assalamualaikum & 안녕하세요
(tak tahan tajuk entry aku)
김치
disebabkan hari tu aku google kimchi halal di aeon macam tak berapa banyak info, ni aku nk kasi info kt orang lain.
kalau kt aeon (aku panggil jj lah ye senang), korang cari kt bahagian jual toufu tau. tu bahagian basah. jangan cari kt area kering, insyaAllah tak jumpa. lol. penat aku hari tu belek satu satu rak cari kt area maggy tu. harammmmmmmm. last last aku tanya promoter tu, abang, sini ada jual kimchi tak? nun haa dia bawak aku ke tempat ikan ikan. last last sampai ke pit stop tulis toufu. lol kt sini ke. dekat gila ng pintu masuk aku tadi tau. yg aku melilau sampai kemana mana tah.
tapi depends lah jj mana kan. kalau kt jj bandaraya melaka, memang kat situ. nanti aku update kalau ada info jj ayer keroh. sorry, strictly in melaka only. =P
ni brand yg famous ye kimchi halal. ada brand lain tp tak berapa nk ada lah logo halal tu. so sila lah beli yg halal je.
yg hijau tu brand mat kimchi. nana kata kt cold storage pun ada. tu nampak tak ada halal kt atas tu.
bibigo tu sah sah ada halal jakim.
harga kimchi ni agak mahal. tak lah berapa mahal. tp mahal lah bekas kecik tu. berbelas.
bagi aku masa ni, aku nk merasa je. camnelah rasa kimchi ni kan. so bila dah tau ooo rasanya macam ni, barulah aku buat homemade punya.
taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ni takde resepi ek. korang google jelah. sama je pun method nya. rasa pun lebih kurang macam yg beli tu.
ikutkan tekak aku ni, sedap je kimchi ni. tapi awaslah ye. kimchi ni bakal gemukkan korang sebab kalau makan dengan nasik, nasik tu bakal bertambah. so bila nasik bertambah, berat ko pun otomatik bertambah. hahaha padan muka lah jawabnya.
Fakta kimchi (sumber wiki dan google)
1. Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi
ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt.
Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering
disebut-sebut baik untuk kesihatan.
2. Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung.
Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati
kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi
ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk
mengubati manusia.
3. Orang Korea sering mengucapkan "kimchi" sewaktu bergambar agar kelihatan sedang tersenyum sebagai pengganti perkataan "cheese" yang sering diucapkan penutur bahasa Inggeris.
4. Kimchi - diiuji secara klinikal untuk menghapuskan bakteria merbahaya dan menggalakkan imun. Apabila
wabak SARS merebak di Asia, kebanyakkan negara dijangkiti dengan
serius, tetapi Korea tidak mengalami sebarang kesan akibat wabak ini.
Menurut kajian sains, ia disebabkan oleh pengambilan kimchi. Kajian
menunjukkan probiotik kimchi melindungi tubuh daripada jangkitan virus
dan bakteria merbahaya, termasuk SARS dan selsema burung. Bakteria
'baik' dalam kimchi menghasilkan bakteriosin - yang merupakan racun
untuk membunuh bakteria 'merbahaya'. Kimci jugak boleh menguatkan
ketahanan imunasi badan dengan merangsang sel imun dalam badan - 'Payers
pathces' - dalam usus badan kita.
5. Mengekalkan kerampingan dan kulit wajah yang cantik.
Kita perasan tak, kebanyakkan wanita-wanita Korea memiliki tubuh badan
yang langsing. Susah untuk kita nampak yang mengalami 'obesity' . Wanita
Korea mengamalkan makanan karbohidrat berbanding wanita Asia lain,
namun tetap ramping. Rahsianya? Kimchi! Kimchi adalah nutrisi penting
untuk pengawalan berat badan, menggalakkan metabolisme dan membantu
wanita Korea 'melawan bonjolan lemak'. Kimchi juga membantu wanita Korea
mengekalkan kesihatan, kecerahan dan wajah. Dengan nutrisi dan
antioksidan yang tinggi, ia boleh menyuburkan kulit, meningkatkan
pengedaran kulit, membaikpulih kulit wajah, serta melindungi dari
sinaran UV yang memudaratkan kulit.
6. Memakan kimchi mempunyai banyak kelebihan seperti melambatkan penuaan,
menguatkan sistem ketahanan badan, menghalang penyakit dan bagus bagi
sistem pencernaan. - utusan
dan lain lain boleh lah tuan/puan google ye.
okay bye.
다시보기 (dasi bogi)
No comments:
Post a Comment