:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, December 29, 2012

Testing kali ke2

Hasil dari tido je siang hari..


posted from Bloggeroid

Test

Test je dulu

posted from Bloggeroid

Tuesday, December 18, 2012

pengalaman bersalin part 2 - selingan je

assalamualaikum

 tiba tiba tergelak tengok komen dari asmiza mama ammar ni...

pasal terberak masa dalam kawalan bius lepas operate....

sebab aku pun dah lupa benda tu, tu yg aku tak cite. bila baca komen, aku gelak baru teringat yg aku pun mengalami benda yg sama.

lepas dah selesai operate, nanti doktor akan cucuk bahu tau. sebenarnya banyak kali cucuk kt bahu, tangan.  tapi dorang bagitaulah cucuk tu untuk apa.  contoh elakkan tumpah darah.  so yg aku nk cite ni, dia bgtau cucuk lembutkan najis.  aku pun iye kan jelah.

tapi aku senonoh sket lah dari asmiza.  bukan masa  dalam OT.  wakakakakkk..tak senonoh ko asmiza!!

yg aku lak dah masuk dalam labour room balik.  masa tu nurse yg sama jaga aku dia nk bersihkan aku lah.  dia tu kan baik, tukarkan pad aku, tukar cadar.  then masa tu tengah mamai mamai dia datang, bgtau nk tukar pad.  pastu aku cakap

''NURSE DAH TERBERAK.  SORRY YE''....

dia senyum je tau....sampai sekarang ingat ingat lagi senyum dia tu.  sambil cakap

''TAKPE, SAYA BERSIHKAN.  AWAK TIDO JEE''

then aku sambung tido...

hahahhahahahahahahahah

heaven nyeeee oi org cucikan berak kita....!!!

nurse labour room hospital melaka memang best.  betul tak yumie??????????  masuk ward o&g, geram lak nurse dia tak sebaik kt LR.  aku tumpah darah malam tu meleleh leleh nifas aku, dia tak mau pun tolong papah aku masuk toilet.  aku bongkok bongkok lap nifas kt lantai tau tak...biol.

okay...

eh jgnlah marah aku baru update cite bersalin.  kakakakakkakakakakakaka....




Monday, December 17, 2012

umar raihan : pengalaman bersalin

assalamualaikum

lama gila benda ni letak kt draft.  aku publish kan terus lah ye.

okay nk cerita pengalaman bersalin.  anak tengah tido ni, baik aku tulis cepat cepat. 

entry ni panjang sangat sebab aku tak buat part part.  aku tau, kalau aku buat part by part, sure takkan habis punya.... 

kan aku cakap, tetiba masuk 36 minggu, aku dapat darah tinggi kan.  masa tu check up kt KK macam biasa.  mula mula check BP tinggi.  so nurse suruh duduk dulu, g amik urine test pastu datang balik check BP utk kali kedua.  okay tinggi gak.  bacaan tak tau, malas nk cari buku pink.

jumpa doktor.  check BP lagi sekali.  pun tinggi.  so doktor rina kata, dua hari sekali, aku kena check BP kt mana mana klinik.  panel pun boleh.  kalau bacaan tinggi jugak,  next appointment, dia bagi ubat.  kalau still tinggi lepas makan ubat, nak tak nak, aku kena induce sebab takut kena sawan atau pre eclampsia. gituww...aku tanyalah, adakah BP tiba tiba naik sebab aku baru lepas eksiden?

selingan:

30 mei 2012, aku eksiden dengan 6 biji kereta.  aku kereta paling belakang.  nasib baik takde sapa hentam aku, kalau tak mesti dah tak hidup lagi.  lepas eksiden dalam kul 745 pagi, pergi panel kul 9 sebab baby tak gerak.  terkejut agaknya.  alhamdulillah, jantung okay masa tu.  doktor annur buat surat refer to admit hospital sbb nk pantau pergerakan dan jantung baby.  pukul 3 pm baru admit sebab nk uruskan report polis bagai.  sobbbssss....kereta BUJANG aku dah total lost pun.  sedih.....
aku bersyukur sangat Allah masih bagi aku peluang untuk bernafas.  yelah ko bayangkan eksiden dengan 6 biji kereta kan.  aku malas nk cerita balik hal ni, sebb aku still trauma.
so tinggallah aku dalam ward 1 malam je.  time tu merasa kena buat VE utk pertama kalinya.  
badan okay, cuma lebam lebam sket kt perut.  kesian baby.  masa tu kepala baby kn kt bawah.  lebam tu sebab aku pakai seatbelt.  dan dada pun sakit.  
kesan dari tu, aku sangatlah trauma.  sampai sekarang.  aku tak boleh tengok laki aku bawak kereta dekat dekat.  kalau kereta depan dah bagi lampu brek, cepat je aku suruh dia brek gak.  haha

sambung balik:

esoknya, aku pergi klinik pelajar je check BP. silap sebab pergi petang.  stress banyak kerja.  memang bacaan time tu tinggi.  siap jumpa doktor.  doktor kata awak nk mc tak rehat kt rumah.  aku boleh cakap tak nak sebab kesian kt bos sebab aku dah cuti banyak hari, banyak kerja tak setel.  dan kalau boleh nk setelkan cepat sebelum cuti panjang.  lagipun aku ada plan nk cuti awal mengenangkan dah takde kereta susah nk pergi kerja kan.  

esoknya check lagi sekali.  kalini pergi pagi pagi.  badan tengah fresh time tu.  still tinggi bacaan tapi okaylah.  tak jumpa doktor.

2 kali tu je aku pergi klinik pelajar. 

ada sehari lagi kena check, so hari ahad 10 jun 2012 lepas solat maghrib aku laki bini pergi klinik panel.  gila masa tu bacaan tinggi gila kot.  200 bawah 100.  doktor tengok rekod yg aku pergi klinik panel tu, doktor marah kenapa time tu tak refer hospital.  patutnya hari tu dah kena admit dah sbb bacaan tu terlalu tinggi.  tapi yg malam tu lagi tinggi.  terus dia buat surat masuk ward.  aku dah macam...............alahai....risau kot....

balik rumah jangan cakaplah risau camne.  risau kena paksa beranak.  tp mak kata takde, doktor akan pantau dulu.  okay sejuk sket hati.

pukul 11 malam, terus daftar masuk labour room.  ah benci gila datang sini.  hahaha.  okay confirm kena admit sbb bacaan masa kt hospital tu pun tinggi.

doktor tanya ada sakit kepala, kepala pusing, rasa mual, nk muntah [tanda tanda nk sawan]..semua aku cakap takde takde takde.

sekali lagi buat VE.  kalini sakit sbb doktor india tu sket punya ganas.  doktor perempuan tu.  

dia terangkan, at first dia bagi makan ubat.  kalau dah normal, dia just pantau je.  kalau tinggi, kena induce.  tp induce ni boleh jadi gagal jugak sebab baby belum engage lagi time tu.  kalau failed, kena czer.  aku macam redha je kan sebab hari hari dok fikir takut kena czer, tapi kalau dah tu ketentuan, nk buat camne.

malam tu, nurse amik BP yes lah still tinggi.  bagi ubat pun tak jalan gak.  degil betul nk turun bacaan tu kan.  haha.

aku tak tidur kot sepanjang malam tu.  dengan tak selesa, dengan takde hp kt tangan, dengan fikir mana laki aku ni, dengan fikir esok apa akan jadi pada aku.  

esok paginya, doktor jumpa aku, dia cakap ''kita akan induce awak lah since awak punya darah tinggi sangat ni.  kita takut awak kena sawan dan itu akan membahayakan ibu.  kalau lambat, takut jantung baby pun stop''.........OKAY AKU REDHA...!

suami aku pun sampai dalam kul 8 am camtu.  ada doktor lain briefing suami aku pasal induce ni dan mintak persetujuan.  aku pun kena sain borang tu.

pukul 10 am tak silap aku, nurse sumbat bontot dengan ubat paksa berak.  gila best lah ubat tu.  masuk je terus nk terberak aku.  nasib aku pandai nk control kemut bontot.  

lepas tu masuk dalam labour room.  kes aku ni macam teruk sangat je tau.  dapat bilik pun, dekat dekat dengan kaunter sebb nurse cakap kalau apa apa jadi kt aku senang nurse nk tengok.  eloooo aku sihat je kot....

pukul 12 pm, ubat induce pertama dimasukkan ke dalam vagina aku.  doktor cina yg buat.  SAKIT NK MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM OKAY!!!!  eiiiiiiii...dorang ni tak reti nk berhemah kot....rasa mcm nk sepak sepak jeee...dah lah doktor cina.  kalau islam melayu okaylah sebab baca bismillah kan...

lepas je ubat tu masuk, okaylah datang contraction sikit sikit.  tapi boleh tahan sebab macam senggugut.  aku kan dah biasa senggugut ni.

ubat kedua masuk pukul berapa tah.  sakit dari yg first.  tp masuk ikut drip.

doktor masuk tengok BP aku makin naik.  hahaha.  maunya tak stress.  cucuk drip berkali kali tak jumpa urat.  sakit kot.  cakap sorry je boleh.  gila punya doktor.  tu je punca BP aku tinggi.  stress dengan doktor yg tak reti nk buat pelan pelan.

tengah tahan sakit, tiba tiba rasa sesuatu mengalir dari celah kangkang.  eh aku terkencing ke.  tapi kenapa lain macam sangat.  so aku assumed tu air ketuban.  

ada nurse lalu, aku panggil cakap ''nurse ada air........''.......pastu terus dia jerit, patient dah keluar air ketuban.  cisss malu aku.  pastu dan dan pulak nampak muka suami aku.  eh cepatnya boleh masuk teman.

so dimudahkanlah urusan aku.  suami dah boleh masuk teman.  walhal masa tu tak tau bukaan dah berapa.  masa tu boleh tahan lagi.  boleh gelak gelak.  boleh check hp sebb time tu kan hp suami aku pegang dari malam tadi.  

bila doktor nk buat VE, suami kena keluar.  seingat aku masa tu pukul 4 petang, bukaan dah 3 cm.

pukul berapa tah, doktor kata nk masukkan ubat induce ketiga.  sekali dengan drip ubat darah tinggi.  masa tu dah kena pakai tiub kencing.  heaven kencing dengan sesuka hati.  hahaha.

ubat darah tinggi tu bikin aku lagi berdarah tinggi.  bila masuk ubat tu, badan aku panas gila.  mana nk menahan sakit contraction, nk tahan panas lagi...aaaaaaaaaaaaaahhh stresss aku


lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...haaaa mendapatlah sakit azab gilaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku tak sanggup nk genggam tangan suami sebab aku tau, nanti dia sakit atau tangan dia boleh patah aku kerjakan.  haha.  handle katil tu jelah mangsa aku.  masa tu mulut tak henti henti berzikir, baca surah yg aku ingat, baca doa itu ini.  bacaan dah tunggang langgang pun aku baca jugak.  masa ni tak tahan sangat.  siap mengadu dengan suami, ''by sakit sangat.................''.  tp boleh tahan dari menjerit lah.  seingat aku lah, aku tak keluarkan suara pun.  alih alih...hish hish hish.  ala bunyi tahan sakit tu....

pukul 10 malam.........!!  Ve again.  aku harapkan bukaan dah makin luas sebab aku sakit yg tak tertanggung....sekali.................3 cm!!!!!!!!!!!!!  what dari 4 petang tadi 3 cm tak gerak gerak.  pastu doktor cakap, pintu rahim pun belum lembut lagi.  baby pun jauh lagi.  contraction 2/10.  what????????????  sakit mcm nk mati ni 2/10???????????????????  ya Allah...tuhan je tau perasaan kecewa aku cmne...macam ada bau bau czer jeee.....

doktor chika..haha doktor ni aku ingat sampai bila bila sebab dia yg handle aku dari petang sampai ke penghabisan.  dia yg sambut anak aku pun.

doktor chika cakap, kita bagi awak 4 jam lagi.  kalau takde bukaan, kami terpaksa czer awak lah.  aku dah....down gila kot time tu.....
masa tu aku berdoa diberikan keajaiban dalam masa 4 jam, bukaan dah fully dilate.  walaupun harapan aku tipis sebenarnya nk beranak normal.

pukul 11 malam macam tu, doktor chika masuk lagi.  dia kata dia dah call boss dia [doktor pakar o&g hospital melaka].  doktor kata kes aku ni tak boleh tunggu lama.  kena emergency czer.  allahuakhbar.  nk menangis aku dengar okay.  aku pandang suami aku mintak semangat.  dia angguk tanda setuju.  aku cakap ''i nk bersalin normal sayang...please jangan setuju.  kita tunggu je bukaan tu fully dilate''.  tapi suami aku tak setuju dengan pendapat aku.  dia cakap dia tak sanggup nk tengok aku sakit macam tu.  paling aku sedih, dia pergi kt sinki, dia menangis kt situ.  terus aku pun menangis, aku genggam tangan dia, aku minta maaf.  berdualah kami suami isteri menangis sama sama.  

doktor lain masuk, buang segala macam ubat kt drip aku.  masa tu, contraction pun makin lama makin kurang, hilang terus.

kami suami isteri kena sain borang persetujuaan czer.  menangis aku kena sain borang tu.  sebab aku sedih tak mampu lahirkan anak suami aku dengan normal.  sedih tau tak.  kalau boleh, nk lahirkan zuriat dengan normal.  sedih sangat.  rasa down gila.

sempat lah minta maaf sekali lagi dengan suami ''i minta maaf yang, tak boleh lahirkan anak kita dengan normal''.  suami aku cakap balik ''takpelah, asalkan semuanya selamat.  u dengan anak selamat i dah bersyukur''....oh emo lagi....

tak silap aku, pukul 12 malam, aku dah disorong kt OT.  takut gila okay...menggigil takut.  tak pernah rasa gigil camtu sekali.  tengok muka risau suami, lagilah aku risau.  lagi lagi doktor kata kemungkinan yg bermacam macam ketika operation.  dengan keadaan aku high BP ni.  

dah sampai lobby OT tu, nampak ayah mertua.  lepas tu nampak mak aku, mak mertua.  terus menangis.  sebelum tu rasa sedih jugak sebab tak sempat jumpa mak.  bila nampak mak, terus aku panggil mak, mak aku pun meluru ke arah aku.  mak aku dah menangis siap siap, aku lagilah sedih kan.  terus salam, minta maaf kt mak.  mak aku pun cakap dah maafkan aku.  sedih okay time tu.  
lepas tu salam mak mertua pulak.  dia pun cakap dah maafkan aku.
dengan ayah mertua pun sama.  dengan suami je tak buat camtu, sebab masa tu macam rushing gila.  lagipun fikir takpe, sebelum tu dah minta maaf kan.  lagipun, dengan keadaan macam tu, aku rasa mesti aku lagi teruk menangis kalau minta maaf dengan suami.  nk pandang muka dia pun aku sedih.

masuk dalam OT kena interview, briefing lagi.  kena sain borang lagi.  lepas tu baru pindah ke katil operation tu.  ya Allah........takutnya.

doktor suruh bangun sebab nk bius.  dia suruh aku peluk bantal.  oh seram okay.  aku ingat sakit gila.  yelah cucuk tulang belakang kan.  rupanya tak sakit pun.  haha.  lepas tu doktor suruh aku angkat kaki banyak kali.   sampailah aku tak boleh angkat lagi kaki.  doktor cakap, aku akan rasa segala perbuatan doktor tu cuma tak sakit.  uuu seram...!!
MA bagi aku oksigen, tp aku tak selesa.  aku suruh dia tanggalkan oksigen punya benda tu.  lepas tu nk muntah pulak.  aku cakap aku nk muntah.  pastu dia masukkan batang penyedut air liur.  baru rasa lega.  MA tu ada cakap, kalau puan nk tido, boleh je.  masa tu nk tido pun tak selesa, tp rasanya hampir hampir tertido gak.

tetiba je dengar suara baby.  aku dah senyum senyum dalam mamai.

masa baby keluar, MA tu kejutkan aku yg lalok tu.  ''puan dengar tak suara baby?''.....''aaa dengar dengar''....masa tu tak henti henti aku ucap alhamdulillah....allahuakhbar.  menangis aku dengar suara nyaring anak aku.  masa tu dengarlah MA lain cakap berat anak berapa, pukul berapa lahir.

lepas tu, aku tertidurrrrrrrrrrrrrrrr....

sedar sedar, dia kejutkan aku tunjuk anak.  subhanallah....indahnya ciptaan Allah...putih bersih anak aku time tu.  comel je tidur.  dia tanya anak apa, aku jawab ''mestilah boy.  saya dah tau''.  pastu baru MA tu tunjukkan bebird anak.  haha comel okay.

pastu tertidur lagi.......................

sedar sedar dorang kejut nk tukar katil.  disorong ke area depan kaunter nk check BP, bius.  disuruh angkat kaki banyak kali.  masa tu bius dah tinggal sket.  boleh gerak kaki sket sket.

sebelum keluar OT, kena dok kt bilik panas kejap.  menggigil okay kt bilik tu.  macam nak mati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  nk tido tak boleh, nk mengiring tak boleh.  dok lah aku kejung kt situ...

at last, keluar jugak aku dari OT.  on the way nk ke labour room balik, aku dah nampak muka suami aku.  senyum jelah kami berdua.  alhamdulillah....dipermudahkan segalanya.

malam tu kt labour room, nurse yg jaga aku malam tu cakap baby kt nursery.  dah menyusu.  oh aku fahamlah dia dah di bagi formula milk kan.  masa tu, aku redha je.  takdelah nk marah ke apa sebab aku tau aku tak mampu nk menyusukan dia lagi.  nurse cakap pandai dia menyusu.  hehe senyum jelah aku kan.  malam tu pukul berapa tah, nurse bawakkan baby pada aku.  dia tunjuk semua semua aku pun tak lah sedar sangat pun.  sebab penat gila kot.  dari hari ahad aku tak tidur kan.....

esoknya, sekali lagi baby dibawak ke aku.  masa tu dah boleh bangun.  suami aku pun ada sekali. kiranya itu adalah moment pertama kali kami berkumpul sebagai satu keluarga.  aku pun mula menyusukan dia.  alhamdulillah, pandai menyusu anak aku ni.

malam tu tidur labour room lagi.  anak kt nursery lagi.  sedih kan jauh dari anak...

esoknya hari rabu baru masuk ward biasa.  anak pun dah diserahkan kt aku.  malam tu bermalam dengan anak sorang sorang.  mencabar okay.

esoknya khamis dah discharged.  tak sanggup nk tinggal sorang sorang kt ward dengan anak. hahahaha.

alhamdulillah...selesai sudah tanggungjawab melahirkan seorang lagi khalifah Allah.  sekarang tanggungjawab mendidiknya pula...

alhamdulillah..walaupun pelbagai dugaan sepanjang melahirkan umar raihan, Allah mudahkan segalanya.

dah bye.  habis hutang entry beranak..

 




Tuesday, December 11, 2012

umar raihan : his first solid food

assalamualaikum

umar raihan dah start makan umur dia 5m +.  gedik kan...

ah tak kisah...nk gak gelarkan exclusive breasfeeeding.  dulik apa aku.

 dulu masa cari info pasal solid food, dalam otak selalu cakap, nk mulakan dengan kurma, makanan sunnah nabi.  sebab fikir, nk anak aku sukakan kurma. jangan jadi macam mak dia, tak berapa gemor.

jadinya, yg masa dia berumur 5m+, aku start kan dengan kurma + ebm. 

oh yea, ebm tu aku marmet kt situ gak...dont try this at home okay.  hahahahahha...adik aku siap boleh cakap, eh camtu je boleh kuar.  kalau rasa tak cukup jus, selak baju marmet. eiiii apa punya perangai...

umar suka je.  actually, sebelum buat puree kurma aku dah kasi dia nyonyot kurma tu [beberapa hari sebelum].  nampak mcm dia suka, baru aku buat puree. 

well, ikut 4 days rules gak even kurma.  baikkan aku....eceh.

senang je puree kurma ni. 

1.  belah dua keluarkan biji. 
2.  rendam dalam air panas.
3.  buangkan kulit keras.
4.  lenyek dan tambahkan dengan ebm / fm
5.  sedia untuk dihidang

bertuah punya budak, makan baring.  kalau arwah onyang embahtok ada, mesti dia cakap ''makan baring, nanti tetek besoooorr''...hahaha...



tengok muka tu, muka suka makan kan..harapnya nk lah dia makan macam macam nanti.  janganlah jadi picky eater. 

lepas habis kurma, aku sambung dengan puree carrot lak.  mula makan hari rabu.  ikutkan sabtu habiskan tempoh 4 days rules kan. tp sabtu kt tampin, tak makan.  hari ahad malam baru makan.  masa tu dia tengah demam.  ingatkan takde selera, aku panaskanlah sikit.  rupanya nk makan. tp aku malas nk panaskan lagi.  hari isnin kelmarin, makan dua kali.  lunch & dinner.  tp agaknya dah bosan, tak habis pun.  dia luahkan balik.  haha...

so harini umar raihan akan makan puree epal pulak.  semalam aku rasa macam pelik je rasanya.  tp kita tengok reaksi umar raihan makan epal lak ye.  nanti aku tangkap gambo dia. 

dan nanti aku share kan pulak gadget gadget aku yang canggih.  mula mula nk share, tp takut org kata aku riak.  yelah gadget mahal.  nanti aku share ye...hehehehhehehehehehehehehheehhe....

Friday, December 7, 2012

umar raihan : day 4 at school



assalamualaikum

hari hari aku tanya pasal umar raihan kt ticer...

umar raihan okay ke kak?  menangis tak?

''dia menangis bila nk susu, tido jelah.  lain okay.  kalau mainkan dia kt bawah dia suka''

alhamdulillah.....

harapnya serasi sampai bila bila...

umar raihan sesekali tido dalam cot.  sebab ticer kata dia suka berenjut.  amboi..mama tak ajar umar buai okay.  maybe sebab tido kt rocker kot.  tp kalau tido dalam cot lama sket.

mana mana lah nak.....

janji ng mama, jadi good boy.  ingat pesan mama, jangan susahkan orang lain.  jangan buat orang lain bencikan kita...jangan nangis nangis tau....

mama sayang umar raihan.  seronok bila anak dekat ng kita ni...

Wednesday, December 5, 2012

terlebih rajin update bloglist.

assalamualaikum

hari tu veelara tanya bila nk letak gambar umar raihan kt tepi. fine dah letak dah pun. wekkk... pastu rajin nk update blog list.

tajuk dah tukar jadi gojess momma.  eh yg belum jadi momma pun jangan risau, anda pun gojes okay.  hehe...

then kalini macam nk tukar sesuatu.  hari tu letak nama tuan blog je kan.

tapi kalini, letak nama shortform / panggilan pastu letak nama anak. sebab rasanya, anak anak blogger ni femes kot.  so senang ingat.

contoh:

ciknaa...terus ingat razin. 

gitu...

plus ramai ramai dalam list ni adalah kawan kawan dari group GBSB, lagilah kenal anak dari mak kan.  hehe.




tengok, siap letak besan.  kasi warning kt org lain, jangan dipinang pinang menantu ku itu....

hehe...

eh korang, kalau nk kita letak blog korang kt list tu, komen ek...kadang kadang terlepas pandang.  beselah...faktor usia maybe.


umar raihan : keperluan masuk nursery

assalamualaikum

seminggu dua ni, excuse lah entry pasal nursery je.  hehe.

nk cerita keperluan umar raihan nk masuk nursery pulak.  mana tau, untuk gojes gojes momma kt sana kalau nk masukkan anak kt school.

ini berdasarkan pengalaman aku jelah kan.  kalau ada nk tambah, silakan komen...

1.  baju bajan

  • aku bekalkan 4 pasang je untuk sehari.  at first ingat mandi 2 kali kan.  tu yg 2 pasang untuk siang, 2 pasang untuk petang.  tapi sejak dah tau mandi 3 kali, untuk belah pagi-tengahari aku bekalkan extra 1 pasang lagi.  so 5 pasang semuanya.  extra kot kot dia muntah ke, terkencing, terberak bocor ke...
  • stokin - kt nursery kn sejuk.  so better pakaikan anak stokin.  
  • napkin - lap lap apa yg patut.  mengencess kee apa kan.  umur camni, air liur selalu keluar kan.
  • towel - hari hari bertukar yg lain.  sebab ticer dia lepas mandi petang lembab lembab tu terus masuk plastik.  so sampai rumah dah berbau.  so not nice.  terus tukar towel baru.
  • face towel - masukkan sekali dalam beg tu.  
dan kesemua baju bajan akan dipulangkan petang tu.  takde tinggal tinggal.

aku labelkan nama umar raihan kt semua baju.  guna marker pen.  =)


2.  feeding bottle
  •  aku siap labelkan nombor giliran.   sebab selalunya aku pump pagi, yang tu aku letak turn untuk pagi.  minum yg fresh.  yg nombor 2 - 3, chilled pump semalam.  atenye, fresh dari ladang kan.  takde yg frozen punya lagi dah.  ada pun buat stok kecemasan je.  
  • mula mula aku labelkan nama umar raihan sekali.  tp since ticer kata, botol ni memang umar raihan je guna, so tak payahlah aku mencacatkan botol tu.  aku guna autumz je uols.  takde avent, tt bagai.  haha.
  • teats pun, kalau boleh bawak spare.  letak dalam plastik seal tulis nama anak.
botol botol pun, akan dipulangkan petang tu.  bagus lah sebab aku boleh basuh, steril botol botol tu semua.


3.  tilam
  • tak beli baru pun, guna je tilam yg masa dalam pantang.  tilam tu memang tebal.  tp bukan kekabu pun.  
  • bantal tidur, bolster pun aku bagi sekali.  
  • selimut jugak.
  • dan aku tulis nama umar raihan kt situ.  hehe saje je kan....
ticer bagitau, hari jumaat sarung semua akan dipulangkan pada mama.  then mama kena basuh.
pastu dorang akan sembur dengan fabreeze.   tapi sembur tu lupa, dorang sembur hari hari atau hujung minggu je.  padahal semalam dia dah bagitau dah.

4.  toiletries
  • sabun - umar tak guna sabun untuk badan sebab mandi air semata mata.  so guna sabun untuk cebok kencing, yak yak je.  since ktorg pakaikan pureen youghurt, maka masuk school pun, guna tu gak.  pastu ktorg beli yg kecik je.  dasar kedekut punya mak bapak.  dah pesan dah ng ticer jangan guna sabun kt badan.  tak surelah ticer ingat ke tak. 
  • bedak tepung ubi - very natural kan my son.  guna tepung ubi je uols untuk rahsia kulit gebuss muluss tulusss....since guna tepung ubi, rashers pun kurang.  tp tepung ubi ni tak selalu guna pun. guna time panas, badan peluh peluh tu je. 
  • lotion -  umar guna sebamed je.
  • nappy rash cream - umar guna sebamed gak.  
  • changing mat - ticer kata tak payah, dorang ada.  tp tau lah mak umar raihan ni camne kan.  maka kami sediakan jugak untuk keselesaan umar raihan.
  • nail clippers - senang nk potong kuku umar time siang.  sampai rumah dah maghrib tak elok potong kuku malam malam. 
bila balik, semua ada dalam beg baju umar raihan. makanya memang semua bawak balik tak tinggal lah kan.

5.  diapers
  • ktorg bekalkan 8 keping.  jadilah.  sebenarnya guna dalam 4 pcs je.  tp the rest, untuk kecemasan.  ticer suruh je bagi satu plastik.  tapi..again takkan nk cakap ulang kali yg kami mak bapak yg kedekut???  wkakakkaakka...rasanya 8 pcs tu dah banyak.  takkan umar raihan pinjam kt org lain punya diapers...hehe.

rasanya tu je kot....share lah kalau ada info lebih.  



Tuesday, December 4, 2012

umar raihan : first day at school

assalamualaikum

td lunch hour g melawat anak....

sampai je dia kt bilik belakang.  pakai baju lain.  pagi td masa tengok pukul 10 am, dia pakai rompers, ni pakai baju lubang lubang. tanya ticer, ''dia muntah ke ticer?''...ticer jawab ''dia mandi td''...aku pun owh....pastu blur..eh mandi lagi...tanya lagi

''eh tadi dah mandi kul 10 kan''

''kt sini mandi 3 kali.  pagi, tengahari, petang''

laaaa yeke....waaa mangi lah anak mama pasni...haha.

risau ingatkan umar muntah ke apa kan. dia kan suka muak muak...

masa tengok dia tu, dia tengah main ng awek najihah.  hahahah.  main tarik tarik kaki.  sian umar, jarang nk jumpa kawan.  so harapnya bila masuk sekolah ni, adalah dia teman main kan...

pastu ticer jawab, umar dah minum susu dah.  tp balance lagi 1 oz.  aishh suka tau tinggalkan susu byk tu.  susah tau mama nk dapatkan 1 oz tu.  alahai anak..andailah kamu faham.....

then biasalah dia,  nampak muka aku teruslah merengek rengek kan...amik jap, terus susukan dia.  pastu pindah bilik depan, susukan lagi sampai umar tertido.  pastu alihkan ke tilam, tengok dia tido jap, terus aku pun cahllooooo...

best gak ek anak dekat dekat ni.  agak agak rindu je, start enjin kete...g sana.  hahaha...over....

seperti biasa, moment susukan anak sampai dia tertido itu adalah moment yg terindah........


puas hati tengok dia camni...

umar raihan : masuk school

assalamualaikum

anak bujangku muhammad umar raihan dah masuk school hari ni.  sobssss...eh pahal sedih tetiba ntah.  haha.  tp memang pun.  angkat masuk kereta, time tu dia sedar.  dah siap gelak gelak dengan nenek, ayah, mak ngah.  then on the way still lagi boleh babbling sorang sorang.  almost to utem, dia dah sleepy.  sebelah tangan pegang stereng, sebelah tangan tepuk dia.  sampai dia tertido.  tetiba macam sedih gila masa dia tido tu. tak tau kenapa.

sampai taska, aku keluarkan semua barang barang dia eg tilam, bantal, baju bajan bla bla bla.  then baru angkat dia yg tengah tido tu.  duduk sekejap sembang sembang dengan ticer.  masa aku sampai, dalam bilik baby tu ada 2 org baby girl.  najihah & sara namanya.  umur pun lebih kurang umar.  sebab masing masing tengah meniarap, tak reti nk kedepan, dah angkat bontot bagai.  haha umar sorang je boyfriends, lain semua aweksss....
#habislah saffiyah aisya...kui kui kui....

niat di hati nk tunggu lama sket.  nk bf kan dia.  sebab last dia menyusu pukul 6.30 am.  sian lak dia minum chilled kan tak minum fresh.  lagipun aku tak pump pagi td. mengantuk punya pasal.  pastu dia bangun elok senyum senyum.  ewahhh ingat kt umah kita kew nak?  bila dia nampak aweks, lgilah nk tunjuk hero kan, terus meniarap angkat badan.  ewahhhhh.....pastu terus stuck kt situ je.  sebab dia tak boleh kedepan lagi. 

aku angkat, nk peluk peluk budak masam.  sampaikan nasihat jgn nakal nakal, jangan susahkan orang lain, jangan nangis2.  pastu bf kan dia.  masa tu sorang ticer tengah dodoikan sara sambil berselawat.  terus umar raihan kepoci nk tengok.  sudahnya menyusu pun main main.  teruslah aku say goodbye kt anak.  dengan hati yg sayu dan berat.  haha. 

sampai office, jumpa bos bagitau kenapa lambat.  baik kan.  then bagitau dia, anak masuk nursery, kemungkinan pukul 10 akan ke sana lagi nk tengok anak.  bos angguk je.  memang best bos ever lah...

sebenarnya, berat hati nk hantar umar raihan ke taska.  tah lah mungkin sebab aku dah berada di zon selesa adik aku jaga dia, so aku malas nk cari pengasuh bla bla bla.  berapa kali tah kena bebel ng suami sebab aku lambat call lah, lambat bayar lah.  tp sebenarnya memang plan nk anta bulan disember ni. 

since utem ada nursery, kami pun fikir baik hantar situ je.  stok susu aku pun ada ada je.  better lunch hour aku datang direct feed kan dia terus.  then kalau bekalan susu dah habis, aku boleh je ke sana hantar ebm belah pagi kan. 

ada satu hari tu, ada briefing nursery ni.  aku pun join.  mula mula impressed pasal budak 2-3 tahun dah pandai mengeja.  pastu isu bf lak, pengetua kata pengasuh memang pandai handle.  so tak payah risau lah kan. 
(nk citer pasal briefing tu byk dah lupa. so tak payah lah cite)

then semalam pergi bayar duit pendaftaran & insurans.  pastu sembang lah sikit dengan ticer ira.  tanya itu ini. 

yg best pasal nursery ni, strict gak.  boleh masuk dengan mak yg fussy mcm aku ni.  haha.

1.  no buaian.  - aku memang tak masuk kan anak dalam buai. so selamat. 

2.  no paci - puting kosong memang ada, tp anak aku tak mao. so selamat gak.  kalau baby dah biasa pun, cikgu cikgu akan train sampai baby tu tak mau paci lagi. 

3.  no walker - not allowed kt taska je.  cikgu pun terangkan keburukan walker, so dengar jelah.  aku pun tak decide lagi nk guna walker ke tak.

4.  no nestum - senang cite, no instant food.  baby makan bubur yg di masak atau bekalan dari rumah.  termasuk nugget.  takde dalam senarai makanan. 

5. no bouncer - so baby memang tido bawah.  selamat sebab umar raihan memang tido bawah no hal, rocker pun no hal.  tp pandai pandailah cikgu train umar raihan supaya tido bawah lama sket kan. 

paling penting, nursery ni berdaftar dengan JKM.  dan JKM akan buat pantauan selalu.  that y dorang tak pakai buai, bouncer tu semua.  takut kena tarik lesen ke apa kan.

then tadi pukul 10 aku datang jenguk anak.  time tu umar raihan tengah tido.  pastu ticer tanya, dia memang tak mau minum botol ke.  sikit je minum.  bayangkan kalau dengar 2 oz tu sikit kan, haaa tu lah takat dia minum tau.  tp kalau dia tak mo, 1 oz je pun paling banyak. tp aku suruh je cikgu simpan susu tu. tunggu dia bangun.  dan pesan, panaskan 3 oz terus.  sebab selalu kalau dia bangun tido, dia akan minum banyak.  tu adik aku bgitau td. 

ni aku attach kan sekali dengan flyers tentang nursery utem. 

monthly aku bayar rm280.  sebab baby kan.  dah besar sket kan, jadi rm250.  aku rasa berbaloi je harga tu.  memang standard kot mana mana nursery kt melaka ni.





untuk tadika pulak, kalau korang nampak mahal, mahal tang buku.  kalau buku english, dorang guna smart reader.  sains, little scienties, bahasa melayu, bacalah adikku ke apa tah.  tp memang impressed budak 2 tahun dah mengenal abjad, budak 3 tahun dah pandai mengeja.  aku dulu tadika kot baru kenal tu semua.  hahaha...

okay lah, doa doa kan lah anak aku selamat dijaga oleh cikgu cikgu kt sana.  janganlah ada benda buruk terjadi kt umar raihan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails