:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, April 3, 2012

check up 27 -28 weeks

assalamualaikum....

mengantuk!!!  ni baru balik check up.  dengan tangan kiri sengal sengal nya lepas cucuk kancing gigi.  la hai...nurse ni inject kancing gigi ke, kasi ubat tido ni....

sebenarnya tak check up pun harini, tp 2 minggu lepas HB aku 10.8, tu yg kena check harini.  HB aku jenis turun naik.  tp macam pelik lah hari tu kenapa turun mendadak kan.  rupanya sebab aku banyak minum teh & kopi.  ooo tu lah kekurangan / keburukan minum caffein ni. oleh itu, kalau korang baca kt mana mana ibu mengandung jangan selalu amalkan minum caffein, silalah percaya.  kalau tak, mendapatlah nk datang KK 2 minggu sekali.  [kalau korang check up kt KK lah!]. 

check up sebelum ni aku ada mengadu kaki aku cramp.  nurse cakap kekurangan kalsium.  even dah makan pill kalsium, silalah minum jugak susu.  baekkkk....

setelah mengamalkan pengambilan susu sebanyak 2 gelas setiap hari, maka alhamdulillah.  hilanglah cramp di kaki. 

di rekod lepas tu, dia tulis slighly medium utk kotak kaki bengkak.  tp harini punya result check up, dia buat dash [-] je.  tandanya kaki ku tiada pembengkakan.  yeay...berkat urut malam tadi, pakai stokin.  kt office pun letak kaki atas kotak.  jangan juntaikan kaki  ye.

so far untuk harini:

berat - nasib baik tak naik kilog kilog.  naik bape gram je...fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....padahal sehari sekali mesti makan aiskrim.  siap ada stok aiskrim kt rumah.  fuhhh..
kesimpulan sehingga harini [28 weeks], berat dah naik sebanyak 8 kg.  nurse tak cakap apa apa.  lagi lagi pasal minum air gula.  maka kita senyapkan sahaja.  kalau kena minum nanti, telan sajalah labu.  *kesat air mata...........

HB - hari tu 10.8 kan.  hari ni tulisan berwarna biru.  11.5.  alhamdulillah.  pembantu makmal tu siap cakap, esok turun lagi.  cisss mulut kau...tp memang macam tu lah.  HB aku ni turun naik.  harini bacaan 11+, next check up jadi 10 pulak.  nk makan kerang hari hari??  yakkksss...geli pulak tekak aku.  horlick???  aku beli sepeket besar 2 bulan lepas.  tp tak pernah sekali pun aku sentuh.  sayur bayam, ntah kenapa aku dah boring.  harapkan iberet folic je. 

kaki - cramp dah hilang so far.  next day tak tau lah kan sebab aku tidur kepala kt kipas, so angin tu jauh dari kaki.  bengkak pun tak lah berapa bengkak.  sedang sedang je.  tak macam minggu lepas.  baguslah kaki aku ni.  behave. 

kedudukan baby - dia tulis pulp. 

jantung baby - macam lumba kuda pulak bunyi dia.  bacaan dia 140. lepas tu dengar dia banyak bergerak.

BP - okay je. 

tinggi rahim - 27 cm.  baru perasan.  tinggi rahim ni ikut minggu kita mengandung ye?  sebab aku check balik buku aku, masa check up minggu ke 14, dia tulis 14 cm.  check up minggu ke 25, dia tulis 25 cm.  so since harini adalah minggu ke 27 berapa hari tah, so dia tulis 27 cm...

special case - haha, siap special case.  takde apa cuma kena cucuk tu je.  next check up, second inject pulak.  dush dush.  

extra - nurse cakap nanti khamis dah masuk 28 weeks kan, boleh start kira pergerakan anak dah.

ruangan masalah - no complaint.  hehe.

tapi sebenarnya aku ada gak komplen.  aku tanya kenapa kaki aku mengelupas teruk gila.  pastu start gelap kt sendi sendi tu.  nurse cakap normal.  baeklah.  then aku tanya lagi, normal ke kalau berdengkur.  nurse pun cakap normal sebab badan letih, saluran pun makin sempit.  fine.  kalau aku google pun, memang normal.  yg tak tahan malam tadi aku berlumba dengkur dengan laki aku.  aku dah dengar dia dengkur, aku pun dengkur lah sesuka hati.  yg pelik tu, time pregnant ni kita rasa tau kita berdengkur.  rasa je angin tu keluar dari kerongkong.  dan berdengkur tu kalau posisi tidur menelentang je.  kalau mengiring takde.  tp aku selesa tidur menelentang sebab belakang aku sakit.

jumpa doktor, doktor tu tak cakap apa apa.  everything normal, anak sihat ibu pun makin sihat.  haha.  no scan.  mesti suami kecewa.  tapi dia dah ajak pergi 3d scan.  yeay!

Sunday, April 1, 2012

perubahan hormon - perangai

assalamualaikum

hormon selalu dikaitkan dengan pregnancy kan. kalau komplen kekurangan / kelebihan diri pada doktor, mesti doktor kata hormon ni, hormon. rasa macam annoying. macam takde alasan lain. tu yg daku pernah cakap, doktor pemalas. haha. lagi lagi doktor laki. baik tak payah jadi doktor. haha. kena banned kang ko etty.

okay lets share apa perubahan hormon yg telah terjadi sepanjang aku mengandung ni.

attitude [perangai]

1. bertambah malas. ni pun dikira pembawakan hormon lah kan. haha padahal dah sedia malas. sampaikan suami cakap, yg malas bertambah malas sebab aku malas nk bawak plastik ringan balik dari soping tesco. bukannya berat pun. nak naik tangga sampai ke rumah aku pun, ya Allah malasnya aku rasa. sebab nanti dah sampai rumah, mesti rasa semput. bila dah semput, nk tegur aunty depan pun aku tak kuasa. lagi lagi kalau balik kerja. selalu aku akan biarkan kaboy, kadik, kamell main kt luar kejap. ni bila dah semput, dorang keluar cepat je aku paksa masuk sampai kang kaboy macam emosi dengan aku. ''cepatlah masuk miau, kakak penat, nk mandi''. tapi nanti mesti macam kesian je tengok muka dorang.

malas malas malas

malas pun boleh dikaitkan dengan kemalasan mengemas rumah. kalau hujung minggu kt rumah mak ni, suami lah take over kerja kerja memvacum. kesian jugak kt dia kena vacum sofa berbulu kucing tu. haha. tp apo nk buek??? aku kt dapur, dia mestilah handle hall kan.

bilik pun. disebabkan aku rasa rumahtangga aku hanya di dalam bilik je sebab aku tinggal dengan mak aku, pun aku rasa macam useless sebab aku malas nk kemas bilik. kesian je suami balik balik kena hadap bilik bersepah. terpaksalah merajinkan diri kemas bilik kang dia bukak mulut, sendiri yg sentap kan...

malas nk memasak pun bolehlah masuk dalam point malas ni. hehe. okay sebenarnya tak lah malas memasak, cuma aku malas nk fikir apa menu yg kena aku masak. kang aku tanya, ''yang, nk makan apa?''. kang dia jawab ''entah''. adoyai, tu yg lemah nk memikir apa nk masak ni ye. aku pun malas nk fikir sama. sebab aku tak suka makan apa yg aku masak. so tugas aku hanya memasak untuk suami. bukan ikut tekak aku. cuma kalau tak kenan dengan menu dia, aku bantah lah. boring lah makan tu, makan ni. haha. dah lah malas masak, bantah je tau...wakakakaka.
yelah suami suka seafood. buat sambal ke apa. aku pulak time pregnant ni, seafood memang ke laut balik lah. aku tak suka. aku suka ikan goreng je.

2. cepat emo

teringat aku satu malam tu aku termarah adik aku sebab burger ramly yg aku beli habis. aku lapar gila time tu. aku bukak fridge nampak ada daging burger. aku ingat ramly. tp rupanya brand lain yg mak aku beli. aku tanya adik aku ''mana burger yg akak beli''. dia jawab dah habis. okay lah kalau habis pun. tp jap lagi aku meroyan ''kenapa ko habiskan burger akak, kenapa tak makan yg mak beli tu??''. hahahaha. macam puas hati dapat marah dia sebab 3 bulan dia kt plkn aku takde punching bag kan. =))))
aku pun masaklah 2 keping. dengan niat, satu untuk aku, satu untuk dia. okay dah siap masak, aku cari takde roti. sekali lagi aku hangin. ''mana roti???????????????''. dia jawab dah habis. memang rasional pun dah hbis sebb dah lama beli roti tu. bukan baru beli. tp masalahnya aku tak puas hati lalu memarahinya lagi sekali. ''ko nampak akak masak tadi, kenapa tak cakap? td ko keluar kan, kenapa tak beli??????????????????????''. tinggi jugak suara aku. at last terus aku ngap dua dua keping daging tu. sambil makan, sambil kesat air mata. wakakakaka.

so bila aku solat dalam bilik, aku dengar adik cakap ng mak dia nk keluar beli roti. ''along nk makan''. aku dengar tu je. lepas tu aku fikir dah malam ni. kang apa apa jadi, aku yg menyesal. so aku jerit nama dia, cakap tak payah beli. beli esok je.
tahan lapar sampai esok.

ingatkan kejadian tu stop situ je. tp tak rupanya. adik aku mengadu kt mak aku yg aku marah dia habiskan burger. so tau tau je hari aku nampak ada pulak burger lain. aku tanya mak aku kenapa beli banyak sangat burger ni. teruslah mak aku bagitau benda yg betul kan. wah dalam hati terdetik, concern mak aku ni. tp bila fikir balik, laaa hai aku ni over betul. sian mak & adik aku.

bila aku cerita dengan suami aku, lagilah aku kena sedas. dia cakap kalau lapar kenapa tak amik kunci kereta, pergi kedai. sekarang kan dah ada kereta. a'ah kan. tau time tu nk maki hamun je.

masa awal awal lagilah. emosi gila tak dapat beli kuih vadey depan mydin. meleleh leleh air mata aku. terus laki aku bawak pergi mydin. beli gak kuih tu. makan malam tu sambil tengok ajl dengan rakus. esok pagi tersilap teknik gosok gigi, aku muntah. okay fine, terus tak mengidam vadey lagi. haha


3. cepat annoying dengan org lain

berbalik pada kisah tengok ajl sambil makan vadey, aku tak boleh tengok ana rafali. bila aku bukak mulut, mak cakap, haaa ko tengah ngandung, jangan cakap macam macam. terus tukar channel lain.

macam malam ni pun, aku tak boleh tengok ella. mak pun dah sound suruh aku diam. hahahahahahah.

macam orang orang terdekat yg annoying pun, aku senyap je. maki dalam hati.

awal awal trimester hari tu pun pernah. dah lah masuk mahkota parade nk muntah. plus lapar. ternampak pulak sorang mamat punk ni couple ng minah pakai tudung. terus tambah tambah nk muntah. eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

padahal dulu sebelum ngandung, gasak kau lah kan. hidup kau. haha


okay tu je yg teringat. nanti sambung lagi.



Tuesday, March 27, 2012

sakit belakang + pinggang

assalamualaikum

harini EL sebab balik je dari PD badan sakit sakit. lagi lagi belakang, pinggang. oh ye kaki pun tak terkecuali. kadang kadang solat pun terpaksa guna kaedah duduk. alhamdulillah, islam itu memudahkan.

sakit belakang tu macam normal, tp tak taulah lepas balik PD ni makin menjadi jadi pulak. nk tidur tak tau posisi camne lagi. kiri salah, kanan salah. last last terlentang. tu yg fikir, baby selesa ke kalau aku tidur posisi camni. sebab posisi tu jelah yg melenakan aku. maternity pillow tu dah tak dan nk peluk. kegunaan dia sekarang adalah berada di celah celah kangkang dan di hujung tu berada di tulang belakang aku. oh nyaman.

btw, memang nk EL pun. tak terfikir nk mc sebb rasa macam tau je doktor takkan bagi aku mc. mesti doktor kata ni normal sakit belakang. haha aku dah tau alasan doktor camne. doktor pemalas. [mati lah salahkan doktor pemalas kan].

aku tak pergi pun KK, pergi panel je. malas nk menunggu lama lama end up aku tau aku takkan dapat mc. dan tekaan ku tepat. doktor tak bagi mc pun. terel kan aku menjangkan. doktor bg time slip je. tak kisahlah sebab aku memang nk EL pun.

sekarang nk online pun susah. dulu laptop atas tilam, so aku boleh lagi meniarap. lepas perut dah besar, still boleh meniarap, tp letak bantal kt belakang, dan maternity pillow di depan. tp lama lama badan aku tak selesa. pinggang pulak sakit. tu yg kalau kt rumah, janganlah harap aku nk online sangat.
so bila adik aku dah balik dari PLKN, laptop dah kt hall dah. sebb dia tengah nk mohon U kan. laptop atas meja, so aku kena duduk atas lantai. balik dari PD hari tu, duduk hadap laptop tanpa alas bontot dan sandaran belakang. ya Allah....sengsaranya aku rasa!!! bila baring tu, tambah tambah sakit sebb sofa tu macam dah lembik. tu yg malam balik PD tu, aku tido atas katil, suami aku tido kt toto. dah tak fikir org lain bila badan sakit sakit.

dan sekarang, bontot ku alaskan dengan bearbear ku yg dah berusia seusia dengan aku, belakang guna bantal sofa. selesa lah jugak walaupun sengal sengal bontot ni.

normal kan sakit belakang ni. tak sah rasanya kalau mengandung tak sakit belakang, sakit pinggang.

cuma bagi aku time ni tak normal. puncanya adalah dari PD hari tu, katil aku tak selesa. plus aktiviti dalam dewan tu lama sangat duduk dalam keadaan tak selesa.

sorrylah bos. waktu ni bos kena jugak hadap PA yg tengah sarat merandung yg ada pelbagai karenah dan ragam. tunggu bulan 9 nanti, saya bg full komitmen pada bos ye. hehe.


100 days to go............

assalamualaikum


ni countdown 100 days to go nk kahwin. tarikh itu adalah pada 22 februari 2011.


dan ini pulak 21 march 2012. 100 hari lagi untuk berjuang mengeluarkan si kecil dari perut ni.

lepas anak dah keluar dari perut mama dia ni, mesti mama dia ni rindu nk rasa dia gerak gerak, dia kick, dia kick pipi+telinga papa dia. hik hik.

nanti dah keluar, bila dia kick kita, mesti kita marah ''jangan sepak mama, dosa masuk api neraka tau!''

kan, tp masa dalam perut tu, bahagia sangat rasa. seminit tak kick, risau sangat.

ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami suami isteri................

Monday, March 26, 2012

pintau mintau

assalamualaikum,

letihnya badan ni tidak terhingga. semalam baru balik dari PD. berkursus 3 hari 2 malam. at first macam excited nak pergi, konon seronok macam jati diri itu hari. tp lama lama lemau pulak. bukan sebab lemau tak nak pergi, tp malas nk packing bag. packing bag paling tak suka okay. tp nasib baik kalini punya format, pakaian adalah formal ketika di dalam dewan. kebetulan, baru dapat stock baju dari cheyah, so angkut jelah blouse maternity. hi hi hi.
packing packing packing, tersedialah bag tu malam jumaat. 1 bag roda, 1 beg sandar, 1 beg letak iron. iron penting sebab faktor baju yg berkedut seribu....

hari jumaat bertolak dari U dalam pukul 3 camtu. weols naik bas PLKN yow. haha. driver ikut jalan lama. masjid tanah - sungai udang - PD. baru je sampai sungai udang, aku dah tertido. bangun je dah sampai PD. dasarrrrrrr....

weols menetap kt selesa beach resort [rasanya]. oh agak selesa jugak bertepatan dengan namanya. cuma...............................nasib tak berapa nk selesa. dapat tilam sakit badan, shower tak berfungsi. tapi since bilik tu strategik dekat dengan cafe @ swimming pool @ foyer so agak sayang nk menukar bilik. plus takut dapat bilik tingkat atas. mak buyung ni nk senang jee. hehe.

awal awal lagi ada unsur cemburu di hati officemate. ''untungleee dapat pergi pintar time peknen ni..........'' sambil muncungkan mulut jeles. wakakakakakakakka.

aku memang berharap aku pergi siri yg ni. sebab kalau ditakdirkan pergi lepas bersalin nanti, macam agak susah. nk tinggalkan anak, nk mengepam. lepas tu, pintar ni wajib buat rakit, naik rakit sampai tengah lautan selat melaka. oh tidak. alhamdulillah, rezeki aku pergi tengah peknen ni. [tak payah naik rakit leee derrrr]

tapi ada sorang akak ni, anak dia kecik lagi. so dia bawaklah suami & anak sekali. tapi bayaran tu lain lah kan. perbelanjaan diri sendiri. [macam best je bawak suami & anak sekali kan]

ada satu hari tu, aku terdengarlah keluh kesah sorang staf ni dalam surau. time tu dia baru lepas pam. dia cakap risau camnelah nk uruskan susu bila pergi pintar nanti. sebb dia pun baru masuk kerja.
alhamdulillah, urusan dia dimudahkan. dalam bilik kami, disediakan fridge. best kan.

so far aktiviti tu............bolehlah. takde lah yg menarik sangat, takdelah yg langsung tak menarik kan. so so je. best bila buat aktiviti berkumpulan. plus, kalini pergi dengan fakulti & jabatan lain. so boleh kenal kenal. in fact, dalam group aku, ada sorang lecturer indon, sorang lecturer bangladesh. so best lah kan boleh sembang sembang. yg lecturer indon tu siap lah tanya aku ngandung anak ke berapa, bulan ke berapa, dah tau jantina ke belum. wakakakka. org berakit, aku menyembang. dah macam cerita sinetron pulak. =))

balik semalam, suami aku amik. best best. ingatkan nk mandi laut sebab sepanjang kt sana, tak mandi laut pun. dapat mandi pool je. aty fared kata kalau swimming senang nk beranak. hahaha tp masalahnya aku tak berenang pun. berkubang je. kahkahkah.

sampai je teluk kemang, panas kemain. suami kata, usahkan berenang kt laut tu, keluar dari kereta ni pun boleh sunburn tau. so aku malas nk pakai sunblock bagai, tak keluar kereta pun. lepas tu suami bawak pulak pergi pantai cermin, tanjung biru [eh tah nama tu betul ke tak]. masa tu cuaca macam dah redup. tp sampai sana, air surut pulak. nun jauh ke tengah haaa...hai lah tak koser lah aku nk berjalan ke tengah tu kan. maka jalan jalan jelah kami. ke perkampungan nelayan kt tanjung agas lah. aku ni penat, tp layankan jelah. plus bukan aku drive pun kan.

sampai melaka singgah kejap area pantai puteri makan mee kari, coconut shake. ui dapat makan aiskrim.....................heaven heaven. [jap g kena minum air gula pun heaven gak!!]

singgah MP [mahkota parade] sebb nk tengok tengok handphone. adik aku kan dapat 8A hari tu SPM. so nk kasilah hadiah. ingatkan hari tu sebelum dia pergi PLKN nk belikan hp murah murah yg samsung rm80 tu je. tp bila dah cemerlang SPM ni, takkanlah nk bagi hp murah kan. bagilah yg up sikit. tak dapat bagi belakberry, kita bagi pinkberry. hehe. asal ada wifi cukup. alhamdulillah, ada rezeki ni bolehlah tunaikan janji nk bagi dia hadiah. tp tak dapatlah nk belikan dslr as per requested kan. kopakkkkkkkkkkkkkk...!!

sampai rumah, terbongkang!!!!!!!!!!! penat ngantuk semua ada....laki tah kemana, baju kerja tah ke mana. yg tau aku nk tidooooooo....!!

sampai le kt masa sedang menaip ni....aku mengantuk!! dan tiba tiba aku rasa entry ni macam entry sampah tidak berobjektif, tidak bervisi, dan tidak bermisi.

selamat tinggal.

Monday, March 19, 2012

nk pergi IKEA

assalamualaikum,

last week, ktorg mak mak dara ni plan lah satu hal ni baekk punya. plan nk pergi ikea. mesti ada orang cakap, eleh ikea pun beria nk plan bagai. haha. sejak aku pindah balik melaka ni, ikea adalah tempat yg paling aku rindu nk kunjung. selain dari sogo dan pasar malam jalan TAR. so korang mestilah faham, kt melaka mana ada IKEA noks. so aci lah ktorg berangan nk g ikea kan. hew hew.

lepas tu dah masing masing kelam kabut, siapa nk drive. ktorg ni, setakat nak race kt highway SPA tu no hal, tp highway lain. hik hik...maafleee...tunduk kepala.
* termasuk aku.

lepas tu hari sabtu kelmarin aku pergi kluang. ambil adik aku dari PLKN. on the way tu, aku pun bukaklah cerita tu dengan somi aku.

''ayang, ktorg kan, staf office plan nk pergi ikea. semua perempuan. boleh tak nk join?''

''siapa drive, kereta siapa?''

''urmmm kereta ikin kot sebab dia bawak alza. ktorg ni ramai, mestilah kena bawak kereta yg selesa. tp drive tu tak tau siapa. sebab masing masing tak reti nk drive kt highway sana. ktorg jaguh di highway SPA je. hahaha''

''tau ke jalan?''

''i tau. tak mau lalu federal, masuk KLIA boleh kan. pastu kuar kelana jaya''

''ermmmmmmmmmm''

''tak pun nanti boleh pinjam garmin u kan? kan ? kan ?''. haha padahal belum diberi keizinan lagi, dah siap bodek nk pinjam garmin.

''bila nk pergi nya ni? larat ke? nk beli apa kt sana?''

''ktorg plan nk pergi dapat gaji tertunggak tu [wahhhhhhhhhhhhhhh plan baik]. ala boleh lagi time tu. sebelum beranak kasi can lah jalan jalan, tengok barang. bukan nk beli apa pun. nk jalan jalan ng budak office je''

diammmmmmmm...bunyi cengkerik.

so far, apa yg aku faham perangai somi aku, diam tu bukanlah tanda setuju dan bukanlah tanda tak bersetuju. lagipun benda ni sekadar planning. tunggu bila dah confirm nanti, baru kena tanya lagi sekali.

------------------------------------------------------

jauhnya kluang tu masyaAllah. penat aku. dah lah bantal yg selalu aku guna tu, somi aku letak kt boot. balik dari kluang tu, aku dah tak senang duduk dah. patutnya singgah RnR, nk capai bantal tu, tp tah boleh terlupa. last last sampai ke melaka lah badan aku sakit sakit. since dah jamak kt RnR tu, balik teruslah baring golek golek. sambil tu mengadu lah sakit badan kt suami. sampai ke maghrib sakit tu. lepas je isyak, terus mintak suami urut belakang. memang tak boleh tahan badan ni kalau travel jauh jauh. pulak tu, 2 jam perjalanan ke kluang, sampai kluang berapa minit je, redah lagi 2 jam balik ke melaka pulak. haiii lah..mau tak sakit badan ni.

----------------------------------------------------

sambil dia urut tu dia cakap:

''kalau sakit camni, tak payah laaaaa pergi IKEA''....

terus aku bangun............''ala, g KL lain. g KL badan tak sakit''..

hahahha. =) =) =)

-------------------------------------------------

pandai pulak dia bagi alasan tak bagi aku pergi kan.

benci tau....!!!

-------------------------------------------------

okay, pagi tadi driver dah jumpa. cik fadh akan jadi driver ktorg. hehe. tapi kereta alza tak confirm lagi sebab tercedera ketika ini.

hahahahah. macam ke laut je planning ni madam.....

Friday, March 16, 2012

gambar masa 5 bulan ++

assalamualaikum

rasanya macam tak pernah je letak gambar sejak merandung ni kan. bahek bahek lah. sesiapa yg request nk gambar tu, sila lah tatap wajahku. =)) dan juga perutku....

orang kata, early pregnancy, perut tak nampak sangat. so betul lah tu. sebab sampai bulan ke 5 aku still boleh pakai baju kurung. cuma tak zip kain lah. okay masih selesa lagi. tapi budak office dah kerah aku guna maternity blouse semua. haha. baru lah nampak merandung kan.

masuk je bulan ke 6. amboi amboi makin kedepan perut. which is aku sukalah sebab perut dah besar kan. kata merandung. haha.

tp tu pun nampak tak nampak. agaknya sebab aku memang gemuk, so susah nk bezakan perut berlemak atau perut merandung. hehe. betul lah tu, ikut gen kan. kan mak aku dah cakap, ktorg ni sekufu perut tebal. mak aku cakap ye, bukan aku. harharhar.

perut tak nampak, tp kilog kemain naik!!!!

okay ada 2 version gambar terbaru. tak lah baru. 2 minggu lepas. masa kt gunung ledang itu hari. [hahahaah hutang entry gambar tu, buat buat tak ingat boleh tak???]


version 1: dari side tepi. okay masa ni dah nampak perut.


version 2: dari depan tak nampak sangat kan.

blouse purple tu bukan maternity blouse pun. masih muat dipakai. cuma seluar maternity, aku pakai seawal awal awal lagi. sebab masa tu pun, aku dah gemuk mok mok. [sekarang baju, jeans yg tak muat, dah masuk dalam kotak siap sealed]

tp sekarang, dah start dah pakai blouse maternity. rasa longgar, selesa je. setakat ni, belum lagi berkesempatan membeli sendiri. baju baju tu semua ehsan dari kak ijan. nanti dah beranak pulang balik. sekarang ni tengah nk pow baju peknen cheyah & jaja je. haha. harap harap cheyah baca. fuuhhh fuhhhh...



scan

assalamualaikum

ni baru je balik dari klinik. nk scan baby sebab macam dah lama tak jenguk anak sendiri. rindu rasanya.

alhamdulillah, doktor hajah kata perkembangan baby senada dan seirama dengan minggu. ukur kepala, panjang, tulang peha. berat lupa nk tanya. hehe. air ketuban pun just okay. kedudukan rahim pun cantik. tu doktor cakap, bukan aku yg cakap.

doktor cuma cakap, ni banyak lemak ni. bukan salah screen jadi kabur, tp perut awak tebal. wakakakakakakaka. terus teringat mak pernah bagitau ''ko ni macam mak, perut tebal''.. aiseh kalau perut tebal susah nk kurus balik ke?

gender baby pun dah tau. tp macam confused jugak. so nanti nanti baru nk check lagi sekali. takut tersalah tafsir kan. takpelah, kami terima seadanya siapa anak kami. tak kisah pun. tp rahsia. tak mau bagitau dalam blog. bajeeettt....

cuma paling tak tahan, ewaaaahh siap sila panggung dia kt dalam tu ye. bersilang kaki sambil gerak gerak. haha comel je bila nampak tapak kaki. tadi dia tengah tido kot. memang masa tu pun, dia tak aktif bergerak. doktor tekan tekan pun camtu gak. haha macam mama je time tido tak ingat dunia. time mama lapor, kemain gerak sama.

tiba tiba kt office teringat yg ada gambar arwah abah tengah tido, sila panggung jugak. terus rasa rindu kt abah. rasa macam dah lama je lupakan arwah. =(

hai lah. camne lah muka anak aku sorang ni. tunggu lagi berapa minggu je nk buat scan 4d. sabarlah mama..................

healthy food for momma

assalamualaikum

mama kena makan makanan berkhasiat, tp mama selalu malas. harharhar. mama kena minum susu untuk ibu merandung, tp sekali lagi mama buat alasan mama malas. sian baby. mama kena makan cukup cukup, tp mama selalu malas makan malam bila papa takde. konon nk diet, tp naik jugak berat badan. hehe.
supplement pun kadang kadang mama skip. sian baby tau.

1. susu

malasnya mama nk bancuh susu tu. plus tak sedap. sebelum pregnant memang minum susu ni sebab dapat sampel dari pantai hospital. lagipun, untuk membiarkan badan kita menyediakan keperluan untuk kehamilan. eh apa ayat ni. tp sejak awal awal mengandung hari tu MALAS MALAS MALAS lepas tu asyik nk MUN MUN MUN je, terus tak minum.

agak lama jugak tak consume susu. harapkan susu pekat je buat teh tarik. wakakaka. tp minggu ke berapa tah hari tu, nurse banyak kali tarbiyah suruh minum susu etty, minum susu!! okay tak berkesan sangat. mula mula amik cheese je. lepas tu baru lah start balik minum susu. tp susu ready made. HL, dutch lady, marigold fresh milk. hehe. aci lah kan. asalkan susu.

masa tak minum susu tu, doktor panel ada bagi pil kalsium. tapi sejak dah menjadi peminum susu yang tak berapa nk tegar, pil kalsium itu sudah ku pandang sebelah mata. har har har. haaaa gelak kau ye. ingat cukup minum susu semata mata? badan aku dah start sakit balik. dulu masa amik kalsium tu, tak lah berapa sakit. okay, start malam ni makan balik pil kalsium tu.

2. nasi, lauk, sayur

nurse kata makan bayam nk maintain kan HB. noted. saya suka bayam nurse! tp rasanya bayam masak sup lagi sedap dari goreng.

nurse jugak pesan, makan hati, organ dalaman haiwan ternakan [wakakakaka] eg ayam untuk naikkan HB juga. sebelum merandung, wah memang faveret hati tu. tp sejak first time makan beli kt cafe, eiiii yakssss....pahitnya. terus tak suka. suami pun pelik kenapa aku tak suka padahal masa student dulu dah dipesan banyak kali jangan makan organ dalam ayam nanti bengap. wakaka. rela bengap dari tak makan hati ayam derrr..

ayam pun kurang suka makan.

feveret adalah ikan. okay takpe, omega banyak kt ikan kan? moga moga anak mama kang bijak sebb mama dah makan banyak omega. hehe.

seafood, sotong, udang semua tu, kalau ada boleh lah tak pandang langsung. dulu macam jakun kan. haha. sekarang, eiii i dont like!

aku akan makan nasi at least sekali sehari. selalu ktorg makan start pukul 10am. time tu dah makan berat dah. malam tengok lah kalau mak masak, aku makan. kalau mak tak masak. hehe faham faham dah leeee.....


3. buah buahan

beli nasi kt cafe, mesti beli sekali sepotong buah. paling suka tembikai lah. sebab kt mana tah makcik cafe tu beli, manis kemain. takde tembikai, kita beli honey dew. pun manis. sedap sedap sedap!!! nenas takde pulak makcik tu jual kan. jambu batu pun suka, tp kan selalu dia jual dengan serbuk asam tu. kalau boleh tak mau makan asam banyak sangat. so jaranglah makan jambu batu. jambu batu pun okay untuk naikkan HB tau.

asmida ada pesan jangan makan betik banyak sangat sebab kakak dia cakap, nanti baby kuning. sebab anak asmida pun kuning lama [dan dia gila gila makan betik masa dia merandung]. tp nasib baik aku memang tak makan betik. plus seingat aku, jaundice ni berkaitan dengan darah kan. tapi takpelah, nasihat yg dah jadi ibu ni, dengar jelah. bukan salah pun.


4. vitagen

minuman mesti ada dalam fridge sekarang. sebab lepas minum vitagen, senang nk berak at least sekali sehari. dulu??? dulu aku berak seminggu sekali. hebat bukan pembuangan aku??? tapi hari tu konon bertukar selera beli yakult. manis gila okay. jangan beli! minumlah vitagen, sayangi perut anda setiap hari...vitagen!


so far itu ajelah makanan yg menyihatkan yang aku ambil selama aku merandung ni. tp janganlah ingat aku tak makan makanan tak berkhasiat pulak. mrs perfect sangat ke aku ni. haha. amik jugak, tp jarang lah. eh tp aiskrim, sehari sekali. mesti kena makan aiskrim, kalau tak, rasa tak lengkap hidup. wakakaka. jajan, jarang sangat. coklat tengok mood kalau terasa nk makan. minuman bergas, kalau makan mcd, aku switch to minute maid pulpy atau milo ais. fast food pulak, tengok poket. haha.

roti canai, teh tarik pun ikut kehendak lidah. kalau terasa baru makan. nasi lemak pun jarang.

supplement. since check up kt KK, hanya diberi iron tablet, vit C, b complex, acid folic. hari tu makan iberet folic ke apa tah nama dia. so just makan tu je sebb nk maintain HB pada paras normal. HB aku pernah turun ke 10.7. tp sekarang dah cecah 11+. =)

so since sekarang baby dah aktif bergerak dan sudah pun mempunya pola tidur yang tersendiri, dia akan melasak ketika mama dia makan. kadang kadang terfikir dan pernah pun tanya kt suami ''bila i makan, immediately ke dia sampai ke baby? sebab baby aktif betul time i makan, macam dia enjoy menikmati makanan tu''. haha tp suami cakap, tak lah semua makan sampai kt dia, cuma nutrien je. whatever lah, yg penting kami dua dua enjoy bila makan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails