:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, March 1, 2016

#prayformuhammad

assalamualaikum

satu malam tu yumie cakap kt group, dia pergi bawak muhammad g klinik amik neb, sbb muhammad time tu batuk tp takde kahak.  mmg sebelum tu yumie cakap muhammad tak sihat.  tp tup tup tengah malam yumie cakap terus bawak ke emergency.  uwaaa ktorg semua dah cuak, dah resah.  ternanti nanti update dari yumie.

esoknya, hati semua tak tenang tunggu update.  paling tak best bila yumie cakap muhammad masuk ICU.  ya Allah rasa nk menangis tapi tak terluah tangisan tu.  on the way ke office memang hati aku ke lain.  dok terbayang yumie kt sana camne lah perasaan dia kan.  bayangkan aku resah sampai dari rumah ke utem pasang chanel cina.  cong ceng cong ceng aku pun tak paham.  dah sampai utem, eh aku dengar lagu apa ni. 

lepas tu seharian mmg rasa tak sedapnya hati.  dan kami meluah la perasaan masing masing kan.  paling kritikal yg mampu buatkan aku menangis kt opis, yumie cakap buah pinggang muhammad tak function sebab tak kencing sedangkan dah drip dari malam tadi.  plus muhammd dah ditidurkan.  uwaa masa tu banyak kali menangis kenangkan yumie dan muhammad. masa tu doa tak putus putus masa dhuha, masa zohor.  ya Allah pulihkan kembali kesihatan muhammad.  tabahkan hati yumiena (panggilan manja hehe).  yumie cakap kalau petang tak kencing, nk tebuk perut.  ya Allah runtunnya hati....sedihhhhhhh.....
tapi, doa ibu ni tak berhijab, berkat doa semua orang yg sayangkan muhammad, muhammad kencing akhirnya.  syukurrr....

hati aku mmg tak tenang.  aku berkira kira nk el esoknya (jumaat) nk jenguk yumiena.  aku cakap ng suami nak ke sana.  tapi biasalah laki sayangkan bini kan, dia tak kasi aku drive.  dia nk hantar.  waaaa ini terbaik.

so aku sesiap cakap ng bos pasal kesihatan muhammad.  kebetulan khamis tu aku ada meeting.  aku cakap ng bos, kalau ada perkabaran dari serdang, aku nk keluar.  tp alhamdulillah semuanya baik baik je.  aku teruskan kerja sampai petang.

jumaat tu aku el.  aku ke serdang berdua je.  malas aih nk bawak anak anak.

aku sampai serdang just nice la tengahari tu.  waktu melawat pukul 1230.  tp jumpa guard, tipu sunat sket, dapat masuk awal.  hehe.  alahai comelnye muhammad kt katil sebesar tu.  macam doll tau putih lepuk.  actually, aku belum pernah jumpa muhammad sejak lahir.  jumpa masa dia dalam perut lagi, last pun masa kt gambang dulu.

sakit hati aku tengok wayar penuh kt badan dia.  tp sejuk bila tengok kulit dia dah makin cantik.  well muhammad ada ezema sebenarnya.  ezema agak teruk tp berkat usaha yumie kulit muhammad dah makin baik.  aku bagi salam kt dia, usap kepala.  seronok sebab mata dia tergerak gerak tanda respon aku panggil nama dia.  aku pesan kt dia, untuk kuatkan semangat, lawan sakit.

dan masa aku masih lagi kt katil muhammad doktor datang.  terangkan keadaan muhammad.  doktor cakap, stabil tapi still lagi dalam kritikal sbb gunakan bantuan pernafasan.  dan suggestion doktor untuk tambahkan susu formula untuk naikkan berat badan muhammad.  masa doktor cakap tu, hati aku dah resah.  yelah, aku still menyusukan maira, yumie pun sama jugak.  bila doktor suruh stop breastfeed utk certain reason, aku terasa sedih jugak.  bertabahlah ye yumie.  untuk kebaikan muhammad.  (alhamdulillah badan muhammad dah tolerate dengan fm tu.  good job anak).

dan kemudian, turn khai pulak masuk, aku keluar lah.  sebenarnya mcm tak sanggup nk menangis depan dia.  kalau boleh nangis, belakang belakang la kan.  hehe.

keluar je icu, jumpa pulak ika, eni, airen, yana.  mmg kami berjanji pun.  chit chat jap, pukul 1230 aku balik sbb suami nk kejar solat jumaat.  terima kasih suami sbb sudi jugak nk bawak aku jumpa yumiena dan kawan kawan lain.

berkat semangat sahabat lah kami sama sama turun serdang bagi semangat kt yumie & muhammad.

kami ni bukan lagi takat kawan blogger.  istilah kawan blogger tu dah lama terkubur.  tah lah tak tau nk cakap kawan jenis apa.  tp insyaAllah ni kawan di kala senang di kala susah.  sama sama merasa.

sebabkan ikatan persahabatan ni lah, kami tak pentingkan diri sendiri.  plan percutian family kami yg dijangka minggu ni pun, kami postpone sampai muhammad sembuh.  rasa tak seronoknya laaaa bercuti tanpa salah seorang yg dalam kesedihan kan.  hotel semua cancel.  next time okay.




antara yg datang jenguk yumie & muhammad.  ada lagi yg datang tp takde gambo.  kekekekekekeke...

aku nk ucap terima kasih atas kasih sayang dan sokongan semua.  susah senang kita bersama okay.

yumie dan khai, gandakan ketabahan korang.  insyaAllah semangat tu meresap ke dalam diri muhammad utk dia terus berjuang melawan kesakitan.

muhammad, adik kuat okay.  kalau adik kuat sekarang, sampai besar adik jadi org yg kuat.  adik cepat sihat ye.  kakak iman dah tunggu adik, sian kakak takde kawan main.

tetibe rasa sedih bila kenangkan iman.  terbayang bayang pulak umar dan maira.


#prayformuhammad

sapa sapa yg terbaca entry ni, jomlah sama sama kita doakan semoga muhammad sihat macam selalu, membesar dengan sihat dan ceria ye.  kita doakan semoga semuanya dimudahkan untuk yumie dan family.

1 comment:

Aty Fared said...

aku doakan tuk muhammad jugak semoga cepat sembuh.. aku jugak kenal yumie dah lama.. semoga die kuat..insyaa Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails