:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, July 24, 2011

wedding review :: wedding rings

hello hello

entry lepas :: hunting at habib



okay, ring for groom, selamat dibeli seminggu sebelum bernikah. lagi nk dekat nikah, lagi kerap kitaorang berjumpa. ada je lah hal nya. kau jangan tak tau, sehari sebelum pun jumpa gak untuk rehearsal reception tampin. sungguh tak ikut nasihat orang tua. tp nk buat camne kan......bukan saja saja nk berjumpa, ada hal nya.

cincin untuk najib, ktorang beli kat kedai crystal, jusco baru melaka. since ada discount 50%, grab je. and not bad, cantik cincin tu dengan warna blue topaz. service pun best. SA sangat peramah.

* in fact lepas kahwin pun, pergi repair sebab crystal tu macam longgar. service FOC!

cuma kt kedai ni, takde engrave service. sedih kt situuuuuu.....




cincin aku pulak, kt atas tu ada entry lepas pasal beli cincin ni kt habib. beli pun sempena pesta habib. ada 50% jugak.

cincin aku ni, white gold. tp salut emas kuning sikit. so tak nampak macam white gold pun. aku memang suka white gold. =)







tu je. bye....... =P




review :: inai (henna di melaka)

hello hello

kalau korang ikut blog aku dari dulu, mesti tau aku nk inai daun kan. cecey konon banned inai tube.

sekali.....aku terpaksa mengalah dengan inai tube.....

sebab takut tak merah kalau pakai inai daun. lepas tu, malam sebelum bernikah tu, waksal, cheyah semua suruh pakai inai tube je. confirm confirm merah. haha. baiklah.

aaaaaaaaaaaaa....aku sangat bertuah okay. kawan office aku adalah pelukis henna......

maka, kak azie datang ke rumah dan pakaikan inai. in fact dia ada bawak sekali inai daun yg dah siap. tp aku insisted nk pakai tube.


bila dah kering, terus jadi warna purple inai tu. scary......haha....


bila dah siap, merah menyala kau.......


tips: letak selotep molek molek supaya tak comot. kalau pakai inai tube, sila gunakan berus lukis. so nanti dia akan rata elok kt kulit kita. untuk kaki, sila beli yg untuk padicure tu. ala yg getah untuk kembangkan jari kaki tu. kt watson, guardian ada jual.


esoknya, sangat malu nk pergi merata sebab inai pekat. so orang tau kita nk kawin. auwwww.........

dan yaya kawan baik, dengan baik hati tolong aku alter sikit inai tu. kasi tambah umpppppphhhh........



tak merasa aku berinai guna daun inai yg kena pakai malam malam, esok pagi baru basuh tu. sob sob sob.....


hasilnya.......................................................!!!!

super gojes color....!!!

ah tidak, itu cincin risik yg hilang tu....arhhhhhhhhhgggggg......


oh okay. bride to be negeri melaka boleh booking kak azie utk lorekan inai yg menawan lagi gojes itu. dont worry, aku kasi link facebook dan blog kak azie. sila sebut nama aku 3x untuk dapatkan diskaun maha best!!





ingat.....seru namaku 3x...............!! hahahahahaha.....


oh ya, groom tak pakai inai sebab dia tak mau pakai. lagipun sebelum kahwin, aku dah tau hukum lelaki pakai inai, so aku tak paksa.


review :: cheque mas kahwin

hello hello



FYI, mas kahwin negeri melaka kalau tak silap aku hanyalah RM40.

tapi pendapat aku, apa lah yg boleh kita beli dengan RM40 tu kan. hantaran yg ribu ribu untuk kegunaan kenduri, tak salah kalau bagi lebih sikit pada pengantin perempuan untuk mas kahwin.

najib bagi aku mas kahwin sejumlah...........yg boleh aku tukarkan dengan gelang emas. tp emas skrg dah mahal, so tambah lagi duit sikit. alhamdulillah. lagipun mak kata aku ni tak pernah beremas. so aku demand dari segi mas kahwin. sebab belanja kahwin, aku tak demand. najib nk bagi berapa, aku terima.

najib tak bagi cash. dia buat cheque.

prosedur buat cheque tu, najib kata:

1. pergi bank dan isi borang nk buat draft cheque * kalau tak silap aku nama cheque tu.

2. pergi kaunter dan tunggu siap cheque tu.

3. cash bagi masa kt kaunter


dan najib tempah sekali frame yg elok nk letak cheque tu.


sebelum akad nikah, tok imam and the gangs nk tengok cheque tu.


sebelum salam suami, tok imam suh buat dialog. siyes dah lupa dialog tu. tp malu kot nk menyebut.....lantas tertawa bersama di atas pelamin. hahahahah...* booo...



terima kasih suamiku..............................................................



Saturday, July 23, 2011

live in ward

hello hello

siapa yg tak sedih wok bila suami warded?? tp nasib baik lah masih boleh bercakap, boleh bernafas macam biasa, masih boleh berjalan. kalau tak, ish ish ish....sedih aku kan.....

alhamdulillah, disebabkan najib amik insurans, makanya ke mahkota medical centre lah dia.

urm not bad. kami makan banyak! yes kami...hahahahha..makanan sedap sedap....

so, sila beli insurance sekarang!!! silap silap warded je boleh dapat rm300 sehari. ngeh ngeh ngeh.

aku pun aktifkan balik insurance aku. sebab hari tu tak bayar so terminate. hihi



macam pass masuk genting theme park je. hahaha...



susah hati bila nyawaku sakit.....



harini weols lunch chicken grill wokkkkkk.....aaaaaaaaaaaaahhh nk lagi pehlissss.....


doa kan yg baik baik utk suamiku. amin...


thanks korang yg tau cerita ni!!! love u.....


Thursday, July 21, 2011

wedding review :: perkara yg tiada / tak best ketika itu

hello hello


overall, aku suka wedding aku. sangat menyukainya to the max!! nyum nyum...

tp tak semua majlis tu sempurna kan. mesti ada sikit yg buat rasa tak best. nk kata cacat cela, tak lah cacat sangat. kalau jadi yg tak best pun, still boleh enjoy.

------------------------------------------

lets start with malam nikah.


1. planning - canopy takde scallop bagai. so aku planned nk letak ballon as a prop. ah mesti cun gila. aku pernah ternampak kt google map, tapi bila aku search lagi sekali, ilek pocik. lepas tu aku malas dah nk fikir keyword apa masa nk google tu. so lantaklah, aku ingat ingat lupa je bentuk dia camne.
so aku dah siap beli pam belon kt daiso, belon yg banyak gila warna putih. konon nk buat merah putih, tp tak jumpa belon merah. so, pakai putih je. belon beli kt souvenir shop, tesco melaka.

actual - belon tak sempat nk tiup sebab kekangan manpower. semua busy buat kerja lain.

perasaan - aku faham. takpe. lagipun, belon tu tak menghalang majlis nikah aku untuk menjadi grand dan meriah pun.

nasihat - agih tugas pada orang lain. jiran jiran mungkin....


2. planning - bergambar 1 family of kos!!!!

actual - takde pun............................... =(
tak tau mana silapnya. silap aku ke yg terlalu seronok lalu terlupa hal nan satu tu? silap family aku ke yg terlalu sibuk sampai terlupa nk tangkap gambar dengan pengantin? silap OP ke yg tak alert pasal ni? silap siapa?

aku pun tak tau nk buat alasan apa. tp memang family aku sibuk pun masa tu. sibuk dengan nk melayan tetamu, nk kemaskan meja tetamu.
tetamu yg datang dari keluarga sebelah, ramai. dekat 40 kereta. jadi aku faham yg keluarga aku amat sibuk ketika itu. sekali lagi, manpower menjadi masalah, kerana kami tak de penanggah, cuma berharap ehsan keluarga je.

aku sedih takde gambar selesai akad nikah dengan orang orang yg aku sayang. yg ada gambar dengan mak aku, mak mertua. padahal gambar dengan family in law ada sebab dorang dekat dekat situ je. so OP panggil terus snap! tp family aku kan sibuk masa tu. memang dorang takde kt sekeliling aku.

takde gambar dengan family kecil aku, takde gambar dengan family waksal, wak usin, waknor, thaqif & nysa, kak ijan, cheyah, jaja, abg anas semua semualah! sedih sampai sekarang!!

perasaan - kt atas aku dah cakap aku sedih gile!

nasihat - pesan dengan OP. dalam hal aku pun, aku tak puas hati sebab OP aku macam tak buat kerja dengan ikhlas. bila aku compare kan dengan majlis orang lain, OP dorang boleh je cakap ''haaaa, mana family pengantin?? tangkap gambar dulu ramai ramai say cheeseeeeeeeeeeeee''
* dialog diolah supaya penceritaan lebih umppphhhh...

tapi takde masa majlis aku.....habis je majlis, OP aku lenyap dibawa angin lalu....sekian.


tu je benda yg aku tak puas hati masa malam nikah. tp yg paling tak puas hati, pasal gambar tu lah......

--------------------------------------

reception.


1. planning - handbouquet. rasa tak best sebab aku insisted nk bunga saiz kecik. sebenarnya masa beli bunga, aku beli dalam 5 kuntum je. yaya kata biarlah banyak sikit. aku tak mau sebab nk kecik. tp bunga rose merah yg aku beli tu, cheyah terguna untuk sireh junjung. so bunga tu aku gantikan dengan bunga sireh junjung dari belah najib. okay takde issue pun sebab bunga belah najib pun 4 kuntum jugak. so takde issue bunga tak cukup ke even cheyah dah terpakai.

jadi, issue nya adalah, aku menyesal sebab plan nk bunga kecik! jadinya tak nampak outstanding tau tak....menyesal tak beli satu bungkus terus bunga kt florist tu. bukannya mahal. murah je kot.....!!

actual - tak outstanding.

perasaan - masa hari kejadian, takde pun rasa tak best. cuma bila tengok gambar je rasa tak best. tp best jugaklah sebab pengapit tersayang yg buatkan, iaitu yana. tp sian yana dia tak sempat nk tangkap gambar dengan benda tu semua.

nasihat - jangan ikut kepala sendiri. dengar nasihat kawan baik. haha. * sorry yaya....


2. planning - aku nk ada gambar dengan family aku sendiri. gambar kumpul ramai ramai, buat aksi yg spontan, comel comel.

actual - takde pun. OP aku tak kreatif. tu je boleh aku cakap.....takkan aku yg nk bagi direct atas pelamin????????????????????

kesimpulan - aku menyesal tak hire Op yg best gila. aku main cekup je. kesimpulannya, aku MENYESAL OP aku tak best.

nasihat - pilih OP yg best.....supaya tak menyesal macam aku.



3. planning - tangkap gambar dengan props guest book aku.

actual - nan ado. kan dah cakap, OP aku tak kreatif. padahal dia nampak kot benda tu. aaaaa gila tak suka...!

tapi salah aku jugak. aku terlupa.


4. tak sempat tangkap gambar dengan yana!!! tau tak kitaorang boleh menangis sebab last last fikir balik ''kenapa takde gambar kitaorang''. maksud aku gambar gedik gedik. gambar formal banyak jeee....aaaa yana, rindu kt koooo!!

---------------------------------


tu je lah.

yg lain, flew on track. seperti yg telah dirancang.


tapi apa pun, aku bersyukur juga yg lain adalah seperti yg dirancang. yelah, kalau baca blog b2b yg lain, banyak sangat cabaran yg dorang hadapi. itu ini. tp aku alhamdulillah, majlis aku berjalan lancar. yg terjadi ni pun, tak effect kelancaran majlis pun....

aku berterima kasih pada seluruh ahli keluarga yg membantu untuk kelancaran majlis aku....

keluarga mertua yg berkorban material untuk memeriahkan majlis reception.

yana & yaya.....the great buddy ever...........love u all......

mua asma....mestilah best review kasi kt dia kan....takde bad punyeeee......

saudara mara, sahabat handai yg datang memeriahkan majlis.....


terima kasih kepada yg bagi kami hadiah yg superb banyak.......raya jemput datang umah pakai pinggan, cawan, tea set, gelas baru ye....iron kami dah pakai, lampu tido dah pakai, pasu bunga belum lagi, oven tu gaya macam nk bisnes kuih raya, rice cooker boleh tanak nasi banyak banyak, periuk belanga boleh masak rendang. hahahahha....

suami sakit, isteri risau.

hello hello

semalam, kami ke seremban. aku ada ujian penilaian gomen. * tak mau cite pasal ujian tu, buat aku sakit hati je sebab lembab bab isu semasa malaysia! turutan agong pun failed!

bila nk balik tu, suami mengadu sakit belakang datang balik. lagi lagi lepas dia singgah surau solat maghrib. suami cakap, masa tengah amik wudu' tergeliat sampai berbunyi.

sampai lah malam mengadu sakit sakit, ish ish....sakit lah...sakit lah.....

aaaa kesian betul. sempat singgah mydin, beli 2 botol minyak panas cap patani.

malam tu, jadi embah ketari lah aku. ngeh ngeh ngeh.

la ni, suami dah ke mahkota hospital. nk check apa yang patut. hai lah......jgnlah apa apa buruk berlaku....

tu lah kan, muda muda dah sakit pinggang. sakit sekarang bukan kira tua muda.

baik lah korang minum susu ke, amik supplement ke untuk tubuh badan tu. badan nk pakai lama.......

berdebar debar aku tunggu keputusan doktor.......


yaAllah, kau lindungilah suamiku.......kurangkanlah kesakitannya yaAllah......permudahkan segala urusan kami......



update: suami ku warded..........khamis 21 julai 2011 4.45 pm......sob sob sob...

Monday, July 18, 2011

saya demam.

hello hello

saya demam...*wah, terus saya bila demam......

tiba tiba je kan badan semacam je dari jumaat lepas. selalu mesti ada seseorang yg akan transfer virus selsema pada saya. saya ni cepat berjangkit. sekali macam perasan, hari jumaat hari tu, semua kawan pejabat saya segar bugar. takde yg sakit.

kakak kesayangan saya kt office yg selalu nk buat kelakar ng saya ''ko ni dah lekat ni, cayalah cakap akak''

ah kak, aku lekatkan plaster kt kepala ko kang!! hahahahahahha....

tak habis habis lekat tau..* lekat tu peknen lah....

sebab dia kata dulu dia sebijik macam saya keadaannya....

- demam tiba tiba
- cepat penat
- makan bertambah tambah
- tiba tiba teringin makanan yg pelik pelik
- loya


tapi................semua tekaan salah.

alasan:

1. saya puas melantak durian hari hari, so demam!
2. asyik turun naik tangga, mana tak penat : tp memang ketara cepat semputtttttttttttttttttttttt......
3. adakah sebab dah lepas kahwin, tak payah diet, maka makan pun bertambah tambah. cara nk maintain adalah pakai korset balik
4. memang......selagi tak dapat, teringat ingat je....* sekarang mengidam gila makan kek orang kahwin
5. asal petang je, mulalah loya tekak. tp tak muntah lah....

see see takde yang meragukan pun kan. semua bersebab.....


maka anggapan saya mengandung, saya tolak ke tepi.


hari jumaat malam tu, lepas je tengok tahajud cinta bla bla bla, saya dah melepet atas sofa dengan suami. saya suruh dia pegang leher saya, rasa panas ke tak badan saya sebab saya dah rasa lain macam. okay panas, dia suruh saya makan ubat. tp saya lengahkan.

masa tido, dia tak mau pandang saya sebab dia kata nafas saya berbau panas. confirm demam!! suami paksa makan ubat, tp paksaan itu umpama angin lalu tiup sepoi sepoi bahasa. lalalalalalallalalalala......

esok pagi, masih bertenaga. mengenangkan nk pergi jasin tengok adik bongsu, tenaga je. tp dalam kereta melepet jugak. sroooooooooooootttt sreeeeeeeeeeeeetttttt....

suami pun dah berjangkit. eh bukan suami isteri namanya kalau tak berjangkit kan. ngeh ngeh ngeh....tp sebab badan dia kuat, maka sakitnya tak banyak.

dalam kereta dah kena bebel sebab tak makan ubat. baiklah.....saya beli panadol soluble.

malam ahad, ada baca yassin sempena nifsu syaaban. kami ke masjid baca yassin, kemudian ke rumah jiran ada kenduri tahlil. dapat makan beriani, terus baik. tp balik rumah nampak muka suami, terus sakit kepala balik. disebabkan tadi merajuk dengan suami, so ini adalah cara yg molek untuk menunjukkan cara yg saya tak merajuk lagi dengan dia. *alasan

saya pergi ke suami sambil bawa sebotol minyak cap kapak yg sekarang dah tak best! sambil tersenyum ''sayang, tolong urutkan kepala i. sakit kepala laaaaaaa''

terus duduk, dan memulakan operasi urut mengurut kepala.

ah legaaaaaaaa....lagi lagi tenaga urutan lelaki kan...peghhhhh, memang terbaik urutan kt kepala tu. segala penjuru kepala dia urut. terkeluar segala angin angin jahat kt kepala.
dia tarik tarik rambut saya kononnya nk keluarkan angin. ahhhhhhhhhhhhh sakit kot!
sampaikan suami kata, siap terkeluar kelemumur saya.
''eh tu bukan kelemumur lah, tu sel kulit kepala''
hahahahahhahahahahahahahahahahhahahahahahahahahahahaha


malam tu dah lega.............

hari ahad pula, tak tau lah mana salahnya.....* salahnya saya hanya makan panadol soluble semalam tu je. kakakakakakaka.

demam saya makin teruk!!!

suami kata makin panas badan saya. jadinya memang saya tak larat nk bangun....suami turun bawah buat kerja rumah, saya kt atas menahan sejuk padahal badan panas ni....

pukul 10 pagi, suami naik merungut kt bawah dia kena bebel dengan mak mertua, nenek mertua dan juga ayah mertua yg jauh di sabah. bebel sebab suami tak bawak saya ke klinik. padahal semua dah perasan saya teruk semalam. haahhahahahahahhahaha, kasihan suamiku. dia dah siap belah kelapa muda nk bagi airnya kt saya. tp wan kata tak boleh, nanti makan ubat, ubat tak jalan. wan suruh dia jeram badan saya.

naik atas, dia jeramkan badan saya. jeram tu adalah perlakuan mengelap badan sambil berselawat supaya badan saya sejuk sikit. alhamdulillah, okay dah badan tu. berkat air tangan suami.


bila dah turun je bawah semua suruh saya makan ubat, pergi klinik. paling tak tahan, wan lah. dalam oldschool oldschool dia, nasihat saya suruh pergi klinik lepas tu boleh dapat MC. kakakakakkkakaka, gua tak tahan beb!!! *eh tersasul pulak.

dan, hingga ke petang badan saya on off.

hinggalah ke harini....demam yg masih belum kebah tiba tiba merubah saya. hehe.....




tak tahan, semua ingat saya demam berisi. kakakakakakaka....beria lah suami kata dah buat test dah, negatif. hihi.

Friday, July 15, 2011

rainy day.

hello hello


sejuk................................................!!


hujan syok betul hujan ni.....bestnya jadi kucing, tido je kt rumah hujan hujan ni......

apalah dorang tengah buat sekarang ni eh. kt mana dorang tido eh.....

atas almari???
tak mungkin sebab situ sejuk, mesti gigil gigil nanti.

bawah sofa???
situ gelap, tp sejuk....

sofa baru???
tak boleh, nanti kena sebat. plastik belum tanggal lagi.

bilik aku???
tak mungkin, dah bertutup sepanjang masa je sekarang.


haaaaaaaaaaaaaaaa.....tingggggggggggggggg!!!

mesti kt rak baju bilik mak!!!!

aku dah agak dah. situ je tempat yg panas dan baek punya!

hai lah miau...rindu kt korang sekarang ni....



ini mamell gedikkkkk....


ini dadik lambong! haha.....


si buncit ni kan...kalau baring memang badan dia je lebih.


golek kiri, golek kanan....ah sedapnya berbaring.........


mana kaboy????


dia menjadi semakin emo sekarang, dan kuat melawan. orang lawan sepatah, dia lawan berpatah patah.....ngade ngade je lebih......


esok please hujan....


* dah lama tak bangun tido lambat lepas kahwin ni..............uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa....i miss the moment being miss etty.......

siap bold huruf besar apahal???

prosedur buat passport

hello hello


kitaorang memang plan nk ke singapore. so kena buat passport mengenangkan masing masing takde passport.

hari isnin, 2 hari lepas bernikah, terus ke imigresen melaka. kt ayer keroh tu.

huhaaaai, ramai kemain. berjam kt situ. ceh mentang mentang baru kahwin, masa yg lembap macam siput pun, kami lalui bersama. terasa indah gitu. cecey..


okay procedur adalah:


1. beratur di luar dulu, amik nombor. pegawai akan tanya, first time ke renew. ambil borang isi dan kembali pada kaunter amik nombor.

2. sila bersabar tunggu nombor dipanggil. kalau tempat korang tunggu tu ada entertainment, sila jangan berganjak. kelak memakan diri kerana ramai seat anda adalah howwwttt.....

3. bila nombor dipanggil, serahkan borang. cop jari bagai.

4. sila duduk kembali. oh ya masa ni tak sure dapat duduk lagi ke tak kt kerusi panas.

5. nombor naik lagi. kalini ke kaunter bayaran pula. untuk setahun charge adalah RM100. dan dia bagi borang kita balik.

6. borang tu kita bawa ke kaunter pengambilan pulak. dia akan beritahu, tempoh pengambilan passport adalah sejam.

7. sila ke subaidah dulu layan kari mapley. tu je yg kami tuju sebab lapar nk mamp!

8. cukup sejam, maka siaplah passport pertama kami. yahoooo!!!!!!!!!!!!!!!!! seronok kemain.

okay dah boleh pergi singapore..............................!!!!


dokumen yang diperlukan:


1. kad pengenalan

2. gambar


oh ya, gambar tu, kalau boleh gambar yg terbaru. dan bagitau kt org tukang gambar tu ''aunty saya nk pergi singapore, saya nk buat passport'' hahaha tak perlu lah mention nk pergi singapore bagai kan. singapore je baru.

so disebabkan yg melayan aku adalah aunty, dia suruh aku sarung tudung hitam yg dah memang ada kt situ berzaman lamanya. tudung chiffon yg lembut gila, ala yg kita pakai masa pergi mengaji kt surau dulu tu. tudung tu susah okay nk betul kan. kemot kemot je. tp no choice. aunty tu belum upgrade ke tudung awning lagi.


* tudung gambar passport warna hitam.


pendapat aku, aku suka pergi kedai gambar yg oldschool. maksudnya, kedai lama lama. sebab dorang tetap pentingkan kualiti. aku rasa, jarang kedai yg ada flash besar besar tu lagi. kedai yg lama lama ni, outcome dia cantik tau.......

* sebab aku dah banyak pengalaman ke kedai gambar tangkap gambar passport.


i love u lah aunty. gambar saya superb cantik. * ehem ehem...memang dah can**k kan. kakakakakakkakakakakaka.....

okay.

gambar passport ku tidak tangkap sebab passport semua sama. warna merah. kalau hijau, awas ya dong!

dan kami ke singapore!!!!!!!!!!!!!!! yahoooooooooooooooo.........best gila walaupun mahal.


nk review?????


sabarlah, pangkor pun tak habis update lagi. =) =) =) * mengelat



tantek tak tite????????????????????????? ko tengok muka ic aku ada macam nk lempang tak????



kalau lah korang nampak current number sampai ke turn aku...sila kira....menangis kalau ulang balik....



oh ya, ingat tau. even tempoh setahun, tp kita kena renew 6 bulan awal.



selamat buat passport....


nk hint kt suami, bila kita boleh ke oversea lagi........tp nk yg currency murah dari malaysia. singapore buat aku fikir 200 kali!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails