sekarang ni, takde benda lain [selain hal kahwin] yg buat aku lega dan gembira 500%!!
anak anak teruna sudah kuhilangkan terunanya. muahhahahahahahahah....
ohhh mummy tidak kejam, mummy mahu jaga kesihatan, emosi, fizikal, populasi kamu berdua dengan sebaik baiknya. sian mummy tengok, dua dua stess, sampai bulu tak henti henti nk gugur ke medan perang. tak dapat awek, stress lah ye? sampai bergaduh adik beradik....ish ish...not good.
lepas ni, boleh main macam selalu ye. jangan gaduh gaduh lagi tau...
so tarikh 1.11.2010, akan aku ingat selalu....


akhirnya...petang menjelma tiba. jantung aku ni...uhai jangan cakap....takut, seriau, gabra, semua ada. terima kasih banyak banyak pada kak tedi. banyak bagi nasihat, tunjuk ajar, pedoman, langkah bijak dan macam macam lagi. pagi selasa dia sms aku tanya camne budak budak dah sedar ke belum. sebab hampir ke 24 jam ahboy, adik berpuasa.
aku ikut nasihat kak tedi. tunggu bius dah hilang 100% baru bagi makan, minum.
infact, ahboy terjaga dan berjalan malam tu. tp jatuh jatuh sebab bius ada lagi. waktu tu aku tanya kak tedi, boleh ke bagi makan, ahboy dah terjaga tp jalan tak betul.
kak tedi said....''no....tunggu betul betul sedar''
okay...adik menurut perintah kak....hehe.


adik bangun, jalan nonong nonong pergi toilet. kencing. good boy lah. tengah mamai boleh ingat mana tempat dia kan. tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula.......hahhaahah
kaboy bangun, minum. lepas tu nampak cam stim je, aku masukkan balik dalam cage. dorang sambung tidur.
malam tu, dorang tidur dalam cage. tanpa makan.
esok pagi, adik dah keluar. ahboy pun sama. pandai ko dia keluar sendiri dari cage tu.
nampak sangat lapar. yelah 24jam tak makan.
ikut lagi cakap kak tedi. bagi wetfood. bagilah. makan bertambah tambah. memang kelaparan...mell pun gedik. mentang mentang kelmarin dia ikut berpuasa. hahaha.

rasanya kesan bius tu buat dorang tintong kan. tengok lah. sebelum ni mana pernah sekatil si adik & kaboy. ni okay lah. mell dok tengah tengah kan.




okay...nampaknya tu jelah cerita sunat menyunat anak anak mummy. mummy takde petua nk bagi lagi. tp mummy rajin letak minyak gamat. tu je.
okay, see you next entry. daaaa darlings....
aku cakap: bila tengok adik macam tu, fobia betul aku...takut benda lama berulang lagi.....nasib baik, syukur kedua duanya selamat.....terima kasih Allah...
2 comments:
alhamdulillah dah selamat....senang dah kan
pasni makin sihat lah bebudak tu dan bertambah manja
yg betina tu tak spaykan ke mak etty?
aunty mm - si kamell tu dah lama dah spay kan. dari dok kt kl lagi..tu yg gemok tu...
Post a Comment