:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, January 28, 2016

takde acah acah kaya lagi

assalamualaikum

haritu kaya kan, harini dah kayap.  setel dah duit tu aku lenjankan.   ni antara wishlist hari tu.

1.  nk beli branded handbag - tak penah rasa kan, sesekali kasi can la.

2.  nk beli branded bagpack - amboi 2 beg sekali kau nk beli ye.

3.  nk beli external hard disk - ni dari hari tu survey tak terbeli beli.

4.  nk beli compact camera - rasa mcm takmau tp manalah tau.  hew hew hew

5.  nk beli mesin jahit - ni memang wishlist dari dulu.  dari duit kutu, bawak ke gaji, bawak ke bonus, bawak ke ganjaran kontrak. hahaha.


 kesemua merah di atas berjaya di beli.  yeahhhh.

1.  bagpack - idakle branded.  zalora je pun.  RM50 je setelah dapat voucher.  dapat email dari zalora dia kata rindu kt aku.  so dia kasi code special untuk aku.  hahahahahah.  special kan.

2.  bukan external hard disk.  beli pendrive je.  tp yg jenis dual boleh cucuk hp dan pc.  beli kt lazada je.  well kakmy cakap aku ng tmah mak lazada.  haha. beli masa first day CNY punya offer.  google punya google, dapat code 10% off tp untuk hp je.  okaylah tu kan.  pastu siap offer kt suami lagi (solehah sangat ni), u nak tak pendrive bla bla bla.  dia kata nak tp takde duit.  jangan risau, bini boleh payung.  ahh gitu kan bila banyak duit.  kalau tak kedek manjang.  kekekekeekeke. (bonus pahala ni).  well deal haritu adalah dual flash drive 32gb RM38.80.  free shipping tolak 10% jadi RM34.  okay sangat sangat lah tu kan.  brand sanddisk lagi.

tips:  kebanyakan sekarang ni vocher code pembelian melalui telefon je. kalau korang tengok kt website lazada kt komputer ada flash sale tu, tp kt handphone takde. donch worry.  kt hp log in akaun yg sama ng pc.  masa kt pc tu, cari flash sale (atau apa apa yg murah lah korang nak beli kan).  pastu add to cart.   pastu cepat cepat bukak apps lazada kt hp pulak.  tengok kt gambar troley iaitu cart yg kita dah pilih masa search guna pc tu.  so teruskan pembelian tu semua, masukkan code yg di offer.  bayar!

tips:  kebanyakan code tu offer untuk new user.  janganlah risau sangat. buat je email baru.  aku ni dah siap create email yahoo untuk anak anak.  hahahahahahhaha 

tips:  sila lah google sendiri untuk dapatkan code tu.  kalau korang pentegar lazada mcm aku, tmah, zara, ika, eni, kak my dan lain lain tu, korang subscribe lah email.  kang dia bagi kita email harini ada voucher code.  pastu sila lah download lazada apps tu.  tu nanti ada notification kalau ada deals best ke, code ke.  lazada ni seronok bila dapat guna vocher code je.  walaupun takat 10%, tp kepuasan kot bila boleh redeem code tu.

tips:  guna hp agak mencabar.  so tanamkan dalam diri kesabaran yang tinggi okay.  hahaha aku gelak dulu.


3.  weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......pun lazada.  guna code dapat bape % tah hari tu.  around 500+ gak.  dari dulu mmg harga tu pun.  haih, pancaroba betul la nk beli benda ni.  stress aku.  nasib baik aku bersabar.  




kesemua di atas aku letak alamat opis suami aku.  risau je dia bising kt aku kan.  segan pun iye gak kt office-matte dia.  bini bos ni asek shopping je.  takpelah, selagi suami tak bersuara, selagi tu lah barang lazada tu muncul kt opis dia.  hahahah.  

terima kasih sangat sangat kt kawan kawan suami yg selalu sain cosignment kekekekeekek.




4.   oh ye.  satu lagi perbelanjaan adalah, aku belanja family aku makan kt umbai.  total 10 orang makan typical punya lauk adalah rm200+.  tak tau lah murah ke tak.  semua ktrorg amik, ikan jenahak bakar, ikan kerapu sweet sour, ketam 4 ekor black pepper, udang 12 ekor xl, pepahat masak sambal, sotong setengah kilo goreng tepung, air 2 jug, nasik lemak bape bungkus tah, jeli kelapa, otak otak, satar.  haaaa amek semua kenyang.  puas hati aku dapat belanja 2 family terus tak payah nk asing asing kan.  fair and square.  



pastu sekarang, im not kaya anymore.  burst out.  

duduk diam diam.  

jangan bukak lazada lagi.

wishlist lain lain tu abaikan je.

tapi duit ganti cuti dah masuk ni.  caneeeeee?  ASB jelah wey.  kata nk holiday.



oklah tu je.  bye.






 

Wednesday, January 20, 2016

acah acah kaya kejap

assalamualaikum

alhamdulillah, bulan disember tahun lepas aku renew lagi kontrak untuk 2 tahun.  terima kasih kt majikan sebab nak kan aku lagi.  hehe.

dulu masa mula mula masuk, batch aku ramai geng.  bariah, acha, eza.  walaupun masing masing kt dept masing masing kan.  sekarang tinggal aku ng bariah je yg still batch renew kontrak term yg sama.  acha dah pindah kl.  eza term dia dah kelaut.  so apa apa, aku ada bariah, bariah ada aku.  gitu le.  (hai berry)

dan biasalah bila renew kontrak, majikan akan bagi ganjaran kontrak tau.  jumlahnya sebulan gaji.  aku tak sure tempat lain camne.  tp kalau ikut pekeliling (suami aku cakap) memang akan bagi dan jumlahnya sebulan gaji (gaji basic je, elaun tak dok)

so minggu lepas hari jumaat, bariah dah cakap kt group yeay, duit kontrak dah masuk.  bila check cimb, takde pun. rupanya ada notification dari bank islam pagi tu aku tak bukak.  so maybe petang baru sampai.  aku pun dah berkira kira nk simpan asb (kononnya) untuk elakkan aku joli katak.  ingatkan nk simpan nk g holiday bulan 4 nanti.

tapi gelap mata jugak aku ni ek.  walaupun hanya 1 bulan gaji, tp tetap banyak gak.  sebab ni bukan gaji.  kalau gaji kita nk bayar mcm2.  ni mcm bonus la kan.  wahhhhhhh kt mata aku ni dah blink blink.  otak aku laju fikir, apa aku nk beli, mana aku nk survey.  sampai lupa tujuan asal nk masukkan asb tu.  bengong apa susah, masuk asb jelah kan.  ni siap bukak lazada banyak kali.  lol.

pengeluaran pertama, aku ajak suami aku pergi jj malam ahad tu.  beli spinning mop.  berharga rm95 tolak vocher rm20 so jadi rm75.  kakakakakakakak.  tu mop idaman tau, nk yg tekan tekan terus kering tu.  (beli sabtu, sampai ke la ni mop tu ada dlm kereta lagi.  dasar).

pastu elok la lagi duit tu dalam tu.  yang tak berapa elok ni, otak aku masih lagi ligat berfikir apa nk buat.  tanpa fikir nk masuk terus asb seperti perancangan awal.  haha.

1.  nk beli branded handbag - tak penah rasa kan, sesekali kasi can la.

2.  nk beli branded bagpack - amboi 2 beg sekali kau nk beli ye.

3.  nk beli external hard disk - ni dari hari tu survey tak terbeli beli.

4.  nk beli compact camera - rasa mcm takmau tp manalah tau.  hew hew hew

5.  nk beli mesin jahit - ni memang wishlist dari dulu.  dari duit kutu, bawak ke gaji, bawak ke bonus, bawak ke ganjaran kontrak. hahaha.

ish ish ish.  walaupun aku rasa gelodak nafsu aku ni masih boleh control tapi...susah benarnye.  susah nk decide.  tiap malam aku tanya suami aku, i nk beli apa ek duit tu.  kuali tefal la ek yang, tu lah ek, ni la ek.  by, kalau i beli mesin jahit okay tak.  tu soalan tiap tiap malam aku tanya kt sleeping partner aku sampai dia malas nk layan.  dia cakap tu duit aku sukati la.  tp simpan lagi bagus sbb nk holiday nanti dia cakap tujuan aku pegi sana nk shopping mcm orang kaya.  semua nk beli.  haha.

nasib baik jugak aku tak mengidam nk beli hp baru ke apa kan.  syukur lah aku ni jenis pandai jaga barang.  orang bagi, kita jaga elok elok kan.  so hp aku memang like brand new lah.  lol. matilanak kalau mengidam nk ip ke apa kan.

okay lah sekian jelah ngarutan aku.  nanti kalau aku dah beli apa apa, kalau beringat nk share yg best best, aku share la.  kalau tak de share tu maknanya aku baik seperti rashid le tu.

hahahahahhahahahahahahahahahahahahahahahahahah


Wednesday, January 6, 2016

kimchi halal di aeon @ jusco / kimchi halal melaka

assalamualaikum & 안녕하세요

(tak tahan tajuk entry aku)

김치

disebabkan hari tu aku google kimchi halal di aeon macam tak berapa banyak info, ni aku nk kasi info kt orang lain.

kalau kt aeon (aku panggil jj lah ye senang), korang cari kt bahagian jual toufu tau.  tu bahagian basah.  jangan cari kt area kering, insyaAllah tak jumpa. lol.  penat aku hari tu belek satu satu rak cari kt area maggy tu.  harammmmmmmm.  last last aku tanya promoter tu, abang, sini ada jual kimchi tak?  nun haa dia bawak aku ke tempat ikan ikan.  last last sampai ke pit stop tulis toufu.  lol kt sini ke.  dekat gila ng pintu masuk aku tadi tau.  yg aku melilau sampai kemana mana tah.

tapi depends lah jj mana kan.  kalau kt jj bandaraya melaka, memang kat situ.  nanti aku update kalau ada info jj ayer keroh.  sorry, strictly in melaka only.  =P

ni brand yg famous ye kimchi halal.  ada brand lain tp tak berapa nk ada lah logo halal tu.    so sila lah beli yg halal je.

yg hijau tu brand mat kimchi.  nana kata kt cold storage pun ada.  tu nampak tak ada halal kt atas tu.

bibigo tu sah sah ada halal jakim.

harga kimchi ni agak mahal.  tak lah berapa mahal. tp mahal lah bekas kecik tu.  berbelas.

bagi aku masa ni, aku nk merasa je.  camnelah rasa kimchi ni kan.  so bila dah tau ooo rasanya macam ni, barulah aku buat homemade punya.


taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



ni takde resepi ek.  korang google jelah. sama je pun method nya.  rasa pun lebih kurang macam yg beli tu.

ikutkan tekak aku ni, sedap je kimchi ni.  tapi awaslah ye.  kimchi ni bakal gemukkan korang sebab kalau makan dengan nasik, nasik tu bakal bertambah.  so bila nasik bertambah, berat ko pun otomatik bertambah.  hahaha padan muka lah jawabnya.


Fakta kimchi (sumber wiki dan google)

1. Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah. Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.

2.  Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.

3.  Orang Korea sering mengucapkan "kimchi" sewaktu bergambar agar kelihatan sedang tersenyum sebagai pengganti perkataan "cheese" yang sering diucapkan penutur bahasa Inggeris.

4.  Kimchi - diiuji secara klinikal untuk menghapuskan bakteria merbahaya dan menggalakkan imun. Apabila wabak SARS merebak di Asia, kebanyakkan negara dijangkiti dengan serius, tetapi Korea tidak mengalami sebarang kesan akibat wabak ini. Menurut kajian sains, ia disebabkan oleh pengambilan kimchi. Kajian menunjukkan probiotik kimchi melindungi tubuh daripada jangkitan virus dan bakteria merbahaya, termasuk SARS dan selsema burung. Bakteria 'baik' dalam kimchi menghasilkan bakteriosin - yang merupakan racun untuk membunuh bakteria 'merbahaya'. Kimci jugak boleh menguatkan ketahanan imunasi badan dengan merangsang sel imun dalam badan - 'Payers pathces' - dalam usus badan kita.

5.   Mengekalkan kerampingan dan kulit wajah yang cantik. Kita perasan tak, kebanyakkan wanita-wanita Korea memiliki tubuh badan yang langsing. Susah untuk kita nampak yang mengalami 'obesity' . Wanita Korea mengamalkan makanan karbohidrat berbanding wanita Asia lain, namun tetap ramping. Rahsianya? Kimchi! Kimchi adalah nutrisi penting untuk pengawalan berat badan, menggalakkan metabolisme dan membantu wanita Korea 'melawan bonjolan lemak'. Kimchi juga membantu wanita Korea mengekalkan kesihatan, kecerahan dan wajah. Dengan nutrisi dan antioksidan yang tinggi, ia boleh menyuburkan kulit, meningkatkan pengedaran kulit, membaikpulih kulit wajah, serta melindungi dari sinaran UV yang memudaratkan kulit.

6.  Memakan kimchi mempunyai banyak kelebihan seperti melambatkan penuaan, menguatkan sistem ketahanan badan, menghalang penyakit dan bagus bagi sistem pencernaan. - utusan

dan lain lain boleh lah tuan/puan google ye. 

okay bye.

다시보기 (dasi bogi)






Tuesday, January 5, 2016

seimbas lalu 2015 dan azam 2016

assalamualaikum

dah 5 hari 2016 berlalu.  well blog ni tak pernah pun buat recap sepanjang tahun tahun sebelum ni.  kekekekeke.   apa yg ko harapkan blog pemalas ni.  tapi tahun ni tetibe macam nk buat.   well janganlah cakap aku rajin sangat nk edit gambar ni semata entry ni.  kirim salam.  gambar ni pun kebetulan aku buat redeem groupon hari tu.  so dah ada gambar, barulah terbit rajin nk up recap 2015.  lepas tu kenalah tengok folder balik kan semata nk lengkapkan semua bulan.

januari 2015



maira 8 bulan masa ni dah merangkak, berdiri. 

penghujung bulan jan 2015, kami ke PD.  masa tu adik aku balik cuti sem saja bawak jalan jalan.  mandi laut PD.  selalu mandi laut melaka kan.  sesekali apa salahnya beralih angin hehehe.

entry ke PD pergi museum 3d ni mcm bakal berlalu begitu saja.  malas pulak nk throwback bagai.  so far okaylah tempat tu.  jangan pergi time cuti sekolah lah kot.  sebab kawasan tu kecik je.  macam satu lukisan tu, sebelah tu lukisan lain. bukan 1 bilik ke apa kan.  kalau crowded tengah ramai tu, nk tangkap gambar pun susah.  dengan bau stokin lagi.  hahahaha. 






dan kami ke ostrch farm pd jugak.  bestlah jugak walaupun panas lenting lenting lenting.  paling best kt kandang arnab tu lah kot. 



februari 2015





maira 9 month dah berjalan sikit sikit rasanya.  hujung 9 bulan dah steady dah.  pastu dia dah mcm big girl sgt.  yelah selalu budak setahun dah jalan kan, tu pun rasa kenapalah cepat sgt besar ni.  dia ni 9 bulan lagilah apa kau rasa...sayu wey.

10 feb 2015 kami dikejutkan dengan berita wak usin sakit jantung.  malam tu jugak kami balik kampung.  sampai kampung pukul 2 pagi.  11 feb kami terakhir sebenarnya kami jumpa wak usin semasa hayatnya.  tak boleh stay sebab ada urusan pada 12 feb.


suami terima pingat negeri sembilan.  jgn expect aku dapat datin ke apa ek.  ni pingat cemerlang je ni.  tahun tahun depan insyaAllah puan sri terus.  hahahahahahhahaha...tahniah by. 

benornye, laki aku kan dia ni bukan kisah kenangan ke apa.  dia takde pun amik gambar official tau.  masa dia amik ni, mil aku pun dapat.  aku tengok frame mil, kemain cantik lagi gambo tu.  tp tu lah, laki aku lah ni.  jadinye, ni jelah kenangan yg ada pun.  pastu baru ni je aku letak badge tu kt dalam almari baru aku.  kalau tak berhabuk lah dia letak atas kabinet tu.  nasiblah ko bang dapat bini nk jaga ko baik baik.  ingat, awak jaga saya, saya jaga awak.  ewahhhhh...tp yg best masa amik pingat ni, aku dapat 2 pasang baju baru.  yeay....


12 feb pun birthday mak aku.  kt gambar tu silap tahun ek.  beria buat suprise tutup lampu tau.  slow je mak aku kuar dari bilik.  dia bley relax relax lagi bila black out.  hahahahahah.  sudahnye, ktorg yg kena panggil.  lol.  semoga mak panjang umur.  ada hikmahnya mak tak jaga cucu lagi dah.  byk masa mak utk beribadat. 

13 feb, kenalah terima hakikah, wak usin kami dah takde.  petang tu balik tak sempat jumpa wak pun. 


kenangan dengan opah kiah, mbahyam, sepupu kt rumah wak usin.


taklah first tiime balik kampung.  tp first lah dia enjoy.  pusing pusing, jalan jalan kena gigit nyamuk.  huhuhuhu.


pastu kita celebrate jugak birthday achuu. adik bongsu aku.  makan kt umbai ajak waksal, wakbok, cheyah sekali.  mak belanja.  kuang kuang kuang.  dah lama tak keluar camni kan.  sebab baru baru ni, waksal sakit lutut.  tak boleh nk jalan sangat.  rindu pulak kt waksal.


mac 2015



 mac macam takde apa yg menarik sgt.  anak anak makin bijak, makin sihat.  alhamdulillah.


april 2015

april, umar raihan first time admit wad gh.  kiranya dah 2 kali admit hospital lah.  masa ni dia demam dan semput.  masa tu kt tampin.  neb kt hospital tampin, bacaan oksigen tak berapa cantik, admit.  tp ktorg nk pindah kan ke hospital mahkota (sebab ada insurans).  tp ambulans mahkota takmo amik.  ek elehhhhhhhh.  terpaksalah masuk GH je.  okaylah not bad kecuali bab tido tu je.  sian husband aku tido atas kerusi je.  masa kt ward, takde pun doktor kasi ubat pelik pelik.  just kasi neb je.  3 ke 4 hari, pastu chow.

dan start dari tu, umar dibekalkan dengan pam oksigen tu.  apa tah nama dia.  haha.  so asal batuk teruk je, sebelum tido, pam 6 kali. 


 adik maira masa ni dah steady jalan. padahal belum setahun lagi, aiyooooo big girl sgt nampaknya ni.

bulan april pun menciptakan sejarah hubungan dengan kawan kawan.  first time buat family trip (bukan family day) ke gambang.  yeay.  ni pun rasanya malas nk blogkan.  sebab dah lama.  tp lawak lah bila fikir balik camne effort aku nk pujuk husband.  berkat dhuha hari hari kot, sejuk hati laki kan nk bawak bini g gambang. 

semua happy sebab dapat jumpa ramai kawan....



 kami tukar tukar hadiah.  worth rm50.  aku dapat hadiah dari kakmy, beg kate sepit katanya.  ada lagi aku simpan beg tu dalam lemari.  hadiah aku pulak, aku kasi jam ng apron.  dapat ke timah.  kebetulan timah baru masuk rumah baru masa tu.  elok sgt lah. 

next family trip, tahun ni ada insyaAllah.


 masa ni lawak.  sume suami tak puas hati dengan zoo ni.  eh apa nama zoo ni lupa pulak.  yelah binatang mcm malas je.  sampai ke malam lah kena ungkit pasal zoo ni. 

malam tu, semua berkumpul kt rumah homestay kakmy, ika, timah.  makan makan, sembang sembang.  yang duduk hotel berapa kerat je, tp almost semua la turun ke homestay tu.  lagipun homestay tu dekat dengan punca makanan.  ada pasar malam.  best kan dapat sembang sembang, makan makan.  anak anak pun terkawal main dalam rumah.

esoknya, apa lagi...berkubang lah semua. 



 aihhhh rindu lah korang.....next buat banyak aktiviti macam ni ek.  best...

kemudian, family trip in law pulak ke kk.  dah ada entry.  tahun ni family kecil aku pun bercuti jugak.  weeee tazabar.....


first time experience naik flight.  tips utk dummies pun ada penah buat dulu. (malas pulak nk link)


mei 2015

mei bulan kelahiran aku dan maira.  aku punya beday macam biasalah takde apa pun.  takat wish dan kucupan sayang dari suami je.  bahahahaha.  kucupan tak tahan.

masa ni baru botakkan umar beberapa jam.  stress tengok menggaru je.  botakkan terus.



 okay gambar ni exactly on her 1st birthday.  takde kek pun.  cuma aku buat foot print je.  nk buat tu setiap tahun.  pastu frame. 

dan, morenians, kami berjumpa kembali....kalini ke putrajaya je.



 ada entry pasal ni. 

best kan kumpul ramai ramai gini.  tapi tu lah kejap sgt rasanya.  tak campur lagi sesat barat kt bangi tu. 




jun 2015

bulan kelahiran umar raihan yg ke-3.  

tak silap, bulan ni dah start hantar umar maira ke pengasuh dorang kt durian tunggal tu. 


 hehe maira kalau naik moto suruh peluk abang, sampai gini sekali haaaaaaaa....


bulan ni jugak dapat duit kutu, reward beli iron utk diri sendiri dengan harapan supaya jadi isteri terlebih mithali.  hahaha.  dah ada entry pasal salav ni.


 orang lain sibuk tabung hijau, aku dah buat dulu laaaa.  cukup cukup beli tefal wok.  malangnya tak jadi beli.  guna beli lain yg masa gaji lama sgt tu.  kakakakakakak...skrg kumpul balik nk pegi holiday nanti.



jun jugak macam bad day ktorg laki bini sebb sakit umar raihan relapse balik after a  year.  nephrotic syndrom.  tp sebab dah tau, cepat cepat jumpa paed umar Dr. Long dari mahkota hospital.  kena on 6 bijik predsilone balik. susah jugak hati nk on 6 bijik ubat tu.  takpelah, kalini dengar baik baik cakap pakar semoga tak datang balik sakit ni.  alhamdulilah, dose makin kurang, sampai betul betul  yakin, terus stop ubat tu. 

aku memang ada hati nk entrykan sakit umar ni, tp belum ada kekuatan lagi.  ramai je tanya umar sakit apa.  sorry lah bukan tak sudi nk jawab, tp tak tau dari mana nk mula.  dan aku harap kawan kawan yg tanya tu, google jelah. sebab nk tunggu aku terangkan, belum tentu korang faham.  hehe.

dan terima kasih juga kt kawan kawan yg tau, yg sudi doakan umar raihan sihat. 


masa hari kejadian appointment dengar Dr Long.  alhamdulilah lepas stop ubat tu, kami kawal je macam biasa.  dan start dari tu, anak anak start minum air al manna je.  umar pun since hari hari aku bekalkan al manna tu, nampak cantik lah urine dia. terkawal.  alhamdulillah.

jun bukan selalunya bad pada kami.  ada sinarnya juga.  suami dapat APC.  bagus ko ek bang, td dapat pingat, ni dapat APC.  harapkan bini, dapat mimpi jelah.  hahaha.

so dia dah niat apa tah, nk buat jamuan.  aku suggest jomlah buat beday anak sekali.  bukan ramai pun jemput, jiran bape ketol je. 

maka, terbuatlah kami birtday party umar maira.  dah ada entry  dulu. 





 jun sambut ramadhan.  mama cari baju raya.  kita kasi test.

ni hasilnya.

kemain melalak test baju je ponnnnn.....

kalau perasan, cuba tengok mata umar masa dia sakit, dan masa ni.  lain kan.  tu kesan ubat lah tu.  tp kejap je pastu back to normal, sepet balik.


julai 2015

julai bulan hari raya.  yeahhhh.....balik kampung lah kenangan paling best.  jumpa sedara mara, jumpa kawan kawan gesek gesek.  





ogos 2015

sambung raya.  hehe.
still befriend sikin, fadh, nani dan kak linda.  cuma nani dan kak linda takde dalam gambar. 


anak anak macam biasalah, ada turun naik kesihatannya.  tp under control.

 september 2015



mulanya retak sikit je.  ada batu dari depan. sudahnyee jadi macam ni..




kerjaan suami daku.  nasib baik wey baru renew roadtax insurance.  claim terus.  cuma skrg kereta aku takde tinted.  panas.  tunggu suami jugak yg menyeponcer tinted.  hehe



kesihatan anak anak diuji lagi.  demam batuk.  masa ni mula mula malaysia kena jerebu.  kalah teruk anak anak aku dengan jerebu.  sampai ke xray, amik darah.  malam tu pergi hospital alor gajah terus.  situ tak ramai orang, cepat je result.  risau jugak, tp syukur.  on antibiotik je.  nasib lah tak kena warded ke apa.







dan raya haji....weeeeeeeeee.....


oktober 2015

awal oktober dah byk kerja yg menanti.  office aku diberi tugas menjayakan makan malam konvo.  bepoluh ketiak.  fuhhhh nasib baik menjadi dengan cemerlang.  tahniah kawan kawan pbpi.



 ni demam kot.  tah lupa.  yelah tu sampai berserban kepala.  hehe.


family in law outing main bowling dan makan di coconut shake klebang.  ni first time utk umar maira main bowling.  dan first time utk kami sekeluarga makan kt klebang tu.  tak suka situ sebab sesak, tp takpelah, pengalaman kan.  kalau ayah tak ajak, semua tak merasa makan kt situ.  kasi can lah orang melaka pulekkkkkk.....

 




november 2015

november pun berlalu dengan baik baik saja.

terjumpa ex bos kt mydin.  bos ni masa aku kerja kt elite venture dulu.  dulu bos ni garang tp dia sayang aku.  wakakakakak....till now, aku sayang kt bos aku ni jugak. 


 pbpi sekali lagi buat event kt luar.  jadi biro pendaftaran sebab malas masuk opis.  kakakakaka.  eh tambah cpd jugak.

 adik maira yg semakin mengada ngada dan banyak perangai...saboo jelah mama.


disember 2015

disember thanks sbb being nice to me.

wishlist slashed dapat pergi jb.  weeeeeeee.....tp ada beberapa wishlist tak kesampaian.  lagi lagi wishlist makan.  hahah.  aku kemain note nk makan kacang pool, murtabak cheese, tak dapat ponnn...sobs...dapat makan mee rebus je.
macam kena pergi lagi next time.

belanja anak anak pergi the big little club.  nk review haritu gambar belum transfer lagi.  review skrg aci tak?  hehe.

okaylah cukuplah sekali je pergi.  tak pergi lagi pasni.  sebabnye, macam tak berbaloi bayar mahal mahal (mahal kot, kanak kanak sama harga dengan dewasa, dan dewasa pun bukan main pun), semata nk main indoor funfair.  serious, macam funfair.  dan mainan tak banyak sgt.  dan takde yg wow factor pun.  mungkin yg best kat area playground tu je. yelah anak suka lah kan.  aku siap menguap, mengantuk lagi tau. 

takpelah, better go than never.  pasni idaklee kot nak pegi lagi.





 sian husband aku demam time ni. tp layan jelah anak main permainan yg boring.  belum lagi naik kincir angin tu, super boring. so kalau sesapa nk pergi the big little club ni, sila baca blog aku yg jujur dan telus ni.  hahahah

(baik menabung pergi legoland lah kot)


friendship dari 2003 till now.  alhamdulillah. ada rezeki jumpa nana.  sorrylah kawan kawan jb lain aku tak roger.  sebab tak sempat. pergi 2 hari je.
tapi nana ni, aku nk sgt jumpa.  sebab nk jumpa naurah....kalau dah jumpa pompuan ni, apa lagi gosip kan.  nana lah yg belanja makan mee rebus zz tu.  kemain jauh dia bawak aku pergi kedai tu tau...
 

 esoknya jumpa steffi stacy jay, jahat budak jahat.  eh tak jahat.  hehe.  sian fi si buyong nk jugak jumpa aku kt hotel.  makanya kt hotel la ktrog jumpa kejap. 

pergi jb 2 hari je.  dapat pulak time tu laki aku demam, hmmmm serupa tak bercuti lah gayanya kan. 

eh macam dah buat entry jb je.  okaylah tu kan dari takde.  hehe



ada satu malam tu, kami ke popular bookfair.  aku suka buku buku ni.  nk tunggu big bad wolf lambat nau, kita ke sini jelah.  2 kali pergi. sekali tu pergi sorang sorang lagi best.  haha.


28 disember 2015, umar first time ke sekolah.  tu pun dah buat entry.

okay je pergi sekolah.  tapi sehingga kini, liatnye nk bangun pagi.  padahal dah tido awal ni.  ikut sangat pangai suka tido maknya ni kan..  siap sound aku, alaaaa abang nk tidolah, jangan kacau.  sebijik pangai aku.  kekekekekek



dan penutup gambar, ni malam new year.  tak sambut pun cuma lepak kt kg morten je tengok lampu, tengok cruise.  masa ni awal kul 10 camtu. tak kuasa heh nk tunggu midnight.


2015 bagi aku takde pencapaian gemilang aku.  biasa biasa je.  hubungan dengan manusia pun, manusia datang dan pergi.  tu biasalah.  hubungan sesama keluarga pun,  masih macam dulu, bahagia, mesra.  syukurlah takde gaduh gaduh dalam family mcm family org lain.  walaupun kami jarang jumpa (sepupu) tp sejak wak usin takde, group wasap sepupu dah dimasukkan sekali pakcik dan makcik.  senang nk contact kan.

2016 ni, azam aku:

1.  aku nk katam at least 2 kali al quran.  aku dah beli al quran kecik siap terjemah tu.  alhamdulillah, masih lagi surah al baqarah tp at least bergerak lah hari hari page tu. dan aku dah faham perjalanan maksud al quran tu.  tu sebab aku beli al quran baru.  bukan sebab kt rumah takde alquran.  cuma aku nk yg senang aku nk bawak ke mana, dan ada terjemah.  barulah aku faham sejarah yahudi tu bagai.  hehe.

2.  aku nk rajin solat awal waktu.  ni selalu lah culas sgt ni.  zohor tu hujung sgt solatnye.  tp asar awal sangat.  haha.  insyaAllah...

3.  nk rajin solat dhuha tarik rezeki....kalau waktu kerja aku buat 4 rakaat, time cuti pun aku nk buat jugak at least 2 rakaat.  ni kadang hari cuti, busy busy terus dah masuk waktu zohor.

4.  nk rajin kemas rumah, kemas bilik.  hehe.  doakan leeee...

5.  nk rajin masak.  diet tu lantaklah wey.  malas nk fikir.  asalkan aku nk jaga makan suami aku, anak anak aku.  eh sebelum ni macam lah aku tak masak kan.  aku masak hari hari oiii...

6.  nk tambah collection tupperware.  bahahahaha.

7.  nk beli tefal wok.  haih ni dari dulu ni tak dapat dapat lagi.

8.  nk membahagiakan suami dengan kasih sayang cinta yg tak berbelah bagi.  supaya takde babi sondol. 

9.  nk curahkan kasih sayang pada anak anak.

10.  taknak tambah anak dulu.  haha ni je yg taknak ek.  harap istiqomah.  =)

11.  nk jadi disiplin siket.  ikut jadual yg diberikan. 

12.  nak selalu spend time dengan umar ajar buat homework dan join sekali maira.

13.  since dah tak layan drama maghrib tu, nk solat awal, nk ajar anak anak mengaji.

14.  nak join kelas hujung minggu.  kelas mengaji, kelas fardu ain.  (masih mencari)

okay cukup kot.  tahun depan kita revise balik azam ni, tercapai ke tak. 


aku rasa, bigggest achievement aku setakat hari ni, aku mampu buat entry ni dalam masa 2 jam.  alaa kasi can la aku nak wow kan diri sendiri. 

dan aku kasi big clap jugak kt korang, sebab mampu habis membaca entry aku ni.  tahniah. 

akhir kata, terima kasih sebab jadi sebahagian dari hidup aku.  walaupun ada antara kita tak kenal siapa.   ada antara kita yg dah lama tak bertegur sapa.  ada antara kita yg jadi stalker je.  walaupun begitu, jomlah kita sama sama berdoa untuk kebahagiaan satu sama lain.  aku doakan ko, ko doakan aku githucccuuuu...

aku doakan azam 2016 korang tercapai ek. 

bye.


(maafkan typo, aku malas check balik)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails