:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, August 31, 2012

umar raihan berhari raya

assalamualaikum

hehehe. lama tak update blog kan. update terus untuk raya.

raya tahun ni seronok sebab dah lepas pantang...yeay!!  dan kumpul duit raya untuk anak...yeay jugak!!!
raya kt tampin.  raya kedua baru balik melaka.
lama kt tampin sebab jammed so laki aku malas nk ulang alik banyak kali.  so kt tampin, jaga anak je lah sebab anak aku adalah suka sangat mengempeng dengan aku.  lepas tu kt tampin dia mcm cranky sket.  asyik nk bergayut je so memang takde masa nk menolong masak bagai.  lagipun kt tampin menu serunding dah siap masak sebelum aku sampai, pastu rendang maman pun dah setel.  tinggal masak lontong je which is tu mak mertua aku masak pagi raya.  aku tolong potong sayur sayur je masa umar raihan tido.


pagi pagi dah kejut si kecik ni bangun.  jom andi jom andi jom...haha tu dialog aku bila bath time.  pastu mengekek lah dia gelak.  sebab dia ni ada peel kalau kena air boleh meraung kalau tiba masanya.  so kena amik hati dulu sebelum berendam.  haha.  
tp sebelum tu, mestilah aku kena siapkan diri sendiri dulu kan.  kang bila dia dah bangun, menyusu nk tido lagi, memang aku tak siap lah..
macam tau tau je hari raya, suka kemain.
baju melayu sedondon ng kain baju raya aku.  beli kt jakel semeter rm30+.  kahkahkah siap mention harga semeter.  nk bagitau yg aku sengal boleh beli kain semahal itu,  jakel ada hantu wok.  dah bayar baru menyesal knp aku habiskan duit sebanyak itu untuk kain cotton yg biasa biasa je.  orang pun bukan tau pun itu swiss cotton ke france ke apa.  sengai...

nenek dia yg jahitkan baju tu.  tu pun kena jahit 2 kali sebab yg first tu senteng gila nampak pusat wok anak aku.  kahkahkah..cepat betul baby membesar.

lepas dah siap, ayah pun dah g masjid solat raya, mama ng umar raihan turun bawah tangkap gambo...tinggal adik ipar je kt dapur yg lain dah ke masjid.  pastu letak umar kt rocker, dia tido sendiri.  hahaha amazing okay dia boleh tido sendiri tanpa kena enjut.  ngantuk lettew....


rumah pertama pergi umah wan [nenek belah MIL].  time tu memang time dia tido so mentido je lah anak bujangku.  senang hati lah aku nk melantak kan.  tp tah lah, anak ni memilih.  nk sejuk je baru lena tido.  kenalah onyang dia halakan kipas tu special untuk dia je.  alahai....
kalau pergi umah org pun, memang dapat layanan first class lah.  kipas tuju kt dia je.  kalau tak meraung cam apa je...
ni jelah family potrait kami tahun ni.  tah apa apa punya posing.  dah lah nampak gemuk!!  hetchu...

time ni berat badan still dalam 50kg+.  best gila kot sbb aik cepatnya turun.  tp cepat jugak naik.  hoh mentang mentang raya kau pun raya kan sekali perut ko kan...skrg menangis tengok weight scale.  60+  balik.  hetchuuuuuuuuuuw...

tak guna turunkan berat dalam pantang, kalau raya menjelma selepas berpantang.  sobsss.....

lepas ke pulau sebang, kami ke repah pulak.  tu rumah makcik suami aku.  memang rumah wajib pergi time raya.  masa tu umar raihan pun tido je.  ate dah lama sangat kt situ, dia pun bangun pakej mengamuk.  sebab panas.  ate nye mak nye over tak mo bukak baju melayu dia.  hahahaha....

balik rumah, naik bilik bukak ekon kemain gelak gelak anak sorang ni.  alahai anak.  ngade ngade tau.  salin pampers, salin baju [baju baru / baju raya hahahha], pastu ada tetamu sapa tah lupa.  dia nk tengok umar raihan.  so turun balik dengan keadaan umar raihan sudah pun ceria sebab dah isi minyak dan rumah atuk pun sejukkkkkkk...

tengok lah tu.  relax main main ng ayah & atuk dia.  hati senang, perut kenyang kan....

gambar ni menunjukkan tiga generasi...


hari raya kedua.


aku pun dah lupa keadaan masa ni dia tengah ceria ke tengah menangis.  tp kalau kt tampin, asyik lah meragam bila aku takde around dia.  hilang je dari pandangan, mula lah.  ayah pujuk pun tak jalan.  nk aku jugak.


hari ni balik melaka, so semangat nk siapkan anak pagi pagi buta.  haha.

tp sebelum tu, kitaorang g beraya kt rembau rumah makcik suami.  time ni dapat makan banyak banyak sebab ada orang nk pegangkan umar raihan.  hew hew.


sampai melaka, terus pergi rumah waksal.  makan banyak gila kot sebab waksal buat sup soto, rendang, ayam kuzi.  alhamdulillah....sedap botol....gemuk gemuk gemuk...

mau tak gemuk.  pakcik makcik aku pandai saiko suh makan banyak.

''makan lagi, makan sekali untuk umar''...cetttttttttttttt...aku pun pantang le kan..haha


petang camtu, pergi pantai puteri pulak ke rumah atuk sedara suami.  petang ni lagilah dia meragam......adoyai....

nasib lah 2 pasang baju raya mahal tu aku buat style nursing kurung.  senang nk menyusu.  sambil berjalan pun boleh menetek.  dah semua kata aku supermak.  kahkahkah...

terima kasih kt mak sebab jahitkan baju nursing aku, baju melayu umar raihan...belum bagi upah lagi kt mak. haha.

bila baca ni asyik ke rumah sedara suami je kan.  sedara aku waksal je.  tapi dont worry.  jumaat sabtu ahad, kami semua balik bagan datoh, perak.  time tu melenjan lah raya rumah sedara aku pulak kan.  tp tiada gambar.  maka tidak diletakkan di blog.

sekian.

selamat hari raya aidilfitri kepada semua pembaca blog walaupun lambat wish...maaf zahir batin...



Monday, August 6, 2012

review : whoopee diapers

assalamualaikum

so far umar raihan dah guna drypers, pureen, petpet dan tentunya sekarang whoopee.

drypers aku tak beli.  dapat free sample redeem dari website.  aku pun tak tau nk bagi review apa kt drypers sebab biasa je.  anak aku takde nappy rashes.  alhamdulillah...

pureen pun dapat sample lepas beli barang barang pureen kt jusco dulu.  pun sama.  takde nappy rashes.  alhamdulillah.

petpet guna saiz newborn sampai sebulan lebih.  sekali dua je bocor.  tu pun sebab heavy poo poo.  pastu agaknya saiz badan umar raihan tak menampung petpet tu.  walaupun dia cakap up to 5kg.  umar raihan dah sendat.  hehe..
petpet sesuai dengan anak aku.  nappy rashes pun takde.  alhamdulillah.

whoopee beli sebab ktorg kan pernah pergi expo.  tengok ramai parents borong whoopee, ktorg pun try lah.  whoopee takde saiz newborn. so ktorg beli saiz s.  lepas je habis guna petpet, terus guna whoopee.  whoopee pun bagi aku, sama macam petpet.  sesuai untuk kt rumah.  sbb kalau heavy poo poo mmg akan bocor.  ke semua diapers camtu ek?

satu lagi sifat sifat negatif whoopee adalah....kalau poo poo tu kan, nanti kt belakang dia muncul benda poo poo tu.  dia tak bocor pun, tapi just muncul je...


ni ha maksud aku...ni poo poo yg warna hijau kuning tu.  kalau kencing pun sama.  akan rasa lembab lembab kt tempat tu.  tp tak bocor.  kot lah kalau tergesel ng gelang ke, mesti bocor kan.  haha..


mungkin sebab terlalu air through & breathable kot.  hehe.  


ni muka pengguna whoopee yg berpuas hati.  muka budak bangun pukul 12 tengahari sebab kasi can kt mama bangun lambat.  cun aaahhhh anak mama ni...

takde nappy rashes.  tp ktorg pakaikan whoopee kt rumah je.  kalau keluar, ktorg pakaikan dengan mami poko.  sikit hari lagi, nk beli mami poko yg easy fit pant.  dia tulis situ ''for kicking baby''...hahaha....anak mak ni dah kuat kaki dia...bahana hari hari dalam perut dulu ayah dia cakap:

kick the ball baby, kick the ball....

sampai sekarang mengkick jeeee kerjanya.  nk pakai diapers pun bercinta....

ada tips dari kawan kawan aku cakap, jangan manjakan anak dengan diapers mahal mula mula.  nanti ponggong pun manja.  haha.  betul ke camtu?

tp bagi aku, biarlah kita guna yg terbaik untuk anak kan.  kalau aku, kalau boleh taknak sebintik merah pun muncul kt bontot.  kt seluruh badan tu of kos lah kan..

so awal awal tu, bolehlah try n error.  kalau rasa tak sesuai dengan anak kita, tukar ke lain brand.  kalau anak serasi dengan diapers murah, bersyukur lah.  kalau tak serasi, nk buek cmno??  hahaha...

dulu kan aku cakap nk guna cloth diapers [CD].  haha nampaknya masih belum mula bergerak ke arah itu.  hew hew hew...lagipun, rumah aku macam tak sesuai sebab indoor dry kan.  mostly inner tu kena outdoor dry kan, biar kena cahaya matahari kan?  kan kan?  tu lah, aku pun belum habis khatam ilmu cd ni.  nanti nantilah.  for time being, pakailah whoope tu nak.

satu lagi tips dari aku yg agak berguna sebab aku memang apply kt anak aku.  kt bontot, badan baby kan, jangan letak bedak.  takut kulit anak allergic dengan bedak.  so apa aku buat nk elakkan ruam, aku guna tepung ubi.  sian kan.  mak aku dok perli je aku takde duit nk belikan anak bedak sebab guna tepung ubi.  padahal dia yg suruh mula mula tu.  hahaha....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails