:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, March 27, 2010

pernahkah anda dihantui hantu??

hello hello

aku ketagih baca blog seram yang satu ni. bila sampai page bawah tu, jari gatal tekan older entry. ahhhh sengal, kang malam susah nk tidur camne??? *online je lah

aku memang suka sangat bila dengar cerita cerita seram ni. kalau ada kawan kawan yg berdepan dengan perkara seram, aku sanggup tunggu sampai habis cerita tu. pastu gatal tanya, camne rupa benda misteri tu. hehe.


tapi, seumur hidup aku, aku memang tak pernah jumpa benda misteri tu. alhamdulillah, aku bersyukur sebab aku tak dapat bayangkan camne aku kalau tiba tiba aku nampak!

masa kt kampung dulu, pun tak pernah nampak. aku berani je dulu dok kampung. ate, dah nama duduk rumah sendiri kan.

kt melaka, adalah takut sikit sikit. mula mula dok sini, level atas ni takde orang lagi. takut tu jelah...sunyi. tp skrg dah okay sikit. *sikit, macam takut jugaklah sebenarnya

lagi lagi, rumah aku jenis pengudaraan tak bagus. so malam malam tingkap memang terbuka yg side rumah kampung tu. kalau dah malam, apa yg aku nampak hanyalah kegelapan dari kebun orang! horror tak???

masa aku duduk asrama dulu pun, seingat aku, aku tak pernah kena kacau. oooo gila ah, form 1 bed aku tepi tingkap!! malam malam sebelum tidur, aku siap kepit dengan penyepit baju tu banyak banyak tak bagi langsir terbang! dulu ingat lagi, kalau malam dah pasang kelambu, tapi bila kita nk keluar balik, please make sure yg kelambu tu kita tu ermmmm camne eh nk bagitau. kelambu tu kita kena selitkan, kena lipat. ala, kiranya, jangan biarkan camtu jelah kelambu tu. biarkan dia terbuka. aishh, aku tak reti betul nk explain camne keadaan kelambu tu lah. senior kata, nanti kalau tinggal, ada ''orang'' tumpang!! hah, duduk hostel 3 tahun, petua tu aku amalkan.


dekat uitm, huh, banyak betul kisah yg aku dengar. almaklumlah, jengka. tempat jin bertendang. nk buat camne. tp alhamdulillah, 3 tahun kt sana aku tak pernah kena kacau directly. directly?? macam pernah kena kacau jugak je???


yup, tak silap aku, masa tu part 4 kot. masa kt hostel dulu kan, selamba je kau pakai spagetti dengan boxer. masa tu malam. dah biasa dengan level sendiri, pergi toilet pun sendiri lah. tp level tu tetap ''siang''. nk balik bilik, paan tegur aku. *paan classmate aku

''eh etty, apa kt belakang kau tu? sapa cakar?''

erk, aku dah cuak! bila aku tunjuk kt kawan kawan aku, semua terkejut. aku mana boleh nampak, kata belakang. tengok dari cermin je. betul wey, macam kena cakap belakang aku ni. macam ditekan dengan objek tumpul sekuat mungkin sehingga terkesan darah beku. huh, explanation yg complicated! ada 3 jalur! merah gila, cuma aku tak rasa perit macam kena cakar kucing tu.

ahhh orang cuak, mestilah menangis. tak menangis, tak cool. hahaahhaha.


terus aku demam!

kebetulan, gff aku, fiza kena kacau jugak masa tu. dia lagi scary weyyyy. sakit belakang pakej kena cakar gak cam aku. sakit belakang dia macam cite siam tu. the shutter ek??? yg ada hantu tumpang badan dia tu. huh, siap berubat. demam jangan cakaplah. semedangnya sakit.

actually, masa part 4 tu, aku pernah juga nampak kelibat. aku ingat roomate aku, so aku takdelah takut sangat bila terjaga malam malam. bila aku tanya dayah @ bard @ liza, dorang nafikan. hah, sahlah budak dorang yg aku nampak malam tu. tp alhamdulillah, dia tak kacau aku. macam angin lalu je.

masa part 6, ada seseorang kami gelarkan dia ''ghostbuster''. haha gila budak ni selamba nk cakap orang camtu.

actually, ada sorang cousemate tu. dia ni pendiam, cam alim sikit. tp tak lah semua berkenan nk kawan dengan dia. kawan biasa biasa je. dia sebilik dengan fiza.

satu masa tu, uitm gempar lah kejap dengan mistikus ni. histeria lah, tu lah ni lah. untungnya aku, orang tu jerit jerit, aku tak dengar!! padahal confirm lah kuat gila kan dia jerit.

orang kata, sempadan kawasan dia dengan kawasan manusia bocor. pagar lah ni. sebab budak budak pompuan yg nk sidai baju, dalam kolej suka sangat pakai seksi seksi. sekali terbocor daaaaaa.

tu yg ramai kena usik.

in fact, classmate aku, syima, kena kacau pukul 7 pagi!!! hoh. jangan ingat benda tu kacau malam, siang siang pun tau. dah lah bilik syima tu sebelah bilik aku!!!!

pastu datang dari mana ntah cerita ni, si minah ghostbuster ni, cakap aku ada kuasa!!!! kuasa nk nampak benda benda mistik ni. sebab apa panggil dia ghostbuster, sebab dia claim, dia nampak yg aku ada kuasa tu, melalui pandangan mata aku. gilak kah??? tu yg melekat nama ghostbuster sebab wahhhh hebatnya kau pandang mata aku, aku boleh digelar melinda gordon.

masa ni, aku agak bangga gaklah dapat gelaran melinda gordon jengka!!! hahahahaha.

*aku kan memang minat cerita ghost whisperer tu.

tp haram, aku bukanlah melinda gordon yg sejati. kalau betul aku boleh nampak, kenapa aku tak pernah nampak??? eeeiii saja tau buat fitnah ghostbuster ni. bukan je aku jadi glamer kerana jadi jennifer love hewitt wannabe, tp aku jadi takut lah bodoh!!!! asallah keluar statement aku punyai kuasa mistikus ni???? aku tak faham betul minah ni

dah aku dimomok momokkan dengan kawan kawan aku.

siyes wey, aku trauma sejak digelar melinda gordon jengka!

wadahel!!!

yg aku tak tahan nk gelak bila ungkit cerita ni dengan kawan kawan, ada satu masa ni, masa hebat kejadian histeria tu lah. si ghostbuster ni, suruh lah satu level baca satu alquran. wing kitaorg jelah. kena habiskan bacaan quran.

contohnya macam, beberapa orang di bahagia depan baca surah surah awal, yg bahagian tengah, baca surah tengah. ada part part dia lah. yg aku kesian masa tu, kawan aku si syima tu lah, kesian wooo kt dia. orang lain dah habis baca, dia tak habis lagi. sebab dapat surah panjang. syima dengan dak ghostbuster tu lah. dia agak baik lah dengan ghostbuster tu, so dia pun ikut lah si ghostbuster tu. kau tak scary ke, tengah tengah malam, orang lain dah masuk bilik, tinggal 3 orang baca quran kt hujung level??????

*nasib baik tengah baca al quran masa tu
*okay fine, semua tu untuk kepentingan semua orang! baiklah...

lepas belajar, kerja pulak. masa ni kerja kt pj. menyewa kt mentari court. mula mula menyewa 5 orang. tapi apa hal entah masing masing keluar rumah. tinggal bertiga. tp roomate aku, asyik asyik tidur rumah bakal mertua, tinggal lah aku sorang.
kalini, aku kena cakar jugak. tp saiz yg kecil dah halus. macam kena cakap kucing tp banyak line dia. aku pun lupa sakit ke tak.
bila sembang sembang ng housemate yg sorang tu, dia pun cerita lah yg rumah tu memang tempat mainan ''budak kecik''. sebab dulu dia masuk ward. dah balik ward, berubat lah. orang yg datang berubat tu yg bagitau.

hah, serius. lepas je dia bagitau, seriau aku jangan tanya camne. kaki aku jangan tanya berapa banyak kena cakau!

setakat tu je kenangan mistikus aku.

pindah kampung baru, duduk dengan kak ijan. takde kena ganggu sebab rumah tu ada orang sembahyang cukup 5 waktu walaupun bukan aku orangnya. hahahahhaaha.

pindah flat, dengar dengar jugak budak lain kena kacau. tp aku, amik pendekatan baru, aku tak mau dengar semua cerita tu. lantak korang lah. yg penting takde sapa kacau aku, aku pun tak kacau orang!

aku ni penakut gak. tp entah, buat buat berani kot.

sejak ada cerita ala ala ghost hunter kt ntv7 tu, aku tak berani dah nk dengar sebab aku memang takut nk bayangkan bila time aku nk tidur nanti.

dah baru baru ni, aku dengar. semalam!!!!

balik dari telok mas, dengan mak angkat nadiah, dia cerita kejadian kt sekolah telok mas tu.
terbukti malam tadi, aku mengantuk, tp aku tak berani nk tidur.

hahahahahhahahahahaha!!!!

alahai mak angkat nadiah, tak payahlah cerita...sudah bikin aku takut daaaaaaa.

aku cakap1: alahai, mana mak aku ni????? tak balik balik lagi...[selesai menaip jam 6.15pm, waklu siang aku dah takut!!!!]

aku cakap2: publish 27march, taip 26march


bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails