:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, November 29, 2011

pindah rumah yeay!

hello hello

seronok rasanya bila suami dah start cakap pasal nk cari rumah. nk berumah sendiri, rasanya belum lagi berezeki. tunggulah dulu nanti. sementara ni, cari lah dulu rumah sewa kan.

seronok sangat bila dia cakap ''nanti kita cari rumah ye''. tido pun sambil tersenyum pandang muka dia. bila bangun pagi teringat ayat keramat tu, sambung senyum balik sambil pandang muka dia sambil mata terkatup katup tahan mengantuk. *terbangun pukul 3 pagi lah.

aaa kalaulah semua faham keadaan aku, mesti semua pun tersenyum sekarang. : )

lusa 1 disember 2011 dah mula kerja kt durian tunggal. dah mempunyai kereta sendiri : )

jadinya sekarang ni, kami dah mula cari rumah sewa area alor gajah. dekat bagi yg nk ulang alik ke rembau, ke durian tunggal. sambil sambil tu, kumpul pamphlet dari house developer, rajin belek explorer [melaka punya booklet iklan semua lengkap dalam tu]. nasib baik jugak melaka ni pesat membangun. tp harga rumah mahal sebb sana sini shopping complex! so memang kena rajin mensurvey sekarang.

cuma tak tau bila nk pindah. samada sebelum baby lahir, atau selepas. mana mana boleh. tp kalau selepas pun okay gak. eh tahlah. tiba tiba rasa takut nk uruskan rumahtangga sendiri tanpa bantuan dari keluarga. tp harus cekal juga.

so, sekarang dah plan. since tak tau bila nk pindah, tiap tiap bulan aku nk komitmen kan diri sendiri bayar kt kedai elektrik. cadang nk sponsor peti ais dan mesin basuh pada bakal rumah. tu yg penting kan. LCD * tak agak agak tu suami sponsor lah. hehe. diriku asal ada internet cukup. katil, campaklah kt mana pun, senang mata ni nk lelap asalkan ada kipas atau org tolong kipas. hehe. tp kalau ada duit lebih, katil mesti beli punya. dressing table, suami boleh amik yg kt rumah tampin tu kot. hahaha.

komitmen tu kan maksud aku, barang tak ambil lagi, tp kita bayar ansuran kt kedai tu tanpa faedah. tp kalau barang dah ambil, baru kedai tu kenakan faedah. tp cara ni diguna pakai untuk kedai biasa je. court mammoth tak layan der....so dah habis bayar, baru bawak balik barang tu. tp segala resit kena simpan baik baik lah. tu je caranya kalau nk berjimat jimat dahulu, bersenang lenang kemudian sebab tak lah nampak duit tu sekali banyak yg keluar kan. lagipun kita tak tau bila nk pindah....

tak sabar rasanya nk pindah. tak sabar rasanya nk mulakan kehidupan sebenar suami isteri. tak sabar nk bersusah senang berdua dengan suami & anak macam org lain yg susah susah dahulu, senang senang kemudian *ulang lagi.

tak sabar nk pindah sampai excited masuk stor semalam kira, belek balik hadiah kahwin. sampai terus selsema kena habuk.
suami tanya, buat apa dalam stor ''tengok hadiah kahwin. kita dapat banyak gila pinggan mangkuk lah yang''
suami jawab ''takpe, nanti dah pindah kita boleh pakai''

alahai, sekarang kan ayat PINDAH, RUMAH KITA, RUMAH BARU, RUMAH ALOR GAJAH, dah jadi ayat paling manis untuk didengar lah. wahahaahhahaha...*over

jap jap nk check hadiah apa boleh bawak ke rumah baru *exited habis ni, kalau cancel harus meroyan

1. dapat 2 dapur gas [satu dah bagi mak melaka, satu lagi mak tampin] - beli baru
2. set cawan & teko - /
3. set gelas & jug - /
4. dapat 3 periuk nasi [2 besar, 1 mini] - /
5. dapat 2 toaster [satu bagi kt mak melaka, satu bg kt along] - beli baru, tp masing masing tak suka roti bakar, mungkin tak beli langsung.
6. coffee maker - /
7. set non stick pan - /
8. multi purpose cooker - /
9. electric kettle - /
10. seterika - /
* lain lupalah hadiah apa dapat....


tapi kejap kejap..........................kalau pindah, macam mana si mell, adik & ahboy????

ala tak suka lah nk tinggalkan dorang.....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

camne ni?????????????????????????????????

Friday, November 18, 2011

rezeki Allah takkan putus

hello hello

terima kasih pada kak ajie sebab dia menyokong kata hati aku....terima kasih banyak kak!

terima kasih juga pada kawan kawan yang menyokong tindakan aku. nk kata tindakan tu bodoh, entahlah. yg penting aku ikut kata hati aku.

alhamdulillah, rezeki aku mencurah curah. genap 5 bulan bernikah, dapat tau pregnant. whooooppppp!!!! hehe. lepas 2 minggu dapat tau berita best tu, dapat kerja lain pulak. kerja government which is kerja yg selama ni aku kejar!

rezeki anak kan. sebelum ni tak percaya pun pada tu semua. alhamdulillah, sujud syukur aku. bergenang air mata bila dapat parcel tu. lagi lagi terharu sebab suami yg over excited. aku tau, dia gembira sangat sangat dapat berita aku dapat kerja gomen ni. terima kasih suami, menyokong tindakan aku kali ni.

mulanya, aku plan nk notis 24 jam je lepas dapat gaji hujung bulan ni.

tapi aku ragu ragu.

aku diterima kerja dengan baik, jadi biarlah aku keluar pun secara baik walaupun lepas ni takde siapa nk ingat kt aku. aku nk keluar dengan bermaruah walaupun notis tak cukup. tak mau buat macam org lain buat [notis 24 jam].

aku percaya pada rezeki Allah.

biarlah dapat separuh gaji untuk survive bulan depan. dari dapat gaji penuh hati tak tenteram.

bukan apa, bos aku ni terlalu baik untuk aku buat 'jahat' pada dia. setiap hari dia tumpangkan aku pergi dan balik kerja waktu suami tak boleh hantar & ambil aku. dia yg sah kan jawatan aku, tinggikan jawatan aku walaupun takde kenaikan gaji. dia yg fight aku dapat macam macam kemudahan sebagai seorang pegawai. dia yg banyak bagi ilmu dalam perlesenan ni. walaupun di anggap buangan di transfer ke branch ni, tapi aku bersyukur. banyak tunjuk ajar dari dia. tu yg buat aku sayu hati nk bagi notis tiba tiba.

aku ni nampak je macam hua-hua, tp tau le hati aku lembut walaupun mulut tak berapa nk cun. =)

tak kisahlah apa orang nk cakap, nk cakap aku bodoh ke apa.

yang penting hati aku tenang setenang tenangnya sekarang. =)

aku gembira dengan keputusan aku.

aku percaya pada rezeki yg dah ditentukan oleh Nya untuk aku sekeluarga.

tutup buku lama, buka buku baru....kerja yg lain menanti......

selamat tinggal ev! sedih pulak!

Tuesday, November 15, 2011

rindu adik tak?

hello hello


hai saya rain....[trademark mak yg baru, mell pun dikatakan rain]

hai saya adik kedek kedek. tak pasti kenapa ada kedek kedek tu padahal saya antara yg terlaju kt rumah ni. sebab badan saya tak gemuk & gendut macam mell & kaboy. takpelah, jadi yg tengah memang selalu kena mengalah. http://www.smileycodes.info


sejak abg najib datang dalam family ni, semua takut. mula mula seronoklah sebab ada geng baru. geng beboboi. yelah sebab semua kan gegirl dalam rumah ni. tapi lama lama, semua tak mau geng lagi dengan abg najib sebab abg najib suka peluk ktorg kuat kuat. lepas tu dahlah sesuka je panggil adik si hitam. touching tau. si kaboy pun dah tertukar nama, nama baru dia tom. harharharhar.....http://www.smileycodes.info

nasib baik ada mak [sekarang dia suka panggil nama dia kakak. semua dah confused sekarang!! tak suke tau nk confused ni!!]. dia selalu back up ktorg kalau kena buli.


si gendut ni, dia kan gedik lebih. so abang najib lebih suka pada dia. bila abang najib panggil, dia kan menyahut je. sekali, kena peluk kuat. hahaha. padan muka kena buli.

si mamel pun sama gedik. bila abang najib belai, mula lah baring kiri kanan lah, terlentang lah. tah apa apa.

adik relax je. tu sebab abang najib jarang nk buli adik. bijak tak saya?? jinak jinak merpati gituwwww......

tapi kan....abang najib tu kadang kadang baik jugak. hari tu bila dia dapat tau cerita best, terus dia belanja ktorg makan ikan rebus. 6 ekor pulak tu. tapi si buruk lantak kaboy tu yg habiskan. eiiii geram jeeee......


okay adik nk sambung tido. malam nanti nk berjaga main laser dengan mak....

bye....!!

yg benar,
adik rain.

hai, rindu kami??

hello hello

hai saya rain. eh silap....saya mell. lama tak jumpa uolsssss....


ini kaboy gendut? kenal lagi?? mesti tak kenal kan sebab dia semakin gendut dan gendut dan gendut tali kecapi. perut pun goyang goyang bila berjalan.


bila berlari, lagi lah macam cap gajah duduk! http://www.smileycodes.info

tapi sekarang dah slim balik sebab kami semua aktif main laser. mak beli kt pasar malam tampin. so kami semua boleh exercise balik.


urm...cuba teka kami baring kt mana sekarang ni???

mestilah kt bilik mak & abg najib....bukan selalu dapat peluang macam ni....

yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeehaaaaaaaaa [mengeliat puas puas sebelum kena halau tido luar]
http://www.smileycodes.info

Thursday, November 10, 2011

hampir accident

hello hello

korang ada tengok tak video kt youtube yg kt jalan lepas traffic light, pastu tetiba ada ah so tiba tiba muncul naik motor. bila kita belek belek video tu, still confuse datang dari mana ah so tu. theeee...seram.

actually, benda ni jadi kt ktorg malam td. tp bukan ng ah so tu lah. ni dengan pakcik melayu. takdelah seram mana, cuma takut dan bersyukur sangat takde apa yg jadi kt ktorg anak beranak.

kisahnya, mlm td ktorg g tengok kerete. ehem, future car ku...wakakka. dah setel tp rushing nk balik sebab nak pergi kedai bata lagi cari sandal aku. suami aku pun keluarlah simpang jalan tu. yang aku pulak sibuk cari nama kawan kt hp sampai tak dan nk pakai seat belt. selalu aku memang akan pakai even tak jauh mana destinasi tu.

tengah kusyuk kusyuk belek hp, pastu suami aku brek mengejut. aku dah kedepan. * sapa suruh tak pakai seat belt kan...
aku dah jerit ''sayang!!!''. tp tak lah melolong lolong kan jerit tu. jerit jerit manja je.

ya Allah, hampir nk belanggar kereta ktorg, tp alhamdulillah, tak kena pun. masing masing brek pick up kan....=)

agaknya kalau betul terlanggar tu, memang kepala aku dah terhantuk kt dashboard. dan...tak taulah apa jadi kalau betul betul terjadi....kereta tu pulak memang kt side aku...ishhh ngeri lah kalau nk bayangkan.

bila aku tengok org sebelah, dia pun terkejut. pulak tu, masing masing senyap. maksud aku, dua dua takde nk horn bagai.

suami aku dah fikir salah dia ke keluar. tp rasanya yakin takde kereta masa nk keluar tu. ke dia lupa nk bagi signal so kereta lagi satu tu ingat ktorg nk terus @ ke arah lain.

tp aku rasa, dua dua driver pun terfikir salah siapa dan di mana silapnya. tu sebab dua dua tak berani hon. ceee kalau suami aku memang nampak ada kereta kt sebelah sana, dan tiba tiba dia pulak nk masuk lane, mesti kena horn panjanglah. same goes to another driver, mesti dia pun tak nampak kan. so dia takdelah nk horn kami....ish.......

lepas je kejadian tu, masing masing blur. aku terus masukkan hp dalam beg, pastu diam. nasib baik tak demam terkejut kan.

so lepas tu, aku selalu ingatkan suami, yakin betul betul nk keluar simpang. cecey memandai je aku kan nk lawan pakar bawak kereta berapa tahun dari aku. haha.

alhamdulillah, kami selamat........


Thursday, November 3, 2011

5 months! alhamdulillah! great!

hello hello


alhamdulillah.......................................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................................................
...............................................................................................................................................................................................................


uuuu, panjang alhamdulillah aku...besar maknanya tu... =)


terima kasih suami.....

Friday, October 28, 2011

alasan gemuk lepas kahwin.

hello hello

wahaha. buat entry ni untuk diri sendiri sebenarnya. bukan alasan sesiapa, tp alasan aku.

sedih ke gemuk lepas kahwin? sedih kot.

tp impian untuk menjadi kurus sekali seumur yakni semasa berkahwin telah berjaya dan berjaya juga membuatkan bakal cucu cicit pun berkata ''nanny cantiklah dulu time kahwin, nanny slim macam model''.
* ada hati nk suruh cucu panggil nanny. hak tuih.

''tapi kenapa sekarang nanny gemuk??????''

ni semua atok kau punya pasal......

''pasal apa?''

1. suami suka suruh isteri makan, walaupun lewat malam.
contoh: balik rumah malam malam, suami suka singgah mamak depan rumah. apa ketagih singgah situ tak taulah even pernah dulu di akhir tegukan teh tarik, terjumpa rambut ah senang cite bulu kerinting. tapi tak trauma pun, malah tetapkan teruskan tradisi minum situ malam malam. lepas tu, isteri pun order dengan air liur je. ''nak tosei 2 keping''. haha. tak agak agak nk 2 keping dengan alasan, ''i tak lunch tadi''. iyolah.
dan selamatlah 2 keping itu dikerjakan isteri.

2. suami suka makan lambat lambat, tp isteri makan cepat.
contoh: isteri memang amik nasi sikit je. tp disebabkan dulu pernah kena tegur dengan mak, selagi orang orang yg kita hormat tak bangun dari duduk, jangan bangun. buat buat makan. sama jugak kalau kita belajar...................apa tah yg protocol di meja makan tu. masa kt uitm dulu belajar. so suami memang mengunyah 44 kali. tapi nasi isteri dah habis. makanya, kenalah isteri buat buat bangun tambah nasi...........eh??? kena tambah nasi ke, bukan teman duduk je ke? hahahahah. lantas itulah alasan kedua saya.

3. lepas makan je, baring.
contoh: nk contoh mende, lepas makan baring konon konon nk bermanja lah dengan suami. kata pengantin baru yawwww....dah tu je contoh no. 3.

4. mak mertua masak sedap.
eh takdelah salahkan mertua kan. bersyukur apa dpt makan sedap....nyum nyum. so no. 4 adalah kesalahan sendiri jugak sebab mencedok kuah masak lemak banyak sangat. dah cedok kuah, mestilah kena habiskan kuah tu kan. slurrrppppp....tambah nasi lagi. alahai....sedap pulak ingatkan masak lemak ibu mertua ku...

5. bila dah kahwin, rutin harian berubah.
contoh: dulu masa bujang, bangun pagi dah pukul 11. makan breakfast. itulah breakfast, itulah lunch, itulah tea time, itulah dinner, itulah supper. wahhh hebat bukan??? sekali makan sehari. tapi dah kahwin tak boleh buat rutin macam tu. perut suami kena jaga. so alasan no. 5 ni, nk salahkan siapa??? hahahahha.

6. aim untuk kurus demi cantik di hari perkahwinan.
yelah, dulu berpuasa, berlapar perut untuk apa???? KAHWIN cikgu!!!
dulu pakai girdle untuk apa???? KAHWIN cikgu.....!!
sekarang?????????????????????????????? NEHI cikgu............................!!
senang bukan alasan no. 6.

7. malas jogging.
alasan: takut tiba tiba ganggu ''bendasing''. faham tak??? lagipun suami tak galakkan jogging. padahal dia dah offer nk kasut jogging baru tak??? tak galakkan ke, (isi tempat kosong). =P

8. ''eh aku jalan apa lebih 30 minit sehari''
ah memang lah jalan lebih 30 minit sehari, tp lepas makan kau membongkang macam alasan no. 3 tu. so no point kalau kau berjalan melainkan menyihatkan jantung je.

9. selera bukan bukan sekarang.
contoh: tiba tiba dah kahwin, aku suka makan lambchop pulak. boleh pulak tengah tengah malam ajak suami pergi windmill makan lambchop. so...salah isterikah????

10. budak office kuat makan!
wakakakakakkakakakakkakaka....mampuih aku dikerjakan budak office kalau dorang tau ni...........pagi petang mulut tak henti henti. eh takkan aku nk pandang je kan. mestilah dorang atau aku hulurkan sekeping dua kuih masuk mulut aku ni.


okay tu je. diterima tak alasan ni????


okay diet.

Tuesday, October 25, 2011

doa

hello hello

hal hal mengandung ni kan, hal yg kita tak tau. Allah je tau kan. ada yg dpt tau yg diri tu hamil tu, awal. senang sekali. ada pulak sampai berbulan bulan baru tau yg dia hamil. betul tak tipu. pernah jadi masa aku kerja kt kl dulu. ex bos aku punya wife. dah 7 bulan baru dia sedar yg dia mengandung. sebenarnya, puan ni pun dah tua. anak sulung dah 24 tahun, yg bongsu masa tu, maybe darjah 4. mmg tak sangka akan mengandung lagi di waktu senja.. rezeki kan. dia ingat perut dia yg besar tu, memang sebab dia dah tua. almaklumlah. rupanya, mengandung. terkejut betul bos aku tu. haha.

okay back to story yg aku nk kongsikan.

sejak dari kesilapan keputusan yg aku pernah uji dulu, takde hatilah aku nk buat lagi kan. aku biarkan je keadaan tu berjalan seperti biasa. Allah nk bagi rezeki, kami terima. belum lagi, pun kami terima. sebab kami suka 'honeymoon' lagi. =) * i love my husband.

macam contoh aku kuat makan, kuat marah, cepat penat, emo tak tentu pasal. ramai cakap konon-konon dah lekat. at the same time, perut aku dah cramp seumpama nk period dah. dan due pun hampir tiba. * period aku regular

okay kalau google, cramp kt perut tu pun satu symptom pregnant. dan kalau period pun sampai, ia adalah symptom jugak dengan sedikit minor bleeding. haha. byk sgt symptom ni...

in fact, kawan suami aku, period tiap tiap bulan. sekali check, pregnant 3 bulan. maknanya, period dia tak miss!!!

subhanallah, kuasa Allah. kita tak tau rahsia tu.

selalu aku cakap dengan kawan kawan aku, dah nak period ni sakit perut. so mereka pun cakap, takpe, sesetengah kes akan sakit jugak perut. so pergilah beli tester.

tapi, takpelah. tak payahlah bazir bazir beli alat ujian kehamilan tu. nanti negatif, membazir kan. walaupun hati meronta ronta nk buat. yelah, yg bagi nasihat tu, semua senior yg berpengalaman. mesti terdetik ''betul gak'' dalam hati.

jadinya, kalau betul sudah ada tapi aku belum menyedari lagi atau lambat sedar, aku selalu berdoa:

rumah aku, rumah flat 4 tingkat. rumah aku yg ke3. jadi, aku selalu berdoa agar keadaan rumah aku sekarang ni, tidaklah menjadi halangan dan dugaan untuk aku. tidak juga menjadi ancaman kepada ''anak yg dah ada tu''. faham tak maksud aku....
begitu juga dengan keadaan office aku. turun naik tangga tak reti perlahan!

orang baru pregnant adalah sangat fragile. bacalah blog-blog blogger yg pernah keguguran satu masa dulu, yg pernah admit hospital atas kefragilelan diri. ada sesetengah yg aku baca, langsung tak boleh berjalan sebab rahim terlalu lemah.

so aku yg aktif berjalan 20 minit pagi, 20 minit petang [nk ke bus stand tunggu kawan pick up], naik tangga hingga ke tingkat 3, aku selalu berdoa agar segala urusan aku dipermudahkan.

aku bersyukur, aku & keluarga aku dapat berlindung dari panas & hujan dalam rumah tu. rumah tu adalah rezeki kami menetap di sini. jadinya, aku tak mau rumah flat yg sederhana tu jadi ancaman pada kami sekeluarga. itu je yg kami mampu setakat ini.

satu lagi yg aku sentiasa berdoa ketika sujud terakhir aku....aku minta semoga kucing kucing yg aku bela ni tidak menjadi halangan untuk aku mengandung. banyak je orang cakap bela kucing melambatkan proses dapat anak. tp...ramai juga yg terbukti, kucing bukan faktor lambat hamil! kawan aku, ramai je kot bela kucing, beranak pinak.

tapi, aku tak boleh ambil mudah. aku tetap berdoa semoga kucing tu pembawa rezeki buat kami suami isteri, bukan halangan!

aku berdoa semoga urusan aku dipermudahkan. aku tak mau, aku menangis di kemudian hari atas kesilapan & kecuaian aku menjaga diri sendiri.

dalam masa yg sama, aku kena berhati-hatilah jugak kan. janganlah turun naik tangga ganas sangat. dah selalu kena tegur dengan kawan office, turun tangga tu slow-slow. tp bantai gak turun siap bunyi selipar. haha.

Monday, October 24, 2011

3rd honeymoon. yeay

hello hello

euwwwwwwwwwwwwwwwww....lamanya tak update blog...sian dia...

super busy menyiapkan guest list wedding anak MD, temankan datin ke sana sini cari apa yg patut. aaaa lemau tau. *well wedding planner tak berbayar. tp doakanlah dibayar ye. =)

minggu lepas FIL baru balik dari langkawi. satu malam tu, dia bersuara pada suami....

''pergilah bawak etty tu pergi jalan jalan. langkawi ke. murah dah sekarang. bla bla bla...''
*tak ingat dialog selanjutnya.


yeayyy honeymoon lagi.....


wahhhh terus seksited si isteri kan. FIL support suruh suami bawak isteri jalan jalan! eh support dengan kata kata je. hehe.

sekali tu, isteri pun cepat lah survey air asia kan. wahhh dapat g langkawi pun heaven okay. eleh cakap je lah tak pernah ke sana. tak payah heaven heaven. haha.

kami planned pergi bulan January 2012. harga time tu adalah rm63/person/one way. balik dan pergi harga yg sama. promo air asia.

tengok pulak kt MAS. tak mampu. rm124+.
firefly. pergi rm54 balik rm100+++. bye bye MAS & firefly. hai AA. haha.

check sekali hotel kt agoda. agak terkejut mula mula tengok awana porto malai berharga rm144 sahaja instead of rm740++. tp rupanya untuk bulan oktober. ceehhhhh. bila check date yg kami planned tu, lain pulak. baru sekali lagi nk goyang bontot duduk awana harga murah. maka tak jadi goyang bontot, goyang inul je. hahahaha.

so since tarikh yg kami planned adalah weekdays, jadi suami kata gamble je check in kt hotel area pantai chenang tu. baiklah. tp kalau kt agoda dpt murah, apa salahnya kan. hehe.

sekali itu juga, isteri yg penakut ni, google jugak senarai hotel yg scary marrryyy kt area langkawi tu. mana tau kan....

dan google blog yg pernah tulis pasal kereta sewa kt langkawi.

so far tarikh tu belum confirm lagi. nk kena check bila time aku uzur. oh berjalan jalan dikala uzur adalah tidak syok sebab leceh. ni dah dikira musafir kan. so boleh jamak. * eh kata honeymoon, mestilah kena cari tarikh sesuai. apa daaaaa

since adik suami yg study kt aussy tu nk balik cuti sem dalam bulan 11 ke jan2012, kena ambil kira juga faktor pemilihan tarikh honeymoon kami.
sebab dengar dengarnya adik ipar sorang lagi buat proposal berjalan jalan melihat alam. tp tu tak tau ke mana. ke langkawi bersama kami, tidaklah kot. minggu lepas FIL ke langkawi, minggu ni pulak MIL ke sana. bosan gamaknya nk ke langkawi sekali lagi. jadi kena pilih destinasi lain. cameron mungkin. haha.

so sekarang kena bincang lagi sekali. tujuan ke langkawi untuk honeymoon atau bercuti soping sakan. sebabnya...

kalau tujuan honeymoon semata mata - bawak duit sikit je, jangan membazir beli pinggan mangkuk correlle etc haha. tp spend lebih pada hotel yg syok syok stok tak mau keluar g mana mana. =P

kalau tujuan soping sakan - booking hotel cap ayam. macam ikut cakap orang orang tua ''ko ingat rumah ni macam hoteeeellllllllll???''. so tepat sekali. bilik adalah untuk tidur, tukar baju, mandi. selebihnya soping sampai bulan depannya bolehlah start ganti puasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails