hello hello
rasa rasa siapa agaknya eh yg aku maksud kan????
eh budak kecik ke??? ingatkan budak BESAR. hahahaha.
taraaaaaaa. meet my thaqif.....say hello to mak etty reader [s] thaqif.
thaqif : alllllloooo.
haha, sebutan bukan macam haluuuu. tapi halo. kelakar.
kak ijan call aku dari pagi, siap bagitau dah sesat barat sampai ke arah semabok tu. terkial kial jugak aku suruh patah balik. tiba tiba, tengah aku terkejar kejar nk wrap lauk, dengan tengah pegang cutter...ternampak muka kak ijan. terus lah aku cari muka budak kecik ni. muka yg selalu buat aku menangis kerinduan. hehe. * bergenang ayor mata
selalu kalau jumpa dia, aku tak terus tegur atau peluk ke apa. aku biar dia pandang muka aku. pastu kang nampak lah muka dia macam mengingat. pastu nanti dia sebut ''mak tyyy'' oh sungguh comel saat dia nk mengingat tu. terus aku peluk dia, cium dia. cutter ntah ke mana. aku tinggalkan kejap tugas tugas khas tu.
selesai je bawak dia pergi dapur, jumpa wak timah [embah thaqif, mak kak ijan], jumpa mak aku, aku bawak dia ke depan. tu pun lepas ingat aku ada kerja lagi. so, dia lah yg teman kan aku wrap lauk lauk.
masa tengah wrap tu, sibuklah tanya ''mak ty, apa ni..apa ni??'' dah diterangkan pn, tetap tanya soalan yg sama berulang ulang. hoh, adatlah umur sekarang ni tengah tanya apa apa, akan datang dia tanya kenapa, mengapa pulak. lagi lah kena kental sediakan jawapan eh.
dia memang tak berenggang dengan aku. siap pegang hujung baju aku, nk mengekor je. aku dah tengah kelam kabut nk uruskan setting lauk pengantin. tu pun kang aku main tinggal je. dah settle semua, baru main balik dengan dia.
by ada pesan, kalau thaqif datang, sms dia. kang dia curi masa kejap turun melaka. padahal tengah gaduh tu, aku mms gambar thaqif tengah pakai pampers.
sekali kau, sanggup dia datang tu. tapi bukan sebab aku, sebab thaqif ada! dia pun rindu sangat kt thaqif tu.
so, dia lah tetamu kedua yg aku tunggu. najibun! even tengah gaduh, tetap rindu. cecey. zassssss.
boleh lak thaqif muntah kt by masa makan marshemallow tu. ada bagitau kt entry persiapan tu kan? kelakar okay. masa tu tengah sibuk tangkap gambar dengan yaya, by bagitau thaqif muntah. hahaha. kalut habis mamat tu. aku dah biasa dah bau muntah dia.
masuk dalam, bersihkan badan dia.
rasa rasa layak tak jadi bapa mithali nanti????????? cepat jawab cepat!!!
thaqif ni, dengan uncle dia, bukan main manja lagi. aku pelik betul dengan keserasian dorang ni tau.
sebelum thaqif jumpa uncle dia, aku dukung dia. aku cakap kt thaqif :
''aqif, atel ada kt sini tak? cuba cari atel''
nampak mata dia kelilau cari kelibat uncle /atel dia. sekali bila nampak, terus dia senyum. kelakar je. bila thaqif depan mata by, terus disambarnya budak tu. aku pun dia tak heran dah.
adoyai, bila buat muka macam ni, asyiklah aku nk gelak. tapi pastu aku nangis rindukan dia. hai lah thaqif.
yezza, gambar kami bertiga. berjaya aku buat jadi wallpaper hp dan laptop aku.
by ajar dia tengok video miau dalam hp aku. bila nampak aku je, ''mak ty, nyau ane?'' terpaksa aku layan dia tengok video anak anak aku. suka betul dia. sampai penat nk layan, aku buat buat tidur. hahaha.
sekejap je masa dengan thaqif. dia balik maghrib tu jugak. tak puas nk main dengan dia. nk menangis jugaklah masa dia balik tu, tp control macho lah beb! bila dia balik, rasa sunyi gila rumah padahal ramai orang masa tu. terus mengadu kt by, rindu thaqif. huhuhu. malam malam tengok gambar, nangis bawah selimut. ni lah kali pertama mengangis sebab anak menakan tau.
malam tu, kak ijan call tanya jalan nk ke ayer paabas. sekali lagi sedih dengar thaqif sebut ''mak ty''
hohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! benci tau.
hari isnin, kak ijan miscall 5 kali. masa tu aku kt hall, hp dalam bilik. aku sms tanya kenapa call? kak ijan jawab ''thaqif suruh call''
kalau korang, emo tak?????? aku nangis kot.
aish, kerja aku memang menangis je kalau korang nk tahu. haha.
dan malam tu, aku berjaya bercakap dengan thaqif. tapi disebabkan dia dalam kereta dan baru dapat kren & backhoe baru, aku tak dilayan. dah lupa lah tu.
malam bila ntah, aku bercerita dengan mak pasal thaqif muntah atas by. mak kata, tu tandanya serasi. aku ingat jugak, dulu nursya pernah muntah atas aku. ye memang serasi pun nursya dengan aku. sikit sikit mak etty, mak etty, mak etty, mak etty!!
2 comments:
hehhee,,,,bila nak makan nasik minyak nie.
nantie adalah penganti thaqif.
lin doakan korang bahagia.
amin
tq lin. rasanya bila dah ada ank sendiri, thaqif tetap istimewa di hati kami kot. tetap akan jadi anak menakan kesayangan sampai bila bila.
Post a Comment