:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, May 20, 2010

mak etty rindu thaqif.

hello hello



serius. sampai menangis. bercerita dengan by aku sembang2 dengan kak ijan kt fb, sampai ke hal thaqif sebut nama kitaorg, tetiba aku sedih, sebak lalu menangis. * lalu menangis?? wah ayat aku!

''eh asal nangis ni??''
''rindu thaqif....................'' diam. sedu sedan *tipu
''a'ahlah i pun rindu dia. tu lah u pun dah tak duduk kampung baru lagi, camnelah nk jumpa dia eh?''
''takpelah, nanti ada masa kita pergi jenguk dia ye sayang'' pujuk aku lah tu.
''i faham, dari umur 5 bulan u jaga dia kan, mestilah u rapat dengan dia''

*sambung nangis....thaqif, mak etty rindu thaqiflah! nanti acik jaja kawin, thaqif confirm datang melaka tau!!!!!!!!!!!!!!



ni lah halnya yg aku dok membingit kt by. thaqif panggil by uncle. tp dek kerana pelat lagi, atel lah jadinya. dulu dia panggil aku etty je. tp sekarang dah panggil mak ty. hari tu kt kampung, dengar jugak lah jelas dia panggil mak etty.


kak ijan dalam pantang ni, selalu jugaklah ktorg online, ym, calling calling. wah org pantang sekarang sudah advance. onlice sajo. kang turn aku, hari hari hadap blog cerita pasal anak. tu pun kalau sempat lah. hehe. *eh, sudah berfikir ke hadapan nampak cik etty? haha.

oh, demi nk letak jugak mak etty borek, thaqif rintik, aku terpaksa pakai tudung sekolah sebab tak reti nk melukis pakai selendang bagai. eh cantik lah kak ijan pakai tudung merah mak ngah. haha larikkkkkkkkkkkkkk.


kak ijan bukan kakak aku. dia sepupu aku, anak wak aku [pakcik]. wak aku tu abang kedua pada arwah abah aku. so kak ijan bukanlah jauh sgt kan pada aku. terlalu dekat dan terlalu rapat. so that, aku claimed thaqif anak buah sendiri. atenya, adik adik aku tak kahwin lagi, mana boleh langkah bendul.

aku tinggal dengan family kak ijan, december 2007. masa mula mula aku kerja kt klcc. masa tu thaqif 4 bulan tak silap. so korang pun bleh agak kenapa aku rapat dengan dia. even aku jarang nk cebokkan bontot kalau dia berak ke apa, tp pernah lah juga aku jaga sikit sikit. main agah agah, belikan mainan, pujuk kalau dia nangis, dodoikan dia tidur, pernahlah kan.

saat paling sedih, january 2009, aku pindah keluar dari rumah tu. pindah ke flat. sedih gila kot. hari hari terakhir sibuklah tangkap gambar thaqif, video dia. bila malam rasmi nk keluar rumah tu, nasib baik ada along dengan hisyam [adik by] sekali dalam kereta tu. kalau tak sure aku dah nangis kot.

malam pertama tidur rumah baru, jangan cakap sedihnya macam mana. menangis dalam selimut sambil tengok video & gambar thaqif. sampai budak rumah cakap ''hai, dah rindu anak buah ke?'' hehe.

pagi pertama, jangan cakap jugak camne sedihnya!! jangan tanya!!
dalam bilik air menangis juga. * aku kan ratu airmata maria.

selalu pagi pagi dah biasa dengan suasana bising kak ijan kejut thaqif, bising dengar thaqif gelak atau menangis, sekali sunyi sepi je pagi pagi kan. apa lagi, air matalah peneman setia.
kat office, pun melayan perasaan jugak. sepanjang hari tak buat kerja, asyik tengok video dan gambar dia. benda yg sama diulang ulang. kt office pun boleh nangis! macam anak sendiri je lagaknya.

hari pertama gagahkan diri tak balik rumah kak ijan. kena sabar dan tabah.
hari kedua pun sama.

hari ketiga baru melawat kak ijan dan thaqif. hilang rindu. in fact, aku tidur rumah sana. pergi kerja, senyum meleret. gembira gila pergi kerja tu tau.

dan hari hari seterusnya, aku makin okay dan boleh adapt dengan rumah baru.

melawat thaqif pun adalah sesekali bila free atau balik kerja awal. tidur sana pun sesekali jugak kalau ayah dia takde. yelah, segan kot. dulu nama pun tinggal sana kan, taklah segan. ni dah rasmi keluar.

paling bahagia, by suka kt thaqif. kalau weols dating, mesti end of day, jumpa thaqif. thaqif pun seronok jumpa uncle nya.

paling jeles, bila unclenya ada, aku tidak dipedulikan. eh peduli lah jugak, tp tetap nk menebeng dengan uncle. duduk atas riba uncle, minum pun nk dari cawan uncle. nk main dengan uncle. uncle pun selalu buli mak etty. sedih. wek wek.

hari jadi thaqif, mesti gaduh gaduh dengan by nk belikan hadiah apa. nk ikut cakap dia je.
hari jadi yg pertama, weols beli kereta. apa eh nama dia. yg thaqif duduk pastu tolak pakai kaki tu. haaa, yg tulah.
hari jadi yg kedua, beli kontena yg ada abc, 123. konon suruh belajar lah tu. hehe
hari jadi yg ketiga, belum lagi. 1 august akan datang ni. belum plan nk beli apa lagi, sebab masih jauh. insyaAllah, ada juga hadiah untuk thaqif.

dari baby, sampai dah besar, dah boleh jalan kedek kedek, aku tinggal dengan kak ijan.
sekarang, dah ligat kot budak tu. dah petah cakap. ada je akal dia yg buat orang geram, suka kt budak ni.
kalau jalan kt mall atau dalam lrt, ada je orang tegur ''alah, comelnya. macam anak jepun''
hahahahaha.

dan budak ni kalau tengok gambar kucing aku dlm fb, mesti cakap ''nyiau etty bu''. haha, dia tak lupa. kalau call tu, webcam mesti dia tanya ''nyiau ane?'' aku pun sibuklah halakan webcam kt arah kucing. kalau takde satu hal aku nk pergi cari kucing kucing aku yg sememangnya tidur merata.

okay, done with thaqif's stories.

betul, aku rindu budak masam ni. insyaAllah jumpa next month on jaja's wed.



bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails