:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, April 1, 2011

[kutip & bela baik baik] atau [beli & jual mahal mahal]

hello hello

aku memang sayang kucing. infact binatang lain juga kecuali lipas. haha ada sekor arwah lipas telah mencabul aku waktu aku kecil dahulu. dah lah intai aku dalam bilik air rumah wak pin. selepas itu, pabila aku keluar bilik air, dia boleh kejar aku. aku naik atas kerusi kayu wak pin aku, dia boleh dongak dongak kan kepala dia. dah sesungutnya tegak tegak. tidakkah itu percubaan untuk mencabul kanak kanak berumur lebih kurang 6 tahun???

owh aku masih trauma sehingga kini.

sehinggakan kucing kucing aku pun sedar yg aku masih di dalam keadaan trauma yg melanda, menikam nikam jiwa......lalalaalaaa...

owh melalut pasal lipas pula.

tapi, kucing aku sayang sangat. sangat sangat. agaknya sebab dah terdedah dengan binatang berbulu tu sedari kecil lagi. dan keluarga pula, memang sukakan kucing.

okay beralih pula ke segmen tahukah anda.

pernah suatu masa dahulu, rumah aku ada 17 ekor kucing! apa tak heran rumah kau lagi banyak?? its okay. tapi aku tetap bangga.

berbalik pada cerita.

kucing aku tak pernah beli. semuanya datang rumah, semestinya orang orang buang kt rumah aku lah kan. owh mentang mentang tau aku suka kucing, semedang je buang kt rumah aku ye....kena ni...dan bila datang rumah, miau miau owh aku kasihan terus. bagi makan sekali dan terus declare itu kucing aku. tidak malu.

dan seingat aku, hadiah harijadi aku yg ke..........lupa! arwah abah hadiahkan aku kucing warna oren putih. namanya mesti oren. dulu tak terfikir pun nk bagi nama glamer glamer macam si kamell kendut kendut tu. kan nama dia mellinda gordon!!! haha. owh rindu kt anak dara aku yg gendut perut lembik tu...

kalau aku tak lupa lagi, abah kata kucing tu abah ambil kt gerai cu baharom aku. dulu cu berniaga lai ci kang kt pekan teluk intan. abah ambil kucing tu, lantas diberinya kepada aku.
dan aku terus membelanya. walaupun kucing jalanan yg dipungut untuk diberikan hadiah harijadi anak sulungnya, aku tetap gembira. dari tidur, terus aku bangun kegembiraan bila kucing tu berada di dakapanku. masih ingat lagi moment tu walaupun sudah bertahun kutinggalkan di belakang!

see, bukti bahawa keluarga aku sayangkan kucing. dan kucing jalanan aka kucing kampung menjadi pilihan kami.

semasa aku di tingkatan 4, aku ada kucing betina. nama dia cimot. cimot ada sakit mata. sejak dari itu, aku jinakkan diri aku kepada dunia vaterinar. pergi ke sana, rawat kucing sakit. alhamdulillah, nyawa cimot panjang. kalau tidak mesti dia mati melawan penyakit sakit mata. jangan main main, sakit mata yg serius boleh mengundang maut yg maha sedih! kucing mati, maunya tak sedih.

tapi tak semuanya berhasil dan happy ending.

kucing aku, sammuel. [oh okay, bila di form 4 sudah pandai beri nama glamer glamer], sakit secara tiba tiba. bila tiba di vet, sammuel sudah mati. doktor hanya menggeleng. rupanya sammuel mati di pangkuan ku ketika di atas motor. aku ingat dia menyedut udara, rupanya tarikan nafas yg kuat secara tiba tiba, tandanya dia menghembuskan nafas terakhir.

lupa nk beritahu, sammuel berwarna oren.

eh, ada ke tidak aku beritahu, arwah embahlain [nenek dipanggil embah dalam bahasa jawa] pernah memberitahu ku bawaha aku tidak serasi untuk membela kucing berwarna oren. kerana dia perasan bahawa tiap kali aku mempunyai kucing berwarna oren, pasti jodoh kami tidak bertahan lama.

dan sammuel adalah kucing terakhir aku yg berwarna oren. eh tak. ada lagi.

selepas sammuel, tiap kali ada kucing berwarna oren aku cuba untuk tidak menyayanginya sepenuh hati aku. tapi, siapa yg kenal aku, pasti tahu perangai aku macam mana. mana boleh tidak sayang kucing. pasti!!!

aku dapat lagi sekor warna oren. namanya ella. sayang, jodoh kami tidak lama juga. aku ke melaka. tinggallah ella di kampung. bila aku balik kampung, ella tidak ada lagi...
=[
ella juga kucing jalanan yg datang ke rumah entah dari mana usulnya.


untuk apa aku bebelkan di sini tentang kucing? eh inikan blog pasal kucing. =)

kesimpulan aku, janganlah kita hanya pandang pada kucing mahal mahal. janganlah kita menghabiskan duit untuk membeli kucing mahal.

sedangkan banyak lagi kucing di luar sana yg perlukan kasih sayang dari kita. banyak lagi kucing di luar sana yg kelaparan, kepanasan, kesejukan.

dan janganlah kita mengambil kesempatan atas kelemahan haiwan [kucing, anjing dsb] itu sendiri, untuk menjual anak anak, ibu ibu, ayah ayah binatang dengan harga yg mahal mahal. untuk apa semua tu? semestinya untuk kepentingan diri sendiri bukan???? duit tu bukan pergi ke kucing itu aku pasti.
dasar durjana kau yg menjual kucing itu. berani ya aku cakap durjana. ahahahhaha.

baik anda pergi ke pasar atau kedai makan, cari kucing yg kelaparan dan tidak mempunyai rumah yg manis, kucing yg tidak mampu hidup tanpa kasih sayang, bawa pulang ke rumah dan rawat. pasti berbaloi bila melihat kucing yg mulanya kurap, kemudian menjadi jelita dan kacak atas usaha kita sendiri.

jika tidak mahu beranak pinak, ambillah langkah mengkasi atau menyunat kucing / anjing anda. insyaAllah, haiwan kesayangan anda pasti lebih sihat dan kembang semangkus selepas dikasi.

insyaAllah, jika niat kita baik, Allah tidak akan marah pada kita kerana menyekat nafsu haiwan tersebut.

kalau masih sangsi tindakan itu, cari saja maklumat lain yg boleh menyokong pendapat itu. dunia sekarang, maklumat di hujung jari.


sebab apa tiba tiba aku menulis tentang ini?

kerana bila aku suruh kawan aku adopt kucing kampung, dia dengan bongkak dan sombong cakap ''aku tak pandang kucing kampung, aku nk kucing parsi je. nanti boleh jual''

dalam hati, fuck kau!!!!!! kau tau jual je. jaga tak pandai. sedangkan kucing tu kucing kacuk, berani kau cakap kucing persian! asal bulu panjang, persian. asal persian bulu panjang.

hak tuih hak tuih hak tuih.


okay lupakan tentang dia yg konon konon pandai tu.


siapa yg nk kan haiwan kesayangan, tetapi masih was was tentang kesihatan kucing jalanan, anda boleh ke satu website ini. pasti terhibur melihat wajah wajah kesayangan ini.
anda boleh adopt kucing kucing comel ini dengan percuma!

ya....sekali lagi...percuma....

dah lah percuma, kucing kucing ini sudah diberi rawatan yg sewajarnya pula. siap dah sunat. untung untung.....

gerenti comel dan puas hati.

kalau nak, boleh ke http://sccarfs.wordpress.com. boleh jamu mata dulu. dan boleh minta izin tuan punya blog untuk mengadopt barang seekor dua kucing comel. mesti tuan blog gembira.


nasihat saya, jaga dulu kucing terbiar baru boleh beli mahal mahal.


tapi, pilihan dan kehendak di tangan anda. masing masing punya selera, ye tidak?????


miau miau miau....adopt lah saya...saya mahukan rumah yg selesa, tuan yg penyayang, yg boleh ajak saya tidur sekatil. miau miau....

2 comments:

Hunny Kitty said...

leh ganti spca nih

meowwmania said...

mak etty, kite tak yah adopt kucin sbb kucin tu sendiri pandai dtg rumah soh jaga dia hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails