:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, June 12, 2010

aku dan rambut

hello hello


aku baru je potong rambut paras bahu. sebelum ni rasanya dah paras hampir ke pinggang. oh, im not free hair anymore ye. aku sudah melangkah ke fasa baru dalam hidup.

jadinya, bila dah pakai tudung, aku jadi malas gila nk bela rambut. yelah, dulu nk pergi kerja, nk keluar jalan jalan, rambut adalah diutamakan. nk letak minyak rambut, leave on lah bagai. nk buat sanggul, nk ikat tocang, nk lepaskan je. dan duit pun, habiskan untuk beli produk rambut. memang tatkala itu, rambut adalah mahkota aku.

tapi, zaman tu dah berlalu. beberapa hari lepas maulidur rasul, aku decided, nk pakai tudung. tutup aurat.

dulu, main reason bergaduh dengan by, adalah pasal pakai tudung ni. by suruh aku pakai, lepas je akad nikah. tapi bagi aku, sukahati aku lah kau. asal kau sebok? haaaa macam tu lah tanpa fikir yg lepas kahwin, menjadi dosa si suami kalau aku dedahkan aurat.
siyes wey, takde benda lain nk gaduh. tudung tudung tudung.

aku berialah ni, plan nk buat sanggul masa akad nikah nanti. nk letak bunga rose bagai.

that y, aku bela rambut panjang. nk buat sanggul masa kahwin nanti. hahaha.

masa tu, terus terang lah aku cakap, hati ni macam dah degil gila tak mau pakai tudung. lagi lagi ada orang paksa. tapi sebenarnya, aku nk pakai. tapi aku cakap kt by, biarlah secara semulajadi which is masa tu atas kerelaan aku sendiri.

rasa tak berbaloi gaduh ntah apa apa.

tp Allah tu maha kaya. aku tak plan pun nk berubah masa tu. aku rasa orang lain, ambil masa berfikir fikir samada nk berubah atau tak kan. tapi aku tak. seingat aku, hari jumaat maulud nabi, ahad malam isnin tu aku dah tekad. kalau esok tak pakai, sampai bila bila aku takkan berubah.

masyaAllah. Allah bukakan hati aku, tanpa aku sedari dan tanpa aku rancang. semua terkejut kot dengan perubahan dan niat aku. paling seronok mungkin mak aku. paling terkejut mestilah by. hahaha.

dah sehingga sekarang, aku rasa bahagia bila aku lakukan perubahan tu, secara tiba tiba. orang lain mungkin dapat petunjuk dalam mimpi kan, tp aku tak. hati aku je berkata kata masa tu.

okay cukuplah pasal hal pakai tudung tu. nk cerita pasal rambut pulak.

dulu masa free hair, bila rambut tu paras lepas bahu tapi tak sepanjang yg sebelum ni, yaAllah hazabnya aku rasa. nk pergi kerja tu, hari hari kot faced dengan bad hair day. rambut aku jenis lurus dan halus. tapi degil. degil in terms of dia melentik keluar. dia tak mau lentik ke dalam. kau trylah blow ke, pakai cream ke, idak dia mahu jugak. at last, aku terpaksa pergi kerja dengan rambut serabai gila.

tapi, bila rambut dah panjang, rambut aku terus jadi macam omg, cantiknya rambut aku. hahahahaha. [siap bold tak tahan]
dia dah start melentik ke dalam, siap ada ikal ikal lagi. rambut aku tak lah hitam legam. macam ada brown sikit. so, macam cantiklah. lagi sekali sila lempang!
masalah keguguran rambut pun dah kurang masa ni.
rasa seronok gila.

tapi tu lah, nikmat rambut cantik tu, hanya orang orang yg berhak je boleh nampak. sebab masa tu aku dah pakai tudung. hikhikhik.

aku tak pernah blonde rambut, tak pernah rebonding secara serius maksudnya, takde nk pergi salon duduk selama 2 jam untuk luruskan rambut, tapi pernah suka suka buat benda tu selama 5 minit atau tak lebih dari setengah jam. blow rambut pun jarang jarang sebab pagi pagi mandi tak pernah basuh rambut. kalau rambut basah pun, aku tak peduli pergi kerja dengan rambut yg orang akan fikir, budak ni mesti baru lepas mandi wajib! =P
curl kan rambut, dulu pernah lah sebab ada curl tong sendiri. tp lepas bendalah tu rosak, dah tak pernah nk curl curl bagai.

last potong rambut, masa kerja kt klcc lagi. so rambut yg baru tu, memang suci murni dari rebonding atau curl.



tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,

sejak dah pakai tudung, aku malas nk jaga. dan berfikir fikir nk potong. bape juta kali ntah aku fikir. nk potong ke tak, nk potong ke tak.
yelah dulu bela panjang panjang semata mata nk buat sanggul masa kahwin kan. sekarang, kau nk kena belasah dengan orang kampung, gatal nk free hair masa kahwin????? hahaha.

dan aku buat keputusan, potong potong potong!

sendirian berhad ye kawan kawan. takde nk pergi salon bagai.

cara caranya. [untuk hidangan seorang, maksudnya adik kau tak nak tolong kau potongkan rambut kau]

sediakan gunting.
bogelkan diri dalam bilik air. eh ni bukan lucah, kau nk potong sendiri kan. kang kau nk cabut rambut kat baju kau, satu hal lagi. ingat senang???? so bogel atau pakai baju yg rambut tak lekat kat baju. ada ke????
ambil suratkhabar banyak banyak, lapik lantai bilik air.

mula mula, kau bahagikan rambut kau kepada 2 bahagian. kiri dan kanan. pastu potonglah sedikit demi sedikit. janganlah potong sekali pendek terus. contohnya kalau kau dah potong pendek paras bahu, pastu senget sebelah, potong lagi, pastu senget sebelah lagi, kan dah naya tu.
lepas tu, potonglah dan trim yg mana senget benget tu.

see, senang bukan. dan boleh berjimat beringgit ringgit. lagipun pakai tudung, bukan ada orang nk tengok pun kalau rambut kau senget senget. mak korang je akan tengok, tu pun dia akan tengok sepintas lalu dan tak heran rambut anak dara dia senget.

ish, kalau aku free hair lagi, jangan haraplah aku nk potong rambut yg tengah cantik tu. dan aku mengharamkan diri potong rambut sendiri. tu pun kalau aku free hair lagi, kalau kalau kalau!


aku cakap1: ini bukan entry riak eh.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails