:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, May 20, 2010

selamat hari lahir untuk abah tersayang. walau kau jauh.

hello hello


lamanya i menyepi. hilang kejap mood blogging dek kerana rasa down yg amat sangat. sentiasa je online sesudah solat subuh, lepas solat asar sampai lah tengah malam. tapi takde mood langsung nk update dengan cerita yg baru.

cerita baru memang banyak. banyak sangat nk cerita kt uols, tp tulah. mana ntah jin aura rajin tak datang datang. ish memandai je i menyeru. datang betul betul, menggelupur baru tahu. haha.

tengok lah esok ke apa eh. adalah entry bergambar yg nk disajikan.

oh ye, anak anak sihat. makin nakal, makin gemuk, makin buncit. yg tang buncit tu mungkin ada cacing dalam perutnya. eh, perut tuannya juga mungkin ada cacing. haha.

cuma satu je dikesalkan. tanggal 19 may, langsung terlupa yg hari lahir arwah abah. betul betul terlupa. dah nak jam 12, dah nak masuk ke tarikh dan hari yg baru, baru teringat. hai lah etty, jangan lah kau lupa lagi tahun depan ye.
walau abah dah takde lagi, aku sentiasa merindukan nya.
bila rindu tu datang, rasa teringin sangat nk jumpa dengan dia, salam tangan dia, kucup pipinya dan hidu bau badan nya yg kadang kadang aku masih teringat! masakan tak ingat, masa dia sakit, aku yg urut, lap badannya dengan towel basah. hai lah kenangan!

bila iman tu kadang kadang menjauh, terfikir, kenapa Allah ambil abah aku??? kan aku belum bersedia lagi masa tu. kenapa dunia ni kejam sangat pada aku tiga beradik yg masih kecil dan masih tak tau erti kehilangan???

itulah dia kata hati....kata hati kadang kadang tak boleh percaya.

orang bercerita tentang bapak masing masing, aku menangis. cemburu buta! in fact, aku memang emo.
aku selalu bayangkan penulis yg sedang berbahagia dengan bapa mereka tu, adalah aku.

even dengan by pun, aku cemburu bila dia bercerita tentang ayah dia. entahlah. dah lama tak rasa kasih sayang bapa kot.

ha, nanti hari bapa, mesti ramai blogger yg tulis pasal hari bapa. dan masa tu , jangan tanya aku menangis ke tak..haish.

tiada hadiah yg paling istimewa yg boleh aku beri pada abah. hanya al fatihah dan doa agar beliau ditempatkan di golongan golongan termulia dan diredhai, dah semoga rohnya tenang di sana. doaku, satu hari nanti, kami sekeluarga akan berkumpul kembali bergembira macam dulu. amin...

abah, doa etty mengiringi abah ke sana. al fatihah!
abah, etty rindu betul pada abah. lama betul abah tak jenguk etty dalam mimpi kan?
abah, kadang kadang etty tak redha!
abah, kadang kadang etty fikir, etty gagal jalankan tanggungjawab sebagai anak sulung keluarga kita.
abah, kadang kadang etty fikir, etty gagal nk bahagiakan mak, wanie dan nadiah.
abah, etty rindu. apa khabar abah kt sana. jumpa embahtok dengan embahlain tak?
abah, etty banyak buat dosa. dosa pada diri sendiri, dosa pada mak dan abah, dosa pada semua!!


abah........








alfatihah untuk arwah abah [kamal bahrin] [19 mei 1958 - 12 julai 1996]



aku cakap1: kalau abah ada lagi, mungkin mak aku dah jadi datin sekarang ni. =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails