:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, May 15, 2010

hafizah anak cik halim kahwin. gembira ke sedih?

hello hello


aku baru je balik dari seremban ni. ponat lak ai. ceh macam aku je drive kan. hehe.

menghadiri majlis kahwin kawan baik, memang bercampur baur. nk datang ke tak. macam sedih, macam seronok. sedih sebab kawan kan. kita single, dia dah kahwin. mungkin keadaan tu sedikit berbeza masa zaman bujang. takpelah, rezeki dia sampai dulu, aku menyusul kemudian jika rezeki aku pula tiba.

fiza, kawan baik dari uitm. gaduh gaduh hampir nk kena lempang, at last baik jugak. sebulan tak bertegur, last last tidur sebantal jugak. hai lah fiza.
tak silap aku, masa part 1, hari pertama kt uitm, dia lah yg terawal berkenalan dengan aku. lepas tu terus kamceng. hari pertama pergi kelas, masa rehat, kt depan taman tenet tu kami bersembang. masa tu serius, macam dah lama kenal.
ingat lagi, masa tu, aku, fiza, fahmi dengan amat. duduk bawah pondok.
sembang pasal keluarga.

fiza: bapak aku kerja tangkap gambar.
aku: wahhh, bapak best. kang ko nk kahwin, bapak ko lah tangkap gambar ko eh??
fiza: apalak, dia kerja kt JPN lah. tangkap gambar nk buat ic.
hahahahahhahahahhahahahah. gila kot. siyes aku rindu zaman uitm.

rapat sangat dengan dia, sampai ke mak bapak dia aku kenal. tak cukup??? atuk nenek dia jadi atuk nenek angkat aku. haha, taklah. kira kenal lah. pernah teman nenek dia buka puasa 6. oh moment tu sangat sweet. *rindu zaman dia bujang. wawawawa

pernah sekali pergi rumah dia maghrib tau. by pakai short. sekali pakcik halim sound daaaa.
''apa maghrib maghrib pakai seluar pendek ni?''
hahahahaah, tu pun baru tadi aku ingat lepas by ingatkan aku. kakakaka
[bukan pakai maghrib je pun, pergi rumah orang lak tu, pastu singgah masa orang tengah bang. mau pakcik tak hangen]

sampai kt pintu gerbang tadi, makcik dah senyum senyum kt aku.
etty: assalamualaikum, makcik kenal ke???
makcik: tu lah, kamu dah pakai tudung, tak kenal acik.
hehe. tp kenal lah jugak. siap tanya ''kamu bila lagi''
sabarlah makcik, akanku layangkan jua kad dan wajib kalian hadir!




kawan kawan yg ada. yg lain aku tak pastilah dah datang, atau sampai lewat atau tak datang langsung. tp muka yg patut datang, tak datang. bagus. haha.
tp muka lagi satu yg patut datang, takde. hanya kirimkan hadiah. kecewa jugaklah sebab dah lama tak jumpa dia.

*tengok beza muka aku dengan tangan. hoh, touch up lebih dalam kereta.

yg pakai baju putih tu, bard. next month turn dia. kat kelantan. adoyai, kalau kt kl, mesti aku tak miss nk hadir ni, tp kelantan. fikir lapanploh kali kot.
cuma dia ada pesan kt by tadi, pergi kt muar pun takpe [belah shah]
ohh ye, by dah janji nk ambil cuti khamis. so kang aku tagih janji dia ekkkk.
eh, belah shah kenduri hari khamis. tak pernah pernah aku dengar kenduri kahwin weekday. haha.

aish, berseri betul muka bakal pengantin ni kan.

bard ni dulu roomate aku masa part 1. kiranya kawan mula mula lah yg pergi makan, pergi surau.



tema warna gold dan hitam. nampak sangat klasik. aku suka pulak tema ni.
actually, aku tak suka warna gold ni. dah common sangat kan sekarang ni. tp bila combine dengan hitam, wahhhh meletup kotttt.


dorang ni hubungan jarak jauh jugak lepas kahwin. fiza kt tanjung malim, dak aril ni kt seremban. untungnya fiza ni kerja gomen. mungkin tak lama lagi, mintak tukar. tak best lah jarak jauh ni. sedih kot. * sekali lagi, aku pulak yg lebih lebih.

gembira jugaklah dia dah selamat jadi isteri orang.


oleh kerana, fiza rapat dengan aku dan by, aku paksa juga by datang dengan aku. lainlah fiza tu macam kawan kawan yg lain kan, macam tak rapat sangat. takdelah aku nk heret sama. tp, dah rapat. kiranya fiza ni pun dah kenal luar [dalam tak kot] by camne. dulu gaduh, fiza lah tempat aku mengadu domba.


apa ingat pengantin je ke yg sedondon??? kami pun lah!!

*eh by, nampak ganteng pulak kamu ya!


sapolah yg tangkap gambar ni, jauh betul. semua makcik nk dimasukkan dalam ni. hahaha. aku tau siapa. wek wek.


okay fiza. aku tau ko baca ni lambat. tapi takpe.

aku ucapkan selamat pengantin baru kt ko dan aril. semoga berbahagia hingga ke akhir nafas kalian. semoga dimurahkan rezeki dikurniakan anak anak soleh yg mendoakan kalian nanti. jangan gaduh gaduh tau.
janji dengan aku, takkan putus hubungan kita ni walaupun dah berbeza status. okay. kalau ko dah lain nanti, aku bunuh kau. haha.

aril, jangan ayong aku ni baik baik.. jangan buat dia sedih. kalau tak aku panggil bala tentera aku sunat kau! hahhahaha.


fiza ni aku panggil dia ayong. sebab dia tua setahun dari aku. so konon macam nk hormat lah kan. ah hormat lah sangat, selalu je aku tunjal tunjal kepala dia. hahahaha.



aku cakap1: aku rindu betul zaman uitm. by jom balik jengka!!!!


bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails