:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, May 11, 2010

tak minat menjahit, tp pasal nk vogue, kena minat juga.

hello hello

lagi 3 minggu ni nak siapkan jahitan manik kt baju kurung warna turqoise ni. ntah dapat siap ntah tak.. tawakal je lah.

baju ni akan dipakai masa kenduri jaja nanti. oleh kerana tema pengantin warna turqoise, kami 3 beradik dengan si mak buyung cheyah, kena pakai baju ni berjemaah. mak dah siap jahit kan, tinggal nk jahit sembat dengan buat mata lalat dekat leher.


mak cukup pantang kalau jahit kt pelipat tu silang pangkah. dari dulu memang mak menyembat je. lagipun memang nampak kemas.

masa nk pergi kenduri huda kt kota tinggi dulu, baju aku tak siap disembat lagi. aku cakap kt mak, alah silang pangkah je.
hoh, terus mak marah aku. siap keluarkan fakta ''kalau orang johor nk cari menantu, dia tengok jahitan sembat ni lah''
oh baru aku tau. tp takpelah, bakal mertua i bukan org johor, tp negeri 9. harap tak cerewet sangat.

ini memang aku nk jahit sendiri. kain tu plain je, kalau tak tambah beads, memang tak naik serilah aku. ah, aku memang sentiasa nk cari jalan lebih menyerlah dari pengantin. haha.

nampak tak sembat tu. aku yg jahit sendiri sebab nk cepat start jahit beads.

beads tu adalah hasil 2 jam. takat tu je. adoyai, bila lah nk siap ni....


nasib baik ada peneman. orang suruh teman, dia bantai tidur pulak. hai lah anak bujang ni..


aku cakap1: teringin sangat nk pakai tudung indon tu, tp macam tak kena dengan muka.

aku cakap2: selendang pink, sudah dibeli untuk dipakai dengan baju ni nanti.


bubye pengantin~to~be - take care!

entry birthday lambat? etty buang tebiat apa.

hello hello


betul tak betul tak tajuk atas tu? betul kan? kalau tahun tahun lepas, sibuklah aku mencanang seluruh alam birthday tak lama lagi, siap buat time ticker tak menahan. haha. pastu, tahun ni wah senyap terus mak noks. ada buat ala ala time ticker jugak, tp buang. haha budget howt lah tu. * seligi sikit.


terima kasih banyak banyak pada siapa yg wish tu eh. [che yah, kak ijan, suraya sadeli, edy, mak teh, dina, ijah, syukri, juan, azidah, ekin taib, asmida, eena, kak hana, ayu, arni, kak sara, yana, siti magenta, era & linda ex lhag, izwan awang, emmy wahida junior convent, shelli, ella ex roomate uitm, anja, kak nana ex roomate part 2, intan, sheeda, asz, yatie, nana, edrus, khai]

tahun ni kurang sikit dari segi wish. alangkah aku rindu zaman belajar dulu esp kt uitm. berkodi kodi wish masuk dalam hp 2100 aku dulu. nk buang sayang, alih alih aku salin balik dalam buku azimat aku tu siapa yg wish, jam berapa dorang wish. haha, ah aku ni memang touching orangnya. tak payah heran!
zaman uitm, aku suka curi hp kawan kawan, set sendiri date birthday aku. dorang bukan tau pun. tau tau, tepat 10 may 12.00 mlm, alarm dorang bunyi dan memaksa dorang untuk text aku happy birthday. ayat tak boleh blah ''siot kau set alarm kt hp aku, apa2 happy bday ty'' hahaha.

dan dorang suka mengungkit. ''aku ingat lagi ty, ko selalu set date bday ko kan kt hp aku'' hehe
tu zaman belajar.

dah masuk zaman kerja, kawan kawan tak ingat lagi dah sebab masing masing dah tukar hp. dorang tak macam aku yg akan salin balik bday kawan kawan masuk dlm hp baru. aku memang semangat kawan sikit. tp wish nya tak. haha.

lepas tu dulu, mesti nk tengok sapa jadi pengucap pertama dan pengucap terakhir. tp selalunya by lah jd orang pertama walaupun dia yg kedua. yg pertama selalunya kawan kawan yg ucap jam 1159. by tak puas hati dia nk jugak jadi yg pertama. haaaa ambek ambek.

tapi tahun ni, dia wish aku pada jam 1220. cisss. siap aku yg tanya dia tu, ''tak nak wish bday kt i ke?'' sedih tau.
tepat jam 12, aku sibuk menggentel karipap nk bawak ke gerai esoknya.

ntahlah, tak tau lah apa perasaan sebenar dah menginjak ke 25 tahun ni. rasa matang tu, ye kot. tp rasa matang tu dah datang sejak masuk 20an. start tu rasa macam alaaaa dah 20an..terus perangai pun auto berubah matang sikit. sikit jelah.

target aku kahwin 25 ni tak tau lah tercapai ke tak. oh ye tu angan angan sejak kecik lagi. kalau sembang dengan kawan kawan, mesti adalah terselit ayat ''awak, kita nanti nk kahwin umur 25 tahun tauuuu''
apa reason 25 tahun aku pun tak tau laaah.
umur 25 tengah masak ranum kot. hahaahahhahahah *poyo

hadiah birthday?

nk kena share ke???

okay okaylah aku share jugak. tp kang mesti ada cakap belakang. eh, hari tu gaduh beria, beria nangis. dah baik ke???
haha, if u do know us well, cenggini lah gayanya.
bak kata kawan kawan aku ''kalau etty ng bobo gaduh sampai putus, alah tu biasa je. kalau etty atau bobo anta kad kahwin tp nama pasangan tu bukan yg sepatutnya, tu baru luar biasa!''
haaa tengok, kawan kawan siap buat quote of the day lagi tau. hampeh tul.

so pasni, tak payahlah nk risau sangat. aku gaduh ke tak gaduh ke sama je. so sementara tengah berjodoh ni, kami tetap berdua. tp kalau tak kahwin tu, nama nya bukan lah jodoh kami ye idak.




yeay, dapat hadiah ni....suka suka suka. hp nokia apa ntah slide. warna merah sama dengan by.
actually, hadiah ni bukanlah suprise pun. aku dah tau dah pun.
yg kitaorg g low yat sebelum gaduh tu, cari ni lah. at first aku nk cari sony sebab percaya gambar sony lagi malatopssss kan. aku memang nk cari hp yg berfungsi camera. sebab aku malas nk bawak camera tu, malas nk charge battery lah bagai.
tp tak jumpa sony. ada yg aku suka tu, sony elm, tp takde camera depan which is, takkan nk video call guna camera belakang kan.
by kata, kalau tak jumpa gak, beli je hp macam i nak tu.
okay, finally, beli lah sama sama. warna pun sama. merah!
sebab warna lain macam tak best. pink cantik gak, tp aku dah pernah ada hp pink dulu tp hp tu hilang kt sogo!
ala, main reason kiranya aku nk warna sama lah senang!



ni pulak, hadiah dari jaja. sepupu aku. buku ni best gila. macam macam ilmu ada. tp biasalah, nk mengkhatamkan buku ni aku kena tabah dan yakin. kalau novel pelik kenapa tak mengantuk. hahahahahahahha *bengong

jaja - aku macam sedih lah kau nk kahwin dah....

baca baca baca.


gi beli buku ni cepat!!


okay tu je. celebration biasa biasa je. tu next enty lah ye.


okay, happy belated birthday etty. masih lagi nk sweet 17!!!!!!!


bubye pengantin~to~be - take care!

Saturday, May 8, 2010

hampir dirogol malam tadi.

hello hello


malam tadi, tengah demam demam aku gagahkan juga lah badan nk keluar temankan yaya pergi pantai. nk hilangkan tension lah kononnya. yang aku pulak, nk sedapkan badan. duduk kt rumah baring baring tak syok jugak. cehhh.
destinasi, pantai puteri dekat dengan tanjung keling.

hanya melepak tepi pantai, duduk atas pasir sambil melayan cendawan goreng, air jambu batu + kelapa dan rojak buah. kata gedik santai kan.

sembang punya sembang sampai yaya touching bila part aku bercerita sungguh2 pasal entry aku tentang kekejaman manusia pada haiwan [kucing] lately ni.

kemudian, ada segerombolan mat rempit datang. risau gak. tp sebelah kami ada tembok yg ramai family duduk kt situ. okay selamat.
mat mat tu nyanyi sambil petik gitar kapok. sedap jugak suara vocalist utama dia. cam noh hujan pun ada rupa dia. sambil sambil tu, pasang telinga dengar dorang bersembang. ish bukan nk tau sembang pasal apa, nk tau orang mana.
sekali dengar indon.....terus cam ??? alamak! aku anti org indon bukan lagu indon.
tapi sedap pulak tang nyanyi lagu situasi bunkface tu.
eh org indon ni, asal nk nyanyi lagu pakwe aku lak ney??? hangen jap.
dengar lagi, ooooo sabahan rupanya.

makin lama makin ramai, dan nyanyi ntah apa apa. kami pun dah rasa tak secure, blah lah. masa nk blah tu, dengar dorang jerit jerit ''kami seksi kami seksi''
apahal kau. bangga sangat ke jadi seksi. tp tak pandang pun.
makin galak pulak dorang gelak gelak jerit cakap seksi tu.

dah masuk dalam kereta, bila yaya pasang lampu kereta je nahhh amik kau. masing masing naked okay. eh tak lah naked, cuma pakai spentot je. pastu budget hot ke ntah, pakai spentot color putih. siap macam syial je buat gaya lucah. pehhhh adakah kitaorang berambus tepat pada masanya???? siyes kau, rasa macam bersyukur cepat bertindak.
ni tak lain tak bukan mesti sabah kafir ni. kalau islam, takkan nk pakai spentot je kan. at least boxer kotak kotak.

masa tengah dengar dengar dorang nyanyi tu, aku siap bagi yaya berfikir
''ko bayangkan kalau kita kena rogol ramai ramai dengan dorang. camne?"'
''eh mulut kau cam celaka lah pompuan''
''hahaha, aku suruh ko bayangkan je. dah jom blah!''

yelah, lelaki kan. pakai tudung labuh ke baju kurung ke, kalau dah nafsu mencanak canak tu, tak boleh control. haha. sorry lah wahai readers lelaki ku. tp bukan aku maksudkan semua orang lah [ada juga yg baik sekarang ni]
ini lagilah kalau dalam group yg ramai. wah berpesta lah kan.

tinggggg terus teringat, dulu masa kt uitm, kawan aku izan pernah cerita yg dia sambut merdeka kt dataran merdeka. oh ni satu hal pulak. bukan salah lelaki semata. perempuan tu ngang sangat.
orang lain tengah countdown merdeka, 2 ekor setan ni tengah buat project lahanat pulak kt tengah tengah dataran tu. perempuan tu pakai tudung labuh, dia siap bukak tudung jadikan alas. boleh???

at first aku macam tak percaya, tp bila bagitau by pasal tu, dia pun mengiyakan. dia kata dah common sangat benda tu kalau ada function besar besar ni. dah tak heran.
padanlah dia tak mau bawak aku sambut ambang merdeka ke apa kt dataran merdeka @ klcc.
kalau datang sekumpulan lelaki dan sekumpulan perempuan, perempuan kena kepung, kena raba ke apa. even kalau datang dengan pakwe. pakwe kena belasah, awek pun kena belasah.

eiiiii tragis tak benda tu??? adakah kl sekejam itu???

oo tu kt kl lah. tempat lain aku tak tau.

bila terkena kt diri sendiri malam tadi walaupun ntah ntah dorang takde nafsu pun nk usik kami, tiba tiba rasa macam takut jugaklah nk lepak kt pantai lagi.
pasni jangan gatal gatal nk lepak malam malam.

serius ooooo. takut bila masing masing buat parti bogel nk terjun laut. hohhhhh.


aku cakap1: kalau pakwe kt sebelah pun, kadang kadang rasa tak selamat. dunia dunia..



bubye pengantin~to~be - take care!

bongkar rahsia.

hello hello



apa ni???

sampai terkoyak koyak. huh, mentang mentang malas nk lipat masuk dlm beg, ada jugak orang nk ceroboh eh. tapi tak nampak muka. ?????











ehhhhh?

laaaa, ni lah penceroboh tu eh. kurang asam betul!







eh, ada lagi makhluk asing ke???

cess, baik punya komplot nampak?



huh, aku kesabaran!





bubye pengantin~to~be - take care!

my sleeping partners.

hello hello


rasanya dah banyak kali aku cerita yg rumah ni kecik je, tapi anak anak selalu hilangkan diri sampai aku tak tau nk cari kt mana. mentang mentang badan flexi, senang nk menyorok kt tempat tempat yg memang susah aku nk masuk atau cari.

lepas tu masing masing booo layan dia aku panggil. kan kucing kalau dipanggil camne eh...ala yg macam miauuu...cot cot cot. eh apa bunyi aku buat ni??? ala macam bunyi panggil kucing tu lah. haaa, pandai pun.
dorang tak layan okay. lagi lah kalau time dorang tidur, tp dah sampai time aku nk bagi dorang makan, haram nk datang. budget macam RAJA & PERMAISURI KUCING yang aku kena sembahkan dan mencemar duli bawak bekas makan kt tempat dorang tidur. boleh???

tapiiiiiiiiiiii, kalau bab tidur bersama, memang bertiga. kalau dah tidur berdua, pastu sekor lagi terjumpa port berdua, dia pun landing terus jadi tidur berjemaah bertiga. kalau bertiga tu, selalu tempat yg senang nampak.

tapi si mell kan, tak boleh org kacau dia tidur. even kalau aku tidur sebelah dia, cepat je dia calooo, cari port lain. sob sob sob sedih aku. org nk bermanja, dia lari. spesis apa aku tak tau lah kucing ni. =)


mell memang suka buat aksi akrobatik. ingatkan kalau sukma melaka ni ada kategori kucing, aku dah masukkan dah. meliuk liuk lentok badan dia haaa.


haaa, ni port tidur berjemaah bertiga. kt bilik ampai baju @ stor. tengok adik..
tak payah lah geli kalau datang rumah aku nk makan eh. tudung saji tu dah tak pakai dah pun. hik hik hik


bakul ni memang mak reserve untuk dorang tidur dan lepak lepak.

alamak, pembaca lelaki...alah, macam tak biasa pulak tengok plastik biru tu kan??? ampun, tak sempat nk crop.

bakul tu ada 2 je. nasib baik tak 3, kalau tak sorang satu dapat bakul tidur.


caya tak cakap aku mell boleh menang gimrama??? bakul yg kecik tu dia boleh nk lentok lentok. memang muat badan dia pun.


jadi, jangan expect aku nk belikan bed, bakul yg ropol ropol tu untuk dorang. haram dorang nk guna. dorang lagi suka kot tidur merata rata. bagus lah dorang ni. memahami!

fuuuuuuhhh, lega! kalau jenis yg memilih nk tidur atas kain sedap sedap, kopak kot aku. hehe.


aku cakap1: kalau aku beli, silap silap aku yg tidur kt bed tu. tu pun muat sebelah kaki je. ahaks


bubye pengantin~to~be - take care!

Friday, May 7, 2010

tau je macam mana nk pikat hati aku.

hello hello


budak budak macam tau aku sakit dan melepet kt bilik je. aku dengar mak marah sebab main apa ntah kt bilik air. bila aku tengok, ada habuk atas lantai. ni mesti kes gigit pintu kayu yg reput tu. macam biasa lah, mell buat muka tak bersalah. haha.

berjam aku dalam bilik, dengar lah dorang lari lari, gigit gigit, jeritan mintak tolong jangan gigit. tapi aku diam je tak keluar pun.

sekali, aku bangun nampak mainan dorang penuh atas katil.

ni mesti kes nk aku main sekali dengan dorang ni. dah penuh dengan toys dah. gonggong lah tu.

aish, sweet tak?????


bubye pengantin~to~be - take care!

surat untuk mell, adik & boboy

hello hello


anak anak,

mummy mintak maaf sebab macam abaikan kamu semua sehari dua ni. agaknya kamu semua perasan yg mummy kurang sihat dan kurang gembira.
bila mummy menangis, mesti kamu semua datang, jilat air mata ''maria'' yg masin ni. lagi lagi si mell, pandangan mata kamu yg sayu, bertambah lagi sayu hati mummy.

bukan mummy sengaja tak mau cium kamu semua, tp mummy nk bagitau, mummy takde deria bau dah. FYI, mummy cium kamu semua sebab mummy nk bau kamu semua. walaupun kamu semua tak mandi, berak kencing tak cebok, tp mummy suka bau kamu semua. sekor sekor bau yg lain.
so since mummy kehilangan deria bau buat seketika ni, mummy tak mau lah cium sebab tak dapat pun nk bau. plus nanti bertambah teruk demam mummy, maka bertambah lamalah mummy tak belai belai kamu semua.

anak anak,

kamu semua lah yg selalu buat mummy gembira walaupun sebenarnya hati mummy berduka. kamu semua ni, haiwan yg takde akal tp rupanya hati dan perasaan kamu semua lagi alert dari manusia. mummy gembira dapat anak anak macam kamu semua.
dalam keadaan demam dan badan tak sedap ni, kalau tengok kelakuan kamu semua, terus rasa bertenaga balik. terus rasa gembira dan hilang semua kegusaran hati.
terima kasih sebab datang dalam hidup mummy.

anak anak,

mummy tak sihat ni, please lah behave sikit ye. janganlah rosakkan barang, bunga nenek. mummy tak larat nk kejar, nk jentik telinga kamu semua. nk angkat jari pun tak larat tau.

anak anak,

pasal litter box kamu semua, pun mummy nk mintak maaf sebab lambat bersihkan. setakat mana yg mampu mummy buat, akan mummy usahakan ye anak anak.
cuma janganlah kerap sangat berak, simpanlah dalam perut dan badan. biar gemuk.

anak anak,

mummy mintak maaf sebab tak mampu nk bagi kesempurnaan pada kamu semua lagi terutama pada mell dan adik. dulu makan makanan yg mahal mahal, tp sekarang tak lagi. sampai gugur bulu sebab makan yg murah. takpelah, mummy tak kisah pun melaburkan duit. asalkan kamu semua sihat. mummy janji, lepas mummy sihat ni, sanggup mummy tunggu bas town lembap nk mampus tu, pergi mydin cari pro diet. sementara ni, makanlah dulu smart heart tu ye. mummy janji, itu adalah smart heart yg terakhir okay. pasni, no more smart heart.
tp mummy perasan, smart heart tu buat kamu semua makin cerdik pulak. ada je akal kamu semua yg buat mummy tersenyum kan.
tp tu lah, bulu pulak gugur.


anak anak,

tu jelah kot. mummy nk rehat. kepala tengah serabut. jaga diri baik baik tau masa mummy tengah tidur ni. jangan kacau nenek nk jahit baju. jangan panjat tingkap. agak agak lapar kang, gigit lah kaki, kejutkan mummy.

jangan lupa doakan mummy cepat sembuh. pastu kita boleh main buih lagi.

okay, calooooooooo.


bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, May 6, 2010

sorrylah, hati tengah kacau. entry pun jiwa jiwa sikit.

hello hello


tengah sembahyang maghrib, si adik kacau. gigit telekung sampai hampir tercabut telekung. tahiyaat terakhir. tak kusyuk. tapi teruskan juga.

geram.

sesudah salam, terus aku pukul kepalanya cakap kenapa kacau. dia terus lari. sakit hati aku!

lipat telekung terus baring, tarik nafas dalam dalam.

terdengar bunyi loceng. aku tau siapa sebab sekor sekor ada bunyi yg berlainan.

dia datang, cium hidung aku yg tengah berhingus masin. dan terus cium telinga aku, hembuskan nafas...tapi geli sebab dia macam hembuskan nafas dia dalam telinga.

tiba tiba teringat, orang yg buat aku sakit hati selama ni selalu buat macam tu bila nk pujuk aku.

adik datang pujuk lepas dia kacau aku sembahyang...tapi dia?????

sekian.


bubye pengantin~to~be - take care!

ini baru diary alam maya nama dia. [part 2]

hello hello

* menangis lah jika kau rasa tenang. jika kau perlukan tempat bergantung, bahu ku ada...


MENANGIS SEMALAM

Kau sempat ucapkan pisah saat kuberanjak pergi
Tapi perasaanku tak berpaling darimu

Kau ucapkan jangan pergi saat kudatang kembali
Tapi luka ini t’lah membeku tak mencair

Tahukah kamu semalam tadi
Aku menangis mengingatmu mengenangmu
Mungkin hatiku terluka dalam
Atau selalu terukirkan kenangan kita

Kau telah hadirkan dia untuk menggantikan aku
Tanpa kau sadari aku takkan pernah terganti

Kau ingin tinggalkan dia dan menyandingku kembali
Ini takkan adil untukku ataupun dirinya



sempat jugak dia cakap semalam masa nk tolong angkat barang tp aku hampir terajang perut dia.

etty - dah lah, apsal nk tolong tolong ni. pergi balik. i boleh buat sendiri. pergilah berambus!!!!!!!
dia - i tak mau u jatuh sakit.
etty - ah pergi lah. balik lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!


memang aku jatuh sakit. dah lama aku tak demam, harini aku flat habis.



bubye pengantin~to~be - take care!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails