:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, September 12, 2010

yeayyyyy...akhirnya.....

hello hello

mak etty jumpa jugak dengan sayang mak etty ni...seronok bukan main ye kau tty..

najib ajak pergi KL 30 ogos. wah wah esok tu anniversary ktorg. tp ilek pocik, tak dapat hadiah pun tau. sob sob sob. sebab beberapa hari sebelum tu, excited punya pasal terlepas cakap ''takpe..takde hadiah pun takpe. asalkan u dah bawak i pergi jumpa thaqif''

why etty, why u said that??????????????????????????????????

cecey, konon konon nk jadi kekasih yg mithali lah tu ye. tak mintak apa apa. cetttt!!!!
*ada ke perumpamaan kekasih mithali. pandai pandai je aku. korang jangan ikut...


okay okay. sambung cerita.

bergerak dari melaka dalam pukul 5+. sebab najib ambil aku dari office dulu, then balik rumah ambil segala beg. singgah rnr seremban, berbuka, solat maghrib.

najib tu, sabar je lah aku. dia suka paksa aku makan tau. kang aku gemuk, dia condem balik aku. cet. buka puasa dua org je, tp makan macam ramai.

ni ha....nampak macam sikit kan. tp bagi aku, tetap banyak. sebab bila time berbuka, aku memang makan sikit. dapat makan sesuap dua, pastu aku dah kenyang.

ni pun kena paksa habiskan. penat oiiii....

sampai kl dalam pukul 8++. seronok lah haiiii...jangan tanya. pandang je muka thaqif, kak ijan, annisa, seronok tu lain macam. walaupun selalu je video call dengan dorang, tp bila jumpa live ni. haishhh tak boleh nk cakap lah.

dah salam salam tu, terus dukung annisa. badan nisa dah tegap so senang kerja aku. ko ingat aku berani nk dukung baby??? hahaha. dukung anak kucing boleh, anak orang yg still fragile, aku tak berani. =P

thaqif macam blur lagi masa mula mula aku sampai tu. bila dah okay, menggedik lah dia kan. siap dia usap pipi aku cakap ''mak etty'' lembut je dia sebut tu. kak ijan cakap, dia rindu lah tu kot. hahahaha. kelakar lah thaqif ni..


sessi try pakai baju raya.

cerita baju raya ni - mak cakap, ko belikan lah kain. 1 meter cukuplah. nanti mak jahitkan baju untuk nisa. aku pun, okay! lama lama fikir tu, kan ada kain lebih baju aku. so baik buat sedondon. lagipun kain cotton kan. mesti nisa lagi selesa. dan akhirnya, mak berjaya siapkan. 2 pasang okay. sepasang warna pink, lebih baju cheyah. cotton gak. comel je baju tu.

hari tu dapat mms dari kak ijan. dalam gambar nampak nisa macam dah gemuk. so bila tengok baju tu, rasa macam tak percaya, boleh ke nisa pakai baju ni.
tp bila dah tengok dia, yaAllah, keciknya budak ni...in fact, baju menggelebeh. haha. kak ijan kata, nisa diet. kakakakakak. budak ni dah kurus balik.


thaqif ni manja sangat dengan uncle dia. dah tak heran kt mak etty dah. uncle pun layan lah...


suka nk usik telinga adik tau. mesti ada org ajar ni kan. adik baik. adik loves flash.


abang yang nakal, yg bijak, yg dah besar. cepatnya thaqif mak etty ni besar ye...tak sangka mak etty.



dia buli uncle habis habisan. nasib lah uncle kau tu larat nk angkat kamu thaqif...kalau dapat uncle yg keding...hai nasib lah!



uncle penat. ayah thaqif pergi kerja, kak ijan BF kan nisa, uncle baring jap. thaqif sedap melanding atas uncle. hai lah budak ni..


masa tengah sahur, budak budak ni bangun sekali. nisa ni baik lah. dia tak nangis pun.



abang tengah tintong. pastu sambung tidur. tu pun kena paksa. kalau tak dia nk ajak main. eh, org nk tido, dia ajak main pulak.


sambung tido. ingatkan nk bangun lambat lambat. tp thaqif dengki. dia kejut aku. terus hilang ngantuk. aaaaaa thaqif......................!!! geget kang...


hai selamat pagi cantik!!


dtg umah kak ijan, jangan harap kau nk tengok channel lain. kau akan menghadap cartoon 24hours. haha. kak ijan kata, dia dah hafal nama cartoon tu. bila aku tanya, kak ijan tengok tak drama ni, drama tu. semua dia tak tau. cartoon tau lah. cesss.

* sebak pulak tengok thaqif naik kereta tu. dulu masa belikan dia, kaki tak jejak pun. sekarang dah jejak. nampak sangat thaqif dah besar. mak etty rindulah thaqif masa baby dulu....



gambar sebelum aku gerak balik. tengah siap siap, thaqif masuk bilik. pastu dia tanya ''mak etty nk pergi mana?''
aku peluk dia, ''mak etty nk balik dah thaqif'' terus rasa urmmmmm sedihnya!!! bergenang je air mata masa ni. dalam hati doa najib sampai lambat.

gambar ni nampak sangat thaqif dah jadi anak bujang kan....

najib dah sampai, sengaja je aku melambatkan masa. ambil barang sikit sikit. so that aku boleh ulang alik rumah dan kereta banyak kali. aaaaaaa sedih kot masa ni.
najib siap tak mau jumpa thaqif sebab dia tak mau sedih.

bila dah settle angkat barang, siap siap nk salam pulak. najib ada bagi tabung bola maybank. so masa nk salam tu, thaqif ralat isi tabung. so dia macam tak endahkan aku. boleh?? sabar jelah.

dah salam salam, cium cium, turun tangga, air mata dah bergenang. terus tak mau pandang kak ijan dengan thaqif. bye bye, mata ke lain. sedih kot....

sampai je kereta, air mata merembes dengan cemerlang dan terbilang!!! yes lah aku menangis.

nangis betul betul, bukan main main ye. ni nangis stok putus cinta. siap najib cakap, eh nangis macam i tinggalkan u je ni apsal??
hhahahahahah.

betul kot. sedih sangat masa tu. yelah...siapa tak sedih kan. setahun duduk dengan kak ijan, dari thaqif baby, sampai dah berjalan. bau masam tak mandi, bau muntah, bau kencing, bau berak, bau bedak, bau losyen, bau minyak telon, dah sebati kot dengan aku.

sampai melaka, sms najib call najib cakap rindu rindu rindu thaqif.....sebelum tido, tengok gambar thaqif & nisa, tengok video. pastu nangis lagi sampai tertido....

sedih kan....

oh ye. balik tu singgah jj seremban. ada belikan thaqif t shirt. ingatkan nk post je. tp najib kata, raya kang kita pergi kl lagi. bagilah masa tu. tak payah post.

hahaha, cantik lah tu. boleh jumpa thaqif lagi....

thaqif sorry, mak etty tak sempat nk belikan thaqif baju raya. nisa je dapat. so next time lah ye mak etty belikan thaqif baju raya...

so tu je lah cerita jumpa budak lelaki kesayangan ni. ingatkan dah jumpa, hilang rindu, tp makin rindu pulak. hehe...

2 comments:

meowwmania said...

alolo...so suwitt la mak etty nih, macam da tak sabar je nak ada baby sendiri ehem ehemm..

e.t.t.y said...

aishhh..tak puas lagi nk bemesra dengan anak menakan sendiri. kang dah ada anak sendiri, lain rasanya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails