:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, March 31, 2010

yana & yaya.

hello hello


3 hari 2 malam aku dengan yana. kawan baik aku dari sekolah menengah convent. plan yang macam macam tu je, jadi jugak. mengenangkan dua dua mempunyai nasib yang agak serupa. =)

sorang lagi, temankan aku kt melaka. kawan baik dari uitm jengka. rezeki dia, dapat kerja kt melaka. sementara nk cari rumah sewa, tinggal kt rumah mak aku. nanti aku kenakan sewa yg agak tinggi. lepas lah 2 bulan aku tanpa gaji. hahahahaha.

sorang kenal dari zaman aku kanak kanak ke remaja, sorang aku kenal dari zaman darah muda remaja ke zaman matang.

tak sangka 2 orang kawan baik yg datang dari pelosok yg berlainan boleh datang sekali dalam masa yg sama, dan buat aku gembira, they match each other!!! sekepala!

hidup aku tak bosan sekarang. yahooo.

aku cakap1: tapi yana dah balik perak. sedih.....
aku cakap2: wahhh dah ada bas terus melaka teluk intan lah...


bubye pengantin~to~be - take care!

bila kawan baik sanggup datang rumah aku yg jauh beribu batu.

hello hello

hari ahad balik kl. sebab ada interview kt cheras. masa tu plan yana temankan aku sampai ke office tempat aku interview. tp dia stuck gila gila kt kl central. aku g sorang.

pasal interview, erm no comment. aku malas nk ungkapkan perasaan kecewa aku. bukan sebab kecewa tak dapat, tp kecewa dengan agent yg uruskan hal interview tu.

okay setel setel semua, jumpa kt masjid jamek. had breakfast at mcd dan jalan jalan kt masjid jamek sebab nk cari bedak sejuk happy!!! pergi cari kt mydin. murah than beli kt kiosk jamu jamu tu. 3 botol besar baru rm6.10.
konon2 ada duit sikit nk beli tudung rm8! dulu aku macam tak mampu nk beli tudung harga rm8, tp sekarang aku mampu walaupun aku adalah penganggur terhormat!

gegas ke pudu.

dapat bas kul 2. cepat cepat aku nk turun bawah sebab jam dah tunjuk kul 1.55pm. tiba tiba yana pulak cramp. sampai nk kena urut urut. aku yg dah cuak takut bas terlepas, sanggup nk papah yana turun platform. turun turun, bas takde lagi. okay fine, belum sampai lagi. yana masih lagi cramp.
tiba tiba ''etty, bas kul 2 eh?'' ''a'ah''
''ko tolong tengok jam kul bape skrg??????????????''
aku pun tengok.
''baru kul 1 lah sengal!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!''
''haaaa???? yeke??? a'ahlah weyyyyyyyy''

gelak gelak gelak macam harem!!! nk naik tangga pun terkedek kedek sebab beban bawak beg satu, pastu tak tahan nk gelak yg mata aku kerooo. hah, ni jadi bahan lah ni.
tapi takpe, jadi pengalaman jugak. kalau tak salah timing, tak merasalah naik tempat tunggu yg baru lagi wangi dan sejuk tu. orang pun takde sangat, kembali gelak haremmmmm.
adeh tak bley blah betul..camne ntah aku boleh tengok jam. mungkin masa aku nampak jam tunjuk kul 1.55 tu rupanya 12.55. hahaha.

penat gila. naik bas, lepas je pudu, aku rasa baru sampai kt church tu, masing masing tidooo. bangun bila masuk exit simpang 4. haha.

sampai rumah, mak call tanya kt mana. masa tu aku kt econsave beli butter. konon konon nk jamu kawan dapat rumah, aku buatkanlah brownies signature aku tuh. mak tak balik lagi! means, mak kunci rumah bukan kunci grill sahaja.
terpaksa tunggu kt bawah, sembang sembang dan gelak macam harem sekali lagi.

dapat je masuk rumah, macam dapat masuk sooorga. ooo lega rasanya.
terus online. hahaha, gila batak macam baru pertama kali kenal apa itu internet bukan intranet.

seperti biasa, rutin harian bila dah berjumpa kawan baik kan. tak lepas dari mengutuk orang, mengutuk boyfriend masing masing menambahkan dosa yg sedia ada. tp sembahyang tetap 5 waktu. hehe.

bubye pengantin~to~be - take care!

sekali lagi aku tense pasal itu

hello hello

sekali lagi kecewa dengan perkhidmatan bas tempatan di bandaraya melaka. bandaraya okay, bukan daerah.

huhhhhh, pasal bas spoil mood untuk sebulan.

berkhidmat biar ikhlas.

dah!!!

bubye pengantin~to~be - take care!

Sunday, March 28, 2010

katakan tidak pada product yahudi itu.

hello hello

baru je tadi, aku call en najib. tengah tengah bersembang tu, sempat jugak aku mengadu, melahirkan kekecewaan yang tak berbelah bagi.

''u kan, u tak rasa ke u untung dengan i???'' aku bertanya
''kenapa?''
''yelah, badan i gemuk''
cepat je dia jawab ''dah tau gemuk, dietlah!'' huh, pantas betul.
''eh eh, cakap orang, u pun gemuk gak''
''jap g i dietlah'' haaa, menjawab tu.

aku dah malas nk diet. sebab aku rasa dah kurus, tp kt weight scale, tak nampak turun nombor nombor tu ke tahap yg aku inginkan. tp org kata aku kurus!!!

aku tak mau orang kata aku kurus, aku mahu weight scale tu yang buktikan!!!!

aku makan macam biasa, cuma malam aku tak makan berat sangat. kot ye pun aku lapar sangat, aku minum je milo.

perkara kedua. aku sangat sangat down pasal yang ke dua ni.

''i tension lah. muka i ni. dah macam macam i pakai, tapi takde kurang pun. makin banyak adalah jerawat ni'' aku memulakan sessi kecewa.
''kadang kadang bila tengok kt cermin cam hodoh je, i tampar muka i'' huh, sadis tak pengakuan?
''u pakailah kiwi------ macam i. i pakai okay je'' si dia suggested. tp aku lupa nama product tu, extract buah kiwi katanya.
''masalahnya, bila orang lain pakai, i pakai, tak okay gak'' merungut lagi.
''erm, u pakai neutrogena, cam along''
''huhh, dah pernah pakai dah. biasa je''
''orang kata pakai petua tu, petua ni, i buat, tak jadi pun. amik air semayang 5 waktu, tak okay pun'' ahhh, jahil betul aku, menyalahkan wudu'.
''sabarlah, i tetap sayangkan u'' kata peransang si dia.
''tp i takmaulah dah kahwin nanti dok kt rumah asyik nk pakai bedak je, nk tutup parut jerawat''
''takpe, asal u pandai layan i. hahahahha'' bengong!!!
''nanti i nk trylah pergi klinik pakar kulit pulak''

tuuuu dia. kekecewaan aku.

ive faced with bad acne problem when im in uitm. part 2. actually, by kenal aku, masa muka aku penuh dengan jerawat. muka aku merah gila.
masa tu, tersalah pilih product sebenarnya. cousin aku pakai de ----- product. dia kata okay. aku gatal punggung nk pakai gak. at last, kulit muka aku makin nipis sampai merah.
jadi, jangan percaya product de de itu!
sejak dari tu, getting worse time by time! sampai malu nk facing dengan orang. macam macam aku try. semua tak jadi.

part 5 kot, aku pakai cymycin. *entah camne eja nya ntah.
masa tu okay dah. jerawat pun takdelah nk tumbuh sangat.

dan tahun tahun seterusnya, aku hanya pakai gel pencuci muka cam gamat, krim siang dan malam cap fair n lovely. okay passs.

kemudian, aku makin gatal punggung nk tukar product. haahhh, time ni lah mula naik sikit sikit jerawat tu. bila aku nk switch balik pakai gamat sume tu, dah tak berkesan!!! ahhh meroyan!!!!!!!

actually, masa tu taklah teruk sangat.

okay, aku cuba satu product mahal ni. aku beli starter pack je. bolehlah cukup untuk sebulan 2. masa tu, muka aku cantik gila. takdelah jerawat naik kan. sooo, aku assumed masa tu, aku serasi dengan product mahal ni.
aku laburkan duit, beli yg botol besar pulak.
aku hairan, adakah kombinasi bahan dalam product tu berlainan???
kenapa starter pack sangat bagus, manakala hok botol besar tu macam HARAMMMMMMMMM????

started from that, hohhhh! bayangkan sendiri.

jerawat tumbuh, jerawat batu. dok besar besar kt dahi, kt dagu, kt hidung.
* yg paling banyak tumbuh, pipi belah kanan. belah kiri cantik.

tp sejak pakai benda alah haram tu, belah kiri pun sama gak.

kawan aku, suggestkan pakai product botol purple ni. dia kata, muka dia okay pakai benda tu.

tapi dah aku kata, orang lain pakai, bila aku pakai tak berkesan!!!!!

aku jadi stress sekarang!!! mak aku suruh aku makan buah naga. sebab anak kawan dia makan, terus jadi licin muka dia. masalahnyaaaaa, aku tak suka makan buah naga tu. aku geli dengan biji biji dia yg banyak tu.

dan malam tadi, aku google klinik pakar kulit. biar aku serahkan pada yg pakar. dah malas nk masuk shopping complex yg ada kaunter tu. tu sume bawak sial! huhhhh.


aku cakap1: balik kl petang ni tanpa anak anak. esok interview!

bubye pengantin~to~be - take care!

Saturday, March 27, 2010

pernahkah anda dihantui hantu??

hello hello

aku ketagih baca blog seram yang satu ni. bila sampai page bawah tu, jari gatal tekan older entry. ahhhh sengal, kang malam susah nk tidur camne??? *online je lah

aku memang suka sangat bila dengar cerita cerita seram ni. kalau ada kawan kawan yg berdepan dengan perkara seram, aku sanggup tunggu sampai habis cerita tu. pastu gatal tanya, camne rupa benda misteri tu. hehe.


tapi, seumur hidup aku, aku memang tak pernah jumpa benda misteri tu. alhamdulillah, aku bersyukur sebab aku tak dapat bayangkan camne aku kalau tiba tiba aku nampak!

masa kt kampung dulu, pun tak pernah nampak. aku berani je dulu dok kampung. ate, dah nama duduk rumah sendiri kan.

kt melaka, adalah takut sikit sikit. mula mula dok sini, level atas ni takde orang lagi. takut tu jelah...sunyi. tp skrg dah okay sikit. *sikit, macam takut jugaklah sebenarnya

lagi lagi, rumah aku jenis pengudaraan tak bagus. so malam malam tingkap memang terbuka yg side rumah kampung tu. kalau dah malam, apa yg aku nampak hanyalah kegelapan dari kebun orang! horror tak???

masa aku duduk asrama dulu pun, seingat aku, aku tak pernah kena kacau. oooo gila ah, form 1 bed aku tepi tingkap!! malam malam sebelum tidur, aku siap kepit dengan penyepit baju tu banyak banyak tak bagi langsir terbang! dulu ingat lagi, kalau malam dah pasang kelambu, tapi bila kita nk keluar balik, please make sure yg kelambu tu kita tu ermmmm camne eh nk bagitau. kelambu tu kita kena selitkan, kena lipat. ala, kiranya, jangan biarkan camtu jelah kelambu tu. biarkan dia terbuka. aishh, aku tak reti betul nk explain camne keadaan kelambu tu lah. senior kata, nanti kalau tinggal, ada ''orang'' tumpang!! hah, duduk hostel 3 tahun, petua tu aku amalkan.


dekat uitm, huh, banyak betul kisah yg aku dengar. almaklumlah, jengka. tempat jin bertendang. nk buat camne. tp alhamdulillah, 3 tahun kt sana aku tak pernah kena kacau directly. directly?? macam pernah kena kacau jugak je???


yup, tak silap aku, masa tu part 4 kot. masa kt hostel dulu kan, selamba je kau pakai spagetti dengan boxer. masa tu malam. dah biasa dengan level sendiri, pergi toilet pun sendiri lah. tp level tu tetap ''siang''. nk balik bilik, paan tegur aku. *paan classmate aku

''eh etty, apa kt belakang kau tu? sapa cakar?''

erk, aku dah cuak! bila aku tunjuk kt kawan kawan aku, semua terkejut. aku mana boleh nampak, kata belakang. tengok dari cermin je. betul wey, macam kena cakap belakang aku ni. macam ditekan dengan objek tumpul sekuat mungkin sehingga terkesan darah beku. huh, explanation yg complicated! ada 3 jalur! merah gila, cuma aku tak rasa perit macam kena cakar kucing tu.

ahhh orang cuak, mestilah menangis. tak menangis, tak cool. hahaahhaha.


terus aku demam!

kebetulan, gff aku, fiza kena kacau jugak masa tu. dia lagi scary weyyyy. sakit belakang pakej kena cakar gak cam aku. sakit belakang dia macam cite siam tu. the shutter ek??? yg ada hantu tumpang badan dia tu. huh, siap berubat. demam jangan cakaplah. semedangnya sakit.

actually, masa part 4 tu, aku pernah juga nampak kelibat. aku ingat roomate aku, so aku takdelah takut sangat bila terjaga malam malam. bila aku tanya dayah @ bard @ liza, dorang nafikan. hah, sahlah budak dorang yg aku nampak malam tu. tp alhamdulillah, dia tak kacau aku. macam angin lalu je.

masa part 6, ada seseorang kami gelarkan dia ''ghostbuster''. haha gila budak ni selamba nk cakap orang camtu.

actually, ada sorang cousemate tu. dia ni pendiam, cam alim sikit. tp tak lah semua berkenan nk kawan dengan dia. kawan biasa biasa je. dia sebilik dengan fiza.

satu masa tu, uitm gempar lah kejap dengan mistikus ni. histeria lah, tu lah ni lah. untungnya aku, orang tu jerit jerit, aku tak dengar!! padahal confirm lah kuat gila kan dia jerit.

orang kata, sempadan kawasan dia dengan kawasan manusia bocor. pagar lah ni. sebab budak budak pompuan yg nk sidai baju, dalam kolej suka sangat pakai seksi seksi. sekali terbocor daaaaaa.

tu yg ramai kena usik.

in fact, classmate aku, syima, kena kacau pukul 7 pagi!!! hoh. jangan ingat benda tu kacau malam, siang siang pun tau. dah lah bilik syima tu sebelah bilik aku!!!!

pastu datang dari mana ntah cerita ni, si minah ghostbuster ni, cakap aku ada kuasa!!!! kuasa nk nampak benda benda mistik ni. sebab apa panggil dia ghostbuster, sebab dia claim, dia nampak yg aku ada kuasa tu, melalui pandangan mata aku. gilak kah??? tu yg melekat nama ghostbuster sebab wahhhh hebatnya kau pandang mata aku, aku boleh digelar melinda gordon.

masa ni, aku agak bangga gaklah dapat gelaran melinda gordon jengka!!! hahahahaha.

*aku kan memang minat cerita ghost whisperer tu.

tp haram, aku bukanlah melinda gordon yg sejati. kalau betul aku boleh nampak, kenapa aku tak pernah nampak??? eeeiii saja tau buat fitnah ghostbuster ni. bukan je aku jadi glamer kerana jadi jennifer love hewitt wannabe, tp aku jadi takut lah bodoh!!!! asallah keluar statement aku punyai kuasa mistikus ni???? aku tak faham betul minah ni

dah aku dimomok momokkan dengan kawan kawan aku.

siyes wey, aku trauma sejak digelar melinda gordon jengka!

wadahel!!!

yg aku tak tahan nk gelak bila ungkit cerita ni dengan kawan kawan, ada satu masa ni, masa hebat kejadian histeria tu lah. si ghostbuster ni, suruh lah satu level baca satu alquran. wing kitaorg jelah. kena habiskan bacaan quran.

contohnya macam, beberapa orang di bahagia depan baca surah surah awal, yg bahagian tengah, baca surah tengah. ada part part dia lah. yg aku kesian masa tu, kawan aku si syima tu lah, kesian wooo kt dia. orang lain dah habis baca, dia tak habis lagi. sebab dapat surah panjang. syima dengan dak ghostbuster tu lah. dia agak baik lah dengan ghostbuster tu, so dia pun ikut lah si ghostbuster tu. kau tak scary ke, tengah tengah malam, orang lain dah masuk bilik, tinggal 3 orang baca quran kt hujung level??????

*nasib baik tengah baca al quran masa tu
*okay fine, semua tu untuk kepentingan semua orang! baiklah...

lepas belajar, kerja pulak. masa ni kerja kt pj. menyewa kt mentari court. mula mula menyewa 5 orang. tapi apa hal entah masing masing keluar rumah. tinggal bertiga. tp roomate aku, asyik asyik tidur rumah bakal mertua, tinggal lah aku sorang.
kalini, aku kena cakar jugak. tp saiz yg kecil dah halus. macam kena cakap kucing tp banyak line dia. aku pun lupa sakit ke tak.
bila sembang sembang ng housemate yg sorang tu, dia pun cerita lah yg rumah tu memang tempat mainan ''budak kecik''. sebab dulu dia masuk ward. dah balik ward, berubat lah. orang yg datang berubat tu yg bagitau.

hah, serius. lepas je dia bagitau, seriau aku jangan tanya camne. kaki aku jangan tanya berapa banyak kena cakau!

setakat tu je kenangan mistikus aku.

pindah kampung baru, duduk dengan kak ijan. takde kena ganggu sebab rumah tu ada orang sembahyang cukup 5 waktu walaupun bukan aku orangnya. hahahahhaaha.

pindah flat, dengar dengar jugak budak lain kena kacau. tp aku, amik pendekatan baru, aku tak mau dengar semua cerita tu. lantak korang lah. yg penting takde sapa kacau aku, aku pun tak kacau orang!

aku ni penakut gak. tp entah, buat buat berani kot.

sejak ada cerita ala ala ghost hunter kt ntv7 tu, aku tak berani dah nk dengar sebab aku memang takut nk bayangkan bila time aku nk tidur nanti.

dah baru baru ni, aku dengar. semalam!!!!

balik dari telok mas, dengan mak angkat nadiah, dia cerita kejadian kt sekolah telok mas tu.
terbukti malam tadi, aku mengantuk, tp aku tak berani nk tidur.

hahahahahhahahahahaha!!!!

alahai mak angkat nadiah, tak payahlah cerita...sudah bikin aku takut daaaaaaa.

aku cakap1: alahai, mana mak aku ni????? tak balik balik lagi...[selesai menaip jam 6.15pm, waklu siang aku dah takut!!!!]

aku cakap2: publish 27march, taip 26march


bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, March 25, 2010

hari ini dalam sejarah

hello hello

aku ke sekolah lama adik aku kt telok mas. adik aku yg cemerlang dlm pmr hari tu, dapat token dari sekolah lama. ada beberapa perkara yg aku nk cakapkan sepanjang hari yg memenatkan aku!!!

1. bas lambat
untuk ke rumah aku, bas town yg warna hijau tu. selain bas terlalu daif, service lambat gila!!! paling busuk, sejam sekali. tp harini, busuuuuuuuuuuuk gila. 2 jam tunggu pun takde!!!! wtf. wtf. wtf. aku dah mengamuk dah tadi.
wadahel kalau melaka penuh dengan shopping complex yg duplicate tapi bas 2 jam sekali?????
wadahel kalau habiskan duit untuk benda lain yg tak berapa nk penting sangat compared dengan keperluan rakyat yg tak mampu nk punyai kenderaan persendirian nk pergi ke shopping complex yg duplicate tu??????
wadahel kalau habiskan duit beli macam macam kenderaan, tp bas town sangat daif nk mampus????? *bukan bas town je, tapi semua bas!!


2. driver bas
cukup lengkap padanan dua ni. bas dan pemandunya. macam kelindan dan lori!
dengan bas daif nak mampus, bawak macam kau bawak honda accord!!!!
wadahel!!! memang kami semua nk sampai cepat ke destinasi masing masing, tp pakcik, boleh tak pakcik bawak dengan berhemah??? macam boyfriend saya??? boleh tak kalau nk lap tu, jangan buat lap maut yg boleh mengundang maut???
* masa tu, aku recall balik kejadian bas accident kt ayer keroh dulu. huh, sadis. dengan bas buruk, org lain menjadi mangsa!


3. budak sekolah
berhenti kt satu sekolah menengah, naik lah segerombolan budak budak hingusan. masing masing tak matang lagi, jadinya fikiran tu tak kehadapan. naik bas, baru terhegeh hegeh nk keluarkan duit tambang! kau dah berapa saat naik bas tu dik?? takkan tak faham faham lagi???
korang sewa khas ke bas tu???? nk ktorg tunggu kau pulak.
budak budak laki pun bergaya macam macho kt belakang nk ngorat budak budak pompuan di bahagian hadapan sebab tak dapat duduk! huh, tak sedar badan berbau ada hati nk ngorat anak dara orang!!! naik naik bas je, bau semerbak...daripada korang habiskan masa melepak kt mahkota parade atau dataran pahlawan, baik korang beli deodorant. wangikan sikit ketiak korang tu 24 jam. kan ada benda murah tu kt mydin 24 jam. kalau bukan 24 jam pun, kt melaka ada 2 lagi mydin. tak cukup dengan tu, jusco pun ada 2, giant pun ada. akan datang, tesco pun ada 2. haaaa, kalau takde duit nk beli yg branded, beli yg cap ayam. asalkan tak berbau.
*huh panjangnya omelan bau badan ni. aku memang anti bau busuk.


4. sekolah lama adik aku
tengah tengah event ni, boleh takde air???????? adakah tak fikir tentang mak bapak nk terkencing, terberak di saat excited nk tengok anak ambik anugerah????
in fact mak aku............rahsia!

*the sweetest is, aku teringatkan kawan kawan sekolah aku.


5. adik aku menangis, saat berpisah dengan kawan kawan
okay ni takde nk komen, cuma teringat tahun lepas. since habis form 3 aku tak jumpa kawan kawan magenta, kemudian jumpa masa kenduri ketua kelas magenta, pergi pulak picnic dan berjimba sakan, tiba malam saat nk berpisah, aku menangis!!!!!
aku fikir, bila lagi nk jumpa pasni..........
aku rindu masa sekolah, aku rindu masa dikelilingi ramai kawan kawan yg sekepala atau setengah kepala. aku rindu betul zaman belajar di sekolah rendah, menengah (convent), menengah (khir johari) dan uitm jengka..rindu betul.
* yang penting, masa zaman sekolah aku dulu budak lelaki takde yg busuk ketiak. oh ye, dulu deodorant murah. harga mampu milik. tak pun, kawan kawan aku dulu pandai cari duit, kopek kelapa dah jadi perkara biasa di kalangan kawan kawan aku yg independent orangnya.


6. kubur
terpandang kubur, aku teringat arwah abah. tu je.


alhamdulillah, balik, aku tak perlu nk hadapi perkara 1, 2 dan 3 untuk kali kedua. ada insan baik yg menolong!

ada yg terasa, tingkatkan prestasi, kurangkan kontroversi. utamakan rakyat! bukan utamakan wakil rakyat!!! haha.


bubye pengantin~to~be - take care!

keluarga: cinta kah kita pada ibu???

hello hello





tadi mak bercerita tentang keluarga dan jugak kawan kawan. yg paling best sekali, pasal sorang kawan mak.

makcik ni, anak anak dah kawin, duduk dengan anak anak kt rumah peninggalan arwah suami dan menerima duit pencen. makcik ni ada 3 org cucu yg tinggal sekali lah. pendek kata, makcik ni yg jaga cucu dia masa mak bapak budak budak ni pergi kerja.

aku andaikan makcik ni mempunyai anak menantu yg baik baik. tp aku belum lagi suarakan atau ayat pujian tu belum lagi lah keluar secara zahir. dalam hati aku dah puji habis yg untung makcik ni dapat menantu cam dia.

dijadikan cerita, makcik ni ada penyakit jantung. jadi, kena selalu keluar hirup udara nyaman, buat senaman sikit. so anak menantu pun ajaklah pergi sana, pergi sini. *tu reason yg aku nk puji anak menantu dia sebab sanggup nk bawak mertua jalan jalan.

tapiiiii, belum sempat aku nk memuji, mak mula bercerita tentang nasib malang makcik ni. terkejut sebab tak sangka.

ceritanya.....

apa apa masalah kt rumah, anak anak serahkan bulat bulat pada emak!!! boleh tak imagine bila mentol toilet rosak...emak! bila tingkap pecah...emak! bila....apa apalah....emak!!
kalau emak emak emak beserta duit sekali takpe...ni nan adoooo. boleh????

bila emak mintak duit *konon macam nk perli, si anak jawab ''nantilah, bulan depan org ganti''. till the end, nan adooo jugek.

aku tanya ''anak makcik tu ke, atau pn menantu dia jugak sama?''
''semua, seisi keluarga''

hahahaha tergelak aku. nasib baik mulut aku tak ringan nk memuji perangai anak menantu.

bila bercerita lagi, rupanya, anak dia tak pernah sekali pun basuh baju anak anak *cucu makcik ni. even hanya letak dalam mesin basuh! totally on makcik's shoulder. boleh tak bayangkan how could anak pompuan dia buat camtu???

dan sepanjang aku merungut bas tak kunjung tiba, aku terfikirkan sesuatu.

adakah aku pun jadi camtu bila dah berkeluarga kelak???
adakah aku akan menyusahkan mak aku macam kakak tu buat???
adakah suami aku akan berperangai macam menantu makcik tu???
adakah adik adik aku juga akan berkelakuan macam tu???


dan korang pulak camne????


adakah korang mampu nk bahagiakan mak korang sehingga akhir hayatnya???
adakah korang mampu nk jaga hati dia dalam sedar atau tidak???


tahukah korang once mak korang bercerita perihal dalam rumah terutama hal anak anak [yang berunsur negatif], bermaksud yg dia kecil hati dengan korang???????????

tahu tak hukum sakitkan hati ibuuuuuuuuuuuuuuu apa??????


aku cakap1: tepuk otak, sila berfikir!!!!!


bubye pengantin~to~be - take care!

Wednesday, March 24, 2010

video: nobody

hello hello

ahhh dalam takde idea, byk jugak entry aku post malam ni.

okay enjoy lah.

ni cute gila http://www.youtube.com/watch?v=Grv5R2uwglU

ni bapuk pulak http://www.youtube.com/watch?v=0MFEFnRJC4k&feature=related

masih lagu yg sama http://www.youtube.com/watch?v=NScfSWyaXEY&feature=related


wey, asal lagu ni takde masa zaman convent dulu??? sure tak payah buat koir london bridge is falling down yg ba alif ngang tu kan????? hahaha.


aku cakap1: aku pun enjoy!

bubye pengantin~to~be - take care!

hukum: kahwin dengan janda

hello hello

MEMINANG PEREMPUAN JANDA

Adat resam meminang janda adalah jauh lebih mudah dan ringkas berbanding meminang anak dara. Lelaki yang hendak meminang seseorang janda hanya perlu menjalankan risikan tentang diri janda tersebut dan apabila sudah dipersetujui oleh lelaki itu seorang perempuan tua akan dihantar untuk meminangnya. Janda itu akan memutuskan sendiri sama ada beliau bersetuju menerima pinangan tersebut atau tidak dan setelah dipersetujui, segala syarat dan mas kahwin akan ditetapkan. Di sesetengah kampung, mas kahwin dan belanja bagi seorang janda biasanya ditetapkan sama ada $51.00, $61.00 atau $101.00.


ADAT PERKAHWINAN JANDA

Kebanyakannya hanya menjalankan kerja yang wajib sahaja iaitu dengan mengadakan majlis akad dengan jamuan yang kecil dan setelah selesai kenduri kendara maka pada malam itu jugalah kedua suami isteri itu dipersatukan.


ADAT PERKAHWINAN JANDA BERHIAS

Cara perkahwinan janda berhias hanya dijalankan oleh ibu bapa janda tersebut kerana beberapa sebab, seperti :

• Anak mereka masih terlalu muda lagi umurnya.

• Tempoh perkahwinannya dahulu itu singkat.

• Ibu bapa itu tiada anak perempuan yang lain selain daripada anaknya yang janda itu.

• Kecantikan anaknya sangat terpuji.

• Ibu bapa itu orang berada.

Cara perkahwinan janda berhias adalah serupa sebagaimana yang dijalankan kepada perkahwinan anak dara. Yang berubah hanyalah tentang kecil besarnya majlis yang dijalankan itu dan bagi perkahwinan janda, upacara mandi-mandian tidak dijalankan.

source - klik sini jelah.




aku cakap1: untuk kegunaan aku juga

bubye pengantin~to~be - take care!

malim, melaka

hello hello

tak taulah nk update apa. tapi jari ni gatal gila nk menaip. almaklumlah, masa kt office dulu tak boleh nk curahkan idea, dah dapat peluang ni, takde idea pulak.

apo nk buek, ekau tengok yola budak 2 ekor ni bila balik melaka. tak boleh nk duduk diam.











luka mell dah sembuh. dah bercantum balik, kalau belek perut dia pun, takde kesan apa. cuma ada bengkak dan menggelebeh sikit lah perut dia tu. well, mell. baguslah. mell ni kuat semangat. tak manja sgt, tak melepet bila dia tau yg dia sakit. sayang mell.

budak budak ni pandai betul. mak landing kt sofa, dorang pun sibuk landing sama. siap tidor atas sofa tu. gambar kecik sebab ada gambar mak tengah baring. crop jadilah gambar ni.

kesian betul budak budak ni tak dapat nk main kt tanah. nk buat camne, si adik belum vaccine lagi, mell pulak baru baik. so aku memang taknak amik risiko. dorang kt rumah atas pun lari cam tak cukup padang!

pastu lagi kesian, tak dapat nk kunyah rumput. kucing kan suka makan rumput. jadinya, yg jadi mangsa kt rumah mak ni, pokok hiasan atas meja dan daun pandan mak buat nasi lemak!!!
ahh mell, mentang mentang daun pandan tu baunya wangi, di bantainya gigit gigit.

apa apalah anak anakku, asalkan korang bahagia.

aku cakap1: first time adik balik melaka, dia tak nakal!
aku cakap2: balik melaka, asyik melantak nasi lemak mak je, jangan terkejut bila balik kl aku gemuk!



bubye pengantin~to~be - take care!

tips beli cincin

hello hello

well well well. sayangnya aku pada korang, aku google dan bagi ini sekali untuk rujukan korang. harap boleh jadi panduan hidup membeli cincin.

ini dia ------> http://cursingmalay.blogspot.com/2009/12/panduan-dan-langkah-langkah-untuk.html

terima kasih tuan blog!


bubye pengantin~to~be - take care!

Tuesday, March 23, 2010

cincin tunang / kahwin - april for diamond

hello hello

ada beberapa orang teman, yg nk berkahwin / bertunang dalam masa terdekat ni, tapi belum lagi beli cincin tunang / risik / kahwin. ish ish ish, suka buat last minute tau uols.

oleh itu, aku suggest kan korang beli di bulan April ni sebab bulan April adalah bulan diamond. mesti korang nk cincin lip lap lip lap anak mami kan??? haaa, bulan April adalah bulan yg sesuai. since bulan diamond, korang yg bertunang harus / wajib / sunnah mintak kt bakal tunang tu, cincin diamond instead of cincin belah rotan.

mana aku tau bulan April bulan diamond??? budak rumah aku bagitau! sebab dia pun dok sibuk bagitau aku ''kang nk beli cincin, beli bulan April. bulan April kan bulan diamond'' ooo sebenarnya aku baru tau.

dan lagi satu, sila baca di sini okay. terima kasih kerana sumber itu.




pada sesiapa yg mencari, di sini aku warwarkan beberapa event shopping yg korang boleh dapatkan cincin / barang kemas dengan harga yg mampuandamilikkot.


update: sorry guys, aku tak tengok date. da habissss laaaaa

dua risalah ini datang dari sini ya! haaa yg ini sempat lagi korang nk pergi ni. tomei pun kalau bagi diskaun, memang kaw kaw lah harga dia. cuba try tengok. kot kot dapat yg berkenan kan.

dan ini datangnya dari sumber ini. yg ini pun sempat lagi nk pergi.

tp kalau dah terlepas event ni semua, bulan depan, rajin rajinkanlah pergi kedai emas. mesti setiap kedai ada menawarkan harga yg lebih rendah dari bulan bulan lain. kalau rajin, buat survey dulu. kadang kadang, lain branch, lain harganya.

satu lagi tips yg boleh dikongsi, dinasihatkan pada bakal pengantin / bakal tunang orang yg tak kisah bentuk cincin tu asal cantik dan berkenan tanpa memikirkan soal trend sekarang whatever, pergi beli cincin tu semua kt kedai biasa je! jangan beli kt kedai ternama sebab yg buat dia mahal adalah kos upah. kalau kt kedai yg kecil kecil ni, upah masih lagi harga mampu. kalau ke kedai emas kelantan, baiknya hati pemilik org kelantan adalah, sap sap soi je kos upah tu. tp aku tak sure lah kedai mana yg boleh bagi harga murah tu. tu korang kena survey sendiri okay. aku berkongsi info je.

aku bagi contoh ye. along by, masa nk bertunang dulu dia beli kt kuala pilah. sebab kt sana murah! haaa, tu dah contoh dah. pastu, masa kawan aku kahwin dulu, dia beli kat bagan datoh. tu pun murah gak. pendek kata, kedai tu berada di pekan pekan kecil!

kemudian, beli kt kedai emas yg biasa kita sekeluarga beli. korbankan masa yg mana dok kl, balik kampung, tanya mak kita ''mak biasa beli cincin/ rantai kt mana?''. jadi, pergi ke sana dan beli di sana. kebanyakannya, kalau dah biasa dengan mak kita, sure tokey kedai tu bagi diskaun kan??? kan??? kan???

kedai kedai biasa pun banyak choice what. kena pulak tu dengan budget kita.

dan terpulanglah nk beli belah rotan atau diamond kan. aku suka diamond! hehe.

walaupun by kata, diamond kalau jual balik tak laku. helllloooo, sapa nk jual balik cincin tu semua. simpan sampai mati lah!

kemudian, kalau bakal anda tu yg beli sendiri tanpa anda sekali masa memilih tu, redha jelah. anggap jelah tu hadiah dari mereka. terimalah seadanya. lagi bermakna kot kalau cincin tu 100% idea dia. kalau rasa tak cantik, lama lama pandang mesti jatuh cinta kali kedua!!! percayalah!

okaylah, selamat membeli. jangan beli mahal sangat. gunakan wang selebihnya untuk kegunaan yg lain. ingat tu tau.

aku cakap1: takkan aku nk beli bulan depan kot????
aku cakap2: aku mengimpikan cincin mutiara.


bubye pengantin~to~be - take care!

lelaki ini.

hello hello


si dia mungkin kadang kadang menjengkelkan.
si dia mungkin kadang kadang menyakitkan hati aku.
si dia mungkin kadang kadang bermulut puaka.
si dia mungkin sukar nk tunjukkan kasih sayang.
si dia mungkin sibuk lalu melupakan aku.
si dia mungkin terlupa yg aku ni kekasih dia.
si dia mungkin tak romantis macam orang lain.



TAPI.....


si dia juga yg baik hati.
si dia juga yg penyayang.
si dia juga yg mengambil berat.
si dia juga yg prihatin.
si dia romantis dalam caranya sendiri.
si dia yg selalu tunjukkan keadaan dirinya yang sebenar tanpa berpura pura.



aku sayang padanya.


terima kasih kerana faham keadaan aku wahai kekasih.


aku cakap1: sebagai manusia, aku sayang padamu * quote dari sunan

bubye pengantin~to~be - take care!

Monday, March 22, 2010

rezeki.

hello hello

yeaaaaa, thank you nuffnang!!!!!

sapa sapa lagi yg akan pergi?????



bubye pengantin~to~be - take care!

Sunday, March 21, 2010

di hujung minggu.

hello hello

dialog antara ibu dan anak. AWAS. entry panjang berjela jela. almaklumlah, jarang nk bersembang.




adik: kenapa mummy selalu lebihkan kak mell??? kita kecik ati tau

mummy: eh yeke??? mana ada. kasih sayang mummy adil dan saksama lah. mummy sayang dua dua sekali.

adik: takde de. selalu mummy cam lebihkan kakak. yelah, mentang mentang kita ni dikutip je.

mummy: kutip kutip pun, terkutip gak kan. kalau tak kutip, tak sayang nama nya tu

mummy: ala, standard lah tu. selalu anak sulung mmg mak mak sayang lebih sikit. lagipun, kakak tu kan gegurl. awk kn boboy. mestilah mummy kena jaga lebih pada yg gegurl.

adik: ahhhh tak adil. benci i benci i.

mummy: lagipun, kakak kn baru pas operate. mummy kena jaga dia baik baik. mummy tak mau kakak sakit. nanti kalau kakak sakit, awk takde kawan kan??? kang kaki mummy jadi mangsa gigi awk.

mummy: awak pun kena sayang jugak pada kakak. kakak tu sayang sangat pada awak tau. dia selalu jilat montot awak. awak ni dahlah berak pun tak pandai nk bersihkan montot sendiri. haaa, kakak awak tu lah yg jilat kasi bersih tau.

adik: *speechless. terharu kot.

adik: tp kenapa mummy selalu jentik telinga kita bila kita gurau gurau dengan kakak??

mummy: pengajaran. lagipun, mummy pun jentik gurau gurau what??? mana ada sakit kan. mummy nk anak anak mummy behave. main elok elok. ada faham kaaaa????

adik: okay faham faham. so sekarang ni, kesimpulannya, mummy sayang dua dua lah ye???

mummy: iya sayang. dua dua mummy sayang. walaupun adik bukan anak kandung mummy.

adik: whaattttttttt??? wtf.

mummy: ish ish, tak baik carut carut tau. yelah, adik kan orang lain yg punya. mummy ni tukang jaga makan, berak adik je.

adik: laaaa yeke?? adik ingat, adik ni mummy yg punya.

mummy: mummy tak kisah pun. mummy sayang kt uols berdua ni.

adik: tp nanti bila mummy ng kakak balik melaka, adik ikut tak???

mummy: erm, tu kena tanya daddy lah boleh tak bawak kamu berdua. kamu boleh ke duduk satu carrier dengan kakak???

adik: daddy tak suka kt ktorg ke my???

mummy: suka je. tp daddy tu jenis susah nk tunjuk yg dia sayang, suka kt korang. takpe, nanti bila tiba time balik melaka, mummy slow talk ke goda goda daddy ye.

adik: ish mummy ni, apa lak cakap goda goda ni. malu lah kita.

mummy: ooooopsssssss *shame shame

adik: kita tak pernah lagi balik malim kan mummy. kita tak pernah jumpa nenek.

mummy: iya, nanti kita balik melaka ye sayang. kita jumpa nenek, jumpa ibu kakak. tp kalau jumpa ibu kakak, dia bukan nk kt kakak lagi. tapi takpe, kakak dah ada mummy dah sekarang. adik pun dah ada mummy jugak.

adik: kita rindulah kt ibu kita. tu yg selalu kita termenung tu.

mummy: laaa yeke?? awat tak habaq?? takpelah. awak dah seronok kt sini kan. nanti kalau balik ke chow kit tu, penuh kutu lagi badan awak. ada kutu kan tak sedap nk tido. mummy ingat lagi masa mula mula awak kt sini, penuh badan awak dengan kutu tau. mummy tak tahan, mummy bawak jumpa doctor. lepas je doctor bagi ubat kutu, terus adik tidur dengan lena tau. kesian adik masa tu.

adik: yelah, masa kt chow kit dulu, tidur pun tak tentu masa tau. tidur atas jalan tar je. ahhhh sedih lah bila kenang balik kenangan dulu dulu.

mummy: takpe dah. jangan sedih sedih. kt sini, ada mummy ada kakak. adik terbela kt sini. mummy dah bagi yg terbaik untuk korang. mummy nk korang doakan mummy je. doakan rezeki mummy banyak, dapat kerja, dapat duit. bila dah ada duit banyak, nanti mummy belikan toys, makanan yg sedap sedap. nk tak????

adik: nak nak nak!!!!!

mummy: okaylah. pergi main dengan kakak ye kt luar. mummy nk call daddy. nk tanya daddy kalau mummy balik malim, korang berdua camne.

adik: okay. mummy....nk kiss.

mummy: erm, meh kiss kepala je. tak mau comolot. malam tadi awak gigit lipas.

adik: okay. love u mummy



aku cakap1: selamat berhujung minggu!!!


bubye pengantin~to~be - take care!

video: mellinda binti etty

hello hello





macam sedih bila tengok video ni. cepatnya masa berlalu. i miss to having u as a baby, mellinda.

kenapa cepat sangat membesar ni????????


aku menangis bila baca blog orang yg kehilangan anak anak mereka. dan aku bayangkan jika terjadi pada aku suatu hari nanti. agaknya, macam manalah keadaan aku ye time tu.

macam tak sanggup je nk kehilangan anak anak.

please please please. jangan tinggalkan aku!!!


aku cakap1: takziah, pada sesiapa yg kehilangan anak!

aku cakap2: anak anak dalam blog aku adalah kucing ye.


bubye pengantin~to~be - take care!

mummy love u.

hello hello


sekali lagi gambar dorang tidur, aku titipkan di sini. takde tempat lain nk letak.

abaikan gambar mell tidur atas plastic. kan aku dah cakap, balkoni rumah tu penuh dengan sampah orang atas. aku pun sesekali rajinkan lah sapu, buang sampah sampah tu semua. kerja senang, aku amik sampah tu, aku campak kt bawah balik. haha, senang kan. orang campak kt aku, aku campak kt orang lain pulak. kalau aku baik sangat, buang kt tong sampah, tetap jugak org buang kt rumah aku. so, baik tak payah baik sangat. sesekali takpe kot.



perut mell berplaster. silap aku beli plaster yg kain tu, jadinya susah nk tanggal kan. mungkin bila luka dah baik, aku sapu dengan minyak hari hari kasi plaster tu tanggal. nk tanggalkan sekarang, aku tak sampai hati.




hihi. budak dua ni kannnnnn...

aku senang betul tengok keadaan camni. yelah, dulu kan mell sorang sorang. sekarang bila mell dah ada teman, aku betul betul gembira sebagaimana mell gembira dapat teman.

oh ye, ramai tanya ''adik tu breed apa?''
adik tu aku kutip kt chow kit, so breed yg sebenar aku kurang pasti. mungkin macam mell, mixed. aku anggap je dorang ni sama breed. siam kacuk!

orang kata bila neuter kan kucing, kucing tu jadi gemuk.
haha. mell dah tunjuk pun kearah itu.
dia sekarang kuat makan okay. takkan aku nk letak banyak makanan kn. so aku biarkan time makan tu macam biasa. aku tak nak lah biasakan dia makan bukan meal time dorang.
best jugak kalau mell gemuk kan. tp entahlah. bila fikir fikir, tak mau lah mell gemuk sangat. kang obessssssss.
aku cakap1: esok ke petaling street nk cari petshop!


bubye pengantin~to~be - take care!

Saturday, March 20, 2010

handsome boy of mine!

hello hello


ini budak kecik kan, asyiklah mengikut kakak nya sejak kakak mell balik hari tu. nk tidur pun dah tak boleh berenggang dah. ingat tak masa mell takde kt rumah, kan dia di bawah ketiak aku je. tp sejak mell balik, haram dah nk kt aku. pegang sikit, nk lari. dah tak boleh nk manja manja lagi dah. dia dok sibuk cari kakak mell nya tu.

bukan apa, aku nk rehatkan mell. takut bentan bila dia dok lari lari main dengan adiknya.

tp aku rasa, Allah kurniakan perasaan tak sakit pada haiwan lah. aku rasa mell langsung tak rasa sakit. kalau dia sakit, mesti dia melepet je kan. macam yg dia demam pas vaccine hari tu, kan dia dok diam je. tu tanda dia sakit. tp ni, serius, dia ceria sentiasa. tersenyum jeeeeee. ish tau tau je dia senyum kan.

kalau betul apa yg aku andaikan, aku betul betul bersyukur. bila dah jaga sekor dua kucing yg betul betul aku bagi perhatian, baru aku kenal perangai kucing ni camne.

dan si adik ni, apa yg kakak dia buat, dia akan ikut. kira mell tu mentor dia lah.

mell suka menggonggong apa apa sampah dari balkoni [orang atas mana ntah selamba buang sampah. yg mangsa rumah aku]
bila dah ada kakak, adik ikut perangai kakak. ko jangan terkejut lah bila tiba tiba ada plastik coklat yg tak pernah makan ada dalam rumah. tak lain tak bukan, kerja budak budak tu. bila amik, tau nk marah, nk berontak.
[tapi kan, comeeeeeel nya muka budak budak ni masa menggonggong benda benda tu semua, tp aku tak sempat lagi nk snap gambar dorang jadi ''anjing'' : )]


mell suka buru lipas. ah benda ni paling aku tak suka dan benci. aku kan benci gila kt lipas. dan dan tu jugak mell selalu bawak lipas masuk. dari mana lipas tu datang aku pun tak tau.
dan lepas nampak dia main main dengan lipas, aku akan self quarantine dari cium mell.
tapi sekarang, kemana tumpahnya susu kucing kalau tak dalam royal canin mereka!!!! si adik dah selamat ikut jejak langkah si kakak! sabar jelah aku!!!!!

macam macam!



hensemnya anak mummy ni....


close up sikit. ahhhh, tetap ganas macam selalu muka tu.

hahahaha, boleh menang tak kucing gangster sedunia????

suka main hide and seek dengan mell. bila kena gigit, jerit mintak tolong selamatkan dia. haha. so sweet!!!!

apa pandang pandang????? ada hutang ke?????



ahhh, aku tak tahu nk update apa berkenaan dengan perkahwinan.....jadinya, ini lah hasilnya. harap tak bosan membaca tentang anak anak aku.


aku cakap1: battery camera cepat kong!!!!

bubye pengantin~to~be - take care!

how to: have a cat if u stay in appartment @ flat

hello hello

aku copy paste dari blog misteri aku untuk dikongsi bersama. since yg boleh masuk tu adalah kawan kawan dan saudara yg tersayang je. moga boleh dipakai guna oleh korang korang.

-----------------------------------------------------------------------

ramai kawan kawan tanya ''camne kau bela kucing rumah atas ek?''

oh, meh sini saya pun senang hati nk bercerita itu ini kt uols. memang agak complicated sikit nk bela kucing kt rumah atas compared dengan bela kucing kt rumah bawah. kena pastikan rumah bersih dari bau dan benda benda tak seronok dihidu dan dilihat. tu memang kena pastikan diri akan berkomitmen. jangan nk angan angan taik ayam bela kucing, tapi tak hiraukan keperluan kucing tu.

1. najis - pastikan kucing tu dilatih supaya membuang kt tempat yg sepatutnya. petua saya, beli satu sangkar yg sedang sedang ataupun sukati uols lah nk beli saiz apa. seminggu pertama, letak kucing dalam sangkar dalam masa yg kerap beserta dengan bekas pasir dan pasir najis. contohnya, sejam masuk, sejam keluar. memang susah sebab kucing tak boleh duduk diam. tp kau org kena kuat lah. pengalaman saya bela kucing siam, memang dorang tak nak. asyik mengiau je. tp nk buat camne, saya kuatkan semangat. lagi lagi yg si kecik ni, saya kena banyak sabar. masa mell dulu, saya masukkan dalam sangkar 3 hari bekerja je, rabu hingga jumaat. sebab isnin selasa saya cuti. dan hari sabtu tu, saya tak keluar mana mana sebab nk pastikan apa yg saya buat 3 hari tu berkesan ke tak.tp mell, memang kucing yg baik.

actually, dari mula dia dah tunjukkan yg dia senang belajar. ingat tak saya cerita dulu, malam pertama je dia tidur dalam sangkar, malam seterusnya, dah merata rata dia tidur. tp bila nk buang, tetap dia masuk dalam sangkar dengan sendirinya.in fact, malam pertama kt kampung baru pun, mell tido dengan saya. cuma esok pagi hari rabu tu, celik mata je terus tanya kt kak hana, ada bau taik tak??? haha.yang penting, kena bersabar dan terus melatih dan mendisiplinkan kucing kita.

sedih nk pergi kerja pun, takpe. berbaloi baloi bila kita tengok, dia dah pandai cari tempat dia.tips saya, lagi senang kalau bela dari kecik.

2. makanan - kucing ni depends kt kita untuk cari makanan. makanya, tugas dan tanggungjawab kita nk bagi makanan yg terbaik. untuk indoor cat ni, nasihat saya, bagilah makanan yg terbaik. seperti iams atau royal canin. tu yg saya bagi contoh harga dia reasonable lah. yg lain tu, tak pasti mahal ke tak. in fact, brand ni ada repack dan kalau pandai cari pet shop, ada jual yg murah. bukan apa, brand ni dia control supaya bahan kumbahan tu tak terlalu busuk. kucing indoor, elakkan lah dari bagi ikan goreng, rebus ke apa yg selalu kita bagi kt kucing yg bela kt kampung kampung tu. confirm taik busuk. saya pernah bagi mell makan ikan rebus, taiknyaa....hekkkk..busuk!!!

rumah atas ni, pengudaraan tak lancar sangat, tu yg kita nk elakkan dari rumah berbau kalau bagi ikan goreng @ rebus. bagi je makan biskut tu. kurang lah sikit bau dan taik tu agak keras, tak lah lembik.kalau makanan lain tu, ditambah pulak dengan sistem tandas yg tak berapa nk elok, pasti rumah berbau. contoh saya bagi rumah sebelah jelah ek. kucing tak lah banyak sangat pastu membuang kt toilet pastu bagi makanan dari sejenis brand ni. tak masuk rumah pun boleh berbau busuk tau dari luar.

senang cite, yg mahal tu, berkualiti. percayalah.

3. hiburan - kesian pada kucing indoor yg tinggal seekor je. macam mell. memang kesian. untuk hilangkan bosan dia, dia tido siang masa org takde. jadinya pola tidur dia berubah dan sonsang dengan manusia. kita tido, dia jaga dan sibuk ajak main sama. tp tu tak dapatlah nk tolong kan. [nasib baik mell pandai main sorang sorang, cuma tak sedap bila malam malam bunyi loceng tu kuat pulak rasanya]jadinya, balik je kerja, saya main dengan dia sampai dia penat betul. dan malam tu, dia pun tido lah juga macam saya. dan time tido dia jadi berlebih lebih pulak kan.oleh yg demikian, banyakkan permainan untuk kucing. bola, stracher, teaser for cat cukuplah. taknak beli mainan, ikat je ribbon ke, tali ke kt mana2, atleast dia boleh main sorang sorang kt rumah.

[ish jangan kedekutlah beli mainan dia]

saya sebelum pergi kerja, letak semua mainan dia kt tengah tengah hall. balik kerja tengok semua tu dah berubah tempat. so saya assumed, dia main jugaklah. tak la tido je kan. belaian pun penting tau. manjakan dia. seaktif dia pun, dia akan tau yg kita ni tuan dia. apa yg saya praktikkan, bila dia makan, saya tunggu. even saya yg suapkan dia. dan memang nampak, dia tau nk bezakan siapa tuan dia dalam ramai ramai yg melayan dia main. so sweet.

4. keselamatan - ooo sangat penting. lagi lagi bila kau duduk rumah tinggi. saya yg tingkat 7 ni tak bukak pintu balkoni pun mula mula mell kt sini. takut dia jatuh. kemudian, saya pasang pagar. dan kalau boleh, pakaikan dia neck collar yg ada loceng tu. kita boleh detect dia kt mana kan. macam mell, dia suka meluru ke pintu utama tau. sya sedar sebab dia ada loceng, kalau takde tu, entah entah tak sedar yg dia dah keluar.dan grill pintu utama pun, saya dah pagarkan. jangan lokek nk pagarkan pintu jika ianya mengundang bahaya dan ketidakselesaan org lain. kucing kan nakal, asyik nk keluar je. untuk elakkan orang lain kejar dia, baik pasang pagar.macam saya, kn jiran saya ada bela kucing dan bau busuk kan, saya memang tak bagi mell keluar untuk elakkan dia berbau dan mandi selalu. tp saya faham, dia nk berjemur kt tempat tempat panas. lagi lagi balkoni sya tak dapat panas matahari yg terik. jadi, saya bukak je pintu kayu, dan dia pun dapatlah berjemur kt depan pintu bukan kt luar aka koridor. masa waktu kerja, pintu balkoni tutup. saya tak berani nk bukak sebab pencuri dan takut mell melompat kejarkan burung.

hehe.tu jelah rasanya. basic information. yg lain tu, biasa je macam jaga kucing kt rumah bawah.

sesekali tak salah bawak dia jalan jalan. kt rumah bosan. yg ada kereta, bawak je jalan. biar dia jakun. yg ada taman, bawak ke taman. biar dia makan rumput, golek golek kt rumput tu. balik kang, mandikan lah. tp kucing kan pembersih. hehe saya teringin nk belikan cam tali anjing tu, tp tu lah. kucing bukan cam anjing kan yg boleh kita pegang, dia berjalan.maunya bila kita pegang, dia bantai baring tido atas jalan. kata tak pernah jumpa jalan. haha.apa yg penting, komitmen.

tu je.bye.


----------------------------------------------------------------------


aku cakap1: selamat membela dan semoga rezeki korang murah semurah murahnya...amin.

aku cakap2: nk pergi bookfair ni. ada sesiapa yg pergi??? tegur tegurlah kalau kenal ye.




bubye pengantin~to~be - take care!

Friday, March 19, 2010

I'm going to the Gatsby Deodorant Street Fair

hello hello

buat kamu semua!!! ada event untuk kamu hadiri dan berpeluang nk menang wang besar wang besar wang besar!!!!

pernah dengar gatsby??? iya deodorant yg wangi dan berbau jantan tu. wah aku suka betul kalau bau jantan jantan ni. gatsby punya bau, memang lah tergoda i. kalau by pakai, terus sayang berjuta kali. haha. tengah bercinta bau ketiak pun boleh buat termimpi mimpi tau.

pergi bukak sini, boleh main game juga. main yg boleh buat anda hilang tension berada di pejabat, kolej. adik adik yg baru balik sekolah pun boleh try jugak tau, sap sap soi je game semua ni. dapat main sekeluarga pun best juga. mak, pak, atuk, nenek pun boleh join.


apa yg perlu anda buat, mula mula sekali, daftar. untuk apa? haa, sat g saya bagitau ye makcik, pakcik semua. oh ye, adik adik juga.


ada bermacam macam game yg boleh adik adik main kt website gatsby ni. seronok seronok belaka. contoh macam kt atas ni, kita kena tendang belon kena kt belakang tu. kalau belon tu pecah, kita dapat markah lah. sonang yo...



yang ini pulak, kena baling bola masuk jaring. aiseyy, kalau saya terel masukkan bola dalam jaring, sure dah jadi pemain bola jaring atau bola keranjang yg ternama kt sekolah dulu. bolehlah, cukup cukup makan je. yg penting enjoy!!!


yg ini, cari benda tersembunyi. apa yg tersembunyi??? haaa, anda daftar, pastu anda cari sendiri ye. kalau saya cakap, tak best lah kan.


yg ini pun cumelllll je. hati hati jangan drive bawah batu tau. anda tak kena saman tapi anda kenaa.......haaa g buat sendiri.

dan ada bermacam macam lagi game yg menarik tertarik daaa boooooom. nk tau sila ke website ini.....

baik hati betul web ni siap bagi quick facts.


haaa, ni lah sebab kita kena register. game td save kt account kita. ada weekly winner tau kalau anda menang.


okay part yg paling best adalah ini.....


kalau anda menang, anda boleh dapat tiket free.

17 April 2010 ini, marilah sama sama menuju ke Berjaya Times Square. event ni start seawal 10 pagi hingga 5 petang. wahhhh, macam macam game yg ada.


ada lucky draws dan bermacam cool gadgets worth up to RM15,000 up for grabs! ada juga exciting fun-fair games seperti Sumo Wrestling (in air bag suits!) [mesti best ni], gladiator battles and other amusing and addictive games you would expect at a fun-fair!


mari mari, kita terjah Berjaya Times Square pada 17 April 2010 ini.


agak agak boleh menang sumo tak??? gaya dah ada ni. hehe.


okay adik adik, kakak, abang, pokcik, mokcik, atuk nenek semua bolehlah lawati ke website gatsby untuk keterangan lanjut ye. tak rugi pun kalau ke sana.


nah sekali lagi dengan baik hati nya saya bagi link website gatsby:
okay guys, see u there!!!!!!!
aku cakap1: mana tau rezeki pengantin boleh menang any gift kan.
aku cakap2: orang kata, nk kahwin rezeki murah. ermmm.


bubye pengantin~to~be - take care!

Thursday, March 18, 2010

pakcu pet shop

hello hello

okay. yg dijanjikan telah pun tiba. ni pun dikira promote gak lah ye. tp promote free. ehem, kalau owner tiba tiba nk bagi komisen, itu rejeki namanya, rejeki anak anak.

sebenarnya, aku dari dulu tak plan nk kasikan mell. atau nama lain, neuter, sunat, mandulkan ke apa apalah nama saintifik dia. sumpah aku memang nk mell ada anak. tibalah satu masa, mell tunjuk yg dia nk mengawan. aku runsing gila. aku google. terjumpa ini.

aku ym dgn sorang abg yg aku kenal, tanya macam2 kt dia. since dia pun bukannya doktor kucing, dia suruh aku tanya kawan dia yg mana pakar kucing gak lah.

tengah tengah malam, balik dari genting aku punya penat tp mell buat hall bising tak hengat, aku ym dengan doktor ni. ohooo, dia suggestkan aku neuter kan saja si mell......

ohoooo. berat hati ni wey...tp bila fikir masak masak, ada kebaikannya. aku tak mampu nk bela banyak kucing sekaligus. dan korang taulah, mell pengarang jantung aku. selain si adik. mungkin anak sulung, aku sayang gila kt mell. jadinya, aku tak nak kasih sayang aku pada mell tertumpah kt yg lain. which mean, anak anak dia lah kan.

dan bila mell dah beranak, kang kena bagi kt org, buang ke. oh man, aku rasa aku tak sanggup nk buat camtu kot. so i have no choice.

okay siap siap buat appointment dengan pakcu, oh ye, link ke blog nya sini. pastu aku mintak tolong encik najib yg baik hati ala busuk busuk cayang cayang dia. haha.

setel, esok hari ahadnya dengan tak cukup tido aku menjaga mell supaya tak buat bising, aku ke bangi. ye kedainya di bangi. setelah setuju dengan charge yg dikenakan, aku setuju nk travel jauh jauh. demi cintaku pada mellinda eh bukan encik najib ye??? heheheheh

sampai sampai [ish, malas nk cerita part sesat....malu lak aiiii], di sambut penuh ramah tamah oleh pakcu, tuan punya blog ini. sekali lagi aku link kan. : )

nampak sangat pakcu memang sukakan kucing. mell yg tengah nervous tak campur dengan hati aku lagi. sap sap soi, pakcu tenangkan mell. dia peluk mell, haha. mell gedik terus diam, cuba aku dukung, manja lebih.

bla bla bla sembang apa yg patut, tengok kucing yg ada dalam kedai tu, mell pun dipisahkan dengan aku. waaaaaa, gila sedih aku masa tu weyyyy. kalau takde encik najib masa tu, aku dah nangis goleng goleng stok hentak kaki lah.



asrama sementara mellinda. sempat aku masuk kejap, say bye bye kt dia. ah dia pantang nampak aku, dari diam terus bising. erhmm sayang mell tau! tu tandanya dia kenal tuan dia sapa. [tanda anak panah, bilik mell]

ni dari depan kedai. kalau sekarang dah tukar aku tak taulah pulak. gambar semua ni, aku mintak izin pakcu dari blog dia, tp aku letak dulu, baru aku mintak izin. boleh tak camtu? : )sebab masa pergi hari tu, aku tak sempat nk snap gambar.




lengkap semua kelengkapan anak anak. mainan semua ada. oleh kerana, kelengkapan anak anak aku dah cukup, takdelah rambang mata nk itu, nk ini.
pakcu jugak ada bagi discount ye untuk makanan. keterangan lanjut, tanyalah sendiri. kang pandai pandai je aku letak, tersilap info lak. habis aku kang.


kt area depan, banyak gila kucing. haha seronok betul aku tengok. yg bestnya kt kedai ni, takde diskriminasi kucing ye kawan kawan. sesetengah petshop yg aku pergi, nk persian je. kucing kampung taknak. tak baik tau uols. kucing kampung pun ada value apa. cun cun macho macho gak apa. tp kt sini, semua baka kucing ada. bagus bagus....

pasir pun ada. cuma takde pasir brand yg aku pakai. fido dido tu. kalau ada, aku dah borong dah hari tu. hehe. saya tak berani lah nk tukar pasir pakcu. hehe.


okay, ni map nk kesana. senang je. ingat, seksyen 15, bukan 5 macam aku!!! ahahah. alamak, terbagi tau pulak sebab munasabah aku sesat. shame shame lah.
segala info, boleh tengok kt blog pakcu sendiri. nk tanya, tanyalah banyak mana pun. pakcu ni pun banyak mulut nk jawab soalan korang.
service pakcu memang okay. aku puas hati walaupun jauh nk ke sana. kes aku, pakcu yg hantarkan mell balik. korang kena pandailah bodek bincang baik baik dengan pakcu.
pastu, aku suggestlah korang gi sini. mostly kedai, cina punya kan. ni sokonglah org melayu. jarang org melayu nk bukak petshop. tahun tahun akan datang, turn aku pulak kot bukak pet shop. hhahahaha. berangan lah wey.
okay, kalau pergi tempat pakcu ni, sila mention nama aku...etty. hahahahahahahaha.
ish main main je.
sekali lagi, nk tau perihal anak anak, pergi ke blog pakcu. banyak info di sana. pakcu ni pun kira otai lah dlm pertandingan kucing. byk tips yg dia bagi. jangan terkejut kalau satu hari nanti, aku menang kucing tercantik. hahaha. sekali lagi berangan apa salahnya kan?
korang ingat, persian jeke yg boleh masuk pertandingan???? kucing kampung pun bolehlah. silap silap kucing aku yg aku kutip dari chowkit tu menang kucing terhebat seantero dunia. haha sapa nk jawab tu?????
okay aku sudahi promotion ini dengan pergilah, jangan tak pergi.
aku cakap1: paling best, anjing takde. so, takde keraguan.
aku cakap2: terima kasih banyak banyak pakcu.


bubye pengantin~to~be - take care!

mell is back!

hello hello

ahhhh lega gila bila mell depan mata. hilang rindu semua. lega bila dengar suara nyaring dia tu. terlepas semua beban di pundak. cecey.

okay, next entry, baru review kt mana aku hantar mell ye.

terima kasih pada yg doakan mell selamat. muah!!!!!





update : luka dah terbukak td. sebab ganas sangat main dengan si adik. terpaksa buat buat pandai jadi doktor. heh, bukan jahit balik lah. gila ke??? aku nk jahit kain sendiri pun tak lepas, lagi nk jahit kulit org, eh kulit kucing. silap silap, aku terjahit jari sendiri melekat kt badan mell. hahaha.
aku tampal plaster je.








haaaa ni bukan penderaan ye kawan kawan. ni sebab kesian pada kakak asyik kena buli je dengan adik. so adik terpaksa letak dalam cage. tp adik ni, bila dalam cage, suka sangat nk duduk dlm toilet.

hehe, takpe, mummy senang hati lah bila anak anak mummy wangi. kena mandilah jawabnya nanti si adik ni. kakak tak boleh mandi lagi. lagi seminggu 2 baru kakak boleh mandi

tp nasib baik lah anak senang nk mandi. cakar sikit, bunyi nyaring tu apalah sangat compare kan bila anak anak bersih dan wangi kan

bubye pengantin~to~be - take care!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails