assalamualaikum
ada satu hari tu aku tanya kt group. korang guna iron apa? yang untuk hardcore menggosok.
sebabnya, steam iron aku dah rosak. tu lah kan, ada air lg ko tinggalkan tak buang, rosak lah ia. eh ke tak payah buang air lebihan tu? pastu nasib lah ada iron lama hadiah kawen. iron biasa je. well bila dah biasa guna steam, ko guna iron biasa memang carutan bertingkek tingkek la time menggosok tu. lagi pulak laki suh gosok kain cotton dia yg keras tu. pandangan maut jeeeeeee aku kasi. pahala pun lari agaknya dengar aku mengomel tak henti henti (padahal iron tu macam rosak kt tangan aku je. lol).
pastu ika cakap, dia guna steam garmet salav. dia beli kt lazada. okay aku pun cekidaud. ooo gini salav. iron berdiri yg guna kt kedai baju tu. aku tanya okay ke ika benda ni? baju licin ke? ika cakap okay je. sebab uniform dia pun dia guna tu. well bila dah dengar uniform dia pun elok beriron guna salav, memang wow lah kan. okay masuk wishlist dapat kutu nanti baru beli.(ika tu askar tau. jangan maciam maciam cari pasal ng aku, kang aku suh dia tembak korang hahahaha)
bila dapat kutu, aku pun beli. harga tak silap masa rm110 kot.
yang best lazada ni, cepat lah kan. harini beli, esok dah pos. bukan guna pos laju ke apa, guna service courier lain la kan. apa tah citylink kot. aku buh alamat adik aku. pastu lusanya, adik aku cakap, iron ko dah sampai. gileee cepat.
dapat je kt tangan aku, cepat cepat test drive. aku iron baju batik silk aku. baju tu memang kena guna steam pun kalau guna iron biasa dia begau (org melaka cakap begau. benornye bego. maksud degil). memang bercinta aku nk gosok baju tu untuk pakai hari khamis. berbakul peluh mercik pun tetap tak licin. tapi guna salav, wow asyikkkkkkkk....licin cuols. mak soka.
pastu try gosok baju cotton aku yg separuh begau kalau guna iron biasa. okaylah licin lah gak. hoi lah baju memang kalau bukan suami yg kasi aku dah buang. tu ko guna lah iron apa pun, begau separuh, tp selamanya begau. ahahah. ku tahan je simpan baju tu kenangkan laki yg kasi kan. okaylah pass lah sikit guna salav.
kemuncaknya, test drive iron baju laki. baju cotton apa tah. haih la, ni pun sakit je hati aku menggosok haaa...dari dulu aku memang anti ng baju ni. yg ni ko kasilah iron cap apa, beli bape ribu pun, mmg aku malas nk hadap dia. aku sakit hati betul baju cotton ni.
tapi dengan baju lain, okay je. paling aku suka bila gosok jubah atau shawl. kalau instant shawl lagi senang. letak kt hanger, pastu ko gosok lah
overall, aku memang puas hati. accesorries pun dia ada bagi. kecuali yg tak best, takde sarung tangan. nk beli sarung tangan khas utk iron aku pun tak tau kt mana. tp kalau kena wap tu kt tangan, memang berdengung lah telinga ko sakit. haaa gitu, kena kt tangan, telinga berdengung kan.
bagi aku salav ni memang untuk orang orang macam aku. kalau korang ada penyakit OCD ke apa benda yg nk perfect tu, baik tak payah lah beli. guna je iron biasa. contoh OCD yg aku maksudkan adalah, lengan tu mesti tajam setajam lidah. ewahhhh....side lengan tu kan. ada orang suka tajam. tp kalau guna salav idakle tak tajam. tp takdelah tajam sangat. biasa biasa je. so salav ni utk orang biasa biasa je. nasib baik suami aku pun bukan jenis nk tajam beria ni.
so aku kasi lah 8 bintang utk salav.
sebabnya, aku jadi rajin melampo. tshirt laki pun aku gosokkan, baju anak pun senang nk gosok. takke best namanya tu.
aku punya pink.
tp kt lazada sekarang ada yg warna purple, macam cantik jeeeeee...harga pun murah dah skrg ni....
tips nk beli kt lazada, kalau korang ada vocher korang masukkanlah code tu. selalu dalam group wasap atau group apa apa jelah, mesti ada sorang informer yg baik hati bagitau ''eh korang, lazada guna code ni ek. ada % sekian sekian''. best giler kan kalau group macam ni. rugilah kalau group korang tu tau nk bergosip je tak tau info berguna ni...
pastu even harga yg sama, cuba amik masa click banyak kali penjual yg berbeza tu. kadang seller ni free shipping, kadang ada kos penghantaran. gituuuuuu.
so good luck.
2 comments:
aku pun beli ni mak etty..air dalam tu memang nak kena buang ke takyah? hahahaha..ku biarkan je air dalam tu sampai berlumut..haha..tapi syok iron baju yg cotton sebab senang je ilang kedut dia..
hahahahaha ngek lah berlumut. tp ak mmg tak buang pun air ni. sebab hari hari guna. selalu hari ahad aku gosok baju je, tudung tak gosok. pagi tu baru kocok kocok nk gosok tudung bagai.
Post a Comment