:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, May 22, 2013

orang melaka memang gini, tp baik hati tau...!

assalamualaikum
  
''........................Orang Melaka Cakap Kasau?

Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?

Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra.

Macam kami katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak “orang Melaka celop” yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu……

“masuk kandang kambing mengembek”
“masuk kandang rimau kena la mengaummm”

Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Kami merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

Bagi kami juga bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?

Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, “kalau tak kenal maka tak cinta”. Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu-satu masyarakat, kita kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah yang digunakan. Contohnya, yang sekarang saya nak cakap berkenaan Istilah & bahasa orang Melaka yang selalu mereka gunakan, lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak. Memang alamat riuhla…..

Kalau ada yang tertinggal, tolong bagitau ye di bahagian komen….. Nanti kami updatekan di sini. Contoh bahasa & istilah orang Melaka :

1. Kensal : Tuala

2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”

3. Kahau : Cakap kasar

4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….

5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).

6. Berboko, barah, cekik : Makan

7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………

8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).

9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?

10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)

11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.

12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)

13. Gobok : Almari

14. Membongkang : tidur yang amat lena

15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau

16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)

17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas

18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah

19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?

20. Lopak : Pencil box

21. Beledi : Baldi

22. Lemari : Almari

23. Lebang : Pemalas

Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja sebenarnya. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza. Bagi orang Melaka yang duduk sekitar kawasan Alai, Bachang, Klebang dan Ujung Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya. Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :

” Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !” (Sabar…… tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka)

Admin : Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang Melaka nampak sahaja “kahau”, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka sebenarnya.
 
Tekan butang `SHARE' ............................'' credited to facebook - Negeri Melaka


aku mula menetap kt melaka tahun 2002.  lepas SPM.  tp masa tu, mak, adik adik aku dah lama tinggal kt melaka.  aku je lambat ngikut.  time tu aku dok kt bagan datoh, perak dengan arwah embahtok & embah lain - bahasa jawa.  atuk nenek aku. 

tinggal pulak area pokok mangga.  haaa kalau korang baca artikel yg aku credit dari Negeri Melaka fb tu, taulah area pokok mangga tu camne gayanya.

dulu mana ada kereta nk ke mana mana.  pergi bandar, naik bas.  tunggulah aku kt bus stop pokok mangga tu.  naik bas nombor 18, plat kuning.  kalau ada teman menunggu, makcik makcik yg dari pokok mangga tu.  taulah mulut masing masing camne kan. 

oleh sebab komunikasi begitu, aku pun terikut ikut dengan percakapan orang melaka.  kejap je terel.  hahaha bab mencarut ni memang cepat je belajar kan.  kakakakakak...

bila dah kerja di area melaka, haaa lagilah kan.  memang akan bergaul dengan pelbagai jenis umur dan bangsa. aku pernah kerja kt kedai jamu kt ocean jalan hang tuah. pada yg tak tau, situlah org gelar jakarta malaysia.  sebab ramai gila indon kt situ.  tp masa aku kerja situ tahun 2002-2003, ocean tu kira happening lagi lah.  skrg dah tak best.  kedai jamu tu pulak memang kt depan.  depan tu pulak banyak taxi parking.  dah tempat taxi kan.  haaaaa bergaul lah aku dengan pakcik pakcik taxi tu.  dari pelbagai pelusuk pakcik taxi tu datang.  masjid tanah, bachang, cina, melayu india, semua ada.  so bertambah lagi kenalan aku.  kadar carutan pun meningkat.  kui kui kui...

aku mula mula pun macam tak boleh terima cara dorang bercakap sesama mereka.  aku kan orang perak.  orang perak ni macam lemah lembut sket kot.  sopan santun. hew hew

mula mula banyak lah sentap wey dengan pakcik makcik ni.  mcm pening kan, cakap tah apa apa...tp lama lama dah boleh terima memang gaya gitu deme deme ni bercakap.

lama-lama aku dah boleh terima yg orang orang melaka ni memang bercakap kasar, tp baik hati.  kalau pergi kenduri, memang riuh.  tp semangat kerukunan tu tinggi.  bergotong royong sesama penduduk.

okay macam aku.  cara aku cakap ''aku kau'' je.  even dengan orang yg lagi tua dari aku....ni aku kasi contoh ekkk...

''kak, ko nk kirim beli makanan ke?  meh aku belikan''....

tengok.  walaupun berAKU KAU dengan kawan yg pangkat kakak dengan kita, tp still ada KAKAK tu kan...

dah memang gitu cara orang melaka cakap...so tak payahlah sentap sentap....begitulah cara kami bergurau senda.  dan juga nampak mesra....percayalah, bila korang di kalangan orang melaka dengan gaya cakap camtu, mesti mudah mesra macam dah kenal lama...

tapi aku faham, ada jugak segelintir yg tak boleh terima cara percakapan yg kasar.  macam sesetengah negeri tu memang cakap lembut kan, contoh mcm negeri pahang.  koi koi...
so bila pahang bergabung dengan melaka, ada yg memang tak boleh masuk...

terpulang pada masing masing punya penerimaan.

sapa yg kenal aku taulah aku camne kan...cakap memang kasar.  tp tah....terpulang lah kt korang...

tapi pada sesiapa [yg lebih tua dari aku]...aku dah terpanggil kau aku kau aku tu, kalau akak akak terasa tersinggung, kita mintak maaf ek...tp tu lah caranya kita bergurau dan rapatkan diri nk beramas mesra...jangan risau, hati kita baik.  ewah...




info credited to Negeri Melaka fanpage @ facebook

Monday, May 20, 2013

makanan umar raihan

assalamualaikum


nk update tak tau nk cerita pasal apa....tp cerita jelah pasal makanan umar raihan.  tu je topik yg buat mama dia ni excited.  yes, when it comes to umar raihan's food, mama cukup excited.  tak tau knp.  kalau kat office bertanya pun, mama senang hati nk menjawab.

tp tak lah sepanjang masa.  ada jugak waktu waktu nya aku rasa annoying.  annoying bila orang yg sama, bertanyakan hal yg sama berulang ulang.  tp mcm biasa, aku diam je.  haha.
ni last week punya meals.  pagi makan cek mek molek, petang makan oat buah.  oat tu nk gantikan yogurt, so mama letak puree kurma.  dragon fruits tu suppose warna purple kan, tp kt mydin takde.  bedal jelah.  umar pun tade hal makan dragon fruits putih.

sian umar, asyik asyik breakfast yg sama.  aku pun kadang kadang naik boring prepared benda yg sama.

  • cekmek molek tu aku isi dengan puree kurma dalam tu.  takde tambah tepung sebab mmg nk makan camtu je.  kalau nk goreng, tambah lah tepung sikit.  tp hari tu aku tambah tepung sikit je pun, dia serap minyak.  sebab tepung sikit sangat kot...

so hari tu, hari jumaat kt jusco aku beli mee suah!!!  hahaha semangat tau nk masak mee suah ni hari sabtu hari tu.  tp takde gambar makanan tersebut.  ada gambar mee suah ni je..

ni kt jusco ada jual pack kecik.  rm1.60 je tak silap.  ada tanda halal jakim lagi.

cara aku buat, aku masak salmon jadikan sup.  bila ikan dah masak, aku masukkan mee suah ni.  meeh ni kejap je masak.  dan dia akan kembang.  pastu ngap..dengan aku aku sekali ngap!!


dalam bungkusan ni ada 4 ketul.  masak sabtu hari tu 2 ketul je.  molek molek untuk 2 kali makan.  dengan mama join sekali.  so balance ni ingat bolehlah buat bekalan umar raihan ke taska....


aaaaaaaaaaa....mengantuk!!!!!

Monday, May 13, 2013

umar raihan 11m & hari ibu

assalamualaikum

semalam tanje genap 11 bulan..subhanallah...cepat je masa berlalu kan..teringat dalam pantang hari tu, cepatlah masa berlalu sebab umar raihan kuning lama sangat.  tak sanggup nk tengok dia menangis amik darah.  masa tu doa cepat lah kuning hilang.  tup tup, dah 11 bulan dah...kalau pergi klinik, kena perli je dengan nurse KD tu.

''ni haa budak kuning lama sangat''....hahhahahhahaha

jatuh pada hari ibu, so lagi rasa seronok.  tp takde hadiah hari ibu pun dari ayah.  kang kalau mintak, mesti dia kata ''ko nk apa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii????''.  so baik diam diam.  faham faham jelah hadiah birthday hari tu, sekali ng hari ibu.

tp sebenarnya on the way dari tampin nk balik melaka, ada gak aku bersuara...''u tak wish pun kan hari ibu kt i''..dia balas ''takde hari ibu, hari hari pun hari ibu tau...'' yelah tu.  padahal malam sabtu tu tanya nk bagi apa kt mak dia.
pastu aku meroyan gak tanya mana hadiah hari ibu. dia jawab, tak sedar ke i dah bagi hadiah kt u...tu i gosok sendiri baju keje i, sebagai hadiah lah tu.  i nk bagi u rehat.  cukuplah sekadar hadiah tu. nanti balik melaka, u boleh rehat yeee...

cisssssssssssssssssssssssss.....

walaupun begitu, betul jugak tu.  sampai rumah dengan umar raihan menangis tak boleh diletak, sedikit sebanyak membantu aku rehat gak.  sampai rumah, suami aku tolong masak lauk umar.   terima kasih yang......

eh eh sebenarnya nk cite pasal anak yg dah 11 bulan.  bukan cerita hal laki bini ni...

umar dah pandai apa ek?

1.  berjalan belum lagi. takpe nak, take your time...merangkak ni pun mama dah semput, takpe takpe...tak paksa...

2.  separation anxiety yg sangat lah...............................................takpe, aku enjoy the moment yg dia perlukan aku sebagai pelindung, penyelamat.  walaupun aku ni garang, dia tetap cari aku kalau dia menangis.  sekurang kurangnya, dia tetap tau kita ni mama dia kan....kalau hantar sekolah pagi pagi pn, dah mula menangis bila beralih tangan ke cikgu. dari luar dengar dia menangis sangatlah meruntun hati okay.

3.  kalau aku marah dia, dia dah pandai sorok muka kt bantal.  pastu mata jeling jeling.  kalau aku buat jelingan maut, dia sorok lagi muka kt bantal.  pastu aku gelak sebab rasa comel sangat kenapa ni nak oiiiii...

4.  dah pandai jerit jerit kalau dia marah..aiyooo takkan terikut perangai mama kot.  tapi ni mesti sebab ayah dia selalu peluk sampai buat dia marah.  so tu je cara dia luahkan perasaan kan...

5.  suka kalau time merangkak ada orang ajak dia main kejar kejar.  tergelak terkekek kekek tau...

6.  dalam proses membaling barang...puffffffffffffff..streess omak eh ni hp kena baling je...tengah sedap sedap tengok miska muska, dia boleh baling bawah katil..adoyai....

7.  turun katil dah pandai.  tp kalau terover slip tu, mama pandang buat tak tau je.  haha sapa suh laju sangat....kui kui kui...

8.  selera makan still macam dulu.  maksudnya, kuat makanlah.  mama suka.  sebab mama suka masak lauk umar dari masak lauk ayahnye.  hehe.  umar pun dah start makan nasik org besar.  dah start makan kicap sikit.  ikan goreng sikit.  tu lah padahnya kalau mengacau mak nye makan, so dia pun makanlah apa yg mak makan.  umar ni aku perasan, dia suka makan kalau aku suap dia guna tangan. kalau guna sudu tu mcm main main.  tu yg aku suka suap dia nasik.  dia duduk je depan aku tau.  agaknya berkat air tangan aku masuk dalam mulut dia kot.  alhamdulillah, dia masih makan apa yg aku masak.  sesekali ayah dia tolong masak.  bukan orang luar...

9.  suka kacau time orang solat.  pastu tonggeng tonggeng.  dia pun nk solat sekali.  haha.  dengar dengar ada orang belikan umar sejadah.  bila tah nk dapat.  ahakssss...

10.  almari dah kena ikat.  kalau tak bukak katup, bukak katup.  paling risau sebenanry bukan sebab dia punggah tupperware ke apa, risau terkepit jari tu...

11.  nk pujuk dia diam dalam kereta, pasang cd nasyid.  senyap lah kang.  tp cd tu dah rosak. so dengarlah dia membising dalam tu.

12.  paling suka kalau mama ajak tengok bird.  pastu mama buat bunyi bird.  chirp chirp...terkekek kekek ketawa pun mama tak faham knp.  haha.

13.  ada permainan baru.  aku cakap ''kereta mama, kalernya putih, kereta umar kaler aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapa?'' terus aku cuit idung.  pastu kang dia jawab walaupun ''haa''...then aku cakap pandai.  once cakap pandai, otomatik dia tepuk tangan.  next question, dia tunggu aku habiskan soalan apa tu smbil mata lirik kt aku.  hahahahah comel comel.

14.  kesukaan aku.  bila dia dah habiskan makanan, aku akan cakap.  ''yeay dah habis..pandai...good boy''...kang dia tepuk tangan..good boy baby mama...

15.  suka join mama tengok segram.  tengah aku kusyuk scroll segram, tetiba kang menyelit kt ketiak aku diam diam.  so ajak jee join sekali...

16.  kalau dia kt bawah [lantai] nk ajak tido senang je.  tunjukkan susu dia.  terus sengeh sengeh nk naik katil.  senang kan.  tu tanda dia obses gak.  kahkahakhakkakakah

17.  posisi menyusu makin extreme. 

18.  gigi baru muncul 3 minggu lepas.  gigi bawah.  tp masih behave lagi, good boy tak gigit mama dia.  naik gigi ni, tak demam.  tp naik rashers terus kt leher pelipat.  dah macam ezema.  tp lama lama surut lepas aku letak vco. 

19.  berat tak tau berapa kg.

20.  baru amik 1st dose pneucoccal.  demam esoknya.

tu jelah.  tak ingat lain.


dah hensem hensem nk pergi kenduri kawin kt serting...jauh perjalanan....umar ni aku perasan kalau duduk belakang kereta, susah sgt nk behave.  kalau duduk depan, dapat ekon tu, kemain baik lagi...letih oi nk dukung dia semalam...


sebelum gerak...baca buku..


sabtu malam ahad, ktorg kuar makan makan.  mula mula kn nk pergi windmill.  tp tak jadi.  so ktorg pergi kt pak putra roti nan. sedap okayyyy.....

nama je dok melaka bertahun, tp baru tau ini kalilah....


dapat snap gambar tandoori chicken je.  memang terbaik aahhhhh....

sebab kan 2 hari sebelum tu aku dah makan nan cheese, so malam makan ramai ramai tu, aku order garlic lak...tp cheese gak yg terbaik lah...

malam tu, suami aku makan masala chicken, aku makan apa tah...tandoori semua adik adik dan mak aku yg order...


umar raihan makan ni je uols...hehehehehheheheheh....
  
sapa sapa yg datang melaka, moh le pak putra nan ni.  kt taman kota laksamana.  best...gerenti teringat ingat...

 





Friday, May 10, 2013

10:05:2013 - happy birthday to me!!

assalamualaikum

harini birthday aku.  belum lagi 3 series.  masih lambat nk ke sana.  hahahahhahahahahahaha....


ni hadiah paling berharga....takkan dapat hadiah yg paling best lagi. walaupun dua dua orang ni banyak betul peel nye...yg selalu buat mama jadi kak limah. tp mama sayang korang sangat sangat...

mama sayang ayah, sebab ayah belikan mama rantai.  wakakakakakkakakakak.

mama sayang umar, sebab umar good boy.  

tak tau nk request sambut birthday kt mana.  tahun lepas kt windmill.  tahun ni adik cakap nk smbut hari ibu kt situ. tp bila aku bagitau suami, dia cakap, tak mau pergi kedai cina.  nk pergi kedai melayu.  pru punya pasal lah ni.  hahahahhahahahah *melepas lamb chop!

mmm terima kasih kawan kawan yg wish birthday.  sayang korang!!!

Wednesday, May 8, 2013

umar raihan: Pneumococcal first jab & sedut kahak

assalamualaikum

alhamdulillah, dah selamat cucuk umar raihan.  vaccine pneumococcal.  tah camne eja.  haha.

vaccine ni dari pengeluar vaksin GSK.

harga rm220 per jab.  ikutkan umur umar raihan, dia kena amik 3 kali.  

aku amik kt poliklinik wahidah, kota cemerlang, melaka.  klinik ni memang general clinic, tp khusus pada wanita dan bayi.  kalau pergi malam, memang ramai pregnant lady ng baby jelah.  doktor wahidah ni best, soft spoken, tu yg ramai selesa dengan dia kot.
so kalau sesapa yg pregnant area melaka, boleh consider klinik ni untuk buat routine check up ataupun saje saje nk check up.  scan 4d pun ado...

terjumpa pulak awek lama yg dikenang kenang ni.  tasnim eryna.  anak officemate aku je ni...klinik ni panel utem, tu yg terjumpa awek tasnim ni.  dia demam.
umar tu nk turun kerusi je tau.  tak boleh dok diam...


jadual next injection. doktor wahidah kasi tempoh bertenang 2 bulan.
suppose kena inject masa dia 12m.  tp masa tu ada mmr.  so rehat lah.  takkan nk inject 2 kali kan, kesian tanje mama tu.  so next 13m dan 15m.  sempat lah kumpul duit time tu kan.  hehe...


buku biru ni jangan dilupakan ye.  buku ni dapat pada sesiapa yg bawa baby check up kt KK sahaja.  bawak je untuk doktor yg bagi injection tu, letak note kt situ. 

tanje demam.  syian ghie....takpe, bagus sebab kuatkan lagi immune dalam badan tu.  yeke?  hehe.  demam kejap je ni.  memang biasa umar akan demam lepas cucuk.  so takde apa nk dirisaukan.


semalam mama amik cuti.  sebab nk pergi sedut kahak umar.  ni pun suggestion dari kak mimy hamid.  kak mimy cakap, keluarkan kahak degil.  

okay kt melaka ada pusat fisio.  nama dia fit fisio.  kt bukit beruang.  depan balai polis tu.  

aku buat appointment kul 930.  tp sampai kul 10.  hahah.  ada rzeki sebab dorang dah nak pergi house visit.  kui kui kui...

prosedur nya sangat lah menyedihkan dan meruntun hati seorang mama.  tp demi nk baik, biarlah anak tu menangis sekarang dari kita yg menangis kemudian hari. aku tahan je mata ni dari menangis dengar anak meronta ronta camtu.  lagilah bila pandang mata dia, seolah olah dia cakap ''mama, tolong umar...sakit''...ahhh sedih pulak bila taip ni.  tp aku cekalkan hati.  bila aku tengok kahak tu jatuh kt bekas dia tu, lega hati aku.  at least aku fikir tindakan aku ni berbaloi.  takdelah menyakitkan anak tanpa sebab kan.

suami aku dok kt depan.  dia memang tak sampai hati nk tengok anak dia camtu.  tp bila umar dah teriak kuat sangat, dia datang jugak kt ktorg.  aku cakap pergi depan, jangan tengok.  kang kena sepak terajang lak staf fisio tu.  hahahah.  tp bila dia tengok kahak tu keluar, muka dia nampak cool down.  

umar pun, lepas je selesai sedut tu, dia takde nangis lagi. dia menangis sebab tak selesa masa sedut tu je.  kalau sakit, mesti lepas tu pun sakit dan menangis kan.  siap boleh gelak gelak lagi ng staf fisio tu.

alhamdulillah, takde yg teruk pun dengan kahak tu.  kahak yg keluar, warna putih.  selama ni ingat warna hijau, kuning je tau...tp alhamdulillah..putih.  means takde jangkitan.  

sedut kt hidung paling tak puas hati.  sebab takde yg keluar.  padahal kt hidung lah bunyi tu tak hilang hilang...tension aku...!!   aku nk keluarkan hingus yg degil tu.  dia ada dari umar lahir lagi..sian dia time menyusu bunyi bunyi tau...

dalam kereta, elok je umar pegang stereng kereta, main ngeng ngeng ngeng.  hahahahahah.  good boy betul.  aku susukan dia, pastu dia tidur.  ktorang singgah mydin pun dia tidur.  aku berbabywearing guna kain batik tu lagilah dia nyenyak kan.  happy shopping ktorg.  hahahah...
 balik mydin baru dia bangun.  tu pun tido balik.  agaknya dia selesa kan kahak dah takde.

okay tu jelah cerita cucuk Pneumococcal [aku copy paste dari gsk web.  hihi tak reti eja].  dan cerita sedut kahak.....insyaAllah kalau teruk lagi kahak tu, memang nk pergi lagi.         

tips masa nk sedut kahak tu, jangan bagi anak minum dan makan 2 jam sebelum pergi sedut.  kang dia muntah lagi kesian.  semalam umar pun aku puasakan sekejap.  alhamdulillah tak muntah.  just muntah kahak je.  adoyai kesian lak bila ingat balik.  

  

Monday, May 6, 2013

vaccine pneumococcal untuk umar raihan

assalamualaikum


alhamdulillah...dalam kalut kalut peristiwa sedih terjadi antara kami geng gojes last week, banyak sebenarnya hikmah yg kami dapat. pelbagai info dikongsi bersama.

paling best, pasal harga emas. kekekeke  pasal vaccine pnemucoccal.

kak erin cakap, paeds yg merawat arwah aqil, suggest untuk amik vaccine tambahan ni.  so kak erin share sama sama ng ktorg.

biasalah, bila dah jadi camni, baru kita kalut nk gali ilmu kan.

nasib baik lah geng gojes takde anti vaccine.  kalau group lain, mampus kena bambu. wahahhahaha...

dulu masa umar mula mula masuk taska, memang plan nk amik.  tp lama lama, hilang camtu je plan tu.  bila dapat tau camni, baru nk fikir balik.  padahal dah nk setahun dah umar raihan tu.  tp better than late...umar tu dok nursery.  batuk selsema pun susah nk baik.  so memang kena vaccine ni.

lagi satu, kak mimy suggest untuk sedut kahak.  sakit ke anak tu, sedut jugak kahak degil tu.  umar ni lagilah, dari kecik memang ada bunyi pernafasan tu.  doktor kata sedut tak habis masa dia lahir hari tu.  so kawan kawan cakap, biar dia nangis sekarang, dari kita menangis kemudian hari...ada jugak betul nya tu.










dan malam ni, memang kami laki bini nk bawak umar inject tu.  nk pergi ke panel je.  kot kot cover ke kan....

lepas tu, esok sedut kahak kt pusat fisio.

esok pun dah apply cuti.  dah bagitau bos dah nk sedut kahak anak.  alhamdulillah sangat sangat, dapat bos yg memahami nk luluskan cuti tergempar ni.

umar raihan, maafkan mama ng ayah sebab amik keputusan nk sedut kahak awak.  mama tau ada sikit sakit.  tp biarlah sakit tu sekarang dari awak sakit kemudian hari.  mama ayah buat semua ni untuk kesihatan umar raihan.  mama sayang umar raihan.

doakan semoga perjalan sedut kahak tu berjalan lancar ye.

btw, nanti i update kt gojessss ye uolsss..........

Sunday, May 5, 2013

Aku nk belajar bersyukur

Assalamualaikum

Aku cuba untk jadi seorg ibu yg mempunyai tahap kesabaran yg sangat tinggi.

Aku cuba untuk tak nak marah marah pd umar raihan, membebel benda yg mengarut, mengeluh ckp penat kalau dia bangun malam terlalu kerap. Cukup.
_
Aku hanya nk ucap, penat itu sangat manis. Manis untuk aku sebagai ibu. Bertuah aku diberi peluang mempunyai anak dari rahim aku sendiri. Bersyukur sebab bukan semua wanita diberi nikmat tu.

Aku nk behenti mengeluh atas keburukan suamiku. Aku hanya nk bersyukur aku ada suami. Baiknya dia, buruknya dia, Allah dah pilih aku sebagai isteri dia. Bersyukur dapat nikmat jd isteri berbanding orang lain.

Aku takmau lg melawan cakap suami aku. Rasa berdosanya lahai.

Aku nk belajar bersyukur atas nikmat yg Allah dah bg pada aku, suami dan anak. Suami yg boleh bimbing dan sama sama ke syurga. Anak lelaki yg harapannya boleh menjaga kami hingga akhir hayatnya.

Aku nk menjaga amanah ini, pinjaman ni.

Semoga aku diberi pinjam amanah ini dgn lebih lama lg ya Allah. Masih belum puas berbakti pada suami, masih belum puas mendidik anak ini.

Bagilah aku peluang lebih lama lg untuk menjadi isteri untuk suamiku. Untuk aku menjadi mama kepada anak anakku.

posted from Bloggeroid

Saturday, May 4, 2013

Al fatihah untukmu aqil hamzah

Assalamualaikum

Malam tadi otw nk ke kereta, nk balik tampin dpt msg wechat dr anis, sahabat dr group gojes.

"etty dah tau ke?"

Sikit lebih kurang lah ayat tanya tu. Ah,aku dah mula tak sedap hati. Masuk kereta keluarkn hp, mulut ckp ng suami "i rasa mcm anak kwn i tu------" paham2 jelah.

Sekali tengok je group chat gojes, mcm nk gugur jantung ni tau. Baby aqil hamzah dah meninggal lebih kurang jam 7pm hari jumaat!

Ya allah besarnya dugaanmu pd sahabat kami erina. Mampu kah dia menanggung kesedihan kehilangan cahayamata mereka ini ya allah---

Aku terus menangis bgtau kt suami "yang, baby tu dah meninggal"

Kemudian kami senyap.

Aku peluk umar raihan sambil airmata ni laju menitik. Suami tanya beberapa soalan aku jwb tesedu sedu je. Aku peluk peluk peluk peluk umar. Umar pulak mcm faham je tau. Dia diam je.

Bila dah redha, dpt pulak wasap dr eena. Dia ckp dia sedih pas2 tengah menangis. Aku pun apa lg, join nangis sama. Hehe

Ya allah, rasanya baru je semalam aku meminta kalian mendoakan yg terbaik untk aqil hamzah. Tp harini, dia dah pergi tinggalkan kita.

Alhamdulillah ukhwah bukan takat kt group je. Tp lebih dr tu.

Kawan kawan gojes yg dok area shah alam pergi melawat erina. Ada wakil dr kami. Kak mimy, kak erin, mommycha dan beberapa kenalan yg aku tak berapa ingat. Maaf ye.

Update dari dorg, dorang ckp erina tabah tau. Masih bley senyum. Dorg cite,erina dah redhakan pemergian aqil hamzah. Waaaa sayu hati i-

Ya allah, kau berikanlah kekuatan dan ketabahan kpd erina dan suami untk meneruskan kehidupan tanpa aqil hamzah.

Kau murahkanlah rezeki mereka sekeluarga.

Kau tempatkanlah aqil hamzah di dalam syurgamu ya Allah.

Perkenankn doa kami. Ameee
posted from Bloggeroid

Friday, May 3, 2013

doakan untuk aqil hamzah & erina...

assalamualaikum

2-3 hari ni, ramai betul anak kawan kawan blogger sakit.  sayu je hati bila dapat tau, anak si dia demam.  anak si dia cirit birit.  apa lagi yg mampu kita buat sebagai kawan blog, kawan dalam group selain mendoakan agar anak anak itu cepat sembuh.

semalam, satu lagi berita tergempar kami terima daripada group gojes mummy. sedihlah aiiii....

even aku tak pernah pun jumpa erina.  tp kami contact kt group gojes tu je. once tau berita aqil, anak erina admitted sebab demam dan skrg kt ICU HKL, hati mak ni sayu je.  bila dah jadi mak mak ni, anak orang pun kita rasa macam anak sendiri tau tak...

kitaorang suggestkan kalau sesiapa yg nk melawat erina kt HKL tu, bolehlah wakilkan gojes kan.  kalau nk kita buat derma kilat.  alhamdulillah ramai yg menyokong.

kak mimy hamid wakilkan gojes untuk melawat erina & baby aqil hamzah. 

alhamdulillah, ramai yg sayangkan erina & aqil hamzah.  walaupun saling tidak mengenali secara langsung, ramai yg membantu.  terharu tau.....

btw, terima kasih lagi sekali kak mimy sebab wakilkan kami untuk melawat erina & baby aqil.  terima kasih kerana menyampaikan amanat kawan kawan lain.

erina, kami tau, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.  kami doakan awak sekeluarga diberi kekuatan untuk menerima dugaan ini.  Allah sayangkan kalian. 

baby aqil, cepat sembuh ye nak.  acik kt sini doakan aqil kuat melawan sakit tu. 

untuk kawan kawan lain, marilah kita doakan semoga baby aqil hamzah sembuh macam biasa, boleh keluar ward, boleh balik rumah dan main main dengan sihat.  semoga dijauhkan dari penyakit yg berbahaya.  semoga dilindungi Allah selalu anak kecil ini...ameeen...

tengahari tadi, shazura pulak pergi melawat erina.  alhamdulillah. ramai yg concern.  kalau lah mama umar raihan ni dekat, dah pergi dah....

ya Allah kau sembuhkanlah anak kecil bernama aqil hamzah ini ya Allah.  janganlah kau duga si kecil itu dengan kesakitan.  janganlah kau duga ibu bapanya jika mereka tidak mampu mengharungi dugaan dari Mu ya Allah...

kau lindungi juga anak anak kami ya Allah...berikanlah kesihatan yang baik untuk anak anak kami....

ameennnnn....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails