:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, January 21, 2011

kasut kahwin / wedding shoe

hello hello


hari ini nk tulis blog pasal kasut kahwin. sebab tadi cari sandal, ternampak kasut gila cantik murah terbabooooom!!! so terus excited nk update blog. vavavava....*alasan terbaik...


plan aku....aku nk pakai kasut merah! sebab dress aku warna putih. so nk enhance kan sesuatu part. so kasut lah best kan.

design kasut mestilah mahu yang over gojes. tp murah. hahahahahah. gila lah etty ni, nk yg murah je, tp nafsu orang kaya!

sebab......kasut tu mestilah berinci inci tingginya. * of course, nk saingi tinggi najib. mahu tampak langsing. kehkehkeh.

banyak kt blog b2b, ramai yg custom made kan kasut tu. hantar kt designer kasut. oh my girl, aku tak mampu k0t. beratus kot benda tu.

so disebabkan aku tak amik port pasal kasut tempahan khas tu, aku tak ambil link. sorry ye...

okay...go go gojeeeeeeeeeeeeeeeeeeeessss!!!



pakai pump??? cantik. tp kaki aku jenis tak sesuai. cepat sakit. tu sebab aku tak pernah ada fullshoe @ pump ni. beli mahal mahal, alih alih aku bagi orang atau letak je dlm kotak balik. =)


gojessssss okay....aku suka ada brooch tu...simple yet elegance....


yang sebenarnya, td masa lunch terjumpa satu heels tu. ya ampun.........cantik gilssss....simple je design dia. tp sangat gojes nk mampus!! haaaaa, tau tak betapa cantiknya siap dah mampus. hahaha.

tapi...............................................ilek pocik warna merah.....dey...kenapa takde merah???

warna putih dan hitam je ada.

guess what berapa harga dia?????

rm29.90. *jenama cikai je, but its okay.

ternganga tu. tutup mulut tu balik!

aku fikir, kalau aku beli tak pakai pun takpe sebab murah. yelah, kasut tu tinggi gila. maunya terus bunting pas kahwin, bila aku nk pakai kan. kihkih. okaylah, reason lain, aku memang dah retired dah pakai high heels. aku lagi suka wedges. * faktor umur????


then, kalau aku insist nk pakai merah, takpe je kan kalau beli putih. buat kasut nikah!
lagipun, aku make up kt rumah aku, event nikah kt rumah waksal aku, so adalah moment pakai kasut gojessss tu kan...ehem ehem...ada bau bau je cm nk beli kan.

yes minggu depan dapat gaji, aku beli! najib pun kata terpulang. ala sebab rm29.90 je. cuba kalau rm290.90, mau terjegil bijik mata!



oh man...melted.....aku suka yg terbuka sikit depan tu. memang aku suka! korang, kalau terjumpa kasut camni warna merah, beli kan ye. ngehngehngeh.


ni pun sama. tp nk worth rm29.90. boleh tak???


ini kalu pakai then duduk atas pelamin, cantik gila.....sebab masa duduk tu kan, macam nampak kasut kan....wow!!!!!! tp tak suka lah sebb open sgt. ada tali kt depan tu je, memang aku tak selesa.


ni pun.....la hai.....
haaaaa, camnilah rupa kasut tu....tp bukan pump. tiba tiba dah lupa design camne.

tp diamond tu kt belakang. juntai juntai lagi...sangat cantik dan gojesssssssss~~~


ah tak kira.....
aku tak sabar nk pangkah lagi dalam list aku tu...
tak sabar nk banyakkan resit dalam buku kahwin aku...........................



tak sabar nk beli....




tak sabar nk kahwin. * eh tiba tiba....




bye....*senyum meleret.....

Sunday, January 16, 2011

ayotttttt tak tau....

hello hello



auwwww....

gua tahu lah gua dah nak kahwin, tp tak perlu lah kot saiko gua sampai macam ni. gua malu beb...*tersipu siput sedut.

camne aku nk buang iklan supaya jangan saiko aku lagi???????????

aku tak pernah pun suscribe benda ni, tiba tiba je kan...

haish...

tau lah......tau lah......

hahahahahahahhahahaah. gelak malu malu...

Saturday, January 15, 2011

takde point pun, saja je nk bebel.

hello hello


kalau korang perasan, tarikh kawin aku dgn bff gedik aku, dekat dekat je. mula mula asmida, lepas tu ijah, lepas tu eena, lepas tu farazura. macam tak percaya!!

yelah, kitaorang ni semua kenal masa sekolah tau. kecuali ijah, kami sekelas dari form 1 sampai form 3. kelas yg pasif gila kalau ada cikgu tu. haha. semua aimed kelas kitaorang sebb semua cikgu kata kelas kitaorg lembap. sebb semua melayu. hampeh punya cikgu!

tp sebenarnya, tak lah berapa lembap. cuma kami semua malas je nk tonjolkan diri masing masing. humble katanya. * yelah tu.

bila fikir fikir balik, seronok rupanya kawin dekat dekat ni. yelah. banyak perkara boleh share, boleh tolong.

macam aku. aku tak lah sibuk bebenor kt office tu. tp aku busy gtalk dgn eena, asmida. hahahahahahah. eh takdelah teruk sgt. asal ada kerja aku sign out. tu yg budak budak ni geram kalau kena bukak window baru nk gtalk. hehe.

aku lebih suka gtalk dgn dorang! lari focus tu biasalah. kata darah manis. ngehngeh.

dari op, mua semua nk refer kt each other. bila rasa dah cantik, dorang kata tak cantik, terus mind set pun kata tak mau lah tak cantik. padahal ada je yg cantik. *kan dah kata, gedik!

lepas tu, kalau dapat quote baru dari vendor, terus nk forward kt dorang, tanya okay ke tak. sebab aku rasa, eena paling rajin buat review. so harga harga tanya dia sebab dia expert! thanks eena...

lepas tu, kalau tak dapat apa apa, mesti tunggu dorang on gtalk, nk luahkan kt dorang.

semua nk ikut bff kan. patutlah namanya bff gedik!

aku lagi suka bercerita dengan dorang instead of bercerita dengan budak office. sebab budak office aku tak berapa nk best.

term tak berapa nk best tu adalah dari segi mungkin dorang tak terdedah sgt dgn dunia blog, so dorang tak tau idea yg fresh, yg modern etc etc. mind set dorang skrg, adalah apa yg berlaku dlm hidup sekeliling dorang.

contoh eh aku bagi. pasal wedding favor. apa org melayu cakap tu, berkat eh. ala, yg isi dalam beg tu lah.

aku punya, at first memang nk bagi macam macam. just like typical malays lah kan. tp najib kata, buat apa bagi lagi, masa majlis tu, dah makan macam macam, so buat apa bagi makanan lagi. okay fine, diterima juga idea tu. * so far, akan datang tak tau camne idea tu.

so, either nk bagi barang atau makanan. tp 1 quantity je.

and sebenarnya dalam kepala dah ada idea nk bagi apa. cuma nk dapatkan best price. well siapa yg nk beli mahal sedangkan masa masih panjang ni kan, so sempat nk cari lagi murah.

dah survey macam macam tempat.

sekali tu, member office aku dengar yg aku tengah mencari benda tu. dia macam tak setuju. so dia came out with 1 idea. aku dengan bersungguh nk dengar ni sebab cara dia bagi idea tu macam menarik gila.

''aku nasihatkan ko apa kata ko bagi je sapu tangan kecik kecik yg ada sudu garfu mini tu. org sekarang banyak bagi tu''

reaksi aku....

''hellooo ----------------*&^%$!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!''

spontan okay. hahahahahhaha. gila jahat mulut aku.

mati mati aku ingat dia nk bagi idea yang best. sebab dia muda lagi. muda dari aku, tp dia dah kahwin. so ingat idea dia fresh dari ladang. sekali tak!

terus aku email bff gedik aku cakap tak best bercerita hal kahwin dengan officemate, lagi best bercerita dengan korang, cepat gtalk!!!

adeh...aku menyampah gila dengan idea sapu tangan tu. sapa punya idea dulu ntah!

nasib baik ada ex officemate yg ada idea best macam aku. aku terus call dia bagitau. terkekek dia gelak.

hari tu masa aku g kedai borong tu, pun sama. officemate aku tunjukkan benda tu *sapu tangan yg paling dibenci.

''ty, nanti ko kahwin, ko bagilah ni ye''
sambil tunjuk kt bendalah tu.


euwwwwww pehlis lah wey....

aku rasa, aku patut berterima kasih pada bride blogger. sebab dgn adanya komuniti macam ni, dapat kembangkan lagi idea. tak lah ditakuk yg lama je. boring kot.

well, aku tak lah kutuk orang yg pernah bagi tu dulu. tp zaman skrg, orang akan fikirkan praktikalnya benda yg akan diberi. contoh mcm benda yg akan aku bagi nanti, praktikal. orang boleh simpan dan gunakan.

kalau sapu tangan tu...praktikal ke?? air pun tak serap kot.

tu lah maksud aku, sapu tangan tu tak praktikal langsung.

oh ye, kalau ikut idea dulu dulu, orang akan pilih sapu tangan yg boleh serap air. baru orang tu hias dengan bunga bunga.
tp yg sekarang ni, dah siap hias. tp kualiti sapu tangan tak best.

idea lain.

kalau bagi bekas telur macam bakul, porselin ke...bekas tu boleh pakai letak brooch. praktikal bukan???


so dari habiskan duit bagi barang yg orang akan buang, baik habiskn duit beli yg mahal sket, tp praktikal.

betul tak cakap aku...??

correct me if im wrong!

Friday, January 14, 2011

black widow.

hello hello

kita update pasal kucing pulak. asyik kawin je. kucing kucing pun kecik hati...hehe

kucing ni, kucing kt office. pernah rasanya blog kan pasal dia dulu. cuma malas nk tengok entry mana. hehe.


ni mak kucing.

muka dia comel gila kn....

tengok lah....muka manis. haha.

muka dia bulat, mata dia kuning.

alorrrr lorrrr lorrrr....shooooo shuwittt.....


kekurangan aku, aku tak boleh bawak balik kucing kucing ni. jadinya, caranya satu je. aku bagi makan. tu je cara nk ubatkan hati lara tak boleh bawak balik rumah!

bila dah bagi makan hari hari, dia kenal ng aku dah. siap tunggu depan pintu office. hehe.

dari bujang, ke bunting, terus beranak...aku lah mak dia.
* bukan aku yg bunting!!!!!


ni masa miau ni bunting lagi.
* ketika entry ni ditaip, dia dah beranak, tp tak tau mana anak anak dia.


urm, hari apa ye...rabu tak silap aku..sampai office je, aku tak nampak dia. gila ah resah hati ni...yelah...takut kena buang sekali dengan kittens ke...ishhh risau ni.

sampai semua kawan kawan aku perasan, mana anak ko?? hihi.

tapi at last...member aku bagitau...ty, dia dah sampai...

apa lagi, terus pecut turun bawah bagi makan!!!

alorrrr lorrrrr lorrrrrrr......


aku memang sayang kt dia, walaupun dia bukan hak mutlak aku....!!!

miau, doakan kita semua murah rezeki ye.......

Monday, January 10, 2011

so far.

hello hello

alhamdulillah...pencarian yg besar besar hampir dah selesai....lega gila.

1. mua [make up artist] - deposit booking dah bayar last week. senang sgt berurusan dgn mua ni...harga pun not bad. siap nk suruh asmida hire mua ni jugak.

2. op [official photographer] - najib dah bayar deposit. harga pun, not bad jugak. lepas kahwin kang baru review sapa op aku eh. haha.. *tak best siap ko yang!

3. last week, jumaat dah jumpa mak andam. eh camne boleh panggil mak andam sedangkan mua amik ng org lain. hahahaha. panggil apa apa jelah labu....design dah bagi, tunggu dia panggil fitting je. sebab cik idah cakap, taylor, eh ko ingat taylor swift ke??? tailor lah. tailor tu kt seremban.

sebab tak plan nk jumpa cik idah [jiran najib], so tak bawak lah gambar baju idaman. ngeh ngeh ngeh..tp sebenarnya takde pun. asal yg cantik, asal putih. aku sapu.

so alhamdulillah, setel dah. hari sabtu, najib kata cik idah dah tunjuk kt dia kain aku. since ni baju cik idah, cuma aku je first user, aku tak demand lebih. janji cantik.

oleh itu, tunggulah fitting ye....


---------------

tiba tiba, hari sabtu, najib suggested tukar tarikh pulak...

cepatkan. ala seminggu je. tukar ke 3 & 4 hb june 2011. siot je ko kn eena!!!

kelam kabut aku call mua tanya dia free tak tarikh baru aku tu. sekali dah ada org booking.

sedih gila...dah lah cantik, murah pulak tu....arggggggggghhhhhh tension aku....

dia pun cakap boleh refund. wow, terima kasih lah kak ad.

sgt stress okay bila kena cari balik mua. aku tak suka betul bila kena survey lagi ni. ingatkan dah setel.

lagi stress bila ingat, barang baik terpaksa lepaskan. hoh!!!!!

tp......disebabkan diawalkan, takpe. hahahaha. tetttt....


so, bride to be...mana mana yg nk cari mua paling best, cantik, harga pun berbaloi baloi, boleh cari kt facebook makeupfreak.
blog dia makeupfreak.net.

cepat cepat ada promo tau....


sob sob sob...

aku jeles kang korang cantik bila hire mua ni....

bye.

Wednesday, January 5, 2011

kedai borong makanan ringan, gula gula di melaka

hello hello

haaaa amik kau...baik punya tajuk. senangkan orang kalau nk google kan. kan senang kalau semua org buat tajuk yg senang org google, terus dapat apa yg nk dicari tu...

aku taip je hari tu, terus jumpa kt blog lemprica. huh, best dan sangat sangat puas hati.

pagi aku baca blog tu, lunch hour terus ajak member cari. * kantoi buat kerja lain masa office hour! haha.

semangat gila padahal tengah puasa hari tu. * ehem.....puasa okay puasa! bukan warm warm chicken shit tau! kahkahkahkah

dah pusing pusing area tong hup tu, tak jumpa jugak. lalu kedai borong ikan bilis, sekali member aku berhenti ''ni kot kedai dia''

eh hellooo, terang terang dah tunjuk kedai borong ikan bilis kot. ahahahahahah. gelak gelak aku atas motor. dengan panas terik tak ingat.

ingat dah give up dah.....sebab tension. dengan haus tekak lagi. dah lah asyik lalu kt gerai air kelapa je...

masuk tong hup. bahagian yg bridal tu. takde apa yg menarik pun kt situ. sebab tak jumpa apa yg aku nak. lagipun situ mahal! lagi murah kt nilai 3.

pomander ball yg kecik tu pun rm10!

dah nak keluar tu, tanya lah kt sa tu. kt mana kedai borong gula gula. rupanya depan kitaorang je. siap lalu kot td. cuma tak pandang.

dah masuk tu...yaAllah...terus lupa diri yg tengah puasa. rasa nk berbuka pun ada sebab macam macam jajan, coklat ada. eiiiiii....geram....!


lepas tu lupa bawak pen & kertas boleh?? padahal buku wedding planner aku tu ada je dalam beg
* huh wedding planner. aku lah wedding planner untuk wedding sendiri. hehe

terpaksa lah taip je kt hp. * sampai office baru catit balik dalam buku hikmah! - buku nota

masa kt dalam tu, just take note je mana yg sedap pada tekak aku. tp rasa macam nk beli semua!! =)

dah sampai kt office, kira balik apa yg aku catat td...baru tau harga sebenar kalau beli satu satu. ada yg murah gila, ada yg biasa biasa, ada yg bolehlah.....


tips:
sebelum pergi, bawa pen, kertas dan kalkulator sekali ye. senang. aunty, uncles, abang kt sana pun okay. cakap je nk survey, dia tak kisah pun.


ni ada peta yg hidup segan,mati pun segan jugak!!


orang melaka pandang ni sebelah mata je kot. kalau blur gak, sahlah korang rabun.
*haha. nak salahkan mata org pulak. padahal lawa lagi lukisan thaqif....




dari payfong - payfong tu sekolah cina. payfong tu dari arah mana aku pun tak taulah. tp ada kolej kosmopoint. ada lorong kecik tu, sebelum shell. *lupa nk lukis kt mana shell.
belok kanan. alert belah kiri...kedai tu kt sebelah kiri je...cat warna putih ke cream ntah. oh yea, masjid di sebelah kanan ye...

dari kampung jawa - lalu shop lot. mula mula shop lot tu, kedai borong carslberg. akan nampak botol arak tu. theeeeee~
sebelum sampai masjid tu, ada lorong kecik. belok kanan.
masjid sebelah kiri,
kedai sebelah kanan.

dari jalan hang tuah - ni kalau katakan korang terbabas dari simpang yg sebelum shell tu. akan lalu shell dan terus macam u-turn. lalu direction yg dari kg jawa yg kt atas tu.

kalau berjalan kaki dari hang tuah pun, ikut jalan tu gak. tak jauh pun....


* kalau map ni tak betul, korang beli garmin je lah. hahahahahahaha.


dah, selamat membeli belah.....sangat berbaloi....

kasi hint ye - coklat nips (ni confirm confirm kena gelak ng eena, asmida ni) kt luar rm3+ kan. kn sana...ehem....rm1+ je...tak sampai rm2. siyes tak tipu....


so kedai ni, amatlah sesuai untuk sesiapa yg nk cari gula gula untuk kahwin, untuk berniaga. sgt berjimat.


tu je. semoga membantu pencarian korang....


aku cakap: aku tak beli lagi, nk survey satu tempat ni lagi, compare kan harga....then baru beli. berbelanja dengan bijak okay!!!!

Sunday, January 2, 2011

OP review - RizalIsmail Photography.

hello hello


meh...mari tuan puan, dengar ini cerita......

saya....eh...apsal tiba tiba saya pulak ni....theeee...

aku nk share satu OP yang mungkin korang boleh try contact, tanya quotation, then kalau meets your budget, boleh hire mereka.....

namanya ialah.....auuuwwwwww....eh, ni bukan bunyi serigala, ni bunyi orang miang. hahaha.



en. rizalismail photography [facebook] [blog]



jenguk jenguk blog dia, tengok gambar yg best tu....

kalau korang suka jenis gambar yg malap malap, kabur kabur, suram suram romantik boleh lah kenen kan en rizal ni....
* gambar credited to en. rizal's blog.


ehem...bff gedik medik [asmida] hired dia bebeh....saja je ambil calendar june kan. nasib posing sopan bulan june. hahahahahha. tettttt...

credited to asmida jugak sebab sebab fomfuan ni lah aku pun terjebak dengan en. rizal.
tetapi....tiada jodoh antara ku dengan en. rizal lorrrr....=( =(


so...apa lagi....rizalismail, highly recommended babehhhh.....ada special gift 2011, ada best package dan sangat senang berurusan.



apa lagi...pada yg tercari cari OP tu...cepet cepetan....

Saturday, January 1, 2011

nikah theme - tiffany blue & .............?

hello hello


sebenarnya aku tak suka biru. kecuali turqoise. =)

tp sejak tengok gambar elyana nikah hari tu, terus macam omg omg, nk kaler ni....!!!

terus cakap kt najib ''kita buat tiffany blue nk tak?''
terus dia google, dia jumpa [sceme colors ni]....dan bagitau aku.

yes, ura ura macam setuju lah kan.

tapi, aku tak suka kot stick pada 1 warna je. contohnya, baju nikah TF, aku tak sukalah semua
eg: hantaran, baju bridesmaid, baju keluarga pun TF kan.

so aku nk cari warna yg matching dengan TF. dapat 1 warna pun kira okaylah kn. aku memang suka warna warni ni. hehe.

so aku dah google. semua gambar dari google image. ohhhh, i sayang u lah google.....


TF vs YELLOW
ulasan: macam cun. sebab aku ingat nk bagi hantaran kuning kot...
hantaran untuk king of my heart, okaylah kuning kan.....kan kan kan...


TF vs RED
ulasan: cantik, tp terlalu garang sebab nikah kan. nikah kn patut suci, mulus, tulus...
cehhhh...


TF vs pink
ulasan: terfikir gak pink ni....tp....etty boleh tak out of pink?? asyik pink jee kot.


TF vs WHITE
ulasan: oh...sangat suci murni, tulus mulus....tp tak nampak macam plain sgt ke???
* haaa, aku mmg banyak songeh!


TF vs BROWN
ulasan: ni confirm confirm dapat bantahan dari orang ramai. hahahaha.
tp pada mata aku...dah cun da ni


TF vs FUSCHIA - ntah betul ntah idak sebab ada 2 ejaan fuschia ni.
ulasan: pun dah cantik. tapi kang, nk bagitau tema ni kt orang kampung, kena cakap ala ala purple lah kan...hehe.



fikir hantaran lagi satu buat pening. tak tau nk pilih kaler apa yg best. tolong lah jangan pink etty.


kejap berangan, warna itu cantik. kejap lagi fikir, warna yg ini pulak....


pehlis....idea...come to mama!!!!!!!

pujangga pernah berkata....................

hello hello





dah lama tak rasa jiwang jiwang, keluarkan kata kata pujangga dari hati sendiri. dulu masa sekolah, rajin perah otak keluarkan ayat yg best. bukan apa, dulu akhir tahun mesti ada buku sain sain kan. semua berebut nk keluarkan idea best best tulis dalam buku tu...

tiba tiba, terdetik nk cipta ayat sendiri.

datang dari hati.

terus aku sebak bila dalamkan maksud tu....

hurm, bak kata kakak office yg teraniaya, siapa yg makan burger, dia yg rasa kenyang kan.....

biarlah...hati aku yg sedih...


anyway.....selamat tahun baru.


kt facebook, beratur ucapan happy new year..masa awal muharram dulu, takde pun beratur banyak macam tu....biasalah....


semoga hari esok, lebih baik dari semalam....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails