:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, November 14, 2010

my new nephew in the house.....!

hello hello

dob - 13nov 2010 [sat]
time - 755 pm
pob - hospital kuala lumpur
gender - boy
baby to - cheyah & abg syam
grandson to - waksal & wakbok


mak etty nk perkenalkan...anak menakan mak etty yg baru je lahir. mak etty so happy!!!!!! kalau kawan kawan mak etty tau, mak etty hanya menumpang kasih sayang kakak dan abang dari sepupu sepupu mak etty. mak etty takde kakak atau abang. tu pasal mak etty claimed anak dorang, anak menakan mak etty.

seronok rasanya dikurniakan sepupu sepupu yg best gilak!!!!


welcome to the world baby..........

baby tau tak, dah lama kami tunggu baby...akhirnya, baby selamat ke pangkuan kami semua. alhamdulillah....terima kasih ya Allah kerana kau kurniakan anak ini kepada cheyah & abg syam, juga pada waksal & wakbok. hanya kau sahaja yg tau betapa aku menyayangi mereka.
bahagia mereka, bahagia juga aku.......

mak etty doakan, baby jadi anak yg soleh pada mama & abah baby ye. jangan nakal nakal. nanti dah besar, boleh jadi ustaz. hehe.

baby besar sket, nanti mak etty datang tengok baby ye. sebab mama baby kerek tak mau balik berpantang kt melaka. nk ikut style arwah onyang lain [embah lain] konon. wek...

okay baby. mak etty will love u just like mak etty love thaqif, nysa, fawwaz, husna, aqil qayyum, caca, ayong, adik n the rest........


muah!!!!!!!!!!! * eeee tak sabar nk kiss baby....



aku cakap: tunggu baby jaja pulak. bulan 3 tahun depan insyaAllah.....

Thursday, November 11, 2010

sikit sikit, lama lama jadi bukit.

hello hello

mak etty's wishlist....since the boys sudah dineuter, lega sket dari segi perbelanjaan khas. so boleh beli lain sket sket. nk beli sekali banyak, gaji aku tak banyak. nasib...kedekut punya boss. haha..tetttt...

nov's salary - skin product. kena repair dari sekarang....any suggestion. hari tu kt blog sharz, dia try product vichy. tp kan aku dah bagitau korang, apa yg org lain pakai, aku tak boleh pakai. haha. gedik sket muka aku ni. tu yg tumbuh byk sgt jerawat tu. insyaAllah, nk repair dari sekarang!

dec's salary - nk cari vakum. rumah ni, segala sudut, setiap penjuru ada je bulu anak anak aku. pelik betul. bagilah makanan yg mahal mana [kecuali rc. tak mampu dek non!], bulu tetap tak jalan. tetap gugur tahap dewa. tension je. jgn tanya aku diaorang makan apa sekarang. aku bagi yg termampu je. so, beli vakum, hari hari vakum. dalam almari pun kena vakum sebab baju aku pun terjebak.

jan's salary - urm....rasanya nk beli kipas baru. kipas kaki tinggi ke. takpun, canggih sket kipas yg ada heater tu kan. apa ntah nama dia. tengok kt econsave, brand panasonic rm199. warna maroon limited edition. cam menarik tertarik. rumah aku sememangnya dah sejuk mejuk. rumah tinggi kan. so tak payah gedik nk pasang ekon.

feb's salary - nk cari cermin kerawang kerawang. warna putih. sebab tak mau pakai dressing table kt rumah ni. semak. nk buat konsep miniatur je. eh, dah bagitau ke kt korang. kalau lepas kawin aku berjodoh lama dengan company ni, ktorg bakal duduk jauh jauh tau. tak lah jauh sgt. macam sekarang je pun. sian aku kan....

atau...

nk cari almari besar.

march's salary - nk beli berbotol botol cat spray warna putih. disebabkan aku kn dok umah ni, so tak payah beli bedroom set baru. katil aku yg sekarang ni, okay lagi. tilam pun baru beli. so aku ingat, nk cat baru je. warna putih. so mission bulan march nanti, nk cat katil.

april's salary - nk beli cadar kawin. apa yg aku nk simple je. asal boleh pakai untuk hari tu, dah hari selepas tu. tiba tiba teringin english style punya comforter set. walaahhhhhh...vantage kah??

may --------------- > takde idea nk beli apa. hahahaha.


oh, kena simpan lebih lagi. nk beli cincin kahwin untuk najib, hantaran semua. argh, ni semua bikin stress....

haha pening peminat blog mak etty. sikit sikit stress. sejak nk kahwin, asyik lah stress. baik tak payah kawin kalau stress kan. haha.

eh, korang takde nk sponsor aku apa apa ke? kahkahkah...

sponsor lah op yg cantik cantik ke...hehe...* buat muka comel....comel sangat!

Monday, November 8, 2010

arghhh dah start tak boleh tidur...

hello hello

betul wey. tak perasan ke sekarang hari hari ada entry baru...wuuu, tu tandanya, aku takde tempat nk mengadu....haaaa, nk menangis.....!!!

tension sangat.....

nk bercerita dengan kawan office, macam tak best. nk bercerita dengan mak pun, macam segan segan alam. nk bercerita dengan kakak, takde kakak. nk bercerita dengan adik adik, jangan harap dorang nk layan kau. nk cerita dengan najib...hmmm faham faham sendiri sudaaaaa....faham tak perasaan tension tu camne...???

maka, blog ni je yg sudi menadah telinga.......


takde motif pun letak baju ni. cuma cantik.

banyak lagi tak setel. even benda benda penting pun, belum ambil pusing. patut sekarang, dah berbincang betul betul pasal date, budget. tp takde pun.

pastu, dah start tak boleh tidur, penat nk fikir macam macam tau....


tension.

faham tak?

tension tu kueh apa???

faham tak??

Sunday, November 7, 2010

cari mua, op...pening.

hello hello

peningnya nk cari photographer, make up, butik andaman.

nk cari yg harga okay, tak mahal sangat, tak murah sangat.

yg penting cantik.....................!!!

tapi semua tak kenan. camne???

adesssss...bila dah jumpa yg best, tarikh aku tu dah sold out....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......

kenapa melaka takde op yg bagus bagus?? harus ke aku import luar dari melaka semua tu??

eena, suggest kan kt aku salima utk mua. tak semua dia make up cantik. tp hari tu tengok blogger nawal kot, cantik gak. then cekidaut blog salima, omg 11june dah sold out gak. tak ke tekanan namanya tu....

rasanya, kena cepat cepat jumpa sanee bridal. kena buat appointment dan tengok apa yg dia boleh offer kt kami. then, once okay, terus book date. arghhh date tu ramai suka. camno??
sanee bridal, one the bridal boutique yg best kt melaka. yg boleh kasi harga menarik, dan boleh buat baju baru dengan harga menarik juga. eh, tu dengar dengar je, tak tau betul ke tak.
yelah kot, si sharina amik package dengan sanee bridal tu, siap dengan baju baru, tak silap aku, harganya rm1.5k je kot.

sanee bridal ni, kalau lah masuk aku hire dorang, dah 3 orang dah pakai service dorang. cheyah, jaja and insyaAllah, aku. tu yg aku nk tengok dulu tu. ehem, hari tu dah kenen kenen kt wife abg sanee tu. ada can tak rasanya?

yes. aku nk baju baru. tu pun kalau takde baju yg cantik. kalau ada, rembat je lah kan. tak payah buat baju baru kan. tp kalau boleh buat baju dengan harga yg menarik, tertarik, apa salahnya.

takde specific design pun utk baju pengantin. warna putih, cantik, tak seksi tp menarik..suda.

okay okay, kena suruh najib dtg melaka terjah sanee bridal ni. takut fully booked pulak nanti. kang aku nangessss....

op pulak. adoyai...lagi lah. aku rasa, email aku dah penuh quotation utk op je. daripada semahal mahal hinggalah ke semurah murah. semua aku hantar. bila ada blog, aku tengok. kalau outcome tak seperti yg aku nak, hmmmmm...fahamfaham sendiri.

hari tu, hantar quotation kt candidsyndrome. sekali pr dorang call aku pulak. bagitau yg dorang tengah buat promotion 30%. harga boleh lah tahan. tp bila bagitau najib, awal awal dah reject. haha.

then, lepas tu pr dari faizghazali pulak called. pun sama. bolehlah tahan....

tapi, pilihan utama aku tetap abg rudy. pun sama, aku customer ke3 kalau aku hire dia. asyik ketiga je kan. lepas tengok gambar kak zaimah, eton lah yg buat aku jatuh cinta dengan product rudy azwan ni. dia ni pun hot gak...silap silap slot date tu dah booking. menangis..

eh rumah kebaya punya promotion untuk staf gomen, ada lagi ke tak eh? cam menarik gak...aku suka baju glamsss glamssss ni...


aku senang je, sewa je baju pengantin. tak payah susah susah nk buat sendiri. sebab aku mengaku, badan aku cepat naik. aku ada firasat ke 10 menyatakan aku bakal gemuk lepas kahwin. hahahahahhahaha. so baik tak payah.
baju nikah boleh. tu pun buat baju kurung je kot. takpun kurung moden. tak pun jubah. ahhh banyak sangat pilihan.

okay...marilah tido. tinggalkan sekejap tekanan mencari yg terbaik....

goodnite....

Friday, November 5, 2010

mell....1 years old...

hello hello


mell is 1 years old girl now babeh.......

from the little girl, she turns to gemok girl now....haha.

i adopted her on 31 december 2009 and on that time, shes only 2 month years old super little kitten. so i assumed, she was born on october or november.

cepatnya masa berlalu. tak sedar, hampir setahun aku menjaga mellinda....

mell hadir tanpa aku jangka jangka...bila terdetik di hati nk ada kucing, kucingnya tak kunjung tiba. bila hampir tidak terdetik, datang pulak mell. masa tu menggagau nk cari barang barang. ive spend almost rm300 for her. haha. masa tu, mell lah segala-galanya. thats why, sampai la ni, aku manjakan mell. sebab dia yg pertama. tp, semua aku sayang.

mell ingatkan aku pada kucing yg aku bela kt kampung dulu. nama dia citom. saiz badan [sekarang], ekor, jenis bulu, suara, perangai...sebijik!! selalu aku ckp,mell adalah klon citom. Allah gantikan aku dengan mell untuk ubat rindu aku pada citom. pindah melaka, aku terpaksa tinggalkan citom kt kampung. balik sesekali, adalah jumpa. citom banyak babies, tp semua babies jenis takutkan manusia. tp bila balik lagi sekali, citom dah takde....sedihnya kerana tinggalkan dia dulu...

alfatihah untuk citom, cimot, kecik, nicky, boboy, sammuel, ella dan semua kucing yg pernah mummy bela....


31 disember 2009.

balik melaka, seperti biasa naik bas delima. turun bas, singgah petshop depan rumah beli segala kelengkapan untuk mell. nama pun dah diset masa tu. mellinda! sebab aku suka gila cerita ghost whisperer. mellinda gordon.

barang barang yg dibeli...cage, carrier, pasir, susu, iams for kitten, bla bla bla....

sampai rumah, nadiah tunjukkan aku mana satu mell. masa tu mell kt rumah mak long lagi, dlm cage. [cage yg aku pinjam dari maklong masa adik & ahboy balik dari vet.]
masa tu tak nampak jelas rupa mell camne. nebes!!! =)

bila turun rumah maklong, tengok mell utk kali pertama, jatuh centa....dengan bulu dia yg lembut, fuhhhh....petang tu jugak bawak naik atas. haha. exited gila.

jam, minit yg pertama mell jejakkan kaki dalam rumah kami. welcome mell!! u re now part of our family....


malam pertama mell sebagai anak mummy. baik je tidur dlm cage eh.





lebih kurang je saiz. sekarang ni dah berkali ganda dengan remote tu. haha. rantai pun sama. bukan main besar lagi, sekarang nampak halus je kt leher dia... =)


cuba kalau sekarang try duduk camni lagi, mau terkepit tak bley bernafas. hahaha.


dari kecil, sampai dah besar....memang port tidur. atas meja.



mell kt kampung baru..

agaknya, orang orang kampung baru rindu kt mell tak? hehe


demi mell, aku laburkan duit lagi beli jaring ni. kalau tak, sure dia bosan asyik main dalam rumah je.


mell's new playground. suka dia dapat main kt balkoni. rumah aku dulu, tingkat 7. kalau jatuh, meroyan tak rasanya??


mell oh mell...


rantai ni, aku beli sebelum aku ditakdirkan menjaga mell. beberapa bulan awal lah kiranya. aku simpan. sampai sekarang mell pakai lagi. sayang nk ganti yg lain sebab dah terbiasa dengan bunyi locengnya. dah buruk dah pun. sian mell.


segala toys dia, aku belikan. murah ke mahal ke, semua untuk mell. tp yg untung adik adik dia. dapat juga rasa mainan mell. hehe.


mell's first vaccination. dari kecil sampai sekarang, memang suka tidur atas jeans masam aku. hahahahaha. bau mak ye?


alo lo looo...melted.


super cute kan...


mell sudah aku spay kan march lepas. tindakan yg aku rasa bijak, bernas dan betul bagi aku. mell terus membesar bagai johan, sihat, manja. [entry spaying mell kt sini]

mell dulu ganas kot masa kecik kecik. asyik nk menggigit je....lepas spay tu yg jadi manja. tp tak manja sangat lah. emo jugak pompuan tu...


lepas dapat adik, slow down sket perangai ganas dia tu. terus okay. agaknya dulu rasa tak best takde kawan. stress. so once dah ada teman, seronok lah dia kan. memang mell happy masa tu.


omg. nampak dah besar masa ni....favourite spot, atas tingkap.



fav pose.


lagi???


dan gaya tidur yang konon konon comellah tu??


suka sangat kt cicak. handal tangkap cicak, but at last, serahkan cicak tu pada adik @ ahboy. tukang tangkap je dia ni.

lepas tu bijak. bila mak cakap ''cicak cicak'' terus pandang atas syiling. kalau takde [faham dia dah kena wakenabeb], buat muka emo. haha.


kalau suh buat muka, memang terbaik dia ni...


hai lah anak dara ni....tak boleh nk kata apa dah. memang camni lah kekdahnya...


look at my tummy...sexy isnt???


dia selalu pandai nk buat muka depan camera. menyampah tau....!


huh....


mell, biarpun ramai yg menyusul selepas awak kt family ni, awak tetap mummy sayang. mummy gembira ada anak macam awak. rasanya, benda yg paling berharga pernah mummy dapat, is you!


happy birthday mell. semoga mell panjang umur, sihat selalu dan tak banyak ragam.

i will alwayssssss love u, mellinda....


-mummy-

Wednesday, November 3, 2010

saya nk bagi telur pada tetamu saya.

hello hello


jangan pening pening nk bagi apa masa kenduri nanti. telur tetap berada di tangga teratas. lupakan sejenak sepotong kek, cupcake, biskut dan lain lain. aku tetap mahu kan telur. insyaAllah.....

simbolik org dulu dulu, telur melambangkan kesuburan. mana tahu....kan? insyaAllah.

dari ayer keroh, singgah ke cowboy. kt cowboy ni memang penuh dengan barang barang perkahwinan. murah murah lah jugak compared dengan tempat lain. tp nk bandingkan dengan chow kit, nilai 3, ayer hitam....jangan tanya aku lah. aku tak tahu. aku cuma bandingkan dengan kedai kedai yg jual bahan bahan pengantin je.

tengok eh, apa yg aku rasa sesuai dan murah. tengok je dulu, beli kendian hari...


50 pcs - RM40 [39.90]

sangat sangat cantik. saiz pun sedang sedang je nk isi telur.


contoh yg aku dapat dari littlephia [credited to her]. cantik bila diikat dengan organza ribbon. cuma kt cowboy, aku tak jumpa warna gold. ada silver je.


50 pcs - RM40 [39.90]

pun sesuai nk letak telur. urm, mungkin ada idea lain nk letak apa kt dalam tu kan. idea aku, nk tambah sikit bunga @ ribbon kt atas tu.


benda ni cantik gila. cik linda [jiran aku] cakap benda ni exotic. memang pun. beli camni, letak telur, ikat je ng ribbon kan. harga??? aku rasa murah kot.

50 pcs - rm30 [29.90]

murah kan. plus dapat bakul yg cantik. kalau pandai anyam, boleh cont anyam. tapi, kalau biar camtu pun, menarik gak.


since belum decide apa apa lagi, aku pending kan dulu. nanti bila dah dapat detail, benda 3 ni akan ku fikirkan apa nk buat..hehe....


aku...instead of bagi favor yg merepek repek like sapu tangan yg tak serap air, sudu garfu yg kecik barbie je boleh pakai, baik bagi makanan. orang pun suka kan. plan aku nk bagi apa?? tunggu......my plan is, sesuatu yg aku hasilkan dari tangan aku. orang pun suka sebab sedap.

dah sudah. alhamdulillah.....

hello hello


sekarang ni, takde benda lain [selain hal kahwin] yg buat aku lega dan gembira 500%!!

anak anak teruna sudah kuhilangkan terunanya. muahhahahahahahahah....

ohhh mummy tidak kejam, mummy mahu jaga kesihatan, emosi, fizikal, populasi kamu berdua dengan sebaik baiknya. sian mummy tengok, dua dua stess, sampai bulu tak henti henti nk gugur ke medan perang. tak dapat awek, stress lah ye? sampai bergaduh adik beradik....ish ish...not good.

lepas ni, boleh main macam selalu ye. jangan gaduh gaduh lagi tau...

so tarikh 1.11.2010, akan aku ingat selalu....


muka si jantan yg masih lagi terunanya belum diragut.


''muka camni sikit punya macho pun takde ke awek yg nk mummy?????''


akhirnya...petang menjelma tiba. jantung aku ni...uhai jangan cakap....takut, seriau, gabra, semua ada. terima kasih banyak banyak pada kak tedi. banyak bagi nasihat, tunjuk ajar, pedoman, langkah bijak dan macam macam lagi. pagi selasa dia sms aku tanya camne budak budak dah sedar ke belum. sebab hampir ke 24 jam ahboy, adik berpuasa.

aku ikut nasihat kak tedi. tunggu bius dah hilang 100% baru bagi makan, minum.

infact, ahboy terjaga dan berjalan malam tu. tp jatuh jatuh sebab bius ada lagi. waktu tu aku tanya kak tedi, boleh ke bagi makan, ahboy dah terjaga tp jalan tak betul.

kak tedi said....''no....tunggu betul betul sedar''

okay...adik menurut perintah kak....hehe.


sampai je rumah. tengah tunggu mak bawak balik cage pinjam dari maklong. adik dah selamat masuk cage. kaboy tunggu dulu ye kaboy...cage tu besar, boleh golek golek dalam tu kaboy....


okay, dah dapat tempat yg selesa utk both my boys. kesan bius yg sangat kuat. aku budget pukul 8 masing masing dah sedar, dah boleh makan. tp tak.

adik bangun, jalan nonong nonong pergi toilet. kencing. good boy lah. tengah mamai boleh ingat mana tempat dia kan. tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula.......hahhaahah

kaboy bangun, minum. lepas tu nampak cam stim je, aku masukkan balik dalam cage. dorang sambung tidur.

malam tu, dorang tidur dalam cage. tanpa makan.

esok pagi, adik dah keluar. ahboy pun sama. pandai ko dia keluar sendiri dari cage tu.

nampak sangat lapar. yelah 24jam tak makan.

ikut lagi cakap kak tedi. bagi wetfood. bagilah. makan bertambah tambah. memang kelaparan...mell pun gedik. mentang mentang kelmarin dia ikut berpuasa. hahaha.


dah makan, semua baring keliling aku. sambung tidur...yaAllah mell, awak memang suka tidur camtu kan???

rasanya kesan bius tu buat dorang tintong kan. tengok lah. sebelum ni mana pernah sekatil si adik & kaboy. ni okay lah. mell dok tengah tengah kan.


kt hall, penuh dengan barang dorang je. cage pinjam dari maklong akan dipulangkan segera. carrier coklat, carrier baru. cik pija, i beli kt jusco. rm63.


mamat yg semalam, masih teruna, tp harini, sudah tiada teruna lagi. dah baik nampaknya. dah boleh grooming....


si mell anak dara yg kak nam! sebok nk masuk dalam carrier baru. padahal cuba kalau masuk betul betul bawak naik kereta, mulut dia paling bising....


disebabkan malas nk lipat simpan cage banyak kali, sebab ada besi yg dah patah sebab asyik pulas pulas je...bawak masuk dalam bilik. alas dengan tilam tu. so sapa sapa yg temankan mummy tidur, boleh tidur dalam tu dengan selesa. kesian kadang kadang adik @ ahboy tidur atas lantai je.


okay...nampaknya tu jelah cerita sunat menyunat anak anak mummy. mummy takde petua nk bagi lagi. tp mummy rajin letak minyak gamat. tu je.

okay, see you next entry. daaaa darlings....



aku cakap: bila tengok adik macam tu, fobia betul aku...takut benda lama berulang lagi.....nasib baik, syukur kedua duanya selamat.....terima kasih Allah...

Tuesday, November 2, 2010

my wedding ring.

hello hello


apalah ertinya menaip entry tanpa gambar kan. lemau je rasanya. who should i blame? memory card?? dia mana mengerti apa apa. kerana dia adalah memory card. haha.

marilah kita bercerita tentang cincin lagi. kerana aku begitu poyo sms dengan najib tanya ''mana cincin i? i rindu lah''

tidak kah kamu jelak mendengarnya?? hahaha. maafkan diri yg sedang darah manis ni.

wek wek wek. sendiri taip, sendiri geli...

semua gambar credited to habib jewels's facebook. terima kasih kerana wujudnya fb hj, boleh buat entry. hehe.

[esok nk repair hp. nasib baik warranty card dah jumpa. kalau tak, masak aku]


jumaat lepas, ternampak benda ni kt atas meja budak office. excitednya aku. yelah. jualan gudang, lepas tu tengok macam murah murah je kan lepas diskaun. wah...teruja habis. terus sms najib ''minggu ni ada jualan gudang habib jewels kt mydi mitc. kita pergi nak?''

najib pun kata, kalau takde apa apa, kita pergi lah tengok tengok.

see, niat di hati mau tengok tengok je. sekali sudah terbeli lah....

tips: kalau nk tengok, jangan gatal tangan menerai. kalau nk sangat, buatlah sekali je. tak payah nk try semua yg ada. jangan jadi macam aku. cincin rm24k, rm11k, aku dah pakai. ko pernah??? hahaha. bukan apa, penat SA tu terang macam macam, keluarkan itu ini, sekali ko tak beli, takke kecik hati dia. lagi lagi orang melayu. so nk tak nak, kena jaga hati orang, supaya orang pun jaga hati kita. beli lah. ingat tu...

nasib baik yg aku pilih tu cantik. memang suka. kalau beli dalam keterpaksaan, menangis di kemudian hari pun tarak guna jugak kan.

aku ni spesis jakun kot. yelah. mana pernah nk pergi test mengetest sebelum ni. orang kata, survey. aku kata beli terus. kan.............gitu lah alkisahnya, kenapa aku beli cincin kahwin awal. oi, cincin kahwin okay. cincin merisik belum lagi. dan cincin tunang takde sebab aku tak bertunang. advance tak???


sebelum ni memang dah pilih. cincin mahu white gold. sebab aku suka.

dan aku pelik pada sesetengah pendapat, white gold takde harga kalau nk jual balik. apa ke ngok nya korang yg fikir camtu? cincin kawin, perlu ke gadai???? adeh lah. nama pun cincin kawin kan. by hook or by crook, cincin kawin tak boleh digadai.

tp bagus gak kalau pendapat tu boleh dipakai. kalau beli cincin white gold, isteri isteri yg dapat suami kaki kikis, penjudi, minum arak selamat lah dari dikikis kan. at least cincin tu tak hilang. sebab takde value kan. buat apa jantan jantan ni nk amik cincin tu. haaaa, kebaikan jugak ye. faham tak ayat aku ni???
cincin ni memang cantik. aku dah try dah. malangnya, tiada saiz yg betul betul sedap. seingat aku, ni cincin saiz 13 atau 12. muat memanglah muat. tp muat habis. tak selesa. geram tak kalau dah jumpa yg cantik, tp tak muat. hai lah jari. kenapa gemuk sangat. ke jari 14 ni jari favourite?? sebab kebanyakan yg habis, saiz 14. kira jari ni, jari yg hot lah kan? haha.

ni pun sama. aishhhhh....geram betul..bila rasa give up tak jumpa yg sesuai dengan saiz jari, rasa bersalah pulak nk keluar dari hj tu. terpaksa lah tambah focus. pandang kot kot ada yg berkenan.

najib pulak kata, kalau boleh ambil yg 1 batu besar. tp yg tinggal batu kecik kecik. aku cakap macam cincin mainan. kalau batu besar, yg rm24k & rm11k tu lah.

at last, terjumpalah cincin yg saiz aku. white gold + yellow gold. cantik pada mata aku, pada mata mak aku. oh ye mak aku ikut jugak. tp dia tak pilihkan. dia tak kose nk temankan aku berjam jam. lainlah kalau dia pun dapat barang sebentuk cincin kan. ahhahahahahaha.

cincin tu najib dah bawak balik. bila parents dia tengok, pun parents dia tanya kenapa tak beli yg 1 batu? hahaha. alasan aku senang je, cincin yg tinggal,semua macam cincin tikam 50sen. daripada nk kejar cantik, last last orang kata tu cincin murah. baik beli yg banyak batu, tp memang mahal kan. ntahlah. tu pendapat aku.

kt fb hj, takde gambar cincin aku tuh. kalau ada, dah letak dah.

harga sebenar??? urm rm3k lebih. tp bila ada diskaun, turun gila gila, dan jimat gila gila. best gila gila....

merasa lah aku nk pakai cincin hj kan.

masa dah bayar tu, najib kata dia nk belikan sekali earrings. tp bila tengok, alahai...kocik yo. pastu 1k lebih. serius, kecik gila dan tak berbaloi. aku bgitau, instead of bagi earrings, baik bagi rantai. 1k dah dapat, even halus, tp yellow gold. bolehlah dari si kecik subang tu kan. dia kata, nanti dia fikirkan.

ala, cincin tu dah okay yang. i tak mintak apa apa pun lagi. tp kalau nk kasi lebih, gelang pun takpe. hahahahaha.

pastu, buat malu aku je najib ni. dia ingat, masa nk sarungkan cincin nikah tu, mak dia yg akan sarungkan. sabar jelah. tu masa tunang. masa nikah, pengantin lelaki lah yg sarungkan kan? hehe. tu lah, kot ye pun tak nak beradat sangat, ingatlah sikit sikit basic adat orang melayu.
* perli ni... =P

tp...pengalaman cari cincin kahwin ni....sweet sangat sangat. tak dapat dilupakan. sebelum ni, memang najib pernah bagi aku cincin, dan kami pergi sama sama. tp tu lain lah.....kali ni, rasa best gila.

sampai rumah, sms dari najib....''bila dah beli cincin, rasa tak sabar nk bernikah pulak rasanya''

hahahahhahhahahahah. dua dua dah kemaruk dah.....


padahal, tarikh pun belum confirm lagi. camno tu??????

kalau apa apa jadi, cincin takde value nk jual dah. ahahahhahahahahhahahaha.


LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII......


aku cakap: plan nk ukir nama kami, tp lupa...............! adoyai. satu abjab rm8 ye kt hj....

Monday, November 1, 2010

kt rumah.cuti tanpa gaji.

hello hello

mummy berdua kt rumah ni dengan kamell. eh kamell tu mellinda lah. si mell. mummy kn suka tukar tukar nama.

ingat tak, dulu amell, adik, ahboy.

sekarang, kamell, kadik, kaboy. hahaha. kena standardize kan panggilan tu. senang nk sebut.
lepas ni, tak tahu camne pulak pangkal nama tu.

tadi kt vet ingatkan nk tunggu. tp ramai pulak patient yg nk masuk jawi...hehe. tak jadilah tunggu. lagipun, td mummy byk membebel tanya mcm2 kt vet, takut terganggu pulak proses nk memotong. tu lah, mummy suka sangat makan bontot ayam. banyak na tanya nya. haha.

balik rumah, kesian kt kamell. boring dia dok sekor sekor. selalunya adik adik dia ada. dia pelik kot. dah lah dia pun terjebak sama kena puasa dari malam tadi. lepas tu, pagi td mummy bagi dia makan, sekali kaboy pulak sebok. so mummy ambil makanan tu letak atas peti ais. bila mummy nk keluar, mummy lupa turunkan makanan tu. hailahhhh....

since carrier ada satu je, balik dari vet, mummy g jusco. beli carrier baru, yg lebih besar. mummy beli brand dog it with rm62. murah ke mahal eh? mummy fikir fikir, yg besar tu, boleh masuk 2 ekor. maybe kamell dgn kaboy, so adik conquer sorang sorang. kan. senang camtu kalau nk kemana mana.

balik dari vet pukul 1130, mummy balik rumah lepas pergi jusco pukul 12. cepat betul. mummy mmg plan nk beli carrier je.

withdraw duit, duit tinggal sikit. mummy lupa bulan ni raya haji. mesti nk pakai duit utk sambut raya kan. then mummy & daddy plan nk balik kampung, bincang ng wak pasal kahwin. cukup ke balance duit mummy yg kt dlm bank tu?? macam tak je. mummy dah risau. petang kang, mummy bgtau daddy, kita balik kg bulan 12 je lah eh.

tunggu bas, mummy doa dengan Allah supaya sentiasa murahkan rezeki mummy dan anak anak. semoga bila mummy jaga kucing terbiar mcm kadik, kaboy, jaga mereka sampai dua tu jadi sihat, gemok, terbela, rezeki mummy melimpah ruah. at least, makan minum mummy, mak, anak anak tak terputus. amin......tu je yg mummy mintak.

dan juga, semoga niat mummy dan daddy nk berubah, nk berumahtangga ni, Allah restui dengan limpahkan sekaya kaya nikmatNya, memurahkan lagi rezeki kami berdua.


mummy lovessssssssssssss kamell, kadik, kaboy......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails