diakui, list makan lagi banyak dari list lain lain. haha. memang food hunting ke sini. tp tak banyak la apa yg dihajati tu dapat. sebab masa. rasa mcm tight sangat. bila pagi tu terlewat bangun, mandi pool bagai, terpaksa brunch, sekali bila nk lunch, ek kenyang lagi. extend ke minum petang, tp kedai dah tutup pulak. haha.
aku list jelah apa yg aku dapat makan hari tu ye.
JOM IKAN BAKAR - waze je nama ni.
dekat sangat dengan airport. lepas je amik kereta, terus suami ajak makan nasik. sebab lapar sgt. tak pasti berapa km, tp memang dekat. ikut jelah waze tu. dari segi harga tak pasti murah ke mahal. hari tu lunch amik ikan bakar cencaru & keli, ayam bakar 3 ketul, sotong bakar 3 ketul. lepas tu sup sikit, ulam-ulam. dalam RM40+. okay kot sbb ada sotong kan. sotong sedap. lembut je. perapan bakar tu semua sedap.
gambar google
LAKSA IKAN SEKOQ
ni betul betul dekat ng airport tepi laut. tak silap ada 2 gerai ikan sekoq ni. aku makan hat yang banner warna merah. harga aku tak sure. tp tmah kata RM5 sepinggan. aku makan ni masa nk balik. tak puas rasanya. kalau tau hari hari nk makan sini. ya Allah sedapnyeeeeeeeeeeeee....suami order char kuew teow pun sedap sgt...cendol tak rasa sbb panas sgt masa tu mcm pening lak minum manis manis. minum mineral je share 4 beranak.
aku share gambo mezah jela ye. hehe. haaa nampak tak banner merah tu. tp kalau korang byk masa, try la laksa yg lain. situ ada laksa power lah bagai. laksa sekoq satu lagi banner kaler hijau. try la.
eh ada je gambar suami kita makan char kuew teow.
umar tu memang favorite dia telur rebus. tak heran kalau kentut dia busuk. bahahahahahah
tmah punya gambo elok sekoq sekoq lagi ikan tu. aku takdan...licin...
KEDAI NASI LEMAK RM1.20 - waze Fave Hotel
dulu masa mula mula google ni, femes dengan kedai nasi lemak RM1. sekarang dah up 2 kupang. hehe. lokasi dekat ng hotel ktorg. betul betul berhadapan dengan fave hotel tu.
nasi lemak memang variety ye. nk daging, ayam, sotong, ikan bilis, telo. semua ada. pagi tu je aku makan 3 bungkus. hahah. saiz dia kecik je. tu yg makan 3 bungkus sekali (alasan). rasa boleh tahan la. tu yg 3 bungkus. lol. ada kuih, bihun. tp ktorg makan nasi lemak ni semata.
KEDAI MAKAN KAK YAN ULU MELAKA - waze kak yan nasi campur
takde rezeki makan sini. dengarnya sini kedai yg ada kerabu bronok. masa ktorg nk pegi makam mahsuri, nk makan sini. sekali tutup. kecewa sungguh rasanya.
gambar google
RESTORAN SITI FATIMAH MAKAM MAHSURI
kalau korang tak ke makam mahsuri, memang tak lalu la kedai ni. memang dalam kawasan kampung. ni pun kebetulan memang ke makam tu beli minyak gamat. bila lalu ni, jom singgah. lagipun nk hujan masa tu (first time hujan kt langkawi fuhhh sejuk).
rezeki aku sebenornye. ada jual kerabu bronok kt sini. yeay. tu pun nasib baik tanya tukang masak tu, ni kerabu apa. bila dia jawab bronok, wahhh apa lagi, beronok ronok la aku kan. amik sepinggan nk rasa. aku memang tak pernah rasa pun bronok tu camne. tengok cerita makan angin kot yg kt tv9 tu. sejak tu wishlist nk makan gak. walaupunnnnnnnnnn.........(ko jangan google bronok tu apa).
ni gambar google je. sedap wey. actually tak rasa geli pun makan ni. bronok rasa kenyal je. yg buat sedap gravy dia tu. cukup rasa segala daun daun dalam tu.
selain bronok kedai ni ada jual mcm2 ulam. yg tak pernah rasa pun ada.
suami cakap kedai ni murah.
RESTORAN NELAYAN BUKIT MALUT
sebenarnya ktorg salah tempat!!! dan kenyang baru perasan kedai yg sebenarnya. wakakakakaka..
kisahnya, hamzah nk makan ikan bakar. so carilah. ada satu tempat femes kt chenang. hj. ramli kot nama dia. well pantai cenang kot. kuasa la hai nk ke sana. so suami aku tanya guard hotel kot kt mana ikan bakar yg murah, senang nk parking. jawapannya restoran nelayan bukit malut. aku pun waze exactly nama tu.
sampai je terkejut. nape tak ramai. sebab guard tu kata situ femes. ok sangka baik, awal lagi kot (lol mcm lah ko tak tau kalau kt melaka awal pun dah ramai kan). bab parking memang marvelos. para para suami pilih makanan. yg isteri melayan anak jela. kalau nak tau, masa tu family ktorg je yg ada tau. tp service lambat jugak. bila sampai, macam eh ni je ke. ikan jenahak bakar kosong. udang masak butter, mcm tumis biasa je. sotong goreng tepung standard la rasanya. ng kerang rebus. semua tu takde sambal kicap ke, air asam ke tau. bila mintak memang takde. agaknya memang kt sana takde air asam ke semua tu kot. nasib baik ada sambal udang petai, tu jelah buat kuah.
makanan tu memang sedap la, berasa. tapi mahal. kakakakaka. makan tu je RM140.
yg sebetulnya, sila waze
Medan Selera Nelayan, Bukit Malut
ni antara blog yang aku jumpa di tempat yg sejujurnya. hahaha
info dari guard tu betul. cuma kami jelah yg salah cari. kalau google dari awal, memang tak salah la. takpe, next time boleh cuba.
rasanya ni je kot tempat makan yg ktorg cuba. alhamdulillah apa yg dihajati termakbul. yg lain lain tu takpe lah, next time kalau ada rezeki datang lagi ye dak...
ni senarai tempat makan hasil aku dan tmah buat masuk dalam itinerary. senang ada list camni sebab bila korang pergi satu tempat dan nak makan, korang carilah nama kedai tu kan. actually banyak je kedai makan. tp of kos la kita google dan take note hasil recommendation je kan. kira yg best ni, trademark langkawi la. gitu...
okay, happy tummy.
1 comment:
hai mak!rajinnya update blog kikiki
Post a Comment