assalamualaikum
dah 5 hari 2016 berlalu. well blog ni tak pernah pun buat recap sepanjang tahun tahun sebelum ni. kekekekeke. apa yg ko harapkan blog pemalas ni. tapi tahun ni tetibe macam nk buat. well janganlah cakap aku rajin sangat nk edit gambar ni semata entry ni. kirim salam. gambar ni pun kebetulan aku buat redeem groupon hari tu. so dah ada gambar, barulah terbit rajin nk up recap 2015. lepas tu kenalah tengok folder balik kan semata nk lengkapkan semua bulan.
januari 2015
maira 8 bulan masa ni dah merangkak, berdiri.
penghujung bulan jan 2015, kami ke PD. masa tu adik aku balik cuti sem saja bawak jalan jalan. mandi laut PD. selalu mandi laut melaka kan. sesekali apa salahnya beralih angin hehehe.
entry ke PD pergi museum 3d ni mcm bakal berlalu begitu saja. malas pulak nk throwback bagai. so far okaylah tempat tu. jangan pergi time cuti sekolah lah kot. sebab kawasan tu kecik je. macam satu lukisan tu, sebelah tu lukisan lain. bukan 1 bilik ke apa kan. kalau crowded tengah ramai tu, nk tangkap gambar pun susah. dengan bau stokin lagi. hahahaha.
dan kami ke ostrch farm pd jugak. bestlah jugak walaupun panas lenting lenting lenting. paling best kt kandang arnab tu lah kot.
februari 2015
maira 9 month dah berjalan sikit sikit rasanya. hujung 9 bulan dah steady dah. pastu dia dah mcm big girl sgt. yelah selalu budak setahun dah jalan kan, tu pun rasa kenapalah cepat sgt besar ni. dia ni 9 bulan lagilah apa kau rasa...sayu wey.
10 feb 2015 kami dikejutkan dengan berita wak usin sakit jantung. malam tu jugak kami balik kampung. sampai kampung pukul 2 pagi. 11 feb kami terakhir sebenarnya kami jumpa wak usin semasa hayatnya. tak boleh stay sebab ada urusan pada 12 feb.
suami terima pingat negeri sembilan. jgn expect aku dapat datin ke apa ek. ni pingat cemerlang je ni. tahun tahun depan insyaAllah puan sri terus. hahahahahahhahaha...tahniah by.
benornye, laki aku kan dia ni bukan kisah kenangan ke apa. dia takde pun amik gambar official tau. masa dia amik ni, mil aku pun dapat. aku tengok frame mil, kemain cantik lagi gambo tu. tp tu lah, laki aku lah ni. jadinye, ni jelah kenangan yg ada pun. pastu baru ni je aku letak badge tu kt dalam almari baru aku. kalau tak berhabuk lah dia letak atas kabinet tu. nasiblah ko bang dapat bini nk jaga ko baik baik. ingat, awak jaga saya, saya jaga awak. ewahhhhh...tp yg best masa amik pingat ni, aku dapat 2 pasang baju baru. yeay....
12 feb pun birthday mak aku. kt gambar tu silap tahun ek. beria buat suprise tutup lampu tau. slow je mak aku kuar dari bilik. dia bley relax relax lagi bila black out. hahahahahah. sudahnye, ktorg yg kena panggil. lol. semoga mak panjang umur. ada hikmahnya mak tak jaga cucu lagi dah. byk masa mak utk beribadat.
13 feb, kenalah terima hakikah, wak usin kami dah takde. petang tu balik tak sempat jumpa wak pun.
kenangan dengan opah kiah, mbahyam, sepupu kt rumah wak usin.
taklah first tiime balik kampung. tp first lah dia enjoy. pusing pusing, jalan jalan kena gigit nyamuk. huhuhuhu.
pastu kita celebrate jugak birthday achuu. adik bongsu aku. makan kt umbai ajak waksal, wakbok, cheyah sekali. mak belanja. kuang kuang kuang. dah lama tak keluar camni kan. sebab baru baru ni, waksal sakit lutut. tak boleh nk jalan sangat. rindu pulak kt waksal.
mac 2015
mac macam takde apa yg menarik sgt. anak anak makin bijak, makin sihat. alhamdulillah.
april 2015
april, umar raihan first time admit wad gh. kiranya dah 2 kali admit hospital lah. masa ni dia demam dan semput. masa tu kt tampin. neb kt hospital tampin, bacaan oksigen tak berapa cantik, admit. tp ktorg nk pindah kan ke hospital mahkota (sebab ada insurans). tp ambulans mahkota takmo amik. ek elehhhhhhhh. terpaksalah masuk GH je. okaylah not bad kecuali bab tido tu je. sian husband aku tido atas kerusi je. masa kt ward, takde pun doktor kasi ubat pelik pelik. just kasi neb je. 3 ke 4 hari, pastu chow.
dan start dari tu, umar dibekalkan dengan pam oksigen tu. apa tah nama dia. haha. so asal batuk teruk je, sebelum tido, pam 6 kali.
adik maira masa ni dah steady jalan. padahal belum setahun lagi, aiyooooo big girl sgt nampaknya ni.
bulan april pun menciptakan sejarah hubungan dengan kawan kawan. first time buat family trip (bukan family day) ke gambang. yeay. ni pun rasanya malas nk blogkan. sebab dah lama. tp lawak lah bila fikir balik camne effort aku nk pujuk husband. berkat dhuha hari hari kot, sejuk hati laki kan nk bawak bini g gambang.
semua happy sebab dapat jumpa ramai kawan....
kami tukar tukar hadiah. worth rm50. aku dapat hadiah dari kakmy, beg kate sepit katanya. ada lagi aku simpan beg tu dalam lemari. hadiah aku pulak, aku kasi jam ng apron. dapat ke timah. kebetulan timah baru masuk rumah baru masa tu. elok sgt lah.
next family trip, tahun ni ada insyaAllah.
masa ni lawak. sume suami tak puas hati dengan zoo ni. eh apa nama zoo ni lupa pulak. yelah binatang mcm malas je. sampai ke malam lah kena ungkit pasal zoo ni.
malam tu, semua berkumpul kt rumah homestay kakmy, ika, timah. makan makan, sembang sembang. yang duduk hotel berapa kerat je, tp almost semua la turun ke homestay tu. lagipun homestay tu dekat dengan punca makanan. ada pasar malam. best kan dapat sembang sembang, makan makan. anak anak pun terkawal main dalam rumah.
esoknya, apa lagi...berkubang lah semua.
aihhhh rindu lah korang.....next buat banyak aktiviti macam ni ek. best...
kemudian, family trip in law pulak ke kk. dah ada entry. tahun ni family kecil aku pun bercuti jugak. weeee tazabar.....
first time experience naik flight. tips utk dummies pun ada penah buat dulu. (malas pulak nk link)
mei 2015
mei bulan kelahiran aku dan maira. aku punya beday macam biasalah takde apa pun. takat wish dan kucupan sayang dari suami je. bahahahaha. kucupan tak tahan.
masa ni baru botakkan umar beberapa jam. stress tengok menggaru je. botakkan terus.
okay gambar ni exactly on her 1st birthday. takde kek pun. cuma aku buat foot print je. nk buat tu setiap tahun. pastu frame.
dan, morenians, kami berjumpa kembali....kalini ke putrajaya je.
ada entry pasal ni.
best kan kumpul ramai ramai gini. tapi tu lah kejap sgt rasanya. tak campur lagi sesat barat kt bangi tu.
jun 2015
bulan kelahiran umar raihan yg ke-3.
tak silap, bulan ni dah start hantar umar maira ke pengasuh dorang kt durian tunggal tu.
hehe maira kalau naik moto suruh peluk abang, sampai gini sekali haaaaaaaa....
bulan ni jugak dapat duit kutu, reward beli iron utk diri sendiri dengan harapan supaya jadi isteri terlebih mithali. hahaha. dah ada entry pasal salav ni.
orang lain sibuk tabung hijau, aku dah buat dulu laaaa. cukup cukup beli tefal wok. malangnya tak jadi beli. guna beli lain yg masa gaji lama sgt tu. kakakakakakak...skrg kumpul balik nk pegi holiday nanti.
jun jugak macam bad day ktorg laki bini sebb sakit umar raihan relapse balik after a year. nephrotic syndrom. tp sebab dah tau, cepat cepat jumpa paed umar Dr. Long dari mahkota hospital. kena on 6 bijik predsilone balik. susah jugak hati nk on 6 bijik ubat tu. takpelah, kalini dengar baik baik cakap pakar semoga tak datang balik sakit ni. alhamdulilah, dose makin kurang, sampai betul betul yakin, terus stop ubat tu.
aku memang ada hati nk entrykan sakit umar ni, tp belum ada kekuatan lagi. ramai je tanya umar sakit apa. sorry lah bukan tak sudi nk jawab, tp tak tau dari mana nk mula. dan aku harap kawan kawan yg tanya tu, google jelah. sebab nk tunggu aku terangkan, belum tentu korang faham. hehe.
dan terima kasih juga kt kawan kawan yg tau, yg sudi doakan umar raihan sihat.
masa hari kejadian appointment dengar Dr Long. alhamdulilah lepas stop ubat tu, kami kawal je macam biasa. dan start dari tu, anak anak start minum air al manna je. umar pun since hari hari aku bekalkan al manna tu, nampak cantik lah urine dia. terkawal. alhamdulillah.
jun bukan selalunya bad pada kami. ada sinarnya juga. suami dapat APC. bagus ko ek bang, td dapat pingat, ni dapat APC. harapkan bini, dapat mimpi jelah. hahaha.
so dia dah niat apa tah, nk buat jamuan. aku suggest jomlah buat beday anak sekali. bukan ramai pun jemput, jiran bape ketol je.
maka, terbuatlah kami birtday party umar maira. dah ada entry dulu.
jun sambut ramadhan. mama cari baju raya. kita kasi test.
ni hasilnya.
kemain melalak test baju je ponnnnn.....
kalau perasan, cuba tengok mata umar masa dia sakit, dan masa ni. lain kan. tu kesan ubat lah tu. tp kejap je pastu back to normal, sepet balik.
julai 2015
julai bulan hari raya. yeahhhh.....balik kampung lah kenangan paling best. jumpa sedara mara, jumpa kawan kawan gesek gesek.
ogos 2015
sambung raya. hehe.
still befriend sikin, fadh, nani dan kak linda. cuma nani dan kak linda takde dalam gambar.
anak anak macam biasalah, ada turun naik kesihatannya. tp under control.
september 2015
mulanya retak sikit je. ada batu dari depan. sudahnyee jadi macam ni..
kerjaan suami daku. nasib baik wey baru renew roadtax insurance. claim terus. cuma skrg kereta aku takde tinted. panas. tunggu suami jugak yg menyeponcer tinted. hehe
kesihatan anak anak diuji lagi. demam batuk. masa ni mula mula malaysia kena jerebu. kalah teruk anak anak aku dengan jerebu. sampai ke xray, amik darah. malam tu pergi hospital alor gajah terus. situ tak ramai orang, cepat je result. risau jugak, tp syukur. on antibiotik je. nasib lah tak kena warded ke apa.
dan raya haji....weeeeeeeeee.....
oktober 2015
awal oktober dah byk kerja yg menanti. office aku diberi tugas menjayakan makan malam konvo. bepoluh ketiak. fuhhhh nasib baik menjadi dengan cemerlang. tahniah kawan kawan pbpi.
ni demam kot. tah lupa. yelah tu sampai berserban kepala. hehe.
family in law outing main bowling dan makan di coconut shake klebang. ni first time utk umar maira main bowling. dan first time utk kami sekeluarga makan kt klebang tu. tak suka situ sebab sesak, tp takpelah, pengalaman kan. kalau ayah tak ajak, semua tak merasa makan kt situ. kasi can lah orang melaka pulekkkkkk.....
november 2015
november pun berlalu dengan baik baik saja.
terjumpa ex bos kt mydin. bos ni masa aku kerja kt elite venture dulu. dulu bos ni garang tp dia sayang aku. wakakakakak....till now, aku sayang kt bos aku ni jugak.
pbpi sekali lagi buat event kt luar. jadi biro pendaftaran sebab malas masuk opis. kakakakaka. eh tambah cpd jugak.
adik maira yg semakin mengada ngada dan banyak perangai...saboo jelah mama.
disember 2015
disember thanks sbb being nice to me.
wishlist slashed dapat pergi jb. weeeeeeee.....tp ada beberapa wishlist tak kesampaian. lagi lagi wishlist makan. hahah. aku kemain note nk makan kacang pool, murtabak cheese, tak dapat ponnn...sobs...dapat makan mee rebus je.
macam kena pergi lagi next time.
belanja anak anak pergi the big little club. nk review haritu gambar belum transfer lagi. review skrg aci tak? hehe.
okaylah cukuplah sekali je pergi. tak pergi lagi pasni. sebabnye, macam tak berbaloi bayar mahal mahal (mahal kot, kanak kanak sama harga dengan dewasa, dan dewasa pun bukan main pun), semata nk main indoor funfair. serious, macam funfair. dan mainan tak banyak sgt. dan takde yg wow factor pun. mungkin yg best kat area playground tu je. yelah anak suka lah kan. aku siap menguap, mengantuk lagi tau.
takpelah, better go than never. pasni idaklee kot nak pegi lagi.
sian husband aku demam time ni. tp layan jelah anak main permainan yg boring. belum lagi naik kincir angin tu, super boring. so kalau sesapa nk pergi the big little club ni, sila baca blog aku yg jujur dan telus ni. hahahah
(baik menabung pergi legoland lah kot)
friendship dari 2003 till now. alhamdulillah. ada rezeki jumpa nana. sorrylah kawan kawan jb lain aku tak roger. sebab tak sempat. pergi 2 hari je.
tapi nana ni, aku nk sgt jumpa. sebab nk jumpa naurah....kalau dah jumpa pompuan ni, apa lagi gosip kan. nana lah yg belanja makan mee rebus zz tu. kemain jauh dia bawak aku pergi kedai tu tau...
esoknya jumpa steffi stacy jay, jahat budak jahat. eh tak jahat. hehe. sian fi si buyong nk jugak jumpa aku kt hotel. makanya kt hotel la ktrog jumpa kejap.
pergi jb 2 hari je. dapat pulak time tu laki aku demam, hmmmm serupa tak bercuti lah gayanya kan.
eh macam dah buat entry jb je. okaylah tu kan dari takde. hehe
ada satu malam tu, kami ke popular bookfair. aku suka buku buku ni. nk tunggu big bad wolf lambat nau, kita ke sini jelah. 2 kali pergi. sekali tu pergi sorang sorang lagi best. haha.
28 disember 2015, umar first time ke sekolah. tu pun dah buat entry.
okay je pergi sekolah. tapi sehingga kini, liatnye nk bangun pagi. padahal dah tido awal ni. ikut sangat pangai suka tido maknya ni kan.. siap sound aku, alaaaa abang nk tidolah, jangan kacau. sebijik pangai aku. kekekekekek
dan penutup gambar, ni malam new year. tak sambut pun cuma lepak kt kg morten je tengok lampu, tengok cruise. masa ni awal kul 10 camtu. tak kuasa heh nk tunggu midnight.
2015 bagi aku takde pencapaian gemilang aku. biasa biasa je. hubungan dengan manusia pun, manusia datang dan pergi. tu biasalah. hubungan sesama keluarga pun, masih macam dulu, bahagia, mesra. syukurlah takde gaduh gaduh dalam family mcm family org lain. walaupun kami jarang jumpa (sepupu) tp sejak wak usin takde, group wasap sepupu dah dimasukkan sekali pakcik dan makcik. senang nk contact kan.
2016 ni, azam aku:
1. aku nk katam at least 2 kali al quran. aku dah beli al quran kecik siap terjemah tu. alhamdulillah, masih lagi surah al baqarah tp at least bergerak lah hari hari page tu. dan aku dah faham perjalanan maksud al quran tu. tu sebab aku beli al quran baru. bukan sebab kt rumah takde alquran. cuma aku nk yg senang aku nk bawak ke mana, dan ada terjemah. barulah aku faham sejarah yahudi tu bagai. hehe.
2. aku nk rajin solat awal waktu. ni selalu lah culas sgt ni. zohor tu hujung sgt solatnye. tp asar awal sangat. haha. insyaAllah...
3. nk rajin solat dhuha tarik rezeki....kalau waktu kerja aku buat 4 rakaat, time cuti pun aku nk buat jugak at least 2 rakaat. ni kadang hari cuti, busy busy terus dah masuk waktu zohor.
4. nk rajin kemas rumah, kemas bilik. hehe. doakan leeee...
5. nk rajin masak. diet tu lantaklah wey. malas nk fikir. asalkan aku nk jaga makan suami aku, anak anak aku. eh sebelum ni macam lah aku tak masak kan. aku masak hari hari oiii...
6. nk tambah collection tupperware. bahahahaha.
7. nk beli tefal wok. haih ni dari dulu ni tak dapat dapat lagi.
8. nk membahagiakan suami dengan kasih sayang cinta yg tak berbelah bagi. supaya takde babi sondol.
9. nk curahkan kasih sayang pada anak anak.
10. taknak tambah anak dulu. haha ni je yg taknak ek. harap istiqomah. =)
11. nk jadi disiplin siket. ikut jadual yg diberikan.
12. nak selalu spend time dengan umar ajar buat homework dan join sekali maira.
13. since dah tak layan drama maghrib tu, nk solat awal, nk ajar anak anak mengaji.
14. nak join kelas hujung minggu. kelas mengaji, kelas fardu ain. (masih mencari)
okay cukup kot. tahun depan kita revise balik azam ni, tercapai ke tak.
aku rasa, bigggest achievement aku setakat hari ni, aku mampu buat entry ni dalam masa 2 jam. alaa kasi can la aku nak wow kan diri sendiri.
dan aku kasi big clap jugak kt korang, sebab mampu habis membaca entry aku ni. tahniah.
akhir kata, terima kasih sebab jadi sebahagian dari hidup aku. walaupun ada antara kita tak kenal siapa. ada antara kita yg dah lama tak bertegur sapa. ada antara kita yg jadi stalker je. walaupun begitu, jomlah kita sama sama berdoa untuk kebahagiaan satu sama lain. aku doakan ko, ko doakan aku githucccuuuu...
aku doakan azam 2016 korang tercapai ek.
bye.
(maafkan typo, aku malas check balik)
3 comments:
aku baca sampai habisss~ hehe. penuh suka duka. aku pon nk g KK gak. nmpk sonok jeee. hmmm nt nk tny jugak ko pasal sakit umar tu. hmm aku pon sama mcm ko, selalu solat 2 dalam satu, zhor lepas tu asar terus.hahaha. hope berubah lah. dhuha lak kt opis aku buat 2 je, hahaha. hmm sama2 lah kita ye mak, moga selalu sihat dan dimurahkan rezeki.
clap3..bukan mudah nak buat recap gini..rajinnye..semoga tahun ni lebih baik dari tahun lepas insyaAllah..
ade jgk gmbr aku..tq! hahahaha
Post a Comment