:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, July 30, 2010

sayang budak 3 tu.

hello hello


kesian budak budak ni, sejak aku kerja, rasa sedikit terabai. hujung minggu je aku rajin nk main main dengan dorang. balik kerja, aku dah terbaring terus tertidur dengan make up masih di muka. bangun bangun, dah pukul 8 malam. bangun pun sebab fikir ada tanggungjawab pada Allah. solat of kos, dan nk feeding budak budak tu. tanggungjawab jugak kan.

masa bagi makan budak bertiga tu, rasa puas bila semua kenyang dan makan bersungguh sungguh. waktu tu aku akan duduk dan perhati sekor sekor makan sampai kenyang. kalau skip moment tu pun, waktu aku bersihkan litter box dorang. lepas tu sambung tengok dorang makan lagi.

tapi serius, bila time balik kerja tu, penat macam mana pun, bila dah peluk, dah cium hilang penat! tak tipu! lagi lagi bila kita masuk rumah, dorang terpa kita macam rindu sangat kt kita, lagilah....melted! padahal terpa sebab nk makan! haha.

biasanya, sampai rumah lepas je nampak muka mak dan senyum kelat kt mak [sebab penat owhhhh jalan kaki], aku panggil tiga tiga tu. sambil jalan masuk bilik, panggil. aku akan pastikan semua ada depan mata, kemudian, peluk. lepas tu baru aku baring baring.

bila aku dah balik, masing masing ambil tempat atas katil, tidur sama dengan aku. mell biasalah, dengan selimut aku, mengempeng. adik selalu ambil posisi paling tinggi. kt atas katil ada timbunan bantal dan toto aku susun. so adik akan duduk @ baring kt atas toto yg tinggi tu. ah boy pulak, dia akan bermanja manja dengan aku like duduk atas dada ke [sesak okay. berat gila mamat tu], selit celah lengan ke. ah boy memang manja. bila panggil nama dia, cepat je sahut. cair.....

kt atas katil tu lah, dorang tidur, dorang baring. kadang kadang gaduh pun atas tu jugak. dan dan aku nk tidur, time tu lah nk bergolek bergaduh. sekeliling aku. adoilah. nk marah, tp bila tengok sesama sendiri gembira je bergaduh olok olok, tak jadi nk marah. lepas dah penat gaduh, tidur terbongkang. haha. macam macam tau. [muntah pun atas tilam tu jugak. haiyakkkk]

aku selalu disiplin kan budak bertiga tu. makan malam should be on maghrib time. 715 - 800 pm. paling lambat pun 9pm kot. tu pun, ntah mambang apa yg rasuk dorang overslept. kejut kejut tak mau bangun. at last makan lah korang pukul 9 malam!

dari mell seekor, pagi dan maghrib je aku bagi makan campur wetfood tu. untuk selingan, bagilah sikit biskut tanpa campur wet food. lepas kerja ni, aku rasa lagilah banyak dorang makan. sebab memekak bila lapar, dan bila mak tengok bekas makan tu kosong, mak bagi sekor segenggam.

usaha aku nk ajar budak budak ni makan biskut semata mata tak berhasil. bila tak campur, muka masing masing jadi kelat ketat metat. cissss. cium cium, blah. bila campur wet food, licin. padahal campur sikit je pun. sebab aku dah biasakan dari dulu kot. tp biarlah. bila campur ni, nampak berselera dorang makan.

ada pro conts bagi wet food ni. ada orang kata, poopoo busuk. bagi aku, semua taik busuk kot. hehe. dulu bagi royal canin dan iams, busuk gak. ahahahhahha. mana ada taik wangi. taik minyak ye. hehe.

bila campur wet food, nampak lah perubahan tubuh badan tu. contoh kucing aku lah tu kan.

bila tak campur, kucing tak mau makan sangat, so badan kurus je. contoh macam kucing yaya. aku tengok macam tak membesar je si memey tu. padahal dah berapa bulan kn yaya bela. dari pro diet dah tukar ke fancy feast. si putih tu pun sama.

ntahlah takde teori yg nk diulas pun pasal wetfood ni. yg aku tau, kucing aku makin gemuk dan aku takut dorang obes.

nanti bila dah tukar ke blackwood, harapnya dorang tak memerlukan lagi wetfood. senang aku nk bagi makan. eh, tapi kalau tak campur wetfood, takdelah masa masa berharga lagi kan?????

pewittttt glamer pakcik....

hello hello


pakcik aku masuk tv woiiiii...............................

malas nk upload video kt sini, nah amik link.

kalau pandai teka, mana satu pakcik aku.....

tp beria jelah aku kn, padahal tak tengok pun. sibuk berjimba dengan yaya sengal tu.


sepupu sepupu lain semua tengok. jeles.....


nk link!

alaaaaa............sedih lah weh.

hello hello


[auto publish entry]


kawan baik bakal pindah keluar dari melaka. rasa sedih sangat sangat. dah lah aku takde kawan kt melaka ni. bila dia ada, rasa seronok. boleh gelak macam syaitoooon! boleh berjimba kt mydin 24 jam, mydin mitc [sebab cari pasir kucing!].....


aaaa, tak suka lah.


ada pakwe pun macam takde pakwe. nasib baik ada kawan.


tp kawan pun nk pindah nanti. sedih sedih sedih.


takpelah, aku doakan yg terbaik untuk kau yaya. ye, yaya bakal pindah. sian aku kan. mesti boring hidup aku lepas ni.....


yaya, jaga diri baik baik....ada masa, kita berutus surat ye??? bluwekkk!

Thursday, July 29, 2010

inai ukir ukir. try tengok dulu.

hello hello


[auto publish entry]


dulu, pernah aku blog kan pasal inai masa aku kahwin nanti. aku tak mau inai ukir ukir. aku nk yg basic je. entry ada kat sini dan sini, macam mana nk merahkan inai.

tapi bila dah ramai sangat tangan pengantin yg aku tengok berukir cantik je, tiba tiba macam gedik nk try kt tangan sendiri. tangan aku ni, tak lah cerah sangat. golap yo. aku tengok, orang lain macam cantik je, aku pun try lah buat. tak banyak, sikit je try. guna pun, inai mekah yg ayah najib bagi dulu. eh, ayah dia dah bagi hint lah! hahahahahaha. pandai pandai je aku ni.



tiba tiba gedik nk try kt kaki. selalu orang buat satu line tu je kan. pernah jugak nampak ada pengantin buat kt kaki. aku pun try.

corak macam haram jadah! aku tak kreatif bab melakar, melukis ni. bab gosip artis aku handal!


ni lagi satu karya budak tadika buat pun lagi cantik. haha.

apsal lah tangan aku ni pengkau nau. kenapalah tak pandai nk melukis macam minaci minaci kedai inai tu kan.


kejap je kalau guna inai mekah ni. kejap merah, kejap jugak hilang.

dan hasilnya....


buruk gila! okay aku tak mau buat nanti.

siap hari tu bila keluar dengan najib, kena kutuk plus marah ''apsal kaki dah macam kap lam ya nga ni???''

ya, nampak sangat dia tak suka. so, tak buat. insyaAllah kalau nanti aku tak gedik!


tangan pun, eiiiii aku tak berkenan lah! apa macam serabut je tangan bila dah ukir ukir ni. so, tangan aku memang tak sesuai dan tak cantik.


inai mekah ni memang merah pun. tp kejap je. sehari lepas tu, jadi oren balik. ukir ukir tu pun cepat je hilang.


so, buat masa ni, aku tak mau ukir ukir. tak cantik. buruk. * setakat ini

Wednesday, July 28, 2010

mari belajar bahasa jawa.

hello hello

[entry auto publish]


nyong wong jowo. tapi nyong orak reti ngomong jowo. nyong faham sahaja. nyong ngerti bila wong kutuk nyong.

hahahahahahaha. haram jadah punya bahasa aku taruk ni. buat malu kaum je.

nyong tu saya. yg lain lain, faham faham korang lah sendiri.

aku orang jawa. belah abah memang turun temurun jawa. belah mak, disebabkan nama arwah atuk memang mirip jawa, aku consider jawa jugak. ceh, main consider consider pulak. he, taklah, memang jawa pun. tp belah arwah opah, melayu. orang kata, keturunan ikut belah bapak kan. so mak aku jawa lah sebab bapak mak jawa! aku confirm jawa.

dari kecik, memang tak reti cakap jawa. aku faham je. kalau aku bukak mulut je cakap jawa, confirm semua pelik. lain macam sikit bunyi. bunyi ke arah eropah sikit. haha.
tapi aku faham bahasa tu. contohnya, kalau embah embah @ wak wak bagi arahan dalam bahasa jawa, pick up. boleh faham. kalau orang orang tua cakap jawa, aku boleh menyampuk sembang walaupun menyampuk orang tua cakap adalah perbuatan yg tak baik. hehe.

* embah - atuk atau nenek.
* wak - pakcik atau makcik.

tak silap aku, asmida pun bakal jadi menantu jawa. haha. siap sedia lah kau nyah.

ramai makcik makcik aku, kawin dengan pakcik pakcik aku yg pure jawa, tak pandai cakap jawa tau. tp at last, bila dah kahwin, duduk pulak dalam komuniti orang jawa, automatik dorang terus terel. so, kau asmida. jangan risau. kang ko lagi terel dari aku. =)

sini, ada sikit contoh dialog jawa. credit dari sini. adik aku bukak malam tadi. so aku share kan dengan korang.



Aku sibuklah Saya sibuk
Aku arep endang [arek]
Saya nak cepat
Aku ora sedih [orak]
Saya tidak sedih
Aku ngantuklah Saya mengantuk
Aku ijik enum [tak pernah dengar]
Saya masih muda
Aku yakin Saya pasti
Aku iso nulong koe Saya boleh bantu awak
Aku ora eleng Saya tidak ingat
Aku ndu'e duit Saya ada duit
Aku mesti lungo saiki Saya harus pergi sekarang
De'ea kok koyok nesu Dia seperti merajuk
De'ea Ora ngombe teh Dia tidak minum teh
De'ea ora sidoh lungo Dia tidak jadi pergi
De'ea kenal karo bapak ku Dia kenal dengan bapa saya
De'ea kenteng nek kerjo Dia rajin bekerja
De'ea bekas cikgu ku Dia bekas guru saya
De'ea agek adus Dia sedang mandi
De'ea sukak ndelok wayang Dia suka menonton wayang
De'ea ora ndu'e lesen Dia tidak ada lesen
Dino iki koyok arep udan Hari ini seperti nak hujan
Dino iki terang Hari ini cuaca baik
Dino iki aku arep lungo mancing Hari ini saya nak pergi memancing
Dino iki dino seloso Hari ini hari selasa
Koe wes rong puloh taun Awak dah berumur duapuluh tahun
Koe udhu konco ku Awak bukan kawan saya
Koe ora salah Awak tidak bersalah
Koe njagong nang kursi ku Awak duduk di kerusi saya
Koe kedekut Awak kedekut
Koe dak keno ndemik bendo kui Awak tak boleh sentuh barang itu
Koe ora teko mau bengi Awak tidak datang malam tadi
Koe benci adik ku Awak benci adik saya
Koe mesti merono Awak mesti kesana
Koe ngomong opo Awak cakap apa
Endanglah Cepatlah
Hyolah Baiklah
Koyok jaman mbien Seperti zaman dahulu
Ono opo-opo neh Ada apa-apa lagi
Seng ati-ati Berhati-hati
Seng alon-alon Perlahan-lahan sedikit
Terus mengarep Terus kehadapan
Udhulah Bukanlah
Ketemu neh Jumpa lagi
Sediluk hyo Sebentar ye
Njalok ngapuro Minta maaf
Wes mangan? Dah makan?
Yuk merono Jom ke sana

yang mana aku highlight kan tu, macam lain je sebutan dengan sebutan aku.

arek - nak
orak - bukan, tidak

lepas tu, selain dari kata ganti aku tu, aku pun ada jugak disebut [nyong] dan kamu disebut [siro]

haaaa macam tu lah. seronok sebenarnya bahasa jawa ni. lagi best kalau kita faham, tp buat buat tak faham. kan zaman sekarang ramai orang indon kt malaysia ni. korang boleh dengar dengar dorang bersembang. even tak berniat nk dengar pun, tapi kalau dah faham, automatik terus tau apa topik yg dorang tengah sembangkan. gosip luna ariel. eh??? =P

okay, welcome to the club!

Tuesday, July 27, 2010

teringin, tapi tak mungkin dapat.

hello hello


[auto publish entry]


pernah hari tu, hati ni rasa teringin sangat nk menambah kucing. warna hitam. tanpa ada tompok warna yang lain.

teringin ya amat. tiba tiba, sekejap je impian tu macam ditunaikan. kt restoran depan gerai mak, muncul seekor anak kucing hitam. yaAllah. kau dengar rintihan aku.



dia mengiau ngiau nk makanan. tp masa tu, kt gerai takde makanan. [baru sekarang aku sediakan makanan letak kt gerai dan pesan kt mak, bagi kalau ada kucing datang, tapi mak kata sejak aku kerja, takde pun kucing datang]

lepas tu aku cakap kt mak ''erm rasanya baru je hati ni sebut sebut nk tambah kucing hitam. dah termakbul'' seronok jangan cakaplah macam mana hati ni.

tiba tiba mak cakap

''tak payah. kamu bela kucing ni sebenarnya nk apa? cukuplah setakat 2 3 ekor je. lagipun rumah kita kecil je. lepas tu macam membazir je kena beli pasir lah. macam macam. tak payah''


alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

menci tawwwww. sob sob sob.

proposal rejected! huhuhuhu...

tapi fikir fikir. betul jugak cakap mak. bela kucing ni menuntut perbelanjaan yang tinggi. 1.5kg makanan dorang cukup untuk seminggu je. tu pun, aku malas nk layan dorang lapar sejam sekali. makan bila time makan je. macam mana aku disiplin kan mell & adik dulu. bila dah datang ah boy je, dorang jadi kerap makan.

pasir 5 liter [kot], cukup untuk 4-5 hari. tu pun aku beli pasir yg murah tapi berkualiti. dah tak pakai fido lagi dah. aku pakai brand queen. beli kt econsave rm10.80. tapi sekarang dah naik jadi rm10.90.
pasir ni best. ada bau epal @ lemon. memang clumping dan tak berbau hancing. hari tu pakai fido, bau kencing dorang hancing sangat sangat. lepas tu tak clumping.

mana nk fikir lagi tentang kesihatan dan ubat ubatan. vaccine. nk harapkan vaccine kt vet gomen semata mata, urmmm jangan haraplah. nk dapatkan yg murah, kita kena bayar dengan nilai kesabaran yang tinggi. tunggulah sampai stock vaccine tu sampai.

dengan neuter pulak. nk ke tengok kucing tu stress tak dapat pasangan? macam mana yg aku hadapi sekarang dengan adik, dan kejap lagi ah boy pun menyusul. tu takpe lagi, jantan tak bising. maunya kucing tu betina, kang jadi macam mell. bising satu rumah!

banyak lagi hal lain yg perlu dikorbankan. memang lah satu kepuasan kalau keinginan tu tercapai kan. tp perlu fikirkan hal lain jugak.

takpelah etty. kang dah kaya, duduk banglo, duduk dengan kucing kucing ye. tu pun kalau laki kau bagi! haha

si kecil hitam, kita tak berjodoh.....

ayo yo. buah buahan ni untuk manusia lah.

hello hello


[auto publish entry]


hari tu balik dari medical check up, singgah pasar besar. sebab dah ternampak ada berkodi kodi rambutan warna kuning dan merah. owh, aku memang hantu rambutan. i lovessss rambutan! haha.

jadinya, aku angkut lah 2 kilo tu naik bas. kuning sekilo, merah sekilo. lepas tu bayar rm6. apakah?????? terlebih ke????? hahahaha, aku memang camni. biol sket! that why najib selalu marah aku sebab agak clumsy. main bayar je. padahal aku nk 2 kg = rm4. cessssssss.

nasib baik yg menjual tu pakcik dah tua. takpe. aku halalkan. anggaplah aku sedekat jariah hari tu.

lepas tu, pergi ke area jual sayur sayur kampung. beli buah sentul. tak tau buah sentul tu apa?? pergi google. tapi buah ni mahal owhhh. sekilo rm4. kt area pokok mangga, banyak pokok ni. kena musim dia, uhaiiii. aku baru je berjinak jinak dengan buah sentul ni. sekali makan, peghhhh, nk lagi. tapi buah ni ada musimnya. so susah sikit nk cari. kebetulan cari hari tu, musim dah tiba. syurga. tp aku beli setengah kilo je. jadilah. kt rumah pun bukan ada siapa. * alasan malas nk angkut berat berat naik bas! haha


sampai rumah, budak budak ni ingat aku beli ikan apa?????? dia serbu plastik buah buah tu macam serbu plastik yg penuh dengan makanan dorang!

cium cium. macamlah buah rambutan tu berbau ikan ke apa kan. lepas tu, pelik tengok semut besar besar. nk main kejar kejar dengan semut. serius wey. adik berkejaran dengan semut semut hitam tu. kelakar je tengok!


tengok. sampai tertonggeng tonggeng!


okay lepas kerjakan warna kuning, kita kerjakan pulak rambutan warna merah ni. nampak menyelerakan!


digigit kulit buah tu.


aku pun sua kan buah tu kat adik. first time, selama aku bela kucing berpuluh tahun, inilah kucing pertama aku yg makan buah rambutan. buah durian tu memang pernah ada kucing aku makan dulu. ni rambutan. first time bagi aku. bagi korang tak tahulah. share share lah ye.

adoi lah adik. pelik awak ni tau. mell biasalah, ambil bau je. terkemut kemut hidung. comel je mell ni.


aku pernah juga bagi dia makan langsat. dia jilat jugak. dia suka makan yg manis manis kot.

hari tu makan donut. dia sibuk nk. aku bagi karipap dia tak mau. nk donut jugak. dia makan! lepas tu, makan kuih lapis. aku bagi selapis, dia habiskan!

adik........!!!!!

tak bagi kang merajuk. jangan main main. kucing aku kuat merajuk okay! macam tuan dia.
hehehehehe.

Monday, July 26, 2010

seiras ke?

hello hello


[auto publish entry]



dari facebook cik tedi. dalam blog nya pun ada. gambar di ambil semasa cat show semalam.

cik tedi kata ''ada macam adik tak etty? Ekekekeke'' kt facebook.

tapi aku balas, takde. macam ah boy adalah.

sila lah tengok bukti ni. macam ah boy lah aunty tedi....warna bulu pun dah hampir sama je.

kalau aku pergi cat show tu dan nampak kucing kt atas tu, mesti aku meronta ronta nk balik cepat nk jumpa ah boy, nk peluk cium dia. hahahahahahha.


muka budak kuat makan! makan budok....

our turn??? insyaAllah...

hello hello


[auto publish entry]


abg syamsul berkenan betul pada ah boy. dia cakap, nanti bila ada cat show lagi, masukkan ah boy. huhuhu, tengoklah dulu kalau rezeki dia ada.

abg syamsul kata, ah boy comel, bulu cantik, corak bulu cantik, badan tegap [gendut sebenarnya]. so boleh masuk. biasanya macam ni, masuk kategori household pet.

eh, comel ke ah boy ni??? urmmmm....


dia pun macam mell. suka menyelit. kang dia tiba tiba masuk celah celah bantal. nakal sangat tau. geram!


tengok tu. muka budak nakal. kenakalan dia tu terserlah betul kt muka dia kn.


adehhh melt lah bila pandang muka dia.


ah boy ni jenis manja tau. lain dari budak berdua tu. lepas tu cepat rasa lapar. asal nampak muka aku je mengiau nk makan. even tengah tengah malam, dia nk mintak makan. aku tak layan lah. esok baru makan!

kang dia nk pujuk aku bagi makan, dia baring lah sebelah. nk bagi dia senyap, aku usap usap lah leher dia, bagi dia tidur. lepas tu, dia pun tidur.

aku macam pelik, asal dia je yg cepat lapar. mell & adik takde pun macam tu. tengok makin gendut dah aku tengok perut dia.


tengoklah nanti. ada rezeki, kita masuk ye sayang. please makes mummy proud! goes to mell & adik. tengok lah macam mana nanti. doa doa lah ada rezeki budak bertiga ni.


mummy lovessssss u, mell + adik + ah boy!!!

thaqif & annisa.

hello hello


[auto publish entry]


yeay. ibu thaqif dah ada hp baru, hp 3g. lepas ni boleh lah mak etty video call dengan thaqif & annisa.



gambar pertama dari ibu thaqif & annisa.


mak etty rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu korang berdua!!!


tapi, sebenarnya dah pernah video call sekali dengan thaqif & annisa. thaqif ni ,pandang muka sendiri pulak. tak pandang pun muka mak etty. heboh nk tengok muka sendiri kenapa?? annisa dalam buaian. sengih sengih je bila orang agah agah dia.


arghhhh, uncle jom lah tengok thaqif.....!!

Sunday, July 25, 2010

tahniah uteh!

hello hello

semalam, budak budak bertiga tu dapat tetamu. tetamu dari jauh. tetamu yang jauh lebih besar dari dorang sendiri. hehe.

uteh.

yg terbaru, uteh dapat 2nd place kategori domestic long hair (DLH) siang tadi. sempena dengan cat show kt dataran pahlawan.

ye. aku tak pergi. sebab aku ingat, cat show tu hari sabtu. sendiri buat entry, sendiri yg lupa. ntah apa apa. so bila otak dah set, pergi hari sabtu, pergi hari sabtu, jadinya aku dah bersedia hari sabtu je. sekali tu, bila diberitahu rupanya hari ahad, aku macam tak bersedia nk tukarkan tentatif aku. so tak pergi lah jawabnya tu.

aku memang macam ni dari dulu. kalau aku bekerja, masa untuk keluar adalah hari sabtu. ahad aku duduk rumah. tak tahu kenapa. memang macam tu dari dulu. kalau ahad tu, nk keluar punyalah malas. hari sabtu, nk keluar sampai subuh pun takpe. asalkan ahad ada kt rumah. tp dengan najib, aku oooonnnnn je. hehe.


mula mula, budak budak ni welcomed uteh. dok lah cium cium carrier tu. hissing tu biasalah. tapi dorang tetap nk tahu, makhluk apa yg wangi sangat ni. wangi sebab uteh baru lepas grooming.

tu, tuan dia tengah nk umpan uteh keluar dari carrier. malu malu pulak kan.


yeah, kucing besar dah keluar. kembang semangkuk bulu ah boy.


suka duduk bawah meja. risau je bulu dia kotor. penat je hantar grooming kan.

uteh ni garang rupa rupanya. lepas je bapak dia balik, baru dia tunjuk kuasa. haha. sampai budak budak ni tak keluar bilik.

masa mula mula dia keluar cage, yg diterkam adalah adik. ooh dia tak boleh pandang adik okay. asal ada kelibat adik je, dia nk kejar adik. agaknya merasa yg ada kucing lagi hensem dari dia. haha. kesian adik. mula mula dia yg tegur uteh, lepas tu dia pulak kena kejar.


last last kena quarantine. pinjam cage mell. tp cage tu tak berapa muat untuk uteh. malam tadi, dia tidur dalam carrier dia sendiri. carrier tu lagi besar dari cage.


pukul 730, abg syamsul nk ambil dia, bawak pergi register. selamat tinggal uteh. uteh tak berak pun, so maknanya takdelah rezeki nk sampai sini lagi. ntah, kalau manusia pergi sesuatu tempat, pastu berak, maknanya nk singgah lagi. ke tak boleh diguna pakai untuk kucing??? hahaha. mandai mandai je aku.


dah masuk carrier, baru ah boy teringin nk dekat dekat ye. tapi uteh steady lagi dengan ah boy.


tapi, bila time adik, haaa kau hampir terbalik carrier tu. punyalah dia nk dapatkan adik jugak. agaknya kalau dia dapat adik tu, mau lunyai adik dikerjakan. badan uteh je dah 3kali ganda dari badan adik. hai la korang!


eh, nampak tak gambar mell???? mana mell???? mana anak dara tu???

seperti biasa, kalau ada tetamu je confirm dia tak keluar bilik. memang dari dulu macam tu. abg syamsul dah balik pun, dia kt bilik je. tak berani nk jumpa uteh.

eh, actually dulu sebelum mell dineuterkan, kami ada plan nk jodohkan dorang berdua ni. tp nampaknya hasrat tak jadilah. mell sudah dizasssss.

uteh ni dah ada anak sekor. bini dia nama darlie. kucing american short hair yg macam maria tunku sabri punya kucing whiskas tu. sebijik macam uteh jugak warna dia. yg uniknya anak uteh ni, bulu dia putih, tp abg syamsul kata bila dia stress, bulu dia tukar sikit ke warna oren. jadi, kawan abg syamsul bagi nama pureen. putih + oren.


okay, apa apa pun, tahniah lah uteh, abg syamsul dan kak sara. nanti senang senang datang melaka lagi ye.

Saturday, July 24, 2010

eh, budak bertiga tu ada tetamu lah.

hello hello


alkisahnya, budak gemuk berbulu putih tu ada kt rumah aku sekarang. opss no no no, hes not mine. dia kucing kesayangan kepunyaan kawan lama, abg syamsul.

abg syamsul dan kak sara tumpangkan semalam kt rumah. esok mereka akan menyertai cat show di dataran pahlawan. ada masalah kesihatan melibatkan saudara kak sara, maka tengah buntu tak tahu nk letak mana, abg syamsul tanyakan pada aku samada boleh ke tak tumpangkan uteh. aku on je. mak pun okay.

sampai petang tadi. sempatlah laki bini tu jamah sikit nasi lemak mak. dah lama benor abg syamsul mengidam. hehe.

budak budak rumah ni rasa terancam kot. hissing je. sekali uteh angkat badan, semua mencicit lari. haha. mula mula tunjuk hero ini rumah mereka, sekali semua angkat kaki tak keluar bilik. atenya, badan uteh tu 2 kali ganda besarnya. bayangkan, kita dah anggap mell tu gemuk, ni uteh lagi gemuk. hahahaha.

uteh dah pernah menang cat show last year categori DLH. so kalini, harapnya ada rezeki lagi.

mak teruja habis pegang bulu uteh. nadiah kata lembut macam kapas. haha. kucing bulu panjang, macam tu lah gayanya. kt rumah ni semua bulu pendek. haaa, gomol lah puas puas si uteh tu sementara ada kt rumah ni lagi.

okaylah esok sambung cerita uteh lagi. ada gambar dia, tp belum transfer.

okay abg syamsul. good luck esok. dan semua peserta. sha pun. esok insyaAllah, kalau ada masa aku adalah kt situ nun.

yeay, goodnite eberibodi.

hello hello


tilam dah sampai. selamat tidur lena.

boss, saya mintak maaf lah datang lambat, tilam saya yg baru tu sedap sangatlah!

sorry lah takde gambar. excited sangat, dah siap pasang cadar. tp plastic tak boleh bukak sebab nanti kotor. hahahah. gila poyo!!

beli tilam baru.

hello hello

serius, aku mengalami masalah sakit tulang belakang yg kronik. dulu kt kl, sebab aku hanya tidur beralaskan tilam nipis 3 inci. dan kadang kadang toto. tp sejak kt melaka, tilam queen size 7 inch tu tak mampu membaikkan aku, malah buat keadaan makin teruk.

lantas, aku membuat keputusan cari tilam baru. tilam spring. tilam yg sedia ada tu pun, bukan spring dan telah pun berusia lebih kurang 10 tahun. bila dibelek belek, tilam tu dah tak rupa 7 inch, tp hampir ke 2 inch. haha. adakah aku berat??? tetttttt...kita tunggu jawapan selepas ini.

nk beli tilam pakai sendiri, beli yg murah sudah...bila sudah bersuami, baru paw duit suami beli tilam vono atau getha!

depan rumah, ada banyak kedai perabot. mula mula pergi yg betul betul dekat dengan econsave. kedai warna merah sebab pemilik dia bangsa cina dan percaya akan warna merah bawak ong.

tanya tanya tilam yg paling murah. dia tunjukkan aku dan emak, tilam spring 8 inch. harga rm399. jenama tak pernah dengar ataupun aku je yg kolot. swiss apa ntah.
kakak tu kata, promosi sampai harini je. eh bukan harini yg korang baca blog ni, tp hari tu lah. hari apa ntah aku dah lupa.

lepas tu, hari hari lain, kelmarin kot aku pergi lagi. tanya kt tokey kedai pulak. harga tilam paling murah berapa. dia kata 499. ooo betul kot promosi dah habis. jenama yg sama.

lepas tu pergi ke kedai lain. kan dah kata, banyak kedai perabot. tanya tanya. amoi tu kata tilam paling murah 499 jenama goodnite. siap up up kan lagi nama eric leong, gaya macam eric leong akan bagi dia komisen. haha. tp sebenarnya, bila dengar nama eric leong, buat aku berubah fikiran. aku nk! haha. bagus betul pengaruh eric leong eh.

dia bagi aku harga 48o siap dengan mattres protector dan sebijik bantal juga aku penat bodek bodek. susah rupanya nk dapatkan bantal sebijik! impian nk dapatkan sebijik bantal peluk pun tak kesampaian. amoi tu kedekut. hahhaha. tp amoi tu kata aku comel macam siti nurhaliza tu sebab dia bagi bantal free. cissssss...ehem ehem. macam malu pula!

so sekarang, aku tengah tunggu tilam sampai sebab dia janji hantar hari sabtu.

korang jangan gatal gatal cakap, laaaaa mahalnya, kt kedai tu boleh dapat harga lagi murah. aku libas dengan ekor pari kang. garang ni garang! hahahahahaha. * kata permaisuri harimau jadian.



okay, kroh kroh kroh. eh dah tidur pulak. tilam belum sampai aku dah tidur. semoga tidur aku lebih lena. lepas ni, makin malaslah aku nk bangun pagi lagi. hehehe.

Friday, July 23, 2010

penat lah balik kerja.

hello hello

haaa, baru balik kerja ni. penat usah cakap. tapi harini, penat sedikit terubat lah. =)

harini memang sibuk sangat sangat. pukul 12 ada jamuan nk sambut puasa. pukul 12 jugak kena settle kan saham datuk. aku je takde kt majlis tu. lain semua dah makan.

pukul 4 pulak, kena masuk meeting. sampai lah 515 camtu. macam banyak lagi kerja nk kena siapkan, tp susah sikit lah kt sini. dorang 530 dah sharp balik kerja. so takkan aku nk kerja lebih masa sorang sorang?

turun bawah lepas meeting, datin suruh kemas sikit sikit jamuan tu tadi. actually dah kemas, tp ada sikit lah yg belum dikemas. dan dan tu pulak, tiba tiba terdengar lagu ''sejak ku, bertemu padamu, fikiran ku telah terharu, hanya kekanda yg akan dapat, membuatkan hatiku rindu'' [entah btul ntah idak lirik] haha. ringtone bila najib call. lagu sanisah huri. evergreen nya aku kan.

dapat cakap ''tengah sibuk ni, bye'' officemate cakap, dah 10 kali telefon kau berdering. haha. kemas cepat cepat, tutup pintu turun bawah punch card.

baru melangkah beberapa tapak, bunyi call lagi lagu yg sama. cissss ini boleh mendatangkan amarah ni. asyik nk call je kan. sabar lah tunggu sampai rumah ke apa.
sekali tu ''hello, kenapa u ikut jalan sana. pergi lah jalan sini, penat i tunggu sini tau''

pandang belakang je, eh ada kereta pesona tu tengah tunggu permaisuri harimau jadian dia. hahahahah. [tak tau angin apa dtg menyerang najib. rindu sangatlah tu. dushhhhh]

suprise okay, suprise. sebenarnya, aku tak suka suprise. tp seronok juga. sebab macam ni lah, aku dah marah marah kenapa call banyak kali ni, kn tengah busy. haha. kan aku dah kata, aku ni permaisuri harimau jadian! *pastu malu sendiri.

najib ajak makan kt nasi ayam gemas. berapa juta kali ntah aku bertazkirah kt telinga dia nk makan nk makan. at last, hari ni baru tertuntut. suka!!!!!!!!!!!!!!!!

balik, najib bagi buah langsat, pastu goodie bag penuh dengan note book majlis daerah dia, pen, mug, towel dengan tabung bola maybank. yezzzza. mug tu nk bawak pergi office. buat kenangan yg dia suprise kt aku harini.

wey, excited ni rasa sampai sekarang ni. tu la pasal lahirnya entry gedik sikit. taknak baca takpe, ni bukti masa akan datang utk anak anak yg bapak korang walaupun tak romantik, tp kalau dah romantik tu, memang mak korang ni sawan dah rasanya!

tu je.

Wednesday, July 21, 2010

hai, etty hidup lagi!

hello hello

yezza yezzza...maafin daku. orang berkerja memang macam ni, sehari je buat auto publish, pastu terus kang keng kong. haha.

huh, ko ingat aku rajin bebenor??? idak le jawapannye. atenya, penat yeop sampei rumah. terus tidoo aje. =)

kerja aku??? so far, bolehlah. eh korang tau ke aku kerja apa? biasalah etty, tak kan jadi engineer kot. haha. aku jadi PA datuk. kt company o&g. tu je boleh bagitau.

setakat 3 hari ni, ntahlah. aku pun tak tahu macam mana. dah rasa macam kerja kerani fax je aku ni. asal fax masuk, aku. asal fax keluar, aku. sampai kan kerja kerja yg memang kerja aku, terbengkalai. aku rasa 8 jam tu macam tak cukup!

banyak nk belajar lagi. nk uruskan asset datuk tu. korang pun tau, PA ni segala hal peribadi kita kena in charge jugak. so segala akaun bank, asset kereta rumah, credit card semua, aku kena tau untuk apa, fail yg mana. kau ingat sikit???? bos aku jutawan noksss. =)

dulu kerja secky, tau hal hal pejabat je. ni tak. lagi lagi datuk, aktif politik. so automatik, aku jugak merangkap setiausaha politik tak jadi dia. haish.

tp aku suka. environment best sangat. yg penting takde hendea! aku tak suka kerja dengan hendea!

so sementara aku takde asset bergerak [kereta], aku naik bas. hari pertama aku keluar pukul 645 pg. dapat bas 715. sampai sentral 730. bas ilek. naik taxi, rm15 terbang.

hari kedua aku keluar rumah pukul 630 [gila ah, org tengah sedap tido aku dah keluar mencari rezeki!], dapat bas 715, sampai sentral 730. tetap juga naik taxi dan menerbangkan duit rm15 aku. so ada beza tak kedua dua hari tu??

takde bezanya. hari hari aku bagai nk meroyan. siap nk benti kerja sebab hari hari aku datang lambat. ye, punca utama kenderaan. takde bas kt sana.

so dah 2 hari aku keluar awal, korang rasa, bila masanya aku patut keluar rumah??? 5 pagi??? 4 pagi???

balik pulak, okaylah. pukul 630++ bolehlah sampai rumah. berjalan berapa meter ntah. tp boleh buat kaki aku sakit dan penat. oleh itu lah sebabnya, aku malas nk hadap blog.

serius. penat. sampai kt rumah, nk mandi pun tak larat nk berdiri. tp miracle nya, sampai rumah, pandang muka budak bertiga tu, hilang penat kejap. caya tak? betul wey. penat tu macam blink hilang!

cuma sampai rumah, tak terus bagi makan. kadang kadang cakap aku penat. tunggu pas mandi atau makan, baru bagi korang makan! haha.

tp sekarang ni, takdelah nk main sangat. sikit sikit je. tp peliknya, malam malam dorang dah tidur dengan aku. siap share selimut dengan ahboy. dulu mana ada! tau kan nk bermanja.

heh, tu jelah. malas nk taip lagi. gambar pun aku belum transfer lagi. nampak sangat penat + malas!

okay korang, jaga diri baik baik.


aku cakap1: taknak tinggal jejak pun kt office. so, no fb, no blog. cuma aku curi curi baca blog korang je. yg tinggal jejak kt chatbox korang nama aku+anak2 tu, aku lah tu.

sama macam tedi, huruf b rosak. tp masih boleh tekan, cuma tak tangkas! hehe.

Monday, July 19, 2010

pengantin yg orange!

hello hello


[auto publish] [entry berjadual]



minggu lepas, pergi jemputan kahwin kawan mak. pengantin tu yg kawan mak ye, bukan mak bapak dia yg kawan mak. kelas uolssss mak aku kawan dengan budak budak muda. haha.

kenduri kt kampung, meriah lah jugak. tp over meriah sebab deejay pasang lagu kuat sangat. nk bersembang dengan mak kt sebelah pun, tak selesa.

tips: pesan lah kt deejay, bang nanti jangan pasang lagu kuat kuat eh, sedap telinga mendengar sudaaaa. utamakan keselesaan tetamu. mungkin pada masa ni, saudara mara berkumpul, dok nk gebang gebang kan. ate kalau dah kuat sangat sound dia, camne nk bergebang?? kena jerit jerit ke? hah, not good okay.
so rasanya, boleh mintak toleransi dari deejay. kalau nk meriah dengan karaoke pun, harap direndahkan volume tu. kena bincang betul betul sebelum hari majlis.
dan kalau boleh, pastikan ada seseorang yg handle benda ni. yg alert sound tu kuat atau tak. kalau agak agak deejay tu dah naik sheikh pergi kuatkan volume, at least orang yg handle tu kena alert dan bagitau supaya kekalkan volume.

tak salah pun kalau request macam tu....

pelamin yg just nice. sedap mata memandang. so dah tau lah tema color apa kan. kira okay lagi lah sebab tak sarat barat dengan orange. less is better. cukup ada langsir 2 lapis kt belakang tu.


pengantin dah okay dah, cuma pengapit tu je. sebaiknya, warna baju pengapit janganlah sama dengan pengantin ye. biar nampak harmoni, cuma jangan nk 'menjerit' sama sama. rasanya kalau warna baju pengapit tu, lagi soft lagi lembut, dah cun dah. ni sama sama nk over shadow. kang kalau terlebih, orang confused mana pengantin.

dalam gambar memang tak nampak 'jeritan' warna tu. tp in real, memang nampak. kesian pengantin. ada orang lain lagi vogue dari dia. hahaha. *kidding


ni je gambar yg nampak pengantin lelaki.

see orang sekarang dah berani nk cuba warna warna garang ni. okay je kan. cuma aku rasa, warna oren ni warna panas. kalau canopy pun semua warna oren, bertambah dengan cuaca panas, aduhai, silau je rasanya.


owh, ada toll jugak. btw, kalau rasa rasa akan kena toll, sila lah bagitau pihak pengantin lelaki akan hal itu. boleh nego dengan keluarga, contohnya ambik jelah angpow tu, jangan nk pertikaikan berapa $$ dalam sampul tu.

sebab pernah satu majlis aku datang, sedara mara yg kecoh pasal toll ni. rasanya dalam sampul tu duit kecik kecik je, tp dorang tak bagi pengantin lalu sebab dorang nk rm50!!
biadap tak???

so, kalau nk memeriahkan suasana, tak salah pun toll ni. cuma bincang baik baik dengan makcik makcik, terima je seadanya dalam sampul tu berapa. asal ada, dan meriah!

pesan pengantin lelaki pula, sediakan je berapa banyak sampul berisi. letak rm1 pun jadilah. kata nk have fun je.

apa apa pun, kena berbincang kedua belah pihak. memang syiok pun gelak gelak kt toll ni.
cuma tak suka kalau nk duit besar je.

paling best kt majlis ni, lauk dia. ada asam pedas tetel [daging lembu, otot, lemak lemak sikit], ayam kampung masak merah which is amat rare guna ayam kampung. nk ratah pun rasa segan sebab liat dan takut tersenggol orang sebelah. haha.
cuma takde air sirap, ada air oren. owh lagi syurga kt kenduri kahwin ada air sirap kan?

buat sendiri lah wey!!!!!!


selamat pengantin baru kawan mak yg tak tahu nama! hehe. semoga bahagia hingga ke akhir hayat!

tengah buat apa tu darlings???

hello hello

[auto publish] [entry berjadual]




hai lah hati. mesti terindu rindu anak anak kt rumah.......

apalah yg tengah budak bertiga tu buat ye?????



mell yg sekarang makin manja & selalu tidur berpeluk dengan aku.


adik pun sama. sentiasa nk bergesel gesel, tp bila nk didukung, ditolak pulak. jinak jinak merpati.


ah boy pun makin manja dan makin gedik. naik atas pangku je terus tidur.


tiga permata hati aku.

apa yg korang tengah buat. kalau lah korang boleh bercakap, boleh lah mummy call.


haish......

Sunday, July 18, 2010

jom main keyword readers kita!

hello hello


okay, sudah tiba masa ''mari bermain keyword bersama professortakjadietty''

okay okay, cukup tepuk tangan tu, mari kita bezakan pencarian blog professortakjadietty ni pada beberapa minggu lepas dan minggu ini.

yg minggu lepas punya pencarian? klik lah sini cik adik manis, si kacak bergaya.



owh, nampaknya minggu ini tiada lagi pencarian susah susah ::my wedding journal:: ye. kenapa pencarian susah susah dinamakan? kerana para pembaca terpaksa menaip siap dengan [::] haha. so dinamakan pencarian susah susah. =)

lagi pula, sekarang title blog sudah ditukar beberapa hari lepas.

nampaknya, ayat ayat yg dicari merupakan ayat BM yg baik. tak tunggang langgang. bagus kalian semua. nk cari lain, sekali terkena kt blog ni pula ye.

cuma kahwin janda hukum tu tidak molek digunakan. patutnya, hukum kahwin janda. ye...

eh, kenapa hal kahwin janda sampai 2 kali ni? adakah trend sekarang lelaki tidak hiraukan anak dara lagi? owh tidak. mak janda kelihatan hot nampaknya dari kami kami yg dara ni. ish ish ish.

eh eh, ada orang sedang bersedih tentang jerawat lah. jangan sedih sedih. anggap ia satu hikmah. kalau muka anda bersih, mesti ramai yg suka kt anda kan. so kalau anda ada kekasih /suami / isteri, dan ramai yg crush dengan anda, kemungkinan nk curang tu tinggi. so banyak jerawat ni, anda tak mungkin nk curang. macam saya, saya tak curang pun sebab takde sapa nk mengorat. sedih nok

barang kahwin chow kit - kt chow kit memang ada sederet kedai jual barang barang kahwin. dari sekecil kecil, hinggalah sebesar besar. dari semurah murah, hinggalah semahal mahal nya. semua ada kt situ. tinggal buat pilihan dan duit je.

barang kawin murah di melaka - so far tak tahu pulak kt mana sebab belum pernah survey. tp rasanya kt area jalan bunga raya tu ada kot. area kampung jawa. kt situ banyak kedai bunga bunga. yg nk beli materials untuk hantaran, situ okaylah kot. lagi satu, kt cowboy. haaa, situ pun, syurgaaaaaa. macam macam ado. barang dah sedia murah, jangan kau mintak tawar lagi sudah. kena se das lempang kang!

panduan beli cincin - haaa, yg ini memang pernah buat pun dulu. sila rujuk thesis professortakjadietty yg lepas lepas ye.

air panas gadek - haaa best tempat ni. dah google, sila lah pergi ye.

tempahan brownies - setakat ni, order dihentikan sementara. bila nk bukak balik, saya pun tak tahu. tengok pada kerajinan dan masa. minta maaf pada yg nk order tu ye.

nasi lemak - bulan puasa, memang tak buka gerai. kau gila?? kena serbu dengan jabatan agama islam kang! cuma tempahan untuk berbuka puasa, masih ada. yg nk order tu, call lah ye. tak pun email.



okay itu aja. sekian dari professortakjadietty.

film review - the back up plan

hello hello


hari rabu tak plan pun nk tengok wayang. sekali tengok kt website gsc, rm6. haha. hampir lupa pulak hari hari tiket murah ni.

tengok dengan si gila yaya tu lah.

kami tengok ni. mak aih, best gila cerita ni. asyiklah nk tergelak. rasanya kt row tu, aku dengan yaya gelak paling kuat. orang sebelah cover cover nk gelak. haha. tension orang sebelah.

bab yang aku rasa kelakar, orang rasa tak pun, aku bantai gelak. dah cerita romantic commedy kan, asal kau orang tak gelak????


gambar dari sini

aku suka tengok anjing ni. sian dia. aku rasa dia betul kurang upaya lah. tak sempat nk google lebih mendalam. comel sangat. bila tengok tengok, macam ahboy pun ada muka anjing ni.


scene ni masa zoe nk test dia pregnant atau tak. tp si nuts tu telan pregnancy test. ntah apa apa. masa zoe [j.lo] nk test tu pun, aku sikit punya ketawa tak ingat dunia. tak senonoh betul cara nk test tu. haha.

scene paling tak senonoh aku gelak macam ayah angkat aku punya panggung wayang, masa geng zoe ni nk beranak. kelakar dol. beranak dalam air. dia yg kelakar tu, perangai kawan kawan dia lah. lepas tu dengan siap nyanyi nyanyi bagai.

adoyai. habis je cerita ni, suara aku serak. penat gelak!

tapi macam ada tanda tanya, masa yg scene dia pregnant tu, betul ke tipu tipu. rasa macam real pulak perut dia. tak macam cerita melayu, perut goyang goyang, nampak sangat bantal dalam tu. tp yg ni, memang real. lagi lagi ada scene yg dia tunjuk perut kan. mesti korang tertanya tanya jugak.

kesimpulannya, pergi lah tengok sementara ada lagi ni. tak rugi. rasa rasa tension kt office tu, pergi lah gelak gelak. sorang sorang pun layan je.

bila tengok cerita ni, rasa best pulak j.lo ni berlakon. rasa cantik je dia. ish, memang cantik lah j.lo ni.

okay, enjoy your movie darlings!


aku cakap: bila aku cakap best tu, best lah! aku tak tipu....



tutorial auto publish.

hello hello


huh, baiknya hati professortakjadietty ni buat tutorial.

kalini, nk buat tutorial macam mana nk buat auto publish. shaz tanya, camne nk buat. haaa, meh sini tunjuk ajarku sifu. =)


1. taip entry macam biasa lah.

2. pergi kt post option kt bawah entry tu.

3. bila tekan kt post option tu, nanti dia keluar belah kiri pasal comment, belah kanan pasal date & time publish. so boleh tukar lah date & time yg kita nk entry tu publish nanti.

* tengok contoh tu eh.

4. tekan publish post.



lepas tu, automatik page pergi ke edit page. tengok kt situ tulisan merah ke orange ntah, dia tulis scheduled dan time dia publish. dan kt atas tu, dia tulis date publish dan masa dia sekali.

contoh esok hari 19/7/2010 at 12:00 pm

haaa, cenggituuuuuuuu.....


jangan taip blog kt office, kang boss marah. buat siap siap kt rumah, esok reader boleh baca. senang kan!

okay, selamat buat auto publish!!!


aku cakap1: belajar dari bawah. sama macam esok. haish....

esok dah isnin. owh tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hello hello

esok, semua entry akan dijadualkan automatic. sebab tak mau kacau daun masa kt office baru. kalau boleh fb pun tak mau. kt rumah kn dah ada berukband, tunggu balik rumah, surf puas puas! jangan buat kt office!

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....sedih. kena tinggalkan anak anak kt rumah, takde sapa nk layan dorang main, kena tinggalkan gerai mak, tak boleh tengok mistres hermanas lagi. dah lah margarita si biatch [ayat sendiri] tu dah jumpa dengan si kacak santiago. dah hampir klimaks dah cerita ni.

arghhhhh, walaupun dah tengok berkali kali, in fact dah tengok kt youtube [takde subtitle BM], tp rasa tak puas. kt rumah sambil tengok, sambil makan nasi lemak tambah lemak.

arghhhhhhhh...berapa kali arggggh laaaaaa.

kepenatan.

hello hello

2004


2010





aku penat dol....serius....aku penat!



rasa nk lari jauh jauh.

order close.

hello hello


atas sebab sebab tertentu, ordering for brownies / brownies layered with cheese, dihentikan seketika.


order akan dibuka kembali, tp tak tahu bila masanya. i will announce it here, at my blog!

sorry for inconvenience.

Saturday, July 17, 2010

owh, i miss him.....!

hello hello


urm............................................................rindu!!!!!!!!!!!!!!

budak masyam muka bulat macam sin chan, hingus meleleh, konon konon terel nk sikat rambut pada usia 7 bulan, landing baik kt bantal busuk mak etty...........................................................


rindu......................................

abang thaqif yg masih lagi masam, suka main air, yg gedik bila tangkap gambar.........yg ngade ngade....


takpe, semua tu buat mak etty rindu........................!

ada lagi ni haaa.

hello hello


HAI HAI....tercaps lock pulak.

hai hai...hidup lagi. sihat sejahtera. cuma tak sempat nk jenguk blog sendiri nk update. blog orang lain, rajin je aku jenguk & sempat tinggal comment.

harap harap, esok masih ada masa free untuk tulis sesuatu. lagi beberapa hari je lagi ni...arghhhhhhhh....bersedia ke tak ni????

boring betul. rasa macam takde pakwe pun ada. nama je ada! haha.
* faham tak ayat apa ni????

Wednesday, July 14, 2010

mencecey je kau ni...

hello hello

sorry lah lama tak update cerita baru pasal anak anak. nk bagi diri sendiri leisure time sebelum bekerja. haha. ish apsal lah aku ni poyo sangat. macam tak pernah kerja kan sebelum ni. ish ish, macam tak rela je nk lepaskan title panganggur terhormat vvvvvvvvvip tu. haha.
* aku lempang diri sendiri boleh tak agak agaknya???


aku kan, suka jadi stalker kawan kawan lama kt facebook. kadang kadang berialah aku nk ingat email ke, nama kawan kawan lama. in fact bekas bekas pakwe dari zaman sekolah rendah dulu. kau gila, sekolah rendah dah pandai bermain cinta??? hahaha. hot chick kata kan.
ya ampun, kenapa kau macam ni etty????????

ingat ye, stalk je tau. nk add, aku akan fikir berkali kali sampai dah tak mampu nk fikir lagi.

paling menyampah, bila stalk kawan kawan laki, semua budget kahwin awal. eh helloooo, sekarang ni zaman lelaki kahwin awal ke????

bukan kawan kawan aku je. kawan kepada kawan aku jugak macam tu. si yaya lah siapa lagi. well, memang kadang kadang rasa terancam okay. haha.

kalau member gegirl tu, orait lah gak. perempuan kahwin awal, well memang patut kot. aku je yg lambat seru. so bila tengok gambar budak perempuan kahwin, tak heran de. yg heran ni, tu haaa budak budak yg dulu masa sekolah, tak semenggah habis. muka pailang, kerja kau asyik nk turun naik 'takhta' perhimpunan je. haha.

aku budget, budak budak samseng tu, kalau dari kecik dah samseng, sure lah dah besar pun tak boleh harap kan. ternyata sangkaan ku meleset. dah besar, fahrin ahmad pun kalah! hoh, dulu muka pailang, samseng gombak, tp mak aihh. menyesal gua tak ngorat lu dulu wey! haha.
tu lah, jangan pandang rendah pada samseng samseng kampung eh. dulu samseng, sekarang dorang hero remaja. ke hero majalah mangga? kahkahkah.

lepas tu, bila dah ada rasa tak puas hati kenapa ramai budak lelaki kahwin awal, aku pun gosip gosip lah dengan yaya. tak puas lagi tu, gi kutuk kutuk mana dorang dapat duit ni wey?? pinjam along ke? buat loan bank bape riban? ke perempuan tu yg support??
hahaha, gila kejam nk mengutuk orang yg negatif je kau ye etty & yaya!!!!!

ala, tp zaman sekarang, buat loan nk kahwin pun bukan isu besar lagi dah. rasanya, separuh dari jumlah orang orang nk kahwin submit loan form kt bank rakyat. haha. interest rendah katanya.
expenses nk kahwin bukan macam dulu wey. sekarang makin lama, makin mahal.
okay tak mau cerita lebih pasal ni.

satu hari, jalan jalan dengan yaya. so, bila keluar berdua tu tak sah kalau tak bercakap pasal kehidupan dan gosip gosip kan.

pastu aku cakap ''aku ingat dulu, masa part 6 kita nk separate tu, izan ada kata lagi 10 tahun kita buat reunion''
''eh apsal lagi 10 tahun?'' yaya tanya balik
''yelah, mungkin masa tu masing masing dah ada career, ada life, ada family...erkkkk....yaya, cuba bayangkan, lagi 10 tahun tu, kita buat reunion. sekali kita je yg belum kahwin. apa pendapat kau?''
sekali tu serentak kitaorang jawab ''loser!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!''

hahahahahahahaha

''ada career bagus, gaji besar, tp kalau tak kahwin kahwin dan menjadi andartu, itu memang tidak boleh dibanggakan sama sekali. gila aku tak sanggup nk hadapi kawan kawan. aku tak mau datang reunion tu nanti etty''

''bila dorang tanya, ko ng bobo lagi ke? bape tahun dah kawan tak kawin kawin?? itu pun dianggap oh tidak, bila seru kau nak sampai'' aku cakap pulak.

yaya ''ko at least ada pakwe. aku??? mau aku upah orang jadi pakwe aku''

aku ''haaa, bagus gak tu. upah yg hensem. mana tau terus lekat jodoh''

''ish janganlah fikir pasal tu...takutttttttttttttttttttttttt!''

betul tak???

lelaki tak kahwin umur 30 an takpe lagi kot. jangan perempuan. dengan masyarakat sekeliling yg sibuk bertanya, dengan keluarga lagi. aduhai. jangan lah aku terkena bab bab ni.

tapi, kalau belum lagi sampai jodoh nk buat macam mana kan. kena tau ajal maut di tangan tuhan. kena lah berusaha lebih kan supaya jodoh sampai cepat.

bab aku pulak, dulu target memang nk kahwin umur 25. tapi nampaknya tak kesampaian. tu lah dah kata, kita merancang, Allah yang tentukan. kalau dah termaktub dalam loh mahfuz yg jodoh kita sampai umur 26 tahun, umur tu lah kita kahwin nanti.


okay, mari top up balik saving asb supaya boleh kahwin cepat dan tak dianggap loser. haha

bye.

Monday, July 12, 2010

al~ fatihah - abah....etty sayang abah sangat sangat!

hello hello


hari ini, genap 14 tahun lelaki ini meninggalkan kami sekeluarga.

14 tahun lepas, tepat jam 1 petang hari jumaat, aku adik beradik dah jadi anak yatim.

sedih? siapa yg tak sedih bila tunggak keluarga pergi kan. tp masa tu, aku baru berusia 11 tahun. masih belum kenal erti kehidupan. tapi aku kenal erti kesedihan dan kesunyian selepas hilangnya tempat bergantung dan bermanja.

aku rapat dengan arwah abah. mungkin aku anak sulung. ramai kata, muka aku, muka abah! mungkin sebab kulit cerah abah aku warisi.

aku suka gambar ni. arwah dengan mak teh aku. dari aku kecik, aku memang suka tengok gambar ni. =)


abah meninggal sebab sakit buah pinggang. ikut dari cerita, abah memang ada penyakit tu dari sekolah rendah. kemudian, beransur sihat.

datang menyerang balik masa musim undi tahun 90an. lupa tahun apa. masa tu, ada seorang kawan abah suruh makan ubat cendawan tu. apa ntah nama ubat tu. tp yg ada unsur unsur cendawan yg hodoh tu lah. start dari tu, penyakit abah datang balik. semakin hari semakin kronik. dan Allah sayangkan abah, tak dibiarkan abah sakit terlalu lama.

abah pergi.......


abah dan mak, august 1984. aku lahir may 1985. mau aku tak manja dengan abah. =)


dulu, aku selalu harapkan bakal suami aku ada ciri ciri macam abah. aku rasa semua anak dara impikan macam tu.

walaupun aku hidup tak lama dengan abah, tapi sedikit sebanyak, sebagai anak aku kenal perilaku abah aku.

abah garang bertempat. dia tahu situasi nk tinggikan suara masa bila dan di mana.
abah tegas.
abah juga lembut hati.
abah baik.
abah selalu bawak kami pergi jalan jalan. paling best trip keluarga pergi teluk batik! upacara wajib!
abah sayang kitaorang, tp mungkin macam typical lelaki lain yg tak pandai tunjuk terang terang.
abah pemurah selalu belanja kfc. pergi KL je, bawak balik pizza hut!
abah tau apa yg aku nk, dia belikan aku set barbie yg mahal tu.
* set barbie yg pertama dah terakhir pernah aku dapat. complete set dengan ken, kereta, rumah, baju. haih...menyesal tak jaga elok elok.
abah tahu keinginan aku, birthday aku abah bawak balik kucing yg aku jaga sampai dia besar.
* ingat lagi, aku tidur kt royal room rest house teluk intan. abah kejut aku. pastu abah wish birthday. tiba tiba ada anak kucing warna kuning + putih atas riba. hadiah harijadi aku. semestinya aku suka.
abah pandai nk ambil hati anak anak buah dia. dan mungkin sebab tu, anak anak buah dia sayang dia. mungkin......

oh...ade...mase raye kakak kecik2 dlu...bibik ade buat baju kurung jalur2 merah...sume kutuk2 ckp xcantik...mcm langsirlah, alas mejalah...tapi paman kate "cantik...mcm pembalut hadiah..."pahtu dia gelak2.. kakak pon suke la sgt...xkesahlah mcm pembalut hadiah, asalkn ade perkataan cantik...hehe - cheyah dari facebook.

dan mungkin ada sepupu aku yg jadikan abah idola. mungkin.....

abah suka berniaga dan tak suka kerja bawah orang. mungkin ada sepupu aku yg terikut perangai abah yg ni. mungkin......

* bila lalu depan rest house teluk intan, aku rasa rindu sangat kt abah. abah aku pernah jadi manager kt situ. dan kami anak beranak dah berumah tangga kt situ. kt royal room. tu pun kalau ada lagi lah royal room tu.

* bila lalu depan hospital teluk intan, teringat saat saat abah berulang alik. dah jadi rumah kedua.

* depan hospital tu ada satu kedai lot tepi. dulu nama restoran tu, ibu intan. sekarang tak tau. pernah jadi restoran abah. abah terel masak. especially, tomyam abah. memang kick. rindu betul nk makan tomyam abah!

dan mungkin ada sepupu aku yg selalu memuji kebaikan abah. mungkin.....

abah pernah kurung aku dalam rumah, sebab suruh aku hafal ayat tahiyatul awal. darjah 3. abah marah sangat sangat sebab aku tak hafal. aku pun hafal sampai aku fasih dalam sehari je. hasilnya berbaloi. dalam ramai ramai dalam kelas, aku yg mula mula angkat tangan nk baca depan ustaz dan yg lain kena marah!

terima kasih abah! * tak kisahlah darjah 3 baru nk hafal!

abah pernah pegang hanger, suruh aku belajar english malam malam. abah marah sangat kalau aku fail english. abah terel english. abah cakap dengan kawan kawan dia dalam english.
hasilnya, setiap kali ujian spelling, aku dapat markah penuh. teacher suzanna siap belanja aku kfc. dulu kfc sangat bernilai! rasa macam raja dapat makan kfc. lagi lagi cikgu belanja.

dulu aku terel english. selalu kena puji dengan teacher & kawan kawan. teacher suruh kawan kawan belajar dengan aku.

bila masuk convent, kawan kawan lama masih lagi kata aku terel english.

tp sekarang, dah tak terel macam dulu. ramai lagi yg terel dari aku. setakat nk jawab masa interview okaylah.

tapi, terima kasih abah!

aku inginkan lelaki yg bakal jadi imam aku nanti, bercirikan seperti lelaki di atas. aku mahu itu!


aku rasa jeles bila tengok orang lain ada abah / ayah /bapak. dan aku marah bila yg ada bapak tu, buat buat macam takde bapak! hargai lah ibu bapa korang selagi mereka bernafas.

aku kesal ada seorang YB /Datuk /Menteri ni. dulu hes nobody, nothing. abah lah yg teman dia berpolitik dan berkempen. sampai dah jadi menteri sekarang. dia pernah janji depan mak aku dan embahtok, yg dia akan bela nasib kami 3 beradik. tp sampai sekarang, takde!

embahtok selalu cakap, ''dulu masa abah kamu ada, semua nk kerumun dia. tapi bila dah takde semua lari''

embahtok bukan maksudkan yg kami nk menagih simpati. tapi at least datang rumah, tanya khabar anak anak dan juga keluarga abah.

kalau aku cakap siapa datuk tu, mesti korang tak percaya kan. takpelah. simpan dalam hati je lah.

tapi yg paling aku benci, bila musim undi lepas, kecoh nk sebut nama abah aku ''dia lah kawan baik saya, yang sama sama naik dengan saya. kalau takde arwah, takdelah saya bediri di sini''

tapi, takde pun bantuan dari dia untuk kami sekeluarga.

kami bukan nk mintak tolong sangat pun. tp tolonglah kenang jasa abah. kalau bukan abah yg banyak berkorban, rasanya dia bukan somebody sekarang ni. mungkin dia masih ahli umno yg biasa biasa!

takpelah. semoga terbuka hatinya......


abah, etty mintak maaf sebab mengungkit kawan baik abah tu. etty geram sangat. lepas je abah dikebumikan, dia yg berjanji depan mak dan embahtok. etty nampak masa tu. tp sampai sekarang takde pun dia tunaikan janji dia. pernah mak nk telefon datuk tu, nk mintak bantuan sebab masa tu kitaorang susah sangat. tp etty tak bagi. etty cakap, biarlah kita macam ni, janganlah kita mintak mintak kt dia. entah entah dia tak ingat pn kt kita mak....

etty cuma rasa sedih sepanjang hayat abah, orang gunakan abah untuk kepentingan diri sendiri je. tak suka bila orang gunakan khidmad abah, kemudian bila dah nama naik, lupa macam tu je. tak layak jadi menteri pun!

cuma aku bersyukur sangat sangat, sejak abah pergi aku ada atuk nenek yg sudi menjaga kebajikan kami adik beradik, ada pakcik makcik yg tak putus putus hulurkan bantuan, yang menjaga kami sebaik mungkin. rasa sangat beruntung ada keluarga yg sungguh prihatin dan ambil berat! alhamdulillah!

abah, etty doakan abah tenang kt sana dengan embahtok, embahlain, atuk dan opah. etty doakan abah ditempatkan di golongan yg beriman dan dikasihi oleh Allah swt. dah lama abah tak datang dalam mimpi etty. kadang kadang rasa rindu nk berkomunikasi tanpa dialog dengan abah!

etty nk abah tau, yg etty sentiasa rindu dan sayangkan abah. walaupun abah takde depan mata etty sekarang, abah sentiasa di hati etty.

etty janji, etty akan jaga keluarga kita dengan sebaik mungkin. etty takkan persiakan mak, wanie dan nadiah. biarpun etty belajar tak tinggi, etty takkan biarkan adik adik belajar setakat diploma je. etty akan pastikan adik adik belajar sampai master! insyaAllah.

etty sayang abah. tak pernah lupa abah.

al fatihah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails