:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, October 28, 2011

alasan gemuk lepas kahwin.

hello hello

wahaha. buat entry ni untuk diri sendiri sebenarnya. bukan alasan sesiapa, tp alasan aku.

sedih ke gemuk lepas kahwin? sedih kot.

tp impian untuk menjadi kurus sekali seumur yakni semasa berkahwin telah berjaya dan berjaya juga membuatkan bakal cucu cicit pun berkata ''nanny cantiklah dulu time kahwin, nanny slim macam model''.
* ada hati nk suruh cucu panggil nanny. hak tuih.

''tapi kenapa sekarang nanny gemuk??????''

ni semua atok kau punya pasal......

''pasal apa?''

1. suami suka suruh isteri makan, walaupun lewat malam.
contoh: balik rumah malam malam, suami suka singgah mamak depan rumah. apa ketagih singgah situ tak taulah even pernah dulu di akhir tegukan teh tarik, terjumpa rambut ah senang cite bulu kerinting. tapi tak trauma pun, malah tetapkan teruskan tradisi minum situ malam malam. lepas tu, isteri pun order dengan air liur je. ''nak tosei 2 keping''. haha. tak agak agak nk 2 keping dengan alasan, ''i tak lunch tadi''. iyolah.
dan selamatlah 2 keping itu dikerjakan isteri.

2. suami suka makan lambat lambat, tp isteri makan cepat.
contoh: isteri memang amik nasi sikit je. tp disebabkan dulu pernah kena tegur dengan mak, selagi orang orang yg kita hormat tak bangun dari duduk, jangan bangun. buat buat makan. sama jugak kalau kita belajar...................apa tah yg protocol di meja makan tu. masa kt uitm dulu belajar. so suami memang mengunyah 44 kali. tapi nasi isteri dah habis. makanya, kenalah isteri buat buat bangun tambah nasi...........eh??? kena tambah nasi ke, bukan teman duduk je ke? hahahahah. lantas itulah alasan kedua saya.

3. lepas makan je, baring.
contoh: nk contoh mende, lepas makan baring konon konon nk bermanja lah dengan suami. kata pengantin baru yawwww....dah tu je contoh no. 3.

4. mak mertua masak sedap.
eh takdelah salahkan mertua kan. bersyukur apa dpt makan sedap....nyum nyum. so no. 4 adalah kesalahan sendiri jugak sebab mencedok kuah masak lemak banyak sangat. dah cedok kuah, mestilah kena habiskan kuah tu kan. slurrrppppp....tambah nasi lagi. alahai....sedap pulak ingatkan masak lemak ibu mertua ku...

5. bila dah kahwin, rutin harian berubah.
contoh: dulu masa bujang, bangun pagi dah pukul 11. makan breakfast. itulah breakfast, itulah lunch, itulah tea time, itulah dinner, itulah supper. wahhh hebat bukan??? sekali makan sehari. tapi dah kahwin tak boleh buat rutin macam tu. perut suami kena jaga. so alasan no. 5 ni, nk salahkan siapa??? hahahahha.

6. aim untuk kurus demi cantik di hari perkahwinan.
yelah, dulu berpuasa, berlapar perut untuk apa???? KAHWIN cikgu!!!
dulu pakai girdle untuk apa???? KAHWIN cikgu.....!!
sekarang?????????????????????????????? NEHI cikgu............................!!
senang bukan alasan no. 6.

7. malas jogging.
alasan: takut tiba tiba ganggu ''bendasing''. faham tak??? lagipun suami tak galakkan jogging. padahal dia dah offer nk kasut jogging baru tak??? tak galakkan ke, (isi tempat kosong). =P

8. ''eh aku jalan apa lebih 30 minit sehari''
ah memang lah jalan lebih 30 minit sehari, tp lepas makan kau membongkang macam alasan no. 3 tu. so no point kalau kau berjalan melainkan menyihatkan jantung je.

9. selera bukan bukan sekarang.
contoh: tiba tiba dah kahwin, aku suka makan lambchop pulak. boleh pulak tengah tengah malam ajak suami pergi windmill makan lambchop. so...salah isterikah????

10. budak office kuat makan!
wakakakakakkakakakakkakaka....mampuih aku dikerjakan budak office kalau dorang tau ni...........pagi petang mulut tak henti henti. eh takkan aku nk pandang je kan. mestilah dorang atau aku hulurkan sekeping dua kuih masuk mulut aku ni.


okay tu je. diterima tak alasan ni????


okay diet.

Tuesday, October 25, 2011

doa

hello hello

hal hal mengandung ni kan, hal yg kita tak tau. Allah je tau kan. ada yg dpt tau yg diri tu hamil tu, awal. senang sekali. ada pulak sampai berbulan bulan baru tau yg dia hamil. betul tak tipu. pernah jadi masa aku kerja kt kl dulu. ex bos aku punya wife. dah 7 bulan baru dia sedar yg dia mengandung. sebenarnya, puan ni pun dah tua. anak sulung dah 24 tahun, yg bongsu masa tu, maybe darjah 4. mmg tak sangka akan mengandung lagi di waktu senja.. rezeki kan. dia ingat perut dia yg besar tu, memang sebab dia dah tua. almaklumlah. rupanya, mengandung. terkejut betul bos aku tu. haha.

okay back to story yg aku nk kongsikan.

sejak dari kesilapan keputusan yg aku pernah uji dulu, takde hatilah aku nk buat lagi kan. aku biarkan je keadaan tu berjalan seperti biasa. Allah nk bagi rezeki, kami terima. belum lagi, pun kami terima. sebab kami suka 'honeymoon' lagi. =) * i love my husband.

macam contoh aku kuat makan, kuat marah, cepat penat, emo tak tentu pasal. ramai cakap konon-konon dah lekat. at the same time, perut aku dah cramp seumpama nk period dah. dan due pun hampir tiba. * period aku regular

okay kalau google, cramp kt perut tu pun satu symptom pregnant. dan kalau period pun sampai, ia adalah symptom jugak dengan sedikit minor bleeding. haha. byk sgt symptom ni...

in fact, kawan suami aku, period tiap tiap bulan. sekali check, pregnant 3 bulan. maknanya, period dia tak miss!!!

subhanallah, kuasa Allah. kita tak tau rahsia tu.

selalu aku cakap dengan kawan kawan aku, dah nak period ni sakit perut. so mereka pun cakap, takpe, sesetengah kes akan sakit jugak perut. so pergilah beli tester.

tapi, takpelah. tak payahlah bazir bazir beli alat ujian kehamilan tu. nanti negatif, membazir kan. walaupun hati meronta ronta nk buat. yelah, yg bagi nasihat tu, semua senior yg berpengalaman. mesti terdetik ''betul gak'' dalam hati.

jadinya, kalau betul sudah ada tapi aku belum menyedari lagi atau lambat sedar, aku selalu berdoa:

rumah aku, rumah flat 4 tingkat. rumah aku yg ke3. jadi, aku selalu berdoa agar keadaan rumah aku sekarang ni, tidaklah menjadi halangan dan dugaan untuk aku. tidak juga menjadi ancaman kepada ''anak yg dah ada tu''. faham tak maksud aku....
begitu juga dengan keadaan office aku. turun naik tangga tak reti perlahan!

orang baru pregnant adalah sangat fragile. bacalah blog-blog blogger yg pernah keguguran satu masa dulu, yg pernah admit hospital atas kefragilelan diri. ada sesetengah yg aku baca, langsung tak boleh berjalan sebab rahim terlalu lemah.

so aku yg aktif berjalan 20 minit pagi, 20 minit petang [nk ke bus stand tunggu kawan pick up], naik tangga hingga ke tingkat 3, aku selalu berdoa agar segala urusan aku dipermudahkan.

aku bersyukur, aku & keluarga aku dapat berlindung dari panas & hujan dalam rumah tu. rumah tu adalah rezeki kami menetap di sini. jadinya, aku tak mau rumah flat yg sederhana tu jadi ancaman pada kami sekeluarga. itu je yg kami mampu setakat ini.

satu lagi yg aku sentiasa berdoa ketika sujud terakhir aku....aku minta semoga kucing kucing yg aku bela ni tidak menjadi halangan untuk aku mengandung. banyak je orang cakap bela kucing melambatkan proses dapat anak. tp...ramai juga yg terbukti, kucing bukan faktor lambat hamil! kawan aku, ramai je kot bela kucing, beranak pinak.

tapi, aku tak boleh ambil mudah. aku tetap berdoa semoga kucing tu pembawa rezeki buat kami suami isteri, bukan halangan!

aku berdoa semoga urusan aku dipermudahkan. aku tak mau, aku menangis di kemudian hari atas kesilapan & kecuaian aku menjaga diri sendiri.

dalam masa yg sama, aku kena berhati-hatilah jugak kan. janganlah turun naik tangga ganas sangat. dah selalu kena tegur dengan kawan office, turun tangga tu slow-slow. tp bantai gak turun siap bunyi selipar. haha.

Monday, October 24, 2011

3rd honeymoon. yeay

hello hello

euwwwwwwwwwwwwwwwww....lamanya tak update blog...sian dia...

super busy menyiapkan guest list wedding anak MD, temankan datin ke sana sini cari apa yg patut. aaaa lemau tau. *well wedding planner tak berbayar. tp doakanlah dibayar ye. =)

minggu lepas FIL baru balik dari langkawi. satu malam tu, dia bersuara pada suami....

''pergilah bawak etty tu pergi jalan jalan. langkawi ke. murah dah sekarang. bla bla bla...''
*tak ingat dialog selanjutnya.


yeayyy honeymoon lagi.....


wahhhh terus seksited si isteri kan. FIL support suruh suami bawak isteri jalan jalan! eh support dengan kata kata je. hehe.

sekali tu, isteri pun cepat lah survey air asia kan. wahhh dapat g langkawi pun heaven okay. eleh cakap je lah tak pernah ke sana. tak payah heaven heaven. haha.

kami planned pergi bulan January 2012. harga time tu adalah rm63/person/one way. balik dan pergi harga yg sama. promo air asia.

tengok pulak kt MAS. tak mampu. rm124+.
firefly. pergi rm54 balik rm100+++. bye bye MAS & firefly. hai AA. haha.

check sekali hotel kt agoda. agak terkejut mula mula tengok awana porto malai berharga rm144 sahaja instead of rm740++. tp rupanya untuk bulan oktober. ceehhhhh. bila check date yg kami planned tu, lain pulak. baru sekali lagi nk goyang bontot duduk awana harga murah. maka tak jadi goyang bontot, goyang inul je. hahahaha.

so since tarikh yg kami planned adalah weekdays, jadi suami kata gamble je check in kt hotel area pantai chenang tu. baiklah. tp kalau kt agoda dpt murah, apa salahnya kan. hehe.

sekali itu juga, isteri yg penakut ni, google jugak senarai hotel yg scary marrryyy kt area langkawi tu. mana tau kan....

dan google blog yg pernah tulis pasal kereta sewa kt langkawi.

so far tarikh tu belum confirm lagi. nk kena check bila time aku uzur. oh berjalan jalan dikala uzur adalah tidak syok sebab leceh. ni dah dikira musafir kan. so boleh jamak. * eh kata honeymoon, mestilah kena cari tarikh sesuai. apa daaaaa

since adik suami yg study kt aussy tu nk balik cuti sem dalam bulan 11 ke jan2012, kena ambil kira juga faktor pemilihan tarikh honeymoon kami.
sebab dengar dengarnya adik ipar sorang lagi buat proposal berjalan jalan melihat alam. tp tu tak tau ke mana. ke langkawi bersama kami, tidaklah kot. minggu lepas FIL ke langkawi, minggu ni pulak MIL ke sana. bosan gamaknya nk ke langkawi sekali lagi. jadi kena pilih destinasi lain. cameron mungkin. haha.

so sekarang kena bincang lagi sekali. tujuan ke langkawi untuk honeymoon atau bercuti soping sakan. sebabnya...

kalau tujuan honeymoon semata mata - bawak duit sikit je, jangan membazir beli pinggan mangkuk correlle etc haha. tp spend lebih pada hotel yg syok syok stok tak mau keluar g mana mana. =P

kalau tujuan soping sakan - booking hotel cap ayam. macam ikut cakap orang orang tua ''ko ingat rumah ni macam hoteeeellllllllll???''. so tepat sekali. bilik adalah untuk tidur, tukar baju, mandi. selebihnya soping sampai bulan depannya bolehlah start ganti puasa.

Tuesday, October 11, 2011

Allah lebih menyayangi dia.

hello hello

~ dah taip, tp still tak tau nk karang ayat yg sesuai......

Al-fatihah pada cik din. suami pada cik ida, our wedding decorator dari kencana sari enterprise...

walaupun baru je mengenali arwah, tp tetap terasa.....

teringat lagi arwah bergurau tentang lagu yg kami nk gunakan waktu 'cutting cake session'. annuar zain. teringat lagi waktu kami berbincang tentang pelamin, sebab waktu tu aku tanya tentang pelamin roman, yg tiang bulat bulat tu. itu first time, kami [aku & najib] jumpa untuk berbincang tentang majlis. selanjutnya, perjumpaan dengan cik ida tentang baju, arwah pun ada juga. berbincang tentang perjalanan majlis, tips dan nasihat.

selepas majlis, terserempak dekat simpang masa lampu merah. buka tingkap kereta, bersembang, gelak ketawa atas jalan raya. =)

masa raya, tak sempat pun nk beraya ke rumah cik ida. ada juga cakap dengan najib ''tak nak raya rumah cik ida ke?''. jawapan najib apa ntah, aku lupa. terus tak beraya.

kali terakhir jumpa, ketika makan malam kami di restoran tomyam. mereka sekeluarga pun ada sekali. tp kami makan di dalam restoran, mereka kt luar restoran. kami nk balik, mereka dah pun balik. itulah kali terakhir aku jumpa dengan arwah.

tp najib kata, pagi sebelum arwah meninggal sempatlah ber''hai hai'' di depan rumah.

i wish to be there semalam. berkongsi rasa sedih kehilangan ketua keluarga, bapa. aku pernah berada di situasi tu. tp keadaan tak membolehkan aku ke tampin.

doa aku tetap mengiringi arwah.

takziah.........

al-fatihah.............................................

semoga roh mu dicucuri rahmatNya.....................dan ditempatkan di golongan orang orang beriman..........................




aku cakap: hargai orang orang yg kita sayang sebelum terlambat..............

Friday, September 30, 2011

sedih kot.

hello hello


start pakai corset cosway berharga rm138 bulan januari 2011.
berat: lebih kurang 56kg [yeee tau berat, diam!]
keadaan corset: kancing yg first, ketat nak masuk.


last pakai corset beberapa hari sebelum bernikah, jun 2011.

berat: tak tau berapa sebab lama gila tak jumpa weight-scale.
keadaan corset: kancing yg last [no.3], senang nk pakai.
keadaan diri: pelik fikir corset ni mengembang ke. sebab tak percaya! tersenyum simpul gak sebab yeay, kurus!!


pakai kembali corset pada 30 september 2011.

berat: masih tak jumpa weight-scale, tp........................arghhhhhhhhhhhhh.....
keadaan diri dalam cermin: vogue gitu. sedapkan hati je tu.
keadaan corset: cari perkataan warna merah, cari perkataan warna merah [ulang banyak kali sebagai tanda ketat ketat ketat ketat ketat]

terasa diri begitu down............................

lepas tu orang panggil ''etty gemuk''

lagilah..............................


baik, aku akan pakai corset kembali mulai detik ini.

Wednesday, September 28, 2011

film review :: hantu bonceng

hello hello

* cerita ni dah habis kot, baru nk publish.

agak menyesal tengok. sebab tengok hari sabtu bila ntah, lepas tu keluar kt astro first. eh rumah aku mana ada astolo. tapi boleh tengok kt youtube.

masa tengok kt youtube tu...macam..................alahai...nasib lah tengok dengan suami, tak lah menyesal sangat kan.

aku bagi 5 out of 10. hehe.

starting je best, bila hantu tu dah hilang, start pulak juliana tu duduk rumah zizan dah tak seronok dah. kira yg best part ada hantu tu lah. tp aku tetap tutup muka. hehe.

watak paling best, jue aziz. owh aku suka scene

''baby baby baby'' zizan
''BABI!!!!!!!!!'' jue aziz.

=)

kira bolehlah cerita ni. lawak je lah kan. ketepikan motif pengarah buat cerita ni. takde motif. cuma motifnya, menggelikan perut penonton. tu je.

oh ya, pasal scene zizan yg over tu, memanglah agak keterlaluan kan. pengarah patut lebih alert. ni main sebat je apa org tu nk sebut. sama macam dalam cerita bini-biniku gangster tu. main taram je scene menjerit dalam masjid. ntah pape pengarah!

keluar panggung aku tanya suami ''lawak tak cerita ni?''
suami jawab ''lawak je''. nasib baik.
tp tengok baik baik, aku tanya lawak ke tak kan. tak tanya best ke tak. kalau aku tanya pasal best, mesti dia jawab................''bolehlah labu''.

haha.

film review :: bini-biniku gangster

hello hello

sapa dah tengok, angkat tiak masyam!!!!! best tak best tak?

aku bagi 6 out of 10. harharhar.....* eh kira baik lah tu kan.

setakat nk hilangkan bosan kt rumah, nk kurangkan kepingan agong dalam wallet, sila lah pergi. tak paksa.

bagi aku, cerita ni naik serinya sebab yana. sam tu biasa biasa je bagi aku lakonan dia kali ni. intan tu lagi lah, baik tukar pelakon lain kot. hehe. tp 2 orang kaki yana tu best.

paling tak best, si gemuk tu. eiiii menyirap je tengok!

tak tau kenapa, aku suka lakonan yana! sweet je. dia pandai berlakon watak gangster, dengan watak isteri yg ala ala baik gitu. ate dah nama pelakon kan. suka suka.

TAPI..............!!!! ada part yg paling menyakitkan mata. kalau takde part ni, confirm aku suka sangat sangat. part yg dalam masjid lepas sam & intan bernikah tu. boleh dia jerit dalam masjid siap angkat intan???? ah aku tak boleh terima part tu. kata lah aku kolot ke apa, bagi aku....kita kena hormat bila berada dalam rumah Allah kan. siyes masa tu aku tercengang, lepas tu aku pandang suami aku, terus geleng. part tu je yg spoil kan cerita.

harharhar.....


okay tu je. sekali lagi, aku suka watak yana! sekian!

Tuesday, September 27, 2011

bomoh sesaje

hello hello

teringat ingat sampai sekarang apa yg aku gosipkan dengan kawan aku pasal bisnes dia kt facebook. alahai, bisnes kt facebook pun ada orang bomoh bomohkan ye. tak terfikir pulak aku. rupanya kawan aku tu kata memang ada sebab dia baru je tengok wanita hari ini, pasal sihir di alam maya. gitulah sikit contoh tajuk WHI tu. alahai.....donia donia.

lainlah kalau mak aku dulu kan, ada gerai bagai. so benda tu nampak real kan. ada fizikalnya. ni internet kot.

kira bomoh sekarang dah advance lah eh....

apalah yg nak mendengki sangat bisnes bisnes ni. tengok rezeki lah kan. kau buat kek sedap & murah, mestilah org suka. kalau kek tu tak sedap lepas tu mahal berapi, memanglah customer lari. customer pun pandai memilih kot.

serius tak faham kenapa ada perasaan dengki nk mampus ni. agak agak customer lari, carilah alternatif lain kan nk tarik hati pelanggan balik. tak payah guna bomoh kot.

hak customer nk compare kan harga product tu. kalau customer bgtau kita kuih dia sedap tapi murah sikit, ko terangkanlah yg ko guna bahan bahan yg berkualiti sikit ke, import ke...bla bla bla....lepas tu tarik pelanggan dengan cara bg free gift ke apa kan. aloyai.

rasa tak bersalah ke tutup periuk nasi orang dengan cara main bomoh???

gila lah.....

ayu, bersabarlah ye. Allah tu maha adil. sekejap je dia turunkan balasan tu pada orang yg mendengki tu kan. sedangkan orang yg bermulut jahat pun Allah tarik nikmat tu sikit sikit, ini kan pulak orang yg bersahabat dengan syaitan nk jatuhkan orang lain. sabar ye ayu. rezeki tak ke mana. yg penting, rezeki yg kita hadap untuk anak kita ni halal. tengah tengah pregnant ni lagi banyak cubaan. aku tau ko baca blog aku ni. so aku nak ko sabar je. jangan ikutkan sangat perasaan sedih ko tu. aku pun sedih dengar ko cakap camtu. sementara takde bisnes ni, banyakkan solat, baca al quran. ko tengah peknen kan. jaga perilaku, percakapan supaya ko pun tak dpt dosa macam mana si malaun tu buat. lepas ni kita jangan gosip lagi nanti banyak dosa. haha. sayang ko!!!

Monday, September 26, 2011

nak masuk 4 bulan dah

hello hello

nak menaip, tapi takde kerajinan. so banyak kt draft, dibiarkan je. malas nk edit....semua malas!!! nk bukak blog pun malas, apatah lagi nk baca blog orang. blog korang, aku baca lumpsum jelah ye. lagi best. haha.

dah kahwin ni, memanglah takde cerita sangat nk ditulis kan. sebelum kahwin bolehlah hari hari tulis blog. preparation macam mana, DIY macam mana. sekarang, takde nafsu sangat nk menulis.



kehidupan sekarang, alhamdulillah....hampir 4 bulan dah boleh adapt dengan kehidupan berkeluarga. walaupun keluarga ni, hanya ada 2 orang dewasa je setakat ni. keluarga yg sangat kecil tp orang orangnya besar. haha.

kalau dulu sebulan dua lepas bernikah, asyiklah nak sentap menyentap. sekarang, tidak lagi kerap macam dulu. kalau merajuk pun, buatlah kerja lain supaya tak fikir sangat rajuk tu.

so far, aku enjoy kehidupan berdua ni. terlalu banyak hikmah difikirkan sementara Allah belum kurniakan kami rezeki anak. alhamdulillah....syukur sangat sangat.

memanglah best kan bila nak ada anak. siapa yg tak seronok. tp biarlah dulu. kami ikut je ketentuan Allah. yg mana terdaya kami berusaha, kami buat. kami tak fikirkan sangat hal ni. yg penting, kami masih melalui fasa bulan madu lagi sekarang ni. so nk kena letak tag kt luar bilik ''JANGAN GANGGU''. kakakakakakakka...

syukur alhamdulillah Allah kurniakan aku suami yg baik. biarlah fizikal & luaran dia macam mana kan, hanya Allah, aku je tau perangai betul dia camne. aku suka je laki aku nampak ganas, nampak garang, sombong, muka macam bonzer macam kak ijan cakap dulu, muka stok peserta WWF, yg penting sifat dalaman, sifat positif, sifat sifat 20, sifat romantik, baik hati bla bla bla [maleh nk kembangkan hidung suami kang dia kembang pulak aku puji lebih lebih]....perangai tu semua aku tau sorang sorang je. orang lain tak payah tau pun takpe. bukan orang lain tu yg kasi aku makan. kan. hehe. yg penting, keluarga aku, sepupu sepupu aku pun senang dengan perangai suami aku. syukurrrr....
[selamat sikit kalau keluar tempat crowd dengan suami. orang semua takut nk cari pasal. kalau pergi konsert, selamat betul]

alhamdulillah, keluarga mertua pun best. adik beradik ipar semua best best. ayah & mak mertua pun best. wan, pakcik makcik, cousins, anak sedara best best jugak. rasa macam tak sabar nk bagi anak sedara, cucu kt FIL. mesti jadi kesayangan anak aku nanti. haha. syukurrrr.....

paling penting!!! aku panjatkan kesyukuran pada yg Esa sebab suami aku dah slowly mula suka, sayangkan ahmell, ahboy, adik. yaAllah, betapa aku bersyukur. yelah, pada sesiapa yg tau betapa sedihnya aku dulu kalau suami tak dapat terima kucing kucing aku. tp sekarang tidak lagi!!!!!!!!!! kucing kucing aku pun dah mula gedik kalau suami ada kt rumah. stok kt duduk kt kaki laki aku, minta dibelai. alahai....bilik aku pun dah sesuka hati dorang kuar masuk. siap laki aku panggil masuk. wakakakakakakakakakakakak...the power of cats!!! kucing kesayangan Nabi kita, no wonder kita yg insan biasa ni cepat sayang kucing kan. =P
[suami paling sayang kt kaboy sebab kaboy banyak bunyi. suami suka belai ahmell sebab bulu ahmell lembut. suami suka main dengan adik sebab adik paling aktif....nasib ada 3 je. haha]


so sekarang, kena fikirkan tanggungjawab lain yg bakal menyusul. mana nk beli kereta, mana nk beli rumah. alhamdulillah suami dah sah jawatan. so boleh beli rumah. tp sebelum tu, aku kena cari kerja lain yg dekat dengan suami. barulah pembelian rumah tu bermakna. kan.....


doa doa kan lah rezeki kita semua ni murah....amin.....


[cerita tentang masih dalam bulan madu, ada jugak yg mencemburui kami. dia kata ''bestnya honeymoon lagi. so kak, time yg ada ni, bermanjalah sepuasnya. nanti dah ada anak, lain tau''.....see...lain orang, lain rezekinya.....] syukurrrrrrrr....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails