:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, April 19, 2013

umar raihan : 10 bulan

assalamualaikum


umar raihan dah10 bulan 12hb April minggu lepas.  masa tu aku EL.  so bolehlah sambut ulangbulan dia kt rumah.

alhamdulillah, membesar dengan sihat anak mama umar raihan ni.  demam sikit tu biasalah.  adat nk membesar kan.

berat skrg tak tau.  mungkin 7 kg, mungkin 7.1, mungkin 7.2, mungkin 7.3 atau mungkin 10kg.  oh itu tidak.  anak ini comel orangnya.  hahaha.

apa yg dia dah pandai?  tahlah.  tak tau nk cakap details.  tp dia makin bijak day by day.

ada satu hari tu, aku cakap kt dia, ''biasa dia ni''...dia menyengih.  so aku ingat, tak makan saman ini budak.  tp hari lain, bila aku cakap dengan nada yg sama, cembeng pulokkkk...hahah...habis kena gelak dengan nenek & mak ngah dia.  bila ayah dia tau, lagilah ayah dia sakat.  tp ada masa lah dia cembeng.  kalau tengah gembira sangat tu, gelak gelak je.

umar adalah sangat extreme pada bekalan susu dia okay.  bila nampak aku, macam nampak apa je.  terutama bila dia betul betul tengah lapar atau balik dari sekolah.  dia punya excited tu sampaai semua orang pun boleh tergelak.  malu je tau.
kalau dia tengah baring, aku nk baring, kaki dia subhanallah...tak menyabor.  posisi menyusu, malas nk cerita...extreme.  takut nengok!

belum berjalan lagi.  since aku pun tak tau baby boleh berjalan seawal 8 atau 9 bulan, aku pun tak aware.  aku ingat baby normal akan berjalan sekitar umur 1 tahun.  so aku memaksa...

tak suka dok dalam walker lama lama.  aku letak bila aku memasak atau mengemas rumah je.  kalau ada orang boleh tengokkan dia, aku letak je kt bawah.  dia pun lagi suka memanjat.

kulit dia adalah sangat sensitif.  mungkin sebab dia putih.  even kalau terhantuk pun, mesti akan merah.  apatah lagi kalau kena ketit nyamuk, semut.  terus hitam.  rasa menyesal gila minum soya.  pasni peknen memang tak lah aku sentuh soya lagi.
lagi lagi kalau panas ni...adoyai...
umar putih bukan sebab aku minum soya.  dia ikut kulit atuk atuk dia.  arwah abah aku dulu putih.  aku ni sawo je.  atuk tampin tu, onyang nya cina pure.  tu yg macam cina je anak aku tu.  tp suami aku, rajin tanned kan diri.  so kalau tengok ktorang, memang pelik lah kenapa ktorg gelap anak putih. haha.  tak payahlah excited sangat minum soya semata mata nk putih.  biorlah sawo matang, asalkah kulit tak sensitif.

dia dah pandai duduk atau buat perlakuan berhati hati.  agaknya dah kerap jatuh, tu yg dia tau, kalau gopoh gapah, akan sakit.  so kalau nk turun dari panjat tu, slow motion je turun.  asalkan selamat katanya.

dok dalam carseat dah kira behave lah.  mama umpan dengan biskut.  hehe.

takde satu perkataan yg faham dia keluarkan.  melainkan bahasa yg dia sendiri faham.  haha.

suka tengok video mickey mouse clubhouse.  tp part intro tu je.  dah start cerita, dia boring.

suka tengok talking emily.  dia suka part emily cium ng baling botol susu tu.
pastu suka tengok ayah dia main game bowling.

baru je pandai baling barang ni.  hp mahal bapaknye dah selamat.  hp mama apatah lagi.  sedih je tau...

dah pandai usap miau dengan pelan pelan.  kalau dulu dia ramas bulu bulu kucing.  tp setelah diajar, slow je dia usap miau.  tu yg miau pun dah naik lemak suka nau meleseh dengan umar.

dia suka acah orang gelak.  kalau ktorg gelak, dia pun ikut gelak.
suka acah orang batuk.  kalau ktorg batuk, dia pun batuk.  gedik jeee.



ni masa genap 10 bulan umar raihan.


10 bulan 1 hari.  pergi kenduri kt rembau.  suka sangat makan buah oren sampai nangis nangis bila ayah dia bawak lari pinggan nk topup oren.  hahahaha.


10 bulan 3 hari.  ktorg bawak dia pergi jalan jalan taman rama rama melaka.  time ni lah dia demam tu.  haha.


tak pandai sangat tengok binatang.  mcm takde perasaan. 

tah lah. aku pun lupa dia dah pandai apa sekarang.

sekarang tengah tunggu dia berjalan jelah kot.  meniarap dah, merangkak dah, memanjat dah.  so turn untuk berjalan je.

alhamdulillah.  membesar dengan bijak dan baik.  takdelah crancky tak tentu masa kan.  ada masanya jugak sampai mama tukar jadi hantu toncet. 

sihat sihat ye anak mama ni.  mama sayang sangat dengan umar...dan ayah.  eh...!


Wednesday, April 17, 2013

umar raihan: demam 10 bulan.

assalamualaikum

semalam aku EL.  last week jumaat pun EL.  hari isnin cuti peristiwa sempena melaka bersejarah.  amboi kemain lama aku cuti kan.  pagi tadi hantar umar ke school pun, mencebik je.  ticer dia angkat kemain meraung.  sampai ticer dukung ajak pergi tengok bird.  padahal takde bird pun kt pokok tu.  hahaha.

ingatkan genap 10 bulan hari tu umar raihan tak demam.  sebab dia biasa demam sebelum genap naik bulan dia tu.  so hari jumaat sabtu ahad mcm legaaaa ahhh anak tak demam.

sekali hari isnin demam gakk..tp kitaorang bawak gak pergi taman rama rama.  kekekekekek...

malam selasa tu, panas biasa biasa je.  jenis aku, dah 38 baru bagi ubat PCM tu.  kalau takat 37 aku basahkan badan je bagi turun.

pagi semalam, aku rasa macam panas je badan dia. aku amik termometer tengok temp, 37.9.  ala kalau bundarkan ke digit terdekat 38 lah kan.  terus bagi ubat.  pastu sms bos cakap anak demam, so kena EL.  sian bos aku kan...pastu tampal cool fever.

dalam kul 11 aku mandikan dia.  sambil dia mandi tu, aku uruskan nk buat sup pulak.  sup sayur + ayam. pastu macam biasalah rutin aku menjaga dia. alhamdulllah, selera makan macam biasa.  aktif pun okay je.  cuma susah nk tido hidung tersumbat.

malam tu aktif.  dedar je.  sambil sambil tu aku cakap ng umar raihan.  sihat sihat je tau.  esok mama nk kerja, umar kena pergi school.  mama dah takde cuti lagi.  padahal boleh je ayah dia cuti kan.

then malam tadi, lepas dia tidur, seperti biasa dia akan bangun 2 jam 2 jam.  tp aku rasa badan dia panas gila.  terus aku kejutkan suami aku.  aku cakap panas badan dia.  aku mintak tolong dia amikkan towel basah, ubat bagai.  tengok jam kul 12 padahal tido td kul 10pm.  aku siap tampal cool fever lagi sekali. pastu aku lap lap badan dia. check temp. 39.7!!!  okay mood cuak.  sebab aku cuak kalau dah cecah 39 tu.  laki aku cakap letak ubat yg kt montot tu.  aku cakap je lah ubat tu kalau teruk sangat sampai 40.

aku jelah keep on lap badan dia.  lap lap, aku spray jugak guna spray iron tu.  haha. kemain lenjun lah kan.  pastu bukak baju kasi bogel.  kipas tu bukak laju laju.  haaa gitu nk bagi suhu turun.....

aku buat tu sampai umar tidooo balik....aku pun tido jugak, tido duduk.  terbangun aku cari port baik punyeee nk landing.  hehe.

tiap kali umar bangun nk menyusu aku raba badan dia.  okay sejuk dah.  tp aku malas gila nk bangun pakaikan dia baju.  so aku biarkan je.  cuma aku selimut je dada...

dan pagi tadi bangun................tadaaaa!!! alhamdulillah sejuk macam biasa.

dan aku pun pergi kerja macam biasa.

hantar nursery mcm biasa.

cuma aku pesan, kalau panas cepat cepat call aku.  ayah dia cakap, kalau demam lagi, dia nk amik umar, dia jaga anak kt rumah.  hehe...

 umar memang tiap kali nk naik bulan dia akan demam.  so dalam risau tu, tak delah risau berdengunggg...sebab tiap kali demam, memang suhu takat tu je.  dan memang demam nk bijak!!

Wednesday, April 10, 2013

umar muntah muntah

assalamualaikum

hari sabtu aku pergi office kejap.  sempena nk buat amalan 5s kt office tu, aku pun rajinkan diri kemas office pada hari sabtu.  gila kentang aku rajin kan...kemain tau semangat. pujuk suami suh dia jaga anak half day.  budak budak ni suh je aku bawak umar.  tp kang, umar tah ke mana, 5s tah kemana.  so biarlah mama enjoy je saturday at office sorang sorang.

sebelum ke office, aku semangat buatkan lempeng pisang.  omputih kata pancake.  haha.

pun aku sediakan half boiled egg 2 biji untuk suami.  motip kan.  kakakakaka.  sebenarnya tanda terima kasih sebab dia bagi aku merempit dengan kereta dia.  sebab kereta aku takde minyak.  aku isi minyak seminggu rm50 je uols.  tepat hari jumaat, milaege aku dah genap 300km.  dan pada hari jumaat jugalah, fuel bar tu tinggal 1 bar yg kecik tu je.  aku ni, mana reti nk isi minyak.  so apa apa jadi kang, meraung tak berlagu aku.  haha panggillah aku loser tak reti isi minyak pun takpe.  sebab aku malas.  aku ada laki nk tolong isikan.  aku pun ada ramai staff kt shell tu boleh tolong.  tu pasal kalau terdesak, aku pergi shell.  jangan haraplah aku nk pergi petronas.  kui kui kui kui....

kt office, aku call laki aku.  sebab dia tak call aku.  so aku ingat semuanya okay je kan.  then suami aku cakap, cepatlah balik.  ni anak tak makan lagi, td breakfast dia muntah.  aku macam alahai kenapa muntah ni.  tak sedap ke pancake mama buat...

okay aku balik.

sampai rumah, anak aku belum makan lagi sebab adik aku cakap ''haaa dah balik pun...lega''...ayat lega sebab tak payah suapkan anak aku lah tu.

aku masuk bilik.  tengok laki aku tengah mengemas katil.  dia cakap umar baru lepas muntah.  habis cadar.  aikkk..macam teruk je muntah dia tu...dalam penat penat balik kerja tu, aku kerjakan jugak cadar tu sampai selesai.  eh macam tak selari je dengan cerita sebenar.  laki aku kot yg betulkan cadar tu.  kakakakakak...okay next.

aku susukan umar sampai dia tido.  aku pun tido sekali.

dia bangun, aku suap dia makan. tp dia mcm tak mau makan sangat.  then suka buat macam tersedak tau. sebelum ni okay je makan even bubur tu tak blend pun.

malam pun sama tak berapa nk makan.
siap jerit jerit ni...

tido.

dalam pukul 2, dia bangun.  macam biasalah sumbat nenen terus tido.  tpi beberapa minit lepas tu, dia nangis lagi.  then sebab sebelum tu dah bagi kiri, dia tak mau.  dia nk kanan.  bila aku alihkan je kt kanan, bluweeeeeeeeeeeeeeeeekkkk..dia muntah....terus aku sepak laki aku suh dia bangun.  hahah kejam kan cara kejut laki.  sepak terus.  sebab gelabah kan.  ampun bang!!

dah lap lap badan.  aku kedepan amik ubat kembung ng ubat muntah.

bagi dia makan ubat.

tak sampai 5 minit aku suap ubat, dia muntah lagi.  macam ayak terjunnnnnnn.....kemain melimpah ruah.

habis cadar baru yg baru diganti petang tadi.

lepas dia muntah tu, dia terus tido.  tak menangis tak apa.  mata terpejam.  ala ala diluar kawalan gitu.  aku dah urut perut dia dengan minyak yuyi, aku kedepan bancuh ubat smecta pulak.  ubat yg untuk muntah muntah tu.  aku sumbat dalam 4ml.  alhamdulillah, tak muntah lagi pastu.

esoknya pun tak muntah muntah.  cuma takde seleras makan.

dalam hati fikir, ada ulser ke kt tekak dia.  sebab teringat kt group gojes tu, ciknaa cakap afiq ada ulser.  tp menyusu okay je kan.  cuma makan je tak nak. even aku bagi dia biskut pun dia main acah acah je.  demam pun tak.

hari isnin, aku pesan kt ticer.  kalau muntah cepat cepat call aku.  mula mula ticer kata macam tak boleh hantar umar ke taska sebab muntah muntah ni pembawakan viral. tp aku cakap dia muntah sabtu sekali dua je lepas makan lempeng.  takdelah muntah berpanjangan kan. 

alhamdulilah, hari tu takde call dari taska suh amik umar ke apa...

sampai harini takde muntah lagi.

selera makan pun dah naik balik.  siap ticer kata tak cukup bekalan.  suh tambah lagi makanan belah petang.  siap umar raihan pow awek dia si sara tu punye makanan.  eiiii tak aluuuu lah iyeee ni.....

so harini, aku buat breakfast oat + yogurt + mango fresh, lunch bubur + sup salmon, high tea oat + mango fresh. hahahahah..gigihnye siapkan tu semua pagi pagi...

Thursday, April 4, 2013

hilang penat bila anak selera makan, kan!

assalamualaikum


ramai kawan kawan tanya ''mana gambar makanan anak?  lama tak upload''.....

hehe...tak mo dah upload gambar makanan.  harith iskandar kata BIG L AT YOUR FOREHEAD!!.wakakakakakakakakka...

takdelah, memain je.  aku tak anggap pun loser kalau upload gambar makanan anak.  aku jadikan tu inspirasi untuk mak mak, kawan kawan aku untuk rajin berhomemade untuk anak.  aku kurang suka kalau mak mak main sumbat je makanan fast food / instant bagai.  tapi bagi aku, boleh je untuk satu situasi yg terdesak, tp bukan kerap.   macam aku, nestum memang tak lah untuk kt rumah, kecuali kalau pergi travel jauh jauh [travel dekat, still bawak bubur].  tp biskut milna tu aku ada bagi jugak.  situasi terdesak adalah ketika dalam kereta perjalanan pergi dan balik ke utem.  nk elakkan anak menangis, aku kasi dia biskut untuk ralitkan dia dari bosan.  tp kalau bubur mekdi ke apa semua tu, bukan masanya lagi lah.  MSGGGG uolsss...

kebanyakan resepi lauk pauk umar sekarang ni, aku main campak campak je.  yg penting kt rumah mesti ada ikan, ada ayam, ada daging aku dah siap frozen kan.  even semalam aku beli organic toufu, aku belah kiub, aku frozenkan.  so bila nk guna, aku boleh guna.  kalau aku tak buat camtu, just letak kt chiller, mesti cepat rosak kan...

stok sayur, brokoli, labu, keledek, tomato.  yg lain lain tu ada jelah untuk seisi keluarga makan.  so yg mana ada tu, aku main campak campak je masak. janji sedap kt tekak aku, tekak umar raihan.

so far dia tak memilih.  eh budak kecik pandai ke memilih????

cara aku masak sekarang, aku tumis [dengan olive oil atau unsalted butter] bawang segala masukkan sayur dan ikan @ ayam etc.  kalau perlu blend aku blend. dan aku akan masukkan dalam bekas kecik kecik untuk 4 atau 5 kali makan.  2 kali yg terawal tu, aku chiller je.  selebihnya aku naikkan kt frozen.  so untuk 2 hari tu, memang makan lauk yg sama.  esok esok lain pulak. gituwww....

aku experimen je uols...aku kn kretip metip!  over.

cuma semalam, ticer umar raihan cakap ng aku ''saya suka suapkan umar makan. licin puan...''..

agak pelik kt situ.  kt rumah kemain susah lagi nk licin.  tp kt nursery ticer kata siap dia korek korek nasi tu, siap anak aku ternganga lagi nk lagi nk lagi nk lagi.  hahaha

perasaan aku...indahnya......best mak masak ye nak.....

makin semangat aku nk memasak untuk anak...

hilang penat berkejar kejar siapkan bekal dia pagi pagi, nk mandi, solat subuh bagai. 

hilang penat balik kerja bersilat kt dapur yg panas tu nk sediakan lauk untuk umar raihan. 

hilang penat mak nakkkkk.....

pagi tadi...aku saksikan sendiri anak aku makan kt nursery dia tu.  aku sengaja tunggu sampai cikgu dia serve.  kalau bekal pagi aku pesan tak payah panaskan, sebab pagi tu memang dah panas kan.  so ready to serve jelah oat tu.  mula mula umar raihan mengendeng dengan aku.  ticer panggil pun buat tak tau.  tp bila dia nampak bekal hijau dia tu, slowly dia pergi kt cikgu dia.  pastu cikgu suap, kemain lagi bersemangat.  hahahah comel lak. 

cikgu tanya apa benda ni, nampak sedap.  aku jawablah oat + jagung + kurma.  cikgu cakap, kita pun tak pernah makan oat. tak pernah terfikir nk campur segala.  hahahaha...cikgu, saya pun tak makan cenggitu.  tp anak saya makan.  saya makan oat dengan milo je uolsss....

okaylah uols....rajin rajin lah masak untuk anak.  senang je kot makanan anak ni.  tak payah fikir masin, masam semua.  dorang bukan tau pun kita tak letak garam.  insyaAllah makanan yg kita buat tu, hasil air tangan kita akan membawa keberkatan untuk anak kita.  basuh beras, berzikir.  berdoa semoga anak kita tu lembut hati.  masak dalam dapur yg panas, kena senyuuuuuuuuuuuuuuuummmm....semoga Allah akan memberikan ganjaran syurga kepada kita ibu ibu ni sebab memberi yg terbaik untuk anak.  doa doa juga, usaha kita bukan setakat anak pertama je.  doa semoga kita sihat dan bertenaga nk buat yg sama pada anak anak yg lain. 
makanan yg kita masak ni lagi bagus tau sebab airtangan kita.  kalau pengasuh yang masak, nanti anak teringat kt pengasuh je. 

alaaa uols...bubur je pun.  ada pe hal nk memasak.  bukan renyahhhh pun...tak payah lah suruh pengasuh buat.  kita kan omak dioooooooo.....

ni aku share 2 resepi.  dah share kt facebook.  tp share lagi sekali sebab sedap sangat!!!  rugi tak cuba, sebab kalau cuba mesti anak uols pun makan licin macam umar raihan.


 Creamy salmon + brocolli. 
Tumis bawang dengan olive oil. 
Masuk brokoli. 
Masuk salmon. 
Masuk fresh milk. 
Masuk serbuk ikan bilis. 
Pastu tunggulah sampai ikan masak, sayur dah empuk. 
ikan tu hancurkan macam tu je kalau dah masak.  brokoli pun sama.  tp kalau keras jugak, blend.

kes aku:  aku cuma amik brokoli je masuk dalam blender.  aku blend sekali pusing je sebab dah empuk kan.  then aku masukkan balik dalam ikan tu.  

 

bubur + jagung + kurma [boleh ganti dengan oat]
jagung yg frozen tu rebus atau stim 10 minit.  
kes aku:  aku rebus
dah masak, aku blend sekali dengan air rebusan tu sikit.  lepas tu masukkan fresh milk agak agak lah berapa banyak nk letak.
dah hancur, sila tapis.  sebab serat dia takkan hancur.
kendian, frozen kan.  so boleh tahan lama.  
kurma, bila nk serve aku rendam 2 biji dalam air panas.  pastu sagat dengan penapis.  
ready to serve!!!


okaylah.  got to go.  ecehhhhh...




Tuesday, April 2, 2013

i keek u!!!

assalamualaikum

hahahah...

umar raihan dah pandai pok amai amai kemain lagi suka nau menepuk tangan.  comel kot.  patutlah kalau anak dah pandai pok amai amai, kemain mak mak suka...ini feeling dia ghopenyeee....

tapi kan, umar raihan pandai pok amai amai sejak dia tengok video amani anak si intan norazam tu...aku bagi tengok terus dia pandai tau...kemain lagi gedik nk ikut anak dara kan....

aku memang suka tunjuk gambar & video anak korang kt umar raihan.  kang dia sengih sengih.  bila aku tunjuk, kalau aku tau nama dia aku sebut lah.  macam rafif anak si mimi, aku tunjuk lah ''ni rafif umar...kawan...''...kalau yg takde nama tu, aku tak kenal aku cakap je ''umar, kawan kawan...''...kang dia sengih...takpun ''errr...errrr''...hahahah

nk dengar suara aku yg garang...cis mimi!!!!  ikutlah aku kt keek nun. apa yg orang lain nk install, aku pun gedik nk install gak kan...

follow je ettykamal.  macam tak biasa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails