:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, June 10, 2010

jaja & saufee - meja beradap

hello hello


satu hari tu, aku ikut waksal pergi cowboy. tolong tolak trolley of kos. lepas tu dalam kereta wak cakap ''wak dah serah tugas, nanti wak nak etty jaga bahagian meja beradap''
woowwwww, dalam hati suka sangat. aku suka bab bab hias ni. hias carca marba.
wak suruh aku hias, lepas tu layan tetamu dari orang sebelah.

tips: ikut wak aku. hire sorang sedara untuk tugas ni. kadang kadang ada tuan rumah yg terlepas pandang bab layan ni. tuan rumah [mak pak pengantin] of kos lah tak boleh nk melayan. dorang mesti sibuk depan pintu masuk sambut tetamu kan.

aku pernah menghadapi situasi kelam kabut orang nk melayan meja beradap ni. takde orang yg serve.

jadi, sejak hari tu, ku berjanji pada diri, akan menyerahkan sepenuh dedikasi terhadap tanggungjawab ini. haipppppp!!!


nasib baik, pengantin dah beli bekas lilin yg cantik. so aku gunakan je. sebelum tu, aku dengan waksal dah bincang nk buat macam mana. kt rumah waksal dah ada benda benda yg aku nak. so tak payah beli. hanya beli fresh flower warna biru. jangan tanya aku bunga apa. aku buta bunga. sebab bf aku 10 tahun sekali bagi bunga. huh, langsung tak romantika de amor betul.


bekas telur ni, ada lah dalam beberapa bekas diletakkan sekali. so kalau rasa, nak ambil, tetamu boleh ambil. tapi dalam goodie bag untuk orang sebelah, memang ada pun bekas ni. extra je ni letak kt luar.


bekas lilin ni di beli di romantika, sebelah mydin mitc. berapa RM entah. aku nyalakan lilin tercepat sangat. so, masa pengantin makan hampir cair semuanya. so nanti kalau korang nk buat, agak agak lah ye bila nk nyalakan lilin tu.


yezzza yezzza ni sebenarnya benda yg aku nk buat sangat. kt rumah waksal memang banyak glass tinggi ni. aku tambah ribbon tu kasi naik seri. plan sebenar nk letak bunga biru tu je. tp rupanya cheyah beli banyak bunga. so jangan membazir, sahabat syaitoooon.

tapi sebenarnya, tengah deco deco ni, ada orang kacau aku. haish, nk marah takut derhaka. hahahahahahaha. apa yg aku buat, ada je yg dia alter. last last, bila dia ralit buat kerja lain, aku alter balik kerja dia.


tak lain tak bukan......

wak aku sendiri. bakal wali aku. kan aku cakap, tak baik derhaka, kang tak boleh kahwin, dia merajuk taknak walikan aku nanti. naya jaaaaaa.


tengah tengah tu aku letak lilin. tp tak nyalakan pun. sekadar hiasan. lagipun kalau crowded sangat, nampak serabut kan. nanti nk letak makanan lagi.
yang ni untuk centre depan pengantin.


pasal bunga lah yg aku bergaduh dengan wak aku tu. aku cakap ''wak, etty tak mau letak bunga banyak sangat, pastu tak mau ada daun daun. semak kot''
wak ''eh biarlah. barulah nampak seri ada daun''

see see korang. sabar tau sabar!!!!!

cheyah dah gelak gelak kan aku dah. ''wak, ikut je kata wedding planner tu. kita dah bayar dia''

wak ''huh, sapa wedding planner tu, sapa?? diri sendiri tak wedding wedding lagi''

cheyah dah guling guling gelak. oh tipu, mak buyung tak boleh over gelak.

sentap tak bila wak cakap camtu. aish. perli baik nampak ayat tak wedding wedding lagi. redha je lah wey.

so bila wak dah busy buat kerja lain, aku potong daun. yang tinggal daun bunga rose je. sebab okay fine, nampak berseri.


tengok sibuk tak sibuk nya lah aku kehulu hilir siapkan, wrapping lauk. rasa basah je ketiak berlari lari anak.


okay, dah siap dah time ni. tunggu orang datang makan je.

bunga kt sudu garfu tu, balance bunga yg besar. nk buang sayang, gunakan je. idea cheyah. infact dia rasa seronok bunga habis digunakan. sebab dia yg beli bunga. haha.


makanan pengantin adalah super banyak. sampai aku tak tahu nk letak belah mana. sebab banyak sangat.


must admit it, memang bunga tu naikkan seri.

sesimple yg mungkin idea aku ni. takde gubahan bunga bunga besar sebab aku tau, mesti banyak lauk pengantin.

oh ye, lauk pengantin, mak aku, wak timah yg masak. yg lain lain pun ada menolong, tp aku tak kenal. rasanya adik aku wanie pun ada kot buat sebab dia orang dapur. cecey.

pada yg budget tak nak labur duit pada meja beradap, DIY je lah. tak susah mana pun. tangan tak kreatif pun takpe, at last mesti menjadi jugak. cayolah cakap den! centre piece tu akan menaikkan seri meja pengantin tu tau. prop pun bukannya susah nk dapat. clear glass dan fresh flower, superb great combination.


bila pengantin dah nk makan, aku hired nurul dan nadiah tolong aku unwrap balik lauk lauk tu. tugas lain adalah cedokkan nasi, tuang air. cedok lauk adalah tugas si pemakan itu sendiri dan untuk pengantin, adalah tugas pengapit. tapi yg aku tolong cedok dan tuang tu, adalah cedokan dan tuangan pertama. nk tambah, sendiri buat.

kalau bekas nasi, jug air dah hampir kosong, ya itu tugas aku berlari lari anak isikan kasi penuh balik.

satu lagi hal penting. bab potong kek. sebaiknya, potong kek masa keluarga pengantin lelaki masih ada. biar sama sama merasa.

tips: sediakan meja kecil kalau meja tak muat. lagipun macam kelam kabut nk kemas meja kan. pesan pada sapa sapa, standby kek tu. jangan lupa sediakan piring kecil, sudu garfu semua.


okay rasanya tu je cerita pasal tugas tugas khas aku. service kini dibuka. kakakakakakakakakakakakakakakakkakakakakakakakakakakkakaa.

Wednesday, June 9, 2010

jaja & saufee - bertandang di sebatu

hello hello


hoh, gila kental betul aku update blog dengan cerita kahwin jaja dalam sehari je. respect respect. alangkah bangga nya menjadi diri sendiri kalau assignment masa kt uitm, aku pun serajin ini. hihi.

rumah pengantin lelaki terletak di sebatu. tapi berbatu batu dari bandar melaka.

plan bergerak dari rumah area pukul 12pm macam tu. tp masa tu, masing masing sibuk menebeng depan rumah. aku sibuk taip surat nk bagi kt wak aku. yg lain tu, lepak jelah sembang sembang sebelum keluarga wak usin bergerak balik.

sekali dah kena sergah dengan wak pah. ''korang ni bila nk bersiap ni, dah pukul berapa dah ni anak dara weyyyyyy''
haaaa amik kau, baru terhegeh hegeh nak mandi lah, iron baju lah bagai. aku terpaksa tipu sunat mengatakan bahawa subuh subuh supeei aku dah mandi supaya tak kena leter, padahal gosok gigi pun belum. hahaha.

nasib baik pakai baju songket tu, so tak payah nk iron beria. tudung pun tak payah nk gosok gosok bagai. make up, sap sap soi je dalam kereta. senang je jadi aku ni. dah azali tak payah nk make up beria. ehem ehem. ayat banyakkkkkkkkkkkkkkk maksud.

lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....!!!



dia ditugaskan untuk pegang bunga pahar tu. berat gila.

bunga tu, wak wor yg siapkan. even dia cerewet gila sampai buat orang rasa menyampah dengan dia, tp dia memang kreatip gilak. bab bab kehalusan tangan ni, serah je pada dia. orang lain semua lari. haha.

ni bunga ni, kalau kt kedai mau beringgit ringgit. boleh dapat berbelas belas kot.


mentang mentang lalu lebuh amj, masing masing nk race sapa sampai dulu, dia makhluk hensem dan cantik. gilaaaa ah.

adoyai, aku pasrah dapat sedara macam dorang. eh macam tu ek??? dorang pasrah tak agak agak dapat sedara macam aku??? ermmmm..


kampung ni pun panas wok.


perempuan ni, dipaksa jadi pengapit. waktu orang lain pandang aku dengan harapan aku jadi pengapit, aku dah buat muka laaalaaa laaaalaaaalaaa tak dengar tak dengar. hahaha.

kebetulan, macam molek gila baju sedondon dengan pengapit lelaki.


hoh, macam lah korang tak kenal perempuan yg over nau beria tu kan.


sekali lagi??? i said - no comment. dush!!


huh, nan dah pakai dslr canon??? canggeeeeeehhh budak budak sekarang. i boleh jadi model sepenuh masa eh....



adoy...sedihnya muka aku. setelah asyik failed je upload, aku malas nk pilih. ni lah hasilnya gambar separuh nk senyum ke nk masam. hahahahaha.


balik sebatu, penat gila. tidur kejap. pastu sambung kemas padahal aku tolong ringan ringan je. yg lain, jadi tukang karut je aku.


okay selesai hutang piutang. lepas ni, mungkin ada lagi entry yg berkaitan. cuma maybe take time. yg penting, nikah, hari sabtu dan hari ahad, sudah ku publish kan untuk tatapan uols semua.


oh pada yg tak tau. aku ni keturunan jawa. so wak tu bermaksud pakcik atau makcik. tak kira lelaki atau perempuan.


okay, akhir kata, selamat pengantin baru. eh, baru nk wish ke?? =)

jaja & saufee - the day!

hello hello


aku dengar dengar, rombongan pengantin duduk kt luar rumah dekat sejam. ingatkan lambat sampai, rupanya dorang tunggu orang orang kompang. aiseh. macam tak sedap pulak kan, tengah tengah panas ni, buat dorang tertunggu tunggu.

tips: pastikan ada sorang incharge bahagian kompang, menyambut rombongan lelaki. kesian dorang datang dari jauh kena tunggu bawah pokok tengah tengah panas. kalau kompang lambat, make sure ada contact number.

tips: back up, sila cari lagu kompang. kalau hal macam tu terjadi [kompang lambat] kita boleh pasang cd kompang. tak perlu biar rombongan sebelah sana tertunggu tunggu.


tiba tiba teringat zaman dulu selalu pose macam ni kan. pengapit kena tutup muka pengantin perempuan. hehe. ni aku yg suruh. ntah zaman sekarang, ada lagi orang buat macam ni ek? hahaha.


nk tergelak aku salah posisi.


haaa dah okay setelah di alterkan. hehe. masa ni aku kepoh kepoh suruh pegang tangan. hahahaha. so korang dah tau kan, macam mana kepohnya aku masa tu.


panas gilak. melaka punya panas...huiiiiiiiiiiiiiii...semacam. mencucuk kepala otak.




gambar gambar kt atas semua version dari handphone aku. okay kt bawah, gambar dari photographer of the day. ala bukan sesiapa pun, adik sepupu aku je. adik pengantin senang cite.


jaja amik 2 persalinan je. yang ni turn lace. aku tengah sibuk sibuk kt luar, dipanggil tangkap gambar. dengan tak mandi, dengan belum tukar baju. tp sempat pakai tudung, letak bedak. boleh??? haahaha. asal mahu nampak vogue.


ni persalinan jawa. kata jawa dari bagan datoh ye. harus pakai jugak. menyorok di belakang pengantin supaya nampak kurus. ahahahahha.


gambar 1 family. tp ada yang tak cukup ni. main masuk je siapa yg lalu dan gian atau pantang nampak camera besar besar. of kos lah aku tak terkecuali. kalau aku takde, macam pelik je kan???


kami berempat dengan pengantin.


dan penutup entry ini, dengan gambar paling vogue kami berempat boria kampung 8 tengkera. baju yg cheyah bagi ni, aku siapkan jahit manik, sembat jam 2 pagi malam jumaat tu. adoyai..sikit punya rajin.


okay daaaaaa. tunggu next okay.

jaja & saufee - malam nikah

hello hello


entry sebelumnya - persediaan sebelum





aku sorang je duduk dalam bilik pengantin. sebab lari dari kesibukan majlis dan sebab nk dapat kipas. hahahaha. mak andam pun sporting je. dan aku gunakan kuasa veto aku untuk memarah budak budak yg tak reti bahasa nk masuk bilik pengantin.

teringat zaman zaman dulu, kalau ada kenduri, budak budak diharamkan masuk bilik pengantin masa pengantin tengah bersolek. ada sorang makcik yg jadi guard. so, masa kanak kanak dulu, jangan haraplah nk menebeng masuk dalam bilik pengantin belajar make up. kalau dulu boleh masuk bilik pengantin, agaknya aku dah master bab make up ni kan. hehe.



sementara nk tunggu pengantin lelaki datang, ni ada upacara apa ntah. pengesahan dari pengantin perempuan kot. dan juga penyerahan wali.

masa ni, kalau ada yg cembeng, boleh nangis nangis. macam kawan aku dulu. baru je serah wali dah menangis. sungguh tak kental. yg jaja ni, kitaorang siap gelak gelak.

tok imam tu masa nk confirmkan mas kahwin siap boleh buat lawak.

''mas kahwin ikut negeri melaka rm40. kamu rasa cukup ke?? tak nak mintak lebih ke? mintak jelah, kalau mintak mana tau kot kot boleh dapat rm1k''

=)


eh, ni actually gambar masa nk batal air sembahyang. tp minta maaflah, aku dah penat susun gambar. hehe






ni bukan gambar tengah akad. masa akad nikah, aku letak video mode. pastu dah habis majlis, aku suruh saufee tengok, dia malu. hahaha.


sedih wok. tp tak tunjuk. yelah, kami membesar bagai johan sama sama. aku lahir 10 may, dia 30 may. beza 20 hari je. dulu masa kecik kecik, baju, kasut semua sama. kalau family waksal balik kampung je, kitaorang berdua buat tukar tukar hadiah.

waktu tu, aku je lah dapat hadiah best best. yelah, dia beli kt bandar. hadiah aku untuk dia, beli kt kedai runcit kampung je. rasa malu pun ada sebab hadiah ntah apa apa. haha.

pastu, birthday aku, dia tak pernah lupa nk bagi hadiah. sampai lah sekarang. tp aku je selalu lupa nk bagi hadiah kt dia. adoyai....

tp nk buat macam mana, even aku kakak, jodoh dia sampai dulu. langkah bendul. haha.

lepas ni, keadaan tak macam dulu yg mana kitaorg boleh nk keluar sama sama, tengok wayang sama sama. sedih woooookkkk.




nampak tak, ingatkan crown rupanya ada jurai jurai. cantik.

eh saufee tak cium dahi lah masa ni. takde orang tua yg nk ingatkan pulak. patutnya kn selalu ada makcik makcik yg cakap ''cium dahi, cium dahi''

hehe. seperti biasa, aku yg over. tp tak tercakap pulak masa ni. aisehhh. kang kalau aku cakap, kantoilah aku yg teringin jadi pengantin. hahahahahha.


okay, done nikah part. will continue kejap lagi kalau aku rajin nk menaip lagi....daaaaa..



bubye pengantin~to~be - take care!

jaja & saufee - preparations for her day! and some tips for bride to be!

hello hello


mari update secara menggila. haha. kot iyalah betul ayat aku tu. maunya lepas ni, lama tak update mampus aku. hehe.

okay, step by step ye. mana yg ada gambar je aku letak. sayang jugak sebab banyak gambar free hair, nk letak rambut pelesu, amatlah aku malas. jadinya, macam takde je gambar aku. tapi jangan risau jangan segan, aku ada di tempat kejadian menolong. cecey. menolong tangkap gambar!


hari rabu, lepas je kitaorang pergi spa bagai, sibuk pulak memprint segala thank you tag, map semua. lepas tu, potong potong thank you tag tu.

tips: untuk lagi ikhlas dan kepuasan diri, reka sendiri thank you tag cantik cantik, molek molek letak nama kita dan pasangan dan tarikh hari kita tu. rasanya banyak template kt internet ni.

tips: jangan lupa standby satu printer kt rumah. in case nk print apa apa, tak lah kelam kabut nk pergi cc kan. sekarang ada je printer murah dalam harga rm100 dan rasanya ada yg lagi murah dari tu. ala, basic print je pun, bukan nk print sungguh sungguh kan.

tips: jangan lupa map / tanda arah ke rumah pengantin tu. kena siapkan jugak. jangan harapkan orang lain sediakan untuk kita, kita yg jadi pengantin ni kena buat sendiri. sebelum tu, tentukan mana nk letak. belok kanan, belok kiri semua. kemudian, arahkan adik adik atau abang [orang lelaki lah senang cite] yg tampalkan / gantung pada jalan. sebaiknya digantung pada awal pagi hari berlangsung takut takut malam tu hujan pulak kan.
digantung pulak pada segenap penjuru, jalan masuk seperti yg terkandung dalam map dalam kad jemputan kamu.
font hendaklah jelas dan besar. jangan lah nk pakai font yg bersambung sambung. guna je arial atau verdana. kalau tak kedekut ink, bold kan atau fill penuh setiap font tu. biar orang tak confuse dengan tunjuk arah kita.


lepas maghrib, team mak andam datang. nk pasang pelamin.


balik je rumah, terus struggle buat kek. sehari suntuk hari khamis tengok benda ni. dah naik muak pulak aku tengok setiap saat. hahahahahahahaha.

nasib baik ada wanie yg tolong toppingkan kek ni.

hari jumaat pagi, setelah kek dah siap. terus ke tengkera. kucing semua akan diboarding secara percuma di rumah yaya. haha mana nk dapat boarding free wey??? sedih jugak. tak pernah tinggal lama lama kan.

* thank you yaya touching


aku dipaksa oleh wak wor untuk tolong buat sirih junjung ni. adoyai, aku sungguhlah tak pandai bab gubah gubah ni. sungguh tangan tak wanita.

* aku tak pasti apa fungsi sirih junjung ni. menjunjung adat eh? aku rasa macam membazir je kena letak fresh flower lah bagai. hehe.


tips: sediakan mana yg patut awal awal seperti kapur, gambir. banyak jual kt kedai india. yg nk letak fresh flower, beli juga span basah. pastu dah siap, letak dalam bilik air atau bilik yg berekon. supaya tak cepat layu.


dah siap!!! aku tolong wak wor lipat yg 3 segi tengah tengah tu. eh okay apa. kalau tangan tak berseni takde jadi tau centre tu. hahahhaahaha.



ni goodie bag untuk orang sebelah / family pengantin lelaki. dalam ni ada kek, surah yasin etc. aku lupa. hehe


marshemalow [tak reti eja], ni suppose untuk budak budak malam nikah. kiranya kalau ada jemputan yg bawak anak anak kecil lah. tp masing masing terlupa nk keluarkan. haha. alamatnya, ke perut kitaorang lah.

benda ni lah yg buat thaqif muntah atas uncle dia. haha. okay tu next entry cerita.

tips: kalau nk guna inai tumbuk, hire sorang untuk uruskan hal tumbuk menumbuk tu. inai tumbuk pun jarang nk merah unless tumbuk sampai hancur. tp kalau giling, confirm merah! tp apa apa pun, inai dengan method macam tu tahan lama dari inai beli kt kedai tu.
jaja ni ada sorang makcik tu tolong. tp makcik tu blend je. tak merah sangat, tp at least beberapa hari kemudian, warna tetap sama. tak luntur lagi. dan bau pun sedap je.

hukum hakam inai ukir ukir, google sendiri. tak kuasa aku nk repeat balik.


masing masing ada part eh. sorang potong tag, sorang masukkan itu, sorang masukkan ini, sorang jaga printer dalam bilik. sorang tukang jerit [aku lah tu].


ni malam nikah. tengah tunggu orang datang, masukkan telur dalam bunga pahar untuk letak atas pelamin esok hari.

tips: serahkan pada yg pakar bab merebus telur supaya telur tak banyak pecah. pada yg pakar bab ni, mesti dorang tau petua petua. 100 biji telur ni, less than 5 biji yg pecah tau.


tadaaaaa, pelamin dah siap. cantik kan. besar gila.

oh ya, jaja pakai andaman dari bandar hilir. apa eh nama kakak tu. agak okaylah sebab baju baru [of kos dengan extra cost]. baju cantik, make up pun cantik. yang penting dia akan tanya kehendak kita samada nk pantis kening atau tak. tu penting eh. semua dah tau hukum hakam pantis kening kan. tapi terpulanglah pada hak masing masing.

aku cuma nk bagitau, tak ramai mak andam yg concern pasal ni. ikut pengalaman aku, kebanyakan mak andam ni main pantis je. kesian pengantin yg tak rela tu. hehe.

nanti aku dapatkan number phone dan alamat mak andam tu.

actually, ni kali kedua kitaorang dapatkan khidmat mak andam tu. 1st dulu cheyah. bila dah ada kepuasan, mesti ada yg seterusnya kan.


okay, done with preparation entry. next will be nikah. cekidaut.


bubye pengantin~to~be - take care!

Tuesday, June 8, 2010

alasanku.

hello hello


maaflah pada sesiapa yg tertunggu tunggu entry baru. eh ada ke yg tunggu?? hehe.

bukan apa, minggu lepas hectic gila. busy macam nk mampus. nk sedut oksigen pun rasa tak mampu. alih alih terpaksa simpan sikit oksigen dalam paru paru. so di bahagi kepada dua lah pengudaraan tu. eh, korang faham ke?? orang yg bercita cita nk jadi doktor sakit jiwa je faham ayat aku ni. ahahahhahaa.

bila eh last aku update blog? hari selasa minggu lepas kan?

hari rabu, aku temankan jaja di buat rawatan untuk bakal bakal pengantin. sekali dapat tempias sekali. aku pun tiba tiba terjadi bakal pengantin yg sibuk buat scrub badan, urut badan, buat facial dengan product mary kay. siap orang tu kata dalaman muka aku dah teruk sebab pernah pakai tia amelia. asmida, stop pakai tia amelia. kalau tak muka kau akan rosak dalaman dan akan dapat nanah warna hijau instead of nanah kan warna kuning. terus aku terkesima wok!

highly recommended pada spa tu. sebab cara dia buat facial tu lemah lembut sangat. suka. pernah aku tengok sepupu aku sampai menangis nangis buat facial. sebab orang tu betul betul tekan sekuat hati bila nk keluarkan segala bapak head white atau black sekalipun janganlah over nau kak! pastu cara dia menghalakan wap panas tu paling best. sepupu aku, 15 minit hadap wap panas tu sampai muka dia jadi udang kena bakar. gila. lokasi sepupu yg menjadi mangsa tu, kt de wajah, bandar baru teluk intan. haha. siap bagitau. eh yelah. kau gila nk pergi facial tempat tempat yg menyakitkan muka kita.

balik dari spa tu, bawak laptop sebab nk print thank you tag. tak dapat nk update sebab bodoh gila masukkan cd installer printer tunggu berjam, sampai hang laptop aku, siap uninstall bagai, rupanya cucuk cable terus boleh pakai. huh, sila percaya bahawa pakai vista ni kadang kadang benda yg senang boleh jadi susah gila.

balik rumah sebab malam tu macam kena bertungkus lumus nk siapkan kek 100 biji. jaja order kek lapis cheese tu untuk diletak dalam goodie bag malam nikah. hajat di hati nk siapkan setengah pada malam tu, tp terbantut sebab mak lupa nk order gas. so takut esok pagi, mak tak dapat nk siapkan bihun, kotiau untuk dibawa ke gerai. so dapat buat 2 bijik je which is 1 loyang dapat potong 9 ketul. so malam tu dapat 18 ketul je.

eh, jaja order 100 ketul tau. bukan 100 loyang.

makanya, hari khamis, rumah aku jadi macam rumah oven. panas gila sebab seharian tak tutup gas. rupanya, sangkaan ku meleset sebab siap je kek, gas tak tukar tukar. masih pakai gas yg lama. huh, tak pandai nk mengagak lah aku ni.
rumah panas, macam ada pertembungan 2 udara kt rumah. hall panas gila, sempadan hall dengan walkway nk ke bilik tu, sejuk. patutlah kucing kucing aku takde berkeliaran kt hall hari tu. dorang takut panas.

siap kek jam 12 malam, jahit manik pulak. adoyai.

pastu hari jumaat dah berkampung kt tengkera. sampailah hari ahad. tak dan nk on laptop. sibuk uruskan hari bersejarah sepupu tersayang. secara tak langsung, aku betul betul terlibat dengan hari jaja ni. penat jangan cakap.

okay tu je alasan yg boleh diterima pakai. ni jaja nk pinjam laptop. entah bila aku dapat update dengan gambar hari kenduri.

tunggu lah ye.







bubye pengantin~to~be - take care!

Tuesday, June 1, 2010

mimpi.

hello hello


yg sebetulnya, aku suka mimpi. mimpi yg gembira, esok pagi mesti aku tersenyum dan bersemangat nk bangun pagi. mimpi yg sedih, kalau melibatkan pengeluaran airmata, confirm aku menangis. selalunya menangis ni kalau mimpi arwah abah, embahtok, embahlain, mimpi mak meninggal atau saudara terdekat, mimpi by curang dengan aku atau mimpi pasal kucing aku. confirm!!!!!


* kalau aku tak mimpi, bangun rasa penat. ini fakta!

selalu je aku mimpi pastu terjaga tengah malam. sebelum sambung tidur, aku berdoa sambung balik mimpi tu. tp mimpi yg best lah. mimpi kahwin kahwin ke. hehe gatai no.

bila plan kahwin tu tergendala buat masa ni, setiap hari lah aku mimpi pasal kahwin. samada yg sedih atau gembira.

the latest dream was: oh cerita sangat panjang. biasalah aku, nk cerita pasal kucing, tp kelaut cerita pasal zaman dinosour dulu. hahahaha

mimpi tu konon konon ktorg nk g fitting baju. aku pergi dengan pakcik aku dan by pergi dengan pakcik dia. mimpi aku memang tak sah kalau tak merepek. yg merepeknya, pakcik aku paknil tom tom bak, pakcik by, jalaludin hassan. so ada 2 perbezaan kt situ which is aku dari golongan biasa biasa, by dari golongan yg kaya konon konon. kan aku dah kata mimpi ni merepek.

dah sampai butik, paknil aku berialah suruh try macam macam baju. well dia konon wedding planner lah. tp by tak mau ikut suggestion dia. nk ikut taste orang kaya pakcik saya nk menang sejuta dia tu. dah bergaduh kt situ sampai paknil kata kenapa nk ikut taste pakcik kau. siapa yg nk kahwin ni. by jawab, dia kan pakcik saya. wth punya jawapan kn.

* dah aku kata merepek tadiiiiii....

orang kata, apa yg terlintas kt mimpi tu satu petunjuk kn. so kau ingat, bila dapat baju pengantin kaler dlm mimpi, aku nk jadikan itu petunjuk jugak ke??? well, i dont think so babehhh. kaler yg sungguh tak best pada aku, sunguh kacak pada by. ohh yeah!
kaler putih dengan gold. ooo man, aku tak suka mana mana gold pun pada baju pengantin aku nanti. tp dalam mimpi tu, by sangat kacak dengan padanan kaler tu.

okay, dah fitting. dengan pakcik pakcik kitaorg terpaksa beli baju melayu gold. kenapa dorang masuk dalam mimpi aku, aku pun tak tahu.

bila dah pakai baju, tiba tiba aku rasa macam gabra gila. rasa tak bersedia. ala, korang yg dah kahwin ni mesti ada rasa ragu ragu kan. tp at last kawin jugak. hehe.

betul,rasa gundah gulana. nk kahwin ke tak, nk ke tak. pastu bagitau by. macam taknak kahwin je. hahaha. tp katanya tu mainan perasaan je kan. * should be kata tu semua mainan tidur. lempang.

kemudian, masuk dlm fitting room nk tukar baju, fikir lagi sekali.
''by kata, dah kahwin takde kucing lagi''

di saat itu jugak, aku menangis. so aku decide, tak mau kahwin sebab aku tak mahu berpisah dengan kucing kucing aku!

dan bila bangun, yeah tepat sekali kawan kawan, aku menangis lagi kerana mimpi itu. gila cepat emo lah aku ni. memang pun.


cerita sebenar, memang betul pun. by bukannya sayang kucing macamana aku sayang kucing. dia suka suka macam tu je. tak lah tegar sangat.
in fact, family dia pun sama. by kata, 1 family alergic dengan bulu kucing. dulu pernah balik melaka sekali dengan adik dia. adik dia terbersin banyak kali kot dalam kereta dan sejak tu berjanji takkan menyusahkan dia lagi
*terbukti dah, aku tak duduk kl lagi. hehe

so by pernah cakap kt aku, lepas kahwin takde mell lagi. masa tu baru ada mell sekor.

dia suruh aku usahakan samada jual mell atau letak kt rumah mak, mintak mak bela je. oooo aku tak sanggup kot. aku cakap, aku akan bela mell sampai mell mati. tp aku tak mintak dia mati pun. aku nk mell hidup dengan aku sampai aku mati. =[

sebenarnya, hal itu sedikit sebanyak merunsingkan aku. bila aku macam excited nk kahwin, aku fikir anak anak, terus macam terbantut. in fact pernah cakap, tak kahwin pun takpe, asalkan i ada dorang. haha, tengok tu. gila tak keluarkan statement macam tu.



bestnya korang dapat pasangan yg suka kucing macam korang. aku tak dapat macam tu. dia cuma tak kedekut bila aku nk tumpangkan kucing balik melaka je.

okay tu je. nk cerita pasal mimpi pun berjela panjang. okay aku nk sulam mimpi ni. esok nk pergi spa, mengurut bagai. kata bakal pengantin kan. upssssss..

daaaaa darlingsssssssssssssssssssssss.



bubye pengantin~to~be - take care!

cam haram punya proposal!

hello hello


baru ingat nk mendiamkan diri dari dunia blog buat seketika. nk redakan jiwa kacau ni. 4 je kerja aku bila duduk depan laptop.
  • tengok email
  • jenguk facebook [status kawan kawan & gambar. ada mengadd ni, perkara terakhir akan aku buat sebab aku berkira sikit pasal add kawan ni]
  • blogwalking - wedding blog, pencinta kucing blog, blog yg ada dlm bookmarks
  • cari kerja - jobstreet, mudah.com, achemm blogdrive

takdenya aku nk pergi web surat khabar online ke apa. aku tak rajin macam tu. aku suka baca versi surat khabar yg betul betul punya versi. tak kiralah tahun lepas punya. kalau aku rasa surat khabar tu belum aku baca, aku baca. haha. ketinggalan zaman punya cerita, itu aku.

blog gosip artis pun, satu site je aku baca. tu pun tak bukak hari hari. aku lebih suka buka web tu 3 hari sekali. suka himpunkan gosip dalam satu masa. sebab blog tu agak jarang nk update setiap hari. so, baca sekali harung adalah heaven. [tambah dosa nk gosip tak tentu hala dengan family. haha]


dan tadi, blogwalking ke sini -> http://meowwmania.blogspot.com/. macam terkesima sebab aku baru je lepas close tab pasal spca. takde pulak aku nampak sesuatu yg pelik.

p**d*k betul. haaaa, kan kena sebijik. sapa yg plan projek lahanat ni???? macam cilaka!

paling aku hangen, kt melaka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! celaka tak??? patutlah asyik panas je melaka sekarang, dorang dah plan sesuatu yg haram kt bumi hang tuah ni. cisssss.

seterusnya, pergi sendiri ke web ni, dan saksikan betapa haramnya perangai masing masing nk buat sesuatu pada makhluk yg langsung tak berdaya nk melawan ni. boleh tak korang yg buat tu, bayangkan yg kena jolok tu, anak korang. bukan binatang! eiii korang ni, perangai binatang pun kalah tau!!!!!!!!!!!! binatang pun ada perasaan.


okay okay, nk carut carut dalam blog tak guna.

mari sign ini petition. TOLONGLAH BUAT DEMI MENYELAMATKAN HAIWAN HAIWAN YG TAK BERDOSA DAN TAK TERDAYA NK MELAYAN NAFSU MANUSIA NI.

korang tak rugi apa apa pun kalau buat ni. serius. kalau korang heboh sangat pekik kt telinga aku, aku suka gila kt kucing, anjing tu comel, unta tu cun, lembu tu hensem, tp kalau tak sokong benda ni, tak guna jugak perasaan pencinta haiwan korang tu.

so, marilah sama sama kita berusaha dari duduk diam dan bukak web tu tanpa berbuat apa apa.


sekian.


aku cakap1: pelik betul dunia akhir zaman ni. makin menjadi jadi perangai sekor sekor.
aku cakap2: huh, carut je. takpe, aku carut melalui blog je. kt luar, jarang jarang. hehe. aci lah ye.



bubye pengantin~to~be - take care!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails