakhir sebelum discharged.
boring buat ctg....

first time kena drip bagai.   ingat aku suka??????????


simpan buat kenangan....


36 weeks of pregnant.  dah cukup masa dah nk beranak.  tp time ni belum beranak lagi.  gila lah kembang semangkuk aku time ni.  baru lepas menangis tengok  bujang...


so itulah dia cerita di sebalik kejadian accident.  mula mula taknak cite, tp takpelah.  kenang kenangan....

hati hati di jalan raya....

aku bersyukur masih lagi diberi peluang bernafas di bumi Allah.
aku bersyukur masih lagi diberi peluang bersama suami aku.
aku bersyukur anak aku selamat...umar raihan selamat dilahirkan pada minggu ke 37.  seminggu lepas kejadian.
aku bersyukur ya Allah.............................


umar raihan : appointment paed, stroller baru

assalamualaikum

semalam 30.7.2012, jumpa paed lagi follow up umar raihan dan prolonged jaundice nya...

alhamdulillah...reading dah turun 7.  senang nya hati.  lagi senang hati kalau reading 7 tu masa awal awal hari tu.  since prolonged jaundice, bacaan yg diperlukan untuk declare yg free jaundice adalah bawah 5.  so lagi 2 minggu kena amik darah lagi dan jumpa paed.  next appointment tak tau bila sebab semalam ayah dia yg buat appointment.  kena ikut jadual dia lah kan...mama takde kete dah...

semalam timbang, umar raihan dah 4.1kg.  2 minggu lepas iaitu timbang umur sebulan 3.5kg.  adehh aku punya risau dia tak gain weight sbb kerap sangat muntah susu.  lepas burp pun muntah gak.  kalau muak tu kan mcam normal.  tp ni muntah.  sekali banyakkkkkkkkkkkk susu tu keluar balik.

semalam cerita lah dengan paed, tanya normal ke dia muntah susu balik.  bila paed tengok berat naik okay, dia kta normal lah.  kadang kadang mcm tamak.  nk tido, at the same time mulut nk menyonyot gak.  overdose minum.  so tu yg muntah.  alahai anak..

masa timbang tu, adalah jumpa sorang akak ni.  akak ni sebenarnya ktorg kenal masa kt KK amik darah awal awal dlu.  jodoh kuat sangat [nasib baik anak laki, kalau girl, mama dah booking untuk umar tau], asyik jumpa jelah kt GH tu.  pastu tengok anak dia semangat betul.  padahal umar lagi tua bape hari.  tanya dia bape kilo, akak tu jawab 5kg +.  pastu aku sentap.  asal anak aku kecik jeee....???????  mcm tak cukup susu je..hahaha..gila nk emo kenapa.

pastu duduk susukan umar tetiba otak berfikir...''bagus gak umar ni ringan.  tak lah aku sakit tangan nk dukung kan.''...hahahaha...
lagipun mungkin Allah dah tetapkan, bila anak slim, mak pun kena slim..ewahhhhh..!!

balik hospital, pergi jusco.  eh weols dh habis pantang leww...so bolehlah jalan jalan kan...plan nk cari seluar jeans ayah dia.  seluar raya kononnya.  mama nya pun nk cari seluar lain. seluar sebelum mengandung tak muat.  haha...nk pakai seluar maternity, tak stylo lah kan....sekarang kena jadi hot mama...

sampai je jusco, cari nursing room dulu.  walaupun boleh NIP [nursing in public], masuk gak NR sebab penat dukung budak 4 kg ni...sambil tu boleh minum seteguk dua. eh???  haha...

lalu tempat stroller.  konon nk tengok tengok je.  sekali terbeli lahhh...

mula mula tau dapat bonus nanti, ingat nk beli stroller idaman hati iaitu quinny.  tapi fikir balik...mama kena cari kereta baru, banyak duit nk pakai nak.  so mama tak jadi nk belikan quinny.  nanti pinjam adik punya ye..hahahaha...so kitaorang pun bersetuju dan lega dah dapat stroller untuk umar raihan...

iaitu....

beli terus letak umar raihan dalam tu...wahhh menarik.  ringan gila.  sama macam quinny...beza ng quinny sebab bulky tu je.  takpelah.  rezeki umar raihan kan...

cari jeans ayah...tak jumpa pun yg kenan.  time aku nk cari seluar, ayah dia tolak tolak anak guna stroller baru.  gedik je tengok...
cari cari seluar, tiba tiba dengar suara anak nangis.  alahai...terus tak jadi cari seluar.  nk cari kerusi nk susukan dia. well hari tu pakai kemeja button biasa je.  boleh lah NIP mana mana kan..
tengah ayah dia cari roti, aku pun duduk lah atas kerusi selak mana yg patut.  mula mula elok je dia menyusu.  sekali tu, peel dia datang daaaa.....

umar raihan ni ada sket peel kalau dia mengantuk sangat.  dia akan menangis, tolak tolak badan time menyusu.  dia akan keluar masuk kan kesayangan dia pastu mengamuk macam tak dapat susu.  sampaikan mak aku cakap susu aku takde. sentap owhhh....tp bila mengamuk camtu, tau lah dia nk tido dah...so bukan masalah takde susu sebab susu memang ada.  dia saja berpeel camtu...

bila dah peel camtu datang, apa lagi, gelabah lah aku.  sbab aku akan berperang ng dia nk masukkan kesayangan tu kan. ingat senang kt public???  last last aku dukung dia sambil dia nanges nanges tu ajak ayah dia balik terus.  ayah dia nk tengok pepsi murah pun tak jadi.  dalam kereta, haaa selaklah sepuasnya.  rengek rengek macam biasa, dah penat terus tido.

alahai...................

last last, jeans ayah ke mana, seluar baru mama tah ke mana....

pepsi murah ke mana.  hahahahhahahah.....



mana budak 4 kilo ni...............???

ni dia.............!!!!



aummmmmmmmmmmmmmm ni makan dia!!!!

Thursday, July 26, 2012

umar raihan : cukup 44 hari berpantang

assalamualaikum

yahoooo....cukup dah 44 hari...tak tau camne nk raikan kemerdekaan ni sebab gemuk lagi...sobsss....tak tau berapa kg skrg.  suppose semalam ada check up ng pakar pasal high blood aku ni.  pakar akan tentukan aku high BP masa pregnant je ke atau sampai bila bila ada high BP ikut mak aku.  tp aku tak pergi.  malas kot reason dia.  hehe...

tapi harini kena pergi jugak ke GH tu.  almaklumlah rumah kedua yg jarang jarang dikunjungi.  hehe.  harini sebab nk amik darah si umar raihan tu.  yelah dia kan kena breastmilk prolonged jaundice.  so memang akan follow up.  kalau dulu seminggu sekali, sekarang 2 minggu sekali.  so next week jumpa paed, paed akan decide pulak berapa kerap nk jumpa lagi.  maybe sebulan sekali, maybe dua bulan sekali.  tapi kalau kena prolonged jaundice, tak salah sampai setahun kot kena refer paed.

begitulah takutnya kita pada jaundice.  jangan main main.

masa kt paed dept. seperti biasa, masuk ke bilik 9.  sebelah aku india.  dia tanya baby kecik pun kena inject ke.  aku yelah kan jelah, then tanya u kenapa???  sekali tu nurse yg biasa amik darah umar raihan suh aku masuk bilik nurse.  umar raihan dah rengek rengek.  sumbatkan jelah kesayangan dia tu kan sampai tertido.  agak lama kemudian, nurse panggil.  waaa sian umar raihan.  kena kejut tido dia. pastu nurse pun cakap, india tadi tu anak beranak kena TIBI..!!!  masya Allah....takut aku...dah lah gap tak berapa jauh dengan dia. Ya Allah lindungi kami dari penyakit berjangkit mu Ya Allah....

teriak kemain umar raihan.  oh yea, sebab dah biasa anak kena cucuk amik darah, aku dah okay dah.  kalau dulu memang lah ikut teriak sekali.  tp sekarang dah okay even jauh di sudut hati, biarlah mama yg take over tempat anak....cetttt cakap lebih, mama lagi takut dengan jarum.  haha.

selesai, pergi ke kereta, cerita dengan suami pasal india tu. sekali aku lak kena marah asal duduk dekat dia.  aikkkkkkkkkkkkk....aku tau ke....??????????
sabar jelah nokkkk....da lah tangan umar raihan berdarah darah time tu...haishhh...memang sabar tinggi aku sekarang ni......hahahahahahha...

lepas tu bergerak kami anak beranak ke tempat kerja aku.  sebab nk anta slip bersalin dan mc.  mula mula plan nk bawak umar raihan naik atas.  tp fikir balik, hahahahahah office aku tu berhantu.  so tak payah bawak.  pastu kawan kawan aku meroyan asal aku tak bawak anak naik atas.  kahkahkah..saja nk simpan anak...

pastu semua lah cakap aku kurus bagai.  hoiii memang lah..dulu aku boyot....tak tahan si raja tu, kata aku makin lemah lembut.  hahahaha...andai lah kau tau raja, perut aku ni dibelah..kalau aku tengking ko, terburai perut aku kang..kahkahkah...

rasa cam best nk masuk kerja jumpa kawan kawan...tp bila fikir rindu anak, haissshhh camne ek...haha...

tu jer cerita kosong sempena memperingati hari terakhir berpantang.

kita jumpa lagi 2 tahun ye berpantang.  bahaya kalau jumpa next year.  hahaha....


Monday, July 23, 2012

umar raihan : anak ayah

assalamualaikum

tadi petang, dari pukul 3 umar raihan tak tido.  eh sebenarnya memang hari hari camtu pun.  dia tahan mata sampai kul 5 - 5.30 pm, then time tu lah nk tido.  pastu kul 6 nenek dia dah balik, its time to shower!!!!!  dah kena kejutkan.  pastu amukan lah kan.  so mcm kesian sangat sangat.  dah lah time tu memang nyenyak gila tido.  jeritlah camne pun, tetap tabah mentido.

so hari hari waktu camtu, aku akan berdondang sayang, berzikir nk tidokan dia.  well, berjayalah jugak kan. tido atas riba aku sambil dipeluk mesra sang mama.  letak atas tilam, behave dalam 5 minit je.  pastu ekkk ekkkkk....tepuk tepuk...cakkkkk terbukak mata!!!  dang....mama nk tido pun tak berjaya.  angkat, netekkan sambil tepuk bontot, bernyanyilah dengan selawat, tidolah umar raihan balik.  letak atas tilam, kemudian jadi balik perkara erkkk erkkkkk erkkkk....mama terus telangkupkan anaknya.  haha bunyi mcm ganas.  maksudnya angkat lalu tidokan akan secara meniarap lah.  tepuk bontot.  dengan gaya ni, syok sket nk menepuk kan.  yeayyy umar raihan tido...lama sket..

tak berapa lama lah..setengah jam jewwwww.....

mama pun masa tu baru nk start mimpi.  erkkk ekkkk ekkkkkk...tepuk tepuk tak mau gak.  terus lah melalak nk kena angkat.  lepas tu terus segar mata sepet umar raihan.

hai lah anak.  mama pulak yg mengantuk.

tapi harini, dah pukul 5++ pun still tahan mata.  sambil tu cakap, kang nenek balik kan dah kena mandi.  masa tu lah anak dah start tido.  mama kesian kt umar raihan.  tido ye nak....pok pok pok....

yeay...tido!!!!!!!!

nenek pun balik....umar raihan!!!!!!!  sambil nenek kacau kacau.  boo layan.  umar raihan lagi suka tido...haha.  tp dalam hati mama, sentap jeeew ng nenek.  penat tau mama tidokan umar raihan, senang senang je nenek nk bangunkan dia...sobssss....

nenek dah sediakan air panas.  so mama pun terpaksa lah kejutkan umar raihan.  usik sana sini.  uweeekkk gak lah umar raihan.  sian dia...

selalunya time mandi ng nenek, dia senyap je.  tp harini lain macam.  tiba tiba je mengamuk.  nenek ingat pedih matanya terkena syampu.  haha.

tiba tiba ayah dia call.  ayah tanya mana balai polis dekat dengan tesco cheng.  laaa hai manalah aku tau kan.  aku suggest balai polis yg dekat ng umah ni je.  hehe.  tanyalah kenapa.  ayah dia jawab ''nk buat report ni ha..i accident''

allahuakhbar...tersentap mama umar raihan dengar....

alhamdulillah...tak lah teruk sgt.  kena langgar dengan motor je.  alhamdulillah...

lepas cakap ng mak, mak cakap ''patutlah dia tido pun tak nyenyak, asyik merengek je.  dia rasa kot apa yg jadi kt ayah dia''.

mungkin betul, sebab dia terus merengek selagi ayah dia takde depan mata.  ayah dia sampai lagi 5 minit nk berbuka, time tu lah dia baru nk tido. ayah dah solat, dah makan pegang pegang kejap anak, barulah anak tu nk tido nyenyak.

ni ayah dia baru balik dari balai polis lagi sekali, baru lah nampak kepuasan si anak tido.  kalau tak, jarum jath atas lantai pun dia bangun walaupun dah dibedung.  hai lah...


berganti ganti accident kami sekeluarga.  mula mula mestilah aku sebelum beranak hari tu.  pastu abang ipar [along suami] pulak kt KL.  dah lah kereta baru beli belum cukup sebulan.  harini ayah umar raihan pulak.  nasib baik lah takde apa apa kecederaan.

masa tidokan umar raihan yg tengah nk menangis je, mama pun ikut menangis kenangkan kalaulah apa apa jadi kt ayah dia, laaaa haaaiii...sedihlah....


mama sayang dua dua.....


ya Allah kau lindungilah kami sekeluarga dari bala bencana dan kecelakaan ya Allah...peliharalah diri kami selalu ya Allah....


Friday, July 20, 2012

umar raihan : sebulan check up

assalamualaikum

umar raihan dah sebulan lebih dah.  hehe mama dia lupa nk buat entry khas sebulan.  busy apa pun tak tahulah....
lepas tu mestilah lupa kejadian sebulan tu.  wakakakakkaka...blur nk taip apa...

berat:  3.5 kg [berat lahir: 2.5kg] - bagus anak...minum banyak banyak tapi jangan muntah je tau...
panjang:  mama lupewww lewww...kui kui kui....

first jab pun, alahai...atas pangku mama pulak tu.  mau hati tak meruntun tengok dia nangis...rasa nk tepis je tangan nurse tu.  dia punya melalak, alahai.  tp bila jarum tu keluar je, stop terus nangis.  since umar raihan dah ada air mata, sayu okayyyy bila tengok air mata dia...[newborn takde air mata, umur berapa tah dia ada, boleh gugel]

at first nurse kt KK peringgit tu macam tak yakin umar raihan boleh amik jab.  sebab ada jaundice lagi.  tp bila jumpa doktor, doktor kata okay, so boleh proceed.  hehe aku pergi KK peringgit instead of pergi KD sebab malas nk dengar nurse KD tu cakap pasal jaundice anak aku.  kahkahkah.  tp lepas ni mestilah kena refer KD je sebab kt situ takde ramai org kan.

selain umar raihan, mama pun kena check gak.

urine okay, HB - 14 okay.  time pregnant nk cecah 12 pun payah....
nurse check jahitan czer.  seriau makkkk dia tekan tekan perut.  pastu aku tanyalah perut saya ni still rasa kebas, memang camtu ke..nurse cakap ''a'ah.  6 bulan pun tak confirm hilang rasa tu''.
WHAT????????????  huhu...so bila rasa tu akan hilang???
dia tekan peranakan, aku tak taulah apa keputusannya.  haha.  kenapa aku tak tanya eh, dia dah balik ke sarang ke belum.  hehe....

masa kt KK ni, mencabar okay.  umar raihan melalak lalak nk menyusu.  time tu pulak suami aku pergi Q amik ubat mak aku.  aku memang dah terel nursing in public [NIP].  aku selak jelah, tp cari tempat tersorok sket.  asal aku selak, umar raihan start cari ''kesayangan'' dia, nurse dah panggil.  alahai....sian anak aku.  tak mo dia lepas, dah terpaksa aku kendong sambil dia nyonyot.  hahaha kelakar okay.  tak taulah org lain perasan ke tak.  hihi....

so far, perkembangan umar raihan ikut track lah.  dia dah boleh nampak sket sket.  kalau main main mata, dia dah boleh ikut pergerakan kita.  best main camtu.  tp tak best sebab kan dia dah kenal mama dia, kang mama dia enjut rocker dia tak mo tido, tp bila mak ngah dia enjut kemain cepat lena.  so dia memang tak mo tido kt rocker kalau aku yg enjut.
kalau time nk menyusu, memang akan melalak.  sampai org ingat aku tak reti jaga anak.  padahal gap nk selak baju bagai.  hai lah anak.
pastu dah dapat je ''kesayangan'', membebel okay.  haha kelakar.
pastu tangan kadang kadang tolak B kasi adjust dalam mulut sendiri.  kadang kadang kalau lari tune, melalak sendiri.  tak faham padahal ''kesayangan'' dah dalam mulut tu.
pastu tangan pegang baju aku yg digulung gulung tu.
kaki memang dah kuat menendang.  kalau aku duduk kt atas sofa tepi sekali, kang dia tendang tendang lah bahagian tepi sofa ni.  paling sengsara mak aku lah time nk menuam, dok sepak sepak nenek dia.  haha.

macam tak percaya je anak dah besar, dah pandai buat macam macam...

jangan cepat sangat besar nak...nanti mama rindu umar raihan jadi baby.....

hoh....

alhamdulillah, umar raihan sihat sihat je walaupun prolonged jaundice.  since LFT [liver function test] & hearing test semua normal, aku tak risau lagi.  dugaan kecil je tu untuk kami suami isteri nk harungi ni sebagai ibu bapa.  insyaAllah hilanglah nanti jaundice tu.
dan walaupun umar raihan kena breastmilk jaundice, aku tak gelabah nk cari FM untuk dia.  masih menyusu badan walaupun susu badan ni buat dia kuning lama sangat.  takpelah nak, kita bertahan okay.  rezeki ni melimpah ruah untukmu....

FM adalah satu usaha nk turunkan jaundice kalau baby terkena breastmilk jaundice.  terpulang pada masing masing.  aku hampir give up gak nk bagi anak FM, tp lepas kena tarbiyah ng sorang doktor ni, aku makin semangat nk bagi dia susu aku....

alhamdulillah atas kurniaan ini Allah.......

kau sihatkanlah anak ku, lindungi lah dia selalu ya Allah....






gambar beberapa hari sebelum sebulan....

oh yea, aku sebagai mak pun tak tau nk belek muka anak aku ikut sapa.  yg pasti, mata ikut ayah dia, bibir jawa ikut aku.  yang lain...entah...sampai bergaduh kitaorang laki bini tentukan part ni ikut sapa, part tu ikut sapa.  hahahaha.

Wednesday, July 18, 2012

dah boleh bersin.

assalamualaikum

saja nk cite, hari ini dalam sejarah.

sejak bersalin 12 june, harini berjaya bersin.....

achuuuuuuuu...sopan je bunyi.  takut takut lagi...

kali kedua achhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhuuuummmmmmmmmmmmmmmm....

ah lega.......

ni lah rasanya bila kena belah hidup hidup.  amik masa sebulan lebih nk bersin.  kemain banyak kuman terkumpul kan...haha...

Monday, July 16, 2012

umar raihan : cukup bersyukur kah kita?

assalamualaikum

mula mula umar raihan lahir, hospital & KK ni dah jadi rumah kedua.  aku cekalkan, tabahkan je lah hati turun naik tangga rumah ni mengulang ke sana.  sampai sekarang lah boleh katakan walaupun tak sekerap dulu sbb paed kata tak payah ulang amik darah lagi.

dulu rasa macam jaundice ni dah kira paling berat lah dugaan ada anak kecik.  hari hari nangis.  lagi lagi bila umar raihan masuk nursery untuk phototheraphy.  sedih okay.  malam malam tido sorang, takde sapa nk hisap nenen, pandang bantal tilam dia confirm lah nangis.  siap suruh suami sorok barang barang umar raihan.  memang tak sanggup lah nk tengok semua tu.  hampir hampir kena meroyan tau tak.  bila bangun pagi pagi untuk pumping buat bekalan umar raihan kt nursery, kebetulan ada pulak tilam dia kt luar.  tu jelah jadi semangat.  dapatlah banyak sket kalau sambil pump, sambil cium bantal anak.  siap pump, tido peluk bantal anak.  esok pagi, mak aku ingat aku dah meroyan rindukan anak.  mak tak tau aku bangun untuk pumping.  

begitulah perasaan dah ada anak ni....

bila anak dah boleh discharged, ya Allah tuhan je tau perasaan tu camne.  luka yg sakit tiba tiba sihat.  siap volunteer kt suami nk jemput umar raihan.  tp yg pertama kali tu, masih baru, so mak tak bagi.  mak yg pergi.  yg kali kedua tu, dah sihat so aku dengan senang hati turun naik tangga nk jemput anak.  anak sampai je kt depan pintu, lepas je peluk dia, terus selak baju menetek kan dia.  sayang sangat kan.....[terus peluk umar raihan sekarang!!]

kali kedua umar raihan masuk ward kan aku dah sihat sikit.  aku stay kejap kt nursery tu, tunggu waktu feeding.  then aku boleh direct feed.  alahai, time tu jangan cakaplah perasaan tu camne bila tengok anak pakai diapers je dok bawah lampu panas.  nangis nangis dia tau.  nurse takde masa nk pujuk okay.  cukup time je, tinggggggggggggg aku amik dia dari lampu tu.  terkena dia tengah menangis, aku pun ikut menangis sambil gendong anak masuk dalam bilik menyusu.  susukan dia sambil kesat air mata.  sampai mak guard tu pun dok kesian tengok aku.  mak mak lain pun cmtu gak kot.

duduk dalam bilik menyusu yg ramai dengan mak mak yg macam aku, menunggu waktu menyusu, memang jumpa pelbagai ragam manusia lah kan.  pelbagai masalah anak kecil.  ingatkan jaundice tu dah teruk, rupanya ada lagi teruk...ya Allah...bersyukur nya aku waktu tu...dugaan aku ni kecil je sebenarnya.  ramai lagi dalam kesusahan.

macam macam masalah lah dorang ni kan, tp paling kesian aku kt sorang akak ni.  kental dan tabah okay.  tengah aku pump, dia masuk bilik menyusu anta stok.  dia tanya anak kenapa.  aku jawab kuning.  then aku tanya balik, akak anak sakit apa, kuning gak ke?? hahahah sebab ingatkan nursery tu penuh dengan anak kuning...hehe...
sekali akak tu jawab, ''jantung berlubang''........ALLAHUAKBAR........besarnya dugaanmu kak...tabah kau ye...
sambil letak stock ebm, sambil tu dia tengok susu aku.  ''banyak ke susu?''...''kalau direct feeding banyak kak, kalau pump kt rumah pun banyak.  tp bila kt sini, tahlah stress agaknya.  banyak gini lah'' sambil tunjuk susu yg tak seberapa meriah.  time tu, aku cuba gembirakan hati dengan harapan susu melimpah ruah untuk umar raihan.  tp GAGAL.  hati aku terlalu sedih, pedih kenangkan lagi berapa minit aku akan tinggalkan umar raihan bermalam kt hospital sorang sorang.  malam ni, dia takde apa nk dihisap melainkan menangis kelaparan dan nurse akan suapkan susu dengan gunakan sudu ke syringe ke....sedih...lalu pengeluaran susu pun kurang...

akak tu pun tunjukkan sambil lalu stok ebm dia dalam bekas dadih saiz kecil.  ''akak pun, macam macam dah makan, banyak ini jelah susu''...bila tengok susu dia, subhanallah..Allah maha besar...aku ingat aku je kekurangan susu, rupanya ada yang lagi kurang dari aku.  tapi akak tu tabah dan kuat.  sikit pun susu dia, dia tetap pump untuk dihantar ke anak.  sebak hati aku...aku kalau dapat sikit pun hampir give up, tapi tidak kakak tu...sambil tu, aku cadangkan kt dia minum horlicks.  dia pun cakap okay nanti akak try.  

dalam kereta bualkan hal ini dengan suami.

''yang i ingat anak kita je sakit paling teruk, rupanya ada lagi....td i jumpa akak tu anak dia sakit jantung berlubang.  macam manalah dia hadapi dugaan tu kan.  kita yg jaundice ni pun setengah nyawa nk hadap...''

tu contoh satu.

contoh dua.

umar raihan kena amik darah kt pakar kanak kanak hospital melaka.  buat ujian LFT [liver function test].  takut jaundice dia kena mengena dengan ketidakfungsian hati.  
nk masuk ke bilik amik darah, aku bertembung dengan seorang ibu.  anak dia dalam stroller.  comel anak dia.  putih melepak.  rupa macam ibu dia.  
keluar je dari bilik amik darah, nk balik, bertembung sekali lagi dengan anak beranak tu.  kalini sempat lah tengok betul betul rupa anak tu sbb aku rasa dia memang comel walaupun seimbas lalu je tengok. 
subhanallah...budak tu memang comel walaupun dia sumbing....indah sungguh ciptaan Allah SWT.

perbualan dalam kereta....

''ya Allah yang..kesiannya budak tadi.  kesian mak dia kan....''
''tu lah i nampak tadi...''
''i kan, kalau orang nampak anak kita kuning, i stress kalau orang tegur anak kita kuning.  tp camne lah mak dia tadi hadapi orang kan...''
''ingatkan kita lagi teruk, rupanya ada lagi susah dari kita...''

diam......................

contoh tiga.

kt paed, bermacam masalah anak.  anak sakit itu sakit ini.  dan buat aku fikir, ''ramai lagi yg lebih susah dari aku....bersyukur nya aku''

contoh tiga ni sebab aku nampak anak perempuan comel tu dengan rambut ikat tocang.  dari belakang macam kanak kanak normal.  rupanya dia sindrom down....

subhanllahh...masyaallah...allahuakbar.....

kecil je dugaan aku ni berbanding dengan orang lain.  dan aku bersyukur dengan dugaan ini...

umar raihan kena breastmilk jaundice.  [google lah sendiri]

sekali lagi, CUKUP BERSYUKUR KAH KITA SELAMA INI???


entry ni bukan mengaibkan sesiapa.  sekadar nk berkongsi pengalaman.......dan amik iktibar...

Tuesday, July 10, 2012

umar raihan : tali pusat

assalamualaikum

alkisahnya nk cerita pasal tali pusat ni, sebab nk bagitau kt m2b semua, jangan jadi macam aku.  terlalu berharap pada orang lain.  jadinya lambat sket tali pusat tu nk luruh.

umar raihan punya tali pusat luruh hari ke 10.  tu pun, hari ke 9 bawak dia pergi KK sebab nk amik TSB, then singgah KD sebab nk check up sekali.  nurse tu tanya ''tali pusat camne?''...sambil bukak baju anak aku.  dia check pastu marah ''laaa kenapa tak tanggal lagi ni.  dah hari ke 9 kan.  patutnya...bla bla bla''....maksudnya, patutnya dah luruh lama lah...

time dia check tu, keadaan tali pusat macam agak basah lah.  patutnya kan kita kena pastikan tempat tu sentiasa kering.

nurse tu pun dok bebel bebel cara handle tali pusat kt aku.

''akak kena bersihkan pusat ni tiap kali lepas mandi.  akak amik cotton bud, akak korek sket dalam tu, keluarkan darah kotor ke apa.  jangan biarkan dia basah kak.  nanti lambat luruh, dapat infection.  tu yg kuning lambat turun''...

aish aku dengar je dia cakap, jantung aku yg luruh tau tak???

''eiii saya tak pernah bersihkan pusat dia ni.  mak bidan, mak saya je yg uruskan.  saya tengok dia lap lap je dengan spirit tu''

''bukan lap lap je, kena korek sekali.  sini saya tunjukkan''...sambil tunjuk lah kan...

aku ''eiii tak sakit ke kalau korek korek tu???''  buat muka seriau sekali.

nurse ''akak, kalau akak takut dia sakit, sampai bila bila tak luruh tau tali pusat dia ni.  bahaya kan.  kita tak mau dia demam, dapat jangkitan dalam perut...bla bla bla''.

SAMPAI RUMAH

time suami aku masak, aku sibuk kerjakan pusat umar raihan.  dia pun sedap tido kan...sambil sambil tu, sms ng vee sakura tanya pasal nk handle tali pusat camne....

vee, terima kasih tau.  u always there when i need you!!!

aku pun dok korek korek tali pusat dia.  sekali keluarlah darah beku.  wahhh rasa macam best gila dapat keluarkan darah beku tu kan.  memang betul betul aku kerjakan lah...

ESOK PAGI.....

time nk tukar diapers tu, eh................mana tali pusat anak aku?????  dah tanggal ke...bila bukak bedung dia, terjatuh tali pusat yg kering tu kt lengan aku...

wahhhh masa tu bangga bangga....tali pusat anak aku dah tanggal lewwwww.....

dan terfikir, kenapalah aku serahkan urusan anak aku bulat bulat kt mak aku ke kt sapa sapa.  kenapalah aku tak uruskan sendiri.  kalau aku uruskan dari awal, tak lah selewat ni tali pusat dia luruh kan....apalah aku ni...sian anak tau...

so bakal mak mak, sila lah uruskan anak ye.  jangan jadi macam aku.  nasib baik dapat kesedaran awal gak, kalau lambat, terkena infection, sendiri yg menyesal.  jangan takut nk pegang tali pusat tu.  insyaAllah anak tak sakit.  gunakan cotton ball untuk ratakan spirit tu.  then gunakan cotton bud untuk bersihkan dalam dalam pusat tu.  insya Allah awal tanggal tali pusat.

dan masa pakaikan barut, make sure tak tutup pusat tu.  begitu jugak dengan diapers.  kalau aku, aku pakai petpet kan, dia memang khas utk penjagaan pusat.  design dia khas untuk tak tutup bahagian pusat tu.  JANGAN TINDIH TALI PUSAT TU...tu yg penting.

PUSAT KENA SELALU KERING....lap betul betul lepas mandi....

paling penting...please lah trust yourself as a mother!!!

hahahahhahahaha

selamat bersihkan tali pusat yawww...




umar raihan : berpantang

assalamualaikum

bila dah czer ni, pantang tak sama macam orang lain.  orang lain syok lah boleh pakai bengkung semua.  tu yg paling aku aim kot dulu.  bila dah dibelah belah perut ni, hampa je nk pakai bengkung kan.  sobsss....

aku keluar ward hari ketiga.  hari keempat, aku dah start berurut dengan mak bidan.  aku urut 5 hari.  mak bidan tu just urut belakang badan, kaki, tangan jelah.  memang best.  perut memang dia tak usik.  plus dia tolong pakaikan aku param ng pilis tu semua.  umar raihan pun dia tolong mandikan. sbb masa tu mak aku tak berani lagi nk handle newborn.  lagipun masuk dalam pakej sehari rm30 yg dia mandikan anak tu.

menu berpantang.  lepas discharged tu je makan halia, lada hitam.  lepas dah nurse datang umah tengok umar raihan kena jaundice, dia suruh aku stop makan tu semua.  so makanan adalah dari unsur bawang putih, bawang merah je.  source utama adalah ikan haruan.  dekat 2 minggu kot makan ikan haruan fresh.  bekalan tak pernah putus.  sebabkan ikan haruan ni jugak suami aku dapat kawan baru iaitu ''kakak ikan''.  tu yg dia save dalam handphone dia.

alkisahnya, tengah dia mencari breakfast kt kedai yg selalu ktorg pergi dulu, dia saja tanya kt akak ni.  ''akak  tau tak kot kot ada orang jual ikan haruan...bla bla bla''.  bla bla bla tu dia cakap lah bini dia baru pas beranak, czer bagai.  akak tu ''laaa adik nk ikan haruan ke, anak akak selalu memancing ikan haruan kt sungai.  bla bla bla''.  bla bla bla tu akak tu mintak nombor phone suami aku.  lepas tu dia balik rumah tengok ada stock tak dalam fridge.  alhamdulillah, rezeki aku hari tu ada sekor.  dia siap bekalkan kt suami aku perencah buat sup - bawang putih, merah, halia, serbuk lada putih, serbuk sup.  hahah comel okay akak ni.  malangnya mak masak hari tu, tak guna pun bahan bahan yg diberi.  sebab nurse dah pesan kan.

so, bila ''kakak ikan'' call, barulah aku makan ikan haruan balik.   sebab skrg dah stop makan ikan haruan.  aku tiba tiba naik muak makan tu je.  suami aku pun dah tak cari stok lagi.  tp kalau akak tu call, ktorg beli gak lah.  sebab akak tu jual rm5 je sekor.  murah gila dah lah besar.

dah stop ikan haruan, suami aku beli pulak ikan kerisi dan ikan ikan lain.  ikan yg tak gatal.  tp kan, bila dh biasa makan ikan haruan, pastu telan ikan lain, tiba tiba mengaku ikan haruan the best!!  sebab ikan haruan isinya padat.  hahaha.
pun sama, mak buat sup je.  dalam sup tu, mak letak lah sawi ke, alfalfa ke.
hari lain pulak, mak beli daging.  haaa ni best.  daging masak kicap.  hoh...terbaik...!!
ayam aku tak berani nk makan banyak.  sebab takut gatal.  makan sebab nk merasa boleh lah.

jamu.  aku beli homemade jamu dari member office aku punya akak.  jamu jawa.  tu sekali dengan set param, piris.  jamu aku tak makan lagi.  yg best jamu ni, aku mintak dia masukkan dalam kapsul supaya aku senang nk telan.  haha.  apa kes jamu kampung masuk dalam kapsul kan.

masa makan.  pagi breakfast either milo, horlicks.  tp since umar punya jaundice tak hilang lagi, then aku pun gugel kt forum cakap kena stop minum milo, aku pun stop minum milo.  fakta dari mana tah, aku main ikut je sebab yelah anak sakit kan.  kang kena kt batang hidung sendiri, tau lah korang macam mana nk handle antara realiti dan fantasi.  eh apa aku tulis ni. hew hew.
minum tu sekali lah dengan roti sapu planta ke, jem strawbery ke.  biskut kering hup seng jangan dilupai.

horlicks bagi aku adalah milk booster yg simple lagi mengenyangkan.  memang rezeki umar raihan lah.

makan tengahari, nasi yg kadang kadang panas, kadang kadang sejuk.  aku hentam je malas nk tunggu dia panas dalam cooker.  tu kalau tinggal sorang sorang lah.  kalau weekend, confirm aku makan nasi panas.  hehe.  kadang kadang, nasi tu terbiar je sejuk atas meja.  sbab suami atau mak aku dah serve kan untuk aku, umar raihan nk susu pulak.  so anak didahulukan, perut belakang kira.

minum petang pun sama macam breakfast.

buah.  aku makan buah oren.  buah oren untuk sembuhkan luka.  memang stok banyak gila sunkist kt rumah ni.

sayur.  alfalfa pada aku memang terbukti membanyakkan susu.

air masak.  satu botol memang kena ada kt sebelah aku.  lepas menyusu memang confirm haus gila gila.  so senang nk capai.

bengkung.  since eena pun czer, memang aku banyak tanya dia lah kan.  dia cakap ada bengkung untuk czer.  leee mana aku tau kan.  yelah sapa je plan nk kena belah perut dia.  haha.  so masa tu lah aku baru nk gugel.  terjumpa yg mahal tu.  rm200+ kot.  hampir nk terbeli.  tp nasib baik tak jadi.  beli kt kedai yg jual nursing punya kelengkapan kt tesco melaka.  rm70 je.  memang selesa kalau pakai.  tp aku tak berani nk pakai lama lama sebab ntah lah, aku ni paranoid ingat bengkung tu akan telan luka, so luka akan pecah kt dalam.  haha. so aku pakai time bila nk keluar [g hospital, klinik], lepas mandi aku apply pati halia, then pakai bengkung dalam sejam dua je.  lagipun aku banyak bergerak, so tak maulah lasak sangat pakai bengkung tu, takut perut sakit.  perut aku still sakit sampai sekarang, tu yg tak berani.

set tanamera.  hari tu beli dengan nadya rm90 je instead of rm300+ kan.  cuma takde herba tea tak silap aku.  set ni banyak untuk external use je.  herba soap aku dah pakai.  feminine wash, scrub pun dah.  tinggal yg tak pakai lagi, herba bath ke apa tah.  haha.  mestilah macam takde masa.  atenya nenen kesayangan anak ada kt aku, mestilah aku risau tengah berendam dengan seronoknya, anak kt luar tengah kelaparan.  minyak kelapa dara dia syok.  minyak berurut bau best tp belum try lagi.  apa tah ada lagi dalam tu.  rugi jugak sebab dalam set tu ada bengkung.  cisss 2 bengkung tali dibiar begitu saja.

apa lagi ek nk cerita pantang aku ni...

aku rasa not bad pun pantang ni.  makan pun takdelah horror sangat kot.  aku agak culas gak.  tu pun dari segi pemakaian param pilis.  sebab bila pakai satu badan, mesti rumah aku berdebu.  so aku tak suka.  aku pakai sikit sikit je.
stokin pun takdelah 24 jam pakai.  tp bila tak pakai, kita dapat rasa badan kita camne.  kalau pakai, rasa selesa.  kalau tak pakai, haaa mendapatlah tulang tulang dlam tu rasa sengal je.  [cepat cepat sarung stokin]
sweater pun takdelah pakai.  time malam kalau sejuk aku pakailah.  lagipun rumah aku ni panas.  tak selesa kot.

ni je rasanya cerita berpantang aku yg tak seberapa ni.  aku lebihkan pada pantang makan.  apa yg mak aku cakap tak boleh makan, aku tak makanlah.  air sejuk, air coke tu aku dh telan sebenarnya.  tp sikiiiiiiiiiiiiiiiiiit je.  tu pun mintak kt suami aku, macamlah dia nk bagi kan.  tp bila aku cakap nk rasa [macamlah tak pernah rasa coke selama ni], dia pun bagila sket.

pantang makan yess sebab nk kurus.  tp kena pantang sejuk sejuk tu sebab tak mau kacau production susu. tu lagi penting. ikutkan hati nk kurus, sehari sekali je makan nasi kot.  tp big no lah kan.  sekali lagi umar raihan diutamakan!!

okay tu je.

korang pun berpantang elok elok tau nanti....tak rugi pun kalau pantang sekejap...!!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails