:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, October 16, 2010

homaigod...

hello hello


rupanya, lain perasaan nk kawin olok olok dengan kawin betul betul.
siyes....lain!!!

dulu kan, macam rilex je kan ajak najib kawin. ''by, kawin jom''
cerita dengan mak pun, boleh gelak gelak.

tp sejak balik dating masa tengok wayang hari tu, aduhai...jantung ni jangan cakap lah speed dia berapa kuasa kuda. lain sangat.

''eh, i dah cakap dengan ayah. kita kawin next year. dalam bulan 6 ke......''
haaaa...homaigod!

''apa kita nk buat ni?''

''balik kampung i, tanya kt wak i''

sebenarnya, balik kampung tu bukan penting sangat pun. tapi yelah kan, sejak abah aku meninggal, yang jaga aku wak wak lanang aku. * lanang = lelaki.

so, macam.....urm tunjuk penghargaan lah. balik kampung, bagitau tujuan kn. setakat nk call, boleh je. tp lebih molek balik kampung. tunjuk yg kita masih perlukan mereka, dan hormat mereka seadanya.

macam kes aku, confirmlah wak wak aku yg akan jadi wali. yg mana, biarlah mereka tentukan. tp aku rasa wak usin aku kot. harap harap lah semua wali wali aku nanti dapat datang kawin aku nanti kan.....amin....

''okay, nanti kita decide bila kena jumpa parent. nanti u datang rumah i, kita bincang dengan mak ayah i pulak. lepas tu, i datang rumah u, kita bincang dengan mak u pulak. nanti bila bila, kita balik kampung jumpa wak u''

homaigod......gigil okay!!!

siyes aku jadi tak keruan. lagi lagi fikir bulan 6. mana nk cekau duit, mana nk buat preparation semua....bertambah sengal aku jadinya.

yang pelik, mana ntah keberanian nk bgtau mak ni. its gone. tergagap gagap aku nk bagitau mak. hahaha. ni belum lagi tang nk bagitau wak. lagilah harus aku fengsan.

lepas tu, sangap nk buat apa dulu. masa tu lah pentingnya broadband. google sana sini, ym dengan yana, gtalk dengan eena & asmida. tanya mana op best, murah, mua yg cantik tp murah. oh yea, kalau boleh semua nk murah, tp kualiti elok. pang!!!!

buku dah ada. buku untuk catit apa apa kalau terserempak dengan blog yg best. make up (mua) paling penting. juga mak andam. eh sama je kan mua dengan mak andam???? hahah. lempang lah aku yg tidak keruan ni pehlis.

quotation tu dah selambak aku tanya. tengah tunggu dorang reply email aku je. yg mana rasa okay, aku simpan nombor.

MACAM MACAM.....................!!


ni, untuk kesenangan aku. to do list.

buat dalam excel, nampak senang. kalau tulis letak mana mana, macam leceh. contoh macam baju nikah tu kan, bila aku google jumpa baju yg best, aku copy paste je masuk dalam sheet tu.

borang nikah tu kan macam leceh. so warna merah. tanda benda tu penting. lagi lagi kes aku, bernikah kt mukim lain. lagilah berganda leceh dia.
* insyaAllah, bernikah + bersanding kt tampin. jimat kos najib kata. apa apa je lah. janji kawin, dan ikut tema aku.

kt excel tu, banyak lagi nk kena tambah. baju untuk family pun belum decide lagi sebab najib suruh bincang. kan aku nk buat tema magenta * pink + purple.
so aku plan, family aku pakai pink, family sana pakai purple. atau sebaliknya.
tp najib kata bincang dulu. kalau tak approve, cancel pakai tema lain.

guest list aku, pun aku dah siap siap list kan. najib kata belah aku jemput dalam 400 je. tapi aku kira kira, tak sampai pun. orang orang kampung, jangan risau, semua ada. insyaAllah, tak tercicir.

ucapkan terima kasih pada teknologi zaman sekarang. yg tak perlu kita hantar kad pada semua. kawan kawan sekolah, uitm, blogger yg mana ada facebook, aku tag je.
cuma yg mana yg dah kawin, pernah hantar kad kat aku even aku tak pergi, aku balas balik.
bukan apa, tu semua cut cost. tahukah kamu, post charge adalah rm0.60!!!!!!! bukan lagi 30sen okay...so aku nk cut cost.

peduli lah kata aku kedekut ke apa. janji aku ikhlas nk jemput. dari tak jemput langsung kan.

oh yea, blogger yg rajin comment je akan dijemput. yg lain, kirim salam. oleh itu, marilah beramah mesra dengan aku. haha * bajet artis.


oh yea. ticker kat atas tu, plan semata mata. belum confirm lagi. saja je letak. kalau confirm okay, kalau tak confirm pun okay gak.

sebab aku je gedik letak tarikh 11611.

tapi tak salah pun kalau uols block date tu untuk aku kan....kan kan???

Friday, October 15, 2010

wow...seronoknya.!

hello hello

nampak...nampak yg kt bawah header atas sekali tu???
yang tulis ehem ehem tu???????????

nampak tak??????????????

homaigodddddddddddd...gigil pulak rasanya....

insyaAllah, jika diizinkan. kalau tak jadi, apa boleh buat..taik kambeng bulat, masuk dalam botol, cap orang kuat....!! hahahaha..

Tuesday, October 12, 2010

when thaqif & nysa came to visit mak etty!!!!!!

hello hello

gua seronok lebih kot!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

siapa yg tak seronok kan. lagi lagi thaqif yg punya pasal.

thaqif dgn mak etty tak boleh dipisahkan. hahaha. even bila mak etty dah ada anak anak, thaqif pun dah besar, ada keluarga sendiri, thaqif tetap jadi anak menakan mak etty yg paling favourite, paling mak etty sayang!!

sebab dia je yg rajin call mak etty, rajin request kt ibu dia soh call mak etty. bila mak etty call ibu dia, tau je mak etty yg call, dan sibuk nk cakap dan bila nampak rumah tinggi tinggi aka rumah flat, dia sebut rumah mak etty.
anak menakan lain tak de pun camtu. sob sob sob.

takpe, yg lain pun, kalau korang dah besar, pandai cari blog mak etty ni, korang tetap mak etty sayang.


urmmm, minggu minggu lepas memang kak ijan ada bagitau, 9hb okt ada nk dtg melaka. pergi kenduri rumah sedara belah abg badh. so pantas lah aku suruh dorang anak beranak tido umah kan. tak payah tido hotel bagai.

then sehari dua ni, benda tu macam confirm tak confirm sangat. so macam tak heran sangatlah kan. jangan harap sangat, kang kalau thaqif tak jadi datang, mak etty nanges!! =P

text text text....
pun tak confirm confirm

sekali tu, kak ijan text ''choc cake layer cheese satu. thaqif nk makan''
hahaha. aku balas, ''thaqif ke, ibu dia yg nk makan???''

kalau dorang jadi datang, aku buatlah. takke aku rajin nk buat kalau dorang tak jadi dtg kan. penat kot nk buat tu. *trauma tak habis lagi masa buat untuk jaja nikah hari tu. haha

sebenarnya, plan tu floating selagi kita tak jejak tempat pertemuan kan? betul tak?

so, pagi sabtu, kemas kemas je lah rumah. kot kot dorang jadi datang, bilik dah standby.

aku pun ready lah untuk buat kek. kalau dorang tak jadi pun, aku boleh habiskan. kalau dorang jadi datang, aku happy hidangkan untuk kak ijan & family.

kak ijan pun tak sms aku.



2nd stage. baru letak selambak cheese. betul wey, cheese membuak buak.
aku mms gambar ni kt kak ijan. dengan harapan, dia confirm datang. haha

sekali tu, dalam pukul 3 kot. dia sms. ckp on the way. gembira bukan kepalang. * wah ayat bm terbaik...

kejap je rasanya tunggu dia sebab dorang dah kt cheng. masa tengah call tu, lagi 10 minit akan sampai ke rumah aku. so siap siap mandi. kek belum masak lagi.


dan akhirnya!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

they arrived safely.

yihaaaaaaaa......seronok i dapat jumpa dorang sekeluarga. lagi lagi thaqif & nysa. rindu...
* sekarang pun dah start rindu kot.


baby nysa botak.....!!
nysa botak dari jaja kawin hari tu ye. sampai sekarang, camtu je rambut dia. hehe. comel what.
* letak link, tp takde gambar nysa rupanya. peace...jangan marah mak etty...!


dah dibentangkan tilam, nk kt lantai jugak. nasib baik mak etty dah mop, siap bilas dengan dettol.

budak kecik yg cantik ni dah nk merangkak okay. badan je kecik, semangat budak ni..

caiyok nysa!!!


alorrr comel. rindu lah kt nysa....mak etty dah tukar wallpaper hp letak gambar ni...


takde gambar berdua dengan thaqif. dia tak macam dulu yg suka tangkap gambar. orang suruh pose hensem hensem, dia buat camni. apa lah....

thaqif kata, kek mak etty sedap! yeay! well, budak kecik tak menipu kan??? hahahahaha
* lempang


aloooo mak etty. malu lah nysa....


well...thaqif dah masuk frasa kenapa itu, kenapa ini ye....bersiap sedia lah kalau dia tanya tu.
pasal kereta kuning tu je, berpuluh kali dia tanya.
''apa ni?''
''lori sampah'' * sebab tak reti nk cakap tow truck dlm bm apa. haha
''bukanlah'' * ko jgn tipu thaqif kalau bab lori sampah. dia lagi terel. haha
''apa ni?'' * tanya lagi. yg keberapa, aku pun lupa.
''kren'' * gila sengal apa aku ni...
''bukanlah''
''apa ni?''
''trektar''
''apa ni?''
''kubota'' * macam lah dia kenal kan.
''apa ni?''
''ferrari thaqif''
senyap!!!

hahahahahahah

dia agak bosan takde toys yg banyak utk dia main. yg ada, patung mainan mcd je. tu pun untung aku simpan jugak. sebab mnggu lepas, mak buang semua sampah yg ada.

nasib baik ada adik melayan dia main. dia main bola sepak dengan adik. haaa ko jangan main main. sampai ke dapur thaqif main bola dengan adik tau. adik kan jenis peramah bila ada tetamu. makin orang melayan, makin dia mengada.


adik cium tilam macam apa je. sebelum tu nysa tukar pampers kt situ. nysa yak. ada bau yak nysa kot. hahahahahaha.


nysa pelik tengok kucing!!!


terteleng teleng muka dia tengok adik.


thaqif macam tau tau je tau kucing aku ada 3. adik depan mata, dia boleh tanya lagi, ''nyiau ane?''.

kak ijan pun sampai tertonggeng tonggeng nk belek bawah katil sebab nk jumpa mell & ahboy. tp apa lah nasib. selama dorang kt rumah tu, kucing berdua tu mana keluar dari tempat persembunyian. bila dorang dah balik, baru lah keluar. adoyai...

family kak ijan balik dalam pukul 6+. ingatkan tido sini. sedih i...

aku hantar thaqif sampai kat bawah. banyak kali kak ijan pesan kt thaqif ''mak etty hantar je tau, dia tak ikut kita''
thaqif tersengih sengih. sebab dia ingatkan aku ikut diorang.

ooo...nasib baik mak etty tak nangis mcm hari tu...ngeh ngeh...

thaqif dah banyak peel. dah makin nakal & bijak. ada je benda yg dia buat aku jadi geram. bila aku cakap ''thaqif, asal buat camtu?''
kak ijan cakap ''biarlah. dia saja nk buat mak etty rindu nanti''
cissss....

dapat jugak aku mandikan thaqif, tukarkan pampers. tu memang kerja aku kalau jumpa thaqif.
masa time mandi tak boleh blah. dapat mandi shower, suka sangat.
''nak mandi air ujan'' hahahahhahaha. bila tanya dah ke belum mandi, semedangnya jawab belum. kalau dibiarkan, mau berjam dalam tu.

adoilah...

walaupun tak lama, tp aku bersyukur kerana dapat jumpa kak ijan sekeluarga. lagi lagi thaqif dan nysa. Allah je tau betapa aku gembira hari tu....

next time, datang lagi ye. tidur sini tau....

film review - magika & jangan pandang belakang congkak 2

hello hello

well well. dengan bangganya, aku adalah penyokong cerita melayu. kalau best, aku suka, kalau tak best, aku mengamuk. haha.
tapi tengok director lah. kalau yg kt pangkal dia ada prof. tu, hehe, aku tak tengok. aku tunggu raya tahun depan baru tengok. boleh??

okay, first film is magika.

ni pun berapa juta kali aku merengek manja kt najib. jomlah tengok wayang, jomlah, jomlah. kang habis camne???
najib suruh beli dvd je. tp aku???? adeh. aku tak rajin kot nk tengok dvd. hari tu beli mualaf & my name is khan tu, dari bulan 3 kot. haram aku nk jengah. serius. aku takde masa yg lapang. haha.

jadi, bersamaan dengan 101010, kami akhirnya ke panggung wayang. nk tau tak, dulu kitaorang plan kawin tarikh ni. huhuhu...

okay. setiap kali movie review, aku akan review seikhlas hati aku. bila best, aku puji. bila tak best, aku kutuk kaw kaw. so korang sendiri boleh buat keputusan yg tepat kalau nk tengok.

magika.

hurm....aku tak lah kata 100% sedap cerita ni. tapi, bolehlah katakan 70% sedap, 30% tak sedap.
sedap dari segi penataan cahaya. cgi. okaylah kot. etc etc..aku lupa. haha.
tak sedap sebab asyik menyanyi kot. suara tak sedap! haha. upsss.
kalau suara tak sedap, otomatik jadi boring, ngantuk.

lagu pun, ada sesetengah je yg best, yg menarik. paling aku ingat lagu m nasir lah.
''nak ke mana kamu bertiga???? jangan sampai kejutkan naga''
sebab tu je yg dia ulang ulang, so aku ingat. yg lain tu, tak berapa ingat.

lagi lagi part pokok tiga tu nyanyi. walaupun rentak lagu tu catchy, tp mendalam maksud dia. suka!

bab pengajaran, aku insaf kejap. yelah adik beradik kan. hahaha. air dicincang takkan putus. haaa, betul lah tu. siapa yg selalu gaduh adik beradik, tengok cite ni sure insaf. =)

elemen sedih pun ada jugak. tersebak kejap tengok masa doktor nk tamatkan riwayat mak ayu & malik tu. ah aku tak tahu apa nama prosedur tu, tp bila seseorang dah mati otak, tak dapat hidup lagi, doktor kena matikan dia. oh tu sedih owh....bab mak mak ni, mana yg tak sedih kan.

pelakon terbaik.

aku suka sabri yunus kot. haha. dia pembantu pada ning baizura puteri gunung ledang

ziana zain nenek kebayan - sebab dia suka menjerit, so tak berapa dengar apa butir percakapan dia. tp okaylah nk bawak watak nenek kebayan. salute sebab dia tengah peknen kan masa tu.
nabil orang minyak - orang minyak yg jual minyak. boleh?? tp adegan nabil tu cam sengal sket. haha.
mawi badang - bolehlah. paling tak tahan scene makan muntah. wek wek wek..
bawang putih bawang merah - comel.
maya karin bunian - banyak gila maya karin
aznil & raja azura pak pandir & andeh - kejap je scene dorang.
vanidah imran mahsuri - haaa ni kelakar. tak tahu nk cakap camne. tp memang kelakar
norman hakim awang lembing - pun sama. walaupun menyampah kt dia. haha
senario 5 hang - bolehlah. lawak senario tak dapat dipisahkan. boring.
ning baizura puteri gunung ledang - okaylah.

watak watak sampingan yg lain. okay lah.

watak utama??? urm....ntah. tak berapa ump kot. lagi lagi fimie tu. cam gedik je. haha.

see..aku cuma boleh kata, watak sabri yunus adalah yg terbaik.

so, siapa yg belum tengok, pergilah tengok.

najib marah aku ''apsal tak cakap ni cerita muzikal???''

hahaha, nampak sangat dia tak suka. aku layan je.



kalau nk tahu, dalam sehari kitaorang layan 2 movie.

next...jangan pandang belakang congkak 2.


sekali lagi urmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

aku prefer jangan pandang belakang congkak yg first tu.

sebab yg ni, takde kick nya. biasa biasa je.

aku tak tahu nk bagi berapa bintang. 50-50 je kot.

ada yg menarik nya. ada yg biasa. ada part yg seram, apa part yg sengal.

so kesimpulannya, biasa biasa je cerita ni.

watak pilihan - aku pilih ebby yus & ruminah sidek. yeay!!!! sebagai bomoh bomoh yg sengal alam. aku suka......

watak watak besar spt nora danish, kuman, lan pet pet, cat farish...sekali lagi...bolehlah.....so so.

lisa surihani pun, kalini tak berapa best.


so tu jelah review aku. haaa aku condem bukan tak menyokong industri filem tempatan ye. aku tengok apa. aku bayar gak, bukan tengok free. cuma nk cakap lah, ada yg best, ada yg tak best. so mana yg tak best tu, boleh diperbaiki. mana yg best tu, jangan mendongak ke langit tanda berpuas hati, kalau boleh, asah lagi bagi lagi baik. kan??

okay..selamat menonton..


aku cakap: * walaupun watak kecil, tp mereka pandai nk psiko penonton supaya teringat ingat watak tu. itulah yg kita cari sebenarnya. bukan watak utama, tp langsung penonton tak ingat. tabik spring pada sabri yunus, ruminah sidek & ebby yus....

Monday, October 4, 2010

get well soon aunty mm....

hello hello

mummy, mell, adik & ahboy nk wish semoga semuanya selamat pada aunty meowwmania. esok pagi aunty kena operate.

eley, konon malu malu lah tu....bluweekkk....hahahaha.


oh ye aunty, mummy tak lupa nk pesan kt aunty.

ingat tau!!!!

kalau jumpa doktor hensem, kirim salam!!! ingat tu....

aunty jaga diri baik baik...jangan lupa makan ubat. jangan banyak gerak...


dari mell, adik & ahboy...


mummy juga...

i love u...u love me???

hello hello



I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and
A kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?


.....etty, mell, adik, ah boy.....


Sunday, October 3, 2010

qila kawin ~ rembau...

hello hello

okay, hari ahad yg mulia ni, mari kita ngedet ngedet blog. sambil ditemani anak anak yg dah wangi. cuma adik je masyam lagi, tp takpe, bau jantan. hahaha. Cat Pictures, Images and Photos

ingat mandikan kucing ni senang...tak penat?????????????

rasa, mandi wajib lagi sap sap soi tau. haha.

selalu mandikan siap keluarkan carrier. kasi masuk dalam tu, blow dari luar. tp kalini, direct blow. wow!!! masing masing behave. takde nk ngelejat cam selalu. tp turn adik, masuk carrier kot. dia tu tak mo bagi kerjasama wonder pet betul.

okay, back to track lah. cite tawen tawen.

aqilah....selamat pengantin baru. smiley love Pictures, Images and Photos

disebabkan venue kt rembau, den mintak tolonglah dengan cik najib den tu. alhamdulillah, nk dia tolong aku bawak ke sana, jumpa kawan kawan. thanks bro...I Love You Pictures, Images and Photos


tp siot je, gerak dari rumah pukul 230 kot. sampai sana pukul 33o. atenya, kau ingat kenduri kt rumah. ni kt dewan yang oi. dah siap lipat lipat meja dah.

aku siap gurau gurau dengan qila ''eh qila asal ko kawin takde orang datang ni?''
hahahaha padahal orang dah balik, dah boleh pergi open house yg lain pulak. siyes. tinggal aku je kot. mencemar duli betul.LOL Funny Laughing Laugh Smiley Smilie Smileys Smilies Icon Icons Emoticon Emoticons Animated Animation Animations Gif Pictures, Images and Photos


geng aspuri convent teluk intan. tanpa yana, ijah, farazura dll..
mana korang haaaaaa????????????

dari kiri, fazilah, aku lah of kos, dina, rini & danish.

fazilah tu, aku kawan sejak darjah 1 kalau tak silap. tak pun dari tadika. yg lain, dari form 1.


yg berapa kerat ni je pun, havoc gak lah. ingat kan dah matang, perangai berubah. rupanya tak jugak.

terharu rasanya sebab rini nk tunggu sampai aku datang. padahal danish dah meragam. yelah, budak kecik kan. thanks rini & husband. I Love You Pictures, Images and Photos * terharu tak??

jumpa pun kejap je. dalam setengah jam tu. sembang pun mana yg dan je lah.


suka aku tengok warna hitam & kelabu ni. qila pun cantik. orang nya putih ye dak, pakai apa pun cantik.
aku putih lebih bedak je...smiley Pictures, Images and Photos


budak tecik ni kan, tak kisah sapa dukung. hulur tangan je, terus nk berdukung. oh ye, masa dia kecik dulu, aku tak berani nk dukung. hehe. dah ngantuk sangat, kt bahu aku sedap je danish landing.


so far, rini & qila je yg dah ke alam lain. jadinya, kami lah anak anak dara pingitan yg masih belum laku. kakakakakkakkaakka. belum laku katanya. smiley Pictures, Images and Photos


okay fazilah, berjaya kita nk nampak kurus. gambar sebelum ni, aku buang ye. wahahahaha. tak mengaku dah gemuk...wek wek!! smiley Pictures, Images and Photos


yezza, cantiklah pose ni. selim melim kita ye fazilah. smiley Pictures, Images and Photos


pose ni lagi best. tak sia sia aku menyorokkan diri di belakang dina. hahahahahaha. dina ko macam tak kenal aku kan????


eye bag yg ketara.
do i care????
kihkihkih...Crazy Smiley Pictures, Images and Photos


qila dah balik masa ni. siap sedia nk tido. eh tak....
hahaha.
dia laki bini nk outdoor shoot. so rehat dulu sebelum ke seremban.


macam dah lama tak bergambar dengan peace...okaylah mari kita buat....smiley Pictures, Images and Photos


masa ni aku cakap ''okay next please, buat muncung pulak''
eh, jadilah muncung muncung ni. siapa kata tak jadi. tengok gambar tu betul betul.
fazilah of kos. dah siap sedia dah muncung nya tu.
aku. biasalah menyorok di belakang telapak tangan sendiri. sebab buruk buat muncung tapi masih ada hati nk bergaya muncung. stylo derrr...
rini lagi lah. berselindung di sebalik badan anak sendiri. padahal kt belakang tu dia dah sedia dengan muncung dia. haha.

dan kami berpisah sekali lagi. entah bila nk jumpa, tidak ketahuan.
sob sob sob.

paling geram, time nk pergi tu bukan main lambat masa berjalan.
cakap kt najib ''eh bila kita nk sampai ni. jauh sangat ke? padahal kalau kita jalan kt sini, cepat je sampai seremban''
yg fazilah, asyik asyik sms aku. tanya kt mana.
adoi tertekan....!

bila nk balik pulak, aishhh, kejap pulak rasanya!! rasanya baru keluar simpang rembau tu. tiba tiba dah sampai melaka.

betul lah masa ni memang mencemburui selalu. ahaks...

ehem ehem. perasan tak tudung i uols???????

dalam tak suka, tak berani nk cuba tudung indon, dah berhelai dah koleksi aku....smiley Pictures, Images and Photos

ni beli dari ainil. nk link fb dia. mahal sket, tp memang terletak. cantik lah.

sebab beli kaler shock pink ni, terus nk matching kan dengan baju putih tu. padahal tu baju lama kot. mak terkejut tengok aku iron baju lama. mak siap tanya, ni kawan yg mana? kalau kawan uitm, confirm dorang kenal baju ni.
aku jawab, takpe ni kawan convent, dorang tak pernah tengok baju ni lagi.
hahahahahhaha.

tp so far, kalau tak beli kt ainil, aku beli kt farazura. dua dua cantik. hehe. support kawan koooo...nanti dorang kasi diskaun. kahkahkah. ehem

Saturday, October 2, 2010

mak hangkat.

hello hello


ni bukan anak menakan mak etty....ni budak kecik, anak kawan baik mak etty. dulu masa baby, muka dia lain. tapi sekarang muka dia dah lain.

cerita lain, tunggulah kalau rajin kang ye. hehe.

ehem, ada bakat tak??

Friday, October 1, 2010

video: geli................mat!!

hello hello



aku tak tahu kenapa aku suka lagu ni...suka gilak!!

bila kt office bossy semua takde, aku suh budak it bukak utube, kitaorang karaoke sama sama. haha. lepas tu gelak sampai takde suara. bila tengok ramai ramai, terus naik sheikh. haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails