:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Showing posts with label hari kejadian. Show all posts
Showing posts with label hari kejadian. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

review :: wedding decorator

hello hello

wedding decorator (wd) ktorang jiran najib je. memang business bridal ni. KENCANA SARI ENTERPRISE. nk contact number, do email me at ettykamal@gmail.com atau post comment entry ni. i will get back to you asap! *bukan bagi asap....

well mereka ini adalah specialist dalam menguruskan majlis perkahwinan dan juga menyediakan service PA system, live band dsb.

available dari mana ke mana, korang kena contact kencana sari ni dulu ye. tapi memang they all based in tampin......


okay, kami menggunakan khidmat kencana sari dari segi:



1. LIVE BAND / CAK LEM PONG


insyaAllah, suara penyanyi sedap sedap belaka.

alhamdulillah, pemilihan lagu adalah yang terbaik. instead of lagu moden, aku suka lagu tradisional, keroncong & sesuai dengan perkahwinan semi formal macam majlis kami.

suara penyanyi tak terlalu nyaring. just nice.

i think, tetamu semua enjoice the moment!



2. WEDDING ATTIRE FOR GROOM & BRIDE

buatnya dengan tailor, tp kira sewa dengan kencana sari ni lah....


for bride, tudung & kasut je my own. yg lain kencana sari yang punya...hahahahaha. * macam ahmad albab pulak bunyinya...

for groom, fully baju melayu sendiri punya. rented vest, sampin, tengkolok & keris je.



3. HALL DECORATION


sempat captured masa rehearsal hari khamis.


the hall turns so wallah.....!!

btw, kerusi meja punya alas tu, caterer yg punya. will confirm it later.....



4. PELAMINAN


sebelum.....


selepas...

hoyeeeeeyyy.....kami memperuntukkan jumlah yg banyak kt pelamin. jadinya kena habiskan masa kt pelamin ni habis habisan!

yes we did it.

syukur hujan petang tu, jadinya, tak henti henti tetamu nk bergambar atas pelamin nan indah ini......

worth it okay.....haha....

ramai kata, pelamin kami antara yg tercantik pernah dibuat di tampin ni....

hihi....dah bayar mahal, tak cantik jugak tak tau lah kan....

alhamdulillah, the WD tau dan faham apa yg aku nak.

bila dia tunjuk draft gambar pelamin, aku tukar itu ini, WD tanpa banyak tanya terus ikut cakap aku. tapi, takde apa pun yg aku ubah. sikit sikit je.
at first WD suruh pakai kerusi asing asing. tp aku request kerusi tu. so dapatlah seperti di dalam gambar. boleh posing manja manja sikit.

actually aku tak suka sangat pelamin panel. tp bila tengok depan mata, pelamin aku yg sangat wallah ni, aku terus suka!!! tak banyak songeh pun aku kan....ngeh ngeh ngeh.....



5. MEJA MAKAN BERADAP



nothing to complaint. everything nampak sempurna!!


6. WALKWAY & ARCH

kami gunakan bunga plastik je. takde fresh flower bagai. membazir.


what else to say, kencana sari well recommended!!!!
mereka ada khidmat mengandam juga.....


lai lai.................lai lai kratong................

Thursday, July 14, 2011

review :: tetamu blogger ~ betul-betul menggamit memori ni....

hello hello

tengah blogwalking, tiba tiba ternampak gambar ni dekat blog cik ME kesayangan. hati berdebar debar *ewaaahhh.....
macam ku kenal je background gambar tu....tapi.................



terus klik, and yes....gamitan memori....ah rindu......!



rindu pada suami. *opkos!
rindu nk jadi pengantin balik. * gila kuasa
rindu tarikh 3 & 4 jun 2011. * nk ulang balik boleh tak???
rindu nk bersanding atas pelamin cantik tu. *berbaloi bayar mahal-mahal, berjam aku duduk situ. ada hikmah juga hujan lebat hari tu.
rindu moment tu. rindu rindu rindu!



dan



rindu pada budak comot bertiga ni.....


tu kt belakang, aku tengah potong kek!! tau tak aku tengah craving kek orang kawin!!


dari kiri cepat jalan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! * dulu aku komander pbsm leee....haha...


cik marie, cik chika, cik mm.......


tau tak, itulah first time kami berjumpa. tapi masyaAllah, bercakap tak henti henti. ada je. kalau korang, dengan orang lain yg baru jumpa, kira first time jumpalah kan, ada ke tanya ''eh make up kita okay tak wey????''

hahahahahha...

tapi itulah kami....baru jumpa ni, havoc kemain. tetamu pun kurang, sebab semua dah balik, jadi ada masa kami berborak. siapa eh cakap hari tu, cik ME tak silap ''ada hikmah jugak kan datang lambat, boleh berborak dengan mak etty''
haha korang ingat korang anak menakan mak etty ke panggil camtu??? i muda lagi uolsss....haha.....
* dorang je yg pangil aku mak etty.

memang banyak hikmah pun. sepuas-puasnya dorang, dengan aku aku sekali bergambar kt pelamin. tp tu lah, dorang tak dapatlah tengok aku berarak & bersanding kan....* group kak tedi, kak tuah menyaksikan detik itu.

ME sempat tanya aku ''thaqif mana?''
urm, kalau thaqif tak balik lagi, bolehlah dorang jumpa thaqif kesayangan mak etty tu kan....

actually, serius sampai sekarang tak percaya kawan kawan blog datang majlis hari tu. terharu sampai sekarang. bila tengok hadiah, wish card, pun sama.....yelah, jemput pun kt fb je. takde formal card. tapi seronok gila bila aku kt luar, tiba tiba ternampak muka cik MM senyum. dalam hati terdetik ''macam MM je....''. sekali betul.........!! ah excited kemain. terus bagitau najib ''tu kawan blog i datang''. dia pun mesti pelik, wah bini aku blogger terkenal ke sampai ramai betul datang ni. hahahahahhahahha.....


sebenarnya memang nk buat review pasal blogger yg datang hari tu. tp gambar dari op takde pun aku tengok hari tu....ada pun gambar dari camera dorang yg dorang tag kt facebook. insyaAllah, nanti aku buat satu lagi review. untuk trip kak tedi, kak tuah pulak.....



anyway, terima kasih korang....love love love love......terima kasih bagi hadiah yg best. hadiah MM kita dah guna. yang lain, simpan lagi untuk rumah sendiri. *berangan


insyaAllah, turn korang karang kitaorang akan pergi. kalau ada kelapangan.....


terima kasih cik ME untuk gambar.......love u....!

Thursday, May 19, 2011

majlis aku tak grand pun.

hello hello

dah ramai bride-to-be blogger buat entry berkenaan grand atau tak grand nya majlis perkahwinan. sebab ada beberapa perkara yg orang bangkitkan.

tak semua mampu nk buat majlis grand, tp semua orang mengimpikannya. cuma cara tu yg berbeza. [aku pun wish]

orang yg mampu, pejam je terus grand majlis dia. hire wedding planner.
orang yg tak mampu, pelbagai perkara kena difikirkan sendiri...contohnya DIY. jadi wedding planner untuk wedding sendiri [macam aku lah tu]

macam aku, dont expect majlis aku nanti grand gila. majlis aku biasa biasa je. sebab aku tau kedudukan kewangan aku camne, najib camne. so majlis kami nanti more to meriah tp tak grand.
aku suka keadaan yg gembira, meriah dikelilingi saudara mara.

dan aku tau, ramai tanya kenapa aku buat kt tampin instead of melaka sebab aku duduk melaka kan. orang kata aku menumpang majlis belah lelaki....

ntah, aku pun tak tau menumpang ke apa. pada kami, biar gabung je majlis tu. senang.

macam aku...sejujurnya aku suka ada majlis kat tempat aku sendiri...macam b2b lain. tapi, keadaan aku tak macam orang lain.

aku membesar kt perak, kt kampung aku. saudara mara aku ramai kt sana. dan sekarang, merata rata saudara aku.

kt melaka ni, ada berapa kerat je kenalan mak dan aku. saudara janganlah cakap, yg ada family waksal [belah abah] & pakngah [belah mak].

so dengan itulah aku decide buat je kt tampin. saudara mara boleh datang sana je. senang kan. lagipun aku tak yakin saudara mara datang dan menolong. yg aku nampak masa kenduri jaja hari tu, ramai datang, makan dan balik. padahal dulu wak aku bertungkus lumus tolong majlis orang.

even ada lah makcik terdekat aku, dia tak tau pun majlis aku kt tampin. awal awal dah cakap nk datang hari sabtu. takde pun cakap nk datang awal ke apa. padahal dulu mak aku lah..........................okay cukup. faham faham je.

oleh sebab itulah, aku buat kt tampin. sedara boleh datang makan je. aku treat mereka bagai tetamu yg lain. tak payah buat kerja. aku pun tak terasa hati. aku pun tak sedih tengok mak aku sorang sorang kemas rumah tanpa bantuan lain.

pasal grand tu, tak semua yg ada blog [b2b] nk tunjukkan kemewahan mereka. nama pun blog kan. mereka cuma kongsi idea, jadikan blog tu satu medium untuk memperingati detik detik manis menyediakan preparation semua. ala lagi ke orang rajin tulis diary?? orang lagi suka menaip kot.

ada orang suka DIY. so dorang share kan pada semua, hasil DIY tu. mungkin ada yg cantik, orang pun excited nk cuba. yg tak cantik, tp berusaha nk cantikkan dan guna jugak idea tu. tu sebenarnya. semua orang nk jimat kan?????? tu yg pentingnya refer pada b2b blog ni....

lagi lagi perempuan ni, semua benda nk cerita. dapat benda murah, semua nk hebohkan. siapa tak suka benda murah.

dan semua orang akan faham, kahwin perlukan banyak duit! tu sebab mana yg boleh dapat murah, grab selagi ada peluang.

macam aku, alhamdulillah banyak benda dapat murah dan berpatutan. tu semua atas khidmat b2b blogger. survey survey survey.

orang akan nampak benda tu mahal, tp bg aku.....okaylah...bersyukur.....

pastu, aku suka tengok wedding yg cantik cantik. [siapa yg tak suka???] aku tak suka ikut kebiasaan orang. aku suka lain dari lain. so mana idea yg best best tu, aku cuba aplikasi kan pada majlis aku.....

yang penting, orang nk kahwin ni idea kemain kretip.

okay tu je. nk breakfast.

terima kasih sudi membaca sampai habis.

Sunday, October 31, 2010

hip hip horay.

hello hello

my oh my.....dari mana nk start ye cerita. ada cerita best, ada cerita tak best...urm....tak best dulu lah.

1. cerita tak best ada satu je. memory card hp corrupted. apa jadahnya ntah. td masa kt asrama nadiah, elok je aku tangkap gambar dgn najib. sekali, kt rumah, semua gone!!! tension kot. dah lah tadi pakai tudung baru beli kt fara, cantik cantik, sekali tak boleh nk tengok. nasib baik beli hp yg original, so boleh check kt mana mana kedai nokia. thanks yang!!!

cerita best!

1. ada yg lagi best dari yg nombor 1 ni, tp since dia berlaku hari sabtu, so aku letakkan kt list nombor 1. hehe.
semalam vet call, bagitau my turn will be on monday. esok..yippiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! seronok nok. tp tak seronok gak bila fikir, mana aku nk letak anak bujang aku yg 2 ekor tu. carrier ada satu je kot. hai lah masalah. ada je kt mana mana kn. tp takpelah. at least satu masalah besar dah hampir selesai. urm....lepas sunat, dorang akan back to normal ke cm dulu? yg tak gaduh, yg sentiasa berbaik baik???



2. ni kan...malu sebenarnya nk cakap, nk bagitau. aci tak kalau aku skip cerita ni? hahahahahahha. ahhh tension pulak. tp tangkap gambar bukti, sekali tak boleh transfer kt laptop, tak boleh bluetooth. tension tension tension.

eh kata nk cerita yg best, kenapa tension ni? haha biol dah etty ni....

urm....sebenarnya...wedding ring dah beli.....!!!! tu je. haha. gambar bukti takde. kan aku dah cakap tadi.

say thanks to habib jewels yg buat jualan gudang kt mydin, mitc melaka td. ahhhh...tension gak bila yg berkenan, takde saiz. nasib baik seumur hidup aku, tak pernah ada dream wedding ring. kalau tak, tambah 2 jam nk memilih. td pun kesian kt abang tu layan aku sorang je sejam lebih. urm, tunggulah bulan 6 kang ye. semua boleh tengok.

beli cincin kahwin, cincin risik belum beli lagi. the actual date pun belum confirm lagi. hehe.

skrg cincin kt najib. tp sebelum najib balik tadi, gatal ckp nk pinjam seminggu, nk pakai. amboi amboi...gatal suda...

at first cam fikir, wedding ring biarlah najib yg belikan. up to him nk design camne. tp since ada jualan kt habib, pilihlah sama sama. so skrg, cincin risik, up to him. tp mcm susah je. jari aku saiz 14 kooooooo....

ko tau, td ada yg cantik gila. aku suka!!! sekali saiz 13 je ada. mmg lah muat, tp terasa ketat. tak best. kata nk pakai lama kan. reject reject reject.

bila dah penat, pilih 2nd choice...saiz 13. boleh pulak aku muat....sabar tak sabar lah kan.....!!! yg first choice tu, memang cantik lah. pilihan najib jugak.

tp taste aku tak sama dengan taste dia. dia suka yg batu satu. aku suka batu banyak banyak. batu satu yg aku pilih besar. rm11k. sila telan air liur. satu lagi, rm24k. haaa telan banyak banyak sket air liur tu.

aku senang je. asalkan cantik. sebab nk pakai lama kan. dan aku consider jugak harga dia. even cantik, aku suka, tp kalau aku rasa mahal...aku takkn pilih. aku beli ikut budget bf aku, walaupun dia kata dia tak kisah. lantaklah. aku memang suka beli yg cantik, tp murah.

yg tadi tu, aku rasa okaylah. lagi lagi dapat diskaun kan. perghhhh....okay okay.

ingat tak sebelum ni aku ada post pasal tips cari cincin & ini? haha, beria letak tips, alih alih tak pakai. ke habib jugak aku...hahah. lempang lah, tak kisah.


takpe. yg penting. satu hal penting dah selesai. tp banyak lagi yg berdereeeetttttttttttttttttttttttttttttttttt kt belakang ni. haish...


bye...nite.

Saturday, October 30, 2010

aku nk jugak....!

hello hello


orang nk kahwin, tp bagi short notice, kelam kelibut lah jawab nya. nk tunggu final decision dari wali wali, moh kita buat persedian lain. kalau tunggu jugak, alamat tak jalan lah yg lain.


tengok tengok majalah...sebab nk cari contact number vendor. tp rasanya, once vendor tu dah masuk majalah, lagi lagi pesona pengantin, service charge dorang lagi mahal kan. takpelah, tak hire dorang, kita ambil idea sikit sikit kan.

lagi lagi aku plan, nk tempah baju nikah. baju bersanding tu, sewa je lah. tak kuasa nk tempah, simpan sendiri kan. tu pun, ingat nk sewa baju baru. kt melaka ni ada butik yg buat baju baru, tp dia tak charge lebih. tu yg ingat nk terjah butik tu nanti nanti.

then aku nk baju nikah tu, boleh pakai next time. tu pun kalau badan tak mengembang lah. haha. * takut bila dah kahwin makin kembang semangkuk!

belek belek, ni je majalah yg aku ada??? punyalah berpuluh puluh investment aku buat dulu, ni je tinggal??

rasanya dulu, sebulan mesti habis beratus $$ beli majalah. urm, masa dok umah kak ijan dulu kot. lepas pindah flat, rasa mcm malas sebab menyemak rumah. oooo agaknya byk tinggal kt rumah kak ijan lah..


hari tu propose kt najib nk buat tema pink purple. nk exactly magenta, mcm tak dapat je. jom kita tukar pada pink purple.
dia memekak ckp tak cantik. geram je aku. sampai bergaduh kot cerita pasal warna ni. dugaan betul.

bab dugaan, hoh, tak payah cakap. tp yg bestnya, kalau merajuk ke apa, takde nk lama lama. sebab terfikir kot, gaduh pasal benda kecik, esok esok dengan dia jugak aku nk kawin. haha. gaduh malam, pagi dah okay.


okay, warna tema please etty....!!


buka balik majalah. cari baju, tema, hantaran yg combine pink purple. sebelum tu najib pernah cakap, instead of pink purple, baik pink biru.

okay fine. aku jumpa!


aku mms kt dia. dia kata okay, cantik. aku pun juihkan bibir bila dia sms ckp cantik. bluwek...


finally jumpa pink purple. mmg camni yg aku nak. tak silap aku, ni hantaran serina chef wan.


mms kt dia. then, dia cakap cantik jugak....arhhhh....kan i dah cakap, mesti cantik punya....


ni sceme color yg aku jumpa kt web mana ntah.

korang bayangkan, aku ng najib kt tengah tengah. family lelaki pakai purple, family aku pakai pink. kan harmoni je kan....

najib kata family dia tak nak pakai pink, so fine. family aku gedik kot kalau bab pink ni. tak kisah pun.

aku rasa, najib ingat warna terang yg aku proposed kt dia. tu yg dia tak setuju. so bila aku mms gambar light pink purple tu, baru dia kata okay.


ni pun satu contoh aku nk bagi kt dia. anggap badan kek tu, ktorg. sebab ktorg nk pakai baju putih je. yg warna warni tu, biarlah family yg pakai. erm, tp hari tu najib proposed, suruh pakai baju cream. alaaaa, aku tak minat kot cream...


ooooooooooooooooooooooooooooooooohhhh. aku betul betul nk tema pink purple tu.....


pehlis lah sayang......

Saturday, October 16, 2010

homaigod...

hello hello


rupanya, lain perasaan nk kawin olok olok dengan kawin betul betul.
siyes....lain!!!

dulu kan, macam rilex je kan ajak najib kawin. ''by, kawin jom''
cerita dengan mak pun, boleh gelak gelak.

tp sejak balik dating masa tengok wayang hari tu, aduhai...jantung ni jangan cakap lah speed dia berapa kuasa kuda. lain sangat.

''eh, i dah cakap dengan ayah. kita kawin next year. dalam bulan 6 ke......''
haaaa...homaigod!

''apa kita nk buat ni?''

''balik kampung i, tanya kt wak i''

sebenarnya, balik kampung tu bukan penting sangat pun. tapi yelah kan, sejak abah aku meninggal, yang jaga aku wak wak lanang aku. * lanang = lelaki.

so, macam.....urm tunjuk penghargaan lah. balik kampung, bagitau tujuan kn. setakat nk call, boleh je. tp lebih molek balik kampung. tunjuk yg kita masih perlukan mereka, dan hormat mereka seadanya.

macam kes aku, confirmlah wak wak aku yg akan jadi wali. yg mana, biarlah mereka tentukan. tp aku rasa wak usin aku kot. harap harap lah semua wali wali aku nanti dapat datang kawin aku nanti kan.....amin....

''okay, nanti kita decide bila kena jumpa parent. nanti u datang rumah i, kita bincang dengan mak ayah i pulak. lepas tu, i datang rumah u, kita bincang dengan mak u pulak. nanti bila bila, kita balik kampung jumpa wak u''

homaigod......gigil okay!!!

siyes aku jadi tak keruan. lagi lagi fikir bulan 6. mana nk cekau duit, mana nk buat preparation semua....bertambah sengal aku jadinya.

yang pelik, mana ntah keberanian nk bgtau mak ni. its gone. tergagap gagap aku nk bagitau mak. hahaha. ni belum lagi tang nk bagitau wak. lagilah harus aku fengsan.

lepas tu, sangap nk buat apa dulu. masa tu lah pentingnya broadband. google sana sini, ym dengan yana, gtalk dengan eena & asmida. tanya mana op best, murah, mua yg cantik tp murah. oh yea, kalau boleh semua nk murah, tp kualiti elok. pang!!!!

buku dah ada. buku untuk catit apa apa kalau terserempak dengan blog yg best. make up (mua) paling penting. juga mak andam. eh sama je kan mua dengan mak andam???? hahah. lempang lah aku yg tidak keruan ni pehlis.

quotation tu dah selambak aku tanya. tengah tunggu dorang reply email aku je. yg mana rasa okay, aku simpan nombor.

MACAM MACAM.....................!!


ni, untuk kesenangan aku. to do list.

buat dalam excel, nampak senang. kalau tulis letak mana mana, macam leceh. contoh macam baju nikah tu kan, bila aku google jumpa baju yg best, aku copy paste je masuk dalam sheet tu.

borang nikah tu kan macam leceh. so warna merah. tanda benda tu penting. lagi lagi kes aku, bernikah kt mukim lain. lagilah berganda leceh dia.
* insyaAllah, bernikah + bersanding kt tampin. jimat kos najib kata. apa apa je lah. janji kawin, dan ikut tema aku.

kt excel tu, banyak lagi nk kena tambah. baju untuk family pun belum decide lagi sebab najib suruh bincang. kan aku nk buat tema magenta * pink + purple.
so aku plan, family aku pakai pink, family sana pakai purple. atau sebaliknya.
tp najib kata bincang dulu. kalau tak approve, cancel pakai tema lain.

guest list aku, pun aku dah siap siap list kan. najib kata belah aku jemput dalam 400 je. tapi aku kira kira, tak sampai pun. orang orang kampung, jangan risau, semua ada. insyaAllah, tak tercicir.

ucapkan terima kasih pada teknologi zaman sekarang. yg tak perlu kita hantar kad pada semua. kawan kawan sekolah, uitm, blogger yg mana ada facebook, aku tag je.
cuma yg mana yg dah kawin, pernah hantar kad kat aku even aku tak pergi, aku balas balik.
bukan apa, tu semua cut cost. tahukah kamu, post charge adalah rm0.60!!!!!!! bukan lagi 30sen okay...so aku nk cut cost.

peduli lah kata aku kedekut ke apa. janji aku ikhlas nk jemput. dari tak jemput langsung kan.

oh yea, blogger yg rajin comment je akan dijemput. yg lain, kirim salam. oleh itu, marilah beramah mesra dengan aku. haha * bajet artis.


oh yea. ticker kat atas tu, plan semata mata. belum confirm lagi. saja je letak. kalau confirm okay, kalau tak confirm pun okay gak.

sebab aku je gedik letak tarikh 11611.

tapi tak salah pun kalau uols block date tu untuk aku kan....kan kan???

Friday, October 15, 2010

wow...seronoknya.!

hello hello

nampak...nampak yg kt bawah header atas sekali tu???
yang tulis ehem ehem tu???????????

nampak tak??????????????

homaigodddddddddddd...gigil pulak rasanya....

insyaAllah, jika diizinkan. kalau tak jadi, apa boleh buat..taik kambeng bulat, masuk dalam botol, cap orang kuat....!! hahahaha..

Saturday, July 10, 2010

no hantaran can aaaaa???

hello hello


aku suka kerja menggubah. lagi lagi gubah hantaran. paling aku suka sebab buat lah macam mana pun, tetap jadi cantik. even tangan bukan tangan ''halus''.

sebelum ni aku berangan, nk buat gubahan hantaran sendiri. alah, mana pernah sejarah keluarga aku pengantin perempuan tempah tempah. pengantin lelaki ada, tahun lepas. abang aizat, paman thaqif. dia tempah kt chow kit. sebab masa tu, takde orang boleh tolong. lagi pun, kalau ada duit, semua kerja jadi senang.


ni hantaran yg ditempah kt chow kit tu. hasilnya memang cantik. not bad lah dengan harga dia kan.


aku betul betul teringin nk buat hantaran dari bunga dip. kalau ingat dulu, aku dah pernah survey harga dip kt kedai bunga. ntah, aku pun dah lupa berapa harga dia. ngeh ngeh ngeh.

tapi baru baru ni, bila aktif balik kepala otak fikir pasal kahwin kahwin kahwin, tiba tiba otak tu menyeru nyeru je ''apa kata tak payah bagi hantaran?''

haaa kau. terkejut tak bila dapat seruan tu? fikir fikir, macam betul je. terus sms najib. tp hampeh dia, tak balas pun sms aku. bila nk bincang hal tu, asyiklah banyak halangan. so baik aku fikir sendiri dan buat conclusion sendiri. kalau aku, tak payah bagi dia hantaran, tp kalau dia nk bagi alangkah nikmatnya hidup. kahkahkah. sapa suruh tak mo bincang????

hantaran dari pihak perempuan pada abg aizat.


alasan aku, barang barang hantaran selalunya kita beli yg mahal dari kebiasaan kan. kata hadiah. so banyak duit pakai kt situ. so why not, kita simpan je budget hantaran tu, spend untuk benda lain. kita enhance kan benda lain. mungkin budget tu, kita spend more pada baju yg meletopssss contohnya atau pada photographer. OP sekarang demand ye. kalau nk murah, tak cantik. banyak edit jadi fake gila gambar tu.

so nk yang cantik mesti datang dari quality kan. selalu quality yang bagus, harga macam mahal sikit kan.

so gunakan duit tu, untuk hire OP yg bagus bagus. aku dah try survey kt abang rudy. oh dia ni, dah 2 orang sepupu aku guna service dia. semua suka gambar dia. cantik sangat. hari tu masa eton kawin, aku kenen jugak nk diskaun masa turn aku nanti kan. aku kn generasi ketiga. haha.


hantaran masa jaja bertunang tahun lepas. blog ni belum wujud so takde link! hehe.


ni pendapat peribadi aku je. in fact, aku dengan najib sekarang dah plan, kami sebudget yg boleh untuk majlis. hantaran tu masih dalam budget. jadi, kita potong hantaran tu, masukkan budget hantaran ke dalam keperluan yg lain.


see, aku boleh dapatkan baju yg grand mungkin. dan...aku mesti seronok bila gambar kahwin aku paling cantik dan anak anak cucu aku tak berkedip tengok gambar kahwin aku di masa akan datang!

takpun.......................! kami boleh gunakan untuk beli keperluan rumah kami! hahahaha.

tapi kena ingat, tak semua ahli keluarga bersetuju dengan pendapat kita. orang orang tua. nk lagi pegang adat. ''eh takde hantaran, macam tak best je'' urm macam macam lah nanti pendapat keluar dari makcik dan pakcik.

dan rasanya, kalau tak bagi hantaran macam handbag, jam, perfume and so on, maybe aku boleh bagi hantaran dalam bentuk makanan, gula gula, buah buahan atau kek. asal ada kan.

dan hantaran aku nanti mungkin bagi makanan dan sedulang lagi, cincin untuk pengantin lelaki. mungkin.................................!

lagi satu alasan, nanti bila time birthday & anniversary, mungkin tak dapat lagi hadiah tu. pasangan atau kita sendiri mesti cakap ''eh, kan dah bagi hantaran hari tu''

oh sungguh tak seronok bila hari hari penting takde hadiah!


okay okay proceed with this plan! yezza yezzzzaaaaa.....harap harap menjadi. fuh fuh fuh!

Friday, July 9, 2010

wedding theme - magenta

hello hello

aha..cak!

dah ramai confused, ni blog wedding journal ke cat journal? haha. aku pun confused misi dan visi blog ni diwujudkan sebab apa. kahkahkah.

okay, aku malas nk buat blog lain. 2 in 1 aci tak? takpe, aku tak kedekut letak label. label pasal anak anak, yg huruf H panjang berjela tu. kalau pasal kahwin, label kahwin lah kot. aku lupa sebab dah lama tak cerita pasal kahwin.

tapi, harini aku nk cerita pasal kahwin pulak. silalah baca! oooo mentang mentang takde cite anak anak, korang tak suka ye....babap kang mahu?


okay, dulu aku plan dengan najib [wah sudah tukar panggilan], nk bertemakan merah. aku suka combination merah, putih & hitam. putih masa nikah of kos, nikah mungkin malam berinai pakai songket tabur warna hitam [klasik kan?] dan merah on our reception. mungkin gabungan lace dan songket, mungkin lace sahaja atau mungkin songket sahaja. yg penting merah!

dulu masa tengah fikir merah tu, tak ramai pakai merah. mungkin sebab ramai tak berani sebab merah ni susah nak matching dengan kulit kita.

sekarang, orang sudah berani bermain dengan warna! ko try je lah senah, kata pengantin kan, confirm cantik lah!

dan bila tengok gambar sedara mara kahwin, sana sini merah! hai, marah lak acik! ambil tema aku kan. haha sapa suruh kahwin lambat.

jadinya, aku jadi tawar hati kt merah. goodbye merah. [setakat ini. bear in mind, aku ni sedikit kap lam ya nga]

dan aku memikirkan hendak memilih tema magenta. wahhhh...asmida, eena & fara...magenta beb!

ikut scheme dia, camni lah roman nya magenta tu. ala ala purple + pink.


haaa, macam ni. cantik bukan???


tu haaa nampak dak? bunga purple ada, pink pun ada. jadinya magenta. careeee tak???


ni contoh wedding theme with magenta. hindu punya. hindu pun hindu lah. aku bagi contoh je.

tapi....sebenarnya, aku tak suka sangat bila kahwin aku nanti sarat dengan warna warna ni. kang orang tak nampak, mana pengantin??? mana langsir??? haaa gitu.

mungkin, aku akan gunakan dekorasi dewan dengan warna magenta, dan mungkin baju pengantin, aku memilih putih. eh, aku cakap mungkin ye mungkin. tak confirm lagi.

ni angan angan minah jenin je.

dan pastinya, kalau baju aku magenta, hiasan dewan kontra. mungkin putih. either 1 lah. tp kalau putih nampak pale pulak dewan tu kan. kalau baju putih takpe, kata kahwin. kahwin adalah suci. cecey.

dan pelamin, aku akan demand pelamin putih kalau baju aku magenta. aku tak mau, baju magenta, pelamin pun magenta. kang gambar tak cantik. serius wey, banyak aku tengok kalau pelamin sama warna dengan baju, gambar tak cantik!

pasal baju keluarga pulak, since magenta adalah combination pink & purple, mungkin belah aku warna pink, belah najib warna purple. tengoklah persetujuan bersama dulu. itu kalau aku pakai baju putih lah. tapi kalau pakai magenta, mungkin semua kena pakai baju baby pink. bukan shock pink! aku tak mau mereka pakai sama warna dengan pengantin.

okay tu je pasal theme. terima kasih kerana membaca walaupun takde gambar kucing! =)

Friday, May 14, 2010

lagenda budak setan - kena tengok nanti

hello hello


tak sabar nk tengok lagenda budak setan. hoh, dulu aku pulun baca novel dia kaw kaw punyalah. sanggup tak study semata mata nk habiskan novel tu.

paling best rupanya ada fazura lah wey....fazure babe, fazura. eh, aku bukan lesby lah! hahaha.

mari countdown ramai ramai dan pergi booking kawan / bf / gf / adik / kakak / abang / mak & bapak supaya temankan tengok wayang. tengok sorang sorang ngam ho jugak, tp macam tak best nk jiwang jiwang. haha. eh dulu aku tengok pisau cukur sorang sorang layan jeeeee.

eh, hari tu tengok ip man 2. ramai dok kata best kt fb, aku pun setuju lah walaupun pada hari jadi, ingat nk tengok apa yg kita suka. ni terbalik pulak.
''eh, macam birthday i pulak'' by cakap camtu. nasib baik sedar diri.

actually, tu cite kungfu. tapi kenapa aku menangis ek? hahahahhaha

so toching lah ini pompuan!


bubye pengantin~to~be - take care!

Tuesday, May 11, 2010

10 may 2009

hello hello

* nk kenang balik kenangan 10mei2009. copy paste dari blog sicantikmanisgebus aku tuh. tak payah google, takkan jumpa kot. aku private kan atas sebab sebab tertentu. dan aku takkan update entry baru kt situ. dah ada wedding journal, update sini jelah.


assalamualaikum....
huhu..by bagi cupcakes???
takde maknanya!!!!!
cuppy tu hadiah dari kak DD. order ayam, dapat sebiji juga hasil dari ayam. cupcakes kan diperbuat dari telur ayam gak. hiksssss...
sedap ayam tu.
dah blur tak tau nk beli apa utk birthday blast kan, so try la order ayam kak DD tu.
hasilnya, memuaskan.
thanks ye kak DD.
[kak DD mmg ada mentioned before nk bg cuppy]

ktorg makan kt pj. sebb masing2 tak tau nk makan kat mana, decide la nk makan kt kedai makan je. beli nasi + air, bukak ayam.
tp makan dgn cara yg salah, ktorg tak tuang pun kuah tu, tak squeze pun lemon tu. just celup2 je daging dalam kuah tu.
rasa pun biasa2 je.
balik umah menjamu housemate, dorang tuang kuah habis campur dgn lemon, masa tu la baru terasa kesedapan dia. betul2 sedap.
haha sian by tak dapat rasa sedap nya ayam tu.

takde gmbr masa tengah makan sebab masing2 lapar dan panas gedegang kt kedai makan tu.



:: seketul yg comel ini yg direbutkan ::

:: sama2 merasa, sama2 kongsi ::


:: kuah ayam ::


:: ayam LRC ::



:: makan ng budak2 umah, habissssssss ::



* malamnya pulak, jumpa thaqif anak buah kesayangan ni...

lepas je shopping bag, by anta aku g umah kak ijan, by g masjid. pas by semayang, aku ckp ng kak ijan nk bawak thaqif jalan2. at first nk ajak kak ijan makan skali. abg bard pun takde. tp ada anak makcik bawah tu, tumpang jap. so cam kesian plak kt dia kan.
ohh..thaqif dah besar skrg. da makin naughty tau. bley lak dia panjat atas badan aku dengan kerelaan dia sendiri. aku pun layankan je.

ktorg jalan2 kl je. tak singgah mana2 pun. sebabnya, tak bawak sandal thaqif. at first plan nk playground, tp dah tak bwak sandal, celah mana la kan.
pastu kotrg fikir nk g mcd, kfc atau a&w yg ada indoor playground. tp otak tak bley berfikir kt mana ada benda2 tu sume.
dlm hati nk je jawab ''by, kfc teluk intan ada" hahaha..nk kena lempang ke???

by mmg suka manjakan thaqif. dia bg main wiper la, main hon la. ce kalau aku main sume tu, ada yg makan sedas lempang kan? cisss..sungguh tak adil..



:: suka sangatlah ni main wiper ::

:: owhh, by da ajar dia duduk kt pangku while by driving. pegang stereng sama2.
tp knp la thaqif siap nk berdiri bagai..hahaha ::

:: elooo..i nk tangkap gmbr thaqif laaaaa ::

paling tak syok, thaqif taknak naik umah masa ktorg nk balik. aduyaiiii...sodih lak aiii. betul2 nangis ni. by tau la kan, selagi thaqif nk main, dia gomol eh budak tu.
tu pun tak puas lg tu.
masa ktorg nk ke kereta, dengar lg thaqif jerit2 kt dapur.
by dah tak keruan. [cehhh, mcam anak dio lak]
kesian plak kan kt dia. yola, bapak eh takdo.
thaqif suka kt beg mak etty. cam tau2 je mak etty pakai beg baru.
"tik..tik"
cantik lee tu.
hiksss...



* hadiah tahun lepas yg aku belum pakai lagi sampai sekarang


assalamualaikum...
hadiah dari by???
cukuplah kasih sayang dan perhatian darinya....
buwekkkkkkkkkkkkkkkkkk......
hikhikhikhikhikhik...[mampus kalau dia baca]
ktorg g ikea, by buat suprise nk belikan lampu yg aku suka tu.
suka suka suka...
tak tau plak nk ke sana. tak plan pn. tau2, mlm ahd tu by kata:
"esok kita g ikea eh, beli lampu yg u suka tu"
walaaaaweyyyy.....heaven!!!!!
suka gak suprise2 ni.
tp lagi suka kalau dapat lampu lg satu tu. hiksssss...[tamak]
tak kisahlah, yg penting by yg bg...
besides that, ayam LRC tu by yg bayar [setelah diprovok]
hihihihi..
by g amik kt kak DD kt petronas sg besi. tu pun lambat. hihi.
lampu tu actually nk letak kt umah mak. so bila da balik melaka, baru bley tgkp gmbr lampu tu ye...

thank sayang...i lap u.....
kalau bg byk hadiah, i lapppppp lapppppp lappppppp u lah....
kakakakakakakakakakaaa...


:: carry hadiah ::
:: by nmpak gmbr ni mampuih aku ::


okay tu je.


aku cakap1: wah, tiba tiba macam teringin nk makan ayam ni...tp dah naik harga lah pulak..


bubye pengantin~to~be - take care!

entry birthday lambat? etty buang tebiat apa.

hello hello


betul tak betul tak tajuk atas tu? betul kan? kalau tahun tahun lepas, sibuklah aku mencanang seluruh alam birthday tak lama lagi, siap buat time ticker tak menahan. haha. pastu, tahun ni wah senyap terus mak noks. ada buat ala ala time ticker jugak, tp buang. haha budget howt lah tu. * seligi sikit.


terima kasih banyak banyak pada siapa yg wish tu eh. [che yah, kak ijan, suraya sadeli, edy, mak teh, dina, ijah, syukri, juan, azidah, ekin taib, asmida, eena, kak hana, ayu, arni, kak sara, yana, siti magenta, era & linda ex lhag, izwan awang, emmy wahida junior convent, shelli, ella ex roomate uitm, anja, kak nana ex roomate part 2, intan, sheeda, asz, yatie, nana, edrus, khai]

tahun ni kurang sikit dari segi wish. alangkah aku rindu zaman belajar dulu esp kt uitm. berkodi kodi wish masuk dalam hp 2100 aku dulu. nk buang sayang, alih alih aku salin balik dalam buku azimat aku tu siapa yg wish, jam berapa dorang wish. haha, ah aku ni memang touching orangnya. tak payah heran!
zaman uitm, aku suka curi hp kawan kawan, set sendiri date birthday aku. dorang bukan tau pun. tau tau, tepat 10 may 12.00 mlm, alarm dorang bunyi dan memaksa dorang untuk text aku happy birthday. ayat tak boleh blah ''siot kau set alarm kt hp aku, apa2 happy bday ty'' hahaha.

dan dorang suka mengungkit. ''aku ingat lagi ty, ko selalu set date bday ko kan kt hp aku'' hehe
tu zaman belajar.

dah masuk zaman kerja, kawan kawan tak ingat lagi dah sebab masing masing dah tukar hp. dorang tak macam aku yg akan salin balik bday kawan kawan masuk dlm hp baru. aku memang semangat kawan sikit. tp wish nya tak. haha.

lepas tu dulu, mesti nk tengok sapa jadi pengucap pertama dan pengucap terakhir. tp selalunya by lah jd orang pertama walaupun dia yg kedua. yg pertama selalunya kawan kawan yg ucap jam 1159. by tak puas hati dia nk jugak jadi yg pertama. haaaa ambek ambek.

tapi tahun ni, dia wish aku pada jam 1220. cisss. siap aku yg tanya dia tu, ''tak nak wish bday kt i ke?'' sedih tau.
tepat jam 12, aku sibuk menggentel karipap nk bawak ke gerai esoknya.

ntahlah, tak tau lah apa perasaan sebenar dah menginjak ke 25 tahun ni. rasa matang tu, ye kot. tp rasa matang tu dah datang sejak masuk 20an. start tu rasa macam alaaaa dah 20an..terus perangai pun auto berubah matang sikit. sikit jelah.

target aku kahwin 25 ni tak tau lah tercapai ke tak. oh ye tu angan angan sejak kecik lagi. kalau sembang dengan kawan kawan, mesti adalah terselit ayat ''awak, kita nanti nk kahwin umur 25 tahun tauuuu''
apa reason 25 tahun aku pun tak tau laaah.
umur 25 tengah masak ranum kot. hahaahahhahahah *poyo

hadiah birthday?

nk kena share ke???

okay okaylah aku share jugak. tp kang mesti ada cakap belakang. eh, hari tu gaduh beria, beria nangis. dah baik ke???
haha, if u do know us well, cenggini lah gayanya.
bak kata kawan kawan aku ''kalau etty ng bobo gaduh sampai putus, alah tu biasa je. kalau etty atau bobo anta kad kahwin tp nama pasangan tu bukan yg sepatutnya, tu baru luar biasa!''
haaa tengok, kawan kawan siap buat quote of the day lagi tau. hampeh tul.

so pasni, tak payahlah nk risau sangat. aku gaduh ke tak gaduh ke sama je. so sementara tengah berjodoh ni, kami tetap berdua. tp kalau tak kahwin tu, nama nya bukan lah jodoh kami ye idak.




yeay, dapat hadiah ni....suka suka suka. hp nokia apa ntah slide. warna merah sama dengan by.
actually, hadiah ni bukanlah suprise pun. aku dah tau dah pun.
yg kitaorg g low yat sebelum gaduh tu, cari ni lah. at first aku nk cari sony sebab percaya gambar sony lagi malatopssss kan. aku memang nk cari hp yg berfungsi camera. sebab aku malas nk bawak camera tu, malas nk charge battery lah bagai.
tp tak jumpa sony. ada yg aku suka tu, sony elm, tp takde camera depan which is, takkan nk video call guna camera belakang kan.
by kata, kalau tak jumpa gak, beli je hp macam i nak tu.
okay, finally, beli lah sama sama. warna pun sama. merah!
sebab warna lain macam tak best. pink cantik gak, tp aku dah pernah ada hp pink dulu tp hp tu hilang kt sogo!
ala, main reason kiranya aku nk warna sama lah senang!



ni pulak, hadiah dari jaja. sepupu aku. buku ni best gila. macam macam ilmu ada. tp biasalah, nk mengkhatamkan buku ni aku kena tabah dan yakin. kalau novel pelik kenapa tak mengantuk. hahahahahahahha *bengong

jaja - aku macam sedih lah kau nk kahwin dah....

baca baca baca.


gi beli buku ni cepat!!


okay tu je. celebration biasa biasa je. tu next enty lah ye.


okay, happy belated birthday etty. masih lagi nk sweet 17!!!!!!!


bubye pengantin~to~be - take care!

Wednesday, April 14, 2010

nikah di masjid atau rumah?

hello hello


even tarikh kahwin belum nk confirm lagi dan masing masing macam dah malas nk bincang ke arah tu lagi [adeh], tp kami ada lah juga bincang tempat semua tu kan.

at first, kami planned nk buat kt rumah je. rumah wak aku. sebab wak aku ada offered suruh buat kt rumah dia je. okay setel.
tapi, dah lama lama, aku macam berubah fikiran pulak. nk buat kt masjid atau rumah aku sendiri yakni rumah mak aku kt malim ni.

sebab area rumah wak aku, jauh. bukan satu mukim dengan alamat dalam ic aku. semua sedia maklum kan, nk kahwin ni dia punya borang surat masyAllah, sabar jelah. tu yg at least ambil masa lebih kurang 4 bulan kot nk settle kan semua borang tu. kena ada kebenaran bernikah di mukim lain.
in fact, wak aku orang masjid, tp macam susah je kot nk mintak kebenaran bagai nk tumpang rumah orang.

aku fikir macam best je kalau nikah kt rumah sendiri.

okay, aku bayangkan, majlis nikah aku simple je. dihadiri oleh kawan kawan yg betul betul rapat dengan aku, saudara mara je. takde lah nk angkut satu kelas datang kan. tp aku rasa, tak semua kawan nak datang pun kan. so aku memang nk yg kecil kecilan tapi meriah dengan saudara mara terdekat je.
since rumah aku tingkat 3 dan kami plan nk buat lepas isyak, aku berangan lah nk hias tangga sepanjang nk naik ke tingkat 3 tu. letak lilin bagai. lilit dengan ribbon ke.
oooh cita cita memang tinggi setinggi rumah aku.

tp by pulak kata, rumah aku kecik tak muat orang nk masuk. ye tak ye jugak.

okay orang tak payah naik, buat live vid je. semua tunggu bawah dan bersorak yaaaaayyy ramai ramai bila kami dah disahkan suami isteri langsung buat sekali ombak!!!!!!!!!!!!!!!!!
pastu jamu selera nasi ambeng kt bawah. kan senang camtu.

tapi laki aku tu degil. ahhh sebok betul tau. majlis kt tempat kita, suka hati kita lah nk buat camne kan. dia pulak sibuk nk panggil kawan kawan office. aku cakap biar jelah dorang datang masa majlis kt tampin nanti. takkan nikah pun sibuk nak datang gak.

wahhhh, kalau belah aku onnnn je sapa sapa datang kan, tp kalau kawan kawan dia, kena tapis. hahahaha.

tapi by cakap tak boleh. orang negeri sembilan ni lain. main terjah gak majlis nikah even tak dijemput. wahhh. camtu pulak. betul ke eh camtu??

adoiiiiiiii..takkan satu majlis daerah tu nak datang kot. aku rasa dah cukup meriah kalau family dia je yg datang. esok kau orang datang lah pulak kt tampin.

reason aku nk buat kt masjid???

orang kata, senang untuk OP nk capture angel mana.masjid kn luas. kalau kt rumah tu, macam limit je space OP nk bergerak. kita yg perempuan perempuan wanita ni mestilah nk yg perfect kan. betul tak???

aku dah banyak tengok gambar gambar nikah yg buat kt rumah. limited sangatlah. susah sikit kot OP nk bergerak dan berimaginasi nk hasilkan gambar yg cantik camne.

erm, aku trylah pujuk dia nanti camne.


aku cakap1: ingat, kalau nikah biarlah tutup aurat. kalau tak pakai tudung @ selendang, tak payahlah pakai lace jarang jarang. malu lah sikit kt tetamu.




bubye pengantin~to~be - take care!

Monday, March 1, 2010

what woman wants 1

hello hello!

apa yang aku mahu??? [disusun secara rawak mengikut apa yg terlintas di benak penulis, sila jangan bangkang]

1. pakai baju serba putih di hari nikah pegang bunga ros merah yg segar beli kt kedai auntie dekat dengan rumah waksal.

2. aku tak mau pas nikah kena buat ikrar antara mak dengan anak. aku tak mau org menangis di hari bahagia aku.

3. semua sedara mara yg aku sayang, ada masa hari aku nanti. aku akan buat list 6 bulan sebelum supaya aku tak terlepas pandang nama yg wajib datang.

4. kawan kawan yg aku sayang dan cinta wajib datang masa aku nikah. tp sebenarnya, kt rumah aku tak buat sanding. aku buat nikah je. ops tu nanti akan dikupas secara detail.

5. aku mahu wak aku yg walikan aku. aku bangkang hakim yg walikan aku walaupun aku bekerja di legal firm [eh, ada kena mengena ke?]

6. mahu pelamin doityourself atau nama pendeknya DIY. mahu semua sepupu turun padang keluarkan idea pelamin anganku musnah. eh tidak. tu lagu cari makan di redbox sahaja. pelamin yg berwarna putih. aku dah scetch dah pelamin idamanku. sila buat sebijik nanti tau.

7. mahu buat sendiri hantaran.

8. mahu buat sendiri bunga telur.

9. mahu buat sendiri souvenir untuk tetamu yg dicintai.

10. bilik tidur juga mahu conquer ilham sendiri.

11. mahu jurugambar yg terbaik dan murah.

12. mahu mak andam yg mampu mencantikkan aku sejuta kali dan buang jerawat aku hanya untuk sehari.

13. mahu pakai baju merah di hari kejadian.

14. mahu bermalam pertama di rumah emak. hahahahahahahahah

15. mahu nikah di rumah waksal kalau waksal bagi tumpang [eh, malam pertama nombor 14 tp nikah nombor 15?????] hahhaaha.

16. mahu juga abadikan kenangan akad nikah di rumah emak, tp tak tau came nk buat di rumah flat. any idea?

17. mahu menggembirakan tetamu dengan tahap maksimum punya gembira.

18. mahu berasa gembira aku menikahi dia. at last.

19. mahu majlis nikah dengan gembira dan tak nangis nangis. eh cam dah ada je benda ni disebut tadi. lantaklah.

20. mahu bagi benda yg org ingat ''oo ni si etty kahwin ni''

21. mahu tido dan harap ada sambungan untuk aku mahu lagi kemudian hari. bye.



aku mempublish entry ini tanpa check dulu. maafkan daku wahai pembaca budiman.







bubye pengantin~to~be - take care!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails